SK INDERA MAHKOTA UTAMA PENERANGAN BERKAITAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) & UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) DISEDIAKAN OLEH; UNIT KURIKULUM SKIMU
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD bukanlah untuk membandingkan tahap penguasaan antara seorang murid dengan murid yang lain, tetapi ia bertujuan untuk melihat perkembangan kemajuan murid dalam pembelajaran di samping membantu guru menambah baik pengajaran mereka.
SOALAN LAZIM 1. Bagaimana PBD dilaksanakan? ▪PBD berlaku secara formatif dan sumatif. ▪ Formatif : ▪ Tugasan mingguan ▪ Latihan harian ▪ Soal jawab semasa PdPc ▪ Portfolio ▪Sumatif : ▪ Ujian (Contoh: Pentaksiran Pertengahan Tahun, UASA) ▪ Kuiz 2. Apakah kaedah pentaksiran PBD yang digunakan oleh guru? ▪Pemerhatian ▪Penulisan ▪ Lisan ▪ Melalui kerja projek, kuiz, pembentangan dan-lain- lain aktiviti pembelajaran, berdasarkan Standard Prestasi dan pertimbangan profesional guru
3. Apakah matapelajaran yang terlibat dalam PBD? ▪ Semua matapelajaran KSSR 4. Berapa kerap PBD perlu dilaporkan? ▪ Pelaporan PBD dibuat sekurang-kurangnya 2 kali setahun 5. Apakah yang dimaksudkan dengan Tahap Penguasaan (TP)? ▪ Tahap Penguasaan merupakan satu bentuk pernyataan pencapaian yang menunjukkan perkembangan murid. ▪ Terdapat enam Tahap Penguasaan yang menunjukkan aras penguasaan yang disusun secara hierarki iaitu TP 1 hingga TP 6. 6. Apakah perbezaan diantara PBD dan UASA? ▪ PBD adalah penilaian yang menyeluruh dijalankan sepanjang tahun manakala UASA pula adalah penilaian sumatif sahaja ▪ Hasil UASA ini boleh dijadikan salah satu komponen penilaian PBD murid.
UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA)
UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) adalah satu penilaian besar yang diambil pada akhir sesi akademik oleh pelajar untuk menguji pengetahuan dan kemahiran mereka. UASA biasanya merangkumi soalan yang mencabar dan berdasarkan kurikulum yang telah dipelajari dalam tempoh sesi akademik tersebut. Ujian ini melibatkan soalan objektif seperti pilihan berganda dan soalan subjektif seperti esei dan karangan. UASA adalah satu-satunya masa di mana pelajar dapat menunjukkan pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang telah dipelajari sepanjang sesi akademik tersebut.
SOALAN LAZIM 1. Mengapakah diadakan UASA? ▪ UASA bertujuan untuk mengumpulkan data mengenai pencapaian akademik para murid dan kandungan yang telah dipelajari sepanjang sesi pembelajaran akademik. Ini memberikan gambaran yang komprehensif tentang kemajuan, kebolehan, dan pencapaian murid. Dengan demikian, informasi ini dapat membantu guru merancang dan melaksanakan intervensi yang diperlukan untuk membangunkan potensi setiap murid secara efektif. 2. Siapakah yang terlibat dalam UASA? ▪ Ujian ini akan melibatkan pelajar sekolah rendah Tahap Dua iaitu Tahun 4, Tahun 5, dan Tahun 6, dalam sesi akademik semasa.
3. Apakah matapelajaran terlibat dalam UASA? ▪Bagi murid sekolah rendah Tahun 4, 5 dan 6, instrumen pentaksiran UASA melibatkan (5) lima mata pelajaran iaitu: ▪ Bahasa Melayu ▪ Bahasa Inggeris ▪ Matematik ▪ Sains ▪ Sejarah ▪Soalan bagi mata pelajaran UASA ini disediakan sendiri oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia. Markah penuh bagi mata pelajaran UASA adalah 50 markah. ▪ Namun begitu, mata pelajaran elektif yang lain boleh dinilai oleh pihak sekolah sebagai salah satu penilaian tambahan. Soalan bagi mata pelajaran elektif ini disediakan oleh pihak sekolah dengan markah penuh sebanyak 100 markah.
4. Adakah Tahap 1 terlibat dengan UASA? ▪Bagi murid tahun 1, tahun 2 dan tahun 3, pelaksanaan ujian boleh dijalankan tetapi hanya di peringkat dalaman sekolah sahaja. Soalan bagi kesemua mata pelajaran disediakan sepenuhnya oleh pihak sekolah. Markah penuh bagi kesemua mata pelajaran adalah sebanyak 50 markah dan tahap penguasaan bagi UASA adalah berdasarkan markah yang diperoleh. 5. Adakah markah UASA menunjukkan keputusan PBD murid? ▪ Tidak. UASA melibatkan semua mata pelajaran dalam komponen ujian bertulis sahaja, sementara komponen lain seperti ujian lisan, amali, dan lain-lain akan dijalankan secara berterusan dalam Pembelajaran Berterusan (PBD).
PENILAIAN / PENYATAAN TAHAP PENGUASAAN PBD DAN UASA
Berikut adalah penyataan tahap penguasaan bagi PBD dan UASA: TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 1 Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan Kemahiran asas atau memberi respon terhadap perkara yang asas. 2 Murid menunjukkan kefahaman dengan menjelaskan sesuatu perkara yang dipelajari dalam bentuk komunikasi. 3 Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran atau tugasan pada suatu situasi. 4 Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran atau tugasan iaitu mengikut prosedur atau secara analitik dan sistematik. 5 Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran atau tugasan pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara analitik dan sistematik serta tekal dan bersikap positif. 6 Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara analitik, sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif dalam penghasilan idea baharu serta boleh dicontohi.
SEKIAN