RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011
PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2013/2014
KRB 3063: PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU
SOALAN TUGASAN A
SEJARAH MELAYU DAN RANJAU SEPANJANG JALAN ADALAH DUA BUAH KARYA AGUNG YANG
MASING-MASING MEWAKILI ZAMAN SASTERA KLASIK DAN ZAMAN SASTERA MODEN. PILIH
SALAH SATU KARYA TERSEBUT DAN BINCANGKAN KEKUATAN KARYA BERKENAAN SEBAGAI
KARYA AGUNG BERDASARKAN CIRI-CIRI YANG BERIKUT (a. PEMIKIRAN DAN MESEJ b.
ESTETIKA DAN KEPENGARANGAN c. NILAI BUDAYA DAN PANDANGAN HIDUP)
DISEDIAKAN OLEH NO. MATRIK
NAMA D20102040823
MOHD SHAHARUDDIN BIN YUSOFF
PUSAT PEMBELAJARAN: UPSI 10 (A131PJJ)
NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. BAZRUL BIN BAHAMAN
TARIKH SERAH: 8 OKTOBER 2013
PENGENALAN
Novel Ranjau Sepanjang Jalan (1966), adalah sebuah karya yang ditulis oleh Shahnon Ahmad.
Novel ini banyak menyentuh tentang isu kemiskinan dan perjuangan keluarga petani yang
mengerjakan sawah padi di Kampung Banggul Derdep, Sik Kedah. Novel ini ditulis dengan
berlatar belakang kampung halaman penulis sendiri iaitu Shahnon Ahmad. Beliau membawa
kita menghayati dan menginsafi keperitan hidup golongan petani pada masa dahulu agar genarasi
sekarang sedar dan insaf betapa susah payahnya untuk mendapatkan sesuap nasi. Melalui novel
ini penulis berjaya mencipta satu plot yang kreatif dan permainan emosi yang berjaya menyentak
akal fikiran kelompok masyarakat sekarang.
Kisah novel Ranjau Sepanjang Jalan ini bermula dengan kehidupan keluarga Lahuma
dan isterinya Jeha bersama tujuh orang anak gadis mereka iaitu, Sanah, Milah, Jenab, Semek,
Liah, Lebar dan Kiah, yang berjuang menguruskan sawah mereka sebanyak 14 relung sebagai
satu kepentingan utama dalam kehidupan mereka. Walaupun untuk satu musim hasil padi tidak
boleh terkurang, padi menjadi segala-galanya, hidup mati mereka semuanya bergantung kepada
hasil padi. Perjuangan Lahuma sebagai ketua keluarga cukup memberikan impak yang besar
terhadap keluarganya. Sehingga akhirnya Lahuma kecundang akibat kakinya terpijak onak
nibung yang meragut nyawanya sendiri. Kedaifan dan kesengsaraan keluarga petani ini
bertambah buruk lagi setelah pemergian Lahuma. Maka Jeha, isteri Lahuma memikul
tanggungjawab yang besar dan banyak menghadapi cabaran dan rintangan dalam mengusahakan
sawah peninggalan suaminya. Sebelum itu, selalunya Lahuma mengerjakan sawah mereka dan
dibantu oleh Jeha. Tetapi dengan ketiadaan Lahuma, Jeha bersama anak-anak perempuannya
pula memikul beban mengerjakan sawah. Namun tenaga Lahuma tidak terganti walaupun dengan
gabungan tenaga Jeha dan anak-anak perempuannya.
Malangnnya Jeha tidak dapat bertahan dengan segala kesusahan yang diharunginya
sendirian tanpa Lahuma. Banjir, serangan ketam-ketam dan burung-burung tiak menjadikan Jeha
tidak keruan dan akhirnya Jeha menjadi gila akibat dugaan mendatang tanpa henti semasa
mengusahakan sawahnya. Setelah Jeha menjadi gila dan di hantar ke hospital Tanjung
Rambutan, Perak, segala bebanan dan tanggungjawab keluarga diambil alih oleh anak sulungnya
iaitu Sanah. Sanah bersama adik-adiknya adalah penerus perjuangan Lahuma dan Jeha sebagai
keluarga tani untuk menguruskan sawah mereka.
