FOLIO SAINS TINGKATAN 2 AR-RAZI
NAMA= MUHAMMAD IRFAN BIN ANDUL RAHMAN
NAMA GURU = NOOR ANIZA BINTI BAHAROM
SEKOLAH= SMK SIONG
BAB 11= BINTANG DAN GALAKSI DALAM ALAM SEMESTA
Bintang dan Galaksi dalam Alam Semesta;✓BN
Alam semesta terdiri daripada semua benda yang wujud di sekeliling
kita. Terdapat pelbagai objek angkasa yang mungkin kita tidak pernah
lihat atau tidak tahu akan kewujudannya. Kajian astronomi telah
menyedarkan kita tentang keindahan dan keluasan alam semesta
ciptaan Tuhan.
JENIS GALAKSI
BERPILIN ELIPS
CONTOH:. CONTOH'
Andromeda dan Bima Sakti. Ursa mayor dan messier 87
TIDAK SERAGAM
CONTOH
Magellan kecil dan Magellan besar
KITAR HIDUP BINTANG ( HIPOTESIS NEBULA )
• KELAHIRAN BINTANG
Bintang dilahirkan daripada nebula . Nebula ialah awan besar yang terdiri daripada debu dan gas gas
seperti hidrogen dan helium.
• KEMATIAN BINTANG
Haba yang banyak dijanakan dan memanaskan lapisan bintang yang paling luar . Akibatnya, hidrogen
dalam lapisan ini mula terbakar dan menyebabkan bintang itu mengembang. Pada peringkat ini,
bintang berwarna merah dan disebut raksasa merah.
• CIRI CIRI BINTANG
Ciri ciri pengelasan bintang
✓Suhu
✓Warna
✓Saiz
✓Kecerahan
✓Jarak
• PERBANDINGAN SAIZ RELATIF ANTARA BUMI DENGAN ALAM
SEMESTA
Alam semesta adalah sangat indah dan unik. Terdapat jutaan galaksi dalam alam semesta. Galaksi
Bima Sakti merupakan salah satu galaksi alam semesta. Di dalam Bima Sakti , terdapat sistem suria
yang terdiri daripada lapan buah planet yang mengelilingi Matahari, termasuk planet Bumi yang kita
diami.
BAB 12: SISTEM SURIA
PERBANDINGAN JARAK PLANET DALAM SISTEM SURIA DARI MATAHARI
•Unit Astronomi (A.U.)
Unit astronomi (A.U.) ialah jarak purata di antara Bumi dengan Matahari, iaitu kira-kira 93 juta batu
atau 150 juta kilometer
[ 1 A.U.=1.5×10 km]
•Tahun Cahaya (ly)
Tahun cahaya adalah jarak yang ditempuh cahaya dalam masa setahun . Cahaya bergerak pada
halaju 300 000 km setiap saat . Maka , cahaya boleh sejauh 9.5×10¹² kilometer dalam setahun.
[ 1 tahun cahaya = 9.5× 10¹² km ]
• PERTUKARAN UNIT ANTARA A.U.,TAHUN CAHAYA DAN KILOMETER
• PLANET-PLANET DALAM SISTEM SURIA
CIRI CIRI UMUM PLANET PLANET DALAM SISTEM SURIA
HUBUNGAN ANTARA SUHU PLANET DENGAN MATAHARI
Bagi planet yang tiada atmosfera
UTARID : Sinaran matahari yang terus sampai ke permukaannya menyebabkan bahagian yang
menghadap Matahari sangat panas , iaitu melebihi suhu 427°C . Manakala bahagian yang gelap
adalah sangat sejuk , iaitu suhu boleh menurun sehingga -173°C
Bagi planet yang mempunyai atmosfera
a) Bumi : Mempunyai awan yang memantulkan balik sinaran Matahari ke angkasa lepas tetapi
atmosfera memerangkap sebahagian haba disebabkan oleh kesan rumah hijau.
b) Zuhrah : Mempunyai awan yang tebal yang boleh memantulkan sinaran Matahari ke angkasa
lepas tetapi lapisan atmosferanya yang kebanyakannya terdiri daripada gas karbon dioksida
menyebabkan kesan rumah hijau. Oleh itu, banyak haba diperangkap dan suhu permukaan
boleh mencapai 462°C.
c) Marikh: Walaupun mempunyai atmosfera, tekanan permukaannya yang sangat rendah
berbanding dengan Bumi (kurang daripada 1per 100 tekanan Bumi) memberikan kesan yang
sedikit pada suhu permukaan. Suhu permukaan boleh berbeza antara-143°C hingga 35°C.
Bagi planet gergasi
Musytari,Zuhal,Uranus,dan Neptun -Permukaan planet diliputi oleh gas . Planet-planet ini menerima
sinaran Matahari yang sedikit, maka suhu permukaan adalah sangat rendah.
• HUBUNGAN ANTARA KETUMPATAN DENGAN TARIKAN GRAVITI PLANET
• HUBUNGAN JARAK, MASA DAN KELAJUAN
• ARAH PUTARAN PLANET
Semua planet dalam sistem suria berputar pada paksinya pada sudut kecondongan yang berbeza.
