MATEMATIK PENGURUSAN (SPP 1042) TOPIK 2: DISKAUN PERDAGANGAN DAN TUNAI
1.0 DISKAUN PERDAGANGAN
Harga-harga yang ditunjukkan di dalam katalog atau senarai harga adalah
tertakluk kepada diskaun harga yang dikenali sebagai diskaun perdagangan.
Diskaun perdagangan diungkap sebagai peratusan daripada harga senarai
(harga barangan yang disenaraikan), kos pengangkutan, telefon dan lain-lain
perbelanjaan adalah dibayar dengan penuh.
Diskaun seumpama ini boleh berbentuk sama ada tunggal atau bersiri. Memberi
diskaun hanya secara begini lazimnya digunakan untuk meminda harga tanpa
melibatkan perbelanjaan dan kerja-kerja mencetak semula senarai harga yang
tersedia ada.
Misalnya, bagi diskaun perdagangan tunggal 20%, harga boleh dinaikkan
dengan menurunkan kadar diskaun umpamanya diturunkan ke 15%. Dengan
demikian juga jika hendak menurunkan harga, apa yang perlu dibuat ialah
dengan menaikkan kadar diskaun umpamanya dari 20% kepada 25%.
Harga yang disenaraikan atau dikatalogkan adalah sama bagi kesemua
pembeli akan tetapi pemberian diskaun sahaja yang berbeza yang
menyebabkan harga bersih atau nilai invois berlainan di antara pembeli.
Misalnya si A dan si B membeli barang yang sama tetapi kuantitinya berlainan.
Katakanlah si B membeli barangan tersebut lebih banyak daripada si A, dengan
yang demikian si B lazimnya mendapat diskaun yang lebih tinggi daripada si A.
Diskaun perdagangan boleh dibahagikan kepada tiga iaitu Diskaun
Perdagangan Tunggal, Diskaun Perdagangan Bersiri dan Diskaun Tunggal setara.
1.1 Diskaun Perdagangan Tungggal
Diskaun perdagangan bergantung kepada kadar diskaun perdagangan dan juga
harga senarai. Dengan demikian, diskaun perdagangan bagi sesuatu produk
apabila harga senarai dan kadar diskaun perdagangan telah diberi, boleh dikira
dengan menggunakan rumus berikut:
D=RxL
Dimana D ialah diskaun perdagangan
R ialah kadar diskaun perdagangan
L ialah harga senarai
1
MATEMATIK PENGURUSAN (SPP 1042) TOPIK 2: DISKAUN PERDAGANGAN DAN TUNAI
Setelah diskaun perdagangan diketahui, seterusnya kita boleh mendapatkan harga
bersih (HB) atau harga sebenarnya yang perlu dibayar oleh pembeli dengan
mengambil kira diskaun perdagangan seperti berikut:
HB = L – D
Contoh 1
Cari harga bersih sebuah peti sejuk yang harga senarainya ialah RM 900 dengan
kadar diskaun perdagangan 20%.
Jawapan:
Diskaun Perdagangan (D) = RxL
Harga Bersih (HB)
= 20% x RM 900
= RM 180
= L-D
= RM 900 – RM 180
= RM 720
Contoh 2
Pengurus Syarikat Jaya membeli 100 buah mesin kira dengan harga senarai RM 50
sebuah. Jika diskaun perdagangan yang diberikan adalah 25%, berapakah jumlah
sepatutnya dibayar oleh Syarikat Jaya.
Jawapan. = RxL
Diskaun Perdagangan (D) = 25% x (RM 50 x 100 unit)
= RM 1 250
Harga Bersih (HB)
= (RM 50 x 100 unit) – RM 1 250
= RM 3 750
2
MATEMATIK PENGURUSAN (SPP 1042) TOPIK 2: DISKAUN PERDAGANGAN DAN TUNAI
Contoh 3
Sebuah mesin taip disenaraikan dengan harga RM 380 dan dijual dengan harga
RM 250. Berapakah kadar diskaun perdagangan yang diberikan.
Jawapan
Harga Bersih (HB) = L–D
RM 250 = RM 380 – x
X = RM 380 – RM 250
= RM 130
Diskaun Perdagangan (D) = RxL
RM 130 = R x RM 380
(RM 130/ RM 380) x 100 =R
R = 34.21%
Harga bersih juga boleh dikira menggunakan peratus pelengkap kadar diskaun
perdagangan. Peratus pelengkap kadar diskaun perdagangan bermaksud
perbezaan antara kadar diskaun perdagangan dengan 100%. Umpamanya,
peratus pelengkap bagi kadar diskaun perdagangan 35% ialah 65% iaitu 100% -
35%. Setelah mendapatkan peratus pelengkap kadar diskaun perdagangan, harga
bersih boleh ditentukan melalui rumus berikut:
Harga bersih (HB) = PR x L
Dimana
PR ialah pelengkap kadar diskaun perdagangan
L ialah harga senarai
3
MATEMATIK PENGURUSAN (SPP 1042) TOPIK 2: DISKAUN PERDAGANGAN DAN TUNAI
Contoh 4
Kedai alat tulis Amy memesan 400 batang pensil pada harga RM 0.20 sebatang,
100 batang pen pada harga RM 0.90 sebatang dan 200 batang pembaris pada harga
RM 0.60 sebatang daripada pembekal alat tulis XYZ. Kadar diskaun perdagangan yang
diberikan oleh XYZ ialah 12%. Dapatkan harga bersih pesanan yang dibuat oleh Amy.
