IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT
TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN
PALS1012 ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU
TUGASAN 3: PENULISAN
NAMA :NIK NUR HALISA BINTI NIK MAT
ANGKA GILIRAN :2021292310010
NO. TELEFON :0179642259
OPSYEN :BAHASA MELAYU 1
AMBILAN
KOD KURSUS :JUN 2021
NAMA KURSUS :PALS1012
NAMA PENSYARAH :ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU
JABATAN/UNIT :PN NORZEHA BINTI OTHMAN
TARIKH SERAHAN : PERANCANGAN,PENYELIDIKAN DAN
INOVASI
:26 MEI 2022
Pengesahan Pelajar:
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki
dan fahami.
Catatan (jika ada):
Tandatangan pelajar: halisa Tarikh: 26 MEI 2022
1
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN……………………………………………………………………..…3
1.0 PENGENALAN………………………………………………………………….….4-5
2.0 ANALISIS PRODUK TEKNOLOGI HIJAU…………………………………..…...6
2.1 SUMBER TENAGA……………………………………………………………..…..7
2.2 PENGURUSAN SISA PEPEJAL……………………………………………..…...8
2.3 BANGUNAN………………………………………………………………….……...9
2.4 PERTANIAN DAN PERHUTANAN……………………………………………….10
3.0 PENUTUP…………………………………………………………………………...11
RUJUKAN………………………………………………………………………………..12
2
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dikurniakan kesihatan yang baik oleh
Allah SWT. Setinggi-tinggi kesyukuran kerana saya dapat menggunakan masa yang
diberikan dengan bermanfaat untuk menyiapkan tugasan 3 PALS 1012 dengan sebaik
mungkin. Tanpa sokongan dan dorongan oleh ahli keluarga yang tersayang, tidak mungkin
saya dapat menyiapkan tugasan pentaksiran berterusan ini. Tidak lupa juga, kepada insan
yang amat berjasa dan banyak mencurahkan ilmu kepada saya dalam menyiapkan proses
pembentukan tugasan esei ini iaitu Puan Norzeha binti Othman. Beliau juga seorang yang
pandai dalam mengambil hati para pelajarnya walaupun tegas dalam menjalankan tugas.
Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang memberi bantuan secara langsung ataupun
tidak langsung kepada saya.
3
1.0 PENGENALAN
Penerapan amalan teknologi hijau sangat penting untuk didedahkan kepada
masyarakat namun terdapat ramai lagi yang keliru mengenai konsepnya. Teknologi hijau
merujuk kepada pembangunan produk, peralatan dan sistem yang mana sebagai inisiatif
untuk memulihara dan memelihara alam sekitar serta sumber alam semula jadi. Hal ini
sangat berketepatan dengan konsep teknologi hijau di negara kita seperti motto Kami Mahu
Gaya Hidup Lestari dalam kelab Rakan Alam Sekitar seperti yang ditunjukkan pada logo di
bawah. Kelab ini ditubuhkan supaya masyarakat memperoleh kesedaran untuk memupuk
rasa tanggungjawab dalam diri untuk mengamalkan gaya hidup lestari.
Amalan penggunaan teknologi hijau sememangnya mempunyai matlamat yang
sangat jelas demi kebaikan bersama. Sekiranya amalan ini tidak diterapkan, sumber semula
jadi akan terjejas dan kualiti udara akan tercemar yang akan menyumbang kepada penyakit
berisiko. Maka, pengurusan sumber semula jadi perlulah dilaksanakan dengan sebaik
mungkin supaya generasi pada masa hadapan dapat hidup dalam persekitaran yang tenang
dan selesa. Antara matlamat penggunaan teknologi hijau adalah dapat meningkatkan tahap
kesihatan dan kehidupan seseorang. Hal ini demikian kerana asap-asap yang berasal
daripada kenderaan dan kilang-kilang ini mengeluarkan merkuri yang memberi impak
kepada hidupan di atas muka bumi ini. Sebagai contohnya, manusia yang kerap terdedah
dengan asap-asap tersebut akan mengalami penyakit kulit, salur pernafasan akan tersumbat
4
dan banyak lagi. Malah, golongan yang berisiko seperti warga emas perlu sentiasa
berwaspada. Oleh itu, pengeluaran asap-asap tersebut hendaklah diminimumkan supaya
kesihatan masyarakat terjamin. Selain itu, ekosistem semula jadi dapat dilindungi dengan
adanya kawalan dalam penggunaannya. Bukan itu sahaja, matlamatnya adalah
menguarangkan impak negatif daripada aktiviti manusia kerana pihak yang
bertanggungjawab akan memainkan peranan yang sewajarnya dalam mengawal kegiatan
yang tidak sepatutnya. Sebagai contohnya, tindakan undang-undang akan dikenakan
kepada individu yang menyalahguna kebebasan yang diberikan. Dapat menggalakkan
perkembangan ekonomi juga merupakan antara matlamatnya. Hal ini demikian kerana,
terdapat ramai individu yang bersikap kreatif dan kritis dalam melaksanakan inovasi
berkaitan dengan alam sekitar yang dapat menyumbang kepada ekonomi negara.
