The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG (TPP) MELALUI PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norhaslindaburhan, 2022-05-31 04:58:55

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2021

MEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG (TPP) MELALUI PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN

Keywords: TPP,KAJIAN TINDAKAN

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN

PERINGKAT NEGERI PAHANG

"Memacu Transformasi Pendidikan Pahang (TPP)
Melalui Pembudayaan Kajian Tindakan"

MASA : 01 - 02 JUN 2022 | RABU DAN KHAMIS
TEMPAT : SEKTOR SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN, JPN PAHANG
ANJURAN : JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG



Diterbitkan oleh :

Jabatan Pendidikan Negeri Pahang
Bandar Indera Mahkota
25604 Kuantan
Pahang Darul Makmur

Hak cipta @ JPN Pahang 2021

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang dalam apa-apa juga
bentuk dan dengan apa-apa juga cara baik secara elektronik, fotostat,

mekanik, rakaman atau cara lain, mana-mana bahagian kandungan buku ini
sebelum mendapat izin bertulis daripada

Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Pahang Darul Makmur.

Sebarang penulisan termasuk pendapat, perbincangan, pandangan
dan rekomendasi yang dilaporkan dalam buku ini sepenuhnya daripada

penulis artikel berkenaan dan bukannya dari penganjur.
Pihak penganjur, editor dan penerbit tidak akan bertanggungjawab
di atas sebarang ganti rugi secara langsung atau tidak langsung atau

lain-lain yang timbul berkaitan artikel tersebut.

Alamat surat menyurat :

Jabatan Pendidikan Negeri Pahang
Bandar Indera Mahkota
25604 Kuantan
Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5715700
Faks : 09-5734857

E-mel : [email protected]

Dicetak oleh :

P&C Pekan Centre (Ca0182533-U)
No.2 Tingkat Bawah,

Taman Peramu Makmur,
26600 Pekan, Pahang

E-mel : [email protected]

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2021
“MEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG (TPP) MELALUI PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN”

KANDUNGAN

Kata Alu-aluan iv
Pengarah Pendidikan Pahang
Jabatan Pendidikan Negeri Pahang…………………………………………………………………………………………

Jawatankuasa Pelaksana………………………………………………………………………………………………………………… v
Panel Penilai…………………………………………………………………………………………………………………………………… vi
Jurulatih Utama……………………………………………………………………………………………………………………………… vii
Atur Cara Program…………………………………………………………………………………………………………………………… ix
Keynote Speaker - Biodata and Keynote Address ………………………………………………………………………… x
Jadual Sidang Selari & Senarai Pembentang……………………………………………………………………………… xii
Abstrak……………………………………………………………………………………………………………………………………… 1 - 31
Jawatankuasa Kerja……………………………………………………………………………………………………………………… 32
Penghargaan………………………………………………………………………………………………………………………………… 34

iii

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2021
“MEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG (TPP) MELALUI PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN”

Kata Alu-Aluan

Pengarah Pendidikan Pahang
Jabatan Pendidikan Negeri Pahang

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera

Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya, Kolokium Kajian Tindakan Peringkat
Negeri Pahang 2021 “Memacu Transformasi Pendidikan Pahang (TPP) Melalui
Pembudayaan Kajian Tindakan” dapat direalisasikan.

Penganjuran kolokium ini adalah selaras dengan Transformasi Pendidikan Pahang yang
bertunjangkan CITra Pahang (Change, Innovation, Transformation) melalui Inisiatif #2:
Pemantapan Kebitaraan Guru, di mana salah satu strateginya adalah membudayakan
Kajian Tindakan dalam kalangan guru-guru di Negeri Pahang.

Amalan terbaik pembelajaran adalah indikator kepada potensi guru untuk cenderung
menghasilkan Kajian Pembelajaran bersifat emprical study dalam mempertingkatkan kualiti
pedagogi, membentuk budaya kolaboratif ilmu bersama ahli akademik dan seterusnya
menguji softskill guru di bilik darjah berdasarkan bidang kepakaran. Jabatan Pendidikan
Pahang amat yakin melalui perkongsian pintar di antara guru adalah landasan memastikan
warga pendidik bukan sahaja mempunyai pengetahuan bidang teori dan praktikal dalam
penyelidikan tetapi berupaya menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi semasa untuk
memantapkan kualiti Kajian Pembelajaran ke arah penambahbaikan pembelajaran di bilik
darjah.

Akhir kata, syabas dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jawatankuasa Kolokium Kajian
Tindakan Negeri Pahang 2021. Semoga segala usaha murni kita memperoleh rahmat dan
berkat daripada Allah S.W.T.

Sekian, terima kasih.

ENCIK MOHAMMAD ROSLI BIN ABDUL RAHMAN iv
Pengarah Pendidikan Pahang
Jabatan Pendidikan Negeri Pahang

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2021
“MEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG (TPP) MELALUI PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN”

JAWATANKUASA PELAKSANA v
KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG

2021

PENAUNG

Encik Mohammad Rosli bin Abdul Rahman
Pengarah Pendidikan Pahang

PENASIHAT

Tuan Haji Abdul Rahim bin Mohd Yunos, SMP.
Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pembelajaran

Encik Rahmin bin Mahasan, AAP.
Ketua Penolong Pengarah, Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD

PENYELARAS

Tuan Haji Rujhan bin Zakaria
Penolong Pengarah, Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD

KETUA EDITOR

Encik Mohd Sham Salleh bin Mohd Rashidi
Penolong Pengarah, Sektor Pembelajaran

EDITOR

Puan Nor Haslinda binti Dato’ Haji Burhanuddin
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Pendidikan Khas), PPD Pekan

Puan Nurul Khairani binti Nashruddin
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Pemulihan Khas), PPD Pekan

KETUA JURULATIH UTAMA NEGERI

YBrs Dr. Nasarudin bin Abdullah
School Improvement Specialist Coaches (SISC+), PPD Temerloh

YBrs Dr. Mohamad Azhar bin Mat Ali, SAP.
School Improvement Partners Plus (SIP+), PPD Jerantut

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2021
“MEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG (TPP) MELALUI PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN”

PANEL PENILAI
KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG

2021

YBrs Dr. Nasarudin bin Abdullah
School Improvement Specialist Coaches (SISC+), PPD Temerloh

YBrs Dr. Mohamad Azhar bin Mat Ali, SAP.
School Improvement Partners Plus (SIP+), PPD Jerantut

Encik Mohd Sham Salleh bin Mohd Rashidi
Penolong Pengarah, Sektor Pembelajaran
Tuan Haji Rujhan bin Zakaria

Penolong Pengarah, Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD
YBrs Dr. Tan Hua Khim

Kaunselor Cemerlang, SMK Triang, Bera, Pahang
Encik Saiful Adli bin Ab Rahim

Guru Penolong, SMK Tengku Abdullah, Pekan, Pahang
YBrs Dr Rogayah binti Osman

Mantan School Improvement Specialist Coaches (SISC+), PPD Pekan
Cik Annzuleedia binti Mohamad

Mantan School Improvement Specialist Coaches (SISC+), PPD Pekan

vi

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2021
“MEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG (TPP) MELALUI PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN”

JURULATIH UTAMA
KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG

2021

Puan Rozeelizawati binti Zainal Abidin
Penolong PPD (Pemulihan Khas), PPD Bentong

Encik Muhammad Rizal bin Rasli
Penolong PPD (Perancangan), PPD Bentong

Tuan Haji Zainudin bin Saimedi
School Improvement Partners Plus (SIP+), PPD Bera

Encik Mohammad Hazril bin Mohamad Mukhid
School Improvement Specialist Coaches (SISC+), PPD Bera

Encik Ahmad Mazahar bin Mokhti
Penolong PPD (Perancangan), PPD Bera

Puan Nurulhuda binti Mohd Salim Lim
Penolong PPD (Pemulihan Khas), PPD Cameron Highlands

Cik Koh Shiau Ling
Penolong PPD (Pemulihan Khas), PPD Cameron Highlands

Encik Jamalrudin bin Samsudin
Penolong PPD (Perancangan), PPD Jerantut

Puan Nor Asikin binti Sabaruddin
Penolong PPD (Perancangan), PPD Kuantan

Encik Henryl Faizi bin Bari
Penolong PPD (Pendidikan Khas), PPD Kuantan

Puan Rohaya binti Alias
Penolong PPD (Perancangan), PPD Lipis

Puan Zurahana binti Kassim
Penolong PPD (Pemulihan Khas), PPD Lipis

vii

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2021
“MEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG (TPP) MELALUI PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN”

Encik Abdul Zahar bin Mohd Jusoh
Penolong PPD (Perancangan), PPD Maran

Encik Mazlan bin Khalid
Penolong PPD (Perancangan), PPD Maran

Encik Mohd Zaini bin Mohd Zin
Penolong PPD (Perancangan), PPD Pekan
Puan Nor Haslinda binti Dato’ Haji Burhanuddin
Penolong PPD (Pendidikan Khas), PPD Pekan
Puan Nurul Khairani binti Nashruddin
Penolong PPD (Pemulihan Khas), PPD Pekan
Tuan Haji Ahmad Halimi bin Haji Harun
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Pembelajaran), PPD Raub

Encik Ainul Azwan bin Azman
Penolong PPD (Perancangan), PPD Raub

Puan Nor Zafalini binti Ghazali
Penolong PPD (Perancangan), PPD Rompin

Puan Rahida binti Nadzri
Penolong PPD (Pemulihan Khas), PPD Rompin

Puan Nor Fadzillah binti Md Hosni
Penolong PPD (Perancangan), PPD Temerloh

viii

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2021
“MEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG (TPP) MELALUI PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN”

ATUR CARA PROGRAM
KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG
2021

Tarikh : 1 Jun 2022
Hari : Rabu
Tempat : Lobi Asrama, Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, JPNP

2.00 petang : Pendaftaran peserta
6.30 petang : Makan malam
8.30 malam : Taklimat peserta

Tarikh : 2 Jun 2022
Hari : Khamis
Tempat : Dewan Utama Seri Lipis,

Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, JPNP

7.00 pagi : Sarapan pagi
8.00 pagi : Peserta berkumpul
8.15 pagi : Ketibaan Dif Jemputan

Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
Bacaan doa

Pembentangan Utama
YBrs Dr. Nasarudin bin Abdullah
Ketua Jurulatih Utama Kajian Tindakan Negeri Pahang

Ucapan perasmian
Encik Mohammad Rosli bin Abdul Rahman
Pengarah Pendidikan Pahang

10.00 pagi Tayangan Montaj
11.00 pagi Penyerahan Buku Kajian Tindakan JPNP
2.00 petang Penyampaian cenderahati
3.00 petang : Minum pagi
: Sidang selari
: Makan tengahari
: Bersurai

ix

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2021
“MEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG (TPP) MELALUI PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN”

