The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DASAR KURIKULUM 2021
SMK AHMAD BOESTAMAM,
32000 SITIAWAN, PERAK.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NURUL IZZA BINTI RAMDZAN Moe, 2021-01-15 02:59:44

DASAR KURIKULUM 2021

DASAR KURIKULUM 2021
SMK AHMAD BOESTAMAM,
32000 SITIAWAN, PERAK.

Keywords: KURIKULUM

DASAR KURIKULUM SEKOLAH

2021

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
AHMAD BOESTAMAM
32000 SITIAWAN
PERAK

1.0 LATAR BELAKANG

Sekolah menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) untuk murid
Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Kurikulum ialah ‘Core Business’ semua guru dan murid di
sekolah ini. Penetapan Dasar Kurikulum Sekolah mengambil kira keperluan pendidikan dan
status sekolah. Dasar yang ditetapkan menjadi garis panduan kepada perjalanan dan
pengurusan akademik SMK Ahmad Boestamam iaitu sekolah menengah harian gred A di
bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN).

2.0 OBJEKTIF

Penetapan dasar bertujuan;
a. Menjadi garis panduan yang jelas kepada warga sekolah.
b. Merupakan kerangka kerja yang sistematik dalam pengurusan akademik sekolah.
c. Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah.
d. Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik JPN.

3.0 DASAR

3.1 Dasar Kurikulum Sekolah mestilah selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan
pada sepanjang masa iaitu KSSM.

3.2 Kurikulum yang dilaksanakan mestilah memenuhi kehendak Kementerian
Pendidikan Malaysia, JPN dan Pejabat Pendidikan Daerah.

3.3 Pengurusan panitia mata pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil 4 / 1986.

3.4 Guru mestilah mendapat maklumat terkini tentang pendidikan dan kurikulum
semasa.

3.5 Pada setiap masa, program akademik diutamakan. Hal ini bermakna sekiranya
program akademik bertembung dengan program lain, program akademik hendaklah
diberikan keutamaan.

3.6 Jawatankuasa Kurikulum Sekolah (JKKS) mestilah sentiasa membuat pemantauan
dan kajian impak terhadap pelaksanaan kurikulum dalam semua mata pelajaran
dan Guru Kanan dan Ketua Panitia perlu bertanggungjawab sepenuhnya.

3.7 Pengurusan kurikulum adalah salah satu daripada lapan elemen Bidang
Keberhasilan Utama Negara atau National Key Result Area (NKRA) yang dilihat
dalam menilai keberkesanan pengurusan sekolah. Sehubungan dengan itu, setiap
guru mestilah menyediakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) iaitu kerangka
aktiviti/projek, KPI dan sasaran kerja pada awal tahun. Pelaporan akan dibentang
dan disemak dua kali setahun (Jun dan November) untuk penilaian hasil (outcome)
pencapaian akademik.

4.0 PENGURUSAN JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH(JKKS)

(JKKS) bertindak sebagai badan akademik tertinggi yang memainkan peranan penting
memastikan pelaksanaan pengurusan kurikulum sekolah berkesan dan berkualiti. Semua
panitia / unit dalam JKKS bertanggungjawab secara langsung mempertingkatkan prestasi



akademik sekolah melalui daya kepimpinan dan mewujudkan suasana PdPc yang kondusif
di sekolah.

4.1 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Buku Pengurusan dan Pentadbiran sekolah tahun 2021

4.2 MESYUARAT JKKS

a. Mesyuarat JKKS diadakan sekurang-kurangnya empat kali setahun:
i. Mesyuarat 1 – awal sesi persekolahan/selepas mesyuarat guru pertama
ii. Mesyuarat 2 – suku pertama sesi persekolahan/selepas keputusan SPM
iii. Mesyuarat 3 – selepas keputusan peperiksaan pertengahan tahun
iv. Mesyuarat 4 – sebelum sesi persekolahan berakhir

b. Agenda mesyuarat disusun mengikut standard piawaian Buku Q:
i. Pesanan Pengerusi
ii. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang lalu
iii. Perkara Berbangkit
iv. Pekeliling dan Surat Siaran Terkini
v. Perbincangan agenda yang ditetapkan
vi. Hal-hal lain
vii. Penutup

c. Mesyuarat panitia ditetapkan sekurang-kurangnya empat kali setahun yang
mengandungi tarikh, hari, masa dan tempat.

d. Notis mesyuarat diserahkan kepada ahli JKKS selewat-lewatnya dua hari
sebelum mesyuarat sama ada melalui memo bercetak dan / atau telegram
rasmi sekolah.

e. Ahli JKKS wajib hadir dan tidak boleh melantik wakil dengan sendiri.
Ketidakhadiran mesti dengan kebenaran Pengetua dan jika diluluskan,
Pengetua / PK Pentadbiran yang akan menentukan wakil.

f. Minit mesyuarat dicatat oleh Setiausaha mengikut format yang betul,
disemak dan diluluskan oleh Pengerusi serta diedarkan kepada semua ahli
JKKS selewat-lewatnya seminggu selepas mesyuarat.