Semua planet berputar dari barat ke timur kecuali Zuhrah dan Uranus . Zuhrah berputar dari timur ke
barat manakala Uranus berputar pada sisinya.
Utarid Zuhrah. Bumi. Marikh. Musytari. Zuhal. Uranus. Neptun
0.1° 117°. 23°. 25°. 3°. 27°. 98°. 30°
• SITUASI HIPOTETIKAL DENGAN SISTEM SURIA
Apakah yang akan berlaku jika putaran Bumi menjadi perlahan atau berhenti berputar?
Umum mengetahui bahawa putaran Bumi pada paksinya menyebabkan berlakunya kejadian siang
dan malam, pasang surut air laut dan pelbagai lagi fenomena Bumi
✓Waktu siang dan malam yang panjang di dunia bahagian Bumi yang berbeza
✓Pertambahan kawasan gurun pada bahagian Bumi yang menghadap Matahari
✓Waktu berlaku pasang surut air berubah
✓Suhu pada bahagian Bumi yang tidak disinari Matahari akan menjadi sangat dingin.
Apakah satelit semula jadi?
Satelit semula jadi merupakan jasad yang mengelilingi planet dengan orbitnya sendiri. Bulan
merupakan satu-satunya satelit semula jadi Bumi
• BUMI SEBAGAI PLANET UNTUK HIDUPAN
Setakat ini, Bumi merupakan satu-satunya planet yang mempunyai hidupan. Bumi dapat
menampung hidupan akibat beberapa faktor seperti kehadiran air , sumber mineral, suhu
permukaan dan kandungan atmosferanya.
• CIRI-CIRI BUMI
✓Mempunyai kandungan air yang banyak untuk semua keperluan hidupan
✓Mempunyai kandungan oksigen yang tinggi untuk proses respirasi
✓Mempunyai julat suhu yang sesuai, iaitu tidak terlalu panas atau terlalu sejuk
✓Mempunyai atmosfera yang menghalang sinar-sinar yang berbahaya sampai ke Bumi.
✓Menerima cahaya Matahari untuk proses fotosintesis tumbuhan
✓Mempunyai tarikan graviti yang menarik objek di Bumi supaya tidak melayang ke angkasa lepas
BAB 13: METEOROID,ASTEROID,KOMET
• JASAD LAIN DALAM SISTEM SURIA, IAITU METEOROID , ASTEROID, DAN KOMET
Meteoroid :
Meteoroid merupakan serpihan batu dan logam kecil yang terapung dan bergerak di angkasa
Asteroid:
Asteroid merupakan batuan besar dan logam yang beredar mengelilingi Matahari mengikut orbitnya
sendiri
Komet:
Komet merupakan jasad kecil yang terdiri daripada campuran ais,gas dan debu beku yang bergerak
mengelilingi Matahari mengikut orbitnya sendiri
Ciri ciri meteoroid
•Mempunyai saiz yang berbeza-beza, iaitu antara 10um hingga 1 m.
•Terbina daripada batuan dan logam seperti besi dan nikel.
•Berasal daripada serpihan asteroid dan komet.
•Suhu meteoroid di angkasa lepas adalah dalam lingkungan 0°C.
•Kelajuan pergerakan meteoroid adalah berbeza-beza. Meteoroid yang paling laju pergerakannya
adalah pada kelajuan 42km s-¹.
Ciri ciri asteroid
•Saiz bermula dari 1 m hingga 1000 km
•Terbina daripada batuan dan logam seperti besi dan nikel.
•Suhu permukaan yang sejuk , iaitu sekitar -73°C
•Kelajuan purata asteroid mengelilingi Matahari adalah pada 25km s-¹
•Asteroid membentuk jalur asteroid di antara orbit planet Marikh dengan Musytari
•Asteroid yang besar terdiri daripada Ceres,Pallas,Juno dan Vesta yang mempunyai diameter
daripada beberapa kilometer hingga seribu kilometer.
•Asteroid juga disebut sebagai planet kecil
Ciri ciri komet
•Terdiri daripada dua bahagian utama, iaitu kepala dan ekor .
•Panjang ekor komet boleh mencapai sehingga 150 000 000 km. Saiz kepalanya boleh mencapai
250000 km.
•Terbina daripada gas dan air yang membeku menjadi ais dan sedikit debu dan batuan
•Beredar mengelilingi Matahari mengikut orbitnya sendiri yang berbentuk elips
•Bergerak dengan purata julat kelajuan 10 km s-¹ hingga 70 km s-¹
• PERGERAKAN METEOROID, ASTEROID, DAN KOMET
Asteroid dan komet bergerak melalui orbitnya sendiri mengelilingi Matahari. Meteoroid puka
bergerak secara bebas di angkasa serta dipengaruhi oleh daya tarikan graviti planet bulan dan objek
lain di sekelilingnya. Hal ini demikian kerana saiz dan jisim meteoroid yang lebih kecil
menyebabkannya lebih mudah dipengaruhi oleh daya tarikan graviti yang kecil.
Pergerakan meteoroid
Pergerakan asteroid
.Pergerak Komet