Seiiring dengan revolusi perindustrian 4.0, negara kita telah mengalami banyak
perubahan. Hal bermaksud bahawa penggunaan mesin robot dalam melakukan sesuatu
proses telah kian bertambah berbanding dengan penggunaan tenaga manusia. Dalam
revolusi ini, pembinaan bangunan dan kegiatan perindustrian semakin berkembang maju
dan proses pembuatannya juga canggih dan moden sehingga menyebabkan banyak kesan
negatif yang berlaku terutama sekali kepada kelestarian alam sekitar. Misalnya, suhu
persekitaran akan meningkat dan menyebabkan haba kerana kekurangan tanaman hijau
malah pantulan cahara matahari akan terkena terus kepada cermin bangunan yang tinggi
melangit tersebut. Tanaman hijau ini akan memberikan fungsi iaitu merendahkan suhu haba
dan udara akan menjadi sejuk. Terdapat 5 sektor dalam teknologi hijau iaitu sumber
tenaga,pengurusan sisa pepejal,bangunan,pengangkutan dan pertanian. Oleh itu, orang
ramai perlulah memastikan kelestarian alam terjaga dan sumber semula jadi dapat diuruskan
dengan efektif tanpa wujudnya pembaziran. Sebagai contohnya, tidak membuang sampah di
merata tempat, mengasingkan sampah mengikut jenisnya, mewujudkan zon larangan
merokok, menggunakan air bersih dengan cekap dan banyak lagi.
5
2.0 ANALISIS PRODUK TEKNOLOGI HIJAU
Produk teknologi hijau merupakan sesuatu produk atau sistem yang dapat memberi
fungsi kebaikan dan manfaat kepada semua orang. Produk tersebut mempunyai ciri-ciri
seperti boleh dikitar semula atau dengan amalan 5R. 5R merujuk kepada ‘rethink’ (fikir
semula), ‘repair’ (baik pulih), ‘reuse’ (guna semula), ‘recycle’ (kitar semula) dan ‘reduce’
(kurangkan). Melalui amalan kitar semula, bahan yang kita sudah tidak gunakan akan dapat
diproses dengan cara yang baik tanpa mengakibatkan ancaman pencemaran dan
pembaziran. Sebagai contohnya, sampah-sampah seperti kertas, botol plastik,tin
minuman,botol kaca perlulah dilupuskan dengan cara yang betul iaitu mengasingkan
mengikut tong sampah yang betul berdasarkan warna masing-masing seperti gambar di
bawah agar kuantiti bahan buangan dapat dikurangkan.
Ciri yang seterusnya adalah selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran
yang sihat dan lebih baik. Hal ini demikian kerana negara kita berhasrat untuk mencapai
negara yang bebas daripada kemerosotan alam kelestarian. Produk perlu selamat untuk
digunakan kerana semua peringkat umur dapat menggunakannya dan mesra alam sekitar.
Akhir sekali, dapat menggalakkan penggunaan sumber bahan yang boleh diperbaharui.
Sumber tersebut dapat menampung kehidupan manusia demi memastikan kelangsungan
hidup berjalan lancar. Sebagai contonya, sumber air merupakan sumber yang boleh
diperbaharui. Oleh itu, manusia perlulah menggunakan air dengan cekap supaya sumber
bahan semula jadi dapat dipelihara dengan sebaik mungkin.Maka, dengan wujudnya produk
teknologi hijau ini, diharapkan agar kelestarian alam sekitar dapat dipelihara dan dipulihara
dengan sokongan dan peranan oleh semua pihak.
