The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Disediakan oleh: Muhammad Afif Syakir bin Masturi
Tajuk: Kegiatan Ekonomi Di Bandar Sierra

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rsquareuum, 2020-06-28 03:45:50

KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 3

Disediakan oleh: Muhammad Afif Syakir bin Masturi
Tajuk: Kegiatan Ekonomi Di Bandar Sierra

SMK AGAMA KOTA KINABALU
TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB (TMUA)

Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3
TAHUN 2020

TAJUK: KEGIATAN EKONOMI BAGI PETA LAKAR
DI KAWASAN BANDAR SIERRA

NAMA: MUHAMMAD AFIF SYAKIR BIN MASTURI
KELAS: 3 ABU DAUD

NO. KAD PENGENALAN: 050813-12-0575
NAMA GURU PEMBIMBING: CIKGU DATU MASLAN BIN DATU MASRI

TARIKH HANTAR: 15 JUN 2020 ISNIN
TANDA TANGAN:

ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN ……………………………………………………………………………2
PENDAHULUAN …………………………………………………………………………….3
OBJEKTIF KAJIAN ………………………………………………………………………….4
KAWASAN KAJIAN ………………………………………………………………………5-6
PETA LAKAR ………………………………………………………………………………..7
TAFSIRAN PETA LAKAR ………………………………………………………………..8-9
KAEDAH KAJIAN …………………………………………………………………………...9
HASIL KAJIAN ……………………………………………………………………………..10
7.1 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGIATAN EKONOMI …………………..10-11
7.2 KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR …………………...11
7.3 USAHA-USAHA UNTUK MENGATASI KESAN KEGIATAN EKONOMI ………...12
7.4 PETA MINDA: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGIATAN EKONOMI ……13
RUMUSAN ………………………………………………………………………………….14
RUJUKAN …………………………………………………………………………………..15
LAMPIRAN ………………………………………………………………………….......16-21

Disediakan oleh: Muhammad Afif Syakir Bin Masturi, 3 Abu Daud

1.0 PENGHARGAAN
Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin, limpah dan kurnia-NYA

dapat saya menyiapkan kerja lapangan Geografi ini sehingga selesai. Terima kasih tidak
terhingga kepada guru Geografi saya, Cikgu Datu Maslan Bin Datu Masri yang telah
membimbing, memberi panduan dan mendorong saya menyiapkan kerja lapangan ini.

Ucapan terima kasih juga buat ibu saya yang banyak memberi dorongan, tunjuk ajar
dan bantuan sehingga kajian ini selesai. Begitu juga kepada adik-beradik saya yang sentiasa
memberi dorongan.

Saya juga berterima kasih kepada penduduk Bandar Sierra yang memberikan kerjasama
sepanjang proses kerja lapangan ini dijalankan, terutamanya kepada semua responden
kajian saya iaitu Encik Saharman bin Jafar, Puan Suriati Ahmad dan Puan Suzanah Hj
Ahmad yang sudi meluangkan masa menjawab soal selidik yang diberikan.

Tidak dilupakan ucapan terima kasih saya kepada rakan-rakan sekelas 3 Abu Daud
yang memberi motivasi walaupun secara jarak jauh akibat wabak pandemik Covid 19 ini.

Disediakan oleh: Muhammad Afif Syakir Bin Masturi, 3 Abu Daud

2.0 PENDAHULUAN
Saya, Muhammad Afif Syakir Bin Masturi, Tingkatan 3 Abu Daud dari Sekolah

Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) telah
menjalankan Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3 yang bertajuk Kegiatan Ekonomi bagi
Peta Lakar di Kawasan Bandar Sierra, Kota Kinabalu, Sabah.

Saya memilih Bandar Sierra sebagai lokasi kajian kerana kawasan tersebut
merupakan kawasan tempat tinggal saya dan ahli keluarga. Hal ini telah memudahkan
usaha saya mengumpul dan menyusun maklumat yang diperlukan untuk menyempurnakan
kerja lapangan ini.

