The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nursyamimi5874, 2022-03-26 01:45:13

BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU

BMMB1104
KESUSASTERAAN DAN
KEBUDAYAAN MELAYU

NAMA : NUR SYAMIMI BT YAAKOB
KELAS : F2H

PENSYARAH : PUAN HAJAH NORMI BT DALI

PENGENALAN

Kesusasteraan merupakan satu bidang yang dianggap tidak pernah hilang
dalam diri masyarakat Melayu dan terus mekar dalam diri masyarakat
kerana ia dapat mengisi kekosongan jiwa mereka.Hal ini
kerana,kesusasteraan mempunyai keunikan dan keistimewaannya yang
tersendiri.Keunikan dan keistimewaan dalam bidang sastera ini sama sekali
tidak mempunyai persamaan keunikan dalam bidang-bidang yang lain
seperti bidang ekonomi,undang-undang,perubatan dan lain-lain.Bidang
sastera mempunyai unsur yang mempunyai daya tarikan yang membuatkan
pembaca berminat untuk membacanya.Sebagai contoh mempunyai unsur
luahan perasaan yang sangat menarik.Tuntasnya,disebabkan inilah
kebanyakan sastera mempunyai unsur luahan hati dan perasaan penulis
kerana dapat menarik perhatian para pembaca.

01

TAKRIF
KESUSASTERAAN

MELAYU

Kesusasteraan ialah satu bentuk ciptaan seni yang
disampaikan melalui bahasa.Menurut Siti Hajar Abdul
Aziz (2011) dalam buku Bahasa Melayu I edisi kedua
menyatakan bahawa perkataan kesusasteraan terbentuk
daripada perkataan Sanskrit yang membawa maksud
huruf atau buku indah.Menurut kamus,kesusasteraan
bermaksud hasil seni atau hasil karyaa penulisan dalam
bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri
keistimewaan yang tertentu.
Seni karang-mengarang bahan-bahan sastera yang berbentuk prosa dan puisi pula
ialah seni kesusasteraan.Kesusasteraan dalam Bahasa Melayu mempunyai maksud
yang sama dengan Bahasa Inggeris iaitu ‘literature’ yang berasal daripada perkataan
literate yang membawa maksud huruf atau abjad.Dalam konteks
pendidikan,kesusasteraan Melayu ialah karya asal yang ditulis dalam Bahasa Melayu
yang berunsurkan keindahan dan kehalusan sama ada berbenttuk
novel,cerpen,drama,sajak,prosa tradisional atau puisi tradisional.Daripada
definisi-definisi yang ditulis di atas,dapat disimpulkan bahawa karya kesusasteraan
merupakan satu ciptaan seni yang mempunyai kata-kata indah,memberi pengajaran
dan juga menggambarkan sesuatu perasaan atau gambaran.

02

JENIS,BENTUK
DAN CIRI

Jenis Kesusasteraan Melayu dapat dibahagikan

kepada empat jenis iaitu prosa moden,prosa

tradisional,Puisi moden dan juga puisi

tradisional.Jenis dan bentuk kesusasteraan pula

mempunyai pelbagai ragam kerana

masing-masing memiliki unsur-unsur khusus

yang membentuk pola secara berbeza dan

mempunyai tujuan masing-masing.

PROSA
TRADISIONAL

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011) beliau telah mendefinisikan tradisional sebagai serius
dan abadi nilainya,bermutu tinggi dan menjadi standard kepada yang lain.Prosa tradisional
merupakan satu karya seni yang disampaikan melalui bahasa dan bertujuan untuk
menyatukan falsafah pencipta dan penerimanya pada masa itu.Terdapat dua genre dalam
prosa tradisional iaitu sastera rakyat (lisan) dan sastera istana (tulisan).

JENIS-JENIS NARATIF ii. Naratif tulisan
PROSA - sastera sejarah
TRADISIONAL Terbahagi kepada dua: -sastera hikayat
i. Naratif lisan: -sastera panji
BUKAN NARATIF ➔ Mitos -sastera epik
➔ Legenda -sastera agama
➔ Cerita rakyat

➔ Sastera undang-undang
➔ Sastera kitab
➔ Sastera ketatanegaraan

BENTUK-BENTUK PROSA TRADISIONAL

01 Berbentuk tulisan atau karangan yang tidak mempunyai corak atau
irama tertentu.

02 Berbentuk fakta atau peraturan untuk memberi panduan khusus
kepada masyarakat.

03 Bentuknya lebih mudah difahami berbanding puisi.

CIRI-CIRI PROSA TRADISIONAL

Penyebaran secara lisan atau pertuturan melalui
penceritaan atau percakapan.
Tulisan jawi digunakan bagi penyebaran secara tulisan.

