OPERA CINA DI
MALAYSIA
NAMA: LAI YAN LIN
NO. MATRIK: 285791
DISEDIAKAN UNTUK:
ENCIK SHAHROL AMAN BIN
AHMAD
Pendahuluan:
Secara umumnya, opera Cina yang dikenali sebagai
Opera Peking atau Opera Bejing dimulakan pada
penghujung abad ke-18 dan dikembangkan secara
meluas pada pertengahan abad ke-19. Teater
Tradisional Cina atau Opera Cina merupakan satu seni
persembahan tradisional masyarakat Cina yang
menggabungkan muzik, tarian, nyanyian dan
akrobatik. Taeter tradisional Cina dianggap sebagai
salah satu harta budaya warisan masyarakat Cina.
Opera Cina dipercayai telah wujud di Tanah Melayu
pada sekitar abad ke-16 dan ia sebagai satu bentuk
hiburan bagi mengisi masa lapang masyarakat.
Opera Cina terbahagi kepada beberapa jenis
berdasarkan etnik seperti Hainan, Teochew, Hokkien
dan Guangzhou. Penceritaannya pula adalah
berkisahkan kegagahan para pahlawan dan juga
golongan bangsawan. Kebanyakan kisah Opera Cina
diambil dari zaman Dinasti Song Selatan dan antara
kisah yang popular ialah Tasik Biru dan Hang Zhaou.
Keunikan Opera Cina adalah pada pakaian dan solekan
pelakon yang kelihatan seolah-oleh patung yang sangat
cantik dan comel. Setiap pelakon akan disolek dengan
bedak putih yang tebal dan juga bedak merah sebagai
solekan mata dan pipi. Solekan ini akan menghidupkan
lagi watak serta menyerlahkan lagi ekspresi pelakon
semasa mengadakan persembahan.
Watak-watak dalam Opera Cina:
Dalam persembahan Opera Cina, terdapat empat jenis
watak utama iaitu Sheng, Dan, Jing, dan Chou. Setiap
watak mempunyai maksudnya yang tersendiri dan
mewakili sesuatu kelompok masyarakat.
1. SHENG
Laosheng: merujuk kepada lelaki tua.
Xiaosheng: merujuk kepada lelaki muda
2. DAN
Qingyi: merujuk kepada wanita dewasa, biasanya
yang berasal dari keluarga kaya.
Huadan: merujuk kepada wanita muda,
terutamanya wanita yang hidup dalam lapisan
bawah.
Huadan
Qingyi
3. JING
Jing: merujuk
kepada lelaki
yang
perangainya atau
mukanya yang
unik.
4. CHOU
Chou: juga dikenali sebagai Xiao Hualian yang
merujuk kepada lelaki yang sangat cerdik dan
lucu.
Berikut merupakan topeng muka Opera Peking
yang mewakili watak-watak yang penting:
Solekan Muka Opera Cina
Pelakon dan penyanyi Opera Cina
akan disolek dengan bedak putih
yang tebal dan bedak merak yang
sebagai solekan mata dan pipi.
Kebanyakkan solekan Opera Cina
adalah tebal supaya solekan ini
dapat menghidupkab semula watak
yang dilakon serta menyerlahkan
lagi ekspresi persembahan. Bukan
itu sahaja, kebanyakkan solekan
opera cina menggunakan solekan
hitam, putih dan merah sebagai
solekan warna pelakon.
Solekan Opera Cina adalah bergantung dengan sesebuah
watak yang dilakon. Contohnya:
1. Watak orang tua akan disolek dengan bedak putih dan
akan memakai misai yang panjang atau janggut.
Watak yang mukanya
keseluruhan merah akan
disolek dengan bedak warna
merah dan keseluhuran
muka pelakon akan disolek
menjadi merah.
Watak seroang tentera pula
akan dipakaikan dengan
pakaian tentera cina dan
disolek mengikut gambaran
tentera cina yang gagah dan
berani.
Watak badut pula akan
disolekkan menjadi
pemegang watak yang
nampak kelakar.
Pakaian Opera Cina
Pakaian Opera Cina pada peringkat awal diperbuat
daripada bulu atau kain kasar. Setelah
ditambahbaikan, pakaian diperbuat daripada satin
dan sutera yang dihiasi dengan pelbagai corak yang
bersulam.
