SEJARAH MALAYSIA 1
SADN
1123
SEMESTER 1 SESI 2021 / 2022
SEJARAH PEMBUKAAN MELAKA DAN
KEGEMILANGANNYA SEBAGAI
PUSAT PERDAGANGAN
DISEDIAKAN UNTUK:
DR. HASLINDA BINTI HASAN
DISEDIAKAN OLEH:
LAI YAN LIN (285791)
SEJARAH
PEMBUKAAN MELAKA
MELAKA Bandaraya Melaka diisytiharkan sebagai
UNESCO tapak warisan dunia selain
George Town di Pulau Pinang pada 7 Julai
2008. Bandar melaka mempunyai sejarah
dan budayanya yang unik bermula dari
abad ke-15 yang mengalami Kesultanan
Melayu Melka dan kemudian dijajah oleh
kuasa-kuasa Barat.
PENGENALAN
Menurut buku Sejarah Melayu, Melaka berasal
daripada nama pokok ketika Parameswara
berehat dibawahnya dan ternampak seekor
pelanduk menendang anjing pemburunya. Nama
Melaka dinyatakan berasal daripada perkataan
Arab kerana ia merupakan pusat perdagangan
terkenal yang sering dikunjungi,Melaka digelar
'MULAQAH' yang bermaksud 'pertemuan' oleh
pedagang Arab.
Tambahan pula, Melaka juga dikenali dengan
nama ‘MALAKA’ yang bermaksud semua
perdagangan dikumpulkan. Pengisytiharan
Kerajaan Tanah Melayu ini juga telah disahkan
dan dijelaskan melalui penemuan artifak antik
Melaka yang menunjukkan bahawa kerajaan
Melaka telah wujud selama 140 tahun sebelum
kedatangan Parameswara ke Melaka.
SIMAPEANKUARHUTPEPNAGRAASPAESNGMKEALJAIK?A
Menurut Tom Pires dalam buku
Suma Oriental, Melaka diasaskan
oleh Parameswara pada tahun
1400 Masihi.
Bukti Tom Pires:
THE SAID PARAMJCURA
(PARAMESWARA) TOLD THE CELATES
'YOU ALREADY KNOW THAT IN OUR
LANGUAGE A MAN WHO RUNS AWAY IS
CALLED A MALAYO, AND SINCE YOU
BRING SUCH FRUIT TO ME WHO HAVE
FLED, LET THIS PLACE BE CALLED
MALAQA, WHICH MEANS ‘HIDDEN
FUGITIVE’
Parameswara yang berehat
di bawah sebatang pokok
dan bertanya dengan
penduduk tempatan
berkaitan nama kawasan
tersebut dan kemudian
menamakan tempat tersebut
sebagai Malaqa.
WANG GUNG WU
Menurut Wang Gung Wu dalam artikel
The First Three Rulers of Malacca,
Parameswara mengasas Melaka pada
sekitar tahun 1390 sehingga tahun
1414.
KRONOLOGI PARAMESWARA MEMBUKA
MELAKA
Parameswara (Iskandar Shah), 1390-1413/4
|
Megat Iskandar Shah, 1414-1423/24
|
Sri Maharaja (Sultan Muhammad Shah), 1424-1444?
Pendapat beliau adalah berdasarkan
rekod-rekod Dinasti Ming terutamanya
Cheng Ho yang melayar ke Nanyang dan
WHY? sampai ke Melaka pada tahun 1409 serta
cara Ming menjalinkan hubungan
diplomatik dengan Melaka pada masa
itu.
Rekod-rekod Dinasti Ming-Shih pula dapat mengenalpasti
bahawa Melaka mempunyai jalinan hubungan yang rapat
dengan Ming apabila Maharaja Yung-Lo menghantar satu
perutusan ke Melaka melalui Laksamana Yin Ching pada tahun
1403.
Jadual yang terdapat dalam artikel Wang Gung Wu
Jadual ini menunjukkan jumlah
lawatan sultan-sultan Melaka yang
melakukan perlawatan ke China dan
berjumpa dengan Maharaja Ming
bagi mengekalkan hubungan
diplomatik antara Melaka dengan
China.
O.W. WOLTERS
Menurut O.W. Wollters dalam buku
The Fall of Srivijaya in Malay
History menyatakan Parameswara
mula membentuk kerajaan Melaka
pada tahun 1390 hingga 1400
Masihi.
