Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Ulasan Buku
Januari 2021
Koleksi Perpustakaan
Cawangan Keningau
Oleh
Kakitangan
Perpustakaan Cawangan Keningau
Hai
Sahabat....
Selamat
membaca
koleksi
ulasan
buku
yang kami
sediakan
2 untuk
anda...
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku: Amazing Rainforest Of Borneo
Penulis : Huang Yi-Feng
Penerbit: Natural History Publication ( Borneo ). Kota Kinabalu. 2017.
MukaSurat: 245
No Panggilan: LHC 591.734095983 HUA
ISBN No: 978-983-812-178-1
Kategori Buku: Bukan Fiksyen, ilustrasi, Sains dan Haiwan
Edisi asli buku ini dalam bahasa Cina , ketika pertama kali diterbitkan pada tahun
2013, merupakan pemenang Golden Tripod Award. Anugerah paling berprestij untuk
penerbitan di Taiwan. Edisi ini juga memenangi anugerah untuk penyuntingan seni
terbaik dan buku fotografi terbaik.
Walaupun dilahirkan dan dibesarkan di pusat bandar Taipei, Huang Yi Feng tidak
ketinggalan dengan keajaiban alam. Terutama kecintaannya dengan kepelbagaian hutan
hujan tropika. Yi Feng telah menjelajah ke kedalaman Borneo sejak tahun 2000.
Menyimpan buku harian dan catatan berharga yang dia gunakan sebagai sumber buku
pemenang penghargaannya.
Sebilangan daripada anda mungkin bertanya: Oleh kerana hutan hujan Tropika
berada jauh dari kita, mengapa kita harus melindunginya? Baik, ia berkait rapat dengan
kehidupan kita. Hutan hujan dikenali sebagai paru-paru hijau di bumi dan oksigen yang
dihasilkan sangat penting untuk kelangsungan hidup kita.
Borneo penuh dengan kejutan. Terdapat burung, primat, kadal yang mencari
makan di lantai hutan hujan pada waktu siang; kumpulan makhluk lain mengambil syif
malam, mereka adalah lemur terbang pada waktu malam, Lorea, serangga, katak .....
sepertinya pesta muzik dengan semua suara binatang.
Buku ini mengandungi 5 bab. Meliputi keajaiban di hutan hujan. Yang ganjil di
hutan hujan. Borneo yang liar dengan kehadiran burung dan haian lain hutan hujan seta
tumbuhan tunggal hutan hujan. Paparan ilustrasi gambar haiwan, burung , tumbuhan dan
keindahan biodiversiti hutan hujan yang cantik disamping teknik menggambar
profesional sangat menarik perhatian sehingga pembaca tidak bosan untuk meneruskan
hingga ke muka surat terakhir.
Buku ini sesuai dibaca oleh semua peringkat umur pembaca khususnya pelajar,
pengkaji mahupun orang awam yang mencintai alam semulajadi.
Diulas oleh, 3
Maslianah Hj.Mohd Shom.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk: “Dia Ketuk Pintu Hatiku”
Penulis: Azimah Lily
Diterbitkan Oleh: PENERBITAN KARYASENI SDN. BHD.
Bil. Muka Surat: 486
ISBN: 978-967-469-103-5
Harga: RM19.50
Buku bertajuk “Dia Ketuk Pintu Hatiku” sebuah karya Azimah Lily, mengenai
kisah cinta Adli dengan Liya. Walaupun permulaannya bermula dengan tipu helah tapi
berakhir dengan bahagia.
Pengalaman menjadikan Liya lebih berhati-hati dengan lelaki. Bukan dia membenci
tapi dia tak mahu pisang berbuah dua kali. Kecewanya bukan sedikit dan kerana itu dia
cuba menjaga hatinya dari terluka lagi. Bertahun-tahun dia mencari penyelamatnya dan
akhirnya dia berjaya, walaupun si penyelamat tak kenal siapa dia tapi yang penting dia
tahu lelaki itulah yang dia cari selama ini.
Sedar tak sedar Liya jatuh cinta dan bertambah gembira bila lelaki pujaannya melamar
dirinya... Kerana budi, Liya sanggup menerima cadangan Adli untuk mengahwininya
walaupun dia tahu hati Adli hanya untuk Rita.
Tapi sayang... Dia ditinggalkan terkapai-kapai masa hari penyatuan mereka...
Sehinggalah pada hari janji terpateri, Adli melarikan diri bersama Rita. Liya kelu seribu
bahasa. Bagaimana mampu dia mengharungi hidup dengan tohmahan orang kampung
sekali lagi? Setelah mengetahui cerita sebenar, Adli menjejaki Liya sehingga ke rantau
orang.
Dapatkah Liya terima Adli semula? Adakah cinta atau simpati yang dirasai oleh Adli
selepas mengetahui cerita sebenar? Berjayakah Adli mengetuk pintu hati Liya buat kali
kedua? Kerana hatinya disakiti dan dikhianati, kepercayaan Liya dah hilang pada Adli.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi kandungannya, sila
kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri
Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk
mengetahui ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh, 4
Rosni Poin.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku: Inventori Budaya Etnik Negeri Sabah- Etnik Iranun
Penerbit: Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan
dan Alam Sekitar. Kota Kinabalu, Sabah.2017.
MukaSurat: 264
No Panggilan: LHC 305.8992250H INV
ISBN No: 978 967 10848 7 8
Kategori Buku: Budaya, Tempat dan Sejarah,
Sosiologi etnik dan Adat Resam
Inventori Budaya Etnik adalah satu usaha bagi memenuhi kehendak Enakmen Lembaga
Kebudayaan Negeri Sabah ( Pindaan ) 2010 untuk memelihara, memulihara dan memartabatkan
kebudayaan pelbagai etnik di Sabah. Menggariskan 15 aspek budaya untuk didokumentasikan
meliputi aspek kajian budaya seperti latar belakang etnik, tempat dan sejarah, aktiviti
sosioekonomi, sastera lisan, turun-temurun, adat istiadat turun-temurun, muzik dan tarian
tradisional, pakaian tradisi dan aksesori, perkahwinan dan tatacara, seni bina rumah dan
kraftangan, makanan tradisi, permainan tradisional dan sukan rakyat, perayaan-perayaan dalam
komuniti, perubatan dan amalan tradisi, strata sosial dan nyanyian rakyat.Etnik Iranun memiliki
pelbagai aspek budaya yang masih diamalkan dan buku ini memaparkan budaya etnik Iranun di
Daerah Kota Belud, Sabah. Buku ini mengandungi ilustrasi gambar yang menarik antaranya
aksesori dan busana tradisioanal etnik Iranun
‘Iranun’ bermaksud berkasih-kasihan. Satu sistem hubungan sosial, kerjasama dan
gotong-royong terwujud oleh ikatan tali persaudaraan yang erat berpangkal dari nilai kasih
sayang yang tinggi. ‘Ranun’ sebenarnya bermakna suatu perasaan yang lebih tinggi nilainya
dibandingkan dengan perasaan cinta dan kasih sayang. Penempatan utama etnik Iranun banyak
tertumpu di kawasan-kawasan pesisir pantai dan kuala-kuala sungai di Daerah Kota Belud,
Kudat dan Tungku dalam Negeri Sabah.
“Suku kaum Iranun terdapat di Kepulauan Halmahera, Pulau Ternate dan Pulau Singkep
di Indonesia. Di Filipina mereka mendiami Pulau Mindano. Manakala di Malaysia mereka
menduduki di sebelah Utara Sabah iaitu Kudat dan Kota Belud manakala di Pantai Timur Sabah
mereka menetap di Tungku, Lahad Datu. Suku kaum ini juga pernah menduduki di Kepulauan
Andaman-Burma, Kepulauan Asia Pasifik dan Pulau New Guinea. Pada masa ini suku kaum
Iranun dapat dilihat di Pulau Mindano dengan jumlah yang besar dan sebahagian besar bandar-
bandar Mindano, mereka merupakan penduduk majoriti….”
( Datuk Bandira bin Datu Alang, 2004:199 )
Diulas oleh, 5
Maslianah Hj.Mohd Shom.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk: Tak Sempurna Mencintaimu
Penulis: Rehan Makhtar
Diterbitkan Oleh: PENERBITAN KARYASENI SDN. BHD.
Bil. Muka Surat: 442
ISBN: 978-967-469-083-0
Harga: RM19.50
Novel Tak Sempurna Mencintaimu garapan dan olahan penulis Rehan Makhtar,
merupakan sebuah kisah yang membawa kita mengenal erti pengorbanan, erti kasih
sayang, erti memaafkan. Penulis Rehan Makhtar memang kaya dengan nasihat, Banyak
unsur-unsur nasihat yang boleh kita ambil untuk dijadikan pedoman hidup.
Pertama kali Ahmad Mustaqim jumpa Nur Siratul, dia marah dan suaranya lantang
menghina gadis itu kerana adiknya telah melanggar motor kesayangannya. Tapi dalam
marah, dia mengikuti Sirat, ganti perbelanjaan Sirat yang telah hancur dan rosak dan
menghantar Sirat hingga selamat sampai ke rumah.
Siratul yg polos dan terlalu baik serta watak Mustaqim yang keras dan tampak beku
pada awalnya tetapi akhirnya lebur dengan kelembutan dan perwatakan Siratul...
Mengenali Siratul, membuatkan Taqim mula memahami erti kemaafan. Perlahan-lahan
silap semalam dia cuba hapuskan. Hatinya yang terluka akibat dikhianati 10 tahun lalu
mula rasa tenang dan damai. Tanpa sedar, cinta mulai tumbuh antara mereka. Namun,
cinta mana yang tidak diuji? Hadirnya Melisa tanpa diduga, buatkan kisah kasih mereka
benar-benar dipukul badai. Kuatkah Taqim untuk melalui semua ini? Berapa banyak lagi
ujian yang perlu dia lalui sebelum dapat menikmati ketenangan dan kebahagiaan?
Bolehkah dia jadi setabah dan sabar bagai Sirat?....
Sebuah kisah yang sarat dengan emosi. Merancang itu percuma tapi ketentuan boleh
jadi berbeza. Mustaqim sekali lagi bertarung dengan ujian bila antara dia, Siratul dan
Melisa... Hanya dipisahkan oleh satu garisan halus bernama kematian.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau atau
Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh, 6
Rosni Poin.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku: Tales From The Land Below The Wind
Penyunting : Hamzah Md.Omar, Mod Khairuddin Abdullah dan Abdul Rashid Mohamed
Penerbit: Universiti Malaysia Sabah. Kota Kinabalu. 2017.
MukaSurat: 72
No Panggilan: LHC 398.209H TAL
ISBN No: 978-967-0521-94-7
Kategori Buku: Bukan Fiksyen dan Kisah Rakyat Sabah
Kisah dari Tanah Di Bawah Bayu yang nyata. Tidak hanya nyata tetapi terkenal kerana
mencipta riak sosial. Kenapa begitu? Bagaimana jika? Sekiranya soalan-soalan itu memberi
anda jeda, mungkin kerana anda telah membawa banyak persepsi tentang apa yang dilakukan
oleh budaya tempatan. Dalam buku ini, penulis ingin melengkapkan anda dengan cara baru
untuk melihat dan membingkai masa lalu untuk menghadirkan kepingan-kepingan hidup yang
tidak dapat dilupakan yang lama dilupakan di negeri terpencil.
Kisah-kisah ini ditulis dari perspektif tempatan yang memberikan rasa yang sangat
diperlukan untuk menanamkan minat membaca kepada para pelajar. Tema utama kisah-kisah ini
tertumpu pada bahagian kehidupan yang kurang bernasib baik dan dipinggirkan dari kehidupan
di kawasan luar bandar di Sabah.
Terdapat 8 cerita di ketengahkan dalam buku ini. ‘Monkey Business’ adalah kisah berasal
dari sebuah kampong bernama Sukau. Ia terletak berdekatan hutan hujan sungai Kinabatangan.
Kinabatangan adalah sungai terbesar di Sabah. Bab ini mengisahkan tentang dua rakan karib
bernama Hasau dan Piasau yang yatim piatu sejak kecil. Hasau adalah remaja yang kuat dan sasa
sementara Piasau cacat sejak dilahirkan. Namun, Hasau tidak begitu bijak berbanding Piasau
yang cerdik dan cerdas. ‘The Sompoton Player’ mengisahkan seorang Pemain Sompoton
bernama Jinol yang membawa alat muzik tempatan (Sompoton) ke peringkat dunia dan akhirnya
pulang membuka sekolah kecil untuk mengajar anak-anak cara bermain Sompoton.
'The Twenty Sen Tale' menggambarkan lakonan lucu Asnak yang ditimpa kisah khurafat
yang didengar di pasar (tamu). 'The Deer and The Orphan’ kisah Yanak-anak dengan janji yang
tidak ditunaikan kepada rusa siluman. 'Awang Kaya' adalah perjalanan Awang menjadi ahli
perniagaan yang berjaya setelah bertemu dengan seorang wanita tua stelah ujiannya hanyut di
laut. 'The Spirit of The Wood' membawa kita ke dunia ghaib Murut Tagal dari kampung Long
Pasia. ‘To the Boarding School I Shall Go’ menceritakan impian seorang gadis di daerah
terpencil, Inggaran, mengejar impiannya untuk melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama
penuh. Kisah terakhir iaitu ‘ A Tale From Pinasang’ membawa kita kepada pahlawan epik orang
Dusun, Goroh yang merupakan seorang yang bijak dan pemurah dalam pengembaraannya.
Cerita pendek yang diambil ini menjadikan sastera rakyat sebagai cara paling menarik
untuk mengintip kehidupan dan budaya masa lalu orang asli Sabah.
Buku ini sesuai dibaca oleh semua peringkat umur pembaca khususnya pelajar, pengkaji
mahupun orang awam.