KEYNOTE SPEAKER
KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG

2021

Dr. Nasarudin bin Abdullah
Ketua Jurulatih Utama Kajian Tindakan
Negeri Pahang

BIODATA

BIDANG KEPAKARAN:
Pedagogi dan Pengajaran Matematik, Pentaksiran
Pembelajaran, Perkembangan & Perubahan Kurikulum,
Penilaian Instrumen Pendidikan

SUMBANGAN & PENGALAMAN BERKAITAN KEPAKARAN DALAM PENYELIDIKAN &
KAJIAN TINDAKAN:

TUGAS & PERKHIDMATAN:
 Ketua JU Kajian Tindakan Negeri & Daerah
 Ketua JU Kajian Tindakan Tingkatan 6 Negeri & Daerah
 Panel Penilai Kolokium Kajian Tindakan Kebangsaan, Negeri & Daerah
 Penilai Pakar Pengesahan Instrumen Bagi Pelajar Program Pasca Siswazah UM, UPSI
& UMP
 Colloquium Advisor Kajian Tindakan Sekolah International Baccalaureate (IB)
 Penceramah Bengkel Kajian Tindakan Anjuran KPM & Live YouTube
 Pembina Tapak Kerangka Mudah & Ringkas (Struktur Asas) Kajian Tindakan

PENULISAN PENYELIDIKAN (PERINGKAT KEBANGSAAN & ANTARABANGSA)
 Nasarudin Abdullah, Lilia Halim & Effandi Zakaria. 2018. VStops: A Thinking Strategy
and Visual Representation Approach in Mathematical Word Problem Solving toward
Enhancing STEM Literacy, Eurasia Journal of Mathematics, Science & Technology
Education, 10 (3) 165-174

x

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2021
“MEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG (TPP) MELALUI PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN”

 Nasarudin Abdullah, Effandi Zakaria & Lilia Halim. 2018. The effect of a thinking
strategy approach through visual representation on achievement and conceptual
understanding in solving mathematical words problem, Journal of Asian Social
Science, 8 (16), 30-37

 Nasarudin Abdullah. 2019. Meninjau Pengetahuan Dan Kesediaan Kepimpinan
Instruksional Pengetua Dan Guru Besar (PGB) Dalam Mendepani Cabaran Era Revolusi
Industri. Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke 26
Institut Aminuddin Baki. (Buku Seminar)

 Nasarudin Abdullah. 2018. Kesan Pendekatan Strategi Berfikir dan Perwakilan
Visualisasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Penyelesaian Masalah Matematik
Berayat Di Sekolah Rendah. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Jilid 14: 7 (11)
22-27

 Nasarudin Abdullah. 2018. Kesan Pendekatan Strategi Berfikir dan Perwakilan
Visualisasi (VStops) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Penyelesaian Masalah
Matematik Berayat Di Sekolah Rendah. Seminar Penyelidikan Kebangsaan
(SPPK) IPGM, KPM (Buku Seminar)

PEMBENTANGAN (PERINGKAT KEBANGSAAN & ANTARABANGSA)
 4 Peringkat Antarabangsa dan 6 Peringkat Kebangsaan (Persidangan & Kolokium)

KEYNOTE ADDRESS

Kajian Tindakan merupakan suatu kerangka penilaian kendiri (framework for self evaluation)
melalui tindakan & aktiviti refleksi serta inkuiri, di mana pendekatan yang digunakan
bertujuan memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan
menggalakkan pengamal (guru, pelajar, pentadbir, ibu bapa dan individu-individu lain yang
berkepentingan) menyedari amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan
tersebut, dan bersedia untuk mengubahnya dan memperbaikinya. Dalam PPPM 2013-2025
cukup jelas memberi penekanan terhadap sitiasi tersebut “…guru perlu memahami, memberi
komitmen dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan inisiatif dan pendekatan
baru ke arah usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan” (hal.106). Oleh itu Kajian
Tindakan merupakan “…Sebagai satu usaha memartabatkan profesion perguruan melalui
strategi pelaksanaan peluasan dan peningkatan R&D & penambahan perjawatan dan peluang
naik pangkat guru. Namun begitu sejauh manakahtahap kefahaman dan kesediaan warga
pendidik terhadap kepentingan pembudayaan Kajian Tindakan ini. Persoalan ini akan dikupas
dan dibincangkan dari pelbagai perspektif dan secara lebih menyeluruh.

xi

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2021
“MEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG (TPP) MELALUI PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN”

JADUAL SIDANG SELARI & SENARAI PEMBENTANG
KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG
2021

Tarikh : 2 Jun 2022
Hari : Khamis
Tempat : Bilik Seri Pekan,

Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, JPNP

BIL PPD NAMA PESERTA TEMPAT TAJUK KAJIAN
1 PPD Bentong BERTUGAS
2 PPD Bera Habibah binti SMK Bentong Mendepani Cabaran PdPc
3 PPD Jerantut Ja'afar Dalam Era Pandemik
4 PPD Kuantan Menggunakan MAP PBL STEM
Syahirah binti SMK Triang Teknik ‘Rally Speaker’ Bagi
5 PPD Maran Ahmad Meningkatkan Pertuturan
6 PPD Pekan Bahasa Inggeris
Habibah binti SMK Padang Meningkatkan Kefahaman
7 PPD Rompin Abdul Rahman Piol Dalam Sebutan Makhraj Huruf
8 PPD Rompin Hijaiah Kerongkong (‫)ح‬
Mohd Fadhil bin SK Chengal Menggunakan Kaedah 3T
Omar Lempong Meningkatkan Penguasaan
Pentaksiran Tahap Penguasaan
Zulkefli Bin SMK Jengka (TP) Matematik Menggunakan
Badion Pusat 2 Kit Kamikaze Dalam Kalangan
Murid Tahun 4
Mohd Reduan bin SMK Paloh Peningkatan Prestasi Akademik
Murid Tingkatan 5 Melalui
Daud Hinai Program Motivasi “Sentuhan
Jiwa”
Norhayati binti SMK Meningkatkatkan
Khamis Muadzam Perkembangan Emosi, Melalui
Naimah binti Jaya Pengaplikasian Aktiviti Seni
Yakub Visual Menggambar
PPD Rompin Dalam Kalangan Murid
Nor Zafalini binti Berkeperluan Khas
Ghazali Penguasaan Watak Dan
Perwatakan Novel Bimasakti
Menari Menggunakan Kaedah
Dunya

Memupuk Pembudayaan Kajian
Tindakan Dalam Kalangan
Warga Pendidik Melalui Kaedah
Bee Pro

xii

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2021
“MEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG (TPP) MELALUI PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN”

Tarikh : 2 Jun 2022
Hari : Khamis
Tempat : Bilik Seri Temerloh,

Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, JPNP

BIL PPD NAMA PESERTA TEMPAT TAJUK KAJIAN
9 PPD Bentong BERTUGAS
Roslaili binti SMK Bentong Peningkatan Penguasaan
Ismail Murid Dalam Pentaksiran
e-PBD Menggunakan
10 PPD Cameron Muhammad SMK Sultan Pengintegrasian PBL STEM
Ahmad Shah Kemahiran Sepakan Leret
Highlands Nuruddin bin Melalui Penggunaan Kasut
SJKC Berwarna
Azman Shah Jeransong Penggunaan Peta Minda
Interaktif Bagi Meningkatkan
11 PPD Jerantut Chang Pui Kee Kefahaman Dan Ingatan Topik
Puisi Klasik Cina Bagi Murid
12 PPD Lipis Mohd Amin Bin SK Tanjung Tahun 3
Mohd Azli Gahai Meningkatkan Penguasaan
Bacaan Iqra Menggunakan
13 PPD Maran Zarifah Binti Abd SK LKTP Teknik Audiovi Bacaan Iqra 5
Dalam Kalangan Murid Tahun 4
Karim Jengka 3 Meningkatkan Penguasaan
Operasi Bahagi Dengan
14 PPD Pekan Suhaili binti SK Seri Biram Menggunakan Kaedah Sidat
Samsudin Meningkatkan Penglibatan
Murid Dalam PdPR Kemahiran
15 PPD Rompin Afid Ainzat bin SK Bukit Hidup Menggunakan SisGaMa
Suhaimi Serok Meningkatkan Kemahiran
Menggunting Dalam Kalangan
16 PPD Rusmiza binti SK Lanchang Murid Pendidikan Khas Masalah
Temerloh Rusle Pembelajaran Dengan
Menggunakan
“Easy Cutter”
Penggunaan Kaedah Malt
Untuk Meningkatkan
Kefahaman Murid Dalam
Menambah Nombor: Satu
Kajian Tindakan

xiii

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2021
“MEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG (TPP) MELALUI PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN”

Tarikh : 2 Jun 2022
Hari : Khamis
Tempat : Bilik Seri Kuantan,

Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, JPNP

BIL PPD NAMA PESERTA TEMPAT TAJUK KAJIAN
17 PPD Bera Jalaluddin bin BERTUGAS
18 PPD Jerantut Hashim SK (FELDA) Teknik Jemari Sifir Untuk
19 PPD Jerantut Norfazliana binti Bukit Puchong Penguasaan Sifir Matematik
Shaari SK Batu Balai Dalam Kalangan Murid Tahun 5
20 PPD Lipis Siti Fatimah binti Menangani Kekeliruan Bunyi
21 PPD Maran Abdul Jalin@Jalil SMK Jerantut Huruf ‘G’ Menggunakan Kaedah
22 PPD Raub ‘Nyanyian Pemintal Lidah’
23 PPD Rompin Haryati binti SK Penjom Using ‘Advanced Memorizing
24 PPD Ismail Skill’ As A Method To
SJK Cina Pei Transform Tedious Novel
Temerloh Chan Ling Fang Min Learning Activity Into A
Powerful Visual Learning
Suzana binti SK (FELDA) Experience During The
Kamarudin Tersang 3 Covid 19 Pandemic
Keberkesanan Kaedah PBP
Wan Nor Amalin SMK Chanis Dalam Pendidikan STEM
binti Shukri Terhadap Penguasaan
SJK (T) Teknologi Abad Ke-21
Revathy Mentakab Kemahiran Perbandingan Nilai
Shamugam Dua Pecahan Wajar
Menggunakan Kaedah PVC
Untuk Murid Tahun 3
Meningkatkan Penguasaan
Penulisan Ulasan Dalam
Bahasa Melayu Melalui Teknik
JJS
Penggunaan ‘Velcro Smart Big
Book’ Dalam Kemahiran
Membaca Bagi Murid
Berkeperluan Khas
Meningkatkan Kefahaman
Simpulan Bahasa
Menggunakan Teknik Kad
Simba Dalam Kalangan Murid
Tahun 4

xiv

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2021
“MEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG (TPP) MELALUI PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN”