Pengkaji seperti Tom Pires, Wang Gung
Wu dan O.W. Wolters menyatakan
SECARA bahawa Melaka diasaskan oleh
KESIMPULAN Parameswara tetapi mereka masing-
masing memberikan tahun pengasas yang
berbeza-beza.
Contoh-contoh video yang
berkaitan dengan pengasas
Melaka iaitu Parameswara.
SEJARAH DAN PERISTIWA
PEMBUKAAN MELAKA YANG
SEBENAR OLEH BEKAS KETUA
MENTERI MELAKA
: Datuk Seri Mohd Ali Bin Mohd Rustam
"Pembukaan Melaka adalah pada tahun 1262
Masihi. " kata beliau setelah para pengkaji
membuat kajian terhadap tahun pengasasan
Melaka.
Tahun 1262 ditetapkan sebagai tahun
muktamad Melaka diasaskan adalah
disebabkan :
Kerajaan Melayu Melaka telah
diasaskan pada 660 Hijrah
bersamaan 1262 Masihi berdasarkan
tulisan Sejarah Melayu, Sulalatus
Salatin versi Raja Bongsu.
Tahun 1400 dan 1278 telah ditolak
oleh rumusan penyelidik sebagai
tahun pengasas Kerajaan Melayu
Melaka kerana kesepakatan Portugis
(sarjana barat) bukanlah berdasarkan
fakta sejarah.
Buku yang ditulis oleh Tome Pires
iaitu Suma Oriental pada tahun
1512-1515 yang hanya berdasarkan
pengumpulan maklumat
menggunakan kaedah dengar dan
cakap.
Sumber-sumber asal usul sejarah
nama Melaka.
KEGEMILANGAN MELAKA
SEBAGAI PUSAT PERDAGANGAN
Kegemilangan Melaka sebagai pusat
perdagangan terkenal di dunia
disebabkan pelbagai jenis kemudahan
yang disediakan di pelabuhan Melaka,
kedudukan geografi yang strategik
serta kewibawaan pemimpin Melaka.
1.0 KEDUDSUTKRAANTEMGEILKAKA YANG
Pelabuhan Melaka yang terletak di
sepanjang jalan perdagangan antara barat
dan timur. Pelabuhan Melaka yang terletak
di Selat Melaka mempunyai keistimewaan
yang utamanya iaitu terlindung daripada
tiupan angin monson dan tsunami.
Ilustrasi peta Melaka yang dilukis oleh
Portugis.
Ilustrasi peta Melaka yang dilukis oleh
China pada abad ke-17.
DJITEENRISIM-JAEMONLEISELAHANKPGAEILNAYBAUNHGAN
Pelabuhan Melaka menerima dua jenis
angin:
MONSUN TIMUR LAUT DAN BARAT DAYA
Dalam putaran tahunan, tiupan angin ini belaku selama
6 bulan. Akibatnya, pedagang yang datang dari arah
timur dan barat tidak pernah berhadapan dengan
variasi bermusim dalam tiupan angin serta tiada
masalah lalu lintas kerana perjalanan kapal dikawal
oleh angin. Justeru itu, Melaka dapat menguasai Selat
Melaka sepenuhnya apabila Jambi menjadi wilayah
taklukannya sedangkan penguasaan ke atas
kepulauan Riau-Lingga yang lebih awal menjadikan
semua laluan perdagangan ke Barat dan ke Tinur
dikuasai Melaka.
Disebabkan angin yang unik di Selat Melaka, para
pedagang telah menjadikan Melaka sebagai tempat
persinggahan dan kemudahan penyimpanan produk
yang akan didagangkan sekiranya pedagang lain
datang ke Melaka pada musim tengkujuh akan datang.
Raja Iskandar Shah juga telah membekalkan semua
kemudahan fizikal dan bahan di pelabuhan enteprot.
PCEORGNETROAHK-ACNOANNTOGHINGMAOMNBSAURN
Kenaikan ekonomi perdagangan di
Melaka direkodkan oleh pedagang
Portugis iaitu Tom Pires, yang
melaporkan tentang musim kesibukan
di Melaka adalah dari Mac hingga
Disember. Hal ini demikian kerana
putaran tiupan angin di Selat Melaka
akan berubah, membolehkan kapal
berlayar. Melaka akan menerima kapal
dari Asia Timur dan Timur pada masa ini,
manakala pedagang Jawa dan
Kepulauan Timur akan berdagang di
Melaka dari Mei hingga September.