4.3 SISTEM FAIL

a. Fail JKKS diurus oleh Setiausaha dan disimpan di Bilik Guru Kanan
b. Penyemakan fail JKKS dilakukan oleh Pengetua / PK Pentadbiran.

5.0 PAKEJ MATA PELAJARAN

5.1 MENENGAH RENDAH

BIL. TINGKATAN TERAS WAJIB
 BAHASA MELAYU
1 1AS1  BAHASA INGGERIS  PENDIDIKAN JASMANI
 MATEMATIK DAN PENDIDIKAN
 Bahasa Jerman  SAINS KESIHATAN

2 1AS2  GEOGRAFI

 Bahasa Jerman



1KAA  SEJARAH  REKA BENTUK DAN
 PENDIDIKAN ISLAM / TEKNOLOGI
3  Bahasa Arab
 Kelas Kemahiran al-Quran  PENDIDIKAN SENI
PENDIDIKAN MORAL VISUAL

1A1

4  RBT atau

Asas Sains Komputer)

5 1A2 hngga 1A5

BIL. TINGKATAN TERAS WAJIB

1 2AS1  BAHASA MELAYU  PENDIDIKAN JASMANI DAN
 BAHASA INGGERIS PENDIDIKAN KESIHATAN
 Bahasa Jerman  MATEMATIK
 SAINS  GEOGRAFI
2 2AS2  SEJARAH  REKA BENTUK DAN
 PENDIDIKAN ISLAM /
 Bahasa Jerman TEKNOLOGI
PENDIDIKAN MORAL  PENDIDIKAN SENI VISUAL
2KAA
kecuali 2KAA
3  Bahasa Arab
 Kelas Kemahiran al-Quran

2A1

4  RBT atau
Asas Sains Komputer)

5 2A2 hingga 2A5

BIL. TINGKATAN TERAS WAJIB

1 3AS1  BAHASA MELAYU  PENDIDIKAN JASMANI DAN
 BAHASA INGGERIS PENDIDIKAN KESIHATAN
 Bahasa Jerman  MATEMATIK
 SAINS  GEOGRAFI
2 3AS2  SEJARAH  REKA BENTUK DAN
 PENDIDIKAN ISLAM /
 Bahasa Jerman TEKNOLOGI
PENDIDIKAN MORAL
3KAA  PENDIDIKAN SENI VISUAL
kecuali 3KAA
3  Bahasa Arab
 Kelas Kemahiran al-Quran

4 3A1 hingga 3A5

PT3 hanya melibatkan sembilan mata pelajaran:

1. Bahasa Melayu 6. Pendidikan Islam
2. Bahasa Inggeris 7. Sejarah
3. Bahasa Arab 8. Geografi
4. Matematik 9. Asas Bentuk Komputer /
5. Sains
Reka Bentuk Teknologi

5.2 MENENGAH ATAS

BIL. TINGKATAN TERAS WAJIB ELEKTIF
 Fizik
4S1 Bahasa Melayu  Pendidikan  Kimia
Jasmani  Biologi
Elektif STEM dan  Matematik Tambahan
Pendidikan
1 Sains Tulen Bahasa Inggeris Kesihatan  Fizik
 Kimia
dan  Biologi / Grafik

Matematik Tambahan  Matematik Komunikasi Teknikal
 Matematik Tambahan
4S2  Sejarah
Elektif STEM

2 Sains Tulen

dan Pendidikan Islam /
Matematik Tambahan Pendidikan Moral



4ST1  Reka Cipta
Elektif STEM  Sains Komputer
3 Sains Gunaan  Prinsip Perakaunan

dan

Teknologi

4ST2  Reka Cipta
Elektif STEM  Sains Rumah Tangga
4 Sains Gunaan

dan
Teknologi

4SI1  Perniagaan
Elektif  Pendidikan Seni Visual
5 Sastera Ikhtisas  Perniagaan
 Pendidikan Seni Visual
dan
Kemanusiaan