Pengarang tidak diketahui. Bersifat tradisional

Bersifat dongeng dan khayalan
Perkembangan statis,perlahan-lahan serta terbatas
pada kelompok tertentu.

Estetik iaitu merujuk kepada keindahan hadil-hasil
ciptaan yang dicipta oleh seseorang karyawan.

PROSA MODEN

Prosa moden merupakan sebuah kaarya sastera dalam Bahasa Melayu yang
ciptaannya bebas dalam gaya penulisan,sebuah karya yang
menggambarkan pengalaman,pemikiran,situasi ataupun gambaran sesuatu
keadaan.Menurut Annas Hj Ahmad (1988:152),hasil karya selepas 1800
digolongkan dalam sastera moden.Dengan pembahagian dari segi masa
ini,ia dapat memudahkan kita untuk memahami bentuk dan unsur perbezaan
dalam sastera Melayu.

Jenis Prosa Moden

Fiksi Bukan Fiksi
● Rencana
● Cerpen ● Artikel
● Novel ● Biografi
● Dongeng ● Laporan
● Esei ● Jurnalisme
● Resensi ● Iklan
● Roman ● Pendapat

CIRI-CIRI PROSA MODEN

01 Bebas

● Pengarang tidak dibataskan dengan
tema,struktur,perbendaharaan kata,penggunaan ayat,jalan cerita
dan sebagainya dalam menghasilkan sesuatu karya prosa moden.

02 Mesej Tersirat

● Dalam prosa moden,kita dapat lihat pembaca dapat menghayati atau
mengikuti jalan cerita yang terdapat karya tersebut seolah-olah diri
mereka merupakan watak dalam karya tersebut dan berjaya
menangkap mesej yang hendak disampaikan oleh penulis.

CIRI-CIRI PROSA MODEN

03 Keterbukaan

● Prosa moden kini lebih terbuka kerana telah banyak karya kini
yang diselit dengan isu-isu semasa atau persoalan hangat
seperti isu politik,sejarah Melayu dan sebagainya.

04 Kreatif

● Kreatif menjadi satu ciri yang sangat penting dalam karya prosa
moden pada masa kini kerana telah banyak karya yang kepelbagaian
aliran telah muncul di mana dapat menarik banyak perhatian para
pembaca.

● Namun,kreatif sahaja tidak mencukupi jika kualiti tidak dijamin,oleh
itu karyanya mestilah kreatif dan dijamin kualitinya.

Cerpen merupakan gabungan daripada dua
perkataan,iaitu cerita dan pendek.Cerita pendek
berasal daripada tradisi penceritaan lisan yang
menghasilkan kisah-kisah terkenal.Cerpen bukan
sahaja menjadi alat yang menggambarkan
sikap,perasaan,pandangan dan fikiran pengarang
malah memberi gambaran tentang sesuatu zaman
sama ada berhubung masalah sosial,politik atau
ekonomi.Bagi menghasilkan kesan tertentu dan
mendalam kepada pembaca,cerpen hanya membawa
satu tema sahaja dan beberapa persoalan.

Dari aspek perwatakan pula,cerpen hanya memusatkan perkembangan watak kepada
beberapa orang tertentu sahaja manakala watak-watak lain bertujuan untuk mengukuhkan
kewibawaan watak utama.Satu plot sahaja digunakan dan plot inilah yang dikembangkan
dengan rapi,teliti dan tidak rumit dalam penulisan cerpen.

Novel merupakan prosa rekaan yang panjang yang
dalamnya diceritakan sebahagian daripada sebuah
kehidupan.Istilah ini berasal daripada bahasa Itali,iaitu
novella yang membawa maksud satu benda kecil yang
baharu.Menurut Shahnon Ahmad (1972:4) menyatakan
bahawa novel merupakan satu bentuk pentafsiran
rencam hidup manusia yang terbina dalam bentuk
sastera cereka.Novel merangkumi tiga faktor utama
yang saling berkait :

● Pengalaman peribadi
● Realiti rencam hidup
● Imaginasi

Plotnya berdasarkan permulaan,perkembangan,konflik,klimaks dan peleraian.Jumlah
perkataan dalam penulisan novel tiada penghitungan khusus yang menjadikan sebuah
karya itu sebagai novel. Novel boleh hadir dalam beberapa gaya yang dapat
digambarkan contohnya novel misteri,percintaan,fiksyen sejarah dan juga fiksyen
realis.

