The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by noreizty28, 2022-01-05 11:07:02

SENI KULINARI

SENI KULINARI

SENI DALAM
ISLAM SESI
2021/2022

SENI
KULINARI

NAMA: NOREIZATY BINTI YAHYA
NO MATRIKS: 18DDS20F2034

NAMA PENSYARAH: EN.BORHANNUDIN YA

APA ITU SENI KULINARI?

Kulinari adalah seni yang menonjolkan tatacara atau
kemahiran bagi mengetengahkan sesuatu masakan
dari tahap persiapan sehingga penghidangan. Seni
kulinari ini juga memberikan,pendedahan kepada
aspek latihan yang khusus serta agresif, kurikulum
yang mekankan kepasa asas penting dalam bidang
kulinari, membina minat dan ketabahan dalam seni
kulinari dan membuka peluang keusahawanan
dalam bidang kulinari.

Seni kulinari juga mendedahkan skil dan
pengetahuan dalam penyediaan makanan,
keselamatan dan teknik persembahan makanan
yang diperlukan untuk menyertai kerjaya kemasukan
awal dalam industri perkhidmatan makanan.

DI ANTARA KEMAHIRAN YANG
DIPEROLEHI

01 Membuat Pasta 02 Membuat "trussing"

Memperkenalkan teknik Memperkenalkan cara
membuat dan mencanai sempurna mengikat ayam
dengan menggunakan yang sudah dipersasakan
perkakas yang ditentukan. sebelum ianya dibakar di
dalam ketuhar.

03 Pengurusan Dapur 04 Keselamatan makanan
dan sanitasi
Pendedahkan pelajar kepada
teknik-teknik pengurusan Mengetahui teknik-teknik
dapur, menjadual tugasan dan seperti menggunakan pelbagai
lain-lain jenis papan memotong yang
mempunyai kod warna
berbeza, jangkasuhu berbeza
bagi setiap jenis makanan
untuk pengendalian selamat.

Aspek penting dalam
Seni kulinari

Seni kulinari yang memberi tumpuan
kepada kemahiran dan kesenian dalam

memasak makanan pada masa kini
semakin mendapat perhatian ramai, serta

industri ini juga turut berkembang pesat
berikutan industri pelancongan, perhotelan

dan restoran-restoran di Malaysia yang
semakin meningkat. Oleh itu, Malaysia yang
merupakan negara islam perlu mengambil
berat tentang dari segi aspek pemakanan.

Apa itu pemakanan dalam islam?

HALAL HARAM

Halal bermaksud “dibenarkan” atau Haram bermaksud “tidak

“tidak dilarang” pengambilannya dalam dibenarkan” atau “dilarang”
Islam. Menurut Islam semua makanan pengambilannya dalan Islam.

yang baik dan bersih adalah halal.

CIRI-CIRI MAKANAN

HALAL HARAM

• Suci dari najis dan hal yang • Bangkai
diharamkannya. • Darah
• Babi
• Aman dan jauh dari mudharat. • Minuman Keras
• Hewan yang Disembelih Tidak
• Bersifat tidak memabukkan.
Sesuai dengan Syariat Islam
• Didapatkan dengan cara
disembelih sesuai dengan
syariat di dalam Agama Islam
(untuk bahan makanan
berupa daging)

KEBAIKAN DARIPADA MAKANAN
HALAL

1. Menyihatkan tubuh badan.
Kesihatan tubuh badan termasuklah dari aspek fizikal, mental dan rohani. Pemakanan yang baik dapat
mempengaruhi pemikiran seseorang. Ianya menjadikan seseorang itu lebih cergas, sihat dan kehidupannya
lebih terjamin.

2. Terhindar dari kemungkaran.
Bagi umat Islam sendiri, konsep halalan toyyiban itu sendiri dapat menghindarkan diri dari perbuatan dosa. Di
dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, menyatakan bahawa salah satu doa yang tidak diterima
oleh Allah adalah kerana makanan yang dimakannya ialah daripada sumber yang haram, minumannya
daripada sumber yang haram dan pakaiannya juga daripada sumber yang haram.