Warna khas pakaian Opera Cina:
1. Kuning- watak cendiakawan atau diraja
2. Biru- pelawak seperti badut
3. Merah jambu- watak perempuan
4. Hitam- watak yang dicat mukanya
Selain daripada pakaian, pelakon Opera Cina juga
akan memakai aksesori di atas kepala yang dikenali
sebagai tengkolok. Tengkolok terdiri daripada
barang-barang seperti mahkota, topi, selendang dan
topi keledar. Setiap aksesori yang dipakai mempunyai
maksudnya tersendiri seperi tudung lembut atau topi
jerami hanya boleh dipakai oleh rakyat biasa
manakala golongan tentera akan memakai marshal
atau topi keledar. Mahkota hanya boleh dipakai oleh
golongan bangsawan dan maharaja sahaja.
Alat Muzikal Opera Cina
Alat-alat muzik akan
dimainkan di
hadapan pentas
seperti gambar yang
ditunjukkan.
CACBINAARAYMNAA-NCLAGABYDASIHRIAAA:DNAOPPI EDRI A
1.Warisan kebudayaan Opera Cina kian
disingirkan oleh masyarakat muda masa
kini. Masyarakat muda tidak menghayati
kebudayaan yang unik ini.
2.Warisan ini tidak dipromosikan serta tidak
tidak terjaga oleh persatuan-persatuan
Opera Cina di Malaysia.
3.Kebanyakkan pasukan Opera Cina di
Malaysia dijemput dari negara luar seperti
negara China dan Hong Kong iaitu wilayah
pentadbiran khas China.
4.Masyarakat muda menggangap Opera
Cina ini sebagai kebudayaan yang hanya
ditengok oleh masyarakat tua sahaja dan
tidak membawa sebarang keunikkan
kepada mereka.
5.Masyarakat muda termasuk pengkaji pun
tidak memahami apa sebenarnya maksud
opera yang dibawa oleh pelakon dan
penyanyi Opera Cina.
Kesimpulan:
Secara kesimpulannya. warisan kebudayaan
tradisional ini iaitu Opera Cina haruslah dikekalkan
secara turun-temurun supaya generasi-generasi
akan datang dapat mengetahui kebudayaan ini.
Walaupun warisan kebudayaan ini ditunjukkan
dalam cara lakonan, nyanyian, serta diiringi oleh
tarian, malah ia tetap menunjukkan keunikan
budaya masyarakat cina pada masa dahulu.
Walaupun masyarakat muda cina pada masa kini
tidak meminati warisan kebudayaan ini, tetapi
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)
yang di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan
Budaya tetap berusaha mengambil inisiatif untuk
mengekalkan kebudayaan Opera Cina ini. Antara
inisiatif yang dilakukan ialah Opera Cina akan
dipersembahkan setiap tahun di Panggung Seni
Tradisional. Bukan itu sahaja, pihak JKKN akan
memuatnaikkan video-video persembahan ke
Youtube bagi menarik perhatian kepada masyarakat
terhadap kebudayaan ini. Dengan ini, pengkaji
berharap masyarakat muda haruslah berusha
mempertahankan kebudayaan ini supaya tidak
hilang senyap dan mempromosikan kebudayaan ini
secara meluas bersama JKKN.
Antara series Teater Tradisional Cina (Opera
Cina) yang dipersembahkan di Panggung Seni
Tradisional:
1.Panggung Seni Tradisional 2013: Opera Cina
"The Story of Princess Chang Ping"
2.Panggung Seni Tradisional 2015: Opera Cina
"Judge Bao VS Chen Shime"
3.Panggung Seni Tradisional 2016: Opera
Boneka Cina [Teochew] "Cinta Si Dewi
Musang"
4.Panggung Seni Tradisional 2017: Opera Cina
"The Wedding Night"
5.Panggung Seni Tradisional 2018: Opera Cina
"The Royal Love Oath"
6.Panggung Seni Tradisional Ogos 2020:
Opera Cina yang membawa tiga cerita
berjudul iaitu "The Wedding Night", "The
Banquet" dan "The Fairy Tales of The
Fragant Concubine".
7.Panggung Seni Tradisional September 2020:
Opera Cina yang membawa tiga cerita
berjudul iaitu "The Royal Love Oath", "The
Story of Princess Chang Ping" dan "The
Merciless Sword under Merciful Heaven".
TERIMA
KASIH