SEPJMEALOERDANRABIIUKHEURANHSUITTEATAKPNLRAEM,ENRKKETDELOISEKADINKAB-GRAURYEKADAKNAASON:PUDAMT A
TOM PIRES:
"... people cannot interpret the value of
Melaka for its greatness and profit.
There you can get everything you want
and sometimes more than you are
looking for. Anyone who is a master in
Melaka, like controlling Venice in
Europe.”
Menurut Tom Pires lagi, pelabuhan Melaka pernah
disinggahi sebanyak 100 buah kapal-kapal besar
dan 30 hingga 40 buah kapal kecil pada abad ke-
16 pada masa itu.
DUARTE BARBOSA :
Beliau mengaitkan kesibukan
pelabuhan Melaka dengan
menyatakan bahawa ,“Whoever
controls Melaka, he can control
world trade.”
KESIBUKAN PELABUHAN MELAKA
DIKAITKAN DENGAN PELABUHAN
VENICE YANG BEGITU SIBUK
JUGA DI EROPAH.
WHY? Perdagangan rempah ratus yang dijalankan
di pelabuhan Melaka adalah begitu luas dan
berfungsi sebagai pintu utama
perdagangan rempah yang melibatkan para
pedagang rempah dari China, Arab, Timur
Tengah dan sebagainya untuk memasarkan
jenis-jenis rempah ratus mereka seperti
lada hitam, kayu manis, kunyit dan lain-lain
di pelabuhan Melaka.
2P.0ESNHITSUATBDEUBMNIGRPAAENNRDPAEANLGTAAABRNUAGHBAAANNNSGMESERALTDAAKAAN
Hubungan perdagangan Melaka dengan
negeri-negeri lain telah dilakukan dan
dijalankan sejak abad ke-15 lagi.
Menurut Tom Pires pada tahun 1518,
He wrote: . . . this city of Malaca is the richest
trading port and possesses the most valuable
merchandise, and most numerous shipping and
extensive traffic, that is known in all the
world. And it has got such a quantity of gold
that the great merchants do not estimate
their property, nor reckon otherwise than by
bahars of gold, which are four quintals each
bahar.
HMUEBLUANKGA ADNENAGNTAANRCAHBIANNAGSA
Dari Aspek Keselamatan
Melaka tidak mempunyai sistem
pertahanan yang kuat dan sering
diancam oleh Siam pada peringkat
awalnya. Dengan ini, Melaka bermula
menjalankan hubungan diplomatik
dengan Dinasti Ming apabila satu
rombongan dari negara China melawati
Melaka pada masa itu.
Dinasti Ming pada masa itu dianggap sebagai satu
kuasa yang besar dan giat berdagang di rantau Asia
yang mampu memberi perlindungan kepada Melaka
yang ingin menentang ancaman dari Siam. Dengan ini,
hubungan diplomatik antara Melaka dengan Dinasti
Ming dapat dikatakan bermula sejak tahun 1403 lagi.
Setelah Melaka menjalinkan hubungan diplomatik
dengan Dinasti Ming serta pemerintah Melaka diiktiraf
oleh Maharaja China sebagai Raja Melaka, Melaka kian
berkembang menjadi sebuah pelabuhan entreport yang
terkenal di dunia pada masa itu.
KEMUDAHAN PELABUHAN
MELAKA
Pelabuhan Melaka menyediakan kemudahan
membaiki kapal-kapal pedagang yang rosak.
Bukan itu sahaja, kemudahan-kemudahan lain
seperti gajah, kapal, perahu, pekerja, jong
dan sebagainya juga disediakan oleh
Syahbandar bagi mengangkut barang-barang
saudagar ke gudang.
Contoh gambar kapal jong Melaka.
3BA.0HBAASHAALSIANMGUEALAFYRUANSECBAAGAI
.Penggunaan bahasa Melayu pada zaman
Kesultanan Melayu Melaka telah mencapai
zaman kegemilangan penggunaan bahasa
Melayu sebagai Lingua Franca pada masa itu.
Bahasa Melayu telah menjadikan bahasa
perhubungan dan berkomunikasi antara
saudagar antarabangsa dengan penduduk
tempatan.