Diulas oleh, 7
Maslianah Hj.Mohd Shom.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk: “Soulmate Tuan Profesor”
Penulis: BATIAH HADI
Diterbitkan Oleh: GRUP BUKU KARANGKRAF SDN.BHD.
Bil. Muka Surat: 377
ISBN: 978-967-86-0860-2
Harga: RM19.50
“Soulmate Tuan Profesor” dari novelis Batiah Hadi, sebuah novel romantik
komedi, dengan jalan cerita yang menarik dan santai… Izzah seorang gadis lincah dan
bergaya, dipaksa oleh ibunya memohon jawatan pembantu penyelidikan kepada Profesor
Izmir. Memang bertentang dengan hidup Izzah untuk berkerja dengan seorang professor.
Tambahan lagi dia dipaksa oleh ibunya memakai hijab dan menukar penampilannya.
Kalau tidak dia akan dihantar ke Melbourne.
Konflik antara Izzah dan Izmir yang dipaksa berkahwin oleh ibu bapa masing-masing.
Peristiwa Izzah bermalam di rumah Profesor Izmir, satu insiden yang berlaku telah
menyebabkan ibu bapa Izmir masuk meminang Izzah. Ibu Izzah menerima pinangan
Izmir kerana mahu mengelakkan anaknya dari berkawan dengan Wafiq yang berniat
jahat.. Ibu Izmir pula memaksa Izmir berkahwin kerana usianya yang dah terlalu lewat
dan mengelakkan cakap-cakap orang yang anaknya tak normal.. Bila perkahwinan itu
dibina dengan restu mak ayah, pasti bahagia... tambahan pula bercinta lepas kahwin itu
lebih halal dan mengasyikkan…
Izzah mula menerima cinta Izmir, mereka dilingkungi bahagia seketika.. Namun
kehadiran Dania, ibu tiri Izzah mengancam hubungan Profesor Izmir dan Izzah. Siapakah
Dania pada Profesor Izmir? Sebenarnya mereka rakan satu universiti dan pernah bercinta
sepuluh tahun yang lalu.,. sekarang Izmir telah melupakan Dania.. cinta dan perasaannya
hanya pada Izzah seorang..
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau atau
Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh, 8
Rosni Poin.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku: A Walk Through The Lowland Rain Forest of Sabah
Penulis : Elaine J.F Campbell
Penerbit: Natural History Publications ( Borneo ). 2011
MukaSurat: 129
No Panggilan: EAR 577.3409H CAM
ISBN No: 978-983-812-134-7
Kategori Buku: Sains dan Diversiti Hutan Hujan
Berjalan Melalui Hutan Hujan Tanah Rendah di Sabah membawa anda menyelusuri
perjalanan pantas ke salah satu monumen alam yang paling indah. Hutan hujan dataran rendah
tropika di Sabah ( Borneo ) adalah contoh salah satu ekosistem terkaya di dunia.
Buku ini mengumpulkan pengenalan tentang hutan hujan dan banyak aspek biologinya
dengan beberapa ilustrasi gambar dan catatan oleh para pencinta alam yang telah terpesona
dengan harta karun hutan hujan di Sabah.
Terbahagi kepada dua bahagian iaitu, Ciri-ciri umum Hutan Hujan Tanah Rendah Sabah.
Gambar dan catatan sekitar Subuh: Hutan gelap. Pakis, tumbuhan renek dan orkid. Pertumbuhan
dan pereputan hutan kecil. Selang Pertengahan Hari : Haiwan hutan berkuku. Pokok berbunga
dan berbuah. Buah ara - pokok kehidupan. Aliran hutan dan sungai: Tumbuhan sungai. Burung
sungai. Haiwan sungai biasa. Burung lewat petang.
Bahagian kedua meliputi gambar dan catatan mengenai sekitar senja. Jalan Malam Di
Hutan: Perkara yang bersinar dalam kegelapan. Haiwan luncur. Mamalia nokturnal lain
antaranya Moonrat (Echinosorex gymnurus) mempunyai muncung yang panjang, dengan gigi
tajam yang sangat kecil digunakan untuk mengunyah cacing tanah dan serangga. ia juga
mempunyai bau khas yang mengingatkan pada kopi bakar, yang mungkin berfungsi sebagai
pemanasan tubuhnya. Jejak haiwan hutan. Serangga malam.
Buku ini sangat menarik dengan gambar hutan, serangga dan haiwan. Hampir 80 peratus
kandungan bergambar disamping 20 peratus penerangan gambar dan informasi. Apa yang anda
harus tahu mengenai lawatan ke hutan hujan?...maklumat mengenainya boleh didapati dalam
buku ini.
Buku ini ditulis dan disusun serta sesuai dijadikan sumber rujukan para pencinta alam,
pelajar dan pelancong. Buku ini akan menjadi peringatan khas tentang keajaiban hutan hujan
dataran rendah dan banyak tumbuh-tumbuhan dan haiwannya yang megah namun sedang
terancam.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi kandungannya, sila kunjungi
Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat
dengan melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut.
Diulas oleh, 9
Maslianah Hj.Mohd Shom.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk: Syahadah Cintamu.
Penulis: Kamsiah Abu.
Diterbitkan Oleh: GRUP BUKU KARANGKRAF SDN.BHD.
Bil. Muka Surat: 373
ISBN: 978-967-86-0922-7
Harga: RM19.50
Novel “Syahadah Cintamu” sebuah karya cinta Islamik yang menarik, garapan dan
olahan penulis Kamsiah Abu, Gaya bahasa kemas, teratur dan mudah difahami. Sebuah
kisah Cinta seorang lelaki kepada perempuan beragama Islam. Penulis berjaya
mewujudkan watak heroin sebagai seorang wanita Islam yang berkeperibadian mulia.
Pandai menjaga kehormatan diri.
Nur Azira seorang perempuan Islam perlu menjaga batasan pergaulan biarpun dengan
rakan setugas. Nur Azira dibesarkan dalam suasana penuh didikan agama. Sebab itu dia
amat menjaga akhlak dan keperibadiannya sebagai seorang gadis remaja. Tidak kira di
mana atau dengan siapa dia berinteraksi. Keperibadian yang mulia itu telah berjaya
membuatkan Richard Ong, pengurus tempat Nur Azira bekerja telah jatuh hati padanya
sehingga Richard Ong dengan rela hati mahu mendalami agama Islam.
Nur Azira bekerja dengan sebuah syarikat antarabangsa. Dia bekerja di bawah
seorang ketua berbangsa Cina bernama Richard Ong yang baik, suka bergurau dan cepat
mesra. Richard Ong cuba mendekati Nur Azira, cinta pandang pertama. Nur Azira
seorang gadis Melayu Islam yang tinggi keperibadiannya dan sangat menjaga maruah
dirinya.
Dalam diam Richard Ong ingin melamar Nur Azira sebagai kekasih dan teman
hidupnya. Pada waktu yang sama, Dr. Hafizi, jiran setaman dengan Nur Azira juga
meminati gadis itu. Nur Azira benar-benar serba salah. Cinta siapa yang harus dia terima.
Cinta bosnyakah atau cinta doktor muda itu? Namun hati Nur Azira telah dicuri oleh
Richard Ong terlebih dahulu. Dia terpaksa meleraikan dilema yang dihadapinya tanpa
menyakiti hati kedua-dua jejaka itu. Dia harus memilih yang benar-benar ikhlas dan
bersama-samanya hingga ke syurga.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau atau
Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh, 10
Rosni Poin.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk: SPY HATI Dari Chantilly
Penulis: Mazni Aznita
Diterbitkan Oleh: GRUP BUKU KARANGKRAF SDN.BHD.
Bil. Muka Surat: 552
ISBN: 978-967-86-0843-5
Harga: RM24.75
Novel “SPY HATI Dari Chantilly” sebuah karya cinta yang menarik, ditulis oleh Mazni Aznita,
mengisahkan perjalanan cinta Suri Imani dan Mikey Mikhail.
Cinta itu sesuatu yang aneh! Ada banyak kebetulan, namun andai takdir mengikat, walau
sejauh mana pun berpisah, akhirnya akan tetap bertemu dan bersatu. Begitulah juga
perumpamaan itu berlaku antara Suri Imani dengan Mikey Mikhail. Siapa sangka, pertemuan
empat tahun yang lalu boleh mempertemukan mereka sekali lagi dalam keadaan yang tidak
disangka-sangka. Dia bertemu dan diselamatkan oleh Tuan Glock di Musee de Conde.
Kisah Tuan Glock yang menjadi buruan interpol kerana terlibat dalam banyak kes kecurian
yang melibatkan barang-barang berharga. Tapi tiada siapa yang tahu siapa sebenarnya Tuan
Glock ini.
Suri Imani, percutiannya ke Chantilly untuk menemui orang yang disayangi iaitu Farid
membawa pertemuannya dengan Tuan Glock saat dia mengunjungi sebuah muzium di sana. Dia
hampir menjadi korban apabila pengawal muzium cuba menembak Tuan Glock kerana mencuri
barangan di situ. Mujurlah Tuan Glock menyelamatkan dia. Sejak itu, dia mencari-cari lelaki itu
untuk membalas budi.
Mikey Mikhail, cucu kepada Tan sri Idzhar. Salah seorang jutawan terkaya di Malaysia,
pemilik Syarikat Nusa Jaya. Namun perangainy, ada sesuatu yang sangat membelenggu dirinya,
dia seakan memberontak. Pertemuan dengan Suri Imani membuatkan dia merasa hidup kembali
ceria tanpa dendam membelenggu diri.
Suri membawa diri setelah cintanya kepada Farid tak berbalas, malah Farid memilih
kakaknya sebagai pasangan. Kekecewaan membuatkan dia melarikan diri, dia menjauhkan diri
dari keluarganya kerana telah melakukan satu perkara yang amat memalukan. Di apartment
barunya, dia berjiran dengan Mikey Mikhail, seorang lelaki yang sering pulang ketika mabuk.
Permulaannya Suri Imani membenci lelaki itu. Namun satu insiden membuatkan dia semakin
dekat dengan lelaki itu. Suri akhirnya bekerja sebagai PA kepada Mikey.
Pertemuan Suri Imani dengan Tuan Glock ketika dia ke Paris, saat dia gila mengejar cinta
Farid Ilham. Namun dikecewakan membuat dia melarikan diri lalu berjiran dengan lelaki sengal
yang suatu ketika dahulu sering membuatkan dia naik angin. Siapa sangka Mikey Mikhail ialah
Tuan Glock yang sentiasa dicari-carinya. Dan dia mencintai Tuan Glock sepenuh hatinya.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau atau
Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh, 11
Rosni Poin.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
TAJUK NOVAL: YANG LEBIH SEMPURNA
PENULIS: UMIE LIZAH
PENERBIT: SUARA HATI PUBLICATION
CETAKAH: JULAI 2018
NO.KLAS: MAF/ UMI
AKS. NO: 0003741320
Hanya engkau yang cukup indah untuk dimiliki dan dicinta
Buku ini menceritakan kisah hidup Alya Diyana yang telah berkahwin namun
lelaki yang telah menjadi suaminya kurang bertanggungjawab. Berbulan lamanya Alya
Diyana dibiarkan oleh suaminya tanpa nafkah dan perhatian. Walaupun Alya Diyana
tidak mendapat perhatian dan layanan selayaknya sebagai isteri dari suaminya, namun
dia tetap setia dan bertahan. Tetapi bila dia diceraikan oleh lelaki pertama yang
mendapat tempat di hatinya sebagai suami, seluruh jiwanya serasa lumpuh dan tidak
berdaya. Kini Alya Diyana bergelar Janda.
Kehadiran Zarif sebagai penyelamat pada setiap waktu membuatkan Alya Diyana
berasa selesa, namun tanpa sedar lelaki itu hanya mempergunakannya kerana mahu
membelas dendam kepada Syafiq bekas suami Alya. Kenyataan itu menyakitkan dan
membuat Alya Diyana kecewa. Dia memutuskan untuk menghindari dari Zarif, namun
banyak peristiwa-peristiwa yang terjadi yang membuatkan mereka selalu bertemu tanpa
sengaja. Peristiwa-peristiwa pertemuan dan kebersamaan yang tidak sengaja ini, telah
menimbulkan perasaan cinta Alya terhadap Zarif tetapi dia pendamkan perasaan cintanya
kerana Zarif sedang menjalinkan hubungan cinta dengan gadis lain dan dia tidak mahu
merosakan hubungan pasangan kekasih itu.
Seiring berjalannya waktu, atas pilihan orangtua nya, Alya hendak dijodohkan
oleh Ibubapanya dengan lelaki yang tidak pernah dia kenali namun dia bersedia untuk
menerima bakal suaminya apa adanya dia. Sehari sebelum pernikahan, Alya berpeluang
bertemu dan berkenalan dengan bekal suaminya. Sungguh dia amat terkejut bahawa
bakal suaminya ialah orang yang dia kenali selama ini.
Siapakah bakal suami kedua Alya Diyana?.... bacala novel ‘Yang lebih sempurna’ .
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau atau
Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh, 12
Rita Asing.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
TAJUK NOVAL: SAKA TOK WAN
PENULIS: SUHAILAH SELAMAT
PENERBIT: KARNADYA PUBLISHING
CETAKAH: OKTOBER 2018
NO.KLAS: MAF/ SUH
0003741596
Hanya sekeping wasiat yang ditingalkan oleh Dato Zarith @ tok wan,
Aryssa dan Aiman diberi tempoh sebulan untuk bernikah. Seterusnya perkahwinan
itu tidak boleh dibubarkan dalam tempoh 5 tahun. Jika Aiman ingkar dengan
wasiat, maka kelayakanya sebagai pewaris harta akan digugurkan.
Sementara Aryssa sendiri kurang yakin dan tidak setuju berkahwin dengan Aiman.