PUISI
TRADISIONAL

Puisi tradisional merupakan warisan kesusasteraan Melayu
tradisional yang dihasilkan untuk melahirkan pemikiran
yang sesuai pada zaman itu.pemikiran tersebut mestilah
diungkapkan dalam bahasa yang puitis dan kreatif.Menurut
Harun Mat Piah (1989) antara genre yang terdapat dalam
puisi tradisional termasuklah
pantun,syair,gurindam,seloka,talibun, mantera,adat
perbilangan,teka-teki,peribahasa,rubai,masnawi dan
sebagainya.Namun dalam konteks ini hanya akan berfokus
kepada empat puisi tradisional sahaja iaitu
pantun,gurindam,syair dan seloka.

JENIS-JENIS PUISI TRADISIONAL

● Menurut Harun Mat Piah ● Menurut Harun Mat Piah (1989),perkataaan seloka
berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu ‘shloka’
(1989),mendefinisikan pantun yang membawa maksud berseloroh,berjenaka atau
berdasarkan aspek dalaman dan menyindir.
luaran struktur visualnya.

Pantun Seloka

01 02 03 04

Syair Gurindam

● Merupakan sejenis puisi berlagu yang dikatakan ● Berasal daripada bahasa
berasal daripada Parsi dan dibawa masuk ke Tamil ‘’iradam’ , ‘kirandam’
yang membawa maksud puisi
Nusantara bersama kedatangan Islam. secara terbuka.

BENTUK PUISI TRADISIONAL

❏ Bentuk dan ❏ Unsur ❏ Mempunyai
strukturnya muzik,lagu,intonasi,kadensa, bentuk
rentak,irama dan tertentu,berkerat-
terikat dengan keharmonian bunyi kerat atau
aturan binaan mempengaruhi ungkapan berlarutan dalam
kata dan bahasanya. baris yang sejajar.
tertentu.

❏ Baris,rima dan irama disusun ❏ Wujud pembahagian unit
membentuk pola yang dalam menyatakan idea
dipengaruhi jumlah misalnya dua baris
baris,jumlah serangkap atau beberapa
perkataan,keseimbangan baris seuntai.
bunyi dan panjang pendek
perkataan.

CIRI-CIRI PUISI TRADISIONAL

Penggunaan bahasa yang

baik,ekspresif,kental,mengandungi 01 Untuk menyatakan sesuatu dan
nilai keindahan serta menimbulkan 02 melahirkan perasaan hati,ia
rangsangan dan kesan kepada mestilah mempunyai unsur
pengalaman dan perasaan dapat perlambangan,imej,kiasan dan
dilihat dalam penulisan puisi perbandingan yang bersifat
tradisional.

Ada puisi yang dianggap suci tradisional.
dan berhubung rapat dengan
03

sistem kepercayaan dan adat Bersifat lisan,diwarisi dan
disebarkan melalui tradisi lisan
istiadat,misalnya Adat Perpatih 04

dengan fungsi kolektif

kehidupan masyarakat

tradisional

PUISI MODEN

Za’ba mentafsirkan puisi atau karangan
berangkap sebagai ‘khas dipakai yang
digunakan untuk mengungkapkan fikiran yang
cantik dengan bahasa yang indah.

Sajak merupakan satu-satunya genre puisi yang terdapat dalam puisi moden.
H.B.Jassin (1983) mendefinisikan sajak sebagai sebuah pengucapan perasaan yang
didalamnya mengandungi fikiran dan tanggapan.

BENTUK PUISI MODEN

BENTUK DALAMAN : BENTUK LUARAN

➢ Membawa ciri-ciri atau sifat ➢ Sifat-sifat binaan yang dapat dilihat
yang abstrak bagi sesebuah sajak dengan jelas termasuk susunan
iaitu cara mengekspresikan baris dalam rangkap,susunan atau
perasaan dan pemikiran jumlah perkataan dalam baris dan
sesorang penyair terhadap mesej susunan rima di hujung baris dalam
yang hendak disampaikan. rangkap.

CIRI-CIRI PUISI MODEN

★ Mempunyai bentuk yang bebas.
★ Menekankan aspek estetik.