BUKTI:
Menurut Tom Pires dalam karyanya Suma Oriental,
“It was a place where Gujratis, Tamils and Bengalis from
India lived and traded insecure harmony with Malays,
Chinese and Arabs, a city of 100,000 where 84
languages could be heard in the Markets. The Malay
sultans who ruled Malacca ensured that the strait was
free of pirates. Goods could be stored safely in
hundreds of well-guarded godowns, the city’s law were
administered fairly to both Malaccans and foreigners."
HAL INI DAPAT MEMBUKTIKAN BAHAWA TERDAPAT 84
BAHASA YANG DIGUNAKAN DI PELABUHAN MELAKA
TERMASUKLAH BAHASA MELAYU. PARA SAUDAGAR YANG
BERSINGGAH DI PELABUHAN AKAN MENGGUNAKAN
PELBAGAI BAHASA UNTUK BERKOMUNIKASI TETAPI
MEREKA AKAN MENGUTAMAKAN PENGGUNAAN BAHASA
MELAYU DI PELABUHAN MELAKA KERANA BAHASA INI
ADALAH BAHASA YANG MUDAH DIFAHAMI OLEH
PENDUDUK TEMPATAN SERTA BAHASA YANG LUAS
DIGUNAKAN DI SERANTAU NUSANTARA.
PE4L.0AKBEUPHEANNTMINEGLAANKA
HUBUNDGEANNGAPNERCDHAIGNAANGAN
Negara China memasarkan bahan-bahan wangian,
tembikar, sutera, besi, permata dan sebagainya di
pelabuhan Melaka. Manakala di negara China pula,
pedagang-pedagang China membawa lada, rempah,
candu, bahan hutan dan gaharu pulang ke China
untuk dijual di pasaran tempatan.
Lada merupakan permintaan yang tertinggi dari negeri China
pada masa itu dan dapat menguntungkan Melaka dengan
jumlah yang lumayan. Menurut Tome Pires, lada yang dibeli
oleh pedagang China dengan harga 4 cruzados di Melaka
dapat dijual di China dengan harga 15 hingga 16 cruzados
pada masa itu.
HUDBEUNNGGAANNKPOERRODMAGANANDGELAN
Menurut Tom Pires, sebanyak empat hingga lima
buah kapal-kapal pedagang Koromandel akan
bersinggah di pelabuhan Melaka untuk menjalankan
perdagangan.Beliau menyatakan lagi, kedatangan
pedagang-pedagang Koromandel dapat
menghasilkan sebanyak 12 ribu hingga 15 ribu
cruzados kepada Melaka pada masa itu. Antara
barang yang dibawa oleh saudagar Koromandel
untuk bertukar di pelabuhan Melaka ialah buah
pala, permata, lada, kayu manis, cengkih dan
gaharu. Kebiasaannya, pedagang Koromandel ini
akan bertumpu dari bulan Oktober hingga bulan
Januari di Melaka sebelum berlayar ke tempat lain.
HUBUNGAN PERDAGANGAN DENGAN
BENGGALA
Pedagang-pedagang Benggala menggunakan kapal-
kapal besar untuk bersinggah di Melaka setiap tahun
dan dikatakan dapat menghasilkan keuntungan
sebanyak lapan puluh cruzados kepada Melaka.
Pedagang Benggala pula akan membawa barang-
barangan seperti beras, daging kering, makanan,
sayur-sayuran kering dan kain India ke Melaka.
Pedagang Benggala akan membeli lada, cengkih,
senjata, sutera dari China dan berbagai-bagai bahan
setelah menukar barang yang dibawa di Melaka.
HUBUNDGEANNGPAENRPDEAGGUANGAN
Pegu mempunyai dan memiliki kemahiran
pembinaan kapal yang amat terkenal pada
masa itu juga merupakan salah satu rakan
perdagangan yang rapat dengan Melaka.
Pegu atau dikenali sebagai Burma pada
masa ini akan menjual dan membekalkan
anak-anak kapal ke pelabuhan Melaka
supaya saudagar asing dapat membeli
kapal-kapal ini apabila mengalami
kerosakan kapal di Melaka.
Satu anggaran yang pernah dibuat oleh Tom
Pires iaitu terdapat 20 hingga 30 buah
kapal-kapal kecil yang datang ke pelabuhan
Melaka untuk melakukan urusan
perdagangan pada bulan Februari hingga
Mac setiap tahun. Tambahan pula, Pegu
bukan sahaja akan membekalkan kapal-kapal
kecil ke Melaka malah Pegu akan
membekalkan perak, wangi-wangian, berlian
dan makanan mentah.