Aiman yang Aryssa sangkakan lelaki pendiam rupa-rupanya kuat mengusik,
akhirnya membuat Aryssa mengalah. Tanpa Aryssa sedari, Datin Aina ibu kepada
Aiman merupakan pewaris tunggal saka tok wan, mulai merancang agar
perkahwinan mereka membuahkan benih keturunannya. Keturunan yang bakal
mewarisi saka tok wan! Dalam diam Aryssa telah ditundukkan dengan ilmu
batinnya supaya gadis itu dengan rela menyerahkan diri kepada Aiman.
Konflik mulai timbul tatkala satu demi satu ahli keluarga Dato Zarith
dibunuh secara misteri. Pada saat mereka mengecap bahagia, Aryssa mulai
mengesyaki akan penglibatan Aiman dalam pembunuhan tersebut. Hanya dengan
berdasarkan satu bukti. Bukti apakah yang dimaksudkan? Mungkinkah Aiman
merupakan pewaris saka tok wan? Selami keseraman karya pertama daripada
Suhaila Selamat ini. .
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh, 13
Rita Asing.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
TAJUK NOVAL: Noktha Cinta
PENULIS: Fatin Nabila
PENERBIT: Karangkraf
CETAKAH: 2018
NO.KLAS: MAF/ FAT
No.Barkod: 0003740329
Buku ini mengisahkan Najma Ameena, seorang gadis yang berusia 23 tahun. Seorang
yang biasa-biasa saja, baik dari segi penampilan atau wajah. Tetapi, dia menjadi igauan beberapa
lelaki yang hadir dalam hidupnya.
Najma tinggal bersama-sama dengan ibunya, Bahiyah. Ayah Najma sudah lama
meninggal dunia. Kakaknya, Farah Adira, bekerja di Singapore. Adira membawa diri ke sana
setelah kecewa bercinta dengan Hanafee, rakan yang dikenali di kolej. Adiknya, Sarah Azalea
atau Yaya, belajar di kolej. Jadinya, hanya Najma dengan ibu di rumah.
Najma sangat rapat dengan ibunya juga akrab dengan Saif, jiran sebelah kanan
rumahnya. Sejak dari kecil, Najma dan Saif rapat sebagai rakan sepermainan dan juga rakan
persekolahan. Ibu dan ayah Saif sudah lama meninggal dunia. Saif tinggal dengan kakaknya,
Fida. Suami Fida bekerja di Sabah. Saiflah yang menjaga Fida dan anak saudaranya, iaitu anak
Fida yang masih kecil. Saif seorang yang cukup bertanggungjawab.Bahiyah sangat sayangkan
Saif macam anak sendiri. Demikian juga dengan Saif, hormat pada Bahiya dan sangat ambil
berat pada Najma.
Najma berkenalan secara tidak sengaja dengan dr. Dizwar dan melamar Najma sebagai
kekasih. Walaupun Najma merasa tidak mencintai dokter tersebut, namun dia merasa gembira
untuk menerima lamarannya. Tiga bulan berkawan, Dizwar ajak Najma bertunang. Najma
sangat senang dengan Dizwar walaupun tidak mencintainya. Najma merasakan impiannya
menjadi nyata apabila diajak berkahwin. Tetpai cinti Dzwar separuh jalan sahaja dan pergi
tanpa pesan meninggalkan Najma.
Hati Najmah berderai seperti Kristal yang terhempas. Untung ada Saif kawan baiknya
setia di sisi menasihati, memujuk dan menghibur Najma. Akhirnya Saif dan Najma saling jatuh
cinta iaitu cinta pertama yang bertemu noktahnya. Sementara Dizwar tiba-tiba muncul hendak
mencantukmak semula cinta yang terlerai. Antara sahabat yang dikasihi dengan bekas kekasih,
yang mana satu pilihan gadis yang bernama Najma Ameena?
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh, 14
Rita Asing.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk : Jujur Sebuah Janji
Penulis : Xue Yayu
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-469-095-3
Percutian Fateh di vila sahabat baik ayahnya membawa kepada pertemuannya
denganLufya, seorang gadis yang seperti murai tercabut ekor. Suka membuatkan darah
Fateh mencanaknaik.
Lufya, dialah angin yang memarakkan api jiwa seorang Fateh. Dan dia jugalah
air yang menenangkan panas baran lelaki itu. Dalam kenakalan, terselit secebis
peringatan dan nasihat
buat Fateh.
Tujuh tahun menunggu. Akhirnya mereka bertemu kembali. Tapi ada satu
kebenaran yang harus ditelan. Fateh hampir hilang pedoman. Malangnya, kebencian
bukan penyelesaian tika hati berlagu cinta. Apa yang perlu dia lakukan?
Keputusan tegas Lufya meranapkan angan-angan Fateh. Sikap misteri gadis
bermulut murai itu membenihkan curiga. Muncul pula dua orang jejaka yang berkongsi
kisah silam dengan Lufya. Menjadikan Fateh semakin tidak keruan.
Fateh enggan berputus asa. Setiap janji yang diucap, bakal dikota. Meskipun
terpaksa melenyapkan egonya, dia tetap mahukan Lufya.
Lufya terbelit dalam belenggu memori lampau. Adakah benar Fateh layak memiliki
sekeping hatinya? Atau lelaki itu hadir sebagai tompok hitam yang bakal meranapkan
kewarasan akal? Tegarkah Lufya memungkiri semua janji yang termeterai antara
mereka?
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi kandungannya, sila
kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan
Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh, 15
Rita Asing.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
TAJUK BUKU : MURID & ALAM BELAJAR
PENULIS : HALIMATUSSAADIAH BINTI SALLEH
PENERBIT : PELANGI PROFESSIONAL PUBLISHING SDN BHD
MUKASURAT : 162
NOMBOR KELAS : MAN 370.1523 HAL
NOMBOR AKSESI : 0003728108
ISBN : 9789670849003
HARGA : RM19.50
Buku ini hasil karya Halimatussaadiah binti Salleh Bersama empat rakannya iaitu Badrul
Hisham bin Ismail,Ahmed Nasir bin Abdul muthalif dan Izzah binti Bakar. Buku setebal
162 mukasurat ini mengandungi enam bab merangkumi tajuk – tajuk Alam
Belajar,Konsep Pengajaran dan Pembelajaran,Teori – teori pembelajaran, Model,
Pendekatan, Strategi dan
Kaedah Pengajaran,Perbezaan Individu dan Pembelajaran serta Motivasi Pembelajaran.
Setiap bab ada kupasan tersendiri yang telah dikupas oleh para penulis secara terperinci.
Menurut penulis kanak-kanak mengalami proses perkembangan yang berterusan sejak
dilahirkan. Selain faktor baka, persekitaran kanak-kanak turut mempengaruhi
perkembangan seseorang kanak-kanak tersebut. Dalam bab pertama buku ini mengenai
dengan Alam Belajar penulis berpendapat ianya merujuk kepada apa juga persekitaran
yang mempengaruhi perkembangan dalam tingkah laku,kemahiran psikomotor dan
kognitif murid. Pengalaman belajar kanak-kanak, peranan dan kepentingan permainan
dalam proses pembelajaran,ciri-ciri dan jenis permainan turut dibincangkan dalam bab ini.
Konsep pengajaran dan pembelajaran merupakan bab kedua dengan kupasan tentang
pengertian pengajaran dan pembelajaran disamping prinsip-prinsip pembelajaran yang
perlu sebagai garis panduan untuk mengetahui cara pembelajaran berlaku dan factor-
faktor yang mempengaruhinya.
Dalam bab ketiga dibincangan tentang teori-teori pembelajaran, menurut penulis teori
pembelajaran dalam psikologi pendidikan memfokuskan kepada proses pembelajaran
serta faktor yang mempengaruhi proses pembelajaran tersebut. Teori – teori yang
dibincangkan adalah seperti teori pembelajaran Behavioris yang terbahagi kepada dua
kategori iaitu teori pelaziman klasik pavlov dan teori pelaziman operan, setiap kategori
teori tersebut ada kupasan dalam buku ini. Selain itu teori kognitif dan pendekatan
konstruktivis serta teori pembelajaran sosial turut dibincangkan,disamping itu penulis
turut mengupas tentang teori pembelajaran humanistik yang dipelopori oleh dua orang
ahli psikologi iaitu Abraham Maslow dan Carl Rogers.Pendekatan humanistik ini
menekankan manusia sebagai individu yang berpotensi serta berkeupayaan untuk
berkembang sekiranya potensi ini dirangsang dengan persekitaran yang kondusif.
Implikasi teori pembelajaran terhadap pengajaran – pembelajaran dan implikasi teori
pembelajaran terhadap pengajaran pembelajaran kanak-kanak berkeperluan khas juga ada
kupasannya dalam buku ini. 16
Bersambung dihelaian seterusnya……
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Sambungan ….
Bab empat membincangkan tentang model-model pengajaran ia merupaakan suatu
kerangka konsep yang mengandungi prosedur yang sistematik dalam mengatur
pengalaman pembelajaran untuk mencapai matlamat pembelajaran yang tertentu,selain
itu model pengajaran juga dapat dijadikan sebagai pedoman dalam merancang dan
melaksanakan proses pembelajaran secara tersusun dan sistematik. Penulis turut
membincangkan pendekatan pengajaran dalam bab ini,
yang mana boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid,cara-cara fakta
disampaikan,keaktifan pengajaran atau pelajar,pengajaran bahasa dan mata pelajaran lain.
Terdapat lima kategori pendekatan yang dibincangkan iaitu pendekatan induktif,
pendekatan deduktif , pendekatan eklektik, pendekatan integratif dan pendekatan tematik.
Cara untuk mencapai objektif pengajaran para guru perlu menggunakan gabungan
beberapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu, rancangan gabungan pendekatan
dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah yang dilaksanakan merupakan strategi
pengajaran. Strategi merupakan susunan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk
mencapai sesuatu matlamat. Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh diklasifikasikan
kepada empat iaitu pemusatan guru,pemusatan murid,berasaskan bahan dan tugasan /
aktiviti.
Dalam bab kelima penulis mengupas tentang perbezaan individu yang terbahagi
kepada 2 kategori iaitu intra individu ialah perbezaan dalam diri individu itu sendiri yang
dipengaruhi oleh masa,tempat dan keadaan dan inter individu pula ialah perbezaan yang
terdapat antara seorang individu dengan individu yang lain. Selain itu penulis turut
menyentuh tentang konsep pembelajaran yang merangkumi kecerdasan yang ditakrifkan
sebagai hasil keupayaan memproses maklumat oleh otak manusia, terdapat pelbagai
kecerdasan murid seperti kecerdasan linguistik. Kecerdasan emosi yang merupakan satu
elemen yang diperlukan dalam usaha untuk memantapkan kecerdasan akal juga ada
kupasan dalam buku ini. Bab keenam buku ini memberi kupasan berkenaan dengan
motivasi dan pembelajaran yang mana terdapat lima aspek berkaitan dengan motivasi
tersebut yang dikupas secara terperinci oleh penulis. Kesemua tajuk yang terkandung
dalam buku ini yang telah dibincang / dikupas secara terperinci dan mudah difahami
amatlah sesuai dijadikan bahan bacaan atau rujukan kepada para bakal guru dan juga
guru-guru yang sedia ada di sekolah.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi kandungannya, sila
kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri
Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk
mengetahui ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh, 17
Jacquline J.Angian.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
TAJUK BUKU : CEPAT MATEMATIK:PERMAINAN DAN AKTIVITI SIRI 1
PENULIS : SHARON MACDONALD
PENERBIT : GRYPHON HOUSE INC.
MUKASURAT : 108
NOMBOR KELAS : MAN 513.076 MAC
NOMBOR AKSESI : 0003278395
ISBN : 9789673620173
HARGA : RM21.90
Cepat matematik ini ialah terjemahan yang sah dari buku asal Math In
Minutes merupakan hasil karya Sharon MacDonald dan telah diterjemah dalam
Bahasa Malaysia oleh panel penterjemah Al - Ameen Serve Holdings. Terdapat
permainan dan juga aktiviti boleh dilakukan yang dikongsikan oleh penulis kepada
para pembaca, buku ini mengandungi sebanyak 7 bab. Menurut penulis pengenalan
konsep awal matematik yang menarik lagi mengujakan ini sudah tentu menarik
minat kanak-kanak seperti aktiviti Cari-Cari Segi, Dalam satu minit dan Pompom
yang bercampur. Setiap bab dalam buku ini dimulai dengan aktiviti yang mudah
dan akan dikembangkan ke tahap yang lebih mencabar, ini akan mendoroang
kanak-kanak cerdas mempertajam kemahiran mereka menerusi segmen Dan Lebih
Lagi.
Pada bab yang pertama, penulis memperkenalkan matematik iaitu
matematik sebenarnya hubungan yang boleh diukur dengan mwnggunakan nombor
– nombor dan ianya sudah semestingnya berkaitan dengan pengiraan. Penulis juga
akan membimbing para pembaca dalam menggunakan buku ini. Dalam bab yang
kedua pula, penulis lebih menekankan pengetahuan tentang nombor, cara
pengiraan dan juga aktiviti mengajar yang boleh dilakukan untuk menguji
kemahiran pembaca dalam pengiraan. Seterusnya, di bab yang ketiga pula penulis
akan memperkenalkan operasi – operasi yang digunakan dalam pengiraan
matematik. Diantara operasi yang terlibat adalah operasi tolak, tambah serta
penganggaran. Penulis juga menyelitkan aktiviti untuk mengajar pengiraan.
Contohnya, paip manik dan tumpahan butang.
18
Bersambung dihelaian seterusnya……
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Sambungan ….
Pengukuran, pensirian, masa dan juga wang ada kupasan yang dibincangkan
oleh penulis dalam bab yang keempat buku ini. Kemahiran untuk mengukur
pensirian, masa dan wang dijelaskan oleh penulis buat pembacanya. Di bab kedua
terakhir iaitu bab 5 pula, geometri dan bijak ruang akan dijelaskan oleh penulis.
Geometri lebih kepada sudut – sudut dan bentuk yang ada disekeliling kita.
Manakala, bijak ruang pula adalah kesedaran tentang hubungannya dengan benda
– benda lain dari kedudukan. Pada bab yang keenam pula, penulis akan
menjelaskan tentang pengasingan, pengklasifikasian, sifat, penggrafan, analisis
data serta keberangkalian. Elemen – elemen ini tidak asing bagi kita kerana ianya
terdapat dalam subjek Matematik sejak bangku sekolah lagi.
Bab yang ketujuh yang merupakan bab yang terakhir di dalam buku ini akan
membincangkan tentang pola dan perkaitan di antara nombor. Penulis akan
menjelaskan apa itu pola, kepentingan pola serta apa itu perkaitan antara nombor.
Secara keseluruhannya, buku ini banyak manfaat yang akan diperolehi oleh
para pembaca kerana bukan sahaja menjelaskan satu persatu maklumat yang
berkaitan dengan matematik malah aktiviti untuk mengajar matematik juga ada
diselitkan untuk memudahkan para pembaca lebih memahami serta ibubapa dapat
mengajar anak – anak dengan menggunakan aktiviti yang telah disenaraikan oleh
penulis. Selain itu dalam buku ini penulis ada berkongsi petua-petua yang berguna
daripada para guru yang berpengalaman yang semestinya akan memberi input serta
manfaat baik untuk para guru ataupun para ibubapa.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi kandungannya, sila
kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan
Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh,
Jacquline J.Angian.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
19
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku: Honey Bees Of Borneo
Penyunting : Nikolaus Koenigar, Gudrun Koenigar dan Salim Tingek
Penerbit: Natural History Publication ( Borneo ). Kota Kinabalu. 2010.
MukaSurat: 262
No Panggilan: EAR 638.1 KOE
ISBN No: 978-983-812-128-6
Kategori Buku: Bukan Fiksyen, Sains, Lebah Madu dan Sabah.
Gudrun dan Nikolaus Koenigar telah terpesona dengan lebah madu sejak
kecil. Kajian mereka pada lebah madu tropika bermula semasa pengajian PhD
mereka di Goethe University Of Frankfurt. Kemudian Nikolaus menjadi profesor
di University of Guelph (Kanada). Kemudian dia kembali ke Jerman dan dilantik
sebagai ketua Institut Penyelidikan Lebah Persatuan Politeknik di Universiti
Frankfurt. Pada tahun 1986 Gudrun dan Nikolaus memulakan kerjasama
penyelidikan jangka panjang dengan Salim Tingek dan akhirnya mereka mula,
bersama-sama dengan rakan karib mereka Salim, untuk menulis sebuah buku
dalam pengalaman mereka dengan lebah madu dari Borneo.
Salim Tingek telah bekerja di Jabatan Pertanian Sabah Sejak tahun 1979;
pada tahun 1987 dia dilantik sebagai Pegawai Penyelidik yang bertugas di
Bahagian Apikultur di Stesen Penyelidikan Pertanian, Tenom yang menarik banyak
penyelidikan lebah madu asing. Salim Tingek telah menerbitkan lebih daripada
tiga puluh makalah penyelidikan dengan kerjasama beberapa penyelidik
antarabangsa yang terkenal. Antara pencapaian saintifiknya ialah penemuan
semula Apis koschevnikovi di Sabah dan penemuan spesies Apis nuluensis dengan
Gudrun dan Nikolaus Koenigar. Salim Tingek telah banyak membantu dalam
20
pengembangan pengeluaran lebah dan madu lebah di Sabah.
Bersambung dihelaian seterusnya……..
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Sambungan …..
Buku ini adalah panduan yang boleh dipercayai dan menarik untuk salah
satu keajaiban semula jadi Borneo - kepelbagaian lebah madu, koloni lebah madu
yang menarik dan penyesuaian terhadap pencerobohan tropika yang kompleks.
Keharmonian hidup sosial lebah madu yang luar biasa, ketepatan geomatri sarang
dan kekayaan kilang madu mereka dijelaskan, serta strategi pertahanan lebah madu
terhadap beruang, burung dan tungau kecil.
Pelbagai gambar yang unik dan spektakular membolehkan pembaca
mengunjungi lebah raksasa (Apis dorsata) di kanopi pokok Koompassia tertinggi
dan menyaksikan sengatan lebah yang menyakitkan menembusi lebih dalam dan
lebih dalam ke kulit. Yang unik di kerajaan haiwan adalah kumpulan ribuan drone
yang luar biasa, jauh dari keselamatan sarangnya, berputar di udara menunggu
kedatangan ratu tunggal. Ujian dan kualiti madu lebah asli untuk pengeluaran
madu di Asia mesti mendapat lebih banyak momentum. Pengetahuan dan
kesedaran yang disebarkan melalui buku ini pasti akan membantu melindungi
lebah madu asli dan habitatnya di Borneo dan di tempat lain.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi kandungannya, sila
kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan
Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh,
Maslianah Hj.Mohd Shom,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
21
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku:Pengurusan Dan Pembahagian Harta Pusaka
Pengarang:Wan Abdul Halim Wan Harun
MukaSurat: 531ms
No Panggilan:MAR 346.M052 WAN
ISBN No: 9836291431
Harga:RM40.50
Jenis Buku:Agama
Buku yang bertajuk Pengurusan dan Pembahagian Harta Pusaka ini amat sesuai
untuk bacaan semua lapisan masyarakat termasuk pelajar-pelajar atau hakim Mahkamah
Syariah sebagai rujukan untuk mempraktikkan hokum faraid terutama dalam
mengeluarkan sijil faraid dan pembahagian harta pusaka.
Mengandungi 7 bab dan dimulakan dengan Bab 1 pengenalan ilmu faraid
termasuk faedah mempelajarinya dan di akhir bab membincangkan hak-hak si mati yang
perlu diselesaikan oleh waris-waris iaitu belanja pengurusan jenazah, menyelesaikan
hutang dan menunaikan wasiat si mati.
Dalam buku ini juga diutarkan dengan perbincangan kes dan latih amal dengan
jawapan sekali. Dengan mengikuti perbincangan kes ini, akan menambahkan lagi
kefahaman pembaca tentang permasalahan dan penyelesaian sesuatu kes secara lebih
efektif. Permasalahan yang diketengahkan dalam perbincangan ini adalah merupakan
diantara situasi yang sering berlaku dalam masyarakat kita. Dengan memahami fakta kes
dan car penyelesaian diharap dapat menjadi panduan pembaca dalam menyelesaikan kes-
kes pusaka. Latihan amal ini akan mengukuhkan lagi penguasaan pembaca dalam ilmu
Faraid terutama dalam soal teknik siasatan, penentuan waris dan pengiraan.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi kandungannya, sila
kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan
Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh, 22
Masnah Yusof.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku: Kinabalu- The Natural History, Ecology and Biodiversity of A World
hertiage Mountain
Penulis : K.M Wong dan C.L Chan
Penerbit: Natural History Publication ( Borneo ). Kota Kinabalu. 2015.
MukaSurat: 162
No Panggilan: LHC 508.09H WON
ISBN No: 978-983-812-158-3
Kategori Buku: Bukan Fiksyen, Sejarah, Ekologi , Biodiversiti, Sains, Ilustrasi, Gunung
Kinabalu dan Sabah
Bagi banyak penjelajah, naturalis dan ahli konservasi, tidak ada yang
setanding dengan Kinabalu yang menakjubkan dan kekayaan biologi khasnya.
Selama genesisnya, gunung muda geologi ini mencapai ketinggian yang luar biasa
hingga lebih dari 4000 m, dan telah mengalami episod perubahan iklim hingga
ribuan tahun yang bermula dari puncak yang ditutup dengan ais hingga ke kawasan
puncak granit yang hampir kosong hari ini. Gunung ini mempunyai susunan
komuniti semula jadi yang mengagumkan yang tersebar di formasi kompleks jenis
batuan dan topografi, melintasi kecerunan ketinggian yang mengagumkan dari
iklim tropis, hingga iklim, hingga iklim kutub. Topografi yang mendadak
menjadikan banyak tempat belum diterokai dan kebanyakan kumpulan dan
organisma ekologi baru mula dikaji dengan lebih baik.
Gunung Kinabalu unik dalam beberapa cara yang menjadikannya menarik
bagi ahli biologi yang luar biasa. Di sini, lebih daripada tempat lain, asal usul dan
evolusi flora dan fauna endemik yang sangat kaya dapat ditemui. Perjuangan,
antara kekuatan penyebaran dan hibridisasi yang saling bertentangan, dan spesiasi
melalui pemilihan ke habitat yang berbeza.
23
Bersambung dihelaian seterusnya……..
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Sambungan …..
Kinabalu telah menarik para cendekiawan dari jauh dan dekat, dari lebih
dari satu abad yang lalu, dan penjelajah dan penulis wilayah ini telah menemui
hubungan yang tidak dapat dielakkan dengan gunung yang luar biasa ini. Karya
penulis sebelumnya (Kinabalu, Magic Mountain), sebelum Taman Kinabalu ditulis
sebagai Tapak Warisan Dunia, menjadi sangat popular di luar komuniti saintifik
kerana ia menjelaskan dengan cara mudah mengapa gunung ini penting dari segi
geologi, biologi dan budaya.
Sejak itu, banyak kemajuan telah dibuat dalam kajian dan dokumentasi
kehidupan tumbuhan dan haiwan, serta geologi dan ekologi gunung ini, tetapi
banyak penyelidikan ini diterbitkan dalam jurnal khusus.
Pada masa yang sama, kedatangan fotografi digital yang mudah diakses
menjadikan subjek alam semakin popular. Oleh itu, tepat pada masanya buku ini
dibina berdasarkan kekuatan karya terdahulu dan menyajikan sintesis yang
diperluas dengan menggunakan pelbagai gambar untuk memperluas lagi
penghayatan Kinabalu yang luar biasa.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi kandungannya, sila
kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan
Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh,
Maslianah Hj.Mohd Shom,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
24
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
TAJUK BUKU : PENAAKULAN ETIKA – KE ARAH PEMANTAPAN
KUALITI GURU
PENERBIT : PELANGI PROFESSIONAL PUBLISHING SDN BHD
MUKASURAT : 132
NOMBOR KELAS : MAN 371.1109M PEN
NOMBOR AKSESI : 0003730752
ISBN : 9789670849027
HARGA : RM17.25
Buku ini ditulis oleh para pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas,
Kuala Lumpur ditulis berdasarkan proforma terbaharu untuk siswa siswi guru yang
sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru
seluruh negara. Buku setebal 132 ini mengandungi 7 topik. Dalam topik 1 mengenai
keperluan etika dalam Pendidikan mengandungi kupasan tentang pernyataan masalah
berkaitan dengan isu-isu etika dan keperluan menghayati prinsip etika itu sendiri dan
turut merangkumi kajian-kajian berkaitan dengan keperluan penaakulan etika yang jitu
dalam menghadapi keadaan semasa. Selain itu dalam topik 1 juga membincangkan
akauntabiliti keguruan dan hubungkaitnya dengan diri,murid,sekolah,masyarakat dan
negara serta profesion keguruan. Topik 2 membincangkan tentang pengertian dan asal
usul konsep etika.etika dan falsafah moral,perbezaan etika dan etiket, dan tokoh yang
mempelopori kedua-dua teori teleologi dan teori deontologi. Dalam topik 2 pembaca
akan dapat memahami perbezaan kedua-dua teori atau kaedah etika dengan memberi
istilah yang berhubung dengan kaedah – kaedah tersebut.
Etika Profesion Perguruan Malaysia adalah topik ke 3 yang mengandungi kupasan
berkenaan Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia, Etika Perguruan, Lima Prinsip Etika
Perguruan serta Standard Guru Malaysia. Nilai-nilai utama dalam Perkhidmatan Awam,
Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam dan Tonggal Dua Belas turut ada kupasannya
dalam topik ke 3. Manakala topik ke 4 membincangkan Penerapan Etika Perguruan
dalam kursus Pendidikan Guru dengan penghuraian tentang program yang ditawarkan di
Institut Pendidikan Guru.
25
Bersambung dihelaian seterusnya……..
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Sambungan …..
Selain itu dalam topik ini juga membincangkan penerapan etika perguruan dalam
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan,Diploma Pendidikan Lepas Ijazah dan Program
Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguran melalui kandungan dalam pro forma kursus serta hasil
pembelajaran kursus. Dalam topik ke 5 bertajuk Penaakulan Etika di mana topik ini mempunyai
kupasan tentang konsep penaakulan etika dan kepentingan kemahiran membuat penaakulan
etika kepada pendidik. Kerangka penaakulan etika serta beberapa pendekatan penaakulan etika
seperti Pendekatan Utilitarianisme, Pendekatan Deontologi, Pendekatan Perwatakan dan
Pendekatan Pluralistik turut diperkenalkan kepada para pendidik untuk memberi pendedahan
tentang pendekatan yang boleh digunakan semasa membuat keputusan apabila menghadapi
dilema etika.
Selain itu,aplikasi pendekatan penaakulan etika turut dibincangkan berserta contoh –
contoh spesifik. Topik ke 6 bertajuk Dilema Etika Dalam Konteks
Pendidikan yang mana membincangkan isu – isu serta contoh – contoh dilema
yang berkaitan dengan etika. Contoh – contoh dilemma berfokus kepada sepuluh isu utama yang
dikenal pasti banyak berlaku dalam konteks Pendidikan. Setiap
isu dibincangkan mengikut definisi dan contoh dilema yang memerlukan
kita berfikir secara analitikal untuk mengenal pasti strategi penaakulan etika yang
bersesuaian. Topik ke 7 dengan tajuk Bengkel Penaakulan Etika Dalam Pendidikan Guru adalah
topik terakhir dalam buku ini. Dalam topik ini mengandungi kupasan berkenaan
perancangan,pengelolaan dan pentadbiran sesuatu bengkel secara umumnya. Perincian setiap
aspek diutarakan dalam subtopik seperti penetapan Tarikh dan
lokasi,personel,logistic,pembentangan,
kesimpulan dan contoh dokumen berkaitan. Umumnya bengkel merupakan satu aktiviti
berinformasi yang berfokus pada sesuatu kemahiran khusus atau menerokai sesuatu subjek yang
diminati fasilitator bengkel biasanya terdiri daripada pendidik,pakar bidang,pengurus atau
pemimpin yang mempunyai pengetahuan serta ilmu tentang sesuatu subjek atau kemahiran.