Ciri pandang darat budaya yang terdapat di Bandar Sierra ialah kawasan
perumahan, tapak aktiviti pemecahan batu (kuari), bulatan, jalan raya, surau, sekolah
swasta, klinik swasta, tanaman hiasan dan bangunan- bangunan perniagaan.

Ciri pandang darat fizikal di kawasan ini pula ialah seperti bukit-bukau, lembah
bukit, tasik dan hutan.

Disediakan oleh: Muhammad Afif Syakir Bin Masturi, 3 Abu Daud

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
• Menyatakan kawasan kajian di Bandar Sierra
• Melukis peta lakar di kawasan Bandar Sierra
• Mentafsir peta lakar di kawasan Bandar Sierra
• Mengenal pasti faktor kegiatan ekonomi di kawasan Bandar Sierra
• Menghuraikan kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar
• Mencadangkan usaha- usaha mengatasi kesan kegiatan ekonomi di Bandar Sierra

Disediakan oleh: Muhammad Afif Syakir Bin Masturi, 3 Abu Daud

4.0 KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian ini merupakan kawasan perumahan dan premis-premis perniagaan. Di

kawasan petempatan Bandar Sierra, terdapat empat jenis kawasan perumahan iaitu rumah
teres berkembar dua, teres dua tingkat, banglo dan apartment.

Antara kegiatan ekonomi di kawasan ini ialah perniagaan peruncitan. Kegiatan
ekonomi ini yang paling utama dijalankan dalam kalangan penduduk Bandar Sierra.
Sebagai contohnya ialah Bataras, 99 Speedmart, Seven-Eleven dan Super Save. Perniagaan
peruncitan ini menjual barangan basah dan keperluan harian.

Selain itu, terdapat juga peniagaan makan dan minum seperti Restoran KFC, Mell’z
Café (Afiq Char Kuey Teow), Warung Selalu Syukur, Jamal Salim and Curry House, D
Queens Kitchen dan Bistro. Premis perniagaan berkenaan menyediakan makanan dan
minuman untuk sarapan pagi dan makan tengah hari. Malahan terdapat restoran 24 jam
iaitu Restoran Jamal Salim and Curry House. Perkhidmatan bungkus makanan untuk
dibawa balik dan perkhidmatan penghantaran makanan juga disediakan.

Di samping itu, perniagaan kedai gunting rambut juga terdapat di kawasan kajian saya
ini. Sebagai contohnya Kedai Gunting Rambut Bujang 3 Barber. Perkhidmatan yang
disediakan ialah perkhidmatan mengunting rambut, mencukur janggut dan jambang serta
mencuci rambut.

Selanjutnya, kegiatan ekonomi di Bandar Sierra ialah kewujudan sekolah-sekolah
swasta dari peringkat tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah. Sebagai contohnya
ialah Sekolah Menengah Islam Integrasi Al-Hafidz, Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz
Bandar Sierra, Akademi Al-Quran Ar-Raudhah, Tadika Ar-Raudhah dan Pusat Tuisyen
Bandar Sierra. Perkhidmatan yang disediakan ialah pendidikan akademik, agama dan
pengajian Al-Quran. Ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah
swasta di sini perlu membayar yuran bulanan setiap bulan.

Disediakan oleh: Muhammad Afif Syakir Bin Masturi, 3 Abu Daud

Seterusnya, terdapat juga perkhidmatan kesihatan swasta seperti i-Borneo Clinic (klinik
dan surgeri) dan Klinik Pergigian Mesra. Perkhidmatan yang disediakan ialah rawatan
kesihatan untuk pesakit luar dan rawatan pergigian.

Akhir sekali, terdapat juga aktiviti pemecahan batu (kuari) di kawasan ini. Bukit-bukit
berhampiran kawasan perumahan di Bandar Sierra telah ditarah dan batu-batu diletupkan
yang kemudiannya digunakan untuk sektor pembinaan, sektor perindustrian dan
penyediaan prasarana.