Tarikh : 2 Jun 2022
Hari : Khamis
Tempat : Bilik Seri Nilam,

Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, JPNP

BIL PPD NAMA PESERTA TEMPAT TAJUK KAJIAN
25 PPD Bera Nurul Asmira binti BERTUGAS
26 PPD Jerantut Saidi SMK Penggunaan ‘Multiple Box’
27 PPD Kuantan Mengkarak Dalam Menyelesaikan Operasi
28 PPD Lipis Rozlan bin Darab Bagi Murid Berkeperluan
Zakaria SK Damak Khas (Masalah Pembelajaran)
29 PPD Pekan Penggunaan Alat ‘Crab Wall’
30 PPD Raub Muhammad SRK Sultan Dalam Meningkatkan
31 PPD Rompin Dahuri bin Ghazali Abdullah, Kemahiran Penolakan Dengan
Kuantan Mengumpul Semula Bagi Murid
Nurul Fadzilah Tahun 4
binti Md Yusoff SK (LKTP) Kaedah Tongkat Fomika Dalam
Kecau 1 Penguasaan Kemahiran
Hafiza binti Kasan Membaca Suku Kata
SK Seri Biram KV+KV+KV Dalam Kalangan
Noorilyana binti Murid Pemulihan Khas
Razali SMK (LKTP) Meningkatkan Penguasaan
Tersang Kemahiran Suku Kata Tertutup
Hajah Zahiah binti Huruf S, M, H Dan N
Zakaria Smk Muadzam Menggunakan Teknik
Shah Permainan Play House Kit
Dalam Kalangan Murid
Pemulihan Khas Bahasa Melayu
Tahun 2
Pembaris Ong Ong Dalam
Meningkatkan Kemahiran
Tambah Lingkungan 18
Pengelasan Tumbuhan
Berbunga Monokotiledon
Dalam Kalangan Murid Sains
Tingkatan 2 Menggunakan
Kaedah TUFOTOSO M-TREE
Improving Students’ Academic
Vocabulary In Muet Speaking
Tasks Via 5ZS Approaches

xv

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2021
“MEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG (TPP) MELALUI PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN”

1

MENDEPANI CABARAN PDPC DALAM ERA PANDEMIK
MENGGUNAKAN MAP PBL STEM

Habibah binti Ja’afar
SMK Bentong, Bentong, Pahang
[email protected]

Rozeelizawati binti Zainal Abidin
PPD Bentong

Abstrak

Bidang pendidikan adalah salah satu bidang yang amat terkesan dengan situasi
pandemik Covid-19 yang dihadapi sekarang. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang
diambil secara tegas oleh kerajaan telah menyebabkan arahan penutupan sekolah dan
ini secara tidak langsung telah memberi kesan ke atas liputan DSKP yang tidak dapat
dilaksanakan. Justeru itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan
arahan agar sekolah melaksanakan Penjajaran Kurikulum 2.0 dengan berlakunya
penyusunan semula kandungan pedagogi serta pentaksiran berdasarkan hasil
pembelajaran yang dihasratkan untuk memenuhi keperluan khusus mata muridan dalam
apa jua keadaan. Kajian kes dengan aplikasi Inovasi MAP PBL STEM ini dibina untuk
pendekatan pedagogi terpilih yang sesuai dengan cabaran pandemik Covid-19 bagi
mengatasi kekangan masa bagi liputan DSKP yang terkesan secara horizontal dan juga
bagi mengadunkan dengan pembelajaran DSKP secara vertical. Dokumen sumber
adalah daripada suara guru dan murid secara temu bual dan soal selidik, analisis
dokumen ke atas skor SKPMg2 Standard 4.1.1 dan laporan minit mesyuarat dan PLC
panitia. Responden adalah terdiri daripada tiga panitia yang bertindak sebagai host PBL
STEM. Hasil kajian dan intervensi inovasi yang dilaksanakan telah dapat merangkaikan
beberapa integrasi DSKP panitia yang berbeza secara horizontal dan vertical.
Pelaksanaan PBL STEM dengan aplikasi MAP PBL STEM ini telah meningkatkan skor
Standard 4.1.1, Guru Sebagai Perancang kepada skor maksima 4 dan bilangan PLC bagi
panitia kepada maksima 4 per tahun. Pendekatan pedagogi PBL STEM ini beserta
dengan pembelajaran teradun juga meningkatkan penguasaan murid dalam konsep mata
muridan panitia yang terlibat.

Kata Kunci : PBL, PLC, Standard 4.1.1 SKPMg2, fail panitia, pembelajaran teradu

1

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2021
“MEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG (TPP) MELALUI PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN”

2

TEKNIK ‘RALLY SPEAKER’ BAGI MENINGKATKAN
PERTUTURAN BAHASA INGGERIS

Syahirah binti Ahmad
SMK Triang, Bera, Pahang

Mohammad Hazril bin Mohamad Mukhid
PPD Bera

Abstrak

Sikap dan tingkahlaku murid 2 Superior secara lisan dilihat kurang memberangsangkan
semasa sesi pembelajaran secara dalam talian melalui Google Meet. Murid kurang
memberikan respon secara lisan seperti membaca, memberi pandangan, berkongsi idea
dan memberikan jawapan apabila disuruh oleh guru. Punca masalah utama yang
dikenalpasti ialah jenis pembelajaran secara dalam talian yang baru bagi murid. Oleh itu,
murid mungkin mengalami tekanan kerana dalam sesi Google Meet murid merasakan
setiap tindakan mereka lebih diperhatikan oleh guru dan rakan. Selain itu, guru sukar
untuk untuk membantu “probe, guide, scaffold” murid seperti dalam kelas fizikal biasa
kerana ianya diadakan secara maya. Maka, fokus kajian ini bertujuan untuk
meningkatkan penglibatan, motivasi dan minat murid untuk bertutur Bahasa Inggeris
melalui Teknik “Rally Speaker”. Kaedah kajian dan kaedah analisis data yang digunakan
ialah melalui pemerhatian semasa sesi Google Meet dan melalui hasil kerja 14 orang
murid kelas 2 Superior SMK Triang. Hasil dapatan menunjukkan kaedah “Speaking Rally”
dapat meningkatkan penglibatan, minat dan kemahiran murid untuk bertutur dalam
Bahasa Inggeris. Kesimpulannya, penyelidikan untuk mencari pendekatan terbaik dalam
amalan P&P bukan sahaja dapat mengatasi masalah pembelajaran murid malah
menggilap kreativiti dan inovasi guru.

Kata Kunci : pembelajaran dalam talian, Google Meet, sikap dan tingkahlaku, probe,
guide, scaffold, Teknik ‘Rally Speaker’

2

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2021
“MEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG (TPP) MELALUI PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN”

3

MENINGKATKAN KEFAHAMAN DALAM SEBUTAN MAKHRAJ
HURUF HIJAIAH KERONGKONG (‫ )ح‬MENGGUNAKAN KAEDAH 3T

Habibah binti Abdul Rahman
SMK Padang Piol, Jerantut, Pahang

Mohamad Azhar Mat Ali, PhD
PPD Jerantut

Abstrak
Kajian tindakan ini dijalankan bagi menyelesaikan masalah kesalahan menyebut huruf
Hijaiah ( ‫ ) ح‬iaitu huruf kerongkong. Kajian ini bertujuan untuk memastikan murid dapat
menyebut dengan betul agar dapat memberi makna ayat Al-Quran yang tepat.
Responden dikenalpasti melalui pemerhatian, ujian lisan (Tasmik), temu bual dan Borang
Pengesanan Kesalahan Sebutan Makhraj Huruf Hijaiah. Kajian ini telah dilaksanakan
selama 4 minggu. Minggu pertama diperuntukkan untuk mendapatkan maklumat dan data
sebelum program dijalankan. Minggu kedua dipenuhi dengan mengaplikasikan strategi
yang dicadangkan untuk mengatasi isu tersebut. Strategi yang dijalankan ialah dengan
menggunakan kaedah “3T” iaitu Tulis, Tanda dan Tekan telunjuk jari bagi mengeluarkan
makhraj “‫”ح‬. Minggu ketiga dan keempat diperuntukkan untuk mendapatkan maklumat
dan data tentang keberkesanan program yang dijalankan. Responden terdiri daripada
murid tahun Satu Zamrud. Hasil dapatannya, berjaya meningkatkan kefahaman murid
serta menguasai makhraj huruf kerongkong dengan betul dan tepat mengikut makhraj
sebenar. Ianya juga menarik minat murid untuk belajar hukum tajwid dan makhraj huruf
hjaiah yang lain, serta pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sebagai rumusan,
guru perlu prihatin dengan keperluan murid agar pengajaran dan pembelajaran berjalan
dengan lancar dan mencapai objektif.

Kata Kunci : sebutan, tulisan, makhraj, hijaiiah, tekan telunjuk

3

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2021
“MEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG (TPP) MELALUI PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN”

4

MENINGKATKAN PENGUASAAN PENTAKSIRAN
TAHAP PENGUASAAN (TP) MATEMATIK MENGGUNAKAN

KIT KAMIKAZE DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4

Mohd Fadhil bin Omar
SK Chengal Lempong, Kuantan, Pahang

Henryl Faizi bin Bari
PPD Kuantan

Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah tahap penguasaan (TP) sekurang-
kurangnya mencapai TP3 yang dihadapi oleh murid 4 Al – Razi dalam subjek matematik
tahun 4. Seramai 6 orang murid iaitu 4 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan
telah terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui kaedah
pemerhatian, menemu bual murid secara personal dan analisis dokumen. Hasil tinjauan
menunjukkan murid menghadapi masalah dalam memahami beberapa konsep dalam
subjek matematik, masih keliru dalam proses untuk menyelesaikan ayat matematik dan
masalah matematik yang mudah serta mempunyai masalah dalam fakta asas.
Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan penguasaan TP
murid sekurang-kurangnya mencapai TP3 dengan menggunakan Kit Kamikaze. Kajian
ini telah diselesaikan dalam tempoh 8 bulan. Keputusan pasca ujian telah menunjukkan
peningkatan prestasi murid. Dapatan dari templat pelaporan pula menunjukkan 100%
murid telah mencapai sekurang-kurangnya TP3. Implikasi daripada kajian ini
menunjukkan murid yang kurang berminat untuk memmuridi mata muridan matematik
menjadi lebih berminat dan teruja. Kit Kamikaze ini juga dapat menimbulkan keseronokan
dan minat murid dalam pembelajaran matematik kerana fungsinya yang pelbagai dan
boleh dijadikan sebagai permainan. Oleh itu sewajarnya Kit Kamikaze ini diguna pakai
bagi murid bermasalah dalam matematik secara khususnya. Kit Kamikaze ini juga telah
disebar luas ke seluruh Malaysia bagi memberi ruang dan peluang kepada semua guru
matematik untuk mengaplikasikannya ketika PdPc dan PdPR.