3. Terhindar daripada penyakit yang merbahaya.
Allah s.w.t telah mengharamkan daging babi kerana kajian sains membuktikan bahawa terdapat cacing pita
dan virus JE (Japanes Enceplytis) dalam babi. Kedua-duanya dikatakan sukar untuk dibunuh. Maka dari itu,
mematuhi perintah Allah S.W.T dalam menjaga soal makanan dan minuman atau apa juga produk kegunaan
umat Islam hanya yang halal amat penting supaya memberi kebaikan kepada individu itu sendiri terutama
dari segi kesihatan.

KEBURUKAN DARIPADA MAKANAN HARAM

Tidak Iman di Hatinya
Dikabulkannya Berkurang

Doa Tidaklah peminum khamr,
ketika ia meminum khamr
Rasulullah bersabda, “Seorang lelaki termasuk seorang mukmin”
melakukan perjalanan jauh rambutnya (HR Bukhari dan Muslim).
kusut, mukanya berdebu menengadahkan
kedua tangannya ke langit dan mengatakan, Makanan Haram
“Wahai Rabbku! Wahai Rabbku! Padahal Membawa ke Neraka

makanannya haram dan mulutnya Tidaklah tumbuh daging
disuapkan dengan yang haram maka dari makanan haram
bagaimanakah akan diterimanya doa itu?”
kecuali neraka lebih utama
(HR Muslim). untuknya” (HR. At Tirmidzi).

KONSEP PEMILIHAN
MAKANAN DALAM BIDANG

SENI KULINARI

Perkataan halal sering digunakan dalam penentuan hukum makanan
dan sebagainya. Ia memberi erti harus atau boleh . Apabila sesuatu

jenis makanan itu dikatakan halal dimakan, bermaksud ia boleh
dimakan. Penggunaan halal dalam makanan, umumnya merangkumi

hukum wajib, sunat, harus dan makruh. Dalam isu berhubung konsep
makanan dan kepenggunaan halal, ulama menetapkan tiga syarat

utama seperti berikut

• Memilih produk makanan yang halal dan bersih.
• Tidak melampaui batas.
• Bukan daripada sumber yang haram dan bernajis

KESIMPULAN

Makanan adalah merupakan suatu keperluan fisiologi yang mesti dipenuhi untuk
kehidupan. Pengambilan makanan yang tidak seimbang atau tabiat pemakanan yang
tidak sihat boleh menyebabkan seseorang itu berhadapan dengan risiko pelbagai jenis

penyakit. Akan tetapi perlu difahami, bahawa makanan bukanlah merupakan faktor
tunggal yang boleh menyebabkan kemudaratan atau boleh mendatangkan penyakit. Ini
kerana penyakit mungkin boleh disebabkan oleh berbagai-bagai faktor seperti kuman,

jangkitan dan tekanan emosi. Kajian menunjukkan bahawa kadar kematian yang
disebabkan oleh penyakit kronik di kalangan masyarakat masa kini adalah berpunca
daripada kandungan makanan itu sendiri seperti kandungan lemak, gula dan garam dan
bukannya dari aditif makanan apatah lagi apabila makanan ini dimakan tanpa kawalan.

Oleh yang demikian, seseorang itu perlu teliti dalam hal-hal yang berkaitan
dengan makanan dan pemakanan agar makanan yang diambil tidak mendatangkan

kemudaratan pada diri sama ada dari sudut fizikal, mental, spiritual dan seterusnya
terhadap pembentukan sifat-sifat mulia kemanusiaan. Islam amat mementingkan
kesihatan tubuh badan kerana dari situ terhasilnya minda yang sihat dan buah fikiran
yang bernas. Sejajar dengan itu, seseorang itu seharusnya mengubah amalan pemakanan
harian dengan hanya mengambil makanan yang berkhasiat dan bermutu, seimbang dan
sederhana dan pelbagai, mencukupi dan mempunyai kalori yang terkawal sesuai dengan

diet yang diperlukan.


Click to View FlipBook Version