PROJEK PENAAKULAN
LOGIK
PENINGKATAN PARAS
LAUT DAN
PERUBAHAN SUHU
BAGI LIMA TAHUN
TERKINI
MATEMATIK
TINGKATAN 4
NAMA: CLARA VELNA LUIS
KELAS: 4 STEM 1
GURU MATAPELAJARAN: ROHANI AHMAD
ISI KANDUNGAN
BIL. KANDUNGAN MUKA SURAT
1 Pengenalan kepada isu peningkatan paras laut 2-3
2 Kesimpulan secara deduktif mengenai perubahan paras 4
laut bagi tahun terkini
3 Faktor – faktor yang mengakibatkan peningkatan paras 5
laut
4 Kesan aktiviti manusia terhadap peningkatan paras laut 6
5 Langkah – langkah untuk mengatasi peningkatan paras 7
laut 8
6 Kesimpulan
A) PENGENALAN KEPADA ISU PENINGKATAN PARAS LAUT.
Peningkatan paras laut ialah satu isu yang kritikal bagi seluruh dunia sekarang.
Peningkatan paras laut berkait rapat dengan perubahan suhu di permukaan bumi.
Pemanasan global atau pemanasan sejagat berkaitan dengan peningkatan
suhu dunia. Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut
benua dan kawasan tertentu. Kajian mendapati kawasan Artik lebih pantas menjadi
panas berbanding kawasan lain. Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh
10,000 tahun tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja,
jarak hanya 2 generasi sahaja.
Suhu bumi meningkat sejak tahun-tahun 90-an. Kajian mendapati iklim panas
melampau di Perancis, iklim lebih panas di rantau Siberia dan pencairan "permafrost"
(lapisan tanah yang kekal beku di rantau paling sejuk) terutamanya di rantau Artik.
Ahli sains meramalkan keseluruhan ais laut di Artik akan cair pada musim panas 2099.
Litupan ais Greenland dan Antartika Barat akan mencair . Paras laut akan meningkat
kira-kira 7 meter secara mendadak.
Rekod sampel teras dari kutub selatan, jadual pasang-surut laut, dan
kebelakangan ini, pengukuran satelit telah menunjukkan kenaikan purata paras laut
dunia sebanyak 10 hingga 20 sentimeter dalam abad ini. Tetapi, sejak 20 tahun
kebelakangan ini, kadar peningkatan tahunan telah mencecah 3.2 milimeter setahun,
hampir dua kali ganda purata kelajuan untuk baki 80 tahun sebelum itu.
Pesisiran pantai serta tanah permukaan rendah di Malaysia akan hilang
ditenggelami air laut secara kekal antara 0.2 meter sehingga 1.06 meter menjelang
2100 akibat kenaikan paras laut yang disebabkan pemanasan global.
Kawasan yang paling kritikal berdepan ancaman ditenggelami air laut adalah di
sepanjang timur laut dan pantai barat Semenanjung, pantai timur Sabah dan pantai
barat daya Sarawak.
B) KESIMPULAN SECARA DEDUKTIF MENGENAI PERUBAHAN
PARAS LAUT BAGI LIMA TAHUN TERKINI.
L = T(0.54T² + 0.39T + 7.7)
Tahun 2016 2017 2018 2019 2020
Suhu* 27.28°C 28.78°C 30.28°C 31.78°C 33.28°C
Paras Laut 11463.22 13417.23 15582.80 17970.86 20592.35
(Suhu dianggarkan meningkat dengan kadar 1.5°C setiap tahun)
Premis 1: Pemanasan global yang berlaku di seluruh dunia memberikan kesan
kepada bentuk muka bumi.
Kesimpulan: Maka, peningkatan paras laut merupakan satu kesan kepada bentuk
muka bumi yang disebabkan oleh perubahan suhu.
= Hujah deduktif
* (Perubahan suhu berlaku secara tidak konsisten dalam situasi yang sebenar)
C) FAKTOR – FAKTOR YANG MENGAKIBATKAN
PENINGKATAN PARAS LAUT
Pada abad yang lalu, pembakaran bahan api fosil, aktiviti-aktiviti manusia dan
semula jadi telah melepaskan banyak gas yang memerangkap haba ke dalam
atmosfera. Pelepasan gas-gas ini telah menyebabkan suhu permukaan Bumi
semakin meningkat. Lautan memainkan peranan dengan memerangkap dan
menyimpan 80 peratus daripada haba-haba yang berlebihan ini. Kenaikan paras laut
dikaitkan kepada tiga faktor utama, yang semuanya disebabkan oleh perubahan
iklim dunia dan pemanasan global.
Faktor utama yang menyebabkan peningkatan paras laut ialah kecairan
glasier dan litupan ais di Kutub. Kebiasannya glasier dan litupan ais akan cair pada
kadar yang tetap pada musim panas. Apabila musim sejuk tiba, salji yang dihasilkan
daripada air laut yang menguap, akan mengimbangi kembali kadar kecairan.
Semenjak kebelakangan ini, suhu tinggi yang berpanjangan hasil daripada
pemanasan global telah mengakibatkan kadar kecairan salji yang lebih cepat dan
tinggi. Tambahan pula, kecairan salji juga disebabkan oleh musim sejuk yang lewat
dan musim bunga yang tiba lebih awal. Ketidakseimbangan ini telah memberi kesan
kepada pengaliran lawan penguapan di laut, dan kesannya ialah kenaikan paras laut.
