E-FOLIO:
ALAM SEKITAR
“Pembangunan bandar yang pesat telah memberikan kesan kepada alam sekitar.”
Dan
“ Memperkasakan Perlaksanaan “ Go Green” dalam Kalangan Pelajar “
NAMA PENSYARAH : EN. MOHD FARID HAFIDZ BIN AHMAD
KELAS : DDT2B
NAMA PELAJAR NO. PENDAFTARAN
NURUL NADIAH BINTI ABDUL MANAF 03DDT20F101
NURAIN FATIN NAJIHAH BINTI MOHD FADZLI 03DDT20F1021
NUR ALYAA BINTI SHAHRIR 03DDT20F1036
NURAZALI AYUNI BINTI ROZI 03DDT20F1059
NUR SYAZRIYATI ARIESYA BINTI MOHAMAD YUSRIZAN 03DDT20F1082
PENGHARGAAN
Allahamdulillah hirabbil’alamin , kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi dengan
limpah kurnianya , dapat kami menyelesaikan tugasan e-folio ini dengan penuh jayanya. Kami
menjulang sepenuh penghargaan kepada Encik Farid Hafidz , Pensyarah Mata Pelajaran Pengajian
Islam (MPU 23032), diatas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga
banyak membantu kami sepanjang proses pembentukkan tugasan ini berjalan. Kami juga
mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan – rakan yang banyak membantu kami secara langsung
atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan.Pelbagai ilmu yang dapat
kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini.
Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini , begitulah dominannya peranan
mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka
bumi ini . Pada dewasa kini, pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina , begitu jugalah
pembangunan dalam bidang pendidikan . Justeru itu mahasiswa ini tergolong dalam orang yang
sentiasa menyayangi peradaban zaman yang begitu hebat. Sebelum kami mengundur diri terimalah
serangkap mutiara kata dari kami sebagai renung-renungan dan selamat beramal.
“Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun .
Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus – menerus”
1.0.PENGENALAN
Alam ini adalah ciptaan Tuhan yang tidak ternilai harganya . Keindahan flora dan fauna di Malaysia
adalah satu daya tarikkan pelancong yang mampu mendatangkan pulangan yang tinggi
kepada pendapatan negara. Walau bagaimanapun , keindahan yang dicipta suatu masa dahulu
kini dicemari oleh tangan – tangan manusia yang sibuk mengejar pembangunan tanpa mengambil
tahu tentang kesan sampingan yang akan diperolehi sama ada pada masa kini mahupun pada masa
akan datang .
Sejak beberapa tahun kebelakangn ini , kita sering dihebahkan dengan cerita – cerita mengenai
pencemaran alam sama ada ia meliputi pencemaran udara , air , tanah , mahupun bunyi . Isu alam
sekitar terus menjadi pokok pembincangan umum yang utama daripada pemimpin hinggalah kepada
rakyat . Ini menunjukkan bahawa satu perkembangan positif wujud di kalangan masyarakat Malaysia.
Berita berkaitan dengan pencemaran alam sekitar sering mendapat paparan meluas sama ada
melalui media cetak ataupun elektronik. Kini ramai individu yang berani tampil bersuara
tentang pendapat masing-masing mengenai isu alam sekitar. Terdapat juga yang kecewa apabila
mendengar cerita tentang kemusnahan alam sekitar seperti pembakaran terbuka , pencemaran
sungai dan pembuangan sisa toksik .
Sebut sahaja nama Karam singh Wali , pasti ramai yang terbayang berkenaan wajah seriusnya, gerak
tangan yang sentiasa turun naik dan penggunaan bahasa kiasanya , bidalan atau pantun di akhir
setiap berita atau isu alam sekitar yang dilaporkannya. Kelangtangan beliau dalam
membongkarkan setiap permasalahan ini menunjukkan bahawa kita perlu sedar dan bangun untuk
terus membanteras permasalahan ini dari meruncing.