★ Mengandungi gaya bahasa.
★ Rangkap dan baris adalah bebas.

★ Bahasa yang digunakan boleh menggambarkan perasaan.
★ Cara penyampaiannya bergantung kepada penulis.

★ Mengutamakan aspek pemilihan kata dalam menyampaikan sebuah mesej

03

FUNGSI
KESUSASTERAAN

MELAYU

1) ALAT PENDIDIKAN

● Karya-karya yang telah ditulis adalah berdasarkan pengalaman-pengalaman yang telah
diterjemahkan oleh para pengarang.Pengarang telah mengahsilkan karya-karya yang
mampu memberikan pengajaran,nilai moral atau sesuatu karya yang mengandungi ilmu
pengetahuan yang tinggi.Jadi secara amnya,kita dapat lihat karya-karya yang
dihasilkan seperti syair,pantun dan sebagainya mampu dijadikan sebagai alat
pendidikan.Dengan adanya kesusasteraan Melayu ini,maka akan lahirlah masyarakat
yang dapat mampu mencerminkan sebuah hasil seni yang kreatif,mampu mengkaji
keindahan karya sastera dan juga menguasai kemahiran berbahasa Melayu.

● Di peringkat sekolah,Kesusasteraan Melayu memainkan peranan sebagai satu cabang
ilmu dan senjata yang dapat meresapi dan berkembang dalam pelbagai disiplin ilmu
sejajar dengan konsep bahasa merentas kurikulum.

● Di peringkat pengajian tinggi,teknik penulisan ilmiah,rencana dan penulisan kreatif
didedahkan kepada pelajar dan pelajar juga diberikan pengetahuan tentang dunia
penerbitan dan penyiaran selaras dengan matlamat pembudayaan bahasa Melayu
melalui sistem pendidikan.

● Oleh itu,teks-teks sastera Melayu wajar dijadikan bahan bacaan wajib kepada para
pelajar.

2)INSTRUMEN PERPADUAN

● Menurut Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin
menyatakan bahawa,sastera merupakan satu instrumen yang penting dalam
kalangan rakyat untuk mewujudkan semangat kekitaan dalam usaha membina
sebuah negara bangsa yang bersatu padu.Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969
telah memberikan petanda kepada kita bahawa hubungan etnik di negara
adalah rapuh.

● Maka disebabkan itulah sastera sangat penting kerana ia mampu
menyatupadukan hubungan sesama rakyat kerana ia sangat menitikberatkan
nilai perpaduan dan penghargaan kepada satu bentuk budaya kebangsaan.

● Seluruh masyarakat pelbagai kaum perlu mempunyai kesedaran kefahaman
dan melibatkan diri dalam bidang sastera kerana ia mempunyai semangat
yang tersurat dan tersirat dalam karya yang dihasilkan oleh para sasterawan
yang bermutu.

● Oleh itu,sudah tentu semua generasi pada masa kini dapat memahami dan
menghayati apa yang dihasratkan oleh pemerintah dalam menyemai
semangat perpaduan terhadap negara yang tercinta.

3) ALAT KAWALAN SOSIAL
DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

● Melalui sastera,ia mampu dijadikan alat kawalan sosial kerana ia mampu
memberikan kita pengetahuan tentang apa yang boleh dilakukan dan
perkara yang tidak boleh dilakukan.

● Misalnya,jangan menderhaka kepada ibu bapa kerana kita akan ditimpa
malapetaka contohnya seperti cerita Si Tanggang.

● Terdapat juga cerita yang mampu memberikan pengajaran yang baik
misalnya cerita binatang ‘Sang Kancil Yang Bijak’ dan ‘ Cerita Pengemis Dan
Isteri Yang Cantik’.

● Dalam cerita legenda pula terdapat tokoh-tokoh eperti tokoh
agama,pahlawan dan seumpamanya yang menjadi sanjungan satu-satu
masyarakat.

● Kesemua ini telah menanamkan semangat tidak berputus asa dalam
kalangan pendengar selain menanamkan semangat cinta akan tanah air
yang tidak berbelah bahagi.

4) DAKWAH

● Dalam sastera,terdapat nilai ijabiyah (positif ) dan waqi’iyyah
(realistik) yang merupakan ciri penting yang membentuk
pandangan sastera.