Kata Kunci : Tahap penguasaan (TP), Matematik, Tahun 4, Kit Kamikaze

4

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2021
“MEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG (TPP) MELALUI PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN”

5

PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK MURID TINGKATAN 5
MELALUI PROGRAM MOTIVASI “SENTUHAN JIWA”

Zulkefli Bin Badion
SMK Jengka Pusat 2, Maran, Pahang

Abdul Zahar Bin Mohd Jusoh
PPD Maran

Abstrak

Prestasi akademik calon SPM Tahun 2020 di salah sebuah sekolah di daerah Maran agak
tidak cemerlang merujuk Gred Purata Sekolah (GPS) dan Peratus Lulus Peperiksaan
Akhir Tahun semasa Tingkatan 4 tahun 2019 sebagai TOV (Take Off Value). Responden
kajian terdiri daripada 103 orang murid tingkatan 5 sekolah berkenaan. Bagi
meningkatkan TOV ini, pihak kaunselor sekolah telah menjalankan program motivasi
yang dipanggil sebagai “Sentuhan Jiwa” berkonsepkan “siapa aku hadir ke sekolah”.
Dapatan kajian mendapati, keputusan TOV telah meningkat dalam Peperiksaan
Pertengahan Tahun (PPT) dan seterusnya dalam Peperiksaan Percubaan SPM 2020.
Didapati dalam TOV, GPS hanya 7.35 meningkat kepada 6.74 dalam PPT dan seterusnya
6.43 dalam Peperiksaan Percubaan SPM 2020. Manakala bagi peratus lulus pula, dalam
TOV hanya 43.56% meningkat kepada 62.14% dalam PPT danseterusnya 73.27% dalam
Percubaan SPM 2020. Ini membuktikan program motivasi “Sentuhan Jiwa” berjaya
meningkatkan prestasi akademik murid tingkatan 5 sekolah ini.
Kata Kunci : Sentuhan Jiwa, program motivasi, kaunselor, SPM , GPS, peratus lulus

5

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2021
“MEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG (TPP) MELALUI PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN”

6

MENINGKATKATKAN PERKEMBANGAN EMOSI, MELALUI
PENGAPLIKASIAN AKTIVITI SENI VISUAL MENGGAMBAR

DALAM KALANGAN MURID BERKEPERLUAN KHAS

Mohd Reduan bin Daud
SMK Paloh Hinai, Pekan, Pahang

[email protected]

Nor Haslinda binti Burhanuddin
PPD Pekan

Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah perkembangan emosi yang dihadapi
oleh murid berkeperluan khas dalam melalui pendekatan aktiviti seni visual
menggambar. Seramai lima orang murid berkeperluan khas terlibat. Tinjauan awal
telah dilaksanakan melalui kaedah pemerhatian dan senarai semak item. Hasil
tinjauan menunjukkan murid mengalamai gangguan perkembangan emosi.
Perancangan tindakan difokuskan kepada pengaplikasian aktiviti seni visual
menggambar seperti lukisan,catan, kolaj, montaj, cetakan, resis, gosokan, stensilan,
percikan, gurisan, capan, mozek serta poster dan kajian ini telah diselaraskan dalam
tempoh empat bulan. Keputusan pascaujian telah memberi impak yang positif dalam
membantu perkembangan emosi murid berkeperluan khas dan wajar digunakan
sebagai alternatif kepada kaedah pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Dapatan
dari senarai semak item pula menunjukkan berlaku perubahan perkembangan emosi
setelah selesai aktiviti menggambar dijalankan. Secara keseluruhan perkembangan
emosi negatif MBK dapat dikurangkan dengan aktiviti seni visual menggambar.

Kata Kunci : perkembangan emosi, pengaplikasian aktiviti seni visual menggambar,
murid berkeperluan khas

6

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2021
“MEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG (TPP) MELALUI PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN”

7

PENGUASAAN WATAK DAN PERWATAKAN
NOVEL BIMASAKTI MENARI MENGGUNAKAN KAEDAH DUNYA

Norhayati binti Khamis
Naimah Binti Yakub

SMK Muadzam Jaya, Rompin, Pahang
[email protected]

Rahida binti Nadzri
PPD Rompin

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk menambah baik amalan PdP saya dalam pengajaran tajuk
Penguasaan Watak Dan Perwatakan Novel Bimasakti Menari Menggunakan Kaedah
DUNYA. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kuantitatif melalui reka
bentuk kajian tindakan yang melibatkan kumpulan sasaran seramai 10 orang murid
Tingkatan Lima SMK Muadzam Jaya, Muadzam Shah, Pahang Pada tahun 2021. Data
yang dikumpulkan dalam kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan temu bual yang
dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian mendapati aktiviti yang telah dilaksanakan
dalam kajian ini telah membantu guru dalam menambah baik amalan PdP di dalam kelas
yang sebelum ini sering menimbulkan kesukaran kepada guru untuk menyampaikan isi
kandungan muridan dengan berkesan kepada murid-murid. Kajian ini juga dapat
membantu saya memahami proses pelaksanaan kajian tindakan secara keseluruhannya.
Kata Kunci : DUNYA, penguasaaan watak dan perwatakan novel

7

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2021
“MEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG (TPP) MELALUI PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN”

8

MEMUPUK PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN DALAM
KALANGAN WARGA PENDIDIK MELALUI KAEDAH BEE PRO

Nor Zafalini binti Ghazali
Pejabat Pendidikan Daerah Rompin, Rompin, Pahang

[email protected]

Mohd Sham Salleh bin Mohd Rashidi
JPN Pahang

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk menambah baik amalan saya dalam usaha memupuk budaya
Kajian Tindakan dalam kalangan warga pendidik Daerah Rompin menggunakan kaedah
Bee Pro. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif melalui reka
bentuk kajian tindakan model Model Kemmis & Mc Taggart (1988) yang melibatkan
kumpulan sasaran seramai 42 orang guru Daerah Rompin pada tahun 2021. Data yang
dikumpulkan dalam kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian, semakan dokumen,
temu bual dan rakaman video yang dianalisis secara manual dalam bentuk peratus dan
dihuraikan secara deskriptif. Kaedah Bee Pro melibatkan pendekatan Program
Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) melalui aktiviti bengkel secara
berpusat dan Komuniti Pembelajaran Profesionalisme menggunakan strategi Peer
Coaching dan Prinsip Scaffolding secara dalam talian. Hasil daripada analisis dokumen
sebelum intervensi dilaksanakan pada tahun 2020, sebanyak dua kajian tindakan telah
dilaksanakan oleh guru manakala setelah melaksanakan kaedah ini bermula 26 Februari
2021 selama 3 bulan, didapati sebanyak 38 kajian tindakan telah dilaksanakan oleh 39
orang peserta. Dapatan kajian mendapati aktiviti yang telah dirancang telah membantu
menambah baik amalan bimbingan saya sebelum ini berkaitan kajian tindakan. Kajian ini
juga dapat membantu saya memahami proses pelaksanaan kajian tindakan secara
keseluruhannya.

Kata Kunci : memupuk, budaya, peer coaching, scaffolding, kajian tindakan

8

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2021
“MEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG (TPP) MELALUI PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN”

9

PENINGKATAN PENGUASAAN MURID DALAM PENTAKSIRAN
e-PBD MENGGUNAKAN PENGINTEGRASIAN PBL STEM

Roslaili binti Ismail
SMK Bentong, Bentong, Pahang

[email protected]

Rozeelizawati binti Zainal Abidin
PPD Bentong

Abstrak

‘Project Based Learning’ (PBL) Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)
adalah satu gabungan pendekatan pedagogi yang diperkenalkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Kerangka Konsep PAK21 dengan pengintegrasian
(STEM) dalam proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Amalan
pembudayaan Pendidikan STEM di SMK Bentong masih di tahap sederhana yang
menyebabkan tahap penguasaan murid dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) juga
sederhana. Justeru bagi membudayakan Pendidikan STEM di sekolah, salah satu
strategi PdP STEM telah diperkenalkan dengan melaksanakan PBL STEM ke atas
pengintegrasian pelbagai disiplin ilmu berdasarkan perungkaian kurikulum (Unpacking
the curriculum). Pelaksanaan PBL STEM yang berkesan berdasarkan amalan PBD
dengan menggunakan instrumen Pentaksiran Autentik yang menggabungkan
pentaksiran sumatif dan formatif ke atas murid Tingkatan 4. Dapatan menunjukkan
melalui Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) STEM berjaya menggalakkan murid
memperoleh pemahaman yang lebih mendalam serta dapat meningkatkan tahap
penguasaan murid dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

Kata Kunci : Pengintegrasian, PBL STEM, PBD

9

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2021
“MEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG (TPP) MELALUI PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN”

10

KEMAHIRAN SEPAKAN LERET MELALUI
PENGGUNAAN KASUT BERWARNA

Muhammad Nuruddin bin Azman Shah
SMK Sultan Ahmad Shah, Cameron Highlands, Pahang

Erwani binti Kamaruddin
PPD Cameron Highlands

Abstrak

Kajian tindakan ini dilaksanakan ke atas satu inovasi bagi meningkatkan kefahaman dan
kemahiran tendangan leret tepat ke sasaran melalui penggunaan kasut berwarna
bahagian dalam kaki. Kemahiran sepakan leret ini adalah sangat penting untuk dikuasai
semua murid sebelum menjalani pembelajaran kemahiran-kemahiran lain dalam
permainan bola sepak. Objektif kajian adalah bagi meningkatkan kemahiran tendangan
leret tepat ke sasaran melalui penggunaan kasut berwarna dan juga meningkatkan
kemahiran tendangan leret tepat ke sasaran menggunakan bahagian dalam kaki. Kajian
tindakan ini dijalankan selama tiga minggu dengan kaedah ekperimen dengan
menjalankan tiga fasa iaitu fasa pre test, fasa latihan dan fasa post test. Data skor ujian
dianalisis dalam bentuk peratus dan graf . Sampel kajian adalah dari kumpulan murid
seramai 8 orang murid dari tahun 4 amanah di SK Convent Tanah Rata. Hasil kajian
menunjukkan berlaku peningkatan skor yang signifikan sepakan leret di antara keputusan
pre test berbanding keputusan post test. Pengkaji mencadangkan agar kajian ini dapat
dijalankan pada skala yang lebih besar dengan menjalankan ujian kepada sampel yang
lebih ramai bagi mendapatkan data ujian yang lebih tepat bagi mengesahkan akan
kejayaan inovasi yang dijalankan.