PEMIKIRAN DALAM NOVEL RANJAU SEPANJANG JALAN
Menurut Muhammad Hj Salleh (1986:47), pemikiran menunjukkan keadaan sesebuah
masyarakat, caranya menghadapi persekitaran dan menentukan penyambungannya. Falsafah dan
pemikiran diertikan sebagai ilmu yang dapat memberi manfaat kepada khalayak. Ilmu di
dalamnya terkandung kebenaran untuk berfikir dan menyelidik ke dasar ilmu itu, pengajaran
yang diperoleh bukan sahaja sebagai pengetahuan tetapi juga perlu dipraktikkan. Pemikiran
dalam karya adalah sesuatu idea yang bernas yang disampaikan oleh pengarang. Pemikiran juga
dapat dikesani secara tersirat dan tersurat. Selain itu, pemikiran juga dapat dikesan daripada
sudut prinsip keagamaan, nilai moral, ideologi, politik, patriotisme, dan jantina. Sesebuah karya
yang baik mempunyai pemikiran yang bernas, ada falsafah, ada kias dan sindiran.
Dalam novel ini, pemikiran penulis ditonjolkankan melalui gambaran watak Jeha sebagai
hero wanita Malaya pada masa itu. Gambaran “Hero Wanita Malaya” yang diberikan kepada
Jeha berdasarkan sifat-sifat yang dimiliki oleh Jeha serta perjuangannya dalan mengharungi liku-
liku hidup sebagai petani. Selain itu ketaatan kepada agama, ketaatan kepada suami, kuat
bekerja, cekal, tabah, tekun, penyabar dan penyayang. Watak Jeha merupakan pemikiran penulis
untuk menampilkan watak wanita yang unggul dan berani berjuang untuk mencari rezeki
sekalipun kita tahu kudrat wanita kadangkala ada lemahnya, namun semua itu bukan alasan bagi
Jeha apatah lagi selepas kematian suaminya Lahuma.
Sifat-sifat yang ada pada Jeha dapat dijadikan teladan oleh kaum wanita zaman sekarang.
Jeha seorang isteri dan ibu tunggal yang taat pada agama dan sanggup bersusah payah menggalas
segala tanggungjawab untuk menampung mereka sekeluarga setelah kematian suami. Sawah 14
relung peninggalan arwah suaminya harus diusahakan de mi menampung keperluan hidup
keluarganya . Jelas terpampang di sini bagaimana Jeha sanggup setia menguruskan tanah sawah
walaupun tenaga yang ada tidak mampu untuk menampung sepenuhnya menguruskan sawah
tersebut. Kesetiaan dan janji yang dipegang oleh Jeha kepada suaminya mencerminkan sikap taat
setia Jeha kepada arwah suaminya. Kekuatan Jeha yang dipaparkan oleh Shahnon Ahmad dalam
Ranjau Sepanjang Jalan dapat memberi inspirasi dan keinsafan kepada kaum wanita pada masa
sekarang.
Shahnon Ahmad juga dilihat mengetengahkan isu- isu kemiskian penduduk kampungnya
dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan. Sebagai contoh pembawaan watak Jeha dan Lahuma serta
keluarganya. Plot novel Ranjau Sepanjang Jalan sangat menarik apabila keadaan padi yang
sedang menanti masak tiba-tiba diserang oleh ketam berjuta-juta. Ketam tersebut lantas
memusnahkan padi sebendang dan Lahuma menderita ditusuk duri pada kakinya oleh duri
nibung hingga menyebabkan kakinya menjadi busuk. Isterinya Jeha telah berkorban jiwa dan
raganya untuk merawat penyakit Lahuma yang sangat tenat tersebut.
