a) Ruang Tempat Kerja Berisiko Tinggi Kepada Kebakaran RUANG TEMPAT KERJA BERISIKO TINGGI DAPUR BILIK GAS RUANG PENYIMPANAN - Tempat kerja yang mempunyai pelbagai alat penjimat masa yang rosak - Penggunaan alat penjimat masa yang tidak disenggara - Penggunaan penyambungan plag yang belebihan pada soket - Menempatkan tong gas yang telah digunakan atau belum digunakan - Mudah terbakar sekiranya terdapat punca api, kerana tong gas mudah meletup jika tidak dikendali dengan baik dan sempurna - Pengudaraan dan pencahayaan yang tidak mencukupi - Keluasan ruang penyimpanan tidak sesuai - Susun atur bahan makanan dan bukan makanan tidak sesuai BAB 6 : KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA DALAM INDUSTRI HOSPITALITI 6.3 Amalan Keselamatan Mencegah Kebakaran dan Rawatan Awal Kecederaan Akibat Kebakaran Standard Pembelajaran Murid boleh: 6.3.1 Mengenal pasti ruang tempat kerja yang berisiko tinggi kepada kebakaran
BAB 6 : KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA DALAM INDUSTRI HOSPITALITI 6.3 Amalan Keselamatan Mencegah Kebakaran dan Rawatan Awal Kecederaan Akibat Kebakaran Standard Pembelajaran Murid boleh: 6.3.2 Menerangkan punca kebakaran di tempat kerja. b) Punca Kebakaran Di Tempat Kerja PUNCA KETERANGAN Pendawaian Elektrik - Pemasangan dan penyenggaraan sistem pendawaian yang kurang sempurna dan tidak selamat serta dilakukan oleh individu yang tidak bertauliah - Pendawaian elektrik yang terlalu lama boleh menyebabkan litar pintas - Terlalu banyak penyambungan sehingga melebihi beban kuasa elektrik yang dibenarkan Dapur Gas Gas bocor disebabkan - hos dan paip gas bocor, longgar dan pecah - regulator longgar dan retak akibat tolakan dan tarikan ketika membersihkan dapur gas - Menggunakan peralatan gas yang tidak diluluskan oleh SIRIM - Penyimpanan silinder gas yang tidak selamat Aktiviti Memasak - Tukang masak yang cuai, tidak berhati-hati dan bersikap sambil lewa - Membiarkan masakan di atas dapur tanpa perhatian - Memakai pakaian yang terlalu longgar dan terlalu labuh boleh menyebabkan api menyambar pakaian Merokok - Merokok ketika memasak atau membuang puntung rokok yang masih menyala di sekitar kawasan dapur atau bilik gas Kerosakan Peralatan Elektrik - Kegagalan peralatan elektrik berfungsi dengan baik - Biasanya peralatan elektrik rosak kerana kerosakan mekanikal iaitu terlalu lama atau tiada kelulusan SIRIM - Peralatan elektrik juga boleh rosak kerana terdedah kepada bencana alam seperti kilat, gempa bumi dan banjir.
