Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Ulasan Buku Januari 2022
Oleh
Kakitangan
Perpustakaan Cawangan Keningau
1
Hai Sahabat ……
Selamat Membaca
Koleksi Ulasan Buku
Perpustakaan Cawangan Keningau
Yang Kami Sediakan Untuk Anda …
Teruskan Membaca
“Membaca Terapi Minda Anda”
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : Mendidik Peribadi Anak Dengan Akhlak Nabi
Pengarang : Muhammad Zulian AlFarizi
Muka Surat : 176ms
No Panggilan : MAN 297.577 MUH
ISBN No : 9789674815271
Harga : RM19.24
Jenis Buku : Agama
Bersambung dimuka surat seterusnya……
3
Buku ini mengungkap keteladanan Rasulullah s.a.w yang
sebagai sumber pembelajaran karakter seperti perilaku, sikap
dan bertutur dengan kata yang baik. Pendidikan karakter juga
membimbing, mendidik serta tidak melanggar norma
kehidupan masyarakat selain berprinsip dan teguuh pendirian
bermula dari anak kecil. Dengan mengenal lebih mendalam
mengenai Rasulullah, kita akan mudah mengaplikasi dalam diri
sendiri dan orang sekeliling. Dengan itu, sekurang-kurangnya
menjadi teladan kepada anak didik samada dari segi sikap,
akhlak mahupun pertuturan. Rasulullah berusaha menanamkan
karakter kenabian ketika berdakwah iaitu siddig(jujur), amanah
(dipercayai),tabligh (menyampaikan) dan fatanah (bijaksana).
Beliau mengutamakan bahasa perbuatan (tindakan)
daripada perkataan dalam berdakwah kepada kaumnya utntuk
mengikutinya. Kesolehan individu berhasil membentuk kolektif
pada masyarakat Mekah dan Madinah, menanam keyakinan
yang bersfat ideologis sehingga dapat menghasilkan nilai
moral dan etika masyarakat ke arah kehidupan berlandaskan
syariah dan bertauhidkan Allah.
Buku ini sesuai dbaca untuk semua golongan masyarakat
dan pelajar dalam menambahkan ilmu dan sebagai panduan
dalam hidup bermasyarakat yang bermula dari rumah dan
anak kecil.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
4
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, anda boleh mengunjungi Perpustakaan
Cawangan Keningau untuk mendapatkan buku ini secara
pinjaman atau anda boleh menghubungi Seksyen
Perkhidmatan Pembaca : 087-339752 untuk membuat
tempahan bagi buku ini. Selain itu anda juga boleh melayari
laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku ini di Perpustakaan Cawangan lain yang terdekat dengan
lokasi anda.
‘ BACA TERAPI MINDA’
Diulas oleh,
Masnah Yusof
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Januari 2022
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
5
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku: Bila Hidayah MENYAPA:
Sekelip mata yang tertutup belum bererti ia tidur.
Setiap mata yang terbuka belum bererti ia melihat.
Pengarang : Norhayati Jusoh, Mejar (B) Mohammad Qayyum
A.Badaruddin
MukaSurat : 138ms
No Panggilan : MAN 297.577 MUH
ISBN No : 9789675994937
Harga : RM15.00
Jenis Buku : Agama
Bersambung dimuka surat seterusnya……
6
Buku ini adalah kompilasi lapan kisah hidup insan-
insan terpilih dalam menuju cahaya Ilahi. Mereka datang
dari pelbagai latar belakang termasuk dari golongan elit
agamawan yang akhirnya berpaling mencari erti makna
kehidupan sebenar dalam kehidupan sehingga mengecap
kemanisan beragama setelah hidayah mengetuk hati
mereka. Mahalnya hidayah Allah SWT dan mereka yang
mendapat anugerah yang tidak ternilai daripadaNya.
Hidayah hanya diberikan oleh Allah SWT yang berupa
ilham (dalam hati manusia untuk mengikuti jalan yang
benar) serta kelapangan dada untuk menerima kebenaran
serta memilihnya.
Hidayah ini menjadikan seorang hamba itu
dikurniakan kehendak untuk mengikuti petunjuk Allah
Taala.Justeru itu, hidayah untuk mengenal Allah sangat
signifikan untuk manusia mendapatkan manual kehidupan
bagi kelangsungan hidupnya di dunia dan di akhirat.
Buku ini sesuai dibaca untuk semua golongan
masyarakat dalam menambahkan ilmu dan sebagai
panduan dalam hidup bermasyarakat yang berpaksikan
ketuhanan.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
7
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, anda boleh mengunjungi Perpustakaan
Cawangan Keningau untuk mendapatkan buku ini secara
pinjaman atau anda boleh menghubungi Seksyen
Perkhidmatan Pembaca : 087-339752 untuk membuat
tempahan bagi buku ini. Selain itu anda juga boleh melayari
laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku ini di Perpustakaan Cawangan lain yang terdekat dengan
lokasi anda.
‘ BACA TERAPI MINDA’
Diulas oleh,
Masnah Yusof
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Januari 2022
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
8
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : Jiwangnya, MAT ROCK
Penulis : Akira Dorayaki
Penerbit : Lovenovel Enterprise
MukaSurat : 496
No. Panggilan : MAF AKI
ISBN No: 978-967-0907-47-5
Kategori Buku : Buku Fiksyen Dewasa Bahasa Melayu
Harga : RM 22.00
Bersambung dimuka surat seterusnya……
9
Novel yang bertajuk “Jiwangnya, MAT ROCK” mempunyai 496
halaman bercetak. Ditulis oleh Akira Dorayaki. Watak-watak utama dalam
cerita ini ialah Uwais Qarni a.k.a. Mat Rock, Ummi Nadzirah, Haji Arsyad,
Encik Hisyam, Seri, Kak Embam, Mastura, Melati, Aizat, Jessica dan datuk
Zulkifli.
Novel ini mengisahkan tentang percintaan Uwais Qarni yang dikenali
sebagai Mat Rock dan juga Ummi Nadzirah. Semasa mereka berusia lima
tahun, mereka berdua kerap berjumpa dan bermain bersama sehinggalah
membuat satu perjanjian untuk kahwin bersama. Beberapa tahun berlalu, Ummi
Nadzirah yang berusia 27 mula melupakan perjanjiannya serta Uwais Qarni
yang melanjutkan pengajiannya di tempat yang jauh. Haji Arsyad mendesak
Ummi untuk berkahwin dengan pilihan pasangan yang sudah dipilihnya iaitu
anak Encik Hisyam iaitu Uwais Qarni. Ummi dengan degilnya menolak
tawaran tunang yang ditawarkan oleh bapanya Haji Arsyad kerana lebih percaya
untuk memilih pasangan jodoh dapat memberikan kebahagiaan.
Oleh itu, Haji Arsyad memberi dua bulan kepada Ummi Nadzirah
untuk mencari jodohnya dan sekiranya dia gagal mencari, Ummi terpaksa
dijodohkan dengan anak Encik Hisyam iaitu Uwais Qarni. Dalam masa yang
sama, Uwais Qarni kini berada dalam Malaysia selepas tamat pengajiannya di
Manchester dan telah membuat rombongan ke rumah Haji Arsyad untuk
meminang anaknya Ummi Nadzirah tetapi tidak berjaya kerana Ummi sering
menghilangkan diri. Uwais Qarni yang masih memegang janjinya untuk
berkahwin dengan Ummi Nadzirah mendapat satu idea iaitu bekerja menjadi
tukang kebun di Taska Harapan Ummi. Dia menyamar dirinya sebagai Mat
Rock supaya tidak diketahui oleh pengurus taska tersebut iaitu Ummi Nadzirah.