Shahnon Ahmad juga mengambarkan betapa pentingnya padi kepada kehidupan
penduduk Kampung Banggul Derdap walaupun hanya diceritakan melalui watak keluarga Jeha
dan Lahuma sahaja. Tetapi hal tersebut sangat jelas menunjukkan bahawa tanpa padi, masyarakat
tani khususnya boleh kebuluran. Melalui ancaman ketam yang menyerang padi-padi yang baru
ditanam, bila ketam datang Jeha dan Lahuma akan terpaksa mengutip ketam itu tidak mengira
siang dan malam supaya hasil tanaman mereka akan menjadi. Jika dibiarkan ketam tersebut
mematahkan batang padi maka hasil tanaman mereka akan musnah dan meraka tidak ada sumber
untuk dimakan. Begitu seksa hidup menjadi penduduk desa menurut Shahnon Ahmad. Petikan
dibawah mengambarkan betapa penyingnya padi kepada kehidupan keluarga Lahuma ;
“Padi mesti ditanam. Mesti dijaga.” “...Anak-anak kita perlu makan siang malam. Tidak
ada nasi, anak-anak kita akan mati. Makan bergantung kepada sawah. Sakit segar bergantung
kepada kepada sawah. Mati hidup bergantung kepada sawah. Sawah nadi segar kita sejak datuk
nenek dahulu lagi. Dia mesti dipupuk dan dijaga. Biar siapa datang menyerang, kita wajib
melawan. Biar datang seribu musuh, kita mesti lawan. Itulah hidup kita. Itulah hidup anak kita.
Itulah satu-satunya hidup keturunan kita dari dahulu sehingga sekarang.”
(Shahnon Ahmad. 1995:185)
Tema kemiskinan petani di kawasan pendalaman yang sangat menonjol dalam novel
Ranjau Sepanjang Jalan begitu bermanfaat untuk dihayati sesiapa sahaja tidak mengira lapisan
umur. Melalui novel ini kita mampu merasai keperitan dan kesusahan hidup golongan miskin.
Antara faktor- faktor kemiskinan petani di Kampung Banggul Derdap ialah kekurangan tanah,
kekurangan modal, dan kekurangan tenaga. Tambahan juga kegiatan perta nian para petani di
Kampung Banggul Derdap dihalang ataupun disekat oleh unsur-unsur bencana alam dan musuh-
musuh padi.
Gejala-gejala fahaman kolot orang kampung sedikit sebanyak menyebabkan
pembangunan lambat dikembangan ke kawasan pendalaman khususnya ka mpung-kampung yang
terperuk jauh di kawasan hutan. Sikap para petani yang mudah menyerah semasa ditimpa
kesususahan sangat ditekan oleh Shahnon Ahmad supaya golongan petani sedar melalui bahan
tulisannya akan bangkit untuk mengubah pendirian mereka yang kolot dan jumut. Kelemahan
golongan wanita dan juga penindasan orang tengah telah menambahkan lagi kesusahan hidup
para petani di Kampung Banggul Derdap. Walaupun latar tempat mengisahkan penindasan orang
tengah hanya di Kampung Baggul Derdap, namun sebenarnya penindasan seperti itu terdapat di
mana-mana sahaja khususnya di kawasan kampung. Begitu kritis, sensitif dan pintarnya
pemikiran Shahnon Ahmad sehingga dapat mengambarkan kesusahan hidup seluruh golongan
miskin di seluruh negeri di Malaysia.
ESTETIKA DAN KEPENGARANGAN
Karya sastera memang mempunyai nilai estetika, sama ada tahap tinggi atau bertaraf rendah.
Nilai estetika ini seharusnya dapat dinikmati sebagai nikmat ketika membaca, menghayati dan
memahami setiap hasil karya. Justeru, sentuhan rasa dan fikir dapat dirasakan oleh pembaca
dengan melihat kecerdasan dan jalinan keindahan bahasa seseorang pengarang. Luahan hati dan
getar jiwa seni pengarang melalui kata-kata dan bayangan alam budaya kehidupan masyarakat.