BAB 6 : KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA DALAM INDUSTRI HOSPITALITI 6.3 Amalan Keselamatan Mencegah Kebakaran dan Rawatan Awal Kecederaan Akibat Kebakaran Standard Pembelajaran Murid boleh: 6.3.3 Menjelaskan tindakan jika berlaku kebakaran c) Tindakan Apabila Berlaku Kebakaran Membunyikan penggera 1. Pekerja yang menyedari kebakaran bertanggungjawb membunyikan penggera dengan memecahkan kaca pada panel terhampir. 2. Penggera berbunyi sebanyak 2 kali, iaitu 15 saat pada kali pertama dan masa yang lebih panjang pada kali kedua. Membuat panggilan kecemasan 1. Panggilan kecemasan dibuat serta merta ke balai bomba atau ke talian kecemasan. 2. Operator yang menerima panggilan akan menyalurkan maklumat kepada pihak yang bertanggungjawab seperti ambulans, bomba atau polis. Menggunakan peralatan pemadam api 1. Alat pemadam api digunakan untuk mengawal kebakaran di peringkat awal. 2. Ia perlu ditempatkan di lokasi yang sesuai. 3. Antara jenis alat pemadam api ialah pemercik air automatik, gelung hos, alat pemadam api jenis balang dan selimut api. Membunyikan penggera Membuat panggilan kecemasan Menggunakan peralatan pemadam api Pengungsian bangunan Prosedur pemindahan mangsa kebakaran Mendaftar mangsa yang tercedera dan menentukan rawatan yang sesuai Menyediakan maklum balas yang cepat dan tepat tentang mangsa
Kategori alat pemadam api jenis balang. Tatacara penggunaan alat pemadam api https://www.youtube.com/ watch?v=BWjQ64XH558 https://vdocuments. mx/6-alat-pemadamapi-mudah-alih.html
Pengungsian bangunan Apabila mendengar penggera kecemasan, setiap individu perlu keluar segera dari bangunan yang terbakar. Tindakan ini dinamakan pengugsian bangunan. Bagi memastikan tindakan ini berjalan lancar, tempat kerja perlu : i. Mewujudkan jawatankuasa ii. Menyediakan pelan lantai dan rancangan bertindak iii. Menentukan kawasan berkumpul (assembly area) iv. Memastikan jalan atau laluan keluar, pintu keluar dan tangga keselamatan tidak dihalang. v. Memastikan sistem kebombaan berfungsi. Prosedur pemindahan mangsa kebakaran PROSEDUR PEMINDAHAN MANGSA KEBAKARAN MENGGUNAKAN PERALATAN Menggunakan kerusi 1. Keadaan mangsa duduk di atas katil 2. Letakkan kerusi berhampiran dengan katil untuk memindahkan mangsa 3. Sekiranya pergerakan perlu menuruni tangga, dapatkan seorang pembantu Menggunakan selimut 1. Keadaan mangsa baring 2. Letakkan selimut berhampiran dengan mangsa untuk memindahkan mangsa 3. Tarik selimut perlahan-lahan ke tempat yang selamat 4. Sekiranya pergerakan perlu menuruni tangga, dapatkan seorang pembantu PROSEDUR PEMINDAHAN MANGSA KEBAKARAN PROSEDUR PEMINDAHAN MANGSA KEBAKARAN MENGGUNAKAN PERALATAN Menggunakan kerusi Menggunakan selimut PROSEDUR PEMINDAHAN MANGSA KEBAKARAN TANPA PERALATAN Human Crutch (Tongkat Manusia) Fore And Aft Carry Four Hand Set
PROSEDUR PEMINDAHAN MANGSA KEBAKARAN TANPA PERALATAN Human Crutch (Tongkat Manusia) 1. Keadaan mangsa boleh bergerak dan memerlukan bantuan minimum 2. Papah mangsa ke tempat selamat Fore and Aft Carry 1. Keadaan mangsa tidak boleh bergerak 2. Penyelamat berdiri di belakang mangsa dan memeluk mangsa di bawah ketiak 3. Seorang lagi penyelamat di hadapan memegang bahagian bawah lutut mangsa 4. Penyelamat di hadapan mencangkung terlebih dahulu sebelum menurunkan mangsa secara perlahan-lahan Four Hand Set 1. Keadaan mangsa cedera di bahagian kaki 2. Mangsa meletakkan tangan di leher dua orang penyelamat di sisi 3. Bahagian belakang mangsa didokong dengan memegang lengan antara satu sama lain 4. Tangan kedua-dua penyelamat diletakkan di bawah lutut mangsa dan pegang lengan antara satu sama lain. 5. Bawa mangsa ke tempat yang selamat Mendaftar mangsa yang tercedera dan menentukan rawatan yang sesuai 1. Setelah memindahkan mangsa ke tempat selamat, daftarkan mangsa yang tercedera. 2. Satu pasukan akan memberikan rawatan awal sementara menunggu pegawai perubatan. Menyediakan maklum balas yang cepat dan tepat tentang mangsa 1. Laporkan kecederaan dengan segera sebaik sahaja pegawai perubatan tiba. 2. Nyatakan tanda-tanda vital kepada pegawai perubatan jika perlu.