● Kekuatan prinsip seperi al-tawjih (membimbing),al-ta’dib (
mendidik ) dan pengisbatan ciri-ciri estetik serta prinsip
takamul dan takmilahnya yang mampu melahirkan
pandangan kosmologi yang ampuh dari kefahaman nilai yang
jelas dalam usaha menggerakkan transformasi kemanusiaan
dan revolusi kebudayaan.

● Sastera Islam telah menyumbang dalam pembentukan akhlak
manusia Melayu untuk melihat sejauh mana sastera Islam
mampu membentuk akhlak manusia di alam Melayu ini.

● Kesimpulannya,kepentingan fungsi dan amanat cereka
mestilah menjadi ciri-ciri yang perlu ditegaskan dalam cereka
Islam.

5) MEDIUM PROTES DAN KRITIK

SOSIAL

● Sastera memaparkan perkara yang berlaku dalam realiti
kehidupan manusia.

● Karya sastera akan memfokuskan kepada tiga entiti iaitu
masyarakat,kehidupan dan manusia yang sudah tentu
mempunyai hubungan pertalian yang berkaitan.

● Dalam konteks masyarakat,wujud pelbagai jurang dalam
kalangan mereka yang akan mempengaruhi tindakan dan
adab sama ada bertujuan untuk menegur,mengkritik ataupun
menyampaikan mesej.

● Lantaran itu,karya sastera bukan sahaja merakamkan
sesuatu yang luar biasa tetapi perkara yang biasa juga yang
diolah menjadi karya kreatif yang indah sifatnya.

6) HIBURAN

● Karya sastera mampu melahirkan perasaan keseronokan
yang indah melalui keindahan kata-kata yang
diungkapkan,irama atau rentak yang indah.

● Contohnya, cerita Penglipur Lara yang mempunyai fungsi
hiburan yang membolehkannya diterima masyarakat yang
sangat meminati dan digilai suatu ketika dahulu.

● Karya sastea seperti pantun merupakan karya yang cukup
popular kerana mampu membawa keindahan yang
menghiburkan kerana rentak dan iramanya yang bersukat
membentuk irama dalam pantun.

● Karya sastera yang mempunyai unsur hiburan yang lain
ialah cerita jenaka.

● Contohnya, cerita Pak Kaduk yang menonjolkan unsur
hiburan di mana beliau sering ditimpa malang dalam
melakukan apa sahaja perkara.

04

MANIFESTASI AKAL
BUDI MASYARAKAT
MELAYU DALAM KARYA
PUISI TRADISIONAL

Puisi tradisional merupakan satu elemen yang penting bagi
mengungkapkan fikiran dan akal budi orang Melayu semasa
berkomunikasi.Kehalusan budi,ketinggian ilmu serta
pemikiran masyarakat Melayu dahulu ketika berbahasa
merupakan cerminan terhadap puisi tradisional.Akal budi
mencermikan,perbuatan,pemikiran dan sikap seseorang
yang mendokong kebijaksanaan,kehalusan jiwa serta
keindahan.Perasaan,kesedaran,keyakinan dan dorongan
merupakan pengertian budi yang paling mudah.Budi dapat
dilihat dalam pertuturan,perlakuan,kehalusan berbahasa
dan gaya hidup.Manifestasi akal budi boleh dilihat dalam
empat aspek utama iaitu pemikiran,pertuturan,perlakuan
dan gaya hidup.

#1 - AKAL BUDI DALAM PANTUN

❖ Menurut Ungku Aziz (2011) menyatakan bahawa pantun tidak wujud
dalam kekosongan atau vakum.Dalam masyarakat Melayu,pantun
merupakan manifestasi terbaik seni sastera.

❖ Pantun digunakan untuk menyampaikan pemikiran dan perasaan dan
ia merupakan kaedah rangkapan tertua dan sememangnya kepunyaan
masyarakat Melayu.
Puas sudah menanam ubi,
Nanas juga dipandang orang,
Puas sudah menanam budi,
Emas juga dipandang orang.

❖ .Dalam aspek pemikiran dapat dilihat pemilihan diksi bagi pembayang berkaitan
dengan alam iaitu buah nanas dan ubi melalui aspek tersirat.Nanas berbau
harum dan kuning apabila masak. Perbandingan yang diungkapkan antara nanas
dan emas menjadi tarikan masyarakat.