Jawapan
Harga senarai (L)
400 x RM 0.20 = RM 80
100 x RM 0.90 = RM 90
200 x RM 0.60 = RM 120
RM 290
Harga Bersih (HB) = PR x L
= (100% - 12%) x RM 290
= 88% x RM 290
= RM 255.20
4
MATEMATIK PENGURUSAN (SPP 1042) TOPIK 2: DISKAUN PERDAGANGAN DAN TUNAI
LATIHAN PENGUKUHAN 1
1. Cari harga bersih sebuah televisyen yang harga senarainya ialah RM 1,999
dengan kadar diskaun perdagangan 10%.
2. En Ali membeli sebuah motosikal bernilai RM 12,000 daripada Perniagaan Motor
Ah Seong. Disebabkan beliau membeli secara tunai, maka Perniagaan Motor Ah
Seong memberikan diskaun 10% kepada En Ali. Kirakan jumlah wang yang perlu
di bayar oleh En Ali.
3. Pengurus Syarikat Jaya membeli 100 buah kerusi dengan harga senarai RM 100
sebuah. Jika diskaun perdagangan yang diberikan adalah 25%, berapakah
jumlah sepatutnya dibayar oleh Syarikat Jaya dengan menggunakan peratus
pelengkap.
4. Sebuah telefon bimbit disenaraikan dengan harga RM 1,380 dan dijual dengan
harga RM 1,250. Berapakah kadar diskaun perdagangan yang diberikan.
5. Kedai pakaian Saleha memesan 100 helai Tudung Aalia pada harga RM 40
sehelai, 100 helai Tudung Fareeda pada harga RM 60 sehelai dan 200 helai
Jubah Abaya pada harga RM 160 sehelai daripada pembekal tudung dan
pakaian Sara Design. Kadar diskaun perdagangan yang diberikan oleh
pembekal ialah 15%. Dapatkan harga bersih pesanan yang dibuat oleh Saleha.
5
MATEMATIK PENGURUSAN (SPP 1042) TOPIK 2: DISKAUN PERDAGANGAN DAN TUNAI
1.2 Diskaun Perdagangan Bersiri
Kadang kala pengilang ingin meningkatkan lagi perniagaannya dengan
menggalakkan lebih banyak urusniaga daripada pembeli. Ini selalunya dilakukan
dengan menawarkan diskaun tambahan kepada pembeli yang membeli dengan
kuantiti yang banyak. Diskaun tambahan yang dikurangkan antara satu sama lain
daripada harga senarai dinamai sebagai diskaun perdagangan bersri.
Untuk menjelaskan konsep diskaun perdagangan bersiri, katakana harga senarai
bagi satu barangan ialah RM 500 dan mempunyai diskaun perdagangan 25/15/5.
Ungkapan 25/15/5 ini bermaksud bahawa diskaun sebanyak 25% pada harga
senarai akan diberikan untuk pengiraan yang pertama. Seterusnya diskaun
sebanyak 15% diberikan terhadap jumlah yang tinggal selepas diskaun yang
pertama dan diskaun sebanyak 5% diberikan untuk jumlah yang tinggal selepas
diskaun yang kedua.
Perlu diingatkan, diskaun bersiri 25/15/5 tidak bermaksud bahawa pemberian
diskaun perdagangan sebanyak 45%. Berdasarkan contoh ini, pengiraan diskaun
adalah seperti berikut:
1. Diskaun pertama = 25% x RM 500
Harga bersih = RM 125
= RM 500 – RM 125
= RM 375
2. Diskaun kedua = 15% x RM 375
Harga bersih = RM 56.25
= RM 375 – RM 56.25
= RM 318.75
3. Diskaun ketiga = 5% x RM 318.75
Harga bersih = RM15.94
= RM 318.75 – RM15.94
= RM 302.81.
