The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PROSEDUR PENGURUSAN MURID GEJALA, POSITIF, CC 1 Mei 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azlina, 2022-05-17 02:59:45

PROSEDUR PENGURUSAN MURID GEJALA, POSITIF, CC 1 Mei 2022

PROSEDUR PENGURUSAN MURID GEJALA, POSITIF, CC 1 Mei 2022

Keywords: pengurusan murid bergejala

PENGURUSAN MURID BERGEJALA, POSITIF DAN KONTAK RAPAT
SM SAINS SERI PUTERI, KUALA LUMPUR.

PENGURUSAN MURID BERGEJALA
1. Guru bertugas/ Penyelia Asrama (waktu sekolah), Warden (selepas waktu sekolah)

perlu melaksanakan ujian kendiri:

(i) Jika positif, rujuk pengurusan murid positif.
(ii) Jika negatif, murid boleh menjalani aktiviti harian seperti biasa tetapi perlu

mengamalkan langkah-langkah berikut:
• Memakai pelitup muka pada setiap masa
• Elak daripada berada di tempat sesak
• Elak berinteraksi dengan kumpulan berisiko tinggi.

2. Guru perlu memantau dan mengawal pergerakan murid.

PENGURUSAN MURID POSITIF
1. Segera mengasingkan murid di bilik isolasi.

2. Menghubungi ibu bapa/penjaga dan murid dibenarkan pulang menjalani kuarantin di
rumah dengan permohonan dan persetujuan ibu bapa.

3. Murid wajib menjalani kuarantin selama 7 (tujuh) hari bermula dari tarikh ujian
kendiri dilakukan. Walau bagaimanapun mereka boleh dibebaskan lebih awal jika
keputusan ujian covid-19 negatif pada hari ke-4. Jika positif, murid perlu
menghabiskan tempoh kuarantin. Tiada ujian lanjut diperlukan selepas hari ke-7.

4. Murid perlu hadir ke sekolah sebaik sahaja tamat tempoh kuarantin.

5. Jika murid menjalani kuarantin di asrama, Penyelia Asrama/ Guru bertugas/ Warden
bertugas perlu:
(i) menguruskan makan dan minum untuk murid.
(ii) Memantau kesihatan murid dua (2) kali sehari dan segera menghubungi
COVID-19 Assessment Centre (CAC) sekiranya bertambah teruk.

PENGURUSAN MURID KONTAK RAPAT
1. Murid yang tidak bergejala tidak perlu diasingkan dan tidak perlu melaksanakan

ujian kendiri. Murid perlu mengamalkan langkah-langkah pencegahan dalam
tempoh tiga (3) hingga lima (5) hari seperti berikut:

• Sentiasa memakai pelitup muka
• Elak daripada berada di tempat sesak
• Elak berinterksi dengan kumpulan berisiko tinggi.
2. Bagi murid bergejala, tindakan berikut perlu dilakukan segera:
(i) Mengasingkan murid.
(ii) Melaksanakan ujian kendiri pada hari pertama dan hari ketiga. Jika keputusan
negatif dan murid boleh melakukan aktiviti luar.
(iii) Jika positif, rujuk pengurusan murid positif.

Berkuatkuasa mulai 1 Mei 2022

NORZILA BINTI ALI MUSA
Pengetua
SM Sains Seri Puteri


Click to View FlipBook Version