Pelbagai situasi yang berlaku sewaktu Mat Rock mula bekerja sebagai tukang
kebun. Ummi Nadzirah menyerahkan pilihan untuk jodohnya kepada bapanya
selepas berlaku yang tidak dikehendakinya. Tidak lama kemudian, mereka
bernikah dan Ummi terkejut melihat Uwais Qarni sebenarnya Mat Rock tukang
kebun taskanya. Ummi Nadzirah sangat bersyukur kerana bapanya Haji Arsyad
membantu dalam mencari jodohnya.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
10
Selepas sahaja bernikah, kehidupan Uwais dan Ummi semakin
bahagia. Ummi Nadzirah yang telah mengandung selama 8 bulan dijangkakan
adalah anak perempuan yang mempunyai tubuh dan sifat yang sihat. Tidak
lama kemudian, sebaik sahaja mengetahui jantina anaknya dalam
kandungannya, pelbagai halangan dan dugaan yang berlaku terpaksa mereka
tempuhi sehingga tiba satu tahap, Ummi diuji dengan dugaan hidup yang
mencabar diri, antaranya ialah bapa Ummi, iaitu Haji Arsyad telah meninggal
dunia akibat sesak nafas. Uwais Qarni meninggalkan isterinya kerana cemburu
buta dan Ummi Nadzirah yang mengalami kemalangan jalan raya menyebabkan
anak dalam kandungannya terkorban. Ummi Nadzirah mengalami depresi dan
menyalahkan segala yang berlaku terhadap Uwais Qarni yang didapati curang
bersama rakannya Jessica, tanpa sebarang berbincang, kehidupan rumah tangga
mereka semakin tidak kukuh. Ummi Nadzirah yang mengalami depresi dengan
hati yang tersakiti menghalau Uwais Qarni daripada hidupnya, Uwais hanya
mengikut permintaan Ummi untuk berjauhan daripadanya tetapi enggan untuk
bercerai kerana dia masih mencintai isterinya lebih dari segalanya.
Setelah tiga bulan berlalu, Ummi yang hidup seorang diri yang
mengelakkan daripada berjumpa dengan kawannya, telah berjumpa dengan
Jessica dan Jessica telah menjelaskan semua kepada Ummi bahawa Uwais tidak
pernah curang dengannya tetapi membantu Jessica untuk memberhentikan
perbuatan yang menganiayakan dirinya. Ummi Nadzirah sedar akan perbuatan
melampaunya terhadap Uwais Qarni dan mula bertekad untuk memohon maaf
kepadanya yang berada di Manchester untuk menyambungkan pengajiannya.
Oleh itu, Ummi telah memulakan perjalanannya ke Manchester untuk
mendapatkan kemaafan daripada suaminya Uwais Qarni.
Setelah sampainya ke Manchester, mampukah Ummi memujuk hati Encik
Ketua Keluarga saat semua kebenaran terbongkar? Apakah wujud lagi cinta
antara mereka setelah Uwais merajuk jauh membawa hati yang terluka?
Realiti kehidupan memang ada pahit dan manisnya. Tidak ada satu pun
manusia di muka bumi ini yang sempurna. Begitu juga kisah cinta antara Uwais
Qarni dan Ummi Nadzirah. Siapa juga diri kita, akhirnya akan kembali juga
kepada fitrah manusia yang mendambakan kasih sayang.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
11
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, anda boleh mengunjungi Perpustakaan
Cawangan Keningau untuk mendapatkan buku ini secara
pinjaman atau anda boleh menghubungi Seksyen
Perkhidmatan Pembaca : 087-339752 untuk membuat
tempahan bagi buku ini. Selain itu anda juga boleh melayari
laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku ini di Perpustakaan Cawangan lain yang terdekat dengan
lokasi anda.
‘ BACA TERAPI MINDA’
Diulas oleh,
Rosni Poin
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Januari 2022
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
12
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : Tercipta Satu Ikatan
Siri : Penulis : Laydee Amarfi
Penerbit : Idea Kreatif Publication
MukaSurat : 490
No. Panggilan : MAF LAY
ISBN No: 978-967-2137-51-1
Kategori Buku : Buku Fiksyen Dewasa Bahasa Melayu
Harga : RM 19.98
Bersambung dimuka surat seterusnya……
13
Novel yang bertajuk “Tercipta Satu Ikatan,” Mempunyai 490
halaman bercetak. Ditulis oleh Laydee Amarfi. Olahan cerita yang sangat
teratur, isi cerita yang padat dan penyampaian cerita juga sangat matang.
Jeffery mundar-mandir di dalam bilik kerjanya. Wajahnya terlihat kecut.
Terlalu risau. Resah. Seperti ada sesuatu yang sudah terlalu lama dipendam
di kepala. Diulang-ulang, tetapi masih tidak ketemu titik noktahnya. Sekali
lagi dia menoleh kearah meja. Tepat pandangannya jatuh pada fail yang
terbuka di situ. Di dalamnya tersimpan maklumat tentang seorang lelaki.
Lebih tepatnya, satu-satunya menantu yang dia ada. Daniyal Zayan. Huh!
Jeffery tersenyum hambar. Hidup-hidup dia ditipu! Sangkanya dulu dia
mampu mengawal jiwa anak muda yang mahu berjaya seperti Daniyal.
Diikat kemas menggunakan anak perempuannya. Leanna sebagai tali
kendali. Mana tahu, rupa-rupanya lelaki itu datang dengan wajah bertopeng.
Hebat! Hebat kerana lelaki muda itu mampu mengaburi mata Jeffery…
Awal sebelum menolak Leanna kepada Daniyal sebagai calon isteri, dia
cukup yakin yang lelaki itu lambat-laun akan jatuh menjadi hambanya.
Masuk menjadi sebahagian daripada keluarganya dan kemudian jika Leanna
melahirkan anak untuk lelaki itu pasti ikatannya akan terus tersimpul mati.
Daniyal tidak boleh lari lagi. Menantunya itu akan terpaksa ikut masuk ke
lingkaran kawalannya. Namun dia tersilap langkah… Mungkin factor
umurnya yang semakin tua membuatkan akalnya ikut kelabu. Satu
kesilapannya membawa kepada kesilapan yang lain. Sehingga akhirnya dia
terpaksa mengaku kalah. Maruahnya jatuh terduduk di depan Daniyal.
Perkahwinan yang mulanya ada niat tersembunyi, akhirnya
memakan diri. Daniyal dan Leanna. Mereka berkahwin atas sebab masing-
masing. Leanna memang cintakan Daniyal sejak pertemuan pertama
mereka. Dan tanpa sedar, sebelum mereka berjumpa lagi, Leanna sering
disogokkan dengan kehebatan Daniyal sehingga akhirnya dia terpikat.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
14
Daniyal pula berkahwin dengan Leanna kerana dendamnya
terhadap daddy Leanna, Jeffery. Sehingga akhirnya, Daniyal juga jatuh
cinta dengan Leanna. Daniyal sentiasa dengan sikap melindungi sebab
dia sayangkan Leanna dan sentiasa juga menjadi kekuatan Leanna dalam
menghadapi realiti kehidupan.