Kata Kunci : tendangan leret, kasut berwarna, bola sepak, kaki, pre test dan post test

10

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2021
“MEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG (TPP) MELALUI PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN”

11

PENGGUNAAN PETA MINDA INTERAKTIF BAGI MENINGKATKAN
KEFAHAMAN DAN INGATAN TOPIK PUISI KLASIK CINA
BAGI MURID TAHUN 3

Chang Pui Kee
SJKC Jeransong, Jerantut, Pahang

Mohamad Azhar Mat Ali, PhD
PPD Jerantut

Abstrak

Segelintir murid Tahun 3 SJK(C) Jeransong menghadapi masalah dalam memahami dan
menguasai makna dan kandungan topik puisi klasik Cina. Kajian ini dijalankan bertujuan
untuk meningkatkan kefahaman dan ingatan murid Tahun 3 terhadap topik puisi klasik
Cina dengan menggunakan peta minda interaktif. Sampel kajian adalah seramai 5 orang
murid dari kelas Tahun 3 SJK(C) Jeransong. Dalam kajian ini, data kualitatif dan data
kuantitatif digunakan sebagai instrumen kajian. Data kualitatif yang digunakan ialah
penelitian dokumen dan soal selidik, manakala data kuantitatif yang digunakan ialah ujian
pra dan ujian pos. Tinjaun awal telah dilaksanakan melalui kaedah penelitian dokumen
(lembaran kerja yang lepas). Hasil tinjauan mendapati bahawa sampel kajian tidak dapat
melengkapkan latihan topik puisi klasik Cina dengan tepat, pencapaian mereka dalam
lembaran kerja yang lepas agak tidak memuaskan. Kajian ini dilaksanakan dalam tempoh
4 minggu dengan memberi fokus kepada penggunaan peta minda interaktif bagi
meningkatkan kefahaman dan ingatan sampel kajian terhadap topik puisi klasik Cina yang
dimuridi. Keputusan ujian pos menunjukkan bahawa 80% sample kajian telah
memperolehi peningkatan lebih dari 30 markah berbanding dengan keputusan ujian pra.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan peta minda interaktif bukan sahaja
berkesan meningkatkan kefahaman dan ingatan sampel kajian dalam topik puisi klasik
Cina yang dimuridi, malah juga meningkatkan minat dan motivasi mereka dalam
memmuridi puisi klasik Cina.

Kata Kunci : puisi klasik Cina, kefahaman, ingatan, peta minda interaktif

11

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2021
“MEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG (TPP) MELALUI PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN”

12

MENINGKATKAN PENGUASAAN BACAAN IQRA
MENGGUNAKAN TEKNIK AUDIOVI BACAAN IQRA 5

DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4

Mohd Amin bin Mohd Azli
SK Tanjung Gahai, Kuala Lipis, Pahang

Zurahana binti Kassim
PPD Lipis

Abstrak

Segelintir murid-murid tahun 4, mempunyai masalah masih belum dapat membaca
kalimah dan ayat yang mengandungi hukum wajibul ghunnah ketika membaca iqra 5
muka surat 10 dengan sempurna. Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan
bacaan Iqra dengan menggunakan teknik audiov bacaan iqra 5. Sampel kajian seramai
4 orang murid dari kelas Tahun 4 SK Tanjung Gahai. Dalam kajian ini, data kuantitatif
digunakan sebagai instrumen kajian. Data kuantitatif yang digunakan ialah ujian pra dan
ujian pos. Tinjaun awal telah dilaksanakan melalui kaedah pemerhatian dan ujian pra
dengan melaksana ujian diagnostik untuk mengetahui ataupun menguji tahap
penguasaan murid dalam membaca ayat yang mengandungi hukum wajibul ghunnah.
Hasil tinjauan mendapati bahawa sampel kajian tidak dapat membaca kalimah dan ayat
yang mengandungi hukum wajibul ghunnah ketika membaca iqra 5 muka surat 10 dengan
sempurna. Kajian ini dilaksanakan dalam tempoh 4 minggu dengan memberi fokus
kepada penggunaan audiovi semasa tempoh PdPR bagi meningkat penguasaan bacaan
kalimah dan ayat yang mengandungi hukum wajibul ghunnah. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa terdapat peningkatan penguasaan bacaan murid berdasarkan data
ujian lisan kedua yang dijalankan. Penggunaan Teknik Audiovi ini adalah suatu teknik
tambah nilai daripada kaedah bacaan sedia ada iaitu Tasmik yang telah dipraktikkan oleh
murid-murid di sekolah ini. Teknik Audiovi ini juga telah memberi impak positif dan sesuai
digunakan sebagai kaedah pilihan kepada semua murid tahun 1 hingga tahun 6 khusunya
yang belum menguasai kemahiran membaca kalimah dan ayat yang mengandungi hukum
wajibul ghunnah. Teknik ini mudah untuk dipraktikkan oleh murid, guru dan ibu bapa
dalam suasana pandemik COVID19 yang sedang melanda negara ketika ini.

Kata Kunci : Hukum Wajibul Ghunnah, Kaedah Audiovi, Tahun 4

12

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2021
“MEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG (TPP) MELALUI PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN”

13

MENINGKATKAN PENGUASAAN OPERASI BAHAGI
DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH SIDAT

Zarifah Binti Abd Karim
SK LKTP Jengka 3, Maran, Pahang

Abdul Zahar Bin Mohd Jusoh
PPD Maran

Abstrak

Penyelidikan tindakan ini, dijalankan untuk menilai sejauh manakah keberkesanan
kaedah sidat mampu meningkatkan penguasaaan konsep membahagi dalam bentuk
lazim yang tepat tanpa melakukan kesilapan. Murid-murid perlu diberikan perhatian yang
khusus apabila gagal menguasai kemahiran asas matematik seperti tambah, tolak, darab
dan bahagi. Tidak semua murid dapat menguasai kemahiran asas dalam tempoh masa
yang sama. Tujuan kajian ini adalah untuk mengesan dan membimbing murid-murid yang
belum menguasai kemahiran membahagi. Selain daripada itu, ia juga bertujuan untuk
mencari kaedah yang sesuai untuk membantu murid-murid yang lambat menguasai
kemahiran tersebut. Sampel dalam kajian ini terdiri daripada 5 orang murid yang
mempunyai jantina yang berbeza. Murid yang terlibat dikenalpasti dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di bilik darjah. Kajian ini memberi
penumpuan kepada operasi bahagi dengan menggunakan kaedah ‘sidat’. Tinjauan awal
yang dilakukan ialah mengenalpasti masalah murid melalui menyemak latihan murid,
pemerhatian dan temubual. Pengesanan awal terhadap masalah kemahiran membahagi
yang dihadapi dapat menentukan kaedah yang sesuai dan mereka dapat menggunakan
teknik baharu yang boleh dipraktikkan untuk masa akan datang.

Kata Kunci : operasi bahagi, kaedah Sidat

13

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2021
“MEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG (TPP) MELALUI PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN”

14

MENINGKATKAN PENGLIBATAN MURID DALAM PDPR
KEMAHIRAN HIDUP MENGGUNAKAN SisGaMa

Suhaili binti Samsudin
SK Seri Biram, Pekan, Pahang

[email protected]

Nor Haslinda binti Burhanuddin
PPD Pekan
Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan SisGaMa (Sistem
Ganjaran Markah) dalam meningkatkan penglibatan murid-murid berkeperluan khas
(MBK) semasa PDPR ( pengajaran dan pembelajaran di rumah). Kajian melibatkan empat
orang MBK yang terdiri daripada empat orang murid kurang upaya intelektual.
Keberkesanan SisGaMa dalam meningkatkan motivasi dan penglibatan murid MBK
diukur menerusi jumlah markah yang diperolehi dalam SisGaMa. Dapatan kajian
menunjukkan penggunaan SisGaMa dapat membantu meningkatkan penglibatan murid
semasa kelas secara atas talian dan menyiapkan tugasan subjek Kemahiran Hidup
(Masakan) semasa PDPR. Peratus kenaikan penghantaran tugasan melebihi 50% bagi
kesemua murid. Manakala, berdasarkan rekod SisGaMa menunjukkan penglibatan
subjek kajian semasa pembelajaran secara atas talian dan luar talian juga turut
meningkat berdasarkah markah terkumpul SisGaMa iaitu sebanyak 152 markah
berbanding hanya 44 markah semasa minggu pertama penggunaan SisGaMa.

Kata Kunci : SisGaMa

14

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2021
“MEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG (TPP) MELALUI PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN”

15

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGGUNTING DALAM KALANGAN
MURID PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN DENGAN

MENGGUNAKAN “EASY CUTTER”

Afid Ainzat bin Suhaimi
SK Bukit Serok, Rompin, Pahang

[email protected]

Nor Zafalini binti Ghazali
PPD Rompin

Abstrak

Easy Cutter merupakan alat intervensi yang direka khas untuk murid Pendidikan Khas
Masalah Pembelajaran. Easy Cutter ialah gunting yang direka khas dengan kanta
pembesar, lampu isyarat, dan pemegang tambahan. Alat ini direka untuk murid yang
sukar memegang gunting dan menggunting dengan kemas. Kemahiran memegang dan
kekemasan mengunting merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap
murid kerana melibatkan kemahiran motor halus. Oleh itu, guru perlu kreatif dalam
mengubahsuai alat dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini dilaksanakan
kepada seorang murid pendidikan khas menggunakan kaedah kualitatif melalui model
kajian tindakan. Data dikumpul melalui pemerhatian dan semakan dokumen yang
dianalisis secara manual. Melalui dapatan, saya dapat menambah baik amalan
pengajaran bagi kemahiran menggunting dalam kalangan murid Pendidikan Khas
Masalah Pembelajaran dengan menggunakan Easy Cutter. Dengan bantuan kanta
pembesar, lampu isyarat, dan pemegang tambahan hasil kerja murid lebih kemas
berbanding sebelum ini. Ini menunjukkan Easy Cutter berupaya membantu
menambahbaik amalan pengajaran bagi kemahiran menggunting. Murid lebih seronok
dan bertambah yakin dengan menggunakan Easy Cutter. Sebagai cadangan seterusnya,
Easy Cutter ini boleh digunakan untuk kanak-kanak normal dan murid prasekolah yang
belum menguasai kemahiran menggunting.

Kata Kunci : Easy Cutter; Kekemasan dan Kemahiran Menggunting; Kemahiran Motor
Halus

15

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2021
“MEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG (TPP) MELALUI PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN”

16

PENGGUNAAN KAEDAH MaLT UNTUK MENINGKATKAN
KEFAHAMAN MURID DALAM MENAMBAH NOMBOR :
SATU KAJIAN TINDAKAN

Rusmiza binti Rusle
SK Lanchang, Temerloh, Pahang

Nor Fadzillah binti Md Hosni
PPD Temerloh

Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah murid mewakilkan operasi menambah
mengumpul semula yang dihadapi oleh murid Tahun 2 dalam subtopik Tambah dalam
lingkungan 1000. Seramai 6 orang murid terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah
dilaksanakan melalui hasil kerja murid yang menjawab sebanyak 9 soalan dalam
kemahiran menambah mengumpul semula. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak
dapat meletakkan nilai digit pada lajur yang betul dalam prosedur bentuk lazim. Ini
berlaku kerana murid tidak mampu mewakilkan nilai digit tersebut secara abstrak dan
perlu dijelaskan dengan lebih konkrit. Satu perancangan tindakan difokuskan kepada
teknik untuk mewakilkan nilai digit yang ditambah dan meletakkan dalam nilai tempat
yang betul dalam bentuk yang lebih konkrit iaitu menggunakan bongkah plastik dan
lakaran imej untuk membolehkan murid menambah nombor telah dilaksanakan. Kajian
ini telah diselesaikan dalam tempoh 5 minggu. Keputusan pascaujian telah menunjukkan
semua murid dapat menambah mengumpul semula dalam bentuk lazim. Dapatan dari
kajian ini menunjukkan murid dapat menguasai kemahiran menambah dan berkeyakinan
untuk menggunakan pengetahuan dan kemahiran ini untuk subtopik lain dalam
matematik.