(Ruj:http://www.academia.edu/29973188/Impak_Pembanggunan_Terhadap_Alam_Sekitar_di_Cameron_Highland
s)
2.0 OBJEKTIF
a) Menyenaraikan dan menghuraikan tentang punca pencemaran alam sekitar
b) Menghuraikan tentang kesan pencemaran alam sekitar yang berlaku
c) Menyedari tentang keburukkan pencemaran
3.0 ISI DAN HURAIAN
a) Pembinaan Hotel dan Perumahan
Bagi menyokong industri perlancongan yang pesat di Camoran Highlands pembinaan kawasan
pendiaman dan hotel telah muncul dengan pesat sekitar tahun 1990-an. Dianggarkan dengan lebih 45
buah hotel yang terkenal telah didirikan bagi memberikan kemudahan kepada pengunjung.
Pertubuhan sektor ini berkembang pada kadar 3.2 peratus/tahun. Kebanyakkan hotel/chalet di bina
atas bukit sekitar Tanah Rata , Ringlet , dan Brinchang . Antara hotel yang terkenal yang telah di dirikan
ialah Chamelot Resort , Equatorial Hill Resort dan banyak lagi.
Impak alam sekitar yang wujud secara serius hanya berlaku semasa proses pembinaan hotel pada
peringkat awal. Namun begitu , kadar kekosongan adalah tinggi kerana kebanyakkan unit perumahan
ini disediakan oleh golongan pelancong yang hanya di diami pada masa yang tertentu sahaja (
musim percutian).Pembinaan pelbagai projek yang rancak ini dijangka akan menambahkan lagi
permasalahan alam sekitar di kawasan ini yang agak sensitif. Kejadian tanah runtuh pada tahun 1998
kesan daripada projek pembinaan telah menyebabkan perhubungan jalan Kampung raja , Terla dan
Teringkap terputus dengan pekan Brinchang , Ringlet dan Tanah Rata . Hal ini telah menyebabkan
pengeluaran hasil pertanian tidak dapat dibawa ke pasaran luar selama beberapa minggu dan telah
menyebabkan kerugian kepada pengusaha.
Pembinaan projek perumahan kakitangan Majlis Daerah di Tanah Rayta yang dibina di puncak Arabella (
betul-betul di atas bukit) telah menyebabkan berlakunya kejadian tanah runtuh yang serius sehingga
menyekat aliran sungai Bertam , kejadian ini telah memaksa pihak Jabatan Alam Sekitar untuk mengorek
semula dan membuat benteng siinen bagi mengelakkan kejadian yang sama berlaku .Antara
projek perumahan guru yang sedang dalam proses pembinaan di Brinchang yang berada di atas bukit yang
berpotensi akan menyumbangkan masalah kemerosotan alam sekitar. Pembinaan sekolah rendah di
Ringlet, sekolah menengah di Tanah Rata dan Brinchang dijangka akan memberi impak kepada
persekitaran kerana kedudukannya diatas bukit yang berteres .
(Ruj:http://www.academia.edu/29973188/Impak_Pembanggunan_Terhadap_Alam_Sekitar_di_Cameron_Highlands )
b) Pembukaan Kawasan pertanian
Keupayaan Cameron Highlands sebagai kawasan pengeluaran hasil pertanian tanah tinggi utama
tetap kekal walaupun dilanda kawasan pertanian yang terhad. Sektor ini merupakan sektor yang
paling penting untuk menjana ekonomi Cameron Highlands terutama dengan pembukaan ladang
pertanian yang lebih insentif serta pembukaan kawasan baru di Lojing akan memberi manfaat yang
besar kepada kawasan ini. Aktiviti pertanian ini merupakan satu produk utama pelancongan agro
walaupun secara keseluruhanya potensi tanah untuk pembangunan pertanian adalah kecil .
Pembukaan kebun sayur dan bunga secara giat di katakan punca utama kepada impak alam
sekitar di Cameron Highlands . Dianggarkan sebanyak 51 peratus kawasan pertanian di buka untuk
penanaman sayur , 39 peratus untuk tanaman teh ,dan 9 peratus untuk tanaman bunga . Kawasan
yang dibuka ini ditolak tanahnya ke bawah cerun dan kemudiannya memasuki sistem saliran
menyebabkan pencemaran air. Namun begitu sektor ini amat penting kerana hasil daripada
penanaman 25 jenis sayur. Manakala perusahaan penanaman bunga memberi pulangan sebanyak
RM 35juta/tahun bagi pasaran ke Hong Kong , Singapura , Taiwan dan Jepun.