.Leanna pulak seorang anak yang sangat sayangkan daddy nya,
walaupun dia tahu keburukan daddy nya, kasih sayangnya tetap sama.
Dendam lama yang menghantui menjadi racun dalam rumahtangga
Daniyal dan Leanna. Kalau dulu hatinya berazam tinggi untuk jatuhkan
musuhnya. Tapi penangan kasih dan cinta mula merubah segalanya.
Leanna yang merubah segalanya. Ya. Leanna menjadi punca hati Daniyal
yang salju dingin disaluti bongkah ais mencair dengan sendirinya.
Hingga terlupa sebab utama masuk ke dalam keluarga Leanna.
Tapi selama mana rahsia itu mampu bertahan? Satu pesanan ringkas
yang diterima telah merubah semua. Terhidang di depan mata, punca
suami memilih dirinya, buat hati Leana bagai dihempas ke lantai.
Hancur berkecai. Banyak persoalan mula timbul. Leanna membawa
diri. Daniyal hilang punca. Saat kehilangan barulah Daniyal sedar apa
erti Leanna dalam hidupnya. Memujuk Leanna bukan perkara mudah
buat Daniyal. Lebih payah bila kemunculan Risa, menuntut janji dan
mengingatkan Daniyal tentang tujuan asal mereka. Tapi hampa. Daniyal
berubah. Kerana dendam yang membelit diri Risa, dia bergerak sendiri.
Pasang perangkap dan buatkan hubungan suami isteri itu berantakan
sekali lagi. Mampukah Leanna dan Daniyal mengecap kebahagiaan
semula.
Apakah sebenarnya tujuan Daniyal menerima tawaran Jeffrey
untuk mengahwini Leanna? Sebab harta atau dendam? Semua terjawab
dalam novel Tercipta Satu Ikatan.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
15
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, anda boleh mengunjungi Perpustakaan
Cawangan Keningau untuk mendapatkan buku ini secara
pinjaman atau anda boleh menghubungi Seksyen
Perkhidmatan Pembaca : 087-339752 untuk membuat
tempahan bagi buku ini. Selain itu anda juga boleh melayari
laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku ini di Perpustakaan Cawangan lain yang terdekat dengan
lokasi anda.
‘ BACA TERAPI MINDA’
Diulas oleh,
Rosni Poin
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Januari 2022
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
16
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : MAIA
Penulis : Pasha
Penerbit : Prolog Media
Muka Surat : 291
No. Panggilan : MAF PAS
ISBN No: 978-967-15370-4-6
Kategori Buku : Buku Fiksyen Dewasa Bahasa Melayu
Harga : RM 21.00
Bersambung dimuka surat seterusnya……
17
Novel yang bertajuk “MAIA” mempunyai 291 halaman
bercetak. Ditulis oleh Pasha. Kisah Maia, gadis yang memiliki
kebolehan luar biasa lepas terlibat dalam kemalangan ketika berusia 7
tahun dan menerima mata baru. Bagi Maia kelebihan itu merupakan
sumpahan buatnya. Buatkan dia dingin dengan orang sekelilingnya,
termasuk ayahnya. Oleh kerana mahu melarikan diri daripada berdepan
dengan hipokrit manusia, hari-hari Maia ditemani sunyi tanpa teman.
Bagi Maia ‘sepi itu indah’.
Kebolehan Maia membuatkan dia lebih selesa menyendiri ditemani
sepi. Sejak kecil, dia dapat melihat perkataan-perkatan yang muncul di
kulit manusia di depannya yang menunjukkan isi hati sebenar mereka.
Dia dikelilingi manusia yang hipokrit. Yang mulut kata manis, hati
penuh sumpah seranah. Sejak itu, lelah dengan sikap manusia yang
bermuka-muka, dia mula memencilkan diri. Maia lebih selesa sendiri.
Namun, hidup Maia yang sepi berubah saat bertemu dengan Azad, satu-
satunya manusia yang tidak menonjolkan apa-apa perkataan hitam di
wajahnya seperti yang lain. Lelaki yang kosong, tanpa perkataan-
perkataan aneh yang kebiasaan dilihat Maia terhadap orang lain. Dia
tidak dapat membaca Azad, sebab itu lah, dia seronok berkawan dengan
Azad. Kerana dengan Azad, Maia yang jarang bercakap itu sangat bebas
tanpa perlu tahu isi hati Azad terhadapnya.
Namun, ada tragedi yang menanti. Dan bila Maia dibawa ke
rumah kebajikan yang dahulunya Azad dan kawan-kawannya pernah
membesar, Maia sedar yang perkara aneh telah berlaku. Wajah kanak-
kanak di situ juga 'kosong'. Dan ada seorang kanak-kanak di situ yang
boleh baca apa yang ada dalam hati Maia. Maia mulai sedar yang ada
sesuatu yang disembunyikan oleh Azad. Dan di saat Maia mula redha
dengan anugerahNya ini, dia terpaksa pula redha dengan kehilangannya.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
18
Tapi ternyata, pertemuan Maia dan Azad itu bukanlah
kebetulan semata-mata. Bermula daripada itu hari-hari Maia
sebenarnya seperti sedang diburu. Azriq kah? Lelaki psiko yang
obses dengan Maia. Nota aneh, kes bunuh dan macam-macam
misteri yang tiba-tiba terbongkar. Siapa dalang disebalik semua
yang berlaku? Semua terjawab dalam novel MAIA.
"Kata orang, seseorang itu cuma akan tahu menghargai
sesuatu bila dia sudah kehilangannya. Selagi ia masih menjadi
milik kita, kita akan sentiasa berganggapan ia akan kekal menjadi
milik kita sampai bila-bila. Kita terlupa, segala yang kita ada
sekarang ini adalah pinjaman Allah semata-mata. Sampai
masanya, ia akan di ambil semula oleh sang Pencipta." - Maia
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, anda boleh mengunjungi Perpustakaan Cawangan
Keningau untuk mendapatkan buku ini secara pinjaman atau anda boleh
menghubungi Seksyen Perkhidmatan Pembaca : 087-339752 untuk
membuat tempahan bagi buku ini. Selain itu anda juga boleh melayari
laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku ini di
Perpustakaan Cawangan lain yang terdekat dengan lokasi anda.
‘ BACA TERAPI MINDA’
Diulas oleh,
Rosni Poin
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Januari 2022
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
19
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : Cinta Tersalah Alamat
Penulis : Ezdiani Abd Rahman
Penerbit : Sykt Fajar (000653218-H)
Muka Surat : 592
No. Panggilan : MAF EZD
ISBN No: 978-983-822-022-4
Kategori Buku : Buku Fiksyen Dewasa Bahasa Melayu
Harga : RM 21.75
Bersambung dimuka surat seterusnya……
20
Novel yang bertajuk “Cinta Tersalah Alamat.” Mempunyai 592
halaman bercetak. Ditulis oleh Ezdiani Abd Rahman. Olahan cerita
yang sangat menarik. Mengisahkan Eshal Tasnim yang masih belum
berkahwin walau umur menjangkau 33 tahun. Puan Zaimah, mak Eshal
khuatir kalau Eshal tak berjodoh, terus terima lamaran Khairi dan Eshal
pun bertunang dalam keterpaksaaan.