Ini telah diakui oleh banyak sarjana sastera. Nilai seni ini akan dapat dirasakan oleh pembaca
yang cekap menangkap dengan mata akal dan mata fikir hasil seni sastera.
Nilai estetik ialah nilai yang tergambar dalam sesebuah karya melalui keupayaan dan
kebijaksanaan pengarang atau penulis memanipulasi bahasa menerusi aspek teknik dan gaya
penulisan. Aspek dan gaya inilah yang akan menentukan nilai estetik sesebuah karya atau teks
kesusasteraan.
Nilai estetika yang terdapat dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan ini dapat dilihat melalui
pembentukkan ayat-ayatnya yang pendek, tetapi padat dan bertenaga. Selain itu, bahasa kiasan
banyak ditimbulkan dalam bentuk yang asli. Seterusnya, perulangan juga agak kerap digunakan
untuk tujuan-tujuan penegasan dan keberkesanan, contohnya petikan cerita yang menunjukkan
penggunaan bahasa sedemikian:
“Lahuma mengancingkan giginya atas bawah. Duri dalam daging mendesak -desak
menghiris daging reput. Berdenyut-denyut bisanya hinggakan Lahuma mengalah juga. Dan
perasaan kekalahan itu diiringi dengan keluhan memanjang. Dia menunduk dan mengurut
manja pada cabuknya. Dia merebah badan di atas lantai. Dia beralih ke kanan. Dia
membongkok-bongkokkan kaki sakitnya. Dia meronta-ronta kesakitan. Dia bingkas duduk. Dia
tidur. Bingkas duduk lagi. Tidur lagi. Dan kesakitan itu mengamuk juga tanpa sebarang
simpati.”
( Shahnon Ahmad, 1972:70)
Dialog yang ditimbulkan kebanyakan dapat menggambarkan berbagai-bagai perasaan
watak. Dengan memiliki keistimewaan beginilah Ranjau Sepanjang Jalan menjadi salah sebuah
novel yang terkuat dan teristimewa pada dekat 1960 an.
NILAI BUDAYA DAN PANDANGAN HIDUP
Dalam bidang ilmu sosial dan ilmu antropologi sosial, budaya diertikan sebagai sebuah
kepercayaan, perilaku, bahasa, dan keseluruhan jalan hidup kelompok orang tertentu pada situasi
tertentu. Budaya meliputi kebiasaan, upacara, seni karya yang baik, pe nemuan, teknologi, dan
tradisi. Manusia sanggup membangun pola teladan perilaku untuk diri mereka, dan sanggup
memancarkannya kepada lingkungan dan orang lain secara terus menerus dari generasi ke
generasi yang lain. Dengan mempelajari budaya, seseorang dapat menemukan kembali sesuatu
yang seolah-olah baru meskipun hal itu sudah pernah ada sebelumnya.
Dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan ini telah memperlihatkan budaya masyarakat
petani yang percaya bahawa sesetengah haiwan akan membwa malang kepada mata pencarian
mereka. Dalam konteks ini, sesetengah haiwan kelihatan sangat menyulitkan hidup manusia
seperti yang dilalui oleh keluarga Lahuma dalam Ranjau Sepanjang Jalan. Pertembungan Jeha
dengan ketam, burung tiak, dan ular tedung tampak begitu menyesakkan hidup. Mereka sedaya
upaya mempertahankan pokok-pokok padi mereka daripada banjir, serangan ketam dan burung-
burung tiak. Pokok padi boleh mati jika ditenggelami air. Serangan ketam-ketam pula telah
mematahkan tangkai padi yang muda. Bila padi mula menguning, burung tiak pula datang
menyerang, dan memakan padi mereka.