Bengkel boleh dijalankan dalam tempoh antara 1 hingga 2 jam atau berlanjutan ke beberapa hari
atau minggu. Bagi menyediakan satu bengkel yang berkesan,fasilitator perlu mengenal pasti
matlamat utama program termasuk keperluan peserta dan para hadirin.
Berdasarkan topik – topik yang dibincangkan dalam buku ini, ianya dapat membantu
memurnikan amalan profesional diri pendidik kearah perkhidmatan berkualiti. Oleh itu buku ini
sesuai untuk guru dalam perkhidmatan,siswa siswi yang sedang mengikuti kursus Pendidikan di
IPTA / IPTS serta mereka yang terlibat dalam bidang Pendidikan.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi kandungannya, sila
kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan
Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh, 26
Jacqueline J.Angian,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : Ubat-Ubat Tradisional
Pengarang : JIWASENI SDN BHD
Penerbit : JIWASENI SDN BHD
Muka Surat : 179 Muka Surat
No Panggilan: MAN 615.88 UBA
ISBN No : 983-881-163-7
Harga Buku : Rm17.50
Buku yang bertajuk Ubat-Ubat Tradisional jilid 1 dan 2 Anda sangat menarik
untuk dibaca.Menerangkan tentang pelbagai jenis ubat-ubatan tradisional dan
diadaptasikan dalam kehidupan seharian.
Modul buku ini cuba memberikan pelbagai kaedah perubatan selain perubatan
moden masa kini.Meskipun dengan peredaran arus zaman dan kemajuan
teknologi,system perubatan tradisional turut tidak boleh dilupakan serta sangat membantu
kepada manusia dalam usaha dan ikhtiar mendapatkan rawatan.
Menerusi buku ini diketengahkan pelbagai ramuan ubat tradisional yang diwarisi
sejak turun temurun dengan cara yang mudah dan boleh diamalkan.Setiap penyakit yang
disenaraikan diselitkan secara terperinci cara-cara dan kaedah untuk mengadunkan
bahan-bahan yang disediakan.Dalam pada itu,dapat disimpulkan bahan-bahan yang
diperlukan sangat mudah diperolehi serta mesra alam.Maka tidak hairanlah buku ini
membawa banyak manfat dan kebaikan kepada setiap lapisan masyarakat.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi kandungannya, sila
kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan
Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh,
Lawrance Angansuk.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
27
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
TAJUK BUKU : MAWAR
PENGARANG : Nurina Haji Hama@Mataunggu
PENERBIT : Kota Kinabalu, Sabah: Hajat Enterprise
MUKASURAT : 102
ACC NUMBER : 0003690482
ISBN NO : 9789671077702
HARGA : RM29.00
JENIS BUKU : Cerita Novel (MAF/NUR)
Penulis novel ini adalah anak kelahiran Sandakan Sabah. Novel ini juga
merupakan novel etnik suku kaum diSabah. Novel ini mengisahkan cerita sebenar tetapi
ada yang telah diubah untuk kesesuaian dengan jalan cerita.
Kisah mengenai seorang wanita yang bernama Mawar mempunyai
perwatakan yang amat baik hati, periang dan suka menolong teman-temannya pada
waktu susah. Merupakan anak tunggal dan anak kesayangan kepada Encik Harun.
Semasa kecil ibubapa Mawar telah berpisah dan membawa haluan masing-masing dan
dia tinggal bersama ibunya di Johor Bahru. Mawar melanjutnya pelajarannya ke
University Of Arizona USA, setelah tamat belajar ia kembali ke Johor Bahru lalu pergi
mencari ayah kandungnya di Sandakan Sabah tetapi pertemuan antara Mawar dan
ayahnya hanya seketika. Mawar akhirnya mengambil keputusan pergi ke Kota Kinabalu
Sabah. Di sana Mawar cuba membuka perniagaannya. Dapatkah Mawar meneruskan
perniagaannya?
Sungguh banyak dugaan dan rintangan yang Mawar tempuhi, apakah Mawar akan
pertahankan hubungannya bersama Fir setelah Mawar dikurniakan dua orang cahaya
mata? Kehadiran Syam dalam hidup Mawar memberikan kenangan yang manis, dia
mengambil keputusan akan melangsungkan perkahwinannya dengan Syam. Akhirnya
perkahwinan itu menjadi tragedi dalam hidup Mawar buat selama-lamanya. Kita ikuti
cerita yang menarik ini untuk mengetahui apakah yang berlaku seterusnya.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi kandungannya, sila
kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan
Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh, 28
Mobin Mahadin.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
TAJUK BUKU : Penyakit Jantung Koronari : Cara Holistik Menangani Kesihatan
PENGARANG : Dr. Hassan Noor, Nor Hanis Hashim
PENERBIT : Kuala Lumpur : S.A. Majeed & Co.
MUKASURAT : 83
ACC NUMBER : 0003366085
ISBN NO : 9789673719020
HARGA : RM11.92
JENIS BUKU : PENYAKIT JANTUNG
(MAN641.56311PEN)
Penyakit jantung ada pelbagai jenis, tetapi penyakit jantung yang umumnya
ditakuti adalah penyakit jantung koronari, ini adalah penyebab utama kematian. Penyakit
jantung antara penyumbang angka kematian yang tertinggi di Malaysia.
Penyakit ini punca terjadinya penyempitan di arteri koronari yang mengalirkan
darah ke otot jantung. Orang yang mengalami penyakit ini akan merasa seperti sakit di
dada, kurang selesa, badan berpeluh, sesak nafas, mual-mual dan muntah.
Jantung memerlukan oksigen dan zat makanan sebagai sumber tenaga agar dapat
mengepam darah ke seluruh tubuh, ia akan berfungsi dengan baik jika bekalan dan
pengeluaran seimbang.
Penyakit jantung ini pada awalnya hanya menyerang pada orang yang telah
berusia namun trend pada hari ini ia cenderung pada yang berusia 40 tahun ke bawah.
Perkara ini terjadi kerana gaya hidup, keadaan persekitaran dan perilaku masyarakat yang
kurang bersenam dan tekanan hidup.
Buku Cara Holistik Menangani Kesihatan Penyakit Jantung ini memuatkan
mengenai jantung Koronari secara ringkas dan mudah difahami oleh pembaca. Mulai
dari pengenalan penyakit, rangkaian gejala penyakit, penyebab, pencegahan serta
pengubatan turut disertakan.
Mari kita teliti semua penjelasan di dalam buku ini. Anda akan mengetahui
tentang penyebab serta cara pencegahan melalui terapi herba, terapi diet dan terapi jus
serta lain-lain yang berkaitan.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi kandungannya, sila
kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan
Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh, 29
Mobin Mahadin.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : Penanaman Belimbing
Pengarang : DRS.H.Hemdro Sunarjo
Penerbit : SYNERGY MEDIA BOOKS
Muka Surat : 92 Muka Surat
No Panggilan: MAN 634.6 SUN
ISBN No : 983197469-7
Harga Buku : Rm23.00
Buku yang bertajuk penanaman Belimbing menarik untuk dibaca.Menerangkan
tentang penghasilan buah bermutu tinggi dan bebas dari serangan perosak disamping
Penjagaan yang mudah serta membuatkan ramai orang ingin menanamnya
Belimbing merupakan buah-buahan tropika yang sangat diminati dikalangan
masyarakat Malaysia.Pokok belimbing boleh di tanam di kebun atau halaman rumah
sebagai tempat berteduh.Buah Belimbing ini kaya dengan vitamin dan garam mineral
serta digunakan juga dalam sistem perubatan tradisional.
Buku ini sesuai dijadikan panduan dalam usaha penanman belimbing yang
meliputi aspek pengeluaran,penyediaan benih dan anak pokok yang berkualiti,proses
penuaian dan pengendalian hasilnya.Dalam pada itu juga member panduan kaedah
kegiatan pemasaran yang sesuai.Selain itu turut diselitkan pengendalian serangan perosak
dan penyakit tanaman.
Buku ini terdapat di perpustakaan Cawangan Keningau dan amat sesuai dibaca
oleh seluruh lapisan masyarakat dari kanak-kanak,remaja dan dewasa.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh, 30
Lawrance Angansuk.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : Mengaplikasi Teori Psikologi dalam sukan
Pengarang : Shahahrudin Abd.Aziz
Penerbit : Utusan Publication & Distributors SDN BHD
Muka Surat : 257 Muka Surat
No Panggilan: MAN 796.01 SHA
ISBN No : 967-61-1236-4
Harga Buku : Rm20.70
Buku yang Mengaplikasi Teori Psikologi dalam sukan menarik untuk dibaca.Buku
ini ditulis dan diterbitkan dengan mengambil kira perkembangan terkini dalam biadang
psikologi sukan untuk digunakan sebagai rujukan dan panduan kepada mana-mana
individu yabg terlibat dalam bidang sukan.
Bidang Psikologi sukan merupakan salah satu diantara bidang yang mudah
dijelaskan kerana ia bukan lah bidang yang berbentuk saintifik atau teknika melainkan
bagaimana kita membentuk dan memberi semangat perangsang dalam melalui pelbagai
situasi dalam sukan sama ada berjaya atau gagal.
Bagi yang berminat dan terlibat dalam sukan sama ada atlet,jurulatih,guru-guru
atau individu yang terlibat dalam sukan secara lansung dan tidak langsung akan dapat
panduan dan manfaat.Buku ini menyajikan pendekatan dan teori yang sesuai untuk
dipraktikkan.Hal ini kerana mengutarakan beberapa teori psikologi sukan yang terkini
serta meluas digunakan oleh pakar psikologi dalam beberapa sukan dalam membantu
atlet mencapai kejayaan
Buku ini membantu meningkatkan kefahaman kita tentang aspek psikilogi dalam
sukan.Bahan ini terdapat di perpustakaan Cawangan Keningau serta amat sesuai dibaca
oleh seluruh lapisan masyarakat.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi kandungannya, sila
kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan
Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh, 31
Lawrance Angansuk.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : 30 Ramuan Mencegah Hipertensi
Pengarang : Surfida Yulianti
Penerbit : Synergy Media SDN BHD
Muka Surat : 80 Muka Surat
No Panggilan: MAN 616.1320 YUL
ISBN No : 978-967-322-218-6
Harga Buku : Rm17.70
Buku 30 ramuan mencegah Hipertensi atau dikenali sebagai darah tinggi menarik
untuk dibaca yang ditulis Surfida Yulianti dan Maloedyn Sitanggang dalam siri Bio
Herba.
Masyarakat kita menganggap perubatan tradisional atau penggunaan ubat
tradisional sebagai tidak mengikut peredaran zaman.Namun,tidak menyedari
keistemewaan dan khasiattanaman ubat yang diamalkan sejak turun temurun.Hipertensi
dikenali sebagai pembunuh senyap “silent Killer”, yang berlaku tanpa bergejala dan tidak
disedari.Meskipun bergejala hanya dianggap remeh contohnya sakit kepala,sakit-sakit
tengkuk,cepat lelah,sering kebas serta pandangan kabur.
Mengapa Hipertensi perlu dikawal adalah disebabkan mencegah berlakunya
komplikasi.Sekiranaya Hipertensi dibiarkan tinggi,organ yang menjadi lemah adalah
jantung.Jantung terpaksa bekerja keras untuk mengepam darah beroksigen ke seluruh
badan termasuklah otak.Perubatan Moden yang menggunakan ubat kimia kurang
berkesan kerana member kesan sampingan.Oleh itu,adalah perlu memanfaatkan ubat
tradisional dari alam semulajadi serta menjadi pilihan lain dalam mencegah Hipertensi.
Buku ini membincangkan 30 cara ramuan tradisonal bagi mencegah penyakit
ini.Bahan ini terdapat di perpustakaan Cawangan Keningau bahkan boleh dipinjam serta
sesuai dibaca oleh seluruh lapisan masyarakat.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi kandungannya, sila
kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan
Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh, 32
Lawrance Angansuk.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
TAJUK BUKU : CASH FLOW untuk WANITA : Biar nampak SEDERHANA
asalkan BIJAKSANA
PENGARANG : Shamsuddin Kadir, Ain Muhammad
PENERBIT : Petaling Jaya, Selangor: Galeri Ilmu Sdn. Bhd., 2017.
MUKASURAT : 118
ACC NUMBER : 0003610514
ISBN NO : 9789830976549
HARGA : RM13.60
JENIS BUKU : Pelaburan, Perancangan
Kewangan
(MAN332.024SHA)
Buku ini lain daripada buku tips kewangan yang lain kerana penulis fokus
kepada para wanita. Biar nampak miskin harta, asalkan tak miskin minda.
Mungkin kita tidak menyedari bahawa kebanyakan wang di tangan kita selalu tak
pernah rasa cukup disebabkan terlalu ikut kehendak hati dan nafsu, lalu kita
membeli barangan di luar kemampuan dompet kita.
Buku ini khas untuk wanita dalam bagaimana nak uruskan kewangan bukan
untuk masa sekarang saja tapi untuk masa depan juga. Buku ini mengandungi 118
muka surat dan 27 bab.
Buku ini ada tips-tips untuk wanita macam mana nak berjimat, nak bertahan
daripada duit digunakan untuk benda yang tak sepatutnya, cara nak menabung dan
banyak lagi.
Sebagai seorang wanita, kita kena ambil tahu pasal nak urus kewangan dengan
baik walaupun nanti jadi suri rumah sekalipun pun kena ambil tahu.