Kesan daripada permintaan dan pendapatan yang tinggi ini telah menyebabkan pembukaan
tanah pertanian sentiasa bertambah dari tahun ke tahun. Menurut angka statistik , pembukaan
tanah telah meningkat daripada 2343 hektar pada tahun 1991 kepada 4000 pada tahun 1993 .
Pada hakikatnya , tanah yang wajar untuk pertanian pada tahun 1193 hanya dalam lingkungan
3292 hektar sahaja .Ini kerana , sebahagian tanah di Cameron Highlands yang sesuai dikekalkan
sebagai hutan kerana berada pada paras ketinggian 1200 hingga 1500 meter dan amat sensitif
kepada sebarang bentuk pembangunan tanah.
(Ruj:http://www.academia.edu/29973188/Impak_Pembanggunan_Terhadap_Alam_Sekitar_di_Cameron_Highlands)
c) Hakisan Tanah dan Tanah Runtuh
Pembukaan tanah secara haram dan aktiviti pemotongan bukit bagi sebarang aktiviti telah
banyak menimbulkan masalah hakisan dan tanah runtuh . Tanah runtuh yang berlaku di Ladang
Sungai Palas telah melibatkan kemalangan jiwa pada penghujung tahun 2000.Di Cameron
Highlands sahaja didapati terdapat lebih 200 kejadian tanah runtuh di sepanjang jalan. Hampir 83
peratus responden menjejaskan hakisan tanah kerap berlaku di Cameron Highlands terutama di
Lembangan Bertam .
Data yang diperoleh menunjukkan antara tahun 1950 sebanyak 10 hingga 34 peratus kawasan
Tadahan Terlom dan 28 hingga 36 peratus kawasan Tadahan Bertam diusahakan dengan kegiatan
pertanian . Kesan daripada aktiviti ini menyebabkan peningkatan pendapatan daripada 93m3.km2.
tahun kepada 1098m’.tahun pada tahun1990.Pemendapatan ini telah mengakibatkan Tasik Habu
kehilangan keupayaan untuk menampung air sebanyak 31 peratus.
Dijangka luahan dan penghasilan endapan ini akan menjadi lebih teruk apabila hujan turun.
Berdasarkan kadar hakisan antara musim hujan dan musim kering menunjukkan peningkatan
antara 5 hingga 15 kali manakala peningkatan keterhakisan daripada kawasan hujan ke kawasan
terdedah pula adalah anata 1 hingga 1.5 kali.Sungai Bertam pula dianggarkan berlaku
peningkatan penghasilan endapan antara 300 hingga 1250 tan.knr.hari dan Sungai Tringkap pula
antara 3800 hingga 17100 tan.knr.hari.Kadar hakisan tanah di Cameron Highlands amat serius dan
telah 13 kali ganda lebih had kawalan bagi kawasan Tropika iaitu 250 hingga 1250tan.krn2 , hari.
Kebanyakkan jalan raya utama yang menuju ke Cameron Highlands pula mempunyai nilai purata
intensiti berada pada tahap 3.0.Ini menunjukkan jalan raya yang berada di kawasan ini amat
mudah berlakunya tanah runtuh kerana kegagalan cerun apabila kerja – kerja pemotongan bukit
tidak dijalankan dengan sempurna.
Berdasarkan tinjauan daripada kaji selidik , didapati kebanyakkan responden menjelaskan
bahawa Cameron Highlands menerima pelbagai impak alam sekitar ekoran daripada kegiatan
pembangunan tanah yang ketara pada dekad 1990-an . Antara masalah utama adalah kejadian
tanah runtuh , hakisan tanah, penghasilan kelodak , pencemaran air dan bekalan air yang tidak
mencukupi.