Eshal baru cuba mula rapatkan hubungannya dengan Khairi namun
terkejut bila Nasuha tuduh Eshal perosak rumah tangga dan perampas
suami orang. Lantas Eshal putuskan pertunangannya dengan Khairi.
Selepas itu Eshal terima lamaran Raif Widad walau mereka belum kenal
lama. Bagaimanapun Datin Saidah, mama Widad tidak suka gadis
kampung seperti Eshal jadi menantunya. Khairi pula tidak berdiam diri
dan selalu desak Eshal tinggalkan Widad dan kahwin dengannya.
Perkenalan tragis antara Eshal dan Raif Widad meninggalkan kesan
yang mendalam pada diri Eshal. Dari jejaka idaman, lelaki itu menjadi
musuhnya. Pantang nampak wajah Raif Widad, Eshal naik hantu.
Namun, dalam mereka bertelingkah ada perasaan yang menjentik hati.
Ada jiwa yang merindu dalam diam.
Raif Widad, dulu kata benci, tup-tup tergolek cinta pula.. bila sudah
jatuh cinta, sangguplah Si Raif Widad ni menyamar… mahu memikat
hati Eshal kan? Hasilnya memang lumayan bila Eshal menerima Raif
Widad. Mereka bersatu juga sebagai pasangan suami isteri.
Bila sudah mulakan hidup sebagai pasangan suami isteri …
banyaklah dugaan kecil, besar, menghantui Eshal dan Raif Widad.
Saling mencintai, saling menyayangi. Cukupkah untuk dua jiwa
menganyam bahagia? Sering terduga, sering derita. Kuatkah cinta
mengatasi segala yang melanda? Mungkin kenyataannya pasti tidak
seiring yang diinginkan.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
21
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, anda boleh mengunjungi Perpustakaan
Cawangan Keningau untuk mendapatkan buku ini secara
pinjaman atau anda boleh menghubungi Seksyen
Perkhidmatan Pembaca : 087-339752 untuk membuat
tempahan bagi buku ini. Selain itu anda juga boleh melayari
laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku ini di Perpustakaan Cawangan lain yang terdekat dengan
lokasi anda.
‘ BACA TERAPI MINDA’
Diulas oleh,
Rosni Poin
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Januari 2022
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
22
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : Suraya..I Love You
Penulis : Kufaz, 1981
Penerbit : Best Q Publication
Bibliografi: ms.258
ISBN No: 9789672052210
No. Panggilan: MAF KUF
Kategori Buku : Buku Novel Seram Bahasa Melayu.
Harga : RM 17.26
Bersambung dimuka surat seterusnya……
23
Suraya sedang asik mengecap nikmat cinta dengan
kekasihnya Zain. Namun segalanya musnah apabila bekas
kekasihnya iaitu Ishak muncul semula dalam hidupnya untuk
menagih cinta lama. Oleh kerana tidak mahu terseksa seperti
masa lalu, Suraya menolak rayuan Ishak untuk kembali.
Sedang berbahagia, tiba-tiba Zain diserang sihir sehingga
mengorbankan nyawanya. Suraya amat sedih dengan kejadian
yang menimpa Dia telah kehilangan satu-satunya jejaka yang
amat dicintainya.
Kejahatan yang menimpa Zain tidak berhenti di situ. Kini
Suraya pula diganggu oleh makhlu-makhluk ghaib yang
menyeksakan jiwanya. Dan dia memang tidak syak sesiapa
selain Ishak.
Suraya nekad untuk berdepan dengan Ishak tetapi
dihalang oleh rakan baiknya, Mona. Suraya kemudian membawa
diri ke rumah puan Hawa iaitu ibu kepada Zain yang mengenali
seorang pengamal perubatan tradisional bernama Lukman.
Bersama-sama puan Hawa, Mona dan Lukman, Suraya
memberi jalan untuk menghentikan segala kejahatan itu sebelum
berlarutan. Namun perjalanan mereka tidak mudah. Pelbagai
misteri dan kejadian aneh terpaksa ditempuhi. Misteri-misteri yang
tidak dapat dijawab. Yang pasti, nyawa yang tidak
berdosa..melayang.
Dapatkah Suraya menghentika ilmu hitanm itu? Atau
apakah kejahatan itu sendiri mengorbankan jiwa si pembuat
onar?...
…Kisah selanjutnya, bacalah novel Suraya…I love you .
Bersambung dimuka surat seterusnya……
24
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, anda boleh mengunjungi Perpustakaan
Cawangan Keningau untuk mendapatkan buku ini secara
pinjaman atau anda boleh menghubungi Seksyen
Perkhidmatan Pembaca : 087-339752 untuk membuat
tempahan bagi buku ini. Selain itu anda juga boleh melayari
laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku ini di Perpustakaan Cawangan lain yang terdekat dengan
lokasi anda.
‘ BACA TERAPI MINDA’
Diulas oleh,
Rita Asing
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Januari 2022
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
25
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : Mencari jalan pulang
Penulis : Farah Adibah
Penerbit : Love Novel Publishing Sdn.Bhd
Bibliografi: ms.489
ISBN No: 9789672185147
No. Panggilan: MAF FAR
Kategori Buku : Buku Novel Bahasa Melayu.
Harga : RM 21.00
Bersambung dimuka surat seterusnya……
26
Hana Suziela dibesarkan dengan kemewahan ,
namun serba serbi kekurangan. Kurang sifat kasih
saying dan asas hubungan sesame insan. Arah
tujuannya penuh dosa dan noda, paksinya dibelenggu
dengan hawa nafsu. Kebahagian yang dicari tidak
pernah abadi, lantas dirinya mula mempersoalkan
kewujudannya di atas muka bumi/ Namun dai tetap
beruntung kerana dihadirkan orang-orang yang baik di
sekelilingnya.
Takdir telah mempertemukan dia dengan Uzai
tatkala dia sedang lemas dalam putus asa dan
kekecewaan. Kemunculan lelaki itu telah memberikan
seribu satu perubahan dalam dirinya, mengajarnya
hakikat hidup sebenar.
Akhirnya kebahagian yang hakiki telahpun
dijumpai, dan dia bertekad tidak mahu berpaling lagi.
Namun begitu, pelangi yang disangka dapat bertahan
lama, habis lenyap pergi. Saat bahagia yang dinanti,
dia diberi ujian sehinggakan kepercayaan yang
dipegang tergugat dek kecewa hati.
Kisah ini bukan sekadar kisahtentang pertemuan
seorang hamba dengan Tuhannya, kisah tentang
manusia yang lemas dalam tipu daya dunia, dan kisah
tentang hati yang ingin pulang kepada penciptanya.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
27
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, anda boleh mengunjungi Perpustakaan
Cawangan Keningau untuk mendapatkan buku ini secara
pinjaman atau anda boleh menghubungi Seksyen Perkhidmatan
Pembaca : 087-339752 untuk membuat tempahan bagi buku ini.
Selain itu anda juga boleh melayari laman sesawang
Perpustakaan Negeri Sabah di www.library.sabah.gov.my
untuk mengetahui ketersediaan buku ini di Perpustakaan
Cawangan lain yang terdekat dengan lokasi anda.