d) Rawatan Awal Kecedeeraan Akibat Kebakaran 1. Luka Lecur atau Terbakar Tahap Pertama Luka lecur atau terbakar hanya melibatkan lapisan epidermis, iaitu bahagian kulit paling luar. Bahagian kulit mangsa akan sakit, kering dan berwarna kemerah-merahan seperti melepuh. Tahap Kedua Luka lecur atau terbakar melibatkan lapisan epidermis dan dermis kulit. Bahagian kulit mangsa berasa sakit, berwarna merah dan terdapat gelembung cecair Tahap Ketiga Luka lecur atau terbakar melibatkan kemusnahan keseluruhan lapisan kulit dan boleh membawa hingga ke tulang. Bahagian kulit yang terlibat akan kering dan bertukar warna kepada putih, hitam atau coklat gelap. Mangsa tidak berasa sakit. Rawatan awal bagi mangsa luka lecur atau terbakar : i. Alihkan mangsa dari punca kebakaran. ii. Alirkan air sejuk ke tempat tercedera selama 10 minit. Sekiranya tiada air, gunakan sebarang cecair yang sejuk. iii. Tanggalkan semua perhiasan seperi jam tangan, barang kemas, tali pinggang serta pakaian yang ketat, sebelum anggota yang tercedera membengkak. iv. Tutup bahagian tercedera dengan pembalut kering (gauze) yang disteril atau kain bersih. v. Bagi luka lecur atau terbakar tahap ketiga, dapatkan rawatan perubatan dengan segera. 2. Luka terbakar hingga ke salura pernafasan Mangsa yang tersedut udara panas atau gas menyebabkan trakea luka terbakar dan bengkak. Mangsa juga berisiko mengalami sesak nafas. Tanda-tanda mangsa mengalami luka terbakar hingga ke salur pernafasan ialah i. Terdapat jelaga di sekitar hidung atau mulut mangsa. ii. Bulu hidung terbakar. iii. Lidah kemerah-merahan, bengkak dan panas. iv. Kulit di sekitar mulut rosak. v. Suara berubah menjadi kasar dan garau. vi. Sukar untuk bernafas. Rawatan awal bagi mangsa luka terbakar hingga ke salur pernafasan i. Alihkan mangsa dari punca kebakaran. ii. Hubungi ambulans. iii. Pulihkan bekalan udara atau pernafasan mangsa dengan melonggarkan baju di sekliling lehernya. iv. Tenteramkan mangsa dan perhatikan tanda-tanda vital seperti kadar denyutan nadi, tahap gerak balas dan kadar pernafasan sehingga pihak ambulans tiba. BAB 6 : KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA DALAM INDUSTRI HOSPITALITI 6.3 Amalan Keselamatan Mencegah Kebakaran dan Rawatan Awal Kecederaan Akibat Kebakaran Standard Pembelajaran Murid boleh: 6.3.4 Mengenal pasti rawatran awal kecederaan akibat kebakaran 6.3.5 Menunjukkan cara rawatan awal kecederaan akibat kebakaran mengikut prosedur yang betul
e) Prosedur Keselamatan di Institusi 1. Memastikan penggera automatik atau manual berfungsi dengan baik. 2. Mengawal kebakaran jika kebakaran adalah kecil. 3. Menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) atau Pegawai Keselamatan Jabatan atau Juruteknik Unit Pembangunan & Senggaraan (UPS) atau Pengawal Keselamatan. 4. Pengawai Keselamatan di institusi membentuk Pasukan Quick Response Team secara adhoc. 5. Menghentikan mesin atau proses kerja dan memutuskan bekalan kuasa. 6. Memastikan semua dokumen penting disimpan dan dikunci dengan selamat. 7. Mengosongkan bangunan (pengungsian) dengan teratur dan pantas. 8. Bergerak ke tempat berkumpul dengan teratur dan pantas. 9. Mengambil kedatangan untuk dilaporkan kepada Pegawai Keselamatan Jabatan atau Pasukan Quick Response Team atau Pengawal Keselamatan. 