The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-90364055, 2021-03-15 21:58:03

KOLEKSI QS ESEI & SKIMA EKO 1

KOLEKSI QS ESEI & SKIMA EKO 1

11. Berbantukan gambar rajah, huraikan keadaan firma pasaran persaingan sempurna
meneruskan operasi dalam jangka pendek walaupun rugi. [10]

Kos
MC
AC
AVC

P2 A MR=AR
P0 E0
P1 B

0 Q0 Kuantiti

Firma mencapai keseimbangan pada E0 apabila kos sut (MC) sama dengan hasil sut (MR)

Harga P0 dan kuantiti Q0. Firma rugi sebesar P2P0E0A.

Untuk meneruskan operasi walau rugi syaratnya ialah jumlah hasil melebihi jumlah kos
berubah yg ditunjukkan oleh harga yg melebihi AVC.

Jumlah hasil firma 0P0E0Q0 dapat menampung semua kos berubah 0P1BQ0 dan
sebahagian kos tetap iaitu P0P1E0B.

Jika tutup firma rugi lebih besar iaitu sebanyak kos tetap P1P2AB.

12. Huraikan tiga ciri pasaran persaingan bermonopoli [6]

1. Bilangan firma yang banyak

Bilangan firma yang banyak menyebabkan setiap firma hanya menyumbang sebahagian
kecil daripada jumlah output di pasaran. Jadi kuasa firma agak terhad

2.Pembezaan keluaran

Mengamalkan pembezaan keluaran kerana setiap firma mengeluarkan barang yang
berbeza sedikit dengan satu sama lain yang merupakan pengganti hampir .

51

3.Kebebasan keluar masuk firma ke pasaran
Kebebasan keluar dan masuk firma ke pasaran yang agak mudah menyebabkan semua
firma hanya memperoleh untung normal dalam jangka panjang.

13. Terangkan lima bentuk persaingan bukan harga yang dijalankan oleh firma
bermonopoli untuk meningkatkan jualannya. @ bagaimana cara firma bermonopoli
membezakan keluarannya di pasaran. [10]
i. Pengiklanan
Pengiklanan membantu firma memaklumkan pengguna tentang kewujudan keluaran baru serta
kelebihan keluarannya berbanding dengan keluaran firma yang lain.
ii. Galakan jualan
Firma memberikan sampel percuma kepada pengguna untuk memperkenalkan keluaran baru.
Selain itu, firma memberikan baucer dan tawaran pembelian untuk meningkatkan jualan.
iii. Khidmat selepas jualan

Firma memberi perkhidmatan percuma kepada pembeli selepas pembelian. Contoh servis
percuma, penghantaran percuma.
iv. Penjenamaan
Nama yang baik, unik atau reputasi tinggi di pasaran
v. Jaminan terhadap penggunaan barang
Contoh waranti setahun, cop SIRIM

52

BAB 5 PASARAN FAKTOR DAN AGIHAN

1 Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan bagaimana firma pasaran persaingan
sempurna dapat menentukan kuantiti buruh yang akan digunakan untuk
memaksimumkan keuntungan. [10]

(a) Upah

W0 E MCF

MRP
Buruh

0 L1 L0 L2

Untuk memaksimumkan keuntungan firma akan menggunakan sejumlah buruh sehingga
kos sut buruh (MCF) menyamai hasil keluaran sut buruh (MRP). Maka keseimbangan berlaku
pada titik E dengan kuantiti buruh L0.

Jika firma menggunakan buruh kurang dari L0 seperti di L1 MRP melebihi MCF. Maka
firma akan menambahkan buruh kerana ini akan menambahkan keuntungan firma. Proses ini
berterusan sehingga MRP = MCF

Jika firma menggunakan buruh lebih dari L0 seperti di L2 MCF melebihi MRP. Maka
firma akan mengurangkan buruh kerana firma mengalami kerugian. Proses ini berterusan
sehingga MRP = MCF

Oleh itu jumlah buruh yang akan memaksimumkan keuntungan firma ialah L0 apabila
MRP = MCF.

53

2. Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan bagaimana keluk permintaan buruh
diterbitkan. [10]

Upah

W3 MCF3 =ACF3
E2

W2 MCF2 = ACF2
E0 MCF0 = ACF0

W0
E1 ARP MCF1 = ACF1

W1

MRP

0 L2 L0 L1 Kuantiti buruh
Upah

W2 E2

W0 E0
W1 E1

0 DL

L2 L0 L1 Kuantiti buruh

Keluk permintaan buruh merupakan bahagian keluk MRP yang bermula daripada ARP maksimum.
Syarat keseimbangan penggunaan buruh ialah MRP = MCF

Andaikan upah asal W0. Maka keseimbangan pd titik E0,firma meminta buruh L0.
Jika upah naik ke W2, keseimbangan di E2, firma mengurangkan buruh ke L2.

Jika upah jatuh ke W1, keseimbangan di E1, firma menambah penggunaan buruh ke L1.

Firma tidak akan meminta sebarang buruh jika upah lebih tinggi daripada W2 contoh W3 kerana firma
rugi disebabkan hasil keluaran purata kurang daripada kos purata buruh.

Sambungan titik-titik keseimbangan E1,E2 dan E0 membentuk keluk permintaan buruh (DL) yang
mencerun ke bawah dari kiri ke kanan.

54

3 Huraikan lima faktor yang meningkatkan kejayaan tuntutan kenaikan upah oleh kesatuan

sekerja. [10]

i. Ekonomi dalam guna tenaga penuh.

Firma sukar untuk mendapatkan buruh/pekerja baru. Maka

kesatuan sekerja akan berjaya tuntut upah yang lebih tinggi.

ii. Kesatuan sekerja yang kuat.

Contoh bilangan ahli yang ramai yg boleh menjejaskan operasi firma jika buruh mogok. Maka
lebih berjaya tuntut upah lebih tinggikedudukan kesatuan ini akan lebih kuat.

iii. Permintaan barang yang dikeluarkan firma tak anjal.

Majikan boleh memindahkan beban kenaikan kos upah kepada pengguna

Maka kesatuan sekerja lebih mudah menuntut upah lebih tinggi.

iv. Upah adalah sebahagian kecil daripada jumlah kos pengeluaran firma.

Ini tidak akan membebankan firma maka firma lebih mudah untuk memenuhi
tuntutan kenaikan upah

v. Daya pengeluaran sut buruh meningkat

Keuntungan firma akan meningkat, maka tuntutan lebih berjaya.

# Jika menyukarkan tuntutan, terbalikkan fakta dan huraian fakta

55

4. Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan tiga cara bagaimana kesatuan sekerja
boleh menuntut kenaikan upah yang lebih tinggi untuk ahlinya. [10]

i. Meningkatkan daya pengeluaran sut buruh

Upah

D1 S0
D0

W1 E0
W0 E1

S0 D1

S D0

01 Kuantiti buruh
Upah asal W0 danL0kuaLnt1iti buruh L0. Apabila daya pengeluaran sut buruh meningkat ,

permintaan terhadap buruh bertambah, keluk permintaan buruh beralih dari DO ke D1. Maka

tingkat upah meningkat ke W1.

ii. Mengurangkan /menghadkan penawaran buruh

Upah S1
D0 S0

W1 E1
W0 E0

S1 D0
S0 Kuantiti buruh

0
L1 L0

Penawaran buruh boleh dihadkan contohnya dengan memanjangkan masa latihan /kuota
ahli

56

Upah asal ialah Wo dengan kuantiti buruh L0. Jika penawaran buruh dapat dihadkan
maka keluk penawaran buruh beralih dari S0 ke S1. Kesannya upah buruh meningkat ke W1.

iii. Menuntut tingkat upah yang lebih tinggi daripada tingkat upah keseimbangan
Upah

D0 S0

W1
W0 E0

S0
D0

Kuantiti

0 L1 L0 L2

0
Tingkat upah di pasaran ialah W0 dan kuantiti buruh L0. Tingkat upah yang lebih tinggi
daripada tingkat upah pasaran ialah W1 (upah minimum).

5(a) Nyatakan perbezaan antara untung perakaunan dengan untung ekonomi [2]

(b) Terangkan empat cara bagaimana kesatuan sekerja boleh menuntut kenaikan upah

yang tinggi untuk ahlinya. [8]

(a) Untung perakaunan ialah perbezaan antara jumlah hasil dengan kos eksplisit, manakala
untung ekonomi ialah perbezaan antara jumlah hasil dengan kos eskplisit dan kos implisit

[2]

(b)
1. Meningkatkan daya pengeluaran sut buruh

Maka jumlah hasil firma meningkat , permintaan buruh meningkat,upah meningkat.

2. Menghadkan penawaran buruh melalui kuota ahli
Maka penawaran buruh berkurang, firma terpaksa membayar upah lebih tinggi.

3. Kesatuan sekerja boleh menuntut upah minimum
Maka buruh mendapat upah yang lebih tinggi dari upah pasaran

4. Tawar menawar/rundingan kolektif/mogok.

57

Kejayaan bergantung kepada kekuatan kesatuan

6. (a) Dengan menggunakan contoh berangka, beri maksud sewa ekonomi dan
perolehan pindahan. [4]

(b) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan keadaan apabila sewa ekonomi
lebih besar daripada perolehan pindahan. / terangkan bahagian sewa ekonomi dan
perolehan pindahan jika penawaran faktor tak anjal [6]

(a) Sewa ekonomi adalah perbezaan bayaran terbaik dengan bayaran kedua terbaik ke
atas faktor pengeluaran.

Perolehan pindahan ialah bayaran minimum kepada suatu faktor pengeluaran untuk
mengekalkan faktor tersebut untuk kegunaannya yang terbaik.

Contoh, bayaran sewa sebidang tanah untuk tanaman kelapa sawit ialah RM2000 dan
untuk tanaman getah ialah RM1500. Sewa ekonomi adalah RM500 manakala perolehan
pindahan ialah RM1500.

(b)
Harga

D S

P0 E
Sewa ekonomi

Perolehan pindahan D

S Kuantiti faktor
0 Q0

Sewa ekonomi lebih besar drp perolehan pindahan apabila keluk penawaran faktor tak anjal

Harga faktor ialah P0 manakala kuantiti faktor Q0

Jumlah pendapatan faktor ialah 0POEQ

Sewa ekonomi ialah 0POES yg lebih besar drp perolehan pindahan iaitu SEQ0

# semakin tak anjal, semakin besar sewa ekonomi dan sebaliknya

58

7 (a)Bagaimanakah upah wang dan upah benar berbeza? [4]
Upah wang ialah bayaran yang diterima oleh buruh dalam bentuk wang atas sumbangan
tenaga fizikal dan mental dalam proses pengeluaran.
Upah benar adalah kuasa beli upah wang iaitu keupayaan upah wang untuk membeli
barang dan perkhidmatan.

(b) Dengan memberikan contoh, jelaskan maksud kadar bunga nominal dan kadar
bunga benar [6]

Kadar bunga nominal ialah kadar bunga yang dikenakan ke atas sejumlah modal yang
dipinjam

Kadar bunga benar ialah kadar bunga selepas mengambil kira perubahan tingkat harga umum
iaitu perbezaan antara kadar bunga nominal dengan kadar inflasi

Andaikan A meminjam sejumlah wang dari sebuah bank perdagangan. Kadar faedah
dikenakan sebanyak 10% dan kadar inflasi pula 4%.
Oleh itu, kadar bunga niminal adalah 10%
Kadar bunga benar = 10% - 4%

= 6%

59

60

.
61


Click to View FlipBook Version