❖ Kesimpulannya,akal budi yang disampaikan dalam pantun ini mengajar kita agar
tidak memilih sesuatu yang memiliki keistimewaan luaran sahaja seperti harta
benda tetapi perlu mementingkan sifat orang yang berbudi

❖ Nanas dan ubi kedua-duanya adalah makanan.Nanas merupakan
pencuci mulut manakala ubi merupakan makanan ruji yang
mengenyangkan tetapi nanas mempunyai tarikan kerana aspek
warna dan rasanya yang manis.

❖ Dalam konteks keperluan hidup,sudah tentu ubi lebih bermanfaat
berbanding nanas dan inilah perumpamaan yang cuba disampaikan
antara emas dan ubi.

❖ Dalam konteks perbincangan ini,pantun sangat sesuai dengan jiwa
orang Melayu kerana dapat menunjukkan keperibadian orang
Melayu yang mempunyai kesenian dan kebudayaan tersendiri.

❖ Keunikan pantun terletak pada pembayang dan maksud pantun itu
sendiri.

#2 - AKAL BUDI DALAM SYAIR

❏ Syair merupakan bentuk puisi tradisional ciptaan dan kepunyaan orang
Melayu yang mendapat pengaruh daripada Arab dan Parsi.

❏ Contoh Syair Perahu :

Inilah gerangan suatu madah,
Mengarangkan syair terlalu indah,

Membetulkan jalan tempat berpindah,
Di sanalah Iktikaf di perbetul sesudah

❏ Dalam aspek akal budi,penulis telah mencipta syair ini bertujuan
untuk membetulkan perjalanan hidup seseorang manusia di dunia
demi kesejahteraan hidup di akhirat.

❏ Penyair juga menyarankan kita supaya membetulkan iman kerana
iman yang mantap dan jalan tauhid yang betul sahaja
membolehkan kita berjaya di dunia dan di akhirat.

Wahai muda,kenalilah dirimu,
Ialah perahu tamsil tubuhmu,

Tiadalah berapa lama hidupmu,
Ke akhirat jua kekal diammu.

❏ Dalam rangkap ini,penyair meminta supaya kita mengenali diri kita sendiri
kerana selepas mengenal diri sendiri barulah dapat mengenal Allah yang
mencipta kita.

❏ Penyair mengibaratkan kehidupan manusia seperti perahu kerana terpaksa
melayari kehidupan yang sementara tetapi mempunyai pelbagai halangan dan
rintangan.

❏ Tujuannya adalah supaya kita bersedia menghadapi ujian hidup dan dapat
berlabuh dengan selamat di tempat yang kekal selama-lamanya iaitu di dalam
syurga Allah.

#3 - AKAL BUDI DALAM SELOKA

➔ Seloka berasal daripada perkataan Sanskrit iaitu shloka yang
membawa maksud berseloroh,berjenaka atau menyindir.

➔ Seloka lebih merupakan pepatah,bidalan atau perumpamaan yang
mengandungi unsur-unsur jenaka,gurau senda,olokan,ejekan dan
sindiran sebagai satu bentuk puisi tradisional yang bercorak
karangan berangkap atau bahasa berirama.

➔ Walaupun ciri seloka mempunyai maksud menyindir sama ada
serius atau jenaka tetapi ia sarat dengan mesej yang berguna
untuk dijadikan pengajaran dan teladan.

➔ Contoh seloka Pak Pandir :

Anak dipijak dagang dijinjing
Kucing dibunuh tikus dibela
Harta habis badan tergadai
Mendengar gelagak dagang
Tak sedar bertelanjang
Mendengar guruh di langit
Air di tempayan dicurahkan

Mulut kena suap pisang
Buntut kena cangkuk onak
Gunting makan di hujung
Pak Pandir juga menanggung
Apa didengar gelagak dagang
Gelagak rambutan jantan
Orang berbunga,dia berbunga
Orang berbuah dia haram
Kilat memancar hujan tak jadi
Awak juga berkecundangan.

➔ Seloka ini mempunyai unsur sindiran walaupun ia bertujuan untuk hiburan.
➔ Akal budi manifestasi masyarakat Melayu yang terdapat dalam seloka ini

menyindir individu yang mementingkan orang lain.
➔ Sikap ini perlu dihindarkan kerana ia akan menyebabkan kerugian terhadap diri

sendiri dan keluarga terdekat.
➔ Dalam baris ‘hartanya habis tergadai’ menunjukkan bahawa Pak Pamdir tidak

pandai menguruskan hartanya seperti boros dalam berbelanja dan
menggadaikan hartanya.Berkemungkinan watak ini merupakan seorang yang
suka berjudi atau bertaruh.