‘ BACA TERAPI MINDA’
Diulas oleh,
Rita Asing
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Januari 2022
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
28
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : Tips Merawat Kencing Manis ( Diabetis )
Penulis : Puan Amina Hj. Noor
Penerbit : Al-Hidayah Publishers
Mukasurat : 98 Halaman
No.Panggilan : Man 616.462 Ami
No.Isbn : 983-099-215-2
Kategori Buku : Bukan Fiksyen / Bahasa Malaysia
Bersambung dimuka surat seterusnya……
29
Buku ini merupakan sebuah buku bermaklumat tentang sejenis
penyakit kronik iaitu Penyakit Kencing Manis atau diabetis. Buku ini
adalah buku berseri kesihatan keluarga. Siri – siri buku ini amat sesuai
dibaca oleh setiap lapisan masyarakat terutama mereka yang
menghidap penyakit kencing manis. Buku ini juga sesuai dijadikan
rujukan penting kepada mereka yang menghidap penyakit kronik ini.
Adalah menjadi tanggungjawab setiap individu untuk mencegah diri
daripada menghidap penyakit kronik ini. Punca – punca penyakit ini yang
sukar dikenalpasti dan cara – cara merawat penyakit ini belum ditemui
secara sistematik. Terdapat tiga belas bab utama dalam kandungan
buku ini. Daripada setiap bab – bab utama tersebut akan dibahagi
kepada beberapa bahagian tajuk kecil. Ianya bertujuan untuk
memudahkan para pembaca dapat memahami penerangan yang diberi.
Sedikit ulasan tentang bab – bab utama akan dikongsikan dalam ulasan
buku ini.
Bab satu buku ini akan mengupas tentang sakit dan hikmah yang
terdapat dalam penyakit yang dihadapi. Dalam bab ini terdapat dua tajuk
kecil iaitu orang – orang soleh menghadapi penyakit ini dan tidak perlu
mengeluh kerana hikmah dari sakit yang dideritai mempunyai faedah
yang besar kepada kita samada didunia atau di akhirat. Setiap nafas
yang disedut dan dilepaskan akan dicatat sebagai sedekah. Bab dua
buku ini akan menjelaskan bagaimana penyakit kronik diabetis ini boleh
berlaku kepada sesiapa sahaja. Salah satu punca penyakit ini adalah
paras kandungan glukosa di dalam darah pesakit diabetis kekal berada
pada tahap tinggi samada dalam keadaan berpuasa ataupun tidak
berpuasa. Dalam kandungan bab dua ini juga terdapat satu tajuk kecil
iaitu punca berlakunya diabetis. Seperti yang diketahui umum diabetis
merupakan gangguan metabolisme yang kompleks yang melibatkan
pelbagai faktor. Ada faktor yang telah dikenalpasti dan ada faktor yang
belum dikenalpasti. Namun sehingga kini punca utama diabetis berlaku
masih belum dapat dikenalpasti dengan tepat.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
30
Walaubagaimanapun terdapat beberapa faktor yang telah
dikenalpasti sebagai penyumbang utama kepada berlakunya penyakit
diabetis kepada seseorang. Di antara faktor – faktor tersebut adalah
seperti faktor keturunan, berat badan berlebihan, gaya hidup, tekanan
emosi dan ubat – ubatan. Penerangan lanjut tentang faktor – faktor ini
akan dibuat dalam bab tiga buku ini.
Peningkatan usia juga boleh menyumbang kepada berlakunya
penyakit diabetis ini. Disebabkan peningkatan usia ini kecenderungan
untuk menambah berat badan selalu berlaku pada masa kini. Dengan
aktiviti harian berkurangan yang menyebabkan kadar metabolisme
menurun secara mendadak dan menyebabkan penyakit diabetis ini
wujud terhadap diri seseorang. Berdasarkan kajian WHO, penyakit
diabetis boleh diklasifikasi kepada beberapa jenis iaitu IDDM yang mana
diabetis berlaku semasa juvana, NIDDM yang mana diabetis berlaku
semasa dewasa, diabetis kekurangan makanan, dibetis gestasi, diabetis
gangguan glukosa dan diabetis sekunder. Kesemua jenis – jenis diabetis
ini akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam bab empat buku ini.
Semua makanan kecuali alcohol akan menambah gula ke dalam
peredaran darah tetapi pada kadar yang berbeza – beza. Kandungan
protein dan lemak akan dipecahkan kepada bentuk glukosa dalam
peratusan yang kecil. Beberapa peratus Jumlah insulin diperlukan untuk
mengawal paras glukosa dalam darah. Mengapa snek perlu diambil oleh
seseorang pesakit diabetis kerana kandungan nutrisi snek dapat
membantu mengimbangi paras glukosa dalam darah agar ianya tidak
turun terlalu rendah di antara waktu sebelum hidangan utama , pada
sepanjang malam dan semasa bersenam. Ianya penting kerana corak
rembesan insulin endogenus tidak boleh ditiru dengan cara suntikan
insulin. Hidangan utama yang disyorkan adalah hidangan yang tidak
terlalu berat tetapi sederhana kuantitinya. Hidangan utama akan
ditampung oleh snek yang diambil untuk mengimbangi kadar glukosa
dalam darah.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
31
Bagi mencegah atau melambatkan komplikasi diabetes, pesakit mestilah
berusaha untuk mengawal paras glukosa darahnya pada tahap yang paling
hampir dengan paras normal. Pesakit mesti mengimbangi kawalan glukosa
yang baik dengan risiko yang boleh dikawal. Di antara risiko kawalan glukosa
yang baik adalah seperti mempunyai risiko tinggi untuk berlakunya kesan
glukosa rendah, mengalami peningkatan berat badan normal dan boleh
menimbulkan ketegangan diantara ahli keluarga terdekat. Pengawasan paras
glukosa dalam darah merupakan satu aspek penting untuk keselamatan dan
pengurusan diri sendiri. Secara amnya, ini melibatkan ujian air kencing dan
darah. Ujian air kencing boleh digunakan untuk mengesan glukosa atau keton.
Ujian glukosa darah melibatkan dua pengawasan sendiri glukosa darah dan
pengawasan makmal seperti ujian glycated haemoglobin. Terdapat garis
panduan tentang kekerapan melakukan ujian glukosa air kencing. Garis
panduan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang pengawalan
diabetis, mengetahui kekerapan ujian dilakukan , ujian dilakukan berdasarkan
waktu yang disyorkan, kekerapan ujian di peringkat awal dan agar dapat
mencatat keputusan semua ujian yang di lakukan dengan lebih teratur. Garis
panduan mengenai kekerapan melakukan ujian glukosa darah juga ada
diselitkan dalam kandungan buku ini. Tujuan ujian ini adalah untuk
mendapatkan maklumat mengenai paras diabetes , membolehkan doktor
memberi nasihat, dapat memperolehi gambaran paras glukosa, dapat
melakukan pengawasan dan memperolehi keputusan untuk rujukan semasa
membuat rawatan susulan kelak.
Kawalan paras glukosa yang baik pasti akan dapat membantu
melambatkan atau sama sekali dapat mengelak daripada berlakunya
k o mp lik a s i d i a b e t e s . Te r d a p a t b e b e r a p a f a k t o r u t a m a y a n g b o l e h
mempengaruhi berlakunya komplikasi diabetes seperti faktor jangka masa
diabetes, faktor risiko diabetes dan faktor risiko lain. Komplikasi diabetes
kronik pula akan mengambil masa yang lama untuk timbul. Komplikasi kronik
ini timbul akibat daripada pengawasan paras glukosa darah yang dilakukan
tidak memuaskan sepanjang menghidap penyakit ini. Namun begitu, faktor-
faktor seperti keturunan dan persekitaraan juga memainkan peranan.
