The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rsquareuum, 2020-06-26 00:45:01

PBL : Projek Penaakulan Logik

Folio Ahli D'Gigglers

PBL : PROJEK PENAAKULAN LOGIK

PENINGKATAN PARAS LAUT DAN PERUBAHAN SUHU BAGI
LIMA TAHUN TERKINI

PROJEK PENAAKULAN LOGIK

PENINGKATAN PARAS LAUT
DAN PERUBAHAN SUHU BAGI

LIMA TAHUN TERKINI

MATEMATIK
TINGKATAN 4

NAMA: CLARA VELNA LUIS
KELAS: 4 STEM 1
GURU MATAPELAJARAN: ROHANI AHMAD

ISI KANDUNGAN

BIL. KANDUNGAN MUKA SURAT

1 Pengenalan kepada isu peningkatan paras laut 2-3

2 Kesimpulan secara deduktif mengenai perubahan paras 4
laut bagi tahun terkini

3 Faktor – faktor yang mengakibatkan peningkatan paras 5
laut

4 Kesan aktiviti manusia terhadap peningkatan paras laut 6

5 Langkah – langkah untuk mengatasi peningkatan paras 7
laut 8

6 Kesimpulan

A) PENGENALAN KEPADA ISU PENINGKATAN PARAS LAUT.

Peningkatan paras laut ialah satu isu yang kritikal bagi seluruh dunia sekarang.
Peningkatan paras laut berkait rapat dengan perubahan suhu di permukaan bumi.

Pemanasan global atau pemanasan sejagat berkaitan dengan peningkatan suhu
dunia. Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua
dan kawasan tertentu. Kajian mendapati kawasan Artik lebih pantas menjadi panas
berbanding kawasan lain. Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun
tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jarak hanya 2
generasi sahaja.

Suhu bumi meningkat sejak tahun-tahun 90-an. Kajian mendapati iklim panas
melampau di Perancis, iklim lebih panas di rantau Siberia dan pencairan "permafrost"
(lapisan tanah yang kekal beku di rantau paling sejuk) terutamanya di rantau Artik. Ahli
sains meramalkan keseluruhan ais laut di Artik akan cair pada musim panas 2099. Litupan
ais Greenland dan Antartika Barat akan mencair . Paras laut akan meningkat kira-kira 7
meter secara mendadak.

Rekod sampel teras dari kutub selatan, jadual pasang-surut laut, dan
kebelakangan ini, pengukuran satelit telah menunjukkan kenaikan purata paras laut dunia
sebanyak 10 hingga 20 sentimeter dalam abad ini. Tetapi, sejak 20 tahun kebelakangan
ini, kadar peningkatan tahunan telah mencecah 3.2 milimeter setahun, hampir dua kali
ganda purata kelajuan untuk baki 80 tahun sebelum itu.

Pesisiran pantai serta tanah permukaan rendah di Malaysia akan hilang
ditenggelami air laut secara kekal antara 0.2 meter sehingga 1.06 meter menjelang 2100
akibat kenaikan paras laut yang disebabkan pemanasan global.

Kawasan yang paling kritikal berdepan ancaman ditenggelami air laut adalah di
sepanjang timur laut dan pantai barat Semenanjung, pantai timur Sabah dan pantai barat
daya Sarawak.

B) KESIMPULAN SECARA DEDUKTIF MENGENAI PERUBAHAN
PARAS LAUT BAGI LIMA TAHUN TERKINI.

L = T(0.54T² + 0.39T + 7.7)

Tahun 2016 2017 2018 2019 2020

Suhu* 27.28°C 28.78°C 30.28°C 31.78°C 33.28°C

Paras Laut 11463.22 13417.23 15582.80 17970.86 20592.35

(Suhu dianggarkan meningkat dengan kadar 1.5°C setiap tahun)

Premis 1: Pemanasan global yang berlaku di seluruh dunia memberikan kesan kepada
bentuk muka bumi.

Kesimpulan: Maka, peningkatan paras laut merupakan satu kesan kepada bentuk muka
bumi yang disebabkan oleh perubahan suhu.

= Hujah deduktif

* (Perubahan suhu berlaku secara tidak konsisten dalam situasi yang sebenar)

C) FAKTOR – FAKTOR YANG MENGAKIBATKAN PENINGKATAN
PARAS LAUT

Pada abad yang lalu, pembakaran bahan api fosil, aktiviti-aktiviti manusia dan semula
jadi telah melepaskan banyak gas yang memerangkap haba ke dalam atmosfera.
Pelepasan gas-gas ini telah menyebabkan suhu permukaan Bumi semakin meningkat.
Lautan memainkan peranan dengan memerangkap dan menyimpan 80 peratus daripada
haba-haba yang berlebihan ini. Kenaikan paras laut dikaitkan kepada tiga faktor utama,
yang semuanya disebabkan oleh perubahan iklim dunia dan pemanasan global.