6
2.1 SUMBER TENAGA
Sumber tenaga merujuk kepada tenaga yang boleh diperbaharui seperti biojisim,air
dan angin manakala tenaga yang tidak boleh diperbaharui adalah arang batu,gas asli dan
petroleum. Penggunaan sumber tenaga yang berlebihan seperti petroleum akan
menyebabkan ia semakin berkurangan dan sukar untuk dicari. Namun begitu, pembakaran
bahan api fosil telah memberikan impak yang besar kepada hidupan dan alam sekitar.Hal ini
demikian kerana gas karbon monoksida yang menjadi karbon dioksida akan berkumpul dan
termendap di lapisan permukaan udara. Perkara ini akan menjurus kepada pemanasan
global iaitu wujudnya masalah kemarau yang berpanjangan dan kebakaran hutan kerana
suhu di bumi akan meningkat. Maka, produk teknologi hijau yang dapat dijadikan sebagai
inisiatif adalah dengan menggunakan kenderaan hibrid iaitu adanya enjin pembakaran
dalaman dan penggunaan elektrik. Kaedah ini bersifat mesra alam kerana mengeluarkan
asap toksik pada tahap yang rendah dan menjimatkan tenaga. Pencemaran udara juga
dapat dikawal dengan seimbang dan kualiti udara dapat ditambah baik.
7
2.2 PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Sisa pepejal merupakan apa-apa bahan yang berlebihan dan sudah tidak diperlukan
lagi. Masyarakat di luar sana perlu sentiasa peka dengan pengurusan sisa pepejal rentetan
pertambahan penduduk yang semakin meningkat di negara kita. Sisa pepejal yang dibuang
di merata-rata tempat akan menyebabkan kesan buruk kepada alam sekitar iaitu
pencemaran tanah. Hal ini demikian berlaku kerana sisa pepejal mengandungi pelbagai
benda asing seperti bahan kimia dan bahan-bahan berisiko yang lain akan mengubah
komposisi semula jadi tanah tersebut. Masalah ini terjadi disebabkan air daripada sisa
pepejal itu akan membebaskan sisa toksik seperti racun serangga, logam berat dan lain-lain
terus ke dalam tanah. Sisa pepejal ini dapat diatasi melalui cara pengasingan dan kitar
semula. Hal ini demikian kerana pembuangan bahan-bahan kitar semula akan dapat
dikurangkan dan sisa pepejal di tapak pelupusan juga berkurang. Dengan mengasingkan
sisa-sisa tersebut ke dalam tong sampah yang telah disediakan, maka bahan-bahan yang
dapat dikitar semula dapat digunakan lagi dan dapat mendidik masyarakat supaya
menghargai sisa-sisa pepejal sebagai satu sumber negara.
8
2.3 BANGUNAN
Dalam sektor bangunan ini, teknologi hijau perlu dipraktikkan dan diamalkan semasa
pembinaan, pengurusan, pemuliharaan dan pemusnahan bangunan. Produk teknologi hijau
bagi sektor bangunan adalah memperbanyakkan konsep bangunan hijau. Hal ini demikian
kerana dapat memberikan banyak kesan positif kepada negara kita iaitu kualiti kesihatan
masyarakat akan terjamin dan produktiviti dapat ditingkatkan. Hasrat tersebut dapat dicapai
melalui dengan menanam lebih banyak lagi pokok-pokok yang segar di sekitar kawasan
bangunan tersebut di samping menaiktaraf sistem pengudaraan supaya golongan yang
berisiko seperti yang menghidap penyakit asma dan paru-paru dapat menghirup udara yang
lebih nyaman dan selesa. Terdapat juga kecekapan penggunaan elektrik kerana dalam
konsep ini, ia lebih mesra alam kerana menggunakan pengcahayaan yang bersifat semula
jadi.Misalnya, kawasan bangunan yang mengamalkan teknologi hijau seperti gambar di
bawah.