Kalau perempuan dah kahwin, memang nafkah dari suami tapi tak salah
kalau kita sama-sama bantu pasangan dalam perancangan keluar masuk duit tu.
Kata penulis : Sebagai wanita yang waras, wanita perlu mempunyai dua tabungan,
iaitu :
1. Tabungan untuk zaman muda (sebelum 55 tahun)
2. Tabungan untuk zaman tua (56 tahun ke atas) 33
Bersambung dihelaian seterusnya……..
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Justeru, kepada para wanita, jadilah wanita yang hebat, berwawasan dan
cerdik. Semoga buku ini menjadikan wanita lebih matang serta lebih bijak dalam
membuat keputusan dan memilih jalan hidup yang ada kaitan dengan kewangan
serta bijak menguruskan wang sedari awal lagi. Sesal dulu pendapatan, sesal
kemudian tiada gunanya, didik diri jangan berhutang. Jika kita rasa kita tak mampu
jangan beli walaupun bayaran secara ansuran. Abaikan kata-kata orang apabila
mereka komen mengenai kehidupan kita.
Sebagai kesimpulan mencegah lebih baik daripada sudah menjadi parah.
Simpan lah dari sekarang untuk masa depan sebab benda yang kedepan ini kita tak
tahu apa akan jadi kan.
Jadilah seorang yang biar nampak sederhana tapi bijaksana. Beauty with brain kata
orang.
Buku yang baik sebagai pengenalan kepada ilmu belanjawan peribadi dan
isu-isu penting berkaitan kewangan peribadi digarap begitu tersusun dan santai
dan sesuai untuk orang yang masih belum ada kesedaran tentang pentingnya
pengurusan kewangan peribadi.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi kandungannya, sila
kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan
Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh,
Mobin Mahadin.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
34
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
TAJUK BUKU : BUDAYA & PEMBELAJARAN
PENULIS : ANITA HJ ABU HASAN,NORYANI MD YUSOF &
HUSNI HJ JAZAM
PENERBIT : PELANGI PROFESSIONAL PUBLISHING SDN BHD
MUKASURAT : 200
NOMBOR KELAS : MAN 306.076 ANI
NOMBOR AKSESI : 0003730737
ISBN : 9789671313350
HARGA : RM21.00
Buku ini ditulis oleh Anita Hj.Abu Hasan, Noryani Md.Yusof dan Husni Hj Jazam dan ditulis
berdasarkan proforma terbaharu untuk siswa siswi guru yang sedang mengikuti Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru seluruh negara. Buku setebal 200 ini
mengandungi 7 bab dan juga disertakan dengan modul latihan serta jawapan.
Di awal bab, penulis menjelaskan konsep budaya, pengertian dan konsep kepelbagaian
kelompok serta jenis dan demografi kelompok yang terdapat di negara kita. Misalnya, bangsa
Cina, orang Asli, etnik Sabah, bangsa Melayu, bangsa India dan etnik Sarawak.Menurut penulis
faktor kepelbagaian sosiobudaya dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia telah
menjadikan sistem pendidikan sebagai agen memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Usaha menyatupadukan rakyat Malaysian ini telah dilaksanakan secara berterusan oleh
Kementerian pendidikan Malaysia melalui teras pertama Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
iaitu pembinaan negara bangsa, usaha tersebut selari dengan hasrat FPK bagi melahirkan modal
insane yang seimbang dari aspek jasmani,emosi,rohani,intelektual serta hubungan sosial. Dalam
bab yang kedua pula, penulis lebih memfokuskan kepada kepentingan atau kesedaran
kepelbagian sosiobudaya di Malaysia. Penulis telah menganalisis kepelbagian sosiobudaya,
membuat perbandingan budaya daripada pelbagai aspek dan menghuraikan ciri – ciri persamaan
budaya dan amalan etnik serta kaun di Malaysia. Meskipun Kementerian Pendidikan Malaysia
menghadapi cabaran besar bagi melahirkan murid yang mempunyai ciri-ciri bangsa Malaysia
memandangkan wujudnya kepelbagaian sosiobudaya dalam kalangan rakyat. Namun demikian
penekanan kepada sejarah pembinaan bangsa diharap dapat menyedarkan pelajar terhadap
perbezaan seperti kelainan etnik,kebudayaan dan cara hidup rakyat.
Bab 3 pula membincangkan implikasi kepelbagaian sosiobudaya. Diantara implikasi
yang akan dibincangkan ialah implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada guru, implikasi
kepelbagaian sosiobudaya kepada sekolah, implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
dan implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada kurikulum.Kewujudan pelbagai kaum di
Malaysia secara langsung telah mewujudkan kepelbagaian sosiobudaya dalam masyarakat kita
dan memberi kesan secara lanngsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya
serta kepada suasana pembelajaran secara khususnya.
35
Bersambung dilembaran seterusnya……
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Sehubungan dengan itu para guru hendaklah memahami latar belakang budaya para
murid dan menggunakannya secara manfaat untuk membina strategi pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Ketaksamaan peluang pendidikan dibincangkan oleh penulis di
bab 4 di mana konsep dan isu ketaksamaan peluang pendidikan lebih difokuskan. Disebabkan
kepelbagaian kaum yang wujud di dalam bilik darjah telah memberi satu gambaran sebenar
tentang kepelbagaian budaya dan bahasa dalam masyarakat Malaysia. Faktor ini juga telah
menimbulkan isu ketaksamaan peluang pendidikan dalam kalangan murid dan seterusnya
memberi impak terhadap sekolah iaitu dari aspek pencapaian akademik murid. Justeru itu
pelbagai usaha telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk merapatkan
jurang yang wujud dalam sistem pendidikan Negara. Bab 5 lebih menekankan tentang
pembinaan persekitaran fizikal bilik darjah. Bab ini akan menghuraikan bagaimana pengurusan
kelas yang mesra budaya yang data diaplikasikan supaya suasana pembelajaran lebih kondusif
yang dapat disediakan oleh pihak sekolah untuk murid – murid dari pelbagai latar belakang.
Selain itu bab ini merupakan bahagian yang penting dalam memahami pengurusan bilik darjah
mesra budaya yang merangkumi aspek pengurusan fizikal dan sosio-emosi bilik darjah.Kedua-
dua aspek tersebut perlu diambil kira kerana ia mempengaruhi psikologi murid-murid dan juga
mencerminkan akauntabiliti serta tanggungjawab sebagai guru. Bab 6 pula membincangkan
tentang kemahiran komunikasi guru. Kemahiran komunikasi amat diperlukan oleh guru bagi
memastikan isi kandungan pelajaran dapat disampaikan kepada murid – murid dengan tepat dan
efektif. Elemen-elemen penting iaitu kemahiran komunikasi secara lisan dan bukan lisan dapat
membantu guru melaksanakan tugasan serta peranan mereka di dalam bilik darjah. Turut
dibincangkan juga ialah ciri-ciri komunikasi dan kesannya jika guru gagal memahami dan
kurang berkemahiran semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Bab yang terakhir iaitu bab 7
pula penulis akan membincangkan pelan tindakan mewujudkan persekitaran mesra budaya. Bab
ini mengupas cara-cara mewujudkan persekitaran yang mesra budaya di sekolah melalui
kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia seperti setiap yang dirancang oleh Jabatan
Hal Ehwal Orang Asli ( JHOEA) sentiasa mendapat sambutan yang baik daripada masyarakat
orang asli,indigenous (pribumi) dan Pedalaman. Secara Keseluruhannya, buku ini sangat
bermanfaat kepada para pembaca agar dapat meningkatkan lagi ilmu tentang kepelbagaian
budaya serta kepentingan dalam memelihara pelbagai budaya di Malaysia melalui sistem
pendidikan di Negara ini.
Buku ini juga dapat membantu memurnikan amalan profesional diri pendidik kearah
perkhidmatan berkualiti. Oleh itu buku ini sesuai untuk guru dalam perkhidmatan,siswa siswi
yang sedang mengikuti kursus Pendidikan di IPTA / IPTS serta mereka yang terlibat dalam
bidang Pendidikan.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi kandungannya, sila kunjungi
Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat
dengan melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku tersebut
Diulas oleh, 36
Jacquline J.Angian,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
TAJUK BUKU : MEMBUAT SENDIRI ROBOT
PENGARANG : Budiharto, Widodo
PENERBIT : Kuala Lumpur: S.A.Majeed & Co. Sdn Bhd
MUKASURAT : 195
ACC NUMBER : 0003610982
ISBN NO : 9789673718382
HARGA : RM19.90
JENIS BUKU : Siri Robot (MAN629.892BUD)
Robot telah wujud sejak zaman Yunani kuno lagi dan terus diperkembangankan
sehingga ke hari ini dan sudah sebati dengan manusia dalam melakukan kerja rutin dan
berat serta sebagai penghibur. Sesiapa yang berminat dalam mencipta dan membina
robot haruslah mendalami bidang elektronik dan yang berkaitan. Pada ketika ini ini
hampir semua industri pembuatan menggunakan robot kerana kos menghasilkan robot
adalah lebih murah dibandingkan dengan menggunakan tenaga manusia.
Pernahkah anda terfikir membuat robot yang dapat bergerak, menghindari
penghalang, mengikuti anda , mematikan puntung rokok, mengucapkan beberapa kata
dan menjawab pertanyaan anda. Jika ya, tanamkan dalam diri anda untuk mencuba
mencipta robot. Terciptanya robot membantu manusia dalam melakukan pelbagai jenis
pekerjaan harian dan berat serta sebagai penghibur.
Buku membuat robot boleh dibaca oleh sesiapa sahaja yang ingin membuat robot
yang dapat diprogramkan sesuai dengan keinginan. Buku ini memaparkan gambar-
gambar dan lakaran yang akan membantu anda untuk membina robot yang mudah.
Dalam buku ini, anda akan memperolehi:
Gambaran lengkap konsep robot
Rangkaian dan contoh program yang lengkap
Teknik membuat robot dengan ganah yang mudah diperolehi
Teknik penghasilan robot beroda dan berkaki berasaskan Basic Stamps dan AVR
Contoh program lengan robot dengan bahasa C dan Visual Basic. Net 2008.
Konsep mekatrokika dan sistem kawalan.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi kandungannya, sila
kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan
Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh, 37
Mobin Mahadin.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
TAJUK BUKU : BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK
PENULIS : AKHIAR BIN PARDI & SHAMSINA SHAMSUDDIN
PENERBIT : PELANGI PROFESSIONAL PUBLISHING SDN BHD
MUKASURAT : 190
NOMBOR KELAS : MAN371.404 AKH
NOMBOR AKSESI : 0003731885
ISBN : 9789671313367
HARGA : RM21.00
Buku ini hasil karya Akhiar bin Pardi bersama Shamsina Shamsuddin dan ditulis
berdasarkan proforma terbaharu untuk siswa siswi guru yang sedang mengikuti Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru seluruh negara. Buku setebal 190 ini
mengandungi 8 bab dan setiap bab ada perincian berkenaan tajuk buku ini.
Dalam bab 1 penulis mengupas tentang konsep asas bimbingan yang merupakan bantuan
yang diberikan kepada murid agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan orang lain serta
persekitaran bilik darjah tempat mereka belajar. Bimbingan membolehkan seseorang murid
memahami dirinya sendiri serta menyesuaikan dirinya dengan persekitarannya. Akhirnya murid
akan terbimbing untuk mendapatkan keharmonian antara keperluan peribadi dengan cita-cita
peribadi dalam persekitarannya
Selain itu prinsip-prinsip bimbingan di sekolah turut dibincangkan ianya merupakan
perkara yang menjadi dasar kepada perkhidmatan bimbingan yang diberikan kepada murid.
Matlamat bimbingan adalah menyediakan murid untuk menghadapi masa depannya,melalui
bimbingan tersebut murid akan mempelajari dan memperolehi kemahiran. Konsep asas
kaunseling,prinsip kaunseling dan matlamat kaunseling juga ada kupasan dalam buku ini. Secara
umumnya difahami bahawa kaunseling ini merujuk kepada satu proses menolong apabila
seseorang kaunselor membina satu
Perhubungan yang professional dengan klien dan membimbingnya supaya menjadi lebih
faham akan dirinya. Penulis turut membincangkan konsep psikoterapi secara tradisional
berfokus kepada masalah serius yang dikaitkan dengan intrapsikik, dalaman serta isu dan konflik
peribadi. Prinsip dan falsafah bimbingan dan kaunseling yang boleh dijadikan panduan guru
untuk melaksanakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah antaranya adalah
seperti maruah murid yang diberikan bimbingan perlu dijaga dan dihormati juga ada kupasannya
dalam buku ini.
Bab ke 2 penulis membincangkan pendekatan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di
sekolah, yang boleh dilaksanakan mengikut empat pendekatan iaitu pendekatan krisis
mengendalikan kes krisis yang timbul secara mendadak dan memerlukan perhatian serta
tindakan segera,pendekatan pemulihan lebih fokus kepada kekurangan atau masalah yang dapat
dikenal pasti dari semasa ke semasa, pendekatan pencegahan ini berasaskan kepada andaian
bahawa sesuatu masalah itu mungkin timbul dan sebelum keadaan menjadi serius dan
pendekatan perkembangan merupakan satu usaha untuk mengenalpasti keperluan murid di
sekolah agar mereka dapat diperlengkapkan dengan pengetahuan,kemahiran dan akhlak mulia. 38
Bersambung dilembaran seterusnya…
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Terdapat tiga jenis perkhidmatan bimbingan yang dibincangkan dalam buku ini iaitu
bimbingan pendidikan,bimbingan kerjaya dan bimbingan peribadi,selain itu penulis turut
memberi kupasan berkenaan dengan kaunseling individu serta kebaikan kaunseling individu.