Faktor utama yang menyebabkan peningkatan paras laut ialah kecairan glasier
dan litupan ais di Kutub. Kebiasannya glasier dan litupan ais akan cair pada kadar yang
tetap pada musim panas. Apabila musim sejuk tiba, salji yang dihasilkan daripada air laut
yang menguap, akan mengimbangi kembali kadar kecairan. Semenjak kebelakangan ini,
suhu tinggi yang berpanjangan hasil daripada pemanasan global telah mengakibatkan
kadar kecairan salji yang lebih cepat dan tinggi. Tambahan pula, kecairan salji juga
disebabkan oleh musim sejuk yang lewat dan musim bunga yang tiba lebih awal.
Ketidakseimbangan ini telah memberi kesan kepada pengaliran lawan penguapan di laut,
dan kesannya ialah kenaikan paras laut.

Selain itu, pengembangan haba juga menjadi pendorong kepada peningkatan
paras laut. Hal ini dikatakan demikian kerana, apabila air dipanaskan, ia akan
mengembang. Hampir separuh daripada kenaikan paras laut dalam beberapa abad
yang lalu disebabkan oleh suhu laut yang lebih panas dan memerlukan lebih banyak
ruang. Apabila ini berlaku, ia menyebabkan paras laut meningkat.

Disamping itu, kelesapan ais di Greenland dan Antartika Barat menyumbang
kepada peningkatan paras laut. Sebagai mana yang kita maklum, bagi glasier dan litupan
ais, kenaikan suhu telah mempercepatkan kecairan litupan ais yang besar di Greenland
dan Antartika. Ahli sains juga percaya bahawa ais yang cair di permukaan dan lautan di
bawah litupan ais sedang mengalami kecairan pada kadar yang lebih cepat.

Seterusnya, faktor lain yang mengakibatkan peningkatan paras laut ialah
perubahan iklim. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan terjadinya perubahan iklim
antaranya ialah aktiviti manusia iaitu penggunaan kenderaan bermotor dan pembakaran
di kilang. Penggunaan kenderaan bermotor menyebabkan pelepasan karbon dioksida dari
pembakaran petrol untuk pengangkutan. Maka, terjadinya pemanasan global dari
penggunaan kenderaan bermotor dan menyebabkan peningkatan paras laut.

D) KESAN AKTIVITI MANUSIA TERHADAP PENINGKATAN
PARAS LAUT

Semasa paras laut meningkat pada kadar yang cepat, penambahan yang sedikit akan
mendatangkan kesan yang buruk kepada habitat di pesisiran pantai. Jika air laut
memasuki kawasan yang lebih dalam di pedalaman, ia akan menyebabkan hakisan,
pembanjiran kawasan seperti kawasan paya bakau dan tumbuhan di tepi sungai,
pencemaran di kawasan tadahan air tawar dan kawasan penanaman, kehilangan habitat
burung, ikan dan juga tumbuh-tumbuhan.

Apabila ribut besar melanda dan air laut berada yang paras lebih tinggi, maka ia
akan menyebabkan ribut yang lebih besar dan berkemampuan untuk memusnahkan apa
sahaja yang berada di laluannya. Peningkatan paras air laut juga akan mengganggu
saluran air sungai dan air bawah tanah yang digunakan manusia untuk dibuat minuman.

Selain itu, berjuta-juta orang yang tinggal di kawasan tersebut akan terdedah
kepada banjir kilat. Kenaikan paras laut yang tidak terkawal akan memaksa mereka
meninggal tempat tinggal mereka dan berpindah ke tempat yang lain. Pulau-pulau kecil
seperti Maldives dan Tuvalu akan ditenggelami air sepenuhnya.

E) LANGKAH – LANGKAH UNTUK MENGATASI PENINGKATAN
PARAS LAUT

Peningkatan paras laut mengakibatkan banyak kesan negatif yang memudaratkan
manusia serta mengacam nyawa terutamanya mereka yang menetap di persisiran pantai.
Peningkatan paras laut mampu diatasi dengan beberapa langkah iaitu melalui tindakan
mitigasi dan adaptasi.

Tindakan mitigasi ialah satu usaha untuk mengurangkan kesan kerosakan pada
persekitaran. Hal ini dikatakan demikian kerana, kita semua tahu kesan persekitaran
adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan merupakan sebahagian daripada
fenomena alam. Sekiranya mitigasi tidak dilakukan, bencana alam seperti gempa bumi
boleh berlaku.

Antara tindakan mitigasi yang dapat dilakukan bagi mengatasi peningkatan paras laut
ialah:

• Mengurangkan pelepasan gas rumah hijau yang sudah ada di atmosfera
• Menggunakan bahan api yang mengandungi karbon rendah
• Mencegah pembebasan karbon dioksida ke atmosfera dengan menyimpan gas

atau komponen karbonnya di tempat lain
• Mengekalkan lebih banyak tanaman pokok

Selain itu, tindakan adaptasi pula ialah usaha untuk menyesuaikan diri dengan
persekitaran. Prosesnya dilakukan dengan bertindak balas terhadap perubahan sehingga
mereka dapat bertahan.

Antara tindakan adaptasi yang dapat dilakukan bagi mengatasi peningkatan paras laut
ialah:

• Memastikan tiada kawasan saluran air yang tersumbat dengan sampah sarap
• Memperluaskan kawasan parit dan saluran air
• Mendirikan pembangunan infrastruktur untuk melindungi pantai
• Memindahkan kawasan perindustrian ke kawasan yang lebih tinggi dan selamat

KESIMPULAN

Kebanyakan ramalan dan kajian telah mengesahkan bahawa pemanasan global
akan berlarutan dan kian memberi kesan yang buruk. Paras laut dijangka akan terus
meningkat, tetapi kadar peningkatannya sukar untuk diramal.

Dalam satu kajian yang telah dijalankan, paras laut akan naik sebanyak 0.8 hingga
2 meter pada tahun 2100, yang cukup untuk menenggelamkan banyak bandar di
pesisiran pantai di seluruh dunia.

Di samping itu, sekiranya litupan ais di Greenland telah cair sepenuhnya, maka
paras laut dunia akan naik sebanyak 7 meter. Keadaan ini boleh menyebabkan bandar-
bandar besar seperti New York, London, Kuala Lumpur dan bandar-bandar lain
ditenggelami air sepenuhnya.

PROJEK PENAAKULAN LOGIK
PENINGKATAN PARAS LAUT DAN
PERUBAHAN SUHU BAGI LIMA TAHUN

TERKINI

MATEMATIK TINGKATAN 4

NAMA: MICHELLE CHUNG
KELAS: 4 STEM 1

DISEMAK OLEH:

_______________
(ROHANI AHMAD)

ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

1 PENGENALAN TERHADAP ISU PENINGKATAN ARAS LAUT 3

2 KESIMPULAN SECARA DEDUKTIF MENGENAI PERUBAHAN 4
PARAS LAUT BAGI LIMA TAHUN TERKINI

3 FAKTOR – FAKTOR YANG MENGAKIBATKAN 5
PENINGKATAN PARAS LAUT

4 KESAN AKTIVITI MANUSIA TERHADAP PENINGKATAN 7
PARAS LAUT

5 LANGKAH – LANGKAH UNTUK MENGATASI PENINGKATAN 8
PARAS LAUT

6 KESIMPULAN 9

1. PENGENALAN TERHADAP ISU PENINGKATAN ARAS LAUT

Peningkatan paras air laut adalah tindak balas terhadap peningkatan kepekatan gas
rumah hijau di atmosfera dan perubahan akibat iklim global. Kenaikan permukaan laut
menyumbang kepada hakisan pantai dan genangan kawasan pesisir rendah, terutamanya
semasa kejadian di permukaan laut yang melampau. Ia juga menyebabkan pencerobohan air
masin ke akuifer, delta dan muara. Perubahan ini memberi kesan kepada ekosistem pesisir,
sumber air, dan penempatan dan aktiviti manusia. Kawasan yang paling berisiko termasuk
wilayah delta yang berpenduduk padat, pulau-pulau kecil (terutama atol karang), dan pantai
berpasir yang didukung oleh pembangunan pesisir utama.

Laut yang semakin meningkat dikaitkan dengan perubahan iklim mungkin tidak
menimbulkan ancaman besar kepada terumbu karang, jika paras laut naik dengan perlahan
untuk pertumbuhan karang agar terus bertahan. Walau bagaimanapun, terumbu karang
boleh menjadi sangat terjejas jika lebur ais yang meletus menyebabkan peningkatan besar
dalam paras laut global. Di samping itu, kenaikan paras laut boleh menyebabkan
pemendapan yang meningkat akibat hakisan pantai, yang boleh menjejaskan terumbu
karang. Laut yang semakin meningkat juga akan mengakibatkan banjir dan hakisan pantai
pulau-pulau rendah dan habitat pesisir seperti pantai bakau dan penyu laut. Keupayaan
terumbu untuk bersaing dengan kenaikan paras laut sangat dikaitkan dengan pengasidan
laut.

2. KESIMPULAN SECARA DEDUKTIF MENGENAI PERUBAHAN PARAS
LAUT BAGI LIMA TAHUN TERKINI

L = T (0.54 T2 + 0.39 T + 7.7)

Tahun 2016 2017 2018 2019 2020

Suhu 27.28°C 28.78°C 30.28°C 31.78°C 33.28°C

Paras laut 11463.22 13417.23 15592.80 17970.86 20592.35

(suhu dianggarkan meningkat dengan kadar 1.5oC setiap tahun)

Premis 1 : Pemanasan global yang berlaku di seluruh dunia memberikan kesan kepada bentuk
muka bumi.
Kesimpulan : Maka, peningkatan paras laut merupakan satu kesan kepada bentuk muka bumi
yang disebabkan oleh pemanasan global.

