The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by firza05-475, 2023-01-10 00:00:33

PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)

PBD

PENTAKSIRAN BILIK

DARJAH (PBD)

1. Apakah PBD?

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan
pentaksiran yang berterusan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran bagi
mendapatkan maklumat tentang perkembangan,
kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD
berlaku secara formatif dan sumatif; sebagai
pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang
pembelajaran.

2. Bila PBD bermula?
PBD dahulunya dikenali sebagai

Pentaksiran Sekolah (PS)

bermula pada tahun 2011. Pada

tahun 2016, PS mula dikenali

sebagai PBD.

3. Apakah perbezaan PBD dan PBS?




PBS ialah Pentaksiran Berasaskan Sekolah, suatu

pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek


kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan

psikomotor (jasmani). Ini selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu terdapat empat

komponen dalam PBS iaitu Pentaksiran Pusat (PP),
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum

(PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran


Bilik Darjah (PBD).




PBD pula ialah pentaksiran yang berlaku secara

berterusan sepanjang PdP, bagi semua mata


pelajaran. PBD bukanlah untuk membandingkan

tahap penguasaan antara seorang murid dengan
murid yang lain, tetapi ia bertujuan untuk melihat


perkembangan kemajuan murid dalam

pembelajaran di samping membantu guru


menambah baik pengajaran mereka.

4. Apakah mata pelajaran

yang terlibat dengan PBD?




Semua mata pelajaran KSSR dan KSSM.
Pelaksanaan konsep PBD berlaku secara

berterusan dari Tahun 1 hingga Tahun 6

di sekolah rendah dan dari Tingkatan 1

hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah

5. Mengapakah PBD penting?
PBD dapat membantu guru dalam:

1.Mengesan perkembangan murid secara

menyeluruh

2.Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan

murid dalam pembelajaran

3.Mengetahui keberkesanan pengajaran
4.Merancang dan mengubah suai kaedah


pengajaran
5.Mengambil tindakan susulan yang sesuai


dengan serta merta

6. Bagaimanakah PBD dilaksanakan?

PBD dilaksanakan secara berterusan sepanjang

proses PdP sepanjang tahun. PBD dilaksanakan

melalui pelbagai kaedah pentaksiran seperti:
1. Pemerhatian
2. Penulisan
3. Lisan
Melalui kerja projek, kuiz, pembentangan dan-

lain- lain aktiviti pembelajaran, berdasarkan

Standard Prestasi dan pertimbangan

profesional guru.

7. Apakah pertimbangan

profesional?




Pertimbangan profesional merupakan satu bentuk

keputusan berkaitan pembelajaran murid yang

dibuat oleh guru secara beretika menggunakan

pengetahuan, kemahiran dan pengalaman

berdasarkan Standard Prestasi dan data

perkembangan penguasaan murid dalam

pembelajarannya.

8. Bagaimanakah PBD dilaporkan?
Tahap penguasaan murid dalam PBD

dilaporkan menggunakan templat

pelaporan dalam fail Excel yang
digunakan secara luar talian.

Laporan ini digunakan pada

peringkat sekolah, serta dilaporkan

kepada murid dan ibu bapa.

9. Bagaimanakah memastikan kualiti pentaksiran

bilik darjah yang dilaksanakan?
Pihak pentadbir sekolah melakukan pemantauan,

manakala guru-guru dalam panitia semua mata

pelajaran melakukan perbincangan dan penyelarasan

berkaitan kaedah dan instrumen pentaksiran yang

digunakan. Guru dalam panitia yang sama juga

melakukan moderasi (perbincangan) sesama mereka

dalam melakukan pertimbangan profesional terhadap

murid.

10. Siapakah jawatankuasa pemantauan

kualiti PBD?

Jawatankuasa ini dibentuk oleh pihak

sekolah, lazimnya dianggotai oleh:
1.Pengetua/Guru Besar
2.Penolong Kanan Pentadbiran
3.Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4.Penolong Kanan KoKurikulum
5.Penolong Kanan Petang
6.Penolong Kanan Pendidikan Khas
7.Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua

Bidang
8.Ketua Panitia
9.Guru Cemerlang
10.Jurulatih Utama
11.Mana-mana guru yang dilantik oleh

Pengetua/Guru Besar/JK PBS

11. Berapa kerap PBD perlu

dilaporkan?
Sekurang-kurangnya 2 kali

setahun.

12. Apakah saluran yang disediakan

bagi mendapatkan maklumat

berkaitan KSSM?

Buku Panduan
Portal http://bpk.moe.gov.my/
JPN
PPD

13. Adakah BPK menyediakan rekod

transit?

Tidak. Perekodan boleh dilakukan

dalam dokumen seperti rekod

mengajar, buku catatan guru, senarai

semak, templat pelaporan Excel atau

lain- lain tempat merekod yang sesuai.

14. Adakah BPK menyediakan format

pelaporan penguasaan murid dalam

PBD?

Untuk tujuan pelaporan, templat

pelaporan PBD dalam fail Excel yang

disediakan dan dimuat naik ke portal

BPK.

15. Adakah templat pelaporan PBD yang

baharu ini untuk semua Tahun dan Tingkatan?

Templat pelaporan PBD yang baharu akan

disediakan mengikut Tahun/ Tingkatan kurikulum

KSSR (Semakan 2017) dan KSSM yang dilaksanakan.

Ini bermakna pada tahun 2018, templat pelaporan

yang baharu ialah untuk Tahun 1, Tahun 2, Tingkatan

1 dan Tingkatan 2. Manakala templat pelaporan PBD
yang baharu untuk Tahun 3 KSSR (Semakan 2017)

dan Tingkatan 3 KSSM akan dimula digunakan pada

tahun 2019.
Templat pelaporan PBD yang baharu untuk Tahun 4

akan digunakan pada tahun 2020, Tahun 5 pada

tahun 2021 dan Tahun 6 pada tahun 2022.

16. Mengapakah tiada surat siaran atau

pekeliling untuk melaksanakan PBD?

PBD merupakan sebahagian daripada kurikulum.

Kurikulum terdiri daripada kandungan, pedagogi

dan pentaksiran. Pentaksiran ini dinyatakan
dalam Dokumen Standard Kurikulum dan

Pentaksiran (DSKP) setiap mata pelajaran.

Pelaksanaan kurikulum dan pentaksiran berlaku

secara serentak dan tidak memerlukan surat

pekeliling yang berasingan. Surat pekeliling bagi

melaksanakan KSSR (Semakan 2017) ialah SPI Bil.

8/2016 manakala surat pekeliling bagi

melaksanakan KSSM ialah SPI Bil. 9/2016.

17. Apa perbezaan Tahap Penguasaan Umum

dengan Tahap Penguasaan Keseluruhan?

Tahap Penguasaan Umum ialah tahap

penguasaan yang digunakan oleh semua

mata pelajaran bagi menjadi asas kepada

pembangunan Standard Prestasi mata

pelajaran tersebut. Tahap Penguasaan

Keseluruhan ialah penentuan satu Tahap

Penguasaan dalam mata pelajaran tersebut

pada penghujung sesi persekolahan iaitu pada

akhir tahun persekolahan.


Click to View FlipBook Version