Komplikasi ini boleh berlaku dengan cepat sekiranya pesakit diabetes tidak
mengawal paras glukosanya dengan baik. Komplikasi kronik terbahagi kepada
komplikasi mikrovaskular dan makrovaskular.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
32
Contoh – contoh komplikasi mikro dan makrovaskular
adalah seperti kerosakkan mata, penyakit jantung,
kerosakkan buah pinggang, penyakit saluran darah tinggi,
penyakit saluran darah di otak, kerosakkan saraf dan
jangkitan kuman pada bahagian kaki. Masalah komplikasi
diabetes yang melibatkan kaki selalunya berlaku kepada
pesakit diabetes. Namun ianya boleh dielakkan dengan
memberi pendidikan kepada pesakit mengenai cara
penjagaan kaki yang betul. Faktor-faktor risiko yang boleh
meningkatkan berlakunya komplikasi kaki adalah seperti
tabiat merokok, menghidap sakit diabetes lebih daripada 10
tahun, mempunyai masalah kebolehan merasa, bentuk kaki
yang tidak normal dan sering mengalami ulser atau luka di
bahagian kaki.
Terdapat juga panduan cara-cara merawat luka pada
bahagian kaki dalam kandungan buku ini. Selain itu,
langkah-langkah penjagaan kaki dengan cara yang betul
turut diterangkan dalam kandungan buku ini.
Huraian ringkas mengenai maklumat dan fakta – fakta
tentang penyakit diabetes seperti yang dinyatakan diatas
adalah sebahagian daripada kandungan buku ini. Terdapat
banyak lagi maklumat dan fakta-fakta penting dalam
kandungan buku ini namun ianya tidak dapat dikongsikan
sepenuhnya dalam ulasan ringkas buku ini.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
33
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, anda boleh mengunjungi Perpustakaan
Cawangan Keningau untuk mendapatkan buku ini secara
pinjaman atau anda boleh menghubungi Seksyen Perkhidmatan
Pembaca : 087-339752 untuk membuat tempahan bagi buku ini.
Selain itu anda juga boleh melayari laman sesawang
Perpustakaan Negeri Sabah di www.library.sabah.gov.my
untuk mengetahui ketersediaan buku ini di Perpustakaan
Cawangan lain yang terdekat dengan lokasi anda.
‘ BACA TERAPI MINDA’
Diulas oleh,
Arthur Justine
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Januari 2022
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
34
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : 50 Resipi : Ala Barat & Cina
Penulis : Sisca Soewitomo
Penerbit : Qaff Publications
Mukasurat : 104 Halaman
No.Panggilan : Man 641.59 Soe
No. Isbn : 978 - 967 - 5490 - 897
Kategori Buku : Bukan Fiksyen / Bahasa Malaysia
Bersambung dimuka surat seterusnya……
35
Buku ini merupakan sebuah buku resepi masakan. Buku ini
adalah sebuah buku bersiri . Buku ini telah ditulis oleh seorang
penulis yang berasal dari Surabaya , Indonesia iaitu Hjh Sis Cartica
Soe Seowitomo. Beliau bertugas sebagai ketua bahagian
perhubungan , ketua bahagian sumber manusia dan pengarah
secretariat di Akademi Pariwista Trisakti , Jakarta Indonesia. Beliau
juga pernah bertugas sebagai tenaga pengajar jurusan perhotelan
di Universitas Pelita Harapan. Beliau mendapat pendidikan kalunari
di China Baking School , Taipie Taiwan dan American Institute Of
Baking , Manhattan Kansas , Amerika Syarikat. Beliau mula menulis
buku pada tahun 1998 dan telah menulis lebih daripada 75 buah
buku resipi masakan. Sebahagian besar buku hasil tulisan beliau
telah menjadi antara buku resipi masakan yang paling laris di
pasaran. Di antara buku - buku yang mendapat perhatian umum
adalah seperti ‘ 30 Menu untuk 1 Bulan ’, Dapur Enak Sisca
Soewitomo , Dapur Enak Chinese Food dan 30 Menu Hemat Untuk
Sebulan.
Buku resipi masakan ini merupakan resipi - resipi masakan
yang terkini. Sebelum menulis buku resipi ini , setiap resipi - resipi
yang ada dalam buku ini telah telah diuji hasil masakannya.
Terdapat 50 resipi masakan dalam kandungan buku ini. Diantara
menu masakan yang terdapat dalam isi kandung buku ini adalah
seperti Stik Ayam, Stik Burger, Stik Jawa , Daging Panggang
sambal Hijau , Ikan Panggang Manis , Stu Bebola Daging Berinti
Telur , Ayam Masam Manis, Cakoi Mayones, Sotong Goreng
Tepung, Daging Lada Hitam, Kuetiaw Daging, Mi Ayam Cendawan,
Nasi Ayam Hainan, Sup Ketam Asparagus, Sup Wantan dan Udang
Goreng Mentega. Resipi - resipi masakan yang terdapat dalam
buku ini adalah berkonsep masakan ala - ala barat dan masakan
cina.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
36
Resipi - resipi masakan dalam buku ini akan disediakan dan di
masak dengan empat cara memasak iaitu panggang , goreng ,
kukus dan rebus. Penyediaan resipi - resipi masakan dalam buku
ini adalah sangat mudah di pelajari serta di fahami. Kandungan
buku ini juga akan mengongsikan langkah - langkah penyediaan
bagi setiap resipi yang terdapat dalam buku ini. Turut dikongsikan
oleh penulis dalam kandungan buku ini adalah bahan - bahan yang
diperlukan untuk setiap resipi. Banyak bahan akan dipelajari dan
diketahui daripada bermacam - macam resipi masakan yang
dikongsikan dalam buku ini. Dari bahan yang bersaiz kecil hingga
besar , bahan berbentuk berbiji dan bahan berbentuk serbuk akan
dipelajari dan diketahui daripada kandungan buku ini. Dalam
kandungan buku ini juga akan dikongsikan teknik - teknik memasak
bagi setiap resipi yang ada dalam buku ini. Teknik memasak
panggang, teknik mengoreng , teknik mengkukus dan teknik
merebus akan diterangkan dan ditunjukkan dalam kandungan buku
ini. Bagi memudahkan para pembaca memahami dan mempelajari
cara - cara penyediaan dan memasak resipi - resipi dalam buku ini ,
penulis telah mengongsikan panduan bergambar bagi setiap
resipinya.
Dengan adanya penulisan dan penerbitan buku resipi ini
diharap ianya akan dapat membantu menambah ilmu pengetahuan
para pembaca , pengusaha jualan masakan , pengusaha kedai
makan dan sesiapa sahaja yang berminat dalam dunia masakan.
Di harap juga agar segala maklumat yang terdapat dari dalam
kandungan buku ini dapat memberi manfaat berguna kepada para
pembaca, pengusaha jualan masakan, pengusaha kedai makan
dan kepada sesiapa sahaja yang meminati dunia masakan.
Terdapat banyak lagi maklumat berguna tentang masakan dari
kandungan buku ini.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
37
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, anda boleh mengunjungi Perpustakaan
Cawangan Keningau untuk mendapatkan buku ini secara
pinjaman atau anda boleh menghubungi Seksyen Perkhidmatan
Pembaca : 087-339752 untuk membuat tempahan bagi buku ini.
Selain itu anda juga boleh melayari laman sesawang
Perpustakaan Negeri Sabah di www.library.sabah.gov.my
untuk mengetahui ketersediaan buku ini di Perpustakaan
Cawangan lain yang terdekat dengan lokasi anda.
‘ BACA TERAPI MINDA’
Diulas oleh,
Arthur Justine
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Januari 2022
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
38
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku :The Digital Photography Book: Panduan Lengkap &
Sistematis Agar Foto Anda Sekelas Dengan Karya
Fotografer Profesional.
Penulis :Scoot Kelby
Penerbit :Serambi
Mukasurat :356 Halaman
Nombor Pengenalan :Man 700
Nombor Isbn :978-979-024-572-3
Kategori Buku :Bukan fiksyen Bahasa Malaysia
Bersambung dimuka surat seterusnya……
39
Buku ini merupakan sebuah karya yang dapat membantu
individu – individu yang baru berjinak dalam bidang
fotografi.Kandungan dalam buku ini ada membincangkan aspek-
aspek penting dalam dunia fotografi.Untuk mengabadikan setiap
momen atau kenangan dalam kehidupan seseorang,sebuah alat
perakam atau kamera diperlukan sebagai salah satu ala tuntuk
merakam suatu kejadian yang kita mahu. Dunia fotografi bukanlah
satu hal asing dalam kehidupan seseorang.Bermula dari kamera
saku ,handphone , kamera analog , pinhole dan kamera digital
sangat berguna kepada sesiapa pun. Kesemua alat-alat ini dapat
digunakan untuk mengabadikan peristiwa atau momen-momen
yang amat berharga dalam hidup semua orang.
Buku ini bukan sebuah buku teori mengenai
fotografi.Kandungan buku ini lebih kepada panduan – panduan
mengenai cara menggunakan tombol, cara menggunakan mod
kamera dan cara menggunakan kamera dengan betul. Panduan –
panduan ini sangat penting agar hasil gambar yang diperolehi
seperti yang kita mahukan.Sebanyak 200 trik fotografi terdapat
dalam buku ini.Buku ini juga akan dapat memberi dan menambah
pengetahuan kita mengenai cara-cara mengambil foto dengan lebih
baik, lebih menarik, lebih berwarna dan berkualiti. Setiap halaman
dalam buku ini ada memuatkan satu konsep yang dapat membuat
keterampilan foto yang diambil menjadi lebih baik. Para pembaca
buku ini juga akan dapat mempelajari aspek-aspek penting dalam
fotografi seperti cara mengambil foto, cara menggunakan tool
kamera dan cara mengindahkan foto yang diambil. Kesemuaaspek-
aspek ini sangat penting untuk membantu kita bagi
mentransformasikan pengambilan gambar dari gambar biasa
kepada gambar berkualiti, berkarya dan boleh dipamerkan di galeri-
galeri gambar sebagai tontonan umum.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
40
Buku ini juga akan menerangkan panduan lengkap dan
sistematik mengenai cara pengambilan gambar agar hasil gambar
yang diambil kelihatan lebih menarik dan boleh dikategorikan
sebagai sebuah gambar yang sebaris dengan gambar dari
fotografer professional. Buku ini adalah terjemahaan dari jidil satu
buku the digital photography yang dihasilkan oleh Scott Kelby dan
ditulis oleh Nadya Andwiani.Kerjaya Scott adalah seorang
jurugambar professional, designer, director, editor, penerbit dan
penulis buku.Dengan mempunyai pengalaman yang banyak,
mempunyai ilmu pengetahuan dalam dunia fotografi dan
mempunyai prestasi yang baik dalam dunia fotografi maka adalah
wajar buku ini diterbitkan dan dijadikan sumber rujukkan kepada
semua orang terutamanya pencinta dunia fotografi.Selain daripada
ditulis oleh seorang fotografer yang berpengalaman luas dalam
dunia fotografik, buku ini juga mempunyai kelebihan tersendiri
seperti menggunakan Bahasa yang sederhana, penterjemahaan
yang berkualiti dan juga menggunakan Bahasa yang mudah
difahami. Penjelasan mengenai setiap isi kandungan buku ini dibuat
secara berperingkat, terperinci dan jelas agar ianya mudah
difahami oleh para pembaca. Setiap penjelasan yang dibuat akan
disertai contoh-contoh gambar yang diambil untuk memudahkan
para pembaca memahami aspek-aspek yang diterangkan dan
dibincangkan.
Dengan adanya penerbitan buku ini, diharap segala maklumat
yang terdapat dalam buku ini dapat membantu para pembaca untuk
menambah pengetahuan dalam dunia fotografik. Buku ini juga akan
dapat memberi manfaat kepada golongan pelajar, calon-calon
fotografer professional, golongan komuniti dan golongan fotografi
untuk memperdalamkan ilmu fotografi masing-masing.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
41
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, anda boleh mengunjungi Perpustakaan
Cawangan Keningau untuk mendapatkan buku ini secara
pinjaman atau anda boleh menghubungi Seksyen Perkhidmatan
Pembaca : 087-339752 untuk membuat tempahan bagi buku ini.
Selain itu anda juga boleh melayari laman sesawang
Perpustakaan Negeri Sabah di www.library.sabah.gov.my
untuk mengetahui ketersediaan buku ini di Perpustakaan
Cawangan lain yang terdekat dengan lokasi anda.
‘ BACA TERAPI MINDA’
Diulas oleh,
Arthur Justine
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Januari 2022
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
42
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku: Keajaiban Diet Rasulullah
Penulis : Hamid Addin
Penerbit: PTS , 2020.
Muka Surat: 446
Harga : RM37.00
No Panggilan: MAN 613.2088297 HAM
ISBN No : 978-967-481-414-4
Kategori Buku: Bukan Fiksyen ( Bahasa Melayu ), Agama, Islam
dan Kesihatan
Bersambung dimuka surat seterusnya……
43
Adakah kesihatan tubuh badan Rasulullah S.A.W semata-
mata kerana anugerah Allah S.W.T ataupun ada rahsia di sebalik
amalan Baginda dalam kehidupan seharian yang dapat kita ikuti
dan teladani bagi memperoleh kesihatan tubuh badan?
Hebatnya Rasulullah S.A.W sebagai manusia, Baginda bukan
sahaja memiliki kesihatan yang begitu menakjubkan, malah susuk
tubuh baginda yang tegap juga menunjukkan bahawa Baginda
sememangnya seorang lelaki yang cukup sihat. Adakah kesihatan
baginda ini semata-mata kerana anugerah Allah S.W.T ataupun
ada rahsia di sebalik amalan Baginda dalam kehidupan seharian
yang dapat kita ikuti dan teladani bagi memperoleh kesihatan
tubuh badan?.
Topik yang dibincangkan dalam buku ini:
1.Menjawab persoalan ‘makan sunnah’ dan reality hari ini.
Adakah makan makanan yang lain daripada apa yang Rasulullah
S.A.W makan dianggap tidak mengikut sunnnah?
2.Rahsia bagaimana Rasulullah S.A.W kekal tegap dan sihat.
Bagaimana cara untuk kita juga mengamalkan supaya sihat dan
meraih pahala?