4.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya , tajuk ini telah menampakkan segala yang berkaitan dengan
perkembangan bandar baru serta kesan yang diwujudkan olehnya. Terdapat kesan
positif dan kesan negatif yang berlaku apabila mewujudkan bandar baru. Proses
perkembangan bandar di Malaysia dilihat telah bermula sejak sebelum kemerdekaan
namun ke muncaknya berlaku selepas kemerdekaan . Maka perbangunan bandar baru
yang ditetapkan melibatkan kawasan sedia ada cuma jenis aktiviti ditukar ganti
daripada sektor primer kepada aktiviti dari sektor kedua dan ketiga. Hal ini
menunjukkan penjagaan ciptaan illahi perlulah dijaga dan tidak melakukan sebarang
aktiviti sesuka hati kerana ia akan menyebabkan berlakunya kejadian yang tidak
diingini .
(Ruj:https://www.bharian.com.my/berita /kes/2019/05/567862/2-kejadian-tanah-runtuh-di-cameron-
highlands)
“ Memperkasakan Perlaksanaan “ Go Green” dalam Kalangan Pelajar “
Pada masa ini, tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan beg plastik telah menjadi satu
kebiasaan dalam kalangan masyarakat kita. Sebagai contoh, setiap pembelian barang
walaupun hanya sepeket gula-gula juga diberikan beg plastik oleh penjual. Namun begitu,
penggunaan beg plastik yang berterusan akan menyumbang kepada pencemaran alam sekitar
kerana komposisi kimianya seperti polyethylene menyukarkannya untuk reput dan terurai
sendiri. Ini sekaligus menimbulkan implikasi buruk kepada kesihatan kita serta alam sekitar.
Perbincangan keperluan generasi muda yang harus diberi kesedaran kelestarian alam sekitar
menerusi institusi pendidikan, maka kajian ini ingin meneliti sejauh mana murid-murid dan
pelajar yang berada di sekolah rendah mahupun IPTA/IPTS berilmu dalam pengetahuan dan
mengamalkannya. Untuk mencapai tujuan tersebut, kajian disasarkan untuk meneliti apakah
tahap pengetahuan hijau dan tahap amalan hijau murid-murid sekolah rendah dan para pelajar
IPT. Seterusnya kajian juga menganalisis perkaitan hubungan antara pemboleh ubah
pengetahuan amalan hijau
Sehubungan dengan itu, bagi mengatasi masalah yang disebabkan oleh
penggunaan beg plastik ini, beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan
serta pelbagai pihak yang sedar akan kepentingan untuk tidak menggunakan
beg plastik. Antara langkah yang diambil adalah dengan menganjurkan
kempen 3R (Reduce, Reuse dan Recycle) serta kempen tanpa beg plastik yang
telah pun dijalankan setiap Sabtu sejak 2010 di tempat-tempat membeli belah
serta pasar raya.
Justeru, kesedaran menjaga alam sekitar melalui pendidikan merupakan titik perubahan yang
paling berpengaruh dalam masyarakat untuk mempertingkatkan pembangunan yang
mampu membaiki keupayaan manusia dalam menangani isu-isu alam sekitar. Institusi
pendidikan seperti sekolah menjadi saluran utama pendidikan alam sekitar kepada masyarakat
yang ada pada hari ini supaya pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai murni dan tindakan yang betul
dalam menangani isu alam sekitar. Kanak-kanak di sekolah harus terlibat secara langsung dalam
usaha kelestarian alam sekitar kerana kelompok ini juga menerima kesan krisis tenaga,
perubahan iklim, pencemaran alam sekitar dan pengetahuan amalan kelestarian golongan awal
usia ini amat berpontensi mempengaruhi amalan mereka pada masa hadapan bersama ibu bapa.
Peranan pendidikan sebagai asas untuk mencapai peningkatan kualiti hidup secara umumnya
telah diketahui oleh masyarakat. Pendidikan juga merupakan medium yang penting dalam
meningkatkan pengetahuan dan kesedaran manusia terhadap alam sekitar dan persekitarannya.
Pendidikan awal yang diberikan mampu membentuk kumpulan murid yang peka tentang
kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Jika diteliti pada peringkat umur
tujuh hingga sebelas tahun, kanak-kanak berada dalam keadaan tawanan kepada fenomenologi
mereka sendiri kerana corak pemikiran mereka, walaupun menjadi logik, fleksibel dan teratur,
masih terikat kepada objek sebenar, segera atau boleh dilihat.