Kata Kunci : Kaedah MaLT, Menambah Nombor, Tahun 2, Matematik

16

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2021
“MEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG (TPP) MELALUI PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN”

17

TEKNIK JEMARI SIFIR UNTUK PENGUASAAN SIFIR MATEMATIK
DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5

Jalaluddin bin Hashim
SK (FELDA) Bukit Puchong, Bera, Pahang

[email protected]

Mohammad Hazril bin Mohamad Mukhid
PPD Bera

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk menguji keberkesanan kaedah JEMARI SIFIR terhadap
penguasaan sifir dalam kalangan murid Tahun 5. Kajian tindakan (action research) ini
berasaskan Model Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart (1988). Tinjauan awal dan
kajian telah dilaksanakan melalui soal selidik, temu bual, latihan di dalam kelas, catatan
refleksi selepas pengajaran dan pembelajaran serta pemerhatian ke atas setiap murid
yang terlibat dalam kajian ini. Ujian Pra dan ujian Pos telah dilaksanakan bagi mengetahui
minat murid terhadap subjek matematik. Selain itu juga Ujian Pra dan Ujian Pos dilakukan
untuk mengetahui keberkesanan teknik JEMARI SIFIR yang diperkenalkan. Tempoh
kajian ini mengambil masa lapan minggu dalam sesi memperkenalkan teknik melalui lagu-
lagu sifir dan gerakan jari yang diajar. Hasil kajian menunjukkan murid dapat menguasai
sifir dengan mudah dan mampu menyelesaikan soalan matematik khususnya di dalam
topik darab dan bahagi. Boleh dirumuskan bahawa teknik JEMARI SIFIR ini dapat
membantu murid memahami konsep darab dan bahagi yang diajar dengan lebih jelas,
kukuh dan berkesan. Justeru teknik JEMARI SIFIR ini boleh digunakan di dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran untuk membantu murid menguasai sifir.

Kata Kunci : kajian tindakan, pengajaran dan pembelajaran, matematik, jemari sifir,
sekolah rendah

17

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2021
“MEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG (TPP) MELALUI PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN”

18

MENANGANI KEKELIRUAN BUNYI HURUF ‘G’
MENGGUNAKAN KAEDAH ‘NYANYIAN PEMINTAL LIDAH’

Norfazliana binti Shaari
SK Batu Balai, Jerantut, Pahang

Mohamad Azhar Mat Ali, PhD
PPD Jerantut

Abstrak

Kajian tindakan ini telah dilaksanakan sejurus pembukaan sekolah dibuat akibat
penularan wabak pandemik Covid 19 yang melibatkan seorang murid Tahun 3 Kelas
Pemulihan Khas. Tinjauan awal yang dijalankan semasa sesi bacaan menunjukkan murid
mengalami masalah kekeliruan membunyikan huruf ‘g’ yang sering dibunyikan ‘j’ dalam
sebutan perkataan. Oleh hal yang demikian, kajian ini bertujuan menangani masalah
kekeliruan murid membunyikan huruf ‘g’ bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Tindakan
kajian difokuskan terhadap penggunaan kaedah ‘Nyanyian Pemintal Lidah’ sebagai
intervensi bagi menangani masalah yang dialami murid. Dapatan kajian yang diperolehi
adalah hasil analisis dan interpretasi menggunakan tiga instrumen pengumpulan data
iaitu pemerhatian, ujian, dan temubual. Keseluruhan dapatan kajian memperlihatkan
kaedah ‘Nyanyian Pemintal Lidah’ yang digunakan berjaya menangani kekeliruan murid
membunyikan huruf ‘g’ yang dibunyikan ‘j’ serta menambah baik amalan guru dalam
aspek merangsang minat murid terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan sekaligus mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan.
Kata Kunci : kekeliruan, ‘Nyanyian Pemintal Lidah’, huruf G

18

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2021
“MEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG (TPP) MELALUI PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN”

19

USING ‘ADVANCED MEMORIZING SKILL’ AS A METHOD TO
TRANSFORM TEDIOUS NOVEL LEARNING ACTIVITY INTO A POWERFUL

VISUAL LEARNING EXPERIENCE DURING THE COVID 19 PANDEMIC

Siti Fatimah binti Abdul Jalin@Jalil
SMK Jerantut, Jerantut, Pahang
[email protected]

Mohamad Azhar Mat Ali, PhD
PPD Jerantut

Abstract

The main aim of this research was to determine the effectiveness of using ‘Advanced
Memorizing Skill’ as a method to transform tedious novel learning activity into a powerful
visual learning experience during the Covid-19 pandemic among Form 5 students. The
respondents chosen for this research were 10 Form 5 students from SMK Jerantut
consisting of mixability achievers. The research had been conducted from 6th April 2021
until 27th April 2021. The findings of the pre-test had shown that a large amount of the
respondents was not performing well in term of remembering the detail in the novel. From
my observation, this happened because the students didn’t have the knowledge to retain
the information they have read. They don’t have the skill or method to help them remember
effectively. This has led them to believe that Literature is a difficult subject. So, the
researcher has invented a method to not only help the students to creatively enjoy learning
the novel in their own way but most importantly, to make them really remember what they
have learned. After the students applied Advanced Memorizing Skill in their learning, the
researcher could see a great change not only in their motivation in learning literature but
most importantly a tremendous change in their essay marks (novel). Last but not least, in
my opinion, the skill is valuable and must be learned by all students all across Malaysia
because it will facilitate the students with the current trend of learning where it enhances
and motivates the student’s ability to be ‘CREATIVE AND INNOVATIVE’ in their learning
process that is needed in the 4.0 Industrial Revolution where in the future people will be
hired not because of their excellent ‘CGPA’ but ‘CREATIVITY’ (Baer, 2015)

Keywords : Advanced Memorizing Skill, novel, powerful visual learning experience, Literature,
Creative and Innovative

19

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2021
“MEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG (TPP) MELALUI PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN”

20

KEBERKESANAN KAEDAH PBP DALAM PENDIDIKAN STEM
TERHADAP PENGUASAAN TEKNOLOGI ABAD KE-21

Haryati binti Ismail
SK Penjom, Kuala Lipis, Pahang

Zurahana binti Kassim
PPD Lipis

Abstrak

Tujuan program pengenalan PBP ini adalah untuk menggalakkan inovasi dalam
pengajaran dan pembelajaran dengan mengintegrasikan TMK (Bahagian Teknologi
Pendidikan, 2006). KPM di bawah seliaan pihak Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP)
telah mengadakan 'Program Pembestarian Sekolah' untuk semua sekolah di bawah
Rancangan Malaysia Ke-9, dan program pembudayaan PBP direncanakan untuk
menggalakkan inovasi dalam PdPc sekali gus mengintegrasikan teknologi (Bahagian
Teknologi Pendidikan, 2006). Sampel kajian adalah seramai 51 orang murid dari kelas
Tahun 5 SK Penjom. Dalam kajian ini, data kualitatif dan data kuantitatif digunakan
sebagai instrumen kajian. Data kualitatif yang digunakan ialah soal selidik dan temubual,
manakala data kuantitatif yang digunakan ialah ujian pencapaian, ujian pra dan juga ujian
pasca. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui kaedah pelaksanaan ujian pencapaian.
Hasil tinjauan mendapati bahawa sampel kajian tidak memperoleh markah yang
memberangsangkan dalam subjek Matematik. Kajian ini dilaksanakan dalam tempoh 4
minggu dengan melaksanakan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP). Keputusan ujian
pasca menunjukkan bahawa 75% sample kajian telah memperolehi lebih 20 markah
berbanding dengan keputusan ujian pra. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
pelaksanaan PBP bukan sahaja berkesan meningkatkan kefahaman dan minat murid
dalam PdPc STEM, malah guru-guru juga menjana idea untuk penambahbaikan dalam
amalan PdPc.

Kata Kunci : STEM, pembelajaran berasaskan projek, Matematik sekolah rendah

20

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2021
“MEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG (TPP) MELALUI PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN”

21

KEMAHIRAN PERBANDINGAN NILAI DUA PECAHAN WAJAR
MENGGUNAKAN KAEDAH PVC UNTUK MURID TAHUN 3

Chan Ling Fang
SJK Cina Pei Min, Sri Jaya, Maran, Pahang

Abdul Zahar Bin Mohd Jusoh
PPD Maran
Abstrak

Kajian ini dilaksanakan untuk membantu murid menguasai kemahiran perbandingan nilai
bagi 2 jenis pecahan wajar. Didapati murid menghadapi kekeliruan dalam melakukan dua
jenis perbandingan pecahan. Pertamanya, pecahan yang mempunyai nombor pengangka
yang berbeza dan penyebut yang sama dan yang keduanya ialah pecahan yang
mempunyai nombor pengangka yang sama dan nombor penyebut yang berbeza.
Responden kajian terdiri daripada 16 orang murid Tahun 3 di salah sebuah sekolah di
daerah Maran. Dapatan kajian menunjukkan dengan menggunakan kaedah PVC, murid
tidak lagi melakukan perbandingan pecahan wajar secara terbalik. Ini membuktikan
kaedah PVC Berjaya mengatasi masalah kekeliruan terhadap jenis-jenis pecahan dalam
mata pelajaran Matematik Tahun 3.
Kata Kunci : pecahan wajar, kaedah PVC

21

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2021
“MEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG (TPP) MELALUI PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN”

22

MENINGKATKAN PENGUASAAN PENULISAN ULASAN
DALAM BAHASA MELAYU MELALUI TEKNIK JJS

Suzana binti Kamarudin
SK (FELDA) Tersang 3, Raub, Pahang

Ahmad Halimi bin Harun
PPD Raub

Abstrak

Berdasarkan pengalaman sedia ada. Didapati ramai murid tidak dapat menguasai
sesuatu kemahiran terutamanya murid-murid di kawasan luar bandar dan kawasan
pedalaman. Kajian ini memberi fokus kepada murid yang lemah, hanya tahu menulis dan
membaca. Didik Hibur merupakan satu kaedah yang digunakan untuk membantu murid-
murid menguasai sesuatu kemahiran. Fokus utama kajian ialah penulisan ulasan dengan
menggunakan cara yang mudah dan dekat di hati murid. Teknik JJS merupakan satu
cara yang mudah untuk memahami dan menulis ulasan bagi murid aras lemah. Kaedah
penyampaian adalah dengan menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) yang mudah
dan menyeronokkan. Murid dapat menyediakan sendiri BBM dengan bimbingan guru.
Penggunaan JJS dapat membantu murid mengingati teknik untuk menulis ulasan. Setiap
bahagian yang terdapat pada JJS mewakili penanda wacana yang perlu ada dalam
penulisan ulasan. Dapatan daripada pengalaman berasaskan sekolah, iaitu merujuk
kepada murid dan guru, selain wawancara dan soal selidik. Petafsiran (PBD/PBS) dan
analisis. Juga kaedah-kaedah lain yang dilakukan mengikut kesesuaian dari semasa ke
semasa, berkolaboratif dengan rakan sejawat disamping bertukar-tukar pendapat dan
sentiasa menerima teguran dan pendapat daripada barisan pentadbir dan rakan guru.
Dapatan daripada penggunaan teknik ini, murid aras lemah dapat memahami dan
menguasai teknik menulis ulasan dengan baik.