6
MATEMATIK PENGURUSAN (SPP 1042) TOPIK 2: DISKAUN PERDAGANGAN DAN TUNAI
Kita juga boleh menggunakan pelengkap kadar diskaun perdagangan untuk
mendapatkan harga bersih bagi diskaun bersiri. Dengan menggunakan contoh
yang sama, pengiraan harga bersih menggunakan pelengkap diskaun
perdagangan boleh ditentukan melalui langkah berikut:
Harga bersih selepas diskaun perdagangan pertama
HB = PR x L
= (100% - 25%) x RM 500
= 75% x RM 500
= RM 375
Harga bersih selepas diskaun perdagangan kedua
HB = PR x L
= (100% - 15%) x RM 375
= 85% x RM 375
= RM 318.75
Harga bersih selepas diskaun perdagangan ketiga
HB = PR x L
= (100% - 5%) x RM 318.75
= 95% x RM 318.75
= RM 302.81
Selain daripada kedua-dua cara ini, kita juga boleh mendapatkan harga bersih
bagi diskaun bersiri menggunakan perpuluhan bersih setara. Ini boleh dilakukan
melalui langkah berikut:
a) Dapatkan peratus pelengkap bagi setiap siri diskaun yang ditawarkan.
Kemudian tukarkan peratus pelengkap ini kepada perpuluhan. Hasil yang
diperolehi dinamai sebagai perpuluhan pelengkap.
b) Dapatkan jumlah hasil darab bagi perpuluhan pelengkap. Hasil yang diperolehi
melalui hasil darab ini dinamai sebagai perpuluhan bersih setara.
c) Seterusnya darabkan perpuluhan bersih setara dengan harga senarai bagi
mendapatkan harga bersih.
7
MATEMATIK PENGURUSAN (SPP 1042) TOPIK 2: DISKAUN PERDAGANGAN DAN TUNAI
Contoh 5
Dapatkan harga bersih bagi pencetak yang harga senarainya ialah RM 1,000 jika
diberikan diskaun perdagangan bersiri 20/15/5.
a) Perpuluhan pelengkap
Diskaun pertama = 100% - 20% = 80% = 0.80
Diskaun kedua = 100% - 15% = 85% = 0.85
Diskaun ketiga = 100% - 5% = 95% = 0.95
b) Perpuluhan bersih setara = 0.80 x 0.85 x 0.95
= 0.646
c) Harga bersih = RM 1,000 x 0.646
= RM 646.00
Contoh 6
Sebuah syarikat pembekal telah menawarkan meja pada harga senarai RM 900
sebuah dengan diskaun 20/10/10. Pembekal kedua pula menawarkan meja yang
sama pada harga senarai RM 820 sebuah dengan diskaun 10/10/10. Pembekal
manakah memberikan tawaran yang lebih baik?
*Untuk menentukan tawaran yang terbaik, kita perlu melihat harga bersih dan bukannya kadar diskaun
atau harga senarai yang ditawarkan.
a) Pembekal 1 :
Perpuluhan Bersih Setara = 0.8 x 0.9 x 0.9
= 0.648
Harga bersih = 0.648 x RM 900
= RM 583.20
b) Pembekal 2 :
Harga bersih
= 0.729 x RM 820
= RM 597.78
Dengan demikian, tawaran daripada pembekal pertama adalah yang lebih baik kerana harga
bersihnya lebih rendah berbanding harga bersih yang ditawarkan oleh pembekal kedua.
8
MATEMATIK PENGURUSAN (SPP 1042) TOPIK 2: DISKAUN PERDAGANGAN DAN TUNAI
1.3 Diskaun Tunggal Setara
Kadang kala kita ingin membuat perbandingan antara diskaun tunggal dengan
diskaun bersiri yang ditawarkan. Umpamanya pembekal A menawarkan diskaun
perdagangan sebanyak 25% manakala pembekal B pula menawarkan diskaun
bersiri 20/5/3. Pembekal yang manakah menawarkan diskaun yang lebih menarik?
Untuk menjawab soalan ini, kita perlu mendapatkan diskaun tunggal yang
bersamaan dengan diskaun bersiri. Selepas itu, perbandingan boleh dilakukan dan
seterusnya memilih kadar diskaun tunggal yang lebih tinggi.
Diskaun tunggal setara bermaksud kadar diskaun tunggal yang memberikan
diskaun yang sama banyak dengan diskaun perdagangan bersiri yang ditawarkan.
Menggunakan diskaun tunggal setara, kita juga boleh mendapatkan harga bersih
bagi diskaun perdagangan bersiri dengan lebih cepat. Caranya adalah dengan
menggunakan pelengkap perpuluhan bersih setara seperti berikut:
a) Dapatkan diskaun tunggal setara
Diskaun Tunggal Setara = 1 – perpuluhan bersih setara
b) Diskaun perdagangan (D) diperolehi dengan mendarabkan diskaun tunggal
setara tersebut dengan harga senarai iaitu
D = Diskaun Tunggal Setara x Harga senarai
Atau
D = (1- Perpuluhan Bersih Setara ) x Harga Senarai
c) Seterusnya, harga bersih (HB) diperoleh melalui rumus berikut:
HB = L – D
9
MATEMATIK PENGURUSAN (SPP 1042) TOPIK 2: DISKAUN PERDAGANGAN DAN TUNAI
Contoh 7
Dengan menggunakan diskaun tunggal setara, kirakan diskaun perdagangan dan
harga bersih komputer yang mempunyai harga senarai RM 5,000 dengan diskaun
bersiri 30/20/10.
a) Perpuluhan bersih setara = 0.7 x 0.8 x 0.9
= 0.504
b) Diskaun tunggal setara = 1 – 0.504
= 0.496
c) Diskaun perdagangan = 0.496 x RM 5,000
= RM 2,480
d) Harga bersih = RM 5,000 – RM 2,480
= RM 2,520
Contoh 8
Tawaran diskaun manakah yang lebih menarik, diskaun tunggal 25% atau diskaun
bersiri 20/5/3?
Perpuluhan bersih setara = 0.8 x 0.95 x 0.97
Diskaun tunggal setara = 0.7372
= 1 – 0.7372
= 0.2628 @ 26.28%
Oleh sebab diskaun tunggal yang setara bagi diskaun perdagangan bersiri 20/5/3
adalah lebih besar daripada 25%, maka diskaun perdagangan bersiri di dapati
memberikan tawaran yang lebih baik berbanding diskaun perdagangan tunggal.
10
MATEMATIK PENGURUSAN (SPP 1042) TOPIK 2: DISKAUN PERDAGANGAN DAN TUNAI
LATIHAN PENGUKUHAN 2
1. Kirakan perpuluhan bersih setara dan diskaun tunggal setara untuk siri diskaun
perdagangan berikut:
a) 35/25/25
b) 25/10/15
c) 15/30/15
d) 20/20/20
e) 30/15/25
2. Dua vendor telah mengemukakan tender untuk membekalkan peralatan
pejabat kepada syarikat anda. Vendor A menawarkan diskaun 6/8/12
manakala vendor B pula menawarkan diskaun 7/9/10. Vendor manakah yang
menawarkan diskaun yang lebih baik jika harga senarai yang ditawarkan
adalah sama.
3. Sebuah kilang perabut menjual kerusi pada harga RM120 sebuah dan meja
pada harga RM320 sebuah. Diskaun 15/10/5 diberikan untuk semua pesanan.
Sekiranya anda memesan 20 buah kerusi dan 25 buah meja, berapakah harga
bersih pembelian anda?
4. En Salleh memiliki syarikat menjual peralatan elektrik dan telah memesan 150 set
TV daripada MEC. Harga senarai sebuah TV ialah RM 550 dan MEC menawarkan
diskaun perdagangan bersiri 9/11/8/5. Kirakan harga bersih yang perlu dijelaskan
oleh syarikat En Salleh.
5. Seorang pembekal meja menawarkan dua pilihan pembelian kepada
pembelinya. Pilihan pertama pada harga RM 500 sebuah dengan siri diskaun
15/10/5/3 dan pilihan kedua pada harga RM 550 dengan siri diskaun 15/7/6/5.
Tawaran pilihan manakah lebih baik.
11
MATEMATIK PENGURUSAN (SPP 1042) TOPIK 2: DISKAUN PERDAGANGAN DAN TUNAI
2.0 DISKAUN TUNAI
Pemborong selalunya membeli secara kredit daripada pengilang. Begitulah juga
keadaannya apabila peruncit membeli barangan daripada pemborong. Biasanya
kredit yang diberi perlu dijelaskan sepenuhnya dalam tempoh 30 hari dari tarikh
invois. Untuk menggalakkan peruncit membuat pembayaran dengan cepat,
pemborong atau pengilang kerap menawarkan diskaun tunai, iaitu sejumlah
potongan dari amaun yang dinyatakan dalam invois. Manakala peruncit yang
menjelaskan invoisnya selepas 30 hari dari tarikh invois, mungkin dikenakan denda
dalam bentuk bunga.
Diskaun tunai hanya akan diberikan sekiranya peruncit menjelaskan invoisnya
dalam satu tempoh tertentu seperti yang ditetapkan syarat jualan. Terdapat
beberapa syarat jualan atau kredit yang digunakan oleh penjual bagi menentukan
tempoh layak menerima diskaun tunai. Antaranya ialah pentarikhan biasa,
pentarikhan E.O.M dan pentarikhan R.O.G.
2.1 Pentarikhan Biasa
Dalam kes pentarikhan biasa, syarat kredit yang ditawarkan oleh pemborong atau
pengilang ditulis 2/10,n/30. Ungkapan 2/10 yang di baca dua sepuluh bermaksud
diskaun tunai sebanyak 2% ditawarkan sekiranya invois dijelaskan dalam tempoh 10
hari dari tarikh invois. Manakala, ungkapan n/30 yang dibaca bersih tiga puluh pula
bermaksud bayaran penuh atau bayaran bersih invois mesti dijelaskan dalam
tempoh 30 hari dari tarikh invois. Sekiranya pembeli tidak menjelaskan invois selepas
tempoh 30 hari, ia mungkin dikenakan denda.
Sebagai contoh, satu invois bertarikh 3 April dikenakan syarat kredit 5/10, n/30.
Dengan itu, sekiranya pembeli menjelaskan invois sebelum 13 April, ia akan
menerima diskaun tunai sebanyak 5%. Tetapi jika ia membayar bil tersebut selepas
13 April, tiada diskaun tunai akan diberikan. Ini bermaksud pembeli perlu membayar
jumlah penuh seperti yang dinyatakan dalam invois. Jika pembeli tersebut
menjelaskan invoisnya selepas Mei, ia mungkin dikenakan denda (bunga).
12
MATEMATIK PENGURUSAN (SPP 1042) TOPIK 2: DISKAUN PERDAGANGAN DAN TUNAI
Contoh 9
Satu invois yang bertarikh 20 Mei menunjukkan harga sebanyak RM 520 dengan syarat
kredit 3/10, n/30. Dapatkan tarikh terakhir untuk membolehkan diskaun tunai layak
diterima oleh pembeli serta diskaun tunai yang akan diterima olehnya.
Tarikh Invois : 20 Mei
+ 10 hari
30 Mei
Dengan itu, tarikh akhir pembeli tersebut layak menerima diskaun tunai 3% adalah
pada 30 Mei
Diskaun tunai = kadar diskaun tunai x Harga
= 3% x RM 520
= RM 15.60.
Apabila harga ditolak dengan diskaun tunai, jumlah yang diperoleh di namai sebagai
Jumlah Bersih (JB), iaitu jumlah sebenar yang perlu di bayar oleh pembeli. Umpamanya
dalam Contoh 9, jumlah bersih ialah
Jumlah Bersih = Harga – Diskaun Tunai
= RM 520 – RM 15.60
= RM 504.40
Seperti diskaun perdagangan, kita juga boleh mendapatkan jumlah bersih dengan
menggunakan pelengkap, iaitu pelengkap kepada kadar diskaun tunai. Umpamanya
diketahui bahawa pelengkap kadar diskaun tunai untuk Contoh 9 ialah 97% iaitu 100% -
3%. Dengan demikian, jumlah bersih yang dikira menggunakan pelengkap kadar
diskaun tunai tersebut ialah:
Jumlah Bersih = Pelengkap kadar diskaun tunai x Harga
= 97% x RM 520
= 0.97 x RM 520
= RM 504.40
13
MATEMATIK PENGURUSAN (SPP 1042) TOPIK 2: DISKAUN PERDAGANGAN DAN TUNAI
Contoh 10
Syarikat A menerima bil bernilai RM 1,545 untuk bekalan peralatan komputer bertarikh
12 Julai dengan syarat jualan 5/10, 2/15, n/30. Denda 5% akan dikenakan sekiranya
pembayaran dibuat selepas 30 hari. Dapatkan jumlah yang perlu dijelaskan oleh
Syarikat A jika pembayaran dibuat pada
a. 18 Julai
b. 26 Julai
c. 1 Ogos
d. 8 September
Tarikh layak terima diskaun tunai dan kadarnya:
Tarikh Invois 12 Julai
+ 10 hari
22 Julai
Dengan demikian, Syarikat A layak mendapat diskaun tunai 5% sekiranya invois
dijelaskan pada atau sebelum 22 Julai.
12 Julai
+ 15 hari
27 Julai
Syarikat A layak mendapat diskaun tunai 2% sekiranya invois dijelaskan diantara 23
Julai hingga 27 Julai.
12 Julai
+ 30 hari
42
- 31 Julai (kerana Julai hanya ada 31 hari)
11 Ogos
Sekiranya bil di bayar pada atau antara 28 Julai hingga 11 Ogos, tiada diskaun tunai
yang akan diberikan. Jika bil dibayar pada atau selepas 12 Ogos, caj atau denda 5%
akan dikenakan.