Dalam meningkatkan kesedaran menjaga alam sekitar di sekolah, cara yang berkesan adalah
dengan mempraktikkan amalan hijau dalam kalangan warga sekolah. Pelaksanaan aktiviti boleh
dilaksanakan sewaktu kokurikulum yang memberi kesan positif kepada penglibatan pelajar.
Malah pihak pentadbir iaitu pengetua berperanan dalam memberi galakan kepada guru dan
pelajar untuk melaksanakan aktiviti kokurikulum yang lebih baik pengisiannya . Dalam konteks
kesedaran amalan hijau, ia merangkumi dua aspek penting iaitu pengetahuan amalan hijau dan
amalan hijau itu sendiri.
Program ini dijalankan di semua IPTA/IPTS yang dikendalikan oleh pelajar itu sendiri. Para
pelajar bertanggungjawab untuk mempromosikan Kempen Go Green - Tanpa Beg Plastik di
sekitar kolej mereka ini kepada pelajar-pelajar yang lain serta dapat berkongsi lebih maklumat
tentang penggunaan beg plastik
Kempen Go Green ini amat wajar dilaksanakan bukan sahaja di peringkat IPTA/IPTS, malahan
diamalkan secara menyeluruh di Malaysia. Kempen sebegini memerlukan sokongan dari semua
pihak terutamanya para pesakit. Ini bagi memastikan kempen ini berjalan dengan jayanya serta
dapat menghasilkan impak positif terhadap pemuliharaan alam sekitar, selaras dengan
matlamat kerajaan Malaysia dalam menjamin kesejahteraan negara dan kesihatan rakyat.
https://4gersbloggie.blogspot.com/2020/03/memperkasakan-perlaksanaan-go-green.html
KESAN PENGGUNAAN BEG PLASTIK
• Mengakibatkan pencemaran alam sekitar secara kritikal kerana beg plastik
dihasilkan daripada petroleum.
• Beg plastik sukar untuk dilupus dan tidak akan mereput dalam masa
singkat dan sesetengahnya mengambil masa 400-1000 tahun untuk
diuraikan.
• Beg plastik adalah penyumbat tanah timbunan kita dan merosakkan
landskap dan akan sentiasa mencemarkan tanah serta air kita.
• Penghasilan dan pengeluaran beg plastik menyebabkan pelepasan karbon
yang menjejaskan lapisan ozon dan mengakibatkan kesan pencemaran
udara.
• Hampir 1 billion burung laut dan haiwan marin mati kerana beg plastik.
KESIMPULAN :
Dalam konteks ini, kerjasama semua pihak perlu dalam menggembeleng usaha
yang proaktif ke arah mengurangkan penggunaan beg plastik dalam kehidupan seh
ariandan bebanan plastik kepada ekosistem dan alam sekitar. Sekiranya ada seseten
gah pihak yang mengabaikan hal ini dan terus berbuat demikian , pihak yang bertan
ggungjawab perlulah mengambil tindakan tegas ke atas pesalah agar penggunaan d
an pembuangan beg plastik dapat dikawal dengan lebih baik.
Hal ini , alam sekitar dapat dijaga dan menjamin kesihatan yang lebih baik kepada m
asyarakat . Masayarakat juga dapat hidup dalam keadaan yang bersih
dan selesa tanpa sebarang penyakit berbahaya yang dapat meragut nyawa .
Rujukan / Sumber
http://ir.upsi.edu.my/1829/1/Impak%20Pembangunan%20Terhadap%20Alam%20Sekitar%20di%2
0Cameron%20Highlands
https://www.academia.edu/29973188/Impak_Perkembangan_Terhadap_Alam_Sekitar_di_Camer
on_Highlands
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2013/11/13/cadangan-kawasan-penempatan-
perniagaan-baharu-di-cameron-highlands-perlu-dilaksanakan
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/05/567862/2-kejadian-tanah-runtuh-di-cameron-
highlands
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/perak-dan-pahang-diminta-hentikan-pemberian-
permit-teroka-tanah-di-cameron-highlands-189238
https://www.bharian.com.my/node/23675
https://4gersbloggie.blogspot.com/2020/03/memperkasakan-perlaksanaan-go-green.html