3.Rahsia di sebalik etika pemakanan Rasulullah S.A.W
4.Rahsia di sebalik makanan dan minuman Rasulullah S.A.W
5.Bagaimana Rasulullah S.A.W menjadikan ibadah juga sebagai
kunci kesihatan.
6.Bagaimana Rasulullah S.A.W beriadah.
Adakah diet itu ada dalam ajaran agama Islam?
Jawapannya ADA!
Bersambung dimuka surat seterusnya……
44
Malah Islam sendiri mengajar kaedah diet yang paling
berkesan dan terbaik di dunia. Ilmu diet ini diambil daripada
insan yang paling sihat tubuh badannya di muka bumi ini.
Siapa lagi kalau bukan Rasulullah s.a.w. Baginda bukan
sekadar sebaik-baik manusia dari segi akhlak, malah dari segi
kesihatan tubuh badan. Sirah membuktikan bahawa baginda
tidak pernah sakit walaupun sekali akibat kesilapan baginda
dalam mengambil pemakanan harian. Tubuh baginda tegap
sihat, malah sentiasa cergas dan kuat di setiap masa.
Bagaimana pula dengan diri kita?
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, anda boleh mengunjungi Perpustakaan
Cawangan Keningau untuk mendapatkan buku ini secara
pinjaman atau anda boleh menghubungi Seksyen
Perkhidmatan Pembaca : 087-339752 untuk membuat
tempahan bagi buku ini. Selain itu anda juga boleh melayari
laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan
buku ini di Perpustakaan Cawangan lain yang terdekat
dengan lokasi anda.
‘ BACA TERAPI MINDA’
Diulas oleh,
Maslianah Hj.Mohd Shom
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Januari 2022
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
45
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku: Bimbingan Lengkap Solat Sunat : Edisi Kemas Kini
Penulis : Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi Haji Abdul Majid dan
Rohidzir Rais
Penerbit: PTS , 2020.
Muka Surat: 443
Harga : RM53.28
No Panggilan: MAN 297.3822 MAH
ISBN No : 978-967-481-393-2
Kategori Buku: Bukan Fiksyen ( Bahasa Melayu ), Agama &
Islam
Bersambung dimuka surat seterusnya……
46
Buku berkenaan solat telah banyak diterbitkan. Namun buku
yang dipersembahkan dalam bentuk Magazine Book seperti ini
amat kurang dan sangat menarik perhatian pembaca. Buku ini
padat dengan gambar panduan dan hiasan. Pembaharuan ini dapat
membantu para pembaca agar tidak jemu membacanya. Dalam
masa yang sama, konsep sesuatu solat dihurai dengan baik supaya
dapat difahami oleh para pembaca dengan mudah dan baik.
Keterampilannya yang bermutu tinggi sesuai dibaca oleh semua
lapisan masyarakat. Buku ini tampil berbeza kerana ia
menggabungkan ilmu fiqh, reka bentuk, dan fotografi yang sesuai
menjadikan ia sebuah buku yang mesra pembaca.
Buku ini mampu membimbing pembaca dan mencetuskan
kesedaran masyarakat Islam Malaysia bagi mendirikan dan
mencintai solat-solat sunat. Kandungan buku :
BAHAGIAN 1: PENGENALAN
BAHAGIAN 2: SOLAT-SOLAT SUNAT YANG LEBIH UTAMA
DILAKUKAN SENDIRIAN
BAB 1: Solat Sunat Rawatib
BAB 2: Solat Sunat Witir
BAB 3: Solat Sunat Dhuha
BAB 4: Solat Sunat Isyraq
BAB 5: Solat Sunat Zawal
BAB 6: Solat Sunat Ghaflah
BAB 7: Solat Sunat Tahiyatul Masjid
BAB 8: Solat Sunat Selepas Azan
BAB 9: Solat Sunat Wuduk
BAB 10: Solat Sunat Malam Pertama
BAB 11: Solat Sunat Selepas Hafaz Al-Quran
Bersambung dimuka surat seterusnya……
47
BAB 12: Solat Sunat Masuk & Keluar Rumah
BAB 13: Solat Sunat Hajat
BAB 14: Solat Sunat Istikharah
BAB 15: Solat Sunat Taubat
BAB 16: Solat Sunat Ihram
BAB 17: Solat Sunat Musafir
BAHAGIAN 3: SOLAT-SOLAT SUNAT YANG LEBIH UTAMA
DILAKUKAN BERJEMAAH
BAB 1: Solat Sunat Hari Raya
BAB 2: Solat Sunat Gerhana
BAB 3: Solat Sunat Minta Hujan
BAB 4: Solat Sunat Tarawih
BAB 5: Solat Sunat Malam
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi
kandungannya, anda boleh mengunjungi Perpustakaan Cawangan
Keningau untuk mendapatkan buku ini secara pinjaman atau anda
boleh menghubungi Seksyen Perkhidmatan Pembaca : 087-339752
untuk membuat tempahan bagi buku ini. Selain itu anda juga boleh
melayari laman sesawang Perpustakaan Negeri Sabah di
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku ini di
Perpustakaan Cawangan lain yang terdekat dengan lokasi anda.
‘ BACA TERAPI MINDA’
Diulas oleh,
Maslianah Hj.Mohd Shom
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau
Januari 2022
Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau
48
ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk Buku : Budi Yang Baik
Siri : Bacaan Moral Suku Kata
Penulis : Zainurin Lokman Mat Jilid
Ilustrasi : Zainurin Lokman Mat Jilid
Penerbit : Dunia Ilmu Tijarah Sdn. Bhd. (795120-T)
Muka Surat : 16
No. Panggilan : MJP ZAI
ISBN No: 978-967-0979-08-3
Kategori Buku : Buku Bergambar Kanak-kanak Bahasa Melayu
Harga : RM 7.20
Bersambung dimuka surat seterusnya……
49
Buku yang bertajuk ‘Budi Yang Baik’ ini adalah sebuah
buku cerita untuk bacaan kanak-kanak daripada “Siri
Bacaan Moral Suku Kata” Buku ini mempunyai 16
halaman bercetak yang ditulis dan Ilustrasi oleh Zainurin
Lokman Mat Jilid. Buku cerita yang menarik dan baik ini,
perlu dibaca oleh kanak-kanak. Ia memaparkan pelbagai
kisah teladan dan pengajaran, berkonsepkan haiwan-
haiwan moden. Gaya bahasa yang disampaikan amat
ringkas dan mudah difahami, perkataannya yang dicetak
dalam dua warna mengikut suku kata, ditambah dengan
ilustrasi yang ceria dan berwarna-warni akan menarik
minat kanak-kanak untuk membaca.
Suatu hari, lebah bersama anaknya keluar mencari
madu. Ia ingin melatih anaknya supaya tahu mencari
makanan. Bila ia sudah besar nanti, ia boleh berdikari.
Dalam perjalanan pulang, tiba-tiba ibu lebah terperangkap
pada sarang labah-labah. Anak lebah tidak boleh
menolong kerana ia masih kecil. Ia hanya menangis
apabila melihat ibunya terperangkap. Kebetulan lalu
seekor burung pipit di tempat kejadian. Ia berasa kasihan
melihat lebah dan anaknya yang dalam kesusahan.
Dapatkah burung pipit menolong ibu lebah?
Bagaimanakah pengakhiran nasib ibu lebah? Adakah
diamati? Ketahui keseluruhan cerita ini dengan
membacanya. Selamat membaca.
Bersambung dimuka surat seterusnya……
50