➔ Dalam baris ‘tak sedar bertelanjang’ penulis membuat satu kritikan halus
mengenai seseorang yang tidak sedar akan kelemahan diri sendiri.Dalam
seloka ini,Pak Pandir seolah-olah tidak mengetahui kelemahan diri sendiri
dan tidak mampu memperbaiki dirinya.

➔ Aspek akal budi juga dapat dilihat apabila pengarang mengkritik sikap
seseorang yang tidak memberi faedah kepada orang lain ibarat ‘gelagak
rambutan jantan’ yang tidak mengeluarkan buah walaupun berbunga pada
musimnya.

➔ Banyak kelemahan yang wujud dalam kehidupan seharian kita.
➔ Watak Pak Pandir menggambarkan sikap seseorang yang perlu diberi

teguran untuk berubah ke arah yang lebih baik.

#4 - AKAL BUDI DALAM GURINDAM

★ Menurut Kamus Dewan (1984) gurindam ialah puisi yang terdiri
daripada dua baris dan berisi dengan berbagai-bagai pengajaran.

★ Isinya mengandungi nasihat,pengajaran,kebenaran serta
pernyataan perasaan cinta.

★ Contoh Gurindam Pasal Pertama:

Barang siapa tiada memegang agama,
Sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
Barang siapa mengenal yang empat,
Maka ia itulah orang yang ma’rifat.
Barang siapa mengenal Allah,
Suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa mengenal diri,
Tahulah ia barang yang terperdaya.
Barang siapa mengenal akhirat,
Tahulah ia dunia mudarat.

★ Pengarang menjelaskan kepada pembaca jika kita hidup tanpa
mengenal agama,maka sia-sialah kehidupan seseorang itu.

★ Apabila seseorang itu mengenal empat ajaran tasawwuf iaitu
syari’at, ma’rifat,tarikat dan hakikat maka kehidupan
seseorang itu akan menjadi terang tanpa rasa was-was
walaupun sedikit.

★ Namun ramai yang terperdaya dengan nikmat dunia walhal
kehidupan di dunia hanyalah sesaaat sedangkan tempat yang
kekal ialah alam akhirat.

★ Perbincangan akal budi masyaraat Melayu dalam puisi ini boleh
dilihat dalam konteks falsafah dan pemikirannya.

★ Gurindam ini membincangkan pelbagai persoalan manusia sama
ada di dunia atau di akhirat.

★ Dalam gurindam ini memaparkan nilai-nilai Islam yang disusun
secara tidak langsung mencerminkan diri setiap insan yang
memiliki jati diri yang baik.

★ Gurindam Dua Belas dikatakan menyentuh lima bidang falsafah :

#1 - ETIKA

➔ Falsafah dalam bidang etika ialah pemikiran tentang moral,pendidikan
dan pengajaran seperti fasal yang terdapat dalam Gurindam Dua Belas.

#2 - METAFIZIK
➔ Falsafah dalam bidang metafizik ialah pemikiran tentang kewujudan dan

keberadaan contohnya gurindam ini ada menerangkan tentang kewujudan
Allah S.W.T.

#3 - SOSIAL
➔ Falsafah dalam bidang sosial membawa maksud gambaran mengenai

realiti kehidupan manusia yang kontekstual contohnya dapat dilihat dalam
gurindam fasal empat hingga dua belas yang memperlihatkan tentang
penjagaan adab semasa bersosial.

#4 - POLITIK
➔ Falsafah dalam bidang politik ialah aplikasi dan tujuan dalam sistem

pemerintahan sesebuah negara.Dalam fasal dua belas,Raja Ali Haji telah
menyentuh mengenai hal politik iaitu berkenaan tanggungjawab
pemerintah.

#5 - LOGIK
➔ Falsafah dalam bidang logik bermaksud pemikiran yang rasional

berdasarkan taakulan dan sebab musabab.Contohnya dalam gurindam ini
semuanya bersifat rasional dan menyatakan sebab musababnya.

★ Pemikiran yang terdapat dalam gurindam ini ialah pesanan kepada pembaca
supaya berubah ke arah kebaikan dan meninggalkan segala perkara yang boleh
menyebabkan kemudaratan.

SEKIAN
TERIMA
KASIH

CREDITS: This presentation template was created by Slidesgo, including
icons by Flaticon and infographics & images by Freepik


Click to View FlipBook Version