9
2.4 PERTANIAN DAN PERHUTANAN
Sektor pertanian dan perhutanan merujuk kepada bilangan masyarakat yang semakin
meningkat kependudukannya di atas muka bumi ini yang menyebabkan keluasan tanah
yang baharu bagi keperluan mereka dan permintaan terhadap sumber makanan juga
meningkat. Berlakunya aktiviti-aktiviti oleh individu yang tidak bertanggungjawab tanpa
kawalan yang ketat telah menimbulkan isu semasa global di negara kita. Antara isunya
adalah berlaku kejadian tanah runtuh, banjir besar, kepupusan flora fauna serta habitatnya
dan banyak lagi. Hal ini berlaku disebabkan oleh kegiatan manusia iaitu aktiviti penerokaan
hutan yang berleluasa. Mereka menebang pokok-pokok supaya tanah hutan tersebut dapat
dijadikan sebagai kawasan penempatan, perindustrian, pertanian dan lain-lain tanpa
mempedulikan wujudnya ancaman terhadap hidupan yang lain. Bukan itu sahaja, kawasan
tanah ini juga telah terdedah dengan penggunaan racun serangga yang mengandungi
banyak bahan kimia yang dijalankan oleh para petani. Aktiviti ini telah menjadikan keasidan
tanah meningkat dan tercemar. Bahkan tanah ini tidak digalakkan untuk dijadikan sebagai
tanah pertanian kerana kondisi tanah itu sendiri dan lebih teruk lagi. Produk teknologi hijau
yang sesuai untuk mengatasi isu-isu semasa global ini adalah melalui cara rawatan dan
pemprosesan dengan menghasilkan baja kompos. Inisiatif tersebut adalah untuk
mengekalkan keseimbangan alam semula jadi. Dengan menggunakan baja kompos yang
merupakan baja organik, maka tanah akan memperoleh nutrien yang secukupnya dan
berterusan malah struktur tanah dapat diperbaiki daripada penggunaan racun serangga
tersebut.
10
3.0 PENUTUP
Sebagai kesimpulannya, isu-isu semasa global berkaitan alam sekitar ini telah
mendatangkan impak yang besar kepada negara Malaysia. Semua hidupan yang hidup turut
terjejas dengan masalah yang wujud ini. Isu-isu yang ada tersebut tidak akan berlaku
sekiranya bukan berpunca daripada kerakusan manusia itu sendiri yang mementingkan
urusan duniawi. Oleh itu, dengan kewujudan produk teknologi hijau ini, masalah ini akan
dapat dikurangkan. Masyarakat akan menjalani kehidupan dengan selesa dan tenang tanpa
adanya ancaman. Hidupan air juga hidup dengan selamat dan dalam jangka hayat yang
panjang. Konklusinya, masyarakat perlulah sentiasa menanamkan rasa tanggungjawab
dalam diri masing-masing agar hidup dalam konsep kelestarian hijau. Hal ini sangat penting
dan bermanfaat kepada semua orang kerana setiap pencemaran akan dapat diatasi dan
tinggal dalam kualiti persekitaran udara yang bersih iaitu bebas daripada segala ancaman.
11
RUJUKAN
Azhar Sulaiman & Mohamad Abu Daud. (2016) .Asas Kelestarian. Aras Mega (M) sdn.bhd.
Taufik Ibrahim. ( 202, Mac 2021). SAINS Tingkatan 4 KSSM I BAB 4 Teknologi Hijau dlm
Melestarikan Alam I 4.1 Kelestarian Alam Sekitar. Youtube.
https://www.youtube.com/watch?v=sMKXpkWKdgo
Nadhirah Rasyid. ( 2021, Ogos 25 ). Kereta Hibrid: Fungsi, Kelebihan dan Kekurangan.
https://www.qoala.app/my/blog/gaya-hidup/automotif/kereta-hibrid/
Zafir Mohd Makhbul, Fazilah Mohamad Hasun & Mohd Nazmy Abd Latif. (2018 ).Proceeding
of the 5th International Conference on Management and Muamalah 2018 (ICoMM
2018). http://conference.kuis.edu.my/icomm/5th/images/e-proceeding/IC-016.pdf
Alamflora Appreciating Life. (2018, Disember 1 ). Amalan konsep 5R demi kelangsungan
hidup generasi masa depan. http://www.alamflora.com.my/amalan-konsep-5r-demi-
kelangsungan-hidup-generasi-masa-depan/
12