Peranan guru biasa sebagai guru pembimbing adalah tajuk bab 3 di mana menurut penulis
program bimbingan dan kaunseling tidak mungkin dapat dilaksanakan di sekolah sekiranya ia
tidak mendapat kerjasama daripada pihak pentadbir sekolah dan guru-guru biasa. Kejayaan
sesuatu program hanya dapat terdapai sekiranya semua guru memainkan peranan selaras dengan
perkhidmatan yang diberikan oleh unit bimbingan dan kaunseling sekolah. Mengenal pasti
masalah kanak-kanak dengan kaedah pengumpulan maklumat murid dengan tiga cara iaitu ujian,
bukan ujian dan kajian dan setiap cara tersebut terdapat beberapa alat yang boleh digunakan.
Bagi mengenal pasti masalah kanak-kanak ini bukan saja melalui ujian tetapi melibatkan
beberapa aspek seperti emosi,konsep kendiri,rakan sebaya,bahasa /
pemikiran,tumpuan,tahap aktiviti,tingkah laku,nilai,tabiat dan kesihatan. Punca masalah tersebut
adalah disebabkan oleh faktor biologi,faktor sekolah dan masyarakat serta faktor persekitaran.
Bab 4 mengupas teori-teori kaunseling iaitu teori tingkah laku yang mana terapi tingkah
laku merupakan satu pendekatan klinikal yang boleh digunapakai untuk mengendalikan pelbagai
kecelaruan bertingkah laku dalam pelbagai situasi dan terapi ini juga boleh digunakan pada
pelbagai kumpulan populasi. Terapi tingkah laku bermatlamatkan peningkatan kemahiran agar
seseorang itu mempunyai lebih banyak pilihan untuk membuat respon. Pada umumnya terdapat
empat peringkat yang menjadi asas proses kaunseling tingkah laku iaitu pentaksiran, penetapan
matlamat,teknik pelaksanaan dan penilaian, setiap peringkat ini adalah penting dan saling
berkait antara satu dengan lain. Bab 5 membincangkan tentang kemahiran asas kaunseling
merangkumi tahap-tahap kaunseling iaitu membentuk dan membina perhubungan diantara
kaunselor dengan klien , kaunselor perlu mengetahui sebanyak mungkin tentang klien dan
masalahnya serta meneroka alternatif jalan penyelesaian dengan bertanyakan klien sama ada
mereka telah menemui jalan penyelesaian atas masalah yang mereka hadapi. kemahiran melayan
dan mendengar juga termasuk dalam bab ini di mana melayan bermaksud kaunselor perlu
memberikan perhatian kepada setiap perkara yang dilakukan atau dikatakan oleh klien dan perlu
sedar tentang intonasi suara klien tersebut. Melayan secara selektif bermaksud kaunselor akan
membuat pilihan untuk memberikan perhatian khusus kepada elemen tertentu tentang apa yang
telah diperkatakan oleh klien. Kawalan tumpuan turut dikupas oleh penulis, menurut penulis
kadangkala agak sukar untuk mengawal tumpuan atau fokus, kita selalu terdedah kepada
gangguan luaran dan pada masa-masa tertentu akan kehilangan tumpuan dan fokus.
Disamping itu untuk membantu klien menambahbaik kualiti kehidupan mereka melalui
pengendalian masalah atau isu yang dihadapi serta membuat perubahan positif.
Mendengar merupakan satu aspek penting kerana mendengar membolehkan seseorang itu berasa
dirinya dihargai dan dihormati. Terdapat pelbagai cara untuk seseorang itu mendengar dan
menunjukkan seseorang itu benar-benar mendengarkan apa yang dipertuturkan. Kemahiran
mengintepretasi tingkah laku, kemahiran memberi tindak balas, kemahiran mengenal pasti
masalah dan melaksanakan intervensi krisis juga ada kupasan dalam bab ini. Bab 6 penulis
mengupas tentang intervensi kaunseling kanak-kanak merangkumi terapi bermain,terapi
bercerita, terapi seni,terapi muzik dan terapi biblio. Setiap terapi ini ada perincian dalam bab
tersebut.
Bersambung dilembaran seterusnya…
39
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Bab 7 penulis membincang berkenaan dengan kaunseling kelompok yang
merupakan pengalaman teraputik yang dikongsi bersama dengan kehadiran beberapa
orang lain yang menghadapi masalah yang sama. Kaunseling kelompok boleh berfokus
kepada perhubungan interpersonal atau apa jua isu yang menjadi perhatian ahli kelompok
secara bersama.Kaunseling kelompok ini ditawarkan untuk membolehkan murid
mencapai pelbagai matlamat teraputik.
Bab 8 adalah bab terakhir membincangkan asas kerjaya dan memahami diri
pelajar merangkumi cabaran kerjaya abad ke 21, gaya hidup dan faktor yang
mempengaruhi gaya hidup dan kerjaya. Selain itu penerokaan minat kerjaya dan nilai
kerjaya turut dikupas yang mana menurut penulis ianya boleh dilakukan dengan
mengambil kira beberapa perkara seperti kemahiran yang dimiliki, minat dan
potensi,kepercayaan dan nilai peribadi, faktor motivasi dan pencapaian. Penilaian
individu dengan aplikasi inventori psikologi juga diselitkan iaitu penilaian kendiri
merupakan satu proses melihat kepada diri sendiri dengan tujuan untuk menilai aspek-
aspek yang penting kepada identiti seseorang. Ia merupakan salah satu motif yang dapat
mendorong seseorang membuat penilaian kendiri, pengesahan kendiri dan
penambahbaikian kendiri. Satu inventori yang terkenal dan banyak digunakan untuk
membolehkan seseorang itu mengenal dirinya ialah inventori psikologikal California.
Inventori ini merupakan inventori penilaian kendiri yang telah dibina oleh Harrison
Gough pada tahun 1956.
Keseluruhannya buku ini dapat membantu guru,khususnya guru-guru yang
berminat untuk membantu murid melalui perkhidmatan nimbingan dan kaunseling.
Memang bukan mudah untuk seseorang guru memberi bantuan kepada murid-murid
tanpa dirinya mempunyai pengetahuan dan kemahiran bimbingan seperti
mendengar,melayan,merancang dan mempengaruhi terutama untuk menjadi kaunselor
klinikal di sekolah..
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi kandungannya, sila
kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri
Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang www.library.sabah.gov.my untuk
mengetahui ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh,
Jacquline J.Angian,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
40
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
TAJUK BUKU : KEMAHIRAN BELAJAR
PENULIS : ROSINAH EDININ
PENERBIT : PELANGI PROFESSIONAL PUBLISHING SDN BHD
MUKASURAT : 171
NOMBOR KELAS : MAN371.30281 ROS
NOMBOR AKSESI : 0003730722
ISBN : 9789670849164
HARGA : RM22.50.
Buku bertajuk Kemahiran Belajar ini adalah hasil karya Rosinah Edinin
merupakan buku yang dihasilkan khas untuk siswa dan siswi yang sedang mengikuti
Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) di Institusi Pendidikan
Perguruan (IPG). Buku ini mengandungi 12 bab yang mana di permulaan bab ini
menjelaskan pengenalan kemahiran belajar iaitu suatu proses untuk mendapatkan ilmu
pengetahuan supaya setiap individu sentiasa berilmu dan berkemahiran di bidang yang
dipilih.Kemahiran ini diperlukan dalam setiap fasa kehidupan setiap manusia dan pada
masa individu melalui fasa kehidupan sebagai pelajar ataupun murid kemahiran belajar
bertambah penting. Hal yang demikian kerana mereka berada dalam fasa untuk
meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran agar kesemua maklumat yang
Diperoleh dapat digunakan untuk mencapai keputusan peperiksaan yang
cemerlang
seterusnya berjaya menghadapi kehidupan harian.Pada bab kedua pula, bab ini lebih
memfokuskan pengurusan pembelajaran. Pengurusan pembelajaran ini mengandungi
lima aspek iaitu penetapan matlamat diri dan akademik, pengurusan masa, mengenali
gaya pembelajaran kendiri, strategi meningkatkan daya ingatan dan perancangan jadual
belajar. Objektif aspek-aspek tersebut adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar
institut pendidikan guru berkaitan proses pembelajaran sepanjang hayat khususnya
pembelajaran sepanjang pengajian mereka di institute pendidikan guru.
Selain itu ilmu pengetahuan dan pengalaman tersebut boleh dikongsikan dengan
pelajar mereka apabila mereka berada di sekolah sewaktu menjalani praktikum ataupun
setelah mendapat penempatan di sekolah. Seterusnya dalam bab 3 pula membincangkan
kemahiran perolehan dan pengurusan maklumat. Maklumat merupakan perkara yang
penting hal ini dikatakan demikian kerana pelajar tidak dapat menyiapkan tugasan
mereka tanpa sebarang maklumat yang diperolehi. Ini kerana maklumat adalah satu input
yang diproses secara kognitif dalam mengembangkan ilmu pengetahuan di mana ilmu
pengetahuan dapat menyelesaikan masalah atau membantu membuat keputusan.
41
Bersambung dilembaran seterusnya…
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Maklumat boleh diperoleh daripada pelbagai sumber seperti manusia,media
elektronik,media bercetak,media tiga dimensi dan juga persekitaran. Teknik
membaca dibincangkan dalam bab yang keempat, di mana aspek membaca juga
penting untuk mendapatkan maklumat,pengetahuan dan fakta mengenai sesuatu
topik.
Membaca adalah satu proses yang kompleks melibatkan proses komunikasi
antara pembaca dengan penulis melalui tulisan, dan terdapat dua cara pembacaan
yang ada kupasannya dalam buku ini iaitu pembacaan cepat dan pembacaan
perlahan. Manakala, kemahiran mengambil dan membuat nota pula lebih
difokuskan pada bab yang kelima.
Keupayaan mengambil nota semasa kuliah serta membaca teks amat penting
kepada para pelajar khususnya pelajar universiti dan institute pendidikan guru.
Menurut penulis pengambilan nota yang baik dapat membantu pelajar memahami
apa yang dipelajari dan boleh digunakan semasa mengulang kaji untuk persiapan
peperiksaan. Kemahiran mencatat nota boleh ditingkatkan melalui latihan demi
latihan.Di bab yang keenam, penulis memberi kupasan tentang kemahiran
memproses maklumat dan penyediaan bahan bertulis. Terdapat beberapa aspek
yang dibincangkan pada bab ini iaitu menganalisis maklumat yang dikumpul,
mentafsir bahan yang dibaca dan didengari dan membuat kesimpulan, menilai
maklumat dan mensintesis maklumat untuk menghasilkan bahan bertulis.
Tujuannya agar bahan berkenaan boleh digunaakan untuk menghasilkan penulisan
yang diperlukan mengikut kehendak soalan tugasan kerja kursus. Terdapat dua
jenis sumber maklumat iaitu sumber primer dan sekunder dan perincian ada dalam
bab ini.
Bab yang ketujuh membincangkan tentang aplikasi penggunaan perisian
komputer, kerana komputer merupakan peralatan elektronik yang berupaaya untuk
menyimpan data dan arahan. Maklumat yang disimpan dalam komputer boleh
diperoleh pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Komputer menyimpan
maklumat dalam bentuk elektronik manakala storan menyimpan data atau
maklumat di dalam komputer. Bab yang kelapan membincangkan sistem
pengurusan pembelajaran, yang mana menurut penulis sistem pengurusan
pembelajaran merupakan suatu sistem yang digunakan untuk mengurus
pembelajaran pelajar dalam sesebuah university,institute dan kolej melalui
penggunaan internet. Sistem ini merangkumi beberapa faktor iaitu pelajar -
pensyarah,subjek-subjek,penyampaian ilmu pengetahuan,kolaborasi
subjek,pemantauan.tugasan/latihan
ulang kaji dan peperiksanan.
Bersambung dilembaran seterusnya…
42
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Bab kesembilan pula, penulis membincangkan sikap terhadap pentaksiran di
mana pentaksiran ini terdiri pengukuran,pengujian dan penilaian. Penilaian adalah
satu proses yang sistematik yang digunakan untuk mengumpul dan menganalisis
data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan telah
tercapai. Justeru itu pentaksiran diperlukan untuk mentafsir data berbentuk
numeric yang diperoleh ketika membuat pengujian terhadap seseorang
individu.Dalam bab kesepuluh penulis membincangkan tentang penyesuaian
sosial. Beberapa aspek yang terkandung di bab kesepuluh iaitu kemahiran
interpersonal, intrapersonal, pelajar sebagai ahli komuniti pembelajaran, isu – isu
perkongsian maklumat dan isu gender dalam kecemerlangan akademik.
Penyesuaian social adalah juga adalah keupayaan individu menyesuaikan diri
dalam kelompok sosial yang baharu.
Ia merupakan kemampuan seseorang untuk berinteraksi secara efektif dan sihat
terhadap situasi,reality dan keadaan sehingga tuntutan hidup bermasyarakat
dipenuhi dengan cara yang dapat diterima.
Bab ke sebelas, mengenai dengan panduan penulisan bahan rujukan, cara
penulisan sumber rujukan menggunakan stail dan format American Phychological
Association. Bahan rujukan boleh dilakukan keatas jurnal,buku, tajuk dalam
buku,ERIC,jurnal dalam talian,tesis,laporan,seminar,artikel dalam talian dan
prosiding. Penulis turut memberi panduan penyediaan kerja kursus untuk kursus
kemahiran belajar disertakan juga peratusan mengikut kategori iaitu penulisan Esei
50%, pembentangan 30% dan refleksi 20% yang dibincangkan dalam bab yang
terakhir iaitu bab yang keduabelas.
Buku ini sangat memberikan manfaat kepada pelajar yang sedang mengikuti
program Sarjana Ijazah Muda di IPG kerana terdapat banyak maklumat yang
diberikan oleh penulis kepada para pembaca terutamanya pelajar. Maklumat yang
diberikan dapat membantu sedikit dan sebanyak para pembaca atau pelajar.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi kandungannya, sila
kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan
Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh,
Jacquline J.Angian,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau 43
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
TAJUK BUKU : CEPAT MATEMATIK PERMAINAN DAN AKTIVITI SIRI 3
PENULIS : SHARON MACDONALD
PENERBIT : GRYPHON HOUSE INC.
