The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PROSEDUR PENGURUSAN MURID GEJALA, POSITIF, CC 29 Mei 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azlina, 2022-05-27 22:01:48

PROSEDUR PENGURUSAN MURID GEJALA, POSITIF, CC 29 Mei 2022

PROSEDUR PENGURUSAN MURID GEJALA, POSITIF, CC 29 Mei 2022

Keywords: positif,sop covid seseri

PENGURUSAN MURID BERGEJALA, POSITIF DAN KONTAK RAPAT
SM SAINS SERI PUTERI, KUALA LUMPUR.

PENGURUSAN MURID BERGEJALA
1. Guru bertugas/ Penyelia Asrama (waktu sekolah), Warden (selepas waktu sekolah)

perlu melaksanakan ujian kendiri:

(i) Jika positif, rujuk pengurusan murid positif.
(ii) Jika negatif, murid tidak dikuarantin. Murid boleh menjalani aktiviti harian

seperti biasa tetapi perlu mengamalkan langkah-langkah berikut:
• Memakai pelitup muka pada setiap masa
• Elak daripada berada di tempat sesak
• Elak berinteraksi dengan kumpulan berisiko tinggi (guru mengandung,
murid yang mempunyai sejarah asthma, orang tua dan lain-lain)

2. Guru perlu memantau dan mengawal pergerakan murid.

PENGURUSAN MURID POSITIF
1. Segera mengasingkan murid di bilik isolasi.

2. Menghubungi ibu bapa/penjaga dan murid dibenarkan pulang menjalani kuarantin di
rumah dengan permohonan dan persetujuan ibu bapa.

3. Murid wajib menjalani kuarantin selama 7 (tujuh) hari bermula dari tarikh ujian
kendiri dilakukan. Walau bagaimanapun mereka boleh dibebaskan lebih awal jika
keputusan ujian covid-19 negatif pada hari ke-4. Jika positif, murid perlu
menghabiskan tempoh kuarantin. Tiada ujian lanjut diperlukan selepas hari ke-7.

4. Murid perlu hadir ke sekolah pada hari terakhir tempoh kuarantin sebelum jam 5
petang. Jika masih bergejala rujuk pengurusan murid bergejala.

5. Jika murid menjalani kuarantin di asrama, Penyelia Asrama/ Guru bertugas/ Warden
bertugas perlu:
(i) menguruskan makan dan minum untuk murid.
(ii) Memantau kesihatan murid dua (2) kali sehari dan segera menghubungi
COVID-19 Assessment Centre (CAC) sekiranya bertambah teruk.

PENGURUSAN MURID KONTAK RAPAT TIDAK BERGEJALA
1. Murid yang tidak bergejala tidak perlu diasingkan dan tidak perlu melaksanakan

ujian kendiri. Murid perlu mengamalkan langkah-langkah pencegahan dalam
tempoh tiga (3) hingga lima (5) hari seperti berikut:

• Sentiasa memakai pelitup muka
• Elak daripada berada di tempat sesak
• Elak berinteraksi dengan kumpulan berisiko tinggi (guru mengandung,

murid yang mempunyai sejarah asthma, orang tua dan lain-lain)

PENGURUSAN MURID KONTAK RAPAT BERGEJALA

1. Bagi kontak rapat bergejala, murid perlu:

(i) Melaksanakan ujian kendiri pada hari pertama dan hari ketiga. Jika mana-
mana keputusan ujian negatif dan gejala berkurangna murid boleh melakukan
aktiviti luar.

(ii) Jika positif, rujuk pengurusan murid positif.

Dalam fasa ‛Peralihan ke Endemik’, warga sekolah harus belajar hidup bersama dengan virus
COVID-19. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited dalam memastikan murid dapat
mengikuti poses pengajaran dan pembelajaran secara berterusan seperti yang dirancang dalam
keadaan yang selamat. Garis Panduan ini disediakan sebagai rujukan dan perlu dipatuhi oleh

semua warga SESERI.

Berkuat kuasa mulai 29 Mei 2022

NORZILA BINTI ALI MUSA
Pengetua
SM Sains Seri Puteri


Click to View FlipBook Version