Pengulangan cerita yang menimpa Lahuma, Jeha, dan Sanah bergerak atas landasan
falsafah dan pegangan hidup “mati hidup dan susah senang dipegang oleh Tuhan, dipegang
oleh Allah Azzawajalla.” Falsafah yang diketengahkan Shahnon Ahmad dalam Ranjau
Sepanjang Jalan ini memberi pengalaman kerohanian kepada pembaca untuk berfikir di luar
kotak. Ranjau Sepanjang Jalan dengan segala pengulangan yang dilakukan Shahnon Ahmad
sebenarnya mendidik pembaca agar tahu betapa hidup itu begitu menuntut kesungguhan,
kesediaan, dan kegigihan.
Selain itu, penulis juga mempamerkan budaya masyakat yang berpegang teguh pada
ajaran agama (Islam) yang percaya kepada Qada dan Qadar serta ketentuan Illahi. Serangan
ketam beribu yang memusnahkan batang anak padi, berhadapan dengan bahaya ular, serangan
belalang, burung tiak, bencana alam serta hujan yang menenggelamkan sawah atau mungkin
kemarau yang mengeringkan sawah. Semuanya di tangan Tuhan. Mereka cuma mampu berusaha
mencari penyelesaian dan berdoa.
Mereka juga menerima dengan redha apabila Lahuma dijemput menghadap Ilahi. Ajal
maut di tangan Tuhan. Yang pergi tetap pergi dan yang hidup mesti diteruskan. Jenah mengambil
peranan Lahuma dengan berusaha bersungguh-sungguh. Sawah mesti dibajak. Padi mesti di
semai, ketam mesti di lawan, semuanya dia harus lakukan tanpa Lahuma.
KESIMPULAN
Karya sastera bukanlah terlahir dari kekosongan budaya tetapi menampilkan gambaran
kehidupan, dan kehidupan itu sendiri adalah suatu kenyataan sosial. Oleh itu, Ranjau Sepanjang
Jalan dilihat sebagai salah satu sosial kehidupan petani yang dihimpit pelbagai masalah
sepertimana digambarkan pada keluarga Lahuma. Hal tersebut sesuai dengan pandangan yang
menyatakan bahawa apa yang diungkapkan pengarang dalam karyanya adalah merupakan
refleksi atau potret kehidupan atau alam yang dilihatnya. Oleh itu, jelaslah terbukti bahawa
sesebuah teks yang dihasilkan pengarang bukanlah lahir dari idea geniusnya semata-mata, tetapi
menjadikan peristiwa persekitarannya sebagai salah satu bentuk penulisan bagi membentuk
sebuah teks yang bernilai.
( Bilangan patah perkataan: 1843 patah perkataan )
BIBLIOGRAFI
Ariff Mohamad dan Siti Khairiah Mohd Zubir (2009). Kesusasteraan Dalam Pengajaran Bahasa
Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Junus Umar. (1990). Ranjau Sepanjang Jalan : Suatu Pembicaraan dari Segi Struktur. Universiti
Malaya.
Muhammad Hj. Salleh. (1986). Cermin Diri : Esei-esei Kesusasteraan. Petaling Jaya : Fajar
Bakti.
Shahnon Ahmad (1997). Ranjau Sepanjang Jalan. Kuala Lumpur : Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Sahlan Mohd Saman (1994). Pengarang dan Kepengarangan Melayu. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Teeuw, A. (1992). Membaca dan Menilai Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Umar Junus. (1971). Ranjau Sepanjang Jalan. Kuala Lumpur : Pustaka Melayu Baru.
Ariff Mohamad. Nota kuliah BMP 2093 Kesusateraan dan Kebudayaan Melayu.
Abdul Latip Bin Suman. (29 Mei 2012), daripada:
http://ppgusm12kualapenyu.blogspot.com/2012/05/personaliti-wajahdiri-watak-jeha-
dan.html
Sada Menua. (25 Julai 2010), daripada:
http://tajaulama90.blogspot.com/2010_07_01_archive.html