= Hujah deduktif

= (Perubahan suhu berlaku secara tidak konsisten dalam situasi yang sebenar)

3. FAKTOR – FAKTOR YANG MENGAKIBATKAN PENINGKATAN PARAS
LAUT

Kenaikan paras laut dikaitkan kepada tiga faktor utama, yang semuanya disebabkan oleh
perubahan iklim dunia dan pemanasan global:

i. Pengembangan haba

Apabila air dipanaskan, ia akan mengembang. Hampir separuh daripada kenaikan paras laut
dalam beberapa abad yang lalu disebabkan oleh suhu laut yang lebih panas dan memerlukan
lebih banyak ruang. Apabila ini berlaku, ia menyebabkan paras laut meningkat.

ii. Kecairan Glasier dan Litupan Ais di Kutub

Biasanya glasier dan litupan ais akan cair pada kadar yang tetap ketika musim panas. Apabila
tiba musim sejuk, salji yang dihasilkan daripada air laut yang menguap, akan mengimbangi
kembali kadar kecairan. Semenjak kebelakangan ini, suhu tinggi yang berpanjangan hasil
daripada pemanasan global telah mengakibatkan kadar kecairan salji yang lebih cepat dan
tinggi. Selain itu kecairan salji juga disebabkan oleh musim sejuk yang lewat dan musim bunga

yang tiba lebih awal. Ketidakseimbangan ini telah memberi kesan kepada pengaliran lawan
penguapan di laut, dan kesannya ialah kenaikan paras laut.

iii. Kelesapan Ais di Greenland dan Antartika Barat

Untuk glasier dan litupan ais, kenaikan suhu telah mempercepatkan kecairan litupan ais
yang besar di Greenland dan Antartika. Ahli sains juga percaya bahawa ais yang cair di
permukaan dan lautan di bawah litupan ais sedang mengalami kecairan pada kadar yang
lebih cepat.

4. KESAN AKTIVITI MANUSIA TERHADAP PENINGKATAN PARAS LAUT

Semasa paras laut meningkat pada kadar yang
cepat, penambahan yang sedikit akan
mendatangkan kesan yang buruk kepada habitat
di pesisiran pantai. Jika air laut memasuki kawasan
yang lebih dalam di pedalaman, ia akan
menyebabkan hakisan, pembanjiran kawasan
seperti kawasan paya bakau dan tumbuhan di tepi
sungai, pencemaran di kawasan tadahan air tawar
dan kawasan penanaman, kehilangan habitat burung, ikan dan juga tumbuh-tumbuhan.

Apabila ribut besar melanda dan air laut berada yang paras lebih tinggi, maka ia akan
menyebabkan ribut yang lebih besar dan berkemampuan untuk memusnahkan apa sahaja

yang berada di laluannya.

Selain itu, berjuta-juta orang yang tinggal di
kawasan tersebut akan terdedah kepada banjir
kilat. Kenaikan paras laut yang tidak terkawal
akan memaksa mereka meninggal tempat
tinggal mereka dan berpindah ke tempat yang
lain. Pulau-pulau kecil seperti Maldives dan
Tuvalu akan ditenggelami air sepenuhnya.

Kebanyakan ramalan dan kajian telah mengesahkan bahawa pemanasan global akan
berlarutan dan kian memberi kesan yang buruk. Paras laut dijangka akan terus meningkat,
tetapi kadar peningkatannya sukar untuk diramal. Dalam satu kajian yang telah dijalankan,
paras laut akan naik sebanyak 0.8 hingga 2 meter pada tahun 2100, yang cukup untuk
menenggelamkan banyak bandar di pesisiran pantai di seluruh dunia. Di samping itu,
sekiranya litupan ais di Greenland telah cair sepenuhnya, maka paras laut dunia akan naik
sebanyak 7 meter. Keadaan ini boleh menyebabkan bandar-bandar besar seperti New York,
London, Kuala Lumpur dan bandar-bandar lain ditenggelami air sepenuhnya.

5. LANGKAH – LANGKAH UNTUK MENGATASI PENINGKATAN PARAS
LAUT

Pelbagai langkah yang boleh dilakukan untuk mengatasi peningkatan paras laut,
antaranya ;

i. Kempen kesedaran tentang penjagaan alam sekitar
ii. Kurangkan kadar pelepasan gas karbon monoksida
iii. Penggunaan sumber tenaga yang mesra alam
iv. Pemantauan terhadap pengelolaan sumber daya alam

6. KESIMPULAN

Kesimpulannya, langkah mengatasi peningkatan paras laut yang lebih efektif perlulah
dilaksanakan bagi mengurangkan risiko peningkatan yang ekstrem menjelang tahun-
tahun yang akan datang.