10. Pegawai Keselamatan Jabatan atau Pasukan Quick Response Team atau Pengawal Keselamatan perlu menyampaikan keseluruhan maklumat kecemasan atau bencana kepada Komander Operasi Bomba yang tiba di lokasi. Kajian Prosedur Keselamatan Prosedur Keselamatan di Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Prosedur Keselamatan di Sekolah 1. Kenal pasti jenis kecemasan, buat penilaian risiko, bertindak segera dan aktifkan sistem penggera keselamatan. 2. Maklumkan kepada bilik kawalan untuk membuat pengumuman pengungsian menggunakan sistem siaraya dan maklumkan kepada pihak bomba 3. Pastikan semua peserta atau pengunjung dan kakitangan keluar segera dengan selamat ke kawasan perhimpunan yang ditetapkan. Dilarang menggunakan lif untuk tujuan pelepasan diri 4. Kenal pasti dan rekod jumlah keseluruhan kehadiran sama sepereti rekod sebelumya. 5. Jika keadaan selamat, cuba padamkan kebakaran menggunakan sistem kebombaan yang ada. Tindakan mestilah tidak dilakukan secara berseorangan. Jika gagal dikawal, keluar dan tunggu pasukan bomba tiba. 6. Jika terperangkap di dalam asap, cuba merangkak pada paras paling rendah dan muka menghala ke bawah dan cuba keluar. 7. Tunggu sehingga pasukan bomba tiba dan pastikan panduan dan segala maklumat diberikan kepada pihak bomba. 1. Murid, guru dan kakitangan yang berada di Bilik Sains dinasihatkan untuk mematikan punca elektrik atau injap gas sebelum meninggalkan bilik ini. 2. Murid dinasihatkan supaya tidak membawa beg sekolah apabila meninggalkan kelas. 3. Guru yang sedang mengajar mengarahkan murid ke tempat selamat dengan segera. 4. Guru dan ketua kelas perlu mengawal murid dalam pergerakan menyelamatkan diri. 5. Bagi murid yang tidak berada di dalam bilik darjah ketika loceng kecemasan dibunyikan, hendaklah pergi ke tapak selamat untuk bersama-sama dengan murid lain. 6. Apabila sampai di tapak selamat, murid hendaklah beratur mengikut kedudukan. 7. Guru kelas akan memastikan semua murid berada di tapak selamat. 8. Jika terdapat murid yang tiada di tempat perhimpunan, guru kelas hendaklah melaporkan nama murid tersebut 9. Tidak seorang pun dibenarkan masuk ke dalam bangunan untuk mengambil barang yang tertinggal 10. Guru dan kakitangan sekolah mesti mengikut laluan yang ditetapkan. BAB 6 : KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA DALAM INDUSTRI HOSPITALITI 6.3 Amalan Keselamatan Mencegah Kebakaran dan Rawatan Awal Kecederaan Akibat Kebakaran Standard Pembelajaran Murid boleh: 6.3.6 Mengkaji prosedur keselamatan di pelbagai institusi untuk mencegah kebakaran
f) Langkah Pencegahan Kebakaran di Tempat Kerja 1. Organisasi hendaklah mengadakan latihan mencegah kebakaran dan menyelamat diri dari semasa ke semasa terutama di bangunan bertingkat. 2. Latihan perlu diadakan sekurang-kurangnya setahun sekali. 3. Ketua isntitusi perlu memastikan alat-alat pemadam api diperiksa oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sekurang-kurangnya sekali setahun. 4. Institusi hendaklah menyediakan tempat untuk menyimpan rekod penting yang tidak musnah jika berlaku kebakaran. 5. Maklumat tentang prosedur keselamatan ditulis dengan jelas di tempat yang sesuai agar mudah dilihat dan dapat diketahui oleh semua pekerja. 6. Simbol keselamatan dipaparkan bagi membantu pekerja melaksanakan langkah keselamatan dengan betul. BAB 6 : KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA DALAM INDUSTRI HOSPITALITI 6.3 Amalan Keselamatan Mencegah Kebakaran dan Rawatan Awal Kecederaan Akibat Kebakaran Standard Pembelajaran Murid boleh: 6.3.7. Mencadangkan langkah pencegahan kebakaran di tempat kerja.