5.0UPNEDNAGNGGMUDEBIALPALEAKLNAAUBNUDHAANNG-
Kesan perundangan yang dikeluarkan oleh
kerajaan Melaka secara tidak langsung telah
menyumbang kepada kegemilangannya dalam
melancarkan lagi urusan aktiviti perdagangan.
Kerajaan Melaka telah membuat dengan
menggubal undang-undang seperti Undang-
undang Laut Melaka. Undang-undang Laut
Melaka yang diluluskan baru-baru ini
mempunyai 24 fasal. Undang-undang Laut
Melaka, yang baru-baru ini digubal, meliputi
norma dan disiplin komersial, prosedur
perdagangan, undang-undang jenayah yang
terpakai kepada kapal, dan sekatan dan
kewajipan nakhoda.
KESIMPULAN
Berikutan kejatuhan Majapahit pada tahun 1414
Masihi, Melaka mencapai kemuncaknya. Sultan
Muzaffar Syah menguasai Melaka ketika itu. Beliau
dapat mengukuhkan kuasanya di negeri-negeri
sekitar Melaka. Pelayaran perluaasan kuasa ini
menjadikan Melaka sebagai sebuah negeri
metropolis komersial yang paling penting di
Kepulauan Melayu pada kurun ke-15 dan awal kurun
ke-16. Dari awal penubuhannya, Melaka telah
melaksanakan sistem pentadbiran yang tersusun.
Hasil daripada unsur ini, Melaka menjadi sebuah
pusat perdagangan yang terkenal. Kedudukan
Melaka yang strategik di Selat Melaka telah
membantu pengembangan perniagaan di Kepulauan
Melayu.
Keperkembangan perdagangan ini, telah menarik
perhatian kuasa Barat, khususnya Portugis, yang
menawan Melaka pada 1511 di bawah pimpinan Alfonso
De Alburqueque. Kepentingan dan populariti Melaka
sebagai pangkalan perdagangan pada awal kurun ke-15
dan awal kurun ke-16 adalah jelas. Empayar
perdagangan Melaka mula berkurangan selepas
dirampas oleh Portugis pada tahun 1511. Acheh
kemudiannya mengambil alih kedudukan Melaka sebagai
pusat perdagangan yang kaya di Kepulauan Melayu.
Kesimpulannya, perbincangan ini telah membuktikan
bahawa cita-cita dalam budaya, ekonomi, politik, dan
masyarakat di bawah Kesultanan Melayu Melaka
mempunyai pengaruh tidak langsung tetapi signifikan
terhadap evolusi politik kontemporari. Nilai dalam
masyarakat berubah akibat pelbagai sebab yang
dibincangkan dalam artikel ini. Sistem nilai Malaysia
adalah berdasarkan reaksi kerajaan terhadap
rangsangan semasa. Sejarah penjajahan yang panjang
telah memberi impak yang besar kepada cita-cita yang
telah mentakrifkan masyarakat hari ini. Akibatnya,
beberapa nilai yang dahulunya berkembang dalam
masyarakat kini .
BIBLIOGRAFI
A. Samad Ahmad. Sulalatus Sa/alin (Sejarah Melayu). Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Abdul Halim bin Saad, Hj. Abdul Halim b Ab. Rahman.et al.
1994. Malaysia Kita. Cet.2. Kuala Lumpur : Institut Tadbiran
Awam Negara (INTAN). Hal.135.
Borham, A. J. (2002). Pentadbiran undang-undang Islam
negeri Johor. Penerbit UTM.
Fang, L. Y. (2007). Naskah Undang-Undang Melaka: Suatu
Tinjauan. Sari
Hashim, M. (2005). Parameswara pengasas empayar Melaka.
Henry E.J. Stanley, ed., Duarte Barbosa, Description of the
Coasts of East Africa and Malabar In the Beginning of the
Sixteenth Century (Cambridge: University Press,
1866/2009), 190-191, 193.
Hussin, N. (2008). Geografi Dan Perdagangan: Kepentingan
Selat Melaka Kepada Perdagangan Dunia, Asia Dan Dunia
Melayu 1700-1800 (Geography and Trade: Importance of the
Straits of Malacca to World Trade, Asia and the Malay
World 1700-1800). Akademika, 73(1).