Peningkatan paras
laut dan perubahan
suhu bagi lima
tahun terkini

Nama : Shahzira Izati Sabrie
Kelas : 4 STEM 1
Subjek : Matematik

ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT
1
Pengenalan kepada isu
peningkatan paras laut 2
3
Kesimpulan secara deduktif 3
mengenai perubahan paras laut 4
bagi lima tahun terkini 5

Faktor-faktor yang mengakibatkan
peningkatan paras laut

Kesan aktiviti manusia terhadap
peningkatan paras laut

Langkah-langkah untuk mengatasi
peningkatan paras laut

Kesimpulan

a) Pengenalan kepada isu peningkatan aras laut

Terdapat persetujuan antarabangsa yang kuat bahawa dunia sedang mengalami
perubahan iklim global, kadar perubahan iklim semakin meningkat, dan banyak
perubahan disebabkan oleh aktiviti manusia.

Peningkatan pelepasan gas rumah hijau dari pelbagai kegiatan manusia seperti
membakar bahan api fosil untuk haba dan tenaga, penebangan hutan, menanam
tanaman, meningkatkan ternakan, dan menghasilkan beberapa produk
perindustrian secara dramatik mempengaruhi ekosistem terumbu karang.

Laut yang semakin meningkat dikaitkan dengan perubahan iklim mungkin tidak
menimbulkan ancaman besar kepada terumbu karang, jika paras laut naik dengan
perlahan untuk pertumbuhan karang untuk terus bertahan. Walau bagaimanapun,
terumbu karang boleh menjadi sangat terjejas jika lebur ais yang meletus
menyebabkan peningkatan besar dalam paras laut global. Di samping itu, kenaikan
paras laut boleh menyebabkan pemendapan yang meningkat akibat hakisan pantai,
yang boleh menjejaskan terumbu karang. Laut yang semakin meningkat juga akan
mengakibatkan banjir dan hakisan pantai pulau-pulau rendah dan habitat pesisir
seperti pantai bakau dan penyu laut.

b) Kesimpulan secara deduktif mengenai perubahan paras
laut bagi lima tahun terkini

Perubahan paras air laut dalam lima tahun terkini iaitu tahun 2015 – 2019 ialah
L=T(0.54T2 + 0.39T + 7.7). Purata perubahan paras laut, L ialah 83.88 mm.
Manakala, purata perubahan suhu, T ialah 0.934 °C. Kesimpulannya, purata
perubahan paras air laut sejak lima tahun terkini ialah 7.972 mm.

L = T(0.54T2 + 0.39T + 7.7)
L = 0.934 °C (0.54 (0.934 °C)2 + 0.39 (0.934 °C) + 7.7)

L = 7.972 mm

c) Faktor-faktor yang mengakibatkan peningkatan aras laut

Faktor peningkatan aras laut ialah perubahan iklim termasuklah pencairan
glasier dan ais di kutub, pencairan ais di Greenland dan Antartika serta
pengembangan haba lautan. Ia menyebabkan paras air laut semakin meningkat
sehingga banyak kawasan rendah semakin hilang atau istilah lainnya, tenggelam.

Selain itu, faktor peningkatan aras laut ialah pemanasan global yang meningkat
saban tahun. Peningkatan paras air laut yang mendadak ini berlaku ketika
bermulanya Revolusi Industri yang mewujudkan kilang-kilang. Hanya 26% tenaga
haba matahari dipantulkan semula ke angkasa, selebihnya diserap oleh Bumi.
Kemudian, haba-haba yang dilepaskan oleh Bumi setelah diserap akan
terperangkap di lapisan atmosfera Bumi. Apabila semakin banyak gas-gas yang
terperangkap, dunia menjadi semakin panas yang menyebabkan peningkatan paras
air laut.

d) Kesan aktiviti manusia terhadap peningkatan paras laut

Kenaikan paras air laut akan menyebabkan kebanjiran pantai dan kehilangan
tempat tinggal. Selain itu, berlaku mendapan yang enyebabkan infrastruktur akan
terjejas dan tidak sesuai untuk diduduki akibat roboh atau terhakis. Di samping itu,
penduduk terpaksa dipindahkan ke lokasi yang baru. Oleh itu, infrastruktur yang
sedia ada perlu dibina semula. Seterusnya, peningkatan paras laut akan
menyebabkan kehilangan nyawa, harta benda dan ekosistem semula jadi. Aktiviti
ekonomi juga akan terjejas. Justeru, mampu menyebabkan gangguan pada
kesihatan dan mental kepada pemilik syarikat yang mengalami masalah. Tambahan
pula, banyak kawasan pertanian akan terjejas.

e) Langkah-langkah untuk mengatasi peningkatan paras
laut

Langkah-langkah mengatasi peningkatan paras laut adalah dengan menjalankan
aktiviti penambakan laut di tempat yang berisiko ditenggelami terutamanya
kawasan pinggir pantai yang rendah dan yang mengalami hakisan. Selain itu,
membina benteng untuk menahan air laut daripada menghakis tebing pantai
seperti membina tembok gabion. Seterusnya, pihak kerajaan hendaklah berusaha
menggalakkan rakyat untuk mengguna teknologi yang mesra alam supaya dapat
mengurangkan pembebasan gas yang berbahaya. Di samping itu, mengenal pasti
kawasan pantai yang terdedah kepada kesan kenaikan aras laut. Dalam pada itu,
langkah mengatasi peningkatan paras laut adalah melaksanakan Pelan Pengurusan
Pesisiran Pantai Bersepadu untuk membantu dalam perumusan dasar, garis
panduan dan strategi supaya pembangunan di kawasan pantai dilaksanakan secara
mapan. Akhir sekali, memantau secara berterusan kesan perubahan iklim terhadap
struktur dan infrastruktur. Oleh itu, sekiranya banjir atau bencana alam akan
melanda, masyarakat dapat bersedia dan melakukan pengubahsuaian sekiranya
perlu.

f) Kesimpulan

Suhu lautan sedunia semakin meningkat dalam rekod bacaan yang lebih pantas,
sekali gus menunjukkan bahawa pemanasan global terus berlaku dan mengancam
pelbagai hidupan marin serta bekalan makanan utama bagi planet Bumi. Sekiranya
tiada pihak yang berusaha untuk mengurangkan kesan gas hijau atau langkah
mengatasi peningkatan paras laut, dunia berkemungkinan besar akan tenggelam.
Oleh itu, pihak kerajaan hendaklah menjalankan tanggungjawab melindungi bumi.
Rakyat juga berperanan besar melindungi bumi dan mengatasi peningkatan paras
laut. Justeru, kita sebagai rakyat yang bertanggungjawab sewajarnya melakukan
perkara yang sepatutnya. Sebagai contoh, tidak membuang toksik ke dalam laut
atau sungai kerana mampu mencemarkan laut dan menyebabkan kematian
hidupan laut. Seterusnya, berusaha menyampaikan kesan-kesan buruk
peningkatan paras laut kepada generasi muda agar mereka sedar akan kepentingan
melindungi bumi. Seluruh lapisan masyarakat perlu bekerjasama dalam usaha
melindungi bumi kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Peningkatan Paras Laut
Dan Perubahan Suhu
Bagi Lima Tahun Terkini

Nama: Amisha Elyana Binti Isnain
Kelas: 4 Stem 1
Guru: Rohani Binti Ahmad

Isi Kandungan:

1. Pengenalan kepada isu peningkatan paras laut.

2. Kesimpulan secara deduktif mengenai perubahan
paras laut bagi lima tahun akan datang.

3. Faktor-faktor yang mengakibatkan peningkatan
paras laut.

4. Kesan aktiviti manusia terhadap peningkatan
paras laut.

1. Pengenalan kepada isu peningkatan paras laut.

Isu peningkatan paras laut sememangnya berkait rapat dengan fenomena
pemanasan global. Pemanasan global atau pemanasan sejagat berkaitan
dengan peningkatan suhu dunia. Subu bumi didapati telah meningkat dua
darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan tempat berbeza. Tidak
boleh dinafikan lagi bahawa, peningkatan paras laut dipengaruhi oleh
pemanasan global. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan
peningkatan paras laut yang berkait rapat dengan fenomena pemanasan
global. Peningkatan paras laut tidak boleh dipandang enteng kerana akan
menjejaskan kehidupan penduduk bumi.

2. Kesimpulan secara deduktif mengenai perubahan paras laut bagi lima
tahun akandatang.

Peningkatan paras laut ialah satu isu yang kritikal bagi seluruh dunia sekarang.
Peningkatan paras laut berkait rapat dengan perubahan suhu di permukaan
bumi. Diberi keseimbangan paras laut dengan suhu dihubungkan dengan
rumus iaitu:

L = T(0.54T² + 0.39T + 7.7)

L ialah perubahan paras laut dan T ialah perubahan suhu.

Tahun Suhu Paras Laut

2015 27.28 11463.22
2016 28.08 12479.20
2017 29.76 14807.43
2018 30.57 16026.80
2019 32.04 18408.22

Premis 1: Pemanasan global yang berlaku di seluruh dunia memberikan
kesan kepada bentuk muka bumi.

Kesimpulan: Maka,peningkatan paras laut merupakan satu kesan
kepada bentuk muka bumi yang disebabkan oleh perubahan suhu.