Selain itu, pengembangan haba juga menjadi pendorong kepada peningkatan
paras laut. Hal ini dikatakan demikian kerana, apabila air dipanaskan, ia akan
mengembang. Hampir separuh daripada kenaikan paras laut dalam beberapa abad
yang lalu disebabkan oleh suhu laut yang lebih panas dan memerlukan lebih banyak
ruang. Apabila ini berlaku, ia menyebabkan paras laut meningkat.
Disamping itu, kelesapan ais di Greenland dan Antartika Barat menyumbang
kepada peningkatan paras laut. Sebagai mana yang kita maklum, bagi glasier dan
litupan ais, kenaikan suhu telah mempercepatkan kecairan litupan ais yang besar di
Greenland dan Antartika. Ahli sains juga percaya bahawa ais yang cair di permukaan
dan lautan di bawah litupan ais sedang mengalami kecairan pada kadar yang lebih
cepat.
Seterusnya, faktor lain yang mengakibatkan peningkatan paras laut ialah
perubahan iklim. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan terjadinya perubahan
iklim antaranya ialah aktiviti manusia iaitu penggunaan kenderaan bermotor dan
pembakaran di kilang. Penggunaan kenderaan bermotor menyebabkan pelepasan
karbon dioksida dari pembakaran petrol untuk pengangkutan. Maka, terjadinya
pemanasan global dari penggunaan kenderaan bermotor dan menyebabkan
peningkatan paras laut.
D) KESAN AKTIVITI MANUSIA TERHADAP PENINGKATAN
PARAS LAUT
Semasa paras laut meningkat pada kadar yang cepat, penambahan yang sedikit
akan mendatangkan kesan yang buruk kepada habitat di pesisiran pantai. Jika air
laut memasuki kawasan yang lebih dalam di pedalaman, ia akan menyebabkan
hakisan, pembanjiran kawasan seperti kawasan paya bakau dan tumbuhan di tepi
sungai, pencemaran di kawasan tadahan air tawar dan kawasan penanaman,
kehilangan habitat burung, ikan dan juga tumbuh-tumbuhan.
Apabila ribut besar melanda dan air laut berada yang paras lebih tinggi, maka
ia akan menyebabkan ribut yang lebih besar dan berkemampuan untuk
memusnahkan apa sahaja yang berada di laluannya. Peningkatan paras air laut juga
akan mengganggu saluran air sungai dan air bawah tanah yang digunakan manusia
untuk dibuat minuman.
Selain itu, berjuta-juta orang yang tinggal di kawasan tersebut akan terdedah
kepada banjir kilat. Kenaikan paras laut yang tidak terkawal akan memaksa mereka
meninggal tempat tinggal mereka dan berpindah ke tempat yang lain. Pulau-pulau
kecil seperti Maldives dan Tuvalu akan ditenggelami air sepenuhnya.
E) LANGKAH – LANGKAH UNTUK MENGATASI PENINGKATAN
PARAS LAUT
Peningkatan paras laut mengakibatkan banyak kesan negatif yang memudaratkan
manusia serta mengacam nyawa terutamanya mereka yang menetap di persisiran
pantai. Peningkatan paras laut mampu diatasi dengan beberapa langkah iaitu
melalui tindakan mitigasi dan adaptasi.
Tindakan mitigasi ialah satu usaha untuk mengurangkan kesan kerosakan
pada persekitaran. Hal ini dikatakan demikian kerana, kita semua tahu kesan
persekitaran adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan merupakan sebahagian
daripada fenomena alam. Sekiranya mitigasi tidak dilakukan, bencana alam seperti
gempa bumi boleh berlaku.
Antara tindakan mitigasi yang dapat dilakukan bagi mengatasi peningkatan paras
laut ialah:
• Mengurangkan pelepasan gas rumah hijau yang sudah ada di atmosfera
• Menggunakan bahan api yang mengandungi karbon rendah
• Mencegah pembebasan karbon dioksida ke atmosfera dengan menyimpan gas
atau komponen karbonnya di tempat lain
• Mengekalkan lebih banyak tanaman pokok
Selain itu, tindakan adaptasi pula ialah usaha untuk menyesuaikan diri
dengan persekitaran. Prosesnya dilakukan dengan bertindak balas terhadap
perubahan sehingga mereka dapat bertahan.
Antara tindakan adaptasi yang dapat dilakukan bagi mengatasi peningkatan paras
laut ialah:
• Memastikan tiada kawasan saluran air yang tersumbat dengan sampah sarap
• Memperluaskan kawasan parit dan saluran air
• Mendirikan pembangunan infrastruktur untuk melindungi pantai
• Memindahkan kawasan perindustrian ke kawasan yang lebih tinggi dan
selamat
KESIMPULAN
Kebanyakan ramalan dan kajian telah mengesahkan bahawa pemanasan
global akan berlarutan dan kian memberi kesan yang buruk. Paras laut dijangka
akan terus meningkat, tetapi kadar peningkatannya sukar untuk diramal.
Dalam satu kajian yang telah dijalankan, paras laut akan naik sebanyak 0.8
hingga 2 meter pada tahun 2100, yang cukup untuk menenggelamkan banyak
bandar di pesisiran pantai di seluruh dunia.
Di samping itu, sekiranya litupan ais di Greenland telah cair sepenuhnya,
maka paras laut dunia akan naik sebanyak 7 meter. Keadaan ini boleh menyebabkan
bandar-bandar besar seperti New York, London, Kuala Lumpur dan bandar-bandar
lain ditenggelami air sepenuhnya.