The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azlina, 2022-05-14 00:42:53

Brosure kemasukan Murid SESERI

Brosure kemasukan Murid SESERI

Keywords: ASRAMA SESERI,ASRAMA,SESERI

SELAMAT DATANG KE
SM SAINS SERI PUTERI

UNIT HAL EHWAL MURID

MAKLUMAT SEKOLAH

NAMA SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH SAINS SERI PUTERI
ALAMAT JALAN KOLAM AYER, 51200 KUALA LUMPUR
TELEFON SEKOLAH 03-40411715
FAKS SEKOLAH 03-40449614
e-MEL [email protected]

VISI SEKOLAH

Pendidikan Berkualiti
Insan Terdidik
Negara Sejahtera

MISI SEKOLAH

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti
Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

SENARAI GURU KELAS TINGKATAN 1 2022

TINGKATAN GURU TINGKATAN PENYELARAS
1 ADIODA Pn Irmila Binti Jamil Pn Irmila Binti Jamil
1 BAKERARA Pn Nursyahira Binti Yunus
1 CATTLEYA Pn ‘Ainin Atikah Binti Mohd Shukri

2

PERATURAN LAWATAN IBU BAPA/ KB/ PB

PERATURAN LAWATAN IBU BAPA/PENJAGA

1. Ibu bapa/penjaga dibenarkan melawat anak-anak mereka pada ketetapan yang
berikut:

Sabtu : 11:00 pagi - 05.00 petang
Ahad : 11:00 pagi - 05.00 petang

2. Tiada sesi lawatan pada hari cuti umum melainkan mendapat kebenaran pihak sekolah.

3. Ibu bapa/penjaga perlu menunjukkan kad pelawat dan status risiko individu dalam
aplikasi MySejahtera di pondok pengawal.
Ibu bapa/penjaga yang berstatus ‘Risiko Rendah’ sahaja yang dibenarkan memasuki
kawasan sekolah.

4. Ibu bapa/penjaga boleh menggunakan gelanggang, gazebo taman asrama dan kantin
sewaktu lawatan.
Ibu bapa/penjaga DILARANG meletakkan kenderaan dan masuk ke kawasan asrama.

5. Ibu bapa/penjaga DILARANG menginggalkan sampah di kawasan sekolah. Mohon jasa
baik membawa pulang sisa makanan/sampah makanan dan plastik pembungkus yang
digunakan semasa melawat anak. Pastikan kawasan yang digunakan semasa lawatan
dalam keadaan bersih dan kemas.

6. Sebarang perubahan tarikh lawatan akan dimaklumkan dan tertakluk pada pihak
pentadbiran SM Sains Seri Puteri.

PERATURAN KELUAR BANDAR (KB)

1. Masa KB dan pakaian yang ditetapkan seperti yang berikut:

Sabtu : 11:00 pagi - 05.00 petang (KB)
Pakaian : Baju korporat

2. Murid-murid hanya dibenarkan keluar ke tempat yang berdekatan dengan sekolah
sahaja pada hari yang telah dijadualkan.

3. Murid dibenarkan keluar secara berkumpulan seramai 8 – 10 orang atau bersama ibu
bapa/penjaga masing-masing.

3

4. Murid perlu melengkapkan Buku Pas Keluar beserta tandatangan kebenaran KB
daripada warden selewat-lewatnya pada hari Rabu. Meletakkan Buku Pas Keluar di
pondok pengawal sebelum KB.

5. Murid dikehendaki melaporkan diri di pondok pengawal dan mengambil Buku Pas
Keluar semasa kembali ke sekolah. Pastikan waktu KB dipatuhi dan tidak melepasi
waktu tersebut bagi mengelakkan tindakan disiplin anak-anak tuan/puan.

6. Sebarang perubahan tarikh KB akan dimaklumkan dan tertakluk kepada pihak
pentadbiran SM Sains Seri Puteri.

PERATURAN PULANG BERMALAM (PB)

1. Murid-murid dibenarkan PB mengikut jadual yang telah ditetapkan. Sebarang
perubahan tarikh PB akan dimaklumkan dan tertakluk pada pihak pentadbiran SM
Sains Seri Puteri.

2. Murid dikehendaki kembali ke asrama sebelum jam 5.00 petang pada tarikh yang
ditetapkan. Pastikan waktu kembali ke asrama dipatuhi dan tidak melepasi waktu
tersebut bagi mengelakkan tindakan disiplin kepada anak-anak tuan/puan.