Disediakan oleh: Muhammad Afif Syakir Bin Masturi, 3 Abu Daud

4.2 PETA LAKAR

Disediakan oleh: Muhammad Afif Syakir Bin Masturi, 3 Abu Daud

5.0 TAFSIRAN PETA LAKAR
Peta lakar di kawasan Bandar Sierra ini telah saya lukis berpandukan Peta Google Map

Bandar Sierra yang telah saya ambil. Kawasan ini mempunyai empat jenis perumahan iaitu
rumah teres berkembar dua, banglo, rumah teres dua tingkat, dan apartment. Semua
kawasan perumahan ini terletak di kawasan perbukitan Bandar Sierra.

Kawasan Bandar Sierra mempunyai tiga kawasan blok-blok bangunan perniagaan iaitu
satu di bahagian kanan dan satu di bahagian kiri dari pintu masuk jalan raya utama.
Bangunan-bangunan perniagaan ini terletak di kawasan lembah bukit. Manakala satu lagi
deretan bangunan perniagaan terletak di atas bukit, berhampiran rumah teres dua tingkat
dan sekolah-sekolah swasta.

Selain itu, kawasan ini juga mempunyai empat bulatan jalan raya iaitu di bahagian pintu
masuk Bandar Sierra dari jalan raya utama, di persimpangan antara Grand Merdeka Mall
dengan jalan menuju ke kawasan perumahan, berhampiran Grand Merdeka Mall dan di
kaki bukit Bandar Sierra menghala ke kawasan perumahan. Fungsi Bulatan di kawasan
Bandar Sierra adalah untuk memudahkan perhubungan penduduk Bandar Sierra melalui
jalan raya.

Di samping itu, terdapat juga jaringan rangkaian jalan raya di Bandar Sierra yang
menghubungkan antara kawasan perumahan dan kawasan bangunan perniagaan.

Selanjutnya, terdapat trek jogging yang disediakan oleh pihak pemaju perumahan
berhampiran kawasan tasik. Tasik tersebut merupakan tasik semulajadi yang agak terbiar.

Terdapat juga kawasan pemecahan batu (kuari) di bahagian atas bukit Bandar Sierra
berhampiran kawasan perumahan teres dua tingkat dan berdekatan kawasan sekolah-
sekolah swasta. Kelihatan kawasan bukit yang ditarah semakin gondol.

Disediakan oleh: Muhammad Afif Syakir Bin Masturi, 3 Abu Daud

Selain itu, masih terdapat sedikit kawasan hutan di Bandar Sierra ini. Kawasan hutan
ini terletak di bahagian bukit Bandar Sierra dan di kawasan belakang Grand Merdeka Mall
yang mempunyai tanah kosong yang belum diusahakan.

6.0 KAEDAH KAJIAN
Saya mengunakan beberapa kaedah kajian untuk menyiapkan kajian ini. Kaedah pertama

yang saya gunakan ialah kaedah lawatan dan pemerhatian di kawsan kajian iaitu di Bandar
Sierra. Melalui kaedah ini, saya dapat memerhati dan mengambil gambar kawasan perumahan
dan gambar bangunan-bangunan iaitu tempat kegiatan ekonomi dijalankan di kawasan Bandar
Sierra. Saya juga mengambil gambar kawasan aktiviti pemecahan batu (kuari) dari jauh kerana
kawasan tersebut berbahaya dan orang luar tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut.

Seterusnya, saya mengunakan kaedah temu bual iaitu dengan menemu bual tiga orang
responden yang merupakan penduduk Bandar Sierra. Saya turut meminta bantuan mereka
untuk mengisi borang soal selidik bagi mendapatkan maklumat mengenai kegiatan ekonomi di
kawasan kajian saya.

Akhir sekali, kaedah kajian yang saya gunakan ialah merujuk bahan sumber iaitu
sumber internet daripada tiga laman sesawang dan tiga buah buku yang berkaitan dengan kerja
lapangan Geografi ini.

