Aspek pemakanan untuk ahli sukan juga perlu diambil kira atau diberi perhatian oleh pihak pengurusan
bahagian sukan. Para atlet perlu menitik berat dalam pengambilan makanan harian mereka agar tidak
menjejaskan tahap kesihatan mereka. Jumlah nutrien haruslah mencukupi agar tidak mengurangkan bekalan
tenaga, disamping itu jenis komposisi dan masa pengambilan makanan adalah penting bagi seseorang atlet
kerana ianya mampu mencapai faedah latihan optimum, dapat mengekalkan berat badan,mengurangkan risiko
keuzuran serta kecederaan dan mampu membina keyakinan semasa menghadapi sesuatu pertandingan.
Terdapat tiga nutrien utama dalam makanan yang membekalkan tenaga iaitu karbohidrat, protein dan lemak.
Karbohidrat yang disimpan sebagai glikogen dalam otot dan hati, yang mana glikogen yang terdapat dalam
otot adalah tiga kali lebih banyak purata 400g daripada yang disimpan dalam hati iaitu purata 100 g, jumlah ini
adalah mencukupi untuk digunakan dalam sehari jika atlet tidak mengambil sebarang makanan. Bagi glikogen
yang disimpan dalam hati ianya digunakan untuk mengekalkan tahap glukosa dalam darah semasa rehat dan
latihan sukan panjang, glikogen juga terdapat dalam darah lebih kurang 15 g,60 kcal dan dalam otak 2 g , 8
kcal. Lemak iaitu sebatian yang mengandungi karbon dan hydrogen dengan oksigen yang sedikit ia adalah
suatu bentuk makanan yang pekat. Lemak disimpan sebagai tisu adipos dalam badan manusia dan disimpan
di sekeliling organ serta di bawah kulit dan sedikit disimpan dalam otot iaitu lebih kurang 300 hingga 400 gram.
Bagi protein pula ianya tidak disimpan seperti karbohidrat dan lemak namun lemak ini membentuk tisu-tisu otot
dan organ. Protein berfungsi sebagai bahan binaan dalam badan manusia terutama dalam diet untuk
pertumbuhan dan pembaikan tisu.
Bersambung dimuka surat seterusnya...
51
Topik berikut yang dikongsikan oleh penulis dalam buku ini adalah berkenaan dengan sistem tenaga,
menurut penulis meskipun adenosina trifosfat (ATP) merupakan pembekal tenaga untuk semua sel namun
bekalannya adalah terhad dan perlu dibina secara berterusan untuk memberi bekalan tenaga yang
berpanjangan. Terdapat tiga sistem asas di mana adenosina trifosfat (ATP) boleh dibekalkan ke sel – sel otot
untuk menghasilkan penguncupan dan pergerakan. Dua daripada sistem tersebut tidak memerlukan oksigen
dipanggil sistem anaerobik, manakala sistem ketiga memerlukan oksigen dan dipanggil sistem aerobik. Dalam
sistem anaerobik bekalan tenaga adalah dari glikogen yang diurai dalam sistem tenaga asid laktik, yang mana
asid laktik bukan bahan buangan yang tidak berguna tetapi boleh ditukar sebagai sumber tenaga dengan
bekalan oksigen yang cukup.Sistem aerobik pula melibatkan penguraian nutrien tenaga yang menggunakan
oksigen dan sumber utama ialah karbohidrat dan lemak.
Menjana tenaga atlet ini juga memerlukan diet yang seimbang kerana makanan juga boleh mempengaruhi
kecergasan atlet, maka itu bagi mendapatkan tenaga yang cukup para atlet harus mengambil makanan yang
bersesuaian dengan keperluan ketahanan tubuh serta kecergasan yang dikehendaki.
Buku ini sesuai dibaca untuk semua golongan masyarakat, kerana setiap perincian maklumat yang
dikongsikan oleh penulis memberi panduan kepada semua masyarakat terutama bagi mereka yang giat dalam
sukan di mana kita dapat mengetahui apa yang perlu di ambil untuk mengekalkan tenaga ketika menjalani
latihan sukan ataupun semasa menyertai sesuatu pertandingan sukan
Bersambung dimuka surat seterusnya...
52
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang buku dan isi kandungannya, sila kunjungi Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau atau Perpustakaan Negeri Sabah yang terdekat dengan melawati laman sesawang
www.library.sabah.gov.my untuk mengetahui ketersediaan buku tersebut.
‘Baca Terapi Minda’ 53
Jika anda berminat untuk meminjam buku yang terdapat
dalam naskhah flipbook ini, anda boleh hubungi kami ditalian
087-336097
( waktu pejabat sahaja )
atau
klik Sent Message pada link
di Page Muka Buku/ FaceBook Rasmi
Perpustakaan Cawangan Keningau
Pastikan anda telah menjadi ahli Perpustakaan Negeri Sabah
Nota : Tersedia untuk kemudahan Pinjaman
di Perpustakaan Cawangan Keningau
( Kecuali Buku Koleksi Rujukan )
Hubungi kami di talian berikut :
Seksyen Perkhidmatan Pembaca : 087 -331752
#malaysiamembaca #sabahmembaca#letsreadtogether
#letsreadabook #readmeabook#sabahstatelibrary
#perpustakaannegerisabah#agmOktober2022
54
Untuk pertanyaan sila hubungi :
Peti Surat 174 ,89008 Keningau
SABAH.
Tel:087336097/336096 (Operator )
Seksyen Perkhidmatan Pembaca :
087 -331752
Seksyen Rujukan Maklumat :
087-331769
Unit Hypermedia : 087-331760
Fax: 087-338022
55