Kata Kunci : Pembangunan Professional, Koloborasi & Kooperasi , Pembelajaran
Terbeza

22

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2021
“MEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG (TPP) MELALUI PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN”

23

PENGGUNAAN ‘VELCRO SMART BIG BOOK’ DALAM
KEMAHIRAN MEMBACA BAGI MURID BERKEPERLUAN KHAS

Wan Nor Amalin binti Shukri
SMK Chanis, Rompin, Pahang

[email protected]

Nor Zafalini binti Ghazali
PPD Rompin

Abstrak

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menambah baik amalan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) saya dalam kemahiran membaca murid berkeperluan khas
menggunakan kaedah “Velcro Smart Big Book. Masalah kemahiran membaca yang
ketara dalam kalangan murid berkeperluan khas telah menimbulkan kesedaran kepada
saya untuk melaksanakan kajian ini. Sasaran kajian ini adalah seorang murid
berkeperluan khas berumur 17 tahun dalam kategori “slow learner” atau lembam. Dalam
kajian ini, saya telah menggunakan Reka Bentuk Kajian Tindakan Kurt Lewin (1946) iaitu
memerhati, merancang, bertindak dan mereflek. Bagi pengumpulan data dalam kajian
ini pula saya menggunakan kaedah pemerhatian, rakaman video, semakan dokumen dan
markah ujian yang dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan inovasi yang
digunakan dalam kajian ini telah membantu guru dalam menambah baik amalan
pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas dan data pasca ujian menunjukkan
peningkatan penguasaan murid dalam kemahiran membaca. Kajian ini juga dapat
membantu saya memahami proses pelaksanaan kajian tindakan secara keseluruhannya.

Kata Kunci : Murid Berkeperluan Khas, Velcro Smart Bigbook, Kemahiran Membaca,
VAK

23

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2021
“MEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG (TPP) MELALUI PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN”

24

MENINGKATKAN KEFAHAMAN SIMPULAN BAHASA
MENGGUNAKAN TEKNIK KAD SIMBA DALAM
KALANGAN MURID TAHUN 4

Revathy Shamugam
SJKT Mentakab, Temerloh, Pahang

Nor Fadzillah binti Md Hosni
PPD Temerloh
Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid Tahun 4 Murasu
di dalam simpulan bahasa. Seramai 20 orang murid 4 Murasu, SJKT Mentakab yang
terdiri daripada 5 murid lelaki dan 4 murid perempuan serta seorang guru terlibat dalam
kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui pemerhatian dan ujian pra. Hasil
tinjauan menunjukkan murid tidak dapat mengingati simpulan bahasa dan maksudnya.
Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan kefahaman dan
daya ingatan – Teknik Kad Simba. Murid telah didedahkan kepada Kad Simba selama
10 minit dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 2 minggu. Keputusan ujian pasca
telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan soal selidik pula menunjukkan
murid lebih mengingati, memahami dan seronok belajar Simpulan Bahasa melalui Kad
Simba.
Kata Kunci : Simpulan Bahasa, Teknik Kad Simba, Tahun 4

24

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2021
“MEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG (TPP) MELALUI PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN”

25

PENGGUNAAN ‘MULTIPLE BOX’ DALAM MENYELESAIKAN
OPERASI DARAB BAGI MURID BERKEPERLUAN KHAS
(MASALAH PEMBELAJARAN)

Nurul Asmira binti Saidi
SMK Mengkarak, Bera, Pahang

Mohammad Hazril bin Mohamad Mukhid
PPD Bera

Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah kesukaran dalam menghafal sifir
(ketidakupayaan menyimpan maklumat dalam ingatan jangka panjang dan ingatan jangka
pendek) yang dihadapi oleh murid berkeperluan khas masalah pembelajaran dalam mata
muridan Matematik melibatkan dalam subtopik Operasi Darab. Seramai 4 orang murid
terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui kaedah hafalan sifir
dengan melibatkan pemberian masa untuk menghafal satu sifir (sebagai contoh, sifir 2)
selama 1 minggu. Hasil tinjauan menunjukkan keempat-empat murid mengalami
kegagalan dalam menghafal sifir sekaligus tidak berupaya menyelesaikan operasi darab
dalam lembaran kerja yang diberikan. Perancangan tindakan difokuskan kepada
kekuatan sedia ada murid melibatkan penggunaan teknik Operasi Tambah / Operasi
Gandaan bagi meningatkan kemahiran murid berkeperluan khas dalam kemampuan
menyelesaikan Operasi Darab dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 2 bulan.
Keputusan pascakajian telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan
daripada kajian ini pula menunjukkan murid lebih bercenderung menyelesaikan latihan
operasi darab dengan betul walaupun mengambil tempoh masa lebih berbanding kaedah
hafalan sifir.

Kata Kunci : sifir, Matematik, Operasi Darab, Operasi Tambah, Operasi Gandaan,
multiple box

25

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2021
“MEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG (TPP) MELALUI PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN”

26

PENGGUNAAN ALAT ‘CRAB WALL’ DALAM MENINGKATKAN
KEMAHIRAN PENOLAKAN DENGAN MENGUMPUL SEMULA

BAGI MURID TAHUN 4

Rozlan bin Zakaria
SK Damak, Jerantut, Pahang

Mohamad Azhar Mat Ali, PhD
PPD Jerantut

Abstrak

Hasil refleksi PdP semasa pandemik Covid-19 mendapati bahawa tahap pencapaian
matematik sebahagian murid agak rendah, terutamanya dalam tajuk “Penolakan Dengan
Mengumpul Semula”. Melalui pemerhatian dan analisis dokumen, seperti lembaran
kerja dan buku latihan, terdapat beberapa kesilapan yang sering dilakukan murid selain
daripada gagal memberikan jawapan yang betul. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan
bertujuan untuk membantu murid lemah Tahun 4 meningkatkan kemahiran “Penolakan
dengan mengumpul semula” dengan menggunakan alat ‘CRAB-WALL’. Peserta kajian
dipilih daripada lima(5) orang murid terdiri daripada tiga(3) orang murid lelaki dan dua(2)
orang murid perempuan yang dipilih berdasarkan keputusan ujian diagnostik.
Pengumpulan data menggunakan instrumen ujian, analisis dokumen, dan
pemerhatian. Data kualitatif dianalisis secara deskriptif mengikut peserta kajian.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa intervensi yang digunakan berjaya membantu
semua peserta kajian memahami dan menyelesaikan soalan penolakan dengan
mengumpul semula. Antara kekuatan alat ‘CRAB -WALL’ ialah dapat membantu murid
dalam mencongak disamping menggalakkan pembelajaran matematik yang bermakna.
Alat ini perlu ditambah baik supaya boleh diguna pakai untuk tajuk-tajuk lain dan dapat
diguna pakai untuk semua Tahap (Tahap 1 dan Tahap 2).
Kata Kunci : Alat ‘CRAB -WALL’, Penolakan dengan mengumpul semula, Kaedah

digunakan adalah Crab Method (Kaedah Ketam)

26

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2021
“MEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG (TPP) MELALUI PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN”

27

KAEDAH TONGKAT FOMIKA DALAM PENGUASAAN
KEMAHIRAN MEMBACA SUKU KATA KV+KV+KV
DALAM KALANGAN MURID PEMULIHAN KHAS

Muhammad Dahuri bin Ghazali
SRK Sultan Abdullah, Kuantan, Pahang

Nor Asikin binti Sabaruddin
PPD Kuantan

Abstrak

Kajian ini bertujuan membantu murid-murid Kelas Pemulihan Khas dalam menguasai
kemahiran membaca suku kata KV+KV+KV menggunakan Kaedah Tongkat Fonik &
Mimik Muka (Tongkat FoMika). Untuk kajian ini, seramai 5 orang murid telah dipilih
sebagai responden setelah ujian diagnostik dilaksanakan dalam kalangan murid Tahun 2
dan Tahun 3. Hasil ujian Diagnostik ini menunjukkan bahawa responden tidak mengusai
bermula Kemahiran 5 iaitu KV+KV. Kerap terjadi murid lupa apabila sudah mengeja suku
kata pertama dan apabila mengeja suku kata kedua, murid gagal menyebut perkataan
yang dieja kerana lupa suku kata pertama yang telah dieja. Dalam usaha mengatasi
masalah ini, penggunaan Tongkat Fonik & Mimik Muka (Tongkat FoMika) diperkenalkan
dan digunakan untuk membantu murid yang belum menguasai Kemahiran KV+KV+KV.
Hasil penggunaan kaedah ini menunjukkan murid lebih fokus, senang untuk memahami
dan amat berkesan. Oleh itu, diharapkan semoga kajian tindakan ini dapat membantu
rakan-rakan sejawatan, ibu bapa dan sesiapa sahaja dalam membantu murid-murid yang
mengalami masalah dalam membaca ini.
Kata Kunci : Tongkat Fonik, Mimik Muka, Tongkat FoMika, Pemulihan Khas,

Kemahiran membaca, suku kata KV+KV+KV

27

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2021
“MEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG (TPP) MELALUI PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN”

28

MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN SUKU KATA
TERTUTUP HURUF S, M, H DAN N MENGGUNAKAN

TEKNIK PERMAINAN PLAY HOUSE KIT DALAM KALANGAN
MURID PEMULIHAN KHAS BAHASA MELAYU TAHUN 2

Nurul Fadzilah binti Md Yusoff
SK (LKTP) Kecau 1, Kuala Lipis, Pahang

Rohaya binti Alias
PPD Lipis

Abstrak

Pandemik Covid -19 yang sedang melanda dunia bukan sahaja memberi kesan kepada
bidang kesihatan dan ekonomi, malah ianya juga memberi kesan negatif kepada bidang
pendidikan. Antara kesan utama adalah masalah penguasaan literasi di kalangan murid-
murid. Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran suku kata
tertutup huruf s, m, h, dan n menggunakan teknik Permainan Play House Kit. Sampel
kajian adalah seramai 8 orang dari Kelas Pemulihan Khas Bahasa Melayu Tahun 2.
Dalam kajian ini, data kuantitatif digunakan sebagai intrumen kajian. Data kuantitatif yang
digunakan ialah praujian dan pascaujian. Tinjauan awal dilaksanakan dengan
menjalankan Ujian Diagnostik. Hasil tinjauan menunjukkan semua sampel kajian tidak
dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup
terutama melibatkan huruf s, m, h dan n. Kajian ini dilaksanakan dalam tempoh 2 minggu
dengan menjalankan Pembelajara dan Pemudahcaraan (PdPc) yang menyeronokkan
iaitu belajar sambil bermain menggunakan teknik permainan Play House Kit. Keputusan
kujian pasca menunjukkan seramai 7 daripada 8 orang sampel kajian dapat menguasai
kemahiran suku kata tertutup khususnya huruf tertutup s,m h dan n. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa Play House Kit dapat menggabungkan beberapa kemahiran asas
pemulihan seperti menyebut nama objek, mengecam dan membezakan bunyi huruf serta
dapat membina dan menulis perkataan. Play House Kit juga dapat meningkatkan motivasi
dan minat murid Pemulihan Khas untuk belajar seterusnya meningkatkan prestasi dalam
Ujian Saringan IPP2M.