Jawab semua soalan di bawah. SOALAN ARAS RENDAH 1. Namakan 3 ruang tempat kerja yang berisiko tinggi kepada kebakaran. i. .......................................................................................................................................... ii. ......................................................................................................................................... iii. ......................................................................................................................................... [3 markah] 2. Lengkapkan Rajah 1 di bawah dengan menulis tindakan apabila berlaku kebakaran di ruang yang disediakan. Rajah 1 [3 markah] 3. Namakan kelas alat pemadam api jenis balang di bawah berdasarkan keterangan yang diberikan. Memadam kebakaran pepejal Memadam kebakaran cecair Memadam kebakaran logam i) ii) iii) [3 markah] Membunyikan penggera i. Menggunakan peralatan pemadam api ii. Prosedur pemindahan mangsa kebakaran Mendaftar mangsa yang tercedera dan menentukan rawatan yang sesuai iii.
4. Rajah 2 menunjukkan prosedur pemindahan mangsa kebakaran tanpa peralatan. Prosedur X Prosedur Y Rajah 2 Namakan prosedur itu. Prosedur X : ........................................................................................... Prosedur Y : .......................................................................................... [2 markah] 5. Rajah 3 menunjukkan kecederaan yang dialami oleh Azira akibat kebakaran. Rajah 3 Nyatakan tiga rawatan awal yang perlu dilakukan bagi membantu Azira. i. .......................................................................................................................................... ii. ......................................................................................................................................... iii. ......................................................................................................................................... [3 markah]
SOALAN ARAS SEDERHANA 6. Terdapat tiga tahap kecederaan luka akibat terbakar. Tuliskan keadaan bahagian kulit mangsa mengikut tahap tersebut. Tahap Kecederaan Keadaan Bahagian Kulit Tahap pertama Tahap kedua Tahap ketiga [3 markah] 7. Zahari telah luka terbakar apabila tong gas di dapur restorannya meletup. Rakan-rakan sekerjanya melaporkan yang Zahari mengalami luka terbakar hingga ke salur pernafasan. Senaraikan empat tanda Zahari mengalami luka terbakar hingga saluran pernafasan. i. .......................................................................................................................................... ii. ......................................................................................................................................... iii. ......................................................................................................................................... iv. ......................................................................................................................................... [4 markah] 8. Penggunaan alat pemadam api adalah berdasarkan kepada teknik PASS. Tuliskan perkataan penuh bagi PASS mengikut tatacara penggunaan alat pemadam api. P : ................................................................. A : ................................................................ S : .................................................................. S : .................................................................. [4 markah]
SOALAN ARAS TINGGI 9. Rajah 4 menunjukkan kebakaran yang telah berlaku di sebuah restoran akibat kebocoran gas. Rajah 4 a) Berdasarkan Rajah 4, terangkan kemungkinan yang boleh menyebabkan gas bocor sehingga mengakibatkan restoran tersebut terbakar ....................................................................................................................................................... ...................................................................................................................................................... ....................................................................................................................................................... ...................................................................................................................................................... ....................................................................................................................................................... ...................................................................................................................................................... ....................................................................................................................................................... ...................................................................................................................................................... ....................................................................................................................................................... ...................................................................................................................................................... ....................................................................................................................................................... ...................................................................................................................................................... ....................................................................................................................................................... [8 markah] b) Nyatakan 2 kerosakan peralatan elektrik yang boleh menyebabkan kebakaran. i. .................................................................................................................................................. ii. .................................................................................................................................................. [2 markah]