4SI2
Elektif
6 Sastera Ikhtisas

dan
Kemanusiaan

4SI3  Geografi
Elektif  Pendidikan Seni Visual
7 Sastera Ikhtisas

dan

Kemanusiaan

4SI4  Geografi
Elektif  Pendidikan Seni Visual
8 Sastera Ikhtisas

dan
Kemanusiaan

 Bahasa Jerman ditawarkan hanya kepada murid yang berminat

BIL. TINGKATAN TERAS WAJIB ELEKTIF
 Fizik
5S1  Pendidikan  Kimia
Jasmani  Biologi
Elektif STEM Bahasa Melayu dan  Matematik Tambahan
Pendidikan
1 Sains Tulen Kesihatan  Fizik
 Kimia
dan  Biologi / Grafik

Matematik Tambahan  Bahasa Inggeris Komunikasi Teknikal
 Matematik Tambahan
5S2  Matematik
Elektif STEM

2 Sains Tulen

dan Sejarah
Matematik Tambahan

5ST1 Pendidikan Islam /  Reka Cipta
Elektif STEM  Sains Komputer
3 Pendidikan Moral  Prinsip Perakaunan

Sains Gunaan

dan



Teknologi

5ST2  Reka Cipta
Elektif STEM  Sains Rumah Tangga
4 Sains Gunaan  Geografi
 Perniagaan
dan  Geografi
Teknologi  Pendidikan Seni Visual

5SI1
Elektif
5 Sastera Ikhtisas

dan
Kemanusiaan

5SI2  Perniagaan
Elektif

6 Sastera Ikhtisas
dan

Kemanusiaan

5SI3  Pendidikan Seni Visual
Elektif
7 Sastera Ikhtisas

dan
Kemanusiaan

5SI4  Pendidikan Seni Visual
Elektif

8 Sastera Ikhtisas
dan

Kemanusiaan

 Bahasa Jerman ditawarkan hanya kepada murid yang berminat

5.3 MENENGAH TINGGI Mata Pelajaran Elektif
Pakej Mata Pelajaran Wajib
Bahasa Melayu
Kemanusiaan Pengajian Am Pengajian Perniagaan
MUET Sejarah
Ekonomi
Geografi

6.0 WAKTU PERSEKOLAHAN 7.20 – 8.00 Perhimpunan Rasmi
Sesi Pagi 8.00 – 2.00 Pengajaran & Pemudahcaraan
Isnin
7.20 – 7.30 Perhimpunan
Selasa dan Khamis 7.30 – 2.00 Pengajaran & Pemudahcaraan



Rabu 7.20 – 7.30 Perhimpunan
7.30 – 1.20 Pengajaran & Pemudahcaraan
1.20 – 2.35 Kokurikulum

Jumaat 7.20 – 7.50 Bacaan Yasin
7.50 – 12.10 Pengajaran & Pemudahcaraan

Sesi Petang

Isnin 12.20 – 12.50 Perhimpunan Rasmi
12.50 – 6.40 Pengajaran & Pemudahcaraan

Selasa dan Khamis 12.20 – 12.50 Perhimpunan
12.50 – 6.40 Pengajaran & Pemudahcaraan

Rabu 8.00 – 9.30 Kokurikulum (Permainan)
11.30 - 12.30 Kokurikulum (Persatuan/UB)
12.50 – 6.40 Pengajaran & Pemudahcaraan

Jumaat 2.20 – 6.55 Pengajaran & Pemudahcaraan

Sebarang perubahan waktu perlu selaras dengan Akta / Pekeliling Ikhtisas semasa dan mendapat
kelulusan Pengetua / PK Pentadbiran.

7.0 PANITIA

a. Pengurusan panitia mata pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4
/ 1986. Kejayaan murid dalam setiap mata pelajaran, prestasi peperiksaan awam,
motivasi dan bakat adalah berkait rapat dengan keberkesanan pengajaran guru.
Oleh itu, panitia hendaklah berfungsi secara optimum dan saling bekerjasama,
saling membantu, berkongsi buah fikiran, pengalaman dan kepakaran untuk
mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan pengajaran.

b. Perancangan dan tindakan panitia mestilah sentiasa merujuk TOV dan ETR dalam
pengurusan prestasi mata pelajaran.

c. Panitia mestilah berusaha mendapat dan mengamalkan strategi pengajaran yang
inovatif seperti PAK21 dan PLC yang boleh mendorong dan menggerakkan
pembelajaran berpusatkan murid.