14
MATEMATIK PENGURUSAN (SPP 1042) TOPIK 2: DISKAUN PERDAGANGAN DAN TUNAI
Contoh 10 (sambungan)
a) Bayar pada 18 Julai : Layak menerima diskaun 5%
Diskaun Tunai
Jumlah Bersih = 5% x RM 1,545 = RM 77.25
RM 1,467.75
= RM 1,545 – RM 77.25 =
b) Bayar pada 26 Julai : Layak menerima diskaun 2%
Diskaun Tunai
Jumlah Bersih = 2% x RM 1,545 = RM 30.90
RM 1,514.10
= RM 1,545 – RM 30.90 =
c) Bayar pada 1 Ogos : Tidak Layak mendapat diskaun
Jumlah Bersih
= Nilai Bersih = RM 1,545
d) Bayar pada 8 September : Denda 5%
Denda = 5% x RM 1,545 = RM 77.25
Jumlah Bersih = Nilai Bil + Denda
= RM 1,545 + RM 77.25
= RM 1,622.25
15
MATEMATIK PENGURUSAN (SPP 1042) TOPIK 2: DISKAUN PERDAGANGAN DAN TUNAI
2.2 Pertarikhan E.O.M (End of Month)
Sekiranya syarat kredit ditulis E.O.M ini bermakna tempoh diskaun tunai layak
diterima oleh pembeli bermula selepas akhir bulan sesuatu invois. Sebagai contoh,
jika syarat kredit yang ditulis pada invois ialah 4/10, E.O.M, ini bermaksud diskaun
sebanyak 4% ditawarkan jika invois dijelaskan pada 10 hari pertama bulan
berikutnya selepas bulan yang dinyatakan pada tarikh invois. Secara lebih
terperinci, jika invois bertarikh 19 November dengan syarat kredit 4/10 E.O.M,
diskaun tunai sebanyak 4% ditawarkan sekiranya bil tersebut dijelaskan pada atau
sebelum 10 Disember.
Contoh 11
Syarikat Beyonds menerima bil dari Syarikat Pengangkutan Tiong Nam yang
bertarikh 13 Jun bernilai RM 4,800 dengan syarat kredit 3/10 E.O.M. Jika syarikat
Beyonds akan membayar invois tersebut pada 9 Julai, berapa banyakkah yang
perlu di bayar oleh Syarikat Beyonds.
Jawapan
Oleh sebab bil dijelaskan dalam tempoh 10 hari pertama bulan berikutnya dari
bulan pada tarikh invois, maka ia layak menerima diskaun tunai 3%. Diketahui juga
pelengkap kepada kadar diskaun tunai 3% ialah 97%. Dengan demikian, jumlah
bersih yang perlu dijelaskan oleh Syarikat Beyonds ialah
Jumlah Bersih = 97% x RM 4,800
= RM 4,656
Walau bagaimanapun, bagi invois yang bertarikh pada atau selepas 26 setiap bulan,
diskaun tunai diberikan sekiranya bil tersebut di bayar pada 10 hari pertama (bergantung
kepada syarat kredit) dua bulan berikutnya selepas bulan pada tarikh invois. Umpamanya,
jika invois bertarikh 28 Mei dengan syarat kredit 3/10 E.O.M, maka diskaun tunai 3% akan
diberikan jika bil dijelaskan sepenuhnya pada atau sebelum 10 Julai.
16
MATEMATIK PENGURUSAN (SPP 1042) TOPIK 2: DISKAUN PERDAGANGAN DAN TUNAI
Contoh 12
Ayu menerima bil berjumlah RM 300 bertarikh 29 Januari dengan syarat kredit 5/10
E.O.M. Ayu bercadang menjelaskan bil tersebut pada 5 Mac. Berapa banyakkah
yang perlu Ayu bayar.
Jumlah bersih = (100% - 5 %) x RM 300
= 95% x RM 300
= RM 285
17
MATEMATIK PENGURUSAN (SPP 1042) TOPIK 2: DISKAUN PERDAGANGAN DAN TUNAI
2.3 Pentarikhan R.O.G (Receipt of Goods)
Menurut pentarikhan ini, tempoh layak terima diskaun tunai bermula selepas tarikh
penerimaan barangan, bukannya berdasarkan tarikh invois. Umpamanya, jika
syarat kredit ditulis sebagai 3/10 R.O.G, ini bermaksud diskaun tunai sebanyak 3%
ditawarkan jika invois dijelaskan dalam tempoh 10 hari selepas tarikh penerimaan
barangan.
Contoh 13
Invois bagi peralatan pejabat yang bernilai RM 640 bertarikh 19 Oktober membunyai
syarat jualan 3/10 R.O.G. Peralatan tersebut telah diterima pada 13 Oktober.