3. Murid dikehendaki memakai baju korporat sekolah semasa PB dan kembali ke asrama.
4. Sekiranya murid tidak dapat kembali ke asrama pada tarikh yang ditetapkan, ibu bapa/

penjaga hendaklah memaklumkan kepada Pengetua/PK HEM. Ibu bapa/penjaga juga
perlu memberi surat beserta sebab dan dokumen sokongan.
5. Sekiranya murid perlu balik bukan pada tarikh yang ditetapkan, ibu bapa hendaklah
membuat permohonan bersurat kepada Pengetua selewat - lewatnya seminggu
sebelum tarikh balik bermalam yang dipohon kecuali kecemasan.
Kelulusan permohonan balik adalah bergantung kepada budi bicara pihak pentadbiran
SM Sains Seri Puteri.

4

PROGRAM-PROGRAM HEM 2022

BIL PROGRAM
1 Pendaftaran Murid Tingkatan 2, 3, 4 & 5
2 Pendaftaran Murid Tingkatan 1
3 Program Minggu Silaturahim (MSR) Tingkatan 1
4 Pendaftaran Murid Tingkatan 4 (Baharu)
5 Pendaftaran Murid Tingkatan 1 (Ambilan 2)
6 Program Jati Diri Murid Tingkatan 1,2 & 3
7 Maulidur Rasul (Lau Kana Bainana)
8 Kursus Warden
9 Program Mentor Mentee
10 Latihan Kebakaran dan Pengungsian Bangunan
11 Majlis Sambutan Hari Lahir
12 Kursus KESUMA
13 Program Kerohanian

- Sehingga al-Quran di Hati
- Multaqa Nuqaba’
- Sis In Halaqah
- Daurah Ilmu
- Hiburan Islami
- Hadis Corner
- Al-Kahfi Bertakhta Di Hati
- Smart Tahfiz Zinnirah
- Qiyam Perdana Lailah Mawaddah
- Munajat SESERI
- Program Ihya’ Ramadan
- Puasa 6 Syawal Challenge
14 Anugerah Perdana SESERI

5

SEKITAR PROGRAM HEM

6

ETIKA BERPAKAIAN

HARI WAKTU PAKAIAN
ISNIN Sekolah
Baju sekolah
• Tudung putih berjahit
• Anak tudung putih
• Kain biru
• Stokin hitam
• Kasut PVC
• Camisole
• Nametag *

Prep Petang / Riadah Baju rumah
• Tudung rumah
• Anak tudung hitam
• Trackbottom
• Stokin hitam
• Kasut sukan
• Nametag

Makan Malam / Prep Malam Baju kurung
(setiap hari) • Tudung bawal berwarna selain hitam
• Anak tudung (berwarna dibenarkan)
• Stokin (berwarna/bercorak dibenarkan)
• Kasut PVC /sandal

Minum Malam Baju kurung
(Bagi hari Ahad - Khamis)

SELASA Sekolah * Baju sekolah /
Baju Pendidikan Jasmani (jika jadual ada PJK)

Prep Petang / Riadah * Baju prep maroon

• Tudung hitam
• Anak tudung hitam
• Trackbottom
• Kasut sukan
• Stokin hitam

7

RABU Sekolah * Uniform kokurikulum lengkap
(jika tidak lengkap, perlu memakai baju sekolah)
(perlu memakai uniform kokurikulum yang lengkap
walaupun jika ada PJK dalam jadual)

Pergerakan Puteri Islam Malaysia
• Tudung merah jambu berjahit
• Anak tudung putih
• Camisole
• Stokin hitam
• Kasut PVC

Taekwondo
• Tudung putih (kecuali belt hitam/poom)
• Tudung hitam (belt hitam/poom sahaja)
• Anak tudung putih
• Kasut sukan
• Stokin hitam

Persekutuan Pengakap Malaysia
• Tudung kelabu
• Anak tudung putih
• Kasut PVC

Kadet Polis DiRaja Malaysia
• Tudung biru gelap
• Anak tudung hitam
• Kasut PVC
• Stokin hitam

Kadet Remaja Sekolah
• Tudung hijau/tudung hitam
• Anak tudung hitam
• Kasut PVC
• Stokin hitam

Bulan Sabit Merah Malaysia
• Tudung putih
• Anak tudung putih
• Kasut PVC
• Stokin hitam

Prep Petang / Riadah * Baju kokurikulum

• Tudung putih
• Anak tudung putih
• Trackbottom
• Stokin hitam
• Kasut sukan

8

KHAMIS Sekolah * Baju batik
(jika jadual ada PJK, dibenarkan memakai baju sukan)

• Tudung merah jambu koperasi
• Anak tudung hitam
• Kain dalam
• Stokin hitam
• Kasut PVC

Prep Petang / Riadah * Baju prep maroon
• Tudung hitam
• Anak tudung hitam
• Trackbottom
• Stokin hitam
• Kasut sukan

JUMAAT Sekolah * Baju sekolah /
Baju Pendidikan Jasmani (jika jadual ada PJK)

Prep Petang / Riadah * Baju rumah

Minum Malam Baju kurung / Baju tidak rasmi

(Bagi hari Jumaat – Sabtu) • Kasut PVC/Kasut sukan/Sandal

SABTU Prep pagi Baju prep maroon
Lawatan
Keluar Bandar * Pakaian rasmi
(baju kokurikulum/baju prep/baju kurung/baju PJ/baju
rumah)

Baju korporat
• Tudung biru (dibeli di koperasi)
• Anak tudung hitam
• Seluar slack
• Stokin hitam

AHAD General Inspection Pakaian rasmi
(baju kokurikulum/baju prep/baju kurung/baju PJ/baju
rumah)

Lawatan Pakaian rasmi
(baju kokurikulum/baju prep/baju kurung/baju PJ/baju
rumah)

9

MAKLUMAT TAMBAHAN :
1. Semua pakaian yang mempunyai bintang ( * ) perlu memakai nametag.
2. Dilarang memakai baju PJ untuk hari yang tiada subjek PJK.
3. Pakaian tidak rasmi, seperti baju tidur mestilah sopan dan tidak mencolok mata (di dalam
kamar sahaja).
4. Jika naik ke Blok Akademik luar daripada waktu sekolah/prep, murid perlu memakai mana-
mana pakaian rasmi.
5. Kasut PVC bertumit 1 inci atau 1.5 inci.
6. Kasut sukan mestilah berwarna gelap.
7. Trackbottom mesti berwarna hitam atau biru gelap sahaja.
8. Semua stokin mestilah pada paras buku lali atau lebih.
9. Tudung bawal mestilah plain, tidak jarang dan tidak bermanik.
10. Tudung sarung plain pelbagai warna seperti rajah di bawah hanya boleh dipakai pada waktu
prep malam sahaja.

10

Lampiran

Baju Sekolah
Baju Batik

Baju Korporat

11

Baju Pendidikan Jasmani
Baju Kokurikulum
Baju Prep Maroon

12

Baju Rumah Oncidium
Baju Rumah Epidendrium
Baju Rumah Dendrobium

13

Baju Rumah Brassidium
Baju Kurung

Tudung Sarung

14

Kasut Hitam bertumit
1 inci @ 1½ inci
Sandal bertali

15

BARANG LARANGAN

 Sebarang bentuk alatan elektronik, MP3 (penggunaan hanya diasrama
sahaja), pembesar suara, kamera dan telefon bimbit/ tablet.

 Alat solek, barang kemas, pakaian berharga, cermin mata hitam, pakaian
mencolok mata, pakaian beraneka fesyen, baju T ala rockers, seluar jeans,
bahan dan buku berunsur lucah, hiburan, negative dan bahan/ permainan
berbahaya.

 Makanan segera seperti mi segera, bubur segera dan lain-lain yang
mengandungi kandungan MSG.

 Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab di atas kerosakan dan kehilangan
barang larangan yang dirampas.

 Pihak sekolah hanya akan memulangkan barang rampasan pada hari akhir
persekolahan pada tahun semasa atau dengan izin Pengetua.

16

BARANG LARAN
FASILITI ASRAMA

SURAU AL-MAWADDAH

KATIL, TILAM, BANTAL & ALMARI BAJU
17

FASILITI ASRAMA

BILIK KOPI & MESIN PENAPIS AIR (COWAY)

RAK SIMPANAN STORAGE MAKANAN MURID

18

FASILITI ASRAMA

LAMAN ILMU

TAMAN GAZEBO MENGIKUT RUMAH

19

FASILITI ASRAMA

MESIN BASUH & CUCIAN KERING

RAK KASUT

20

FASILITI ASRAMA

BILIK SAKIT

21

FASILITI ASRAMA

BILIK ISOLASI

22


Click to View FlipBook Version