Disediakan oleh: Muhammad Afif Syakir Bin Masturi, 3 Abu Daud

7.0 HASIL KAJIAN
Terdapat pelbagai jenis kegiatan ekonomi di Bandar Sierra iaitu perniagaan peruncitan,

sekolah swasta, kedai mengunting rambut, kilinik swasta, perniagaan farmasi, perniagaan dobi
layan diri dan restoran. Peniagaan kedai makan merupakan perniagaan yang paling banyak
terdapat di kawasan Bandar Sierra seperti cendawan tumbuh selepas hujan, lebih-lebih lagi
selepas pembukaan Supermarket Bataras yang terletak bersebelahan Grand Merdeka Mall. Hal
ini demikian kerana ramai pekerja-pekerja Supermarket Bataras yang berkunjung ke kedai-
kedai makan atau restoran untuk sarapan pagi atau makan tengah hari.

Berdasarkan kajian saya dalam kerja lapangan Geografi di Bandar Sierra ini juga, saya
dapati terdapat kegiatan pemecahan batu (kuari). Kegiatan ini dilakukan di atas bukit Bandar
Sierra dan telah dijalankan sejak kawasan Bandar Sierra ini dibuka.

7.1 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGIATAN EKONOMI DI BANDAR
SIERRA

Terdapat empat faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di Bandar Sierra. Antara
faktornya ialah pemintaan penduduk. Sebagai contohnya penubuhan tadika dan sekolah-
sekolah swasta termasuk pusat tuisyen adalah atas pemintaan penduduk Bandar Sierra. Hal ini
demikian kerana memudahkan penduduk menghantar anak mereka ke sekolah yang
berhampiran dengan kediaman walaupun mereka perlu membayar yuran yang agak tinggi. Hal
ini juga, sekali gus dapat meningkatkan tahap pendidikan anak mereka. Premis pernigaan juga
memudahkan penduduk untuk mendapatkan keperluan harian. Klinik swasta dan farmasi
berhampiran juga membolehkan penduduk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih
berkualiti.

Selain itu, faktor kegiatan ekonomi ialah bagi memenuhi keperluan penduduk Bandar
Sierra. Penduduk Bandar Sierra berpeluang menjana pendapatan melalui kegiatan ekonomi

Disediakan oleh: Muhammad Afif Syakir Bin Masturi, 3 Abu Daud

seperti menceburi bidang perniagaan peruncitan. Peluang pekerjaan juga terbuka kepada
penduduk Bandar Sierra dan kawasan sekitar dengan wujudnya kegiatan ekonomi di Bandar
Sierra. Dengan itu, sekali gus dapat mengurangkan kos sara hidup penduduk.

Di samping itu, faktor kegiatan ekonomi juga disebabkan oleh dasar ekonomi kerajaan
yang menggalakkan kegiatan perniagaan agar dapat meningkatkan tahap produktiviti di
kawasan ini. Para peniaga juga boleh mempelbagaikan medium perniagaan mereka seperti
menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan di kawasan perumahan dan perniagaan
secara atas talian yang mampu meningkatkan hasil pendapatan mereka.

Akihir sekali, faktor kegiatan ekonomi di Bandar Sierra juga disebabkan oleh dasar
sosial kerajaan iaitu mahu meningkatkan taraf pendidikan dan kesihatan penduduk. Dengan
itu, tertubuhnya sekolah-sekolah swasta, pusat tuisyen, klinik- klinik swasta dan farmasi di
Bandar Sierra.

7.2 KESAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP ALAM SEKITAR
Kegiatan ekonomi tidak terkawal terhadap alam sekitar boleh menimbulkan kesan negatif

terhadap alam sekitar. Antara kesannya ialah kepupusan flora dan fauna. Sebagai contohnya,
kegiatan pemecahan batu (kuari) di atas bukit Bandar Sierra menyebabkan banyak pokok-
pokok ditebang dan berlaku kemusnahan habitat haiwan yang terdapat di kawasan hutan.