Dapatkan jumlah bersih jika bil tersebut dijelaskan pada
a) 20 Oktober
b) 3 November
Jawapan
Tarikh penerimaan barangan
13 Oktober
+ 10 hari
23 Oktober
Oleh itu , diskaun tunai 3% ditawarkan jika bil dijelaskan pada atau sebelum 23
Oktober
a) 20 Oktober = 97% x RM 640
Jumlah Bersih = RM 620.80
b) 3 November = Nilai invois = RM 640
Jumlah Bersih
18
MATEMATIK PENGURUSAN (SPP 1042) TOPIK 2: DISKAUN PERDAGANGAN DAN TUNAI
LATIHAN PENGUKUHAN 3
1. Syarikat Viral menerima bil bernilai RM 1,500 untuk bekalan peralatan rumah
bertarikh 8 Mac dengan syarat jualan 7/10, 5/15, n/30. Denda 6% akan
dikenakan sekiranya pembayaran dibuat selepas 30 hari. Dapatkan jumlah yang
perlu dijelaskan oleh Syarikat Viral jika pembayaran dibuat pada
a. 15 Mac
b. 21 Mac
c. 1 April
d. 15 April
2. Syarikat Star menerima bil dari Syarikat Makanan Hup Seng yang bertarikh
15 Julai bernilai RM 4,500 dengan syarat kredit 4/10 E.O.M. Jika syarikat Star akan
membayar invois tersebut pada 8 Ogos, berapa banyakkah yang perlu di bayar
oleh Syarikat Star.
3. Ramli menerima bil berjumlah RM 500 bertarikh 29 Oktober dengan syarat kredit
8/10 E.O.M. Ramli bercadang menjelaskan bil tersebut pada 6 Disember.
Berapa banyakkah yang perlu Ramli bayar.
4. Berapa banyakkah yang perlu di bayar untuk invois bernilai RM 624 dengan
syarat kredit 3/15 ROG bertarikh 3 Mac sekiranya pesanan tersebut di terima
pada 9 Mac, dan invois di bayar pada
a) 13 Mac
b) 20 Mac
c) 1 April
19
MATEMATIK PENGURUSAN (SPP 1042) TOPIK 2: DISKAUN PERDAGANGAN DAN TUNAI
3.0 DISKAUN TUNAI BAGI PEMBAYARAN SEPARA
Diskaun tunai bagi pembayaran separa bermaksud pemborong membenarkan
peruncit membuat pembayaran separa atau ansuran dan seterusnya mendapat
sebahagian daripada diskaun tunai yang ditawarkan jika pembayaran separa
tersebut di buat dalam tempoh layak terima diskaun tunai. Cara pengiraan jumlah
diskaun yang akan diberikan terhadap pebayaran separa tersebut adalah seperti
berikut:
a) Dapatkan jumlah yang akan dikreditkan ke akaun pembeli. Dengan kata lain,
jumlah potongan yang dibuat oleh penjual ke atas nilai invois atau kredit
pembeli.
Jumlah Potongan = Bayaran Separa
Pelengkap kepada diskaun tunai
b) Dapatkan baki hutang yang masih tinggal
Baki hutang = Harga – Jumlah potongan
Contoh 14
Syarikat Slim menerima invois bernilai RM 920 dengan syarat jualan 3/10, n/30.
Syarikat Slim tidak dapat membayar nilai penuh invois dalam tempoh 10 hari dari
tarikh invois, namun telah menghantar cek yang bernilai RM 350. Berapa banyakkah
potongan yang akan diberikan ke atas kredit Syarikat Slim dan juga berapakah
hutangnya?
Jawapan
Jumlah potongan = RM 350 / 0.97
Baki hutang = RM 360.82
Diskaun tunai = RM 920.00 – RM 360.82
= RM 559.18
= RM 360.82 – RM 350.00
= RM 10.82
20
MATEMATIK PENGURUSAN (SPP 1042) TOPIK 2: DISKAUN PERDAGANGAN DAN TUNAI
3.1 SYARAT PENGHANTARAN
Syarat penghantaran (freight shipment) lazimnya dinyatakan pada dokumen yang
di namai bill of lading yang disertakan pada setiap penghantaran. Bill of lading ini
memberikan butiran terperinci tentang penghantaran tersebut seperti jenis barang,
kuantiti, berat, nama penerima, destinasi dan juga kaedah pembayaran caj
pengangkutan.
Cara pembayaran caj pengangkutan selalunya dinyatakan dalam invois atau bill of
lading. Oleh itu, pembeli akan mengetahui siapa yang perlu membayar caj
penghantaran tersebut.
Contohnya, jika dalam katalog atau pada bill of lading itu ditulis FOB Shipping Point
( iaitu Free on board at the shipping point) ataupun ditulis freight collect, ini
bermakna kos penghantaran perlu di bayar oleh pembeli. Sebaliknya jika bill of
lading ditulis FOB Destination atau freight paid, maka kos penghantaran akan di
bayar oleh penjual.
Untuk barang bersaiz kecil, syarat pembayaran caj penghantaran dalam bill of
lading mungkin ditulis prepay and ad. Ini bermakna penjual telah membayar kos
penghantaran dan seterusnya memasukkan caj tersebut ke dalam invois. Oleh itu,
pembeli yang yang menerima barangan akan membayar caj penghantaran
kepada penjual., bukannya kepada syarikat penghantaran.
Perlu di ingatkan bahawa caj penghantaran tidak layak menerima diskaun tunai.