3. Faktor-faktor yang mengakibatkan peningkatan paras laut.

Terdapat beberapa faktor yang mengakibatkan peningkatan paras laut
seperti pengembangan haba. Pengembangan haba berlaku apabila air
dipanaskan dan menyebabkan air mengembang. Hampir separuh
daripada kenaikan paras laut dalam beberapa abad yang lalu disebabkan
oleh suhu laut yang lebih panas dan memerlukan lebih banyak ruang. Oleh
itu, paras laut akan meningkat.

Faktor yang seterusnya ialah kecairan glasier dan litupan ais di kutub.
Glasier dan litupan ais kebiasaannya akan cair pada kadar yang tetap pada
musim panas. Apabila tiba musim sejuk, air laut yang menguap akan
menghasilkan salji yang akan mengimbangi kembali kadar kecairan. Suhu
tinggi yang berpanjangan disebabkan oleh pemanasan global telah
menyasikan kadar kecairan salji yang lebih cepat dan tinggi semenjak
kebelakangan ini.

Selain itu, kelesapan ais di Greenland dan Antartika Barat juga
merupakan faktor peningkatan paras laut. Bagi glasier dan litupan ais,
kenaikan suhu telah mempercepatkan kecairan litupan ais yang besar di
Greenland dan Antartika. Ahli Sains juga mempercayai bahawa ais yang
cair di permukaan dan lautan di bawah litupan ais sedang mengalami
kecairan pada kadar yang lebih cepat.

4. Kesan aktiviti manusia terhadap peningkatan paras laut.

o Perindustrian/Kilang Dan Stesen Jana Kuasa:

• Membebaskan gas-gas rumah hijau seperti Karbon dioksida dan
Nitrus oksida yang memerangkap haba di bumi dan menyebabkan
kesan rumah hijau.

• Aktiviti industri yang berlebihan membebaskan kloroflokarbon (CFC)
dan Halons yang akan menipiskan lapisan ozon. Contohnya,industri
pencuci dan penghawa dingin.

o Pengangkutan/Kenderaan:

• Ekzos kenderaan mengeluarkan gas-gas seperti karbon dioksida,karbon
monoksida,plumbum dan hidrokarbon- hidrokarbon hasil pembakaran
api tidak lengkap terutama sekali minyak diesel petrol berpumblum.

• Meliputi sumber kenderaan bermotor iaitu sumber utama pembebasan
gas-gas rumah hijau di bandar.

o Penyahutanan:

• Aktiviti penebangan hutan dilakukan secara berleluasa dan menyumbang
kepada peningkatan karbon dioksida dalam atmosfera yang
menyebabkan dunia menjadi semakin panas.

• Penyahutanan membebaskan sebanyak 25 % karbon dioksida dalamdi
atmosfera melalui pembakaran dan penebangan pokok kira-kira 34
juta ekar hutan pada setiap tahun.

o Aktiviti Domestik:

• Pembakaran terbuka dilakukan di tapak pelupusan sampah dan tapak
pertanian yang mrmbebaskan gas-gas karbon dioksida dan karbon
monoksida.

• Kegiatan pertanian dan penternakan menyebabkan pembebasan gas
metana dan nitres oksida yang bertindak balas sebagaj gas runah hijau.

• Penggunaan alat penyemburan seperti aerosol dan alat pemadam api
akan membebaskan kloroflokarbon (CFC) dan halon yang menipiskan
lapisan ozon.

Rumusan

Kebanyakan ramalan dan kajian yang telah dilakukan mengesahkan bahawa
pemanasan global akan berlarutan dan memberi kesan yang buruk kepada
bumi. Paras laut juga dijangka akan terus meningkat namun kadar
peningkatannya sukar untuk diramal. Oleh itu, setiap individu merangkap
penduduk bumi seharusnya berganding bahu untuk mengelakkan berlakunya
pemanasan global yang akan mempengaruhi kadar peningkatan paras laut.
Peningkatan paras laut akan menyebabkan berlakunya bencana alam yang
akan menjejaskan keselamatan manusia. Setiap individu perlu sedar dan
melakukan langkah-langkah yang terbaik untuk mengurangkan kadar
peningkatan paras laut.

Peningkatan Paras Laut Dan Perubahan
Suhu Bagi Lima Tahun Terkini

NAMA : NUR NAJWA AFIFAH BINTI ABDUL MUNIR
TINGKATAN : 4 STEM 1
SUBJEK : MATEMATIK
NAMA GURU : ROHANI BINTI AHMAD

Isi Kandungan :

A. Pengenalan kepada isu peningkatan paras laut.

B. Kesimpulan secara deduktif mengenai perubahan paras
laut bagi lima tahun terkini.

C. Faktor-faktor yang mengakibatkan peningkatan paras
laut.

D.Kesan aktiviti manusia terhadap peningkatan paras laut.