Selain itu, aktiviti ini turut mengakibatkan penggondolan bukit- bukit di Bandar Sierra
kerana ditarah dan diletupkan semasa kegiatan pemecahan batu dijalankan.

Seterusnya, kesannya juga menyebabkan perubahan landskap iaitu pembinaan
bangunan-bangunan perniagaan dan perumahan menyebabkan berlakunya perubahan pandang
darat yang baharu iaitu dahulunya kawasan Bandar Sierra merupakan kawasan hutan namun
sekarang menjadi kawasan kegiatan ekonomi dan petempatan. Perubahan landskap ini juga
menyebabkan kesan rumah hijau dan juga pemanasan global.

Disediakan oleh: Muhammad Afif Syakir Bin Masturi, 3 Abu Daud

7.3 USAHA- USAHA MENGATASI KESAN KEGIATAN EKONOMI
Antara usaha yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini ialah mengehadkan

kawasan tapak kegiatan ekonomi. Kawasan hutan dan bukit hendaklah dikawal daripada
dimusnahkan secara berterusan. Pihak yang tidak bertanggungjawab hendaklah dikenakan
hukuman yang sewajarnya. Melalui cara tersebut kita dapat mengawal daripada berlakunya
kemusnahan alam sekitar, kesan rumah hijau dan pemanasan global di kawasan persekitaran
Bandar Sierra.

Selain itu, usaha yang boleh diambil ialah mengadakan kempen kesederan
berkaitan pentingnya menjaga alam sekitar. Kempen ini boleh dilakukan oleh pihak berkuasa
dengan kerjasama pihak pemaju perumahan dan semua lapisan masyarakat di Bandar Sierra.
Kempen penanaman pokok juga boleh dibuat bagi mengatasi kesan rumah hijau dan seterusnya
mengimbangi ekosistem setempat. Dengan itu, masyarakat akan lebih cakna untuk menjaga
alam sekitar di samping menjalankan kegiatan ekonomi.

Akhir sekali, langkah yang boleh diambil ialah menggubal akta untuk mengelakkan
kegiatan ekonomi yang boleh merosakkan alam sekitar berlaku secara berleluasa. Misalnya,
akta untuk mengawal kegiatan pemecahan batu (kuari) di Bandar Sierra. Selain itu, akta untuk
mengelakkan pembuangan sisa makanan daripada restoran-restoran perlu diwujudkan. Melalui
cara ini, kesan negatif kegiatan ekonomi dapat dibendung.

Disediakan oleh: Muhammad Afif Syakir Bin Masturi, 3 Abu Daud

7.4 PETA MINDA
TAJUK 7.1: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGIATAN EKONOMI

DI BANDAR SIERRA

Disediakan oleh: Muhammad Afif Syakir Bin Masturi, 3 Abu Daud

8.0 RUMUSAN
Berdasarkan kerja lapangan Geografi ini, terdapat beberapa nilai murni yang telah saya

pelajari. Antaranya ialah nilai menghargai alam sekitar. Sebagai contohnya, kita hendaklah
mengelakkan kegiatan ekonomi yang tidak terkawal sehingga merosakkan alam sekitar. Saya
juga lebih menghargai alam sekitar selepas menyiapkan tugasan ini.

Seterusnya, saya turut mempelajari nilai bekerjasama. Sebagai contohnya kerja
lapangan ini dapat diselesaikan dengan adanya kerjasama yang diberikan oleh para responden
semasa saya menjalankan kerja lapangan ini. Saya juga menyedari pentingnya kerjasama
penduduk Bandar Sierra bagi memastikan kegiatan ekonomi tidak hanya mengaut keuntungan
semata-mata, sebaliknya turut bekerjasama memastikan alam sekitar tidak terjejas. Kesan
negatif kegiatan ekonomi juga dapat dibendung dengan kerjasama yang erat antara penduduk
Bandar Sierra dengan pihak pemaju perumahan dan pihak berkuasa tempatan.

Saya begitu berbangga kerana kawasan kajian saya yang juga merupakan tempat tinggal
saya ini, berpotensi untuk lebih maju dari segi ekonomi pada masa akan datang. Saya juga
berharap kemajuan kegiatan ekonomi di Bandar Sierra adalah seiring dengan usaha menjaga
dan mengekalkan keindahan dan keseimbangan alam sekitar agar dapat diwarisi oleh generasi
akan datang.

Disediakan oleh: Muhammad Afif Syakir Bin Masturi, 3 Abu Daud

9.0 RUJUKAN

1. Buku:
• Ahmad Abd Rahman, Rajini Gauri dan Pau Anak Utek, 2018. Geografi Tingkatan 3.
Johor Bharu: IMS Books Trading SDN.BHD
• Ahmad Ridzuan Bin Abd Rahman, 2018. Geografi KSSM, IMS Trading SDN BHD
• Norasrena Ariffin dan Nur Raihan Idris, 2018. Revisi Geografi Mobil KSSM dan
PT3, PNI Neuron (M) SDN BHD

2. Responden:
• Encik Saharman Bin Jaapar, 44 tahun, Badan Berkanun (KWSP)
• Puan Suriati Binti Ahmad, 45 tahun, Guru
• Puan Suzanah Binti Hj Ahmad, 49 tahun, Guru

3. Gambar-gambar di sekitar tapak kerja lapangan: Bandar Sierra, Kota Kinabalu, Sabah

4. Laman Sesawang (Internet):
• https://kegiatan.eko-kwsn9/.com
• https://kaedah/faktr-?ekonomi.com
• https://blogspot.com

Disediakan oleh: Muhammad Afif Syakir Bin Masturi, 3 Abu Daud

10.0 LAMPIRAN
1. Peta Google Map:

Disediakan oleh: Muhammad Afif Syakir Bin Masturi, 3 Abu Daud

2. Gambar Kawasan Kajian
Kegiatan Pemecahan batu (kuari) di kawasan bukit Bandar Sierra

Antara bangunan premis perniagaan di Bandar Sierra

Restoran dan kedai makan

Disediakan oleh: Muhammad Afif Syakir Bin Masturi, 3 Abu Daud

Klinik-klinik swasta di Bandar Sierra

Farmasi dan kedai gunting rambut

Sekolah swasta dan kedai dobi layan diri

Disediakan oleh: Muhammad Afif Syakir Bin Masturi, 3 Abu Daud

Gambar Di Kawasan Perumahan dan Bangunan Perniagaan Di Bandar Sierra

Disediakan oleh: Muhammad Afif Syakir Bin Masturi, 3 Abu Daud

3. Borang Soal Selidik

BORANG SOAL SELIDIK TUGASAN PENTAKSIRAN GEOGRAFI TINGKATAN 3
TAJUK: KEGIATAN EKONOMI BAGI PETA LAKAR
DI KAWASAN BANDAR SIERRA

MAKLUMAT RESPONDEN
1. NAMA PENUH : SAHARMAN BIN JAAPAR
2. JANTINA : LELAKI ( /) PEREMPUAN ( )
3. UMUR : 44 TAHUN
4. PEKERJAAN : GURU ( )
PETANI ( ) KAKITANGAN AWAM ( ) PENIAGA ( ) KAKITANGAN SWASTA ( )
LAIN- LAIN (/) NYATAKAN: BADAN BERKANUN KWSP
Tandakan ( ∕) pada jawapan pilihana anda. Anda boleh memilih lebih daripada satu jawapan.