Oleh itu, ia perlu ditolak terlebih dahulu dari nilai invois sebelum dikira diskaun tunai.
21
MATEMATIK PENGURUSAN (SPP 1042) TOPIK 2: DISKAUN PERDAGANGAN DAN TUNAI
Contoh 15
Kirakan diskaun tunai dan jumlah bersih yang perlu di bayar untuk pesanan bernilai
RM 1,000 dengan syarat jualan 4/10, 2/15, n/30 jika kos penghantaran ialah RM 40.
Invois tersebut bertarikh 13 April bertanda fright prepay and add telah di bayar pada
24 April.
Jawapan
a) Harga barangan = Jumlah Invois – Caj Pengangkutan
= RM 1,000 – RM 40
= RM960
b) Diskaun Tunai = 2% x RM 960
= RM 19.20
c) Jumlah bersih = RM 960 – RM 19.20
= RM 940.80
Oleh itu, jumlah pembayaran ialah RM 940.80 + RM 40 = RM 980.80
22
MATEMATIK PENGURUSAN (SPP 1042) TOPIK 2: DISKAUN PERDAGANGAN DAN TUNAI
LATIHAN PENGUKUHAN 4
1. Satu invois berniali RM 1,800 dan bertarikh 3 Julai dengan syarat jualan 4/10, n/30
telah dibayar sebahagiannya iaitu sebanyak RM600 pada 12 Julai. Bayaran
selebihnya dilakukan pada 1 Ogos. Dapatkan jumlah yang dibayar pada 1 Ogos
dan jumlah bayaran keseluruhan.
LATIHAN TAMBAHAN 1
1. Cari harga bersih sebuah sofa yang harga senarainya ialah RM 3,300 dengan
kadar diskaun perdagangan 20%.
2. Pn Wahida membeli sebuah kereta bernilai RM 29,600 daripada Perniagaan
Kereta Terpakai Haiqal. Disebabkan beliau membeli secara tunai, maka
Perniagaan Kereta Terpakai Haiqal memberikan diskaun 15% kepada Pn
Wahida. Kirakan jumlah wang yang perlu di bayar oleh Pn Wahida.
3. Pengurus Syarikat Sinar membeli 220 buah kabinet dengan harga senarai RM 230
sebuah. Jika diskaun perdagangan yang diberikan adalah 30%, berapakah
jumlah sepatutnya dibayar oleh Syarikat Sinar dengan menggunakan peratus
pelengkap.
4. Sebuah mesin faks disenaraikan dengan harga RM 880 dan dijual dengan harga
RM 800. Berapakah kadar diskaun perdagangan yang diberikan.
5. Kedai Sukan Liza memesan 50 pasang kasut sukan pada harga RM 35 sepasang,
70 pasang kasut bola pada harga RM 60 sepasang dan 80 pasang stoking sukan
pada harga RM 12 sehelai daripada pembekal pakaian dan alatan sukan.
Kadar diskaun perdagangan yang diberikan oleh pembekal ialah 20%.
Dapatkan harga bersih pesanan yang dibuat oleh Kedai Sukan Liza.
23
MATEMATIK PENGURUSAN (SPP 1042) TOPIK 2: DISKAUN PERDAGANGAN DAN TUNAI
6. Kirakan perpuluhan bersih setara dan diskaun tunggal setara untuk siri diskaun
perdagangan berikut:
a) 30/20/15
b) 35/25/20
c) 10/8/5
d) 8/7/6
e) 25/23/22
7. Dua pembekal telah mengemukakan sebutharga untuk membekalkan bahan
makanan kepada syarikat anda. Pembekal X menawarkan diskaun 10/5/2
manakala Pembekal Z pula menawarkan diskaun 20/30/15. Pembekal manakah
yang menawarkan diskaun yang lebih baik jika harga senarai yang ditawarkan
adalah sama.
8. Sebuah Kilang Tayar menjual tayar A pada harga RM250 sebiji dan tayar B pada
harga RM280 sebiji. Diskaun 20/10/2 diberikan untuk semua pesanan. Sekiranya
anda memesan 10 biji tayar A dan 20 biji tayar B, berapakah harga bersih
pembelian anda?
9. Cik Shafiqa memiliki syarikat menjual peralatan rumah dan telah memesan meja
makan daripada IKEA. Harga senarai sebuah meja makan ialah RM 1250 dan
IKEA menawarkan diskaun perdagangan bersiri 11/10/9. Kirakan harga bersih
yang perlu dijelaskan oleh syarikat Cik Shafiqa.
10. Seorang pembekal almari menawarkan dua pilihan pembelian kepada
pembelinya. Pilihan pertama pada harga RM 720 sebuah dengan siri diskaun
10/20/30/5 dan pilihan kedua pada harga RM 750 dengan siri diskaun 15/5/3/2.
Tawaran pilihan manakah lebih baik.
24