A. Pengenalan kepada isu peningkatan paras laut.

Isu peningkatan paras laut saling berkaitan dengan
fenomena pemanasan global. Pemanasan global berkaitan
dengan peningkatan suhu dunia. Suhu bumi telah meningkat dua
darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan
tertentu. Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh
10,000 tahun tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh
100 tahun sahaja, jarak hanya 2 generasi sahaja. Laut yang
semakin meningkat dikaitkan dengan perubahan iklim mungkin
tidak menimbulkan ancaman besar kepada terumbu karang, jika
paras laut naik dengan perlahan untuk pertumbuhan karang
untuk terus bertahan. Walau bagaimanapun, terumbu karang
boleh menjadi sangat terjejas jika lebur ais yang meletus
menyebabkan peningkatan besar dalam paras laut global. Di
samping itu, kenaikan paras laut boleh menyebabkan
pemendapan yang meningkat akibat hakisan pantai, yang boleh
menjejaskan terumbu karang. Laut yang semakin meningkat juga
akan mengakibatkan banjir dan hakisan pantai pulau-pulau

rendah dan habitat pesisir seperti pantai bakau dan penyu laut.
Keupayaan terumbu untuk bersaing dengan kenaikan paras laut
sangat dikaitkan dengan pengasidan laut (di bawah).

B. Kesimpulan secara deduktif mengenai perubahan paras laut
bagi lima tahun terkini.

Peningkatan paras laut adalah salah satu isu yang perlu kita
ketahui kerana isu ini sangat berbahaya bagi seluruh dunia jika
diendah. Peningkatan paras laut saling berkaitan dengan
perubahan suhu di permukaan bumi. Diberi keseimbangan paras
laut dengan suhu dihubungkan dengan rumus iaitu :

L = T (0.54T2 + 0.39T + 7.7)
L ialah perubahan paras laut dan T ialah perubahan suhu.

Tahun Suhu Paras laut

2015 27.28 11463.22
2016 28.08 12479.20
2017 29.76 14807.43
2018 30.57 16026.80
2019 32.04 18408.22

Premis 1 :
Pemanasan global yang berlaku di seluruh dunia memberikan
kesan kepada bentuk muka bumi.

Kesimpulan:
Oleh itu, peningkatan paras laut merupakan satu kesan kepada
bentuk muka bumi yang disebabkan oleh perubahan suhu.

C. Faktor-faktor yang mengakibatkan peningkatan paras laut.

Pemanasan global bukanlah satu topik yang baharu, namun
berapa ramaikah yang sedar mengenai kesan dan impak
daripadanya. Sedar atau tidak, pemanasan dan perubahan iklim
global kini menyebabkan paras air laut semakin naik.
Terdapat beberapa faktor yang mengakibatkan peningkatan
paras laut. Ini berpunca daripada aktiviti peningkatan tahap gas
yang memerangkap haba di atmosfera dan menyebabkan
pemanasan global, juga dikenali sebagai kesan gas rumah hijau.
Faktor lain kenaikan aras laut ialah perubahan iklim, termasuk
pencairan glasier dan ais di kutub, pencairan ais di Greenland
dan Antartika serta pengembangan haba lautan.

D.Kesan aktiviti manusia terhadap peningkatan paras laut.

a) Aktiviti pertanian
❖ Menggunakan racun serangga dan baja kimia secara
berlebihan.
❖ Membebaskan gas Metana (CH4) dan Nitrus Oksida
(N2O).

b) Penyahhutanan
❖ Pemusnahan hutan secara kekal secara besar-besaran
bagi menjalankan aktiviti pertanian, petempatan dan
perindustrian.

c) Pembakaran terbuka
❖ Terutamanya untuk aktiviti pertanian secara
berleluasa dan membebaskan Karbon dioksida (CO2).

d) Penjanaan tenaga elektrik
❖ Menggunakan bahan api fosil telah menyebabkan
pembebasan gas karbon dioksida secara mendadak.

Rumusan :

Terdapat banyak kajian dan ramalan yang telah dikaji
oleh pihak atasan bahawa fenomena pemanasan global
akan berlarutan dan memberi kesan negatif kepada bumi,
begitu juga dengan peningkatan paras laut. Peningkatan
paras laut juga akan meningkat dan susah untuk mengukur
kadar peningkatan paras laut. Oleh itu, masyarakat perlulah
bekerjasama bagi membanteras fenomena pemanasan
global dengan menanam lebih banyak pokok dan
mengurangkan aktiviti yang akan menambah lagi
pemanasan global. Selain itu, pihak kerajaan boleh
membuat kempen bagi menyedarkan manusia-manusia
yang tidak berperikemanusiaan kepada alam sekitar.


Click to View FlipBook Version