10. Rajah 5 menunjukkan pemindahan mangsa menggunakan kaedah Four and Aft Carry. Ia adalah kaedah yang digunakan untuk mengangkat mangsa yang pengsan dan tidak boleh bergerak. Rajah 5 a) Huraikan prosedur pemindahan mangsa menggunakan kaedah Four and Aft Carry. ....................................................................................................................................................... ...................................................................................................................................................... ....................................................................................................................................................... ...................................................................................................................................................... ....................................................................................................................................................... ...................................................................................................................................................... ....................................................................................................................................................... ...................................................................................................................................................... ....................................................................................................................................................... ...................................................................................................................................................... ....................................................................................................................................................... ...................................................................................................................................................... ....................................................................................................................................................... ...................................................................................................................................................... [8 markah] b) Namakan alatan yang digunakan untuk memindahkan mangsa kebakaran dalam keadaan berikut. i. Mangsa duduk di atas katil : ................................................................................. ii. Mangsa dalam keadaan baring : ........................................................................... [2 markah]
SKEMA PEMARKAHAN NO SOALAN SKEMA JAWAPAN MARKAH ∑ Markah 1 Dapur Bilik gas Ruang penyimpanan 1 1 1 3 2 i. Membuat panggilan kecemasan ii. Pengungsian bangunan iii. Menyediakan maklum balas yang tepat dan cepat mengenai mangsa 1 1 1 3 3 i. Kelas A ii. Kelas B iii. Kelas D 1 1 1 3 4 - Prosedur X : Four hand set - Prosedur Y : Human crutch @ tongkat manusia 1 1 2 5 - Alihkan mangsa dari punca kebakaran - Alirkan air sejuk ke tempat tercedera selama 10 minit - Tanggalkan semua barang perhiasan @ pakaian yang ketat - Tutup bahagian yang tercedera dengan pembalut kering @ gauze @ kain bersih (pilih mana-mana tiga) 1 1 1 1 3 6 Tahap pertama Kering dan berwarna kemerahan seperti melepuh Tahap kedua Berwarna merah dan terdapat gelembung cecair Tahap ketiga Kering dan bertukar warna kepada putih, hitam atau coklat gelap 1 1 1 3 7 - Terdapat jelaga di sekitar hidung atau mulut - Bulu hidung terbakar - Lidah kemerah-merahan, bengkak dan panas - Kulit di sekitar mulut rosak - Suara berubah menjadi kasar dan garau - Sukar bernafas (pilih mana-mana 4) 1 1 1 1 1 1 4 8 P : PULL A : AIM S : SQUEEZE S : SWEEP 1 1 1 1 4
9 a) Hos @ paip gas / bocor @ longgar @ pecah Regulator / longgar @ retak Menggunakan peralatan gas / yang tidak diluluskan oleh SIRIM Penyimpanan silinder gas / yang tidak selamat b) Kerosakan mekanikal @ terlalu lama Tidak mendapat kelulusan SIRIM Terdedah kepada bencana alam @ banjir @ kilat @ gempa bumi (pilih mana-mana 2) 1 + 1 1 + 1 1 + 1 1 + 1 1 1 1 10 10 a) i. Penyelamat berdiri di belakang mangsa @ memeluk mangsa / di bahagian bawah ketiak. ii. Seorang penyelamat lagi berdiri di hadapan / memegang bawah lutut mangsa iii. Bawa mangsa / ke tempat selamat iv. Penyelamat di hadapan mencangkung terlebih dahulu / dan menurunkan mangsa perlahan-lahan b) i. Kerusi ii. Selimut 1+ 1 1 + 1 1 + 1 1 + 1 1 1 10