MUKASURAT : 120
NOMBOR KELAS : MAN 513.076 MAC
NOMBOR AKSESI : 0003278393
ISBN : 9789673620319
HARGA : RM21.90
Buku Cepat Matematik Permainan dan Aktiviti Siri 3 hasil tulisan Sharon
MacDonald daripada buku asalnya bertajuk Math In Minutes, diterjemah oleh
panel penterjemah dari Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd dan buku ini
mengadungi 8 bab. Pengenalan kepada konsep awal matematik yang menarik serta
mengujakan pasti diminati oleh kanak-kanak. Setiap bab dalam buku ini akan
dimulai dengan aktiviti yang mudah dan akan dikembangkan ke peringkat yang
lebih mencabar. Bab - bab di dalam buku ini adalah bersesuaian dengan objektif-
objektif pembelajaran matematik yang berbeza.
Pada dasarnya piawaian yang ditetapkan adalah berbeza dari negeri ke negeri
walau bagaimanapun, elemen-elemen asasnya adalah sama.
Aktiviti-aktiviti yang dikongsikan oleh penulis dalam buku ini direka untuk
mengajar kemahiran baharu, ataupun untuk mengulang kaji serta mempraktikkan
kemahiran baharu tersebut. Para guru boleh menggunakan aktiviti - aktiviti yang
tersenarai dalam buku ini untuk seorang kanak - kanak yang bersedia untuk
bekerja secara individu ataupun untuk mereka yang bersedia bekerja di tahap yang
lebih tinggi. Kebanyakkan aktiviti dalam buku ini boleh juga dilakukan di sudut
matemaik di dalam bilik darjah. Setiap aktiviti dapat digunakan dengan pelbagai
cara, bergantung pada keperluan kanak-kanak. Hal ini akan memudahkan para
guru untuk memberikan pelbagai arahan yang berlainan kepada kanak-kanak di
dalam sesebuah kelas yang mungkin berada di tahap kemahiran yang berbeza.
44
Bersambung dilembaran seterusnya…
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Aktiviti - aktiviti dalam setiap bab disusun bermula aktiviti yang mudah
hinggalah aktiviti tahap yang paling sukar. Namun demikian, tahap kesukaran
aktiviti - aktiviti ini boleh disesuaikan bergantung kepada cara seseorang guru itu
mengaplikasi aktiviti tersebut. Setiap aktiviti yang tersenarai dalam buku ini
memenuhi objektif pembelajaran matematik yang ditetapkan oleh Majlis
Kebangsaan Bagi Guru - Guru Matematik. ( NCTM) namun demikian frasa dalam
buku ini adalah berdasarkan piawaian negeri berbanding objektif pembelajaran
NCTM untuk matematik. Menurut penulis lagi buku ini merupakan pengenalan
asas kepada matematik di peringkat awal kanak-kanak. Ia mendedahkan kepada
para guru,pelajar serta ibubapa kepada konsep asas matematik yang perlu dikuasai
oleh kanak-kanak. Pelbagai cara yang boleh digunakan untuk menjadikan aktiviti-
aktiviti lebih mencabar buat kanak-kanak, salah satu yang boleh dicuba iaitu
bahagian Dan Lebih Lagi dalam setiap bab.
Pun Boleh Juga! pula meluaskan topic-topik yang dibincangkan dengan cara
yang lebih menarik, disamping mewujudkan satu medium berbeza untuk
memahami konsep-konsep matematik serta memberi maklumat tambahan yang
sudah tentu berguna untuk topik matematik yang dibincangkan itu. Cuba Ini Lagi
pula mengandungi maklumat bermanfaat dan ianya adalah gabungan di antara
falsafah dan psikologi,dan kaedah-kaedah mengajar yang telah diperakui
keberkesanannya. Dalam buku ini juga dilampirkan senarai sumber rujukan yang
berguna dalam membantu pengajaran matematik ini.
Keseluruhannya, buku ini dapat membantu menbentuk kemahiran awal
matematik di kalangan kanak-kanak disamping itu dapat membantu para guru dan
juga para ibubapa untuk mengajar kanak – kanak subjek matematik dengan
menggunakan permainan dan aktiviti yang telah dikongsikan oleh penulis. Selain
itu buku ini juga ada menyelitkan petua-petua daripada guru-guru yang
berpengalaman yang pastinya akan memberi input yang baik sama ada untuk para
guru ataupun para ibubapa.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi kandungannya, sila
kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan
Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh,
Jacquline J.Angian,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau 45
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
TAJUK BUKU : MATEMATIK PRASEKOLAH PERMAINAN DAN AKTIVITI
SIRI 1
PENULIS : BOB WILLIAMS,DEBRA CUNNINGHAM & JOY LUBAWY
PENERBIT : GRYPHON HOUSE INC.
MUKASURAT : 138
NOMBOR KELAS : MAN513.07 WIL
NOMBOR AKSESI : 0003278351
ISBN : 9789673620180
HARGA : RM23.90
Buku yang bertajuk Matematik Prasekolah ini merupakan hasil karya 3
orang penulis dari luar negara iaitu Bob Williams, Debra Cunningham, Joy
Lubaway dan diterjemahkan oleh 4 orang panel penterjemah dari Al-Ameen Serve
Holdings Sdn Bhd. Pelbagai karya dalam bidang pendidikan awal kanak – kanak
yang dihasilkan oleh Robert Williams, Debra Cunningham pula mempunyai 23
tahun pengalaman sebagai pendidik Montessori dan Joy Lubawy pula merupakan
seorang Pengarah Pengajar di Tadika Kingfisher di Australia. Buku ini lebih
menfokuskan subjek matematik khas untuk kanak – kanak yang berada di
prasekolah dan memperkenalkan 45 aktiviti bertenaga yang pasti mengujakan
kanak-kanak.. Buku yang dihasilkan sebagai satu cara untuk menggalakkan corak
berfikir secara berpola, sentiasa mencari klasifikasi, bahan yang diukur
menggunakan bahan piawai dan bahan tidak piawai. Bukan itu sahaja, buku ini
juga turut memgajar kanak – kanak menggunakan deria – deria dan tubuh badan
mereka untuk mengetahui apakah ‘rasa’ dan ‘rupa’ matematik serta untuk
merekodkan dan membincangkan konsep – konsep matematik turut dibincangkan
dengan memperkenalkan melalui aktiviti-aktiviti seni,memasak,bermain dan
bernyanyi.Ini amat sesuai dengan minat,kebolehan dan daya imaginasi kanak-
kanak.
46
Bersambung dilembaran seterusnya…
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Hal ini demikian kerana bagi memudahkan kanak – kanak lebih memahami
konsep matematik jika mengajar kanak – kanak menggunakan bahan atau benda
yang ada di sekeliling mereka malahan kaedah belajar sambil bermain ini turut
menjanjikan satu suasana ceria untuk memahami subjek matematik itu sendiri.
Buku ini juga telah menyusun beberapa pendekatan yang boleh digunakan
oleh guru – guru di prasekolah seperti permainan, meneroka serta pembelajaran
matematik sehari – hari. Selain dari bermain, meneroka dan pembelajaran
matematik, penulis juga mencadangkan untuk memberikan kanak – kanak latihan
yang boleh dibuat atau diselesaikan.
Ini bagi membina pengetahuan yang lebih kuat dan mendalam dalam prinsip
– prinsip matematik. Penulis juga turut mencadangkan agar menggalak kanak –
kanak untuk merekod pemikiran, idea, teori dan penerokaan mereka dalam bentuk
grafik dengan menggunakan kertas, pen, mengambil gambar – gambar,
menggunakan blok – blok kayu dan alat – alat lukisan. Hal ini bertujuan untuk
menarik minat kanak – kanak dalam matematik kerana dengan menggunakan
grafik seperti sedemikian akan membuat mereka berasa seronok untuk mendalami
atau mempelajari matematik. Oleh itu, guru – guru dan ibubapa berperanan penting
dalam mendidik kanak – kanak dalam mempelajari matematik dengan
menggunakan maklumat yang telah dikongsikan oleh penulis buku ini.
Secara keseluruhannya, buku ini dapat membantu menbentuk kemahiran
awal matematik di kalangan kanak-kanak disamping itu dapat membantu para guru
prasekolah dan juga para ibubapa untuk mengajar kanak – kanak dalam subjek
matematik menggunakan permainan dan aktiviti yang telah dikongsikan oleh
penulis.
Selain itu buku ini menepati kurikulum peringkat antarabangsa terutamanya
piawaian majlis kebangsaan guru matematik Amerika Syarikat dan juga kurikulum
prasekolah kebangsaan Malaysia.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi kandungannya, sila
kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan
Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh,
Jacquline J.Angian,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
47
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
TAJUK BUKU : PERMAINAN MINDA UNTUK ANAK TATIH 12 HINGGA 24
BULAN.
PENGARANG : Jackie Silberg.
PENERBIT : Di Malaysia, Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. Kuala Lumpur,
2011.
MUKASURAT : 86 Muka Surat.
ISBN NO : 978-967-362-020-3
NO KELAS :MAN 649.5 SIL
HARGA : RM21.00
JENIS BUKU : MALAY NON FICTION
BUKU yang bertajuk “PERMAINAN MINDA : UNTUK ANAK TATIH
12-24 BULAN” adalah buku yang menarik, bertujuan membantu “pertumbuhan”
minda kanak-kanak yang ketika bermain bersama mereka . Buku ini mengandungi
3 bab berserta Bibliografi dan Indeks, seperti berikut.
Bab 1 – Prakata
Bab 2 – Permainan Untuk anak tatih 12 Hingga 18 Bulan
Bab 3 – Permainan Untuk anak tatih 18 Hingga 24 Bulan
Penulis buku ini, Jackie Silberg merupakan jurucakap, guru dan pelatih
untuk perkembangan awal kanak-kanak dan muzik. Buku ini telah diterbitkan di
Malaysia oleh Al-Ameen Serve Holdings, untuk bacaan rakyat Malaysia.
Anak tatih menurut kamus Dewan, bermakna anak yang baru mulai belajar
berjalan. Ketika seorang kanak-kanak menginjak usia tiga tahun, mindanya telah
membentuk lebih kurang 1000 trillion hubungan, iaitu dua kali ganda daripada
orang dewasa, dua kali ganda lebih aktif daripada pelajar kolej dan menyerap serta
mengurus maklumat baharu lebih pantas daripada otak orang dewasa.
Minda kanak-kanak berkembang dengan begitu menakjubkan pada tahun
pertama kelarihannya. Ia membuka peluang pembelajaran yang hanya muncul
sekali seumur hidup. Buku Permainan Minda untuk anak tatih merupakan koleksi
permainan dan aktiviti yang amat menyeronokkan untuk masa hadapan anak-anak
anda. 48
Bersambung dilembaran seterusnya…
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Buku ini mengandungi 32 jenis permainan minda untuk kanak-kanak tatih
berumur 12 hingga 18 bulan dan 35 jenis permainan minda untuk kanak-kanak
tatih berumur 18 hingga 24 bulan. Antara perminan minda adalah seperti 1,2,3
Laga, Moo Moo Bunyi Si Lembu dan Nanyikan Bunyinya. Permainan Minda ini
pasti menyeronokkan anak tatih anda. Setiap permainan ini disertakan dengan
maklumat berkaitan kajian otak dan penerangan bagaimana aktiviti ini membina
kuasa dalam diri anak anda.
Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut apa yang ditulis dalam buku
ini, silalah dapatkan buku ini di Perpustakaan Cawangan Keningau untuk pinjaman
dan rujukan.
Semoga maklumat yang diberikan dapat meningkatkan pengetahuan dan
kesedaran serta bermanfaat kepada pembaca.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi kandungannya, sila
kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau atau Perpustakaan
Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut
Diulas oleh,
Beatrice Saili,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
49
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
TAJUK BUKU : PERMAINAN UNTUK BAYI 6 – 12 BULAN;
Aktiviti bersama Ibu-bapa.
PENGARANG : Jackie Silberg.
PENERBIT : Di Malaysia, Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, 2010.
MUKASURAT : 149 Muka Surat.
ISBN NO : 978-967-362-020-3
NO KELAS :MAN 649.5 SIL
HARGA : RM21.00
JENIS BUKU : MALAY NON FICTION
BUKU yang bertajuk “PERMAINAN UNTUK BAYI 6-12 BULAN :
Aktiviti bersama Ibu Bapa” adalah buku yang menarik, memaparkan aktiviti yang
sesuai untuk tahun pertama anda bersama bayi . Buku ini mengandungi 5 bab,
seperti berikut.
Bab 1 – Kata Pengantar
Bab 2 – Jarak Umur
Bab 3 – Panduan Tumbu besaran Bayi
Bab 4 – Permainan Untuk Bayi 6 Hingga 9 Bulan
Bab 5 – Permainan Untuk Bayi 9 Hingga 12 Bulan
Penulis buku ini, Jackie Silberg merupakan jurucakap, guru dan pelatih
untuk perkembangan awal kanak-kanak dan muzik. Buku ini telah diterbitkan di
Malaysia oleh Al-Ameen Serve Holdings, untuk bacaan rakyat Malaysia.
Bermain bersama bayi merupakan pengalaman belajar yang berharga dan
dapat mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan bayi.
Kajian otak terbaharu telah membuktikan kepentingan merangsang bayi
untuk membantu perkembangan sel-sel otak untuk pembelajaran bayi pada masa
hadapan. Permainan-permainan dalam buku ini dapat membantu menghubungkan
sel-sel otak bayi. Selain itu permainan-permainan ini juga dapat meningkatkan
kemahiran mendengar dan bahasa, menambahkan rasa ingin tahu, kepekaan
tentang tubuh badan serta membantu bayi membina sifat lucu. Setiap permainan
menjelaskan perkara yang bakal dipelajari oleh bayi.
50
Bersambung dilembaran seterusnya…