Kata Kunci : Pemulihan Khas, Suku Kata Tertutup, Play House Kit, Saringan IPP2M

28

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2021
“MEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG (TPP) MELALUI PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN”

29

PEMBARIS ONG ONG DALAM MENINGKATKAN
KEMAHIRAN TAMBAH LINGKUNGAN 18

Hafiza binti Kasan
SBT SK Seri Biram, Pekan, Pahang

[email protected]

Nor Haslinda binti Burhanuddin
PPD Pekan
Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mencari penyelesaian bagi murid yang tidak menguasai
kemahiran tambah dalam lingkungan 18 ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
dan Pemulihan apabila Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dilaksanakan di
rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian. PdPR boleh
dilaksanakan dalam talian dan/ atau luar talian dan/ atau off-site dengan berstruktur dan
terancang. Seramai 4 orang murid dikenalpasti mempunyai masalah menulis nombor 12
sehingga 18 dalam penguasaan kemahiran tambah dalam lingkungan 18. Model Kemmis
dan Mc Taggart digunakan sebagai model penyelidikan tindakan. Tempoh kajian selama
4 minggu yang melibatkan penggunaan Pembaris Ong Ong untuk kemahiran tambah
dalam lingkungan 18. Murid diberikan pendedahan secara berperingkat dalam
penggunaan Pembaris Ong Ong. Kutipan data melibatkan dokumen dan pemerhatian
menggunakan nota lapangan. Data dianalisis secara deskriptif dan dapatan kajian
menunjukkan 4 peserta kajian (100 peratus) meningkat dalam kemahiran tambah dalam
lingkungan 18. Analisis dokumen ke atas buku latihan murid menunjukkan peningkatan
dalam kemahiran tersebut. Cadangan susulan ialah pembaris ini boleh digunakan oleh
murid kelas terakhir yang lain.

Kata Kunci : disleksia, tambah

29

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2021
“MEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG (TPP) MELALUI PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN”

30

PENGELASAN TUMBUHAN BERBUNGA MONOKOTILEDON
DALAM KALANGAN MURID SAINS TINGKATAN 2
MENGGUNAKAN KAEDAH TUFOTOSO M-TREE

Noorilyana binti Razali
SMK (LKTP) Tersang, Raub, Pahang

[email protected]

Ainul Azwan bin Azman
PPD Raub

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk menambah baik amalan PdPc dalam pengajaran subtopik Pengelasan
Tumbuhan Berbunga Monokotiledon menggunakan kaedah TuFoToSo M-Tree. TuFoToSo
merujuk kepada singkatan Tulis (Tu) Formula (Fo) Topik (To) Soalan (So), Monokotiledon (M) dan
‘Tree’ merujuk kepada subtopik fokus iaitu berkaitan pengelasan tumbuhan. Ianya berbentuk nota
kreatif yang merangkumi ciri-ciri tumbuhan berbunga monokotiledon sebagai alat bantu mengajar
guru memudahkan murid untuk mencirikan tumbuhan berbunga monokotiledon berdasarkan 4
ciri. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk kajian tindakan yang melibatkan
kumpulan sasaran seramai 21 orang murid tingkatan 2 Ibnu Khaldun SMK LKTP Tersang pada
tahun 2021. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui pemerhatian semasa kaedah bersemuka
yang kemudiannya dicatatkan sebagai refleksi. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak
menguasai pengelasan tumbuhan berbunga monokotiledon. Perancangan tindakan difokuskan
kepada kaedah untuk membantu penguasaan ciri-ciri tumbuhan monokotiledon menggunakan
kaedah TuFoToSo M-Tree yang dianalisis secara pengesanan skor ujian 1 dan ujian 2. Dapatan
kajian mendapati aktiviti yang telah dirancang dalam kajian ini telah membantu murid menguasai
ciri-ciri tumbuhan monokotiledon di samping emosi yang lebih ceria, lebih responsif dan yakin
semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran. Kajian ini juga dapat membantu saya memahami
proses pelaksanaan kajian tindakan secara keseluruhannya sekaligus menambahbaik amalan
Pengajaran dan Pembelajaran saya dalam subtopik Pengelasan Tumbuhan Berbunga
Monokotiledon, Sains Tingkatan 2. Sebagai cadangan seterusnya, nota kreatif TuFoToSo M-Tree
akan ditambahbaik kepada bentuk alat bantu mengajar yang boleh dipegang, berbentuk
permainan dan membudayakan konsep BYOD (Bring Your Own Device) sebagai menggunapakai
acuan Pendidikan Abad Ke-21 dalam mewujudkan suasana pembelajaran kolaboratif seiring
dengan Revolusi Industri ke 4.

Kata Kunci : Monokotiledon, Sains, Tingkatan 2, Kaedah TuFoToSo M-Tree

30

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2021
“MEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG (TPP) MELALUI PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN”

31

IMPROVING STUDENTS’ ACADEMIC VOCABULARY IN
MUET SPEAKING TASKS VIA 5ZS APPROACHES

Zahiah binti Zakaria
SMK Muadzam Shah, Rompin, Pahang

[email protected]

Rahida binti Nadzri
PPD Rompin

Abstract

The use of Academic Vocabulary (AV) in academic dialogue and text is very infrequently
displayed among Malaysian University English Test (MUET) candidates. In MUET
Speaking tasks, the test takers are often unable to use Academic Vocabulary, hindering
them from scoring a good band in their MUET exam. Its usage, especially among
intermediate and lower intermediate English language learners in their MUET Speaking
tasks is always limited and seldom evidenced. This research aims to investigate how to
help the form six students’ use and improve their Academic Vocabulary in their MUET
Speaking tasks via 5ZS approach which are doable in both face-to-face and online
learning sessions. The research involved a group of 8 Form 6 students whose speaking
performances were recorded to investigate their use of AV after applying the 5ZS
approach. The number of Academic Vocabulary used during the speaking tasks were
recorded to examine their improvements in using the AV. The findings show that the use
of 5ZS approach has helped the students in using Academic Vocabulary in their speaking
tasks. The data collected also highlight that they are able to use at least 3-5 Academic
Vocabulary in their speaking tasks after applying the approach. The study concludes by
providing relevant suggestions so that teachers can move beyond their conventional
teaching approaches in teaching Academic Vocabulary.

Key Words : Academic Vocabulary (AV), MUET speaking, ESL classroom, speaking
tasks, teaching approaches

31

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2021
“MEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG (TPP) MELALUI PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN”

JAWATANKUASA KERJA 32
KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG

2021

JK BUKU PROGRAM DAN BACKDROP

Encik Mohd Zaini bin Mohd Zin
Puan Nor Haslinda binti Dato’ Haji Burhanuddin

Puan Nurul Khairani binti Nashruddin

JK MONTAJ

Puan Nor Zafalini bin Ghazali
Puan Rahida binti Nadzri

Encik Fahmizuan bin Mohamed Nor

JK SIJIL DAN CENDERAMATA

Puan Rohaya binti Alias
Puan Zurahana binti Kassim
Puan Zamaliah binti Zahari

JK PEMBENTANGAN

YBrs Dr. Nasarudin bin Abdullah
YBrs Dr. Mohamad Azhar bin Mat Ali, SAP.

Puan Nor Fadzillah binti Md Hosni
Encik Jamalrudin bin Samsudin

JK PERSIAPAN TEMPAT DAN SIARAYA

Puan Nor Asikin binti Sabaruddin
Encik Henryl Faizi bin Bari

Encik Mohd Hafeez bin Ismail
Encik Muhammad Adli bin Mat Salleh

Encik Mazlan bin Khalid
Encik Abdul Zahar bin Mohd Jusoh

JK JAMUAN

Tuan Haji Zainudin bin Saimedi
Encik Mohammad Hazril bin Mohamad Mukhid

Encik Ahmad Mazahar bin Mokhti

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2021
“MEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG (TPP) MELALUI PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN”

JK PENDAFTARAN
Puan Nurulhuda binti Mohd Salim Lim

Puan Koh Shiau Ling
JK MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN

Encik Muhammad Rizal bin Rasli
Puan Rozeelizawati binti Zainal Abidin
Encik Belly@Mohd Shaffie bin Tumingan

Puan Ainon binti Semion
Encik Ahmad Hazali bin Abdullah
Tuan Haji Ahmad Halimi bin Hj Harun

Encik Ainul Azwan bin Azman
JK RAKAMAN LIVE

Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, JPN Pahang
Sektor Pengurusan Maklumat, JPN Pahang

33

KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2021
“MEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG (TPP) MELALUI PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN”

SEKALUNG PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera
Pertamanya, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Pahang ingin merakamkan ucapan Terima
Kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung atas sokongan, komitmen dan kerjasama bagi menjayakan Kolokium
Kajian Tindakan Peringkat Negeri Pahang 2021 “Memacu Transformasi Pendidikan
Pahang (TPP) Melalui Pembudayaan Kajian Tindakan”.
Di kesempatan ini juga, pihak kami ingin mengucapkan syabas kepada semua jurulatih utama,
jawatankuasa serta pembentang kerana Kolokium Kajian Tindakan Peringkat Negeri
Pahang 2021 “Memacu Transformasi Pendidikan Pahang (TPP) Melalui
Pembudayaan Kajian Tindakan” telah dilaksanakan dengan jayanya pada 1 – 2 Jun 2022.
Pihak kami juga amat menghargai kerjasama yang diberikan dan berharap ia dapat dikekalkan
dan diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.
Sekian, Terima Kasih.

34


Click to View FlipBook Version