1. Pada pandangan anda, apakah faktor kegiatan ekonomi di kawasan Bandar Sierra?
( ) Pemintaan penduduk (/) Dasar kerajaan ( ) Menjana pendapatan penduduk ( ) Lain-
lain. Nyatakan :

2. Berdasarkan pengalaman atau pemerhatian anda, apakah kesan kegiatan ekonomi
terhadap alam sekitar? ( ) Banjir kilat perubahan landskap (/) Kepupusan flora dan
fauna ( ) Lain- lain. Nyatakan:

3. Apakah cadangan anda untuk mengatasi kesan kegiatan ekonomi? (/) Kempen
kesedaran ( ) Mengehadkan tapak kegiatan ekonomi ( ) Menggubal akta ( ) Lain- lain.
Nyatakan:

Disediakan oleh: Muhammad Afif Syakir Bin Masturi, 3 Abu Daud

BORANG SOAL SELIDIK TUGASAN PENTAKSIRAN GEOGRAFI TINGKATAN 3
TAJUK: KEGIATAN EKONOMI BAGI PETA LAKAR
DI KAWASAN BANDAR SIERRA

MAKLUMAT RESPONDEN
1. NAMA PENUH : SURIATI BINTI AHMAD
2. JANTINA : LELAKI ( ) PEREMPUAN (/)
3. UMUR : 45 TAHUN
4. PEKERJAAN : GURU (/)
PETANI ( ) KAKITANGAN AWAM ( ) PENIAGA ( ) KAKITANGAN SWASTA ( )
LAIN- LAIN ( ) NYATAKAN:
Tandakan ( ∕ ) pada jawapan pilihana anda. Anda boleh memilih lebih daripada satu jawapan.

1. Pada pandangan anda, apakah faktor kegiatan ekonomi di kawasan Bandar Sierra?
( ) Pemintaan penduduk (/) Dasar kerajaan (/) Menjana pendapatan penduduk ( )
Lain- lain. Nyatakan :

2. Berdasarkan pengalaman atau pemerhatian anda, apakah kesan kegiatan ekonomi
terhadap alam sekitar? ( ) Banjir kilat ( ) Kemusnahan hutan (/) Kepupusan flora dan
fauna ( ) Lain- lain. Nyatakan:

3. Apakah cadangan anda untuk mengatasi kesan kegiatan ekonomi? (/) Kempen
kesedaran ( ) Mengehadkan tapak kegiatan ekonomi (/) Menggubal akta ( ) Lain-
lain. Nyatakan:

Disediakan oleh: Muhammad Afif Syakir Bin Masturi, 3 Abu Daud

BORANG SOAL SELIDIK TUGASAN PENTAKSIRAN GEOGRAFI TINGKATAN 3
TAJUK: KEGIATAN EKONOMI BAGI PETA LAKAR
DI KAWASAN BANDAR SIERRA

MAKLUMAT RESPONDEN
1. NAMA PENUH : SUZANAH BINTI HJ AHMAD
2. JANTINA : LELAKI ( ) PEREMPUAN (/)
3. UMUR : 49 TAHUN
4. PEKERJAAN : GURU ( /)
PETANI ( ) KAKITANGAN AWAM ( ) PENIAGA ( ) KAKITANGAN SWASTA ( )
LAIN- LAIN ( ) NYATAKAN:
Tandakan ( ∕ ) pada jawapan pilihana anda. Anda boleh memilih lebih daripada satu jawapan.

1. Pada pandangan anda, apakah faktor kegiatan ekonomi di kawasan Bandar Sierra?
( /) Pemintaan penduduk ( ) Dasar kerajaan ( ) Menjana pendapatan penduduk ( )
Lain- lain. Nyatakan :

2. Berdasarkan pengalaman atau pemerhatian anda, apakah kesan kegiatan ekonomi
terhadap alam sekitar? ( ) Banjir kilat ( ) Kemusnahan hutan () Kepupusan flora dan
fauna ( ) Lain- lain. Nyatakan:

3. Apakah cadangan anda untuk mengatasi kesan kegiatan ekonomi? ( ) Kempen
kesedaran ( ) Mengehadkan tapak kegiatan ekonomi (/) Menggubal akta Lain- lain.
Nyatakan:

Disediakan oleh: Muhammad Afif Syakir Bin Masturi, 3 Abu Daud


Click to View FlipBook Version