d. Pengurusan panitia melalui Google Classroom mestilah menjadi keutamaan. Oleh
itu, laman panitia mestilah sentiasa dikemas kini untuk rujukan guru dan murid.

e. Mesyuarat panitia diadakan dalam tempoh dua minggu selepas mesyuarat
kurikulum dan dihadiri oleh pentadbir. Satu salinan minit mesyuarat panitia
hendaklah diserahkan kepada Pengetua melalui SU Kurikulum.

f. Setiausaha panitia hendaklah menyelenggara fail, minit atau laporan mesyuarat,
surat-menyurat dan rekod yang berkaitan dengan diselia oleh ketua panitia.

g. Ketua Panitia bertanggungjawab menguruskan Fail Utama di Bilik Guru Kanan.
h. Ketua Panitia bertanggungjawab memastikan pengurusan Bantuan Per Kapita

(PCG) diurus dengan berkesan dan sentiasa mengutamakan pembelian bahan



bantu mengajar (BBM). Hal ini harus dilakukan dengan penuh integriti supaya tidak
berlaku teguran daripada pihak audit.

i. Ketua Panitia mesti mengemas kini analisis pencapaian peperiksaan untuk tiga
tahun berturut-turut. Analisis mestilah mengandungi peratus lulus, bilangan capai A
dan GPMP.

j. Setiausaha Panitia mesti menyediakan takwim panitia yang hanya mengandungi
aktiviti unit akademik dan aktiviti panitia, dan disimpan di dalam fail panitia.

7.1 Struktur Organisasi

Penasihat - Pengetua / semua Penolong Kanan
Penyelaras - Guru Kanan (pengurusan panitia diletakkan sepenuhnya di

Ketua Panitia bawah Guru Kanan).
Setiausaha Panitia - dilantik oleh Pengetua
- dilantik oleh Pengetua

rujuk Buku Pengurusan dan Pentadbiran sekolah tahun 2021

7.2 Mesyuarat Panitia

a. Mesyuarat Panitia perlu dijalankan sekurang-kurangnya 4 kali setahun, tidak
termasuk sesi perjumpaan kecil.

b. Surat Panggilan Mesyuarat diedarkan kepada guru selewat-lewatnya dua hari
sebelum mesyuarat.

c. Minit mesyuarat hendaklah disiapkan dalam tempoh 14 hari selepas mesyuarat.

d. Minit mesyuarat mesti disimpan dalam fail masing-masing dan dibawa semasa
mesyuarat berikutnya.

e. Semua perkara yang telah diputuskan dalam JKKS mestilah dibawa dalam
mesyuarat panitia dan maklum balas yang relevan mestilah disampaikan kepada
SU JKKS dalam tempoh 14 hari selepas mesyuarat..

7.3 Sistem Fail

a. Semua fail panitia diletakkan di Bilik Guru Kanan dan di bawah seliaan Guru
Kanan yang berkenaan.

b. Penyemakan fail panitia dilakukan oleh Penolong Kanan / Guru Kanan yang
berkenaan.

c. Fail boleh dikeluarkan dari lokasinya dengan mendapat kebenaran Pengetua /
Penolong Kanan / Guru Kanan.

d. Tiga jenis fail hendaklah disediakan:
i. Fail Utama
ii. Fail Sokongan
iii. Fail Arkib



7.4 DSKP, Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian

a. DSKP Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah diperoleh dan disimpan oleh
setiap guru.

b. Satu salinan DSKP, Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) untuk setiap tingkatan
perlu disimpan dalam Fail Panitia.

c. Ketika menyediakan RPT, guru mesti mengambil kira tarikh cuti / ujian dan
peperiksaan.

d. Rancangan Pelajaran Harian hendaklah dibuat menggunakan sistem aplikasi CIDS
dan klik hantar apabila tamat sesuatu PdPC atau sebelum pukul 1.00 tengah hari
hari Sabtu minggu berkenaan.

e. Semua maklumat yang diperlukan di dalam Fail Dokumen PdPc hendaklah diisi
dengan lengkap dan kemas kini.

f. Nama murid tingkatan empat dan / atau tingkatan lima dengan TOV dan ETR mesti
disediakan. Bagi kelas menengah rendah, nama murid dan borang transit PBS
disediakan.

g. Guru yang akan menghadiri kursus atau cuti bersalin hendaklah menyediakan
bahan pengajaran dan menyerahkannya kepada PKP sebulan sebelum berkursus
atau bercuti.

