The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azlina, 2022-05-10 20:42:27

PERATURAN KB, PB, LAWATAN

PERATURAN KB, PB, LAWATAN

Keywords: outing

PERATURAN LAWATAN IBU BAPA/ KB/ PB
SM SAINS SERI PUTERI

PERATURAN LAWATAN IBU BAPA/PENJAGA

1. Ibu bapa/penjaga dibenarkan melawat anak-anak mereka pada ketetapan yang
berikut:

Sabtu : 12:30 PM - 05.00 PM.
Ahad : 11:00 AM - 05.00 PM.

2. Tiada sesi lawatan pada hari cuti umum melainkan mendapat kebenaran pihak sekolah.

3. Ibu bapa/penjaga perlu menunjukkan kad pelawat dan status risiko individu dalam
aplikasi MySejahtera di pondok pengawal. Ibu bapa/penjaga yang berstatus ‘Risiko
Rendah’ sahaja yang dibenarkan memasuki kawasan sekolah.

4. Ibu bapa/penjaga Ibu bapa boleh menggunakan gelanggang, gazebo taman asrama dan
kantin sewaktu lawatan. Ibu bapa/ penjaga DILARANG meletakkan kenderaan dan
masuk ke kawasan asrama.

5. Ibu bapa DILARANG meninggalkan sampah di kawasan sekolah. Mohon jasa baik
membawa pulang sisa makanan/sampah makanan dan plastik pembungkus yang
digunakan semasa melawat anak. Pastikan kawasan yang digunakan semasa lawatan
dalam keadaan bersih dan kemas.

6. Sebarang perubahan tarikh lawatan akan dimaklumkan dan tertakluk pada pihak
pentadbiran SM Sains Seri Puteri.

PERATURAN KELUAR BANDAR (KB)

1. Masa KB dan pakaian yang ditetapkan seperti yang berikut:

Sabtu 12:30 PM - 05.00 PM (KB)
Pakaian: Baju korporat

2. Murid-murid hanya dibenarkan keluar ke tempat yang berdekatan dengan sekolah
sahaja pada hari yang telah dijadualkan.

3. Murid dibenarkan keluar secara berkumpulan seramai 8 – 10 orang atau bersama ibu
bapa/ penjaga masing-masing.

4. Murid perlu melengkapkan Buku Pas Keluar berserta tandatangan kebenaran KB
daripada warden selewat-lewatnya pada hari Rabu. Letakkan Buku Pas Keluar di
Pondok pengawal sebelum KB.

5. Murid dikehendaki melaporkan diri di pondok pengawal dan mengambil Buku Pas
Keluar semasa kembali ke sekolah. Pastikan waktu KB dipatuhi dan tidak melepasi
waktu tersebut bagi mengelakkan tindakan disiplin anak-anak tuan/puan.

6. Sebarang perubahan tarikh KB akan dimaklumkan dan tertakluk kepada pihak
pentadbiran SM Sains Seri Puteri.

PERATURAN PULANG BERMALAM (PB)

1. Murid-murid dibenarkan PB mengikut jadual yang telah ditetapkan. Sebarang
perubahan tarikh PB akan dimaklumkan dan tertakluk pada pihak pentadbiran SM
Sains Seri Puteri.

2. Murid dikehendaki kembali ke asrama sebelum jam 5.00 pm pada tarikh yang
ditetapkan. Pastikan waktu kembali ke asrama dipatuhi dan tidak melepasi waktu
tersebut bagi mengelakkan tindakan disiplin kepada anak-anak tuan/puan.

3. Murid dikehendaki memakai baju korporat sekolah semasa PB dan kembali ke asrama.

4. Sekiranya murid tidak dapat kembali ke asrama pada tarikh yang ditetapkan, ibu bapa/
penjaga hendaklah memaklumkan kepada Pengetua/ PK HEM. Ibu bapa/penjaga juga
perlu memberi surat berserta sebab dan dokumen sokongan.

5. Sekiranya murid perlu balik bukan pada tarikh yang ditetapkan ibu bapa hendaklah
membuat permohonan bersurat kepada Pengetua selewat - lewatnya seminggu
sebelum tarikh balik bermalam yang dipohon kecuali kecemasan. Kelulusan
permohonan balik adalah bergantung kepada budi bicara pihak pentadbiran SM Sains
Seri Puteri.

JADUAL KELUAR BANDAR (KB) DAN PULANG BERMALAM (PB)

BIL. BULAN TARIKH (KELUAR TARIKH CATATAN
1 BANDAR) (PULANG BERMALAM)
MEI CUTI HARI RAYA AIDIL FITRI
21.5.2022 - (3.5- 6.5.2022)
(SABTU /KB2) CUTI WESAK

2 JUN 25.6.2022 03.6.2022 (15.5 – 16.5.2022)
3 JULAI (SABTU /KB3) (JUMAAT/PB3) CUTI PENGGAL 1, SESI 2022/2023
4 OGOS
5 SEPTEMBER 23.7.2022 08.7.2022 (04.6 – 12.6.2022)
(SABTU /KB4) (JUMAAT/PB4) CUTI HARI RAYA AIDIL ADHA

13.8.2022 - (10.7 – 11.7.2022)
(SABTU /KB5) CUTI AWAL MUHARAM (30.7.2022)
02.9.2022
24.9.2022 (JUMAAT/PB5) CUTI HARI KEBANGSAAN (31.8.2022)
(SABTU /KB6)
CUTI PENGGAL 2, SESI 2022/2023
6 OKTOBER 08.10.2022 21.10.2022 (03.9 – 11.9.2022)
(SABTU/KB7) (JUMAAT/PB6)
CUTI HARI MALAYSIA (16.9.2022)
7 NOVEMBER 12.11.2022 -
(SABTU/KB8) CUTI MAULIDURASUL (09.10.2022)
CUTI DEEPAVALI (24.10 – 26.10.2022)
26.11.2022
(SABTU/KB9) -

8 DISEMBER - 09.12.2022 CUTI PENGGAL 3, SESI 2022/2023
9 JANUARI 2023 - (JUMAAT/PB7) (10.12 – 31.12.2022)

19.1.2023 CUTI TAHUN BARU CINA
(JUMAAT/PB8) (20.1 – 23.1.2023)

10 FEBRUARI 2023 - 17.2.2023 CUTI AKHIR PERSEKOLAHAN SESI
(JUMAAT/PB9) 2022/2023

(18.02 – 12.03.2023)

** Tarikh PB dan KB tertakluk kepada pindaan pihak sekolah.

Peraturan ini berkuat kuasa 11 Mei 2022.

NORZILA BINTI ALI MUSA
Pengetua
SM Sains Seri Puteri


Click to View FlipBook Version