h. RPH hendaklah diubah suai mengikut kemampuan dan kebolehan murid antara
kelas.

i. RPT hendaklah diserahkan kepada Guru Kanan sebelum sesi sekolah baru bermula.

j. Guru mata pelajaran bertanggungjawab untuk menghabiskan sukatan pelajaran:
i. Tingkatan 1, 2 dan 4 dihabiskan pada bulan Oktober
ii. Tingkatan 3 dihabiskan pada bulan September
iii. Tingkatan 5 dihabiskan pada bulan Ogos

k. PdPc (PAK21) hendaklah berpusatkan murid dan menggunakan BBM/ICT yang
disediakan. Kualiti PdPc perlu ditingkatkan dengan cara guru menguasai kaedah
terkini dan mengubah suai pengamalannya setiap masa melalui perkembangan staf.
Semua portal pendidikan yang disediakan oleh e-nazir (e-guru) dan BTPN (eduweb)
mestilah digunakan.

l. Fail Dokumen PdPc mesti dipulangkan kepada sekolah pada hari terakhir tamat
sesi persekolahan.

7.5 Buku Stok / Fail Aset Alih Kerajaan

a. Menguruskan dan menyemak buku stok /fail aset sekurang-kurangnya dua
kali setahun.

b. Mengemas kini buku stok / fail aset setiap kali perbelanjaan.

c. Menyimpan bahan panitia dengan teratur dan kemas mengikut rekod
buku stok / Kew PA.



7.6 Kewangan

a. Menyediakan anggaran perbelanjaan berdasarkan Peruntukan Wang
Kerajaan dan wang SUWA terkini.

b. Panitia boleh mengemukakan cadangan pembelian buku, peralatan
dan bahan bantu mengajar (BBM) kepada Guru Kanan.

c. Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan
mestilah mengikut Arahan Perbendaharaan yang berkuat kuasa.

7.7 Bilik Khas

a. Semua bilik khas akademik mesti diurus dengan sempurna.

b. Penggunaan bilik perlu direkodkan.

c. Peraturan dan jawatankuasa bilik mesti diwujudkan.

d. Prosedur keselamatan perlu disedia dan dipatuhi.

e. Bilik khas berada dalam keadaan kondusif untuk PdPc.

f. Bilik dikunci jika tidak digunakan

7.8 Pemantauan dan Penyeliaan

7.8.1 Pengajaran dan Pemudahcaraan

a. PdPc di bilik darjah akan dicerap secara rasmi dua kali setahun.

b. Guru akan dicerap oleh Pengetua / Penolong Kanan / Guru Kanan
(rujuk Buku Pengurusan Pentadbiran)

c. Guru digalakkan menawarkan diri untuk dicerap, perlu berbincang untuk
ketetapan tarikh dan masa pencerapan.

7.8.2 Buku Latihan Murid

a. Tugasan murid akan disemak oleh pengurusan panitia dua kali setahun.

b. Guru mata pelajaran menyerahkan secara rawak 10 buah buku daripada
setiap kelas yang diajar untuk semakan.

c. Rekod penyemakan buku kerja murid hendaklah diserahkan kepada
Penolong Kanan.

8.0 Pengurusan Guru Ganti

8.1 Guru yang dipanggil berkursus dengan surat panggilan diterima awal digalakkan:
i. menjual waktu kepada guru lain.
ii. mencari pengganti terlebih dahulu.
iii. menyediakan bahan kepada guru ganti.
iv. menggantikan pelajaran yang tertinggal pada masa lain.



8.2 Penyediaan guru ganti akan dibuat oleh PK Pentadbiran / PK Petang / Guru Kanan.

8.3 Guru ganti mesti masuk ke kelas pada masa yang ditetapkan.

9.0 PENGURUSAN PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

9.1 Dasar Peratusan Markah

Tingkatan Satu, Dua dan Tiga

a. Peperiksaan Pertengahan Tahun / Akhir Tahun / Percubaan PT3
berdasaarkan penggredan PT3

b. Ujian lisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris mesti dilaksanakan.
c. Jumlah Markah Akhir Tahun 100%

Tingkatan 4

a. 100% Peperiksaan Pertengahan Tahun dan dijadikan TOV untuk headcount
SPM tahun berikutnya.

b. 100% Peperiksaan Akhir Tahun untuk penyusunan semula kedudukan murid
dalam kelas (streaming) tahun berikutnya jika perlu.

9.2 Peperiksaan / Ujian

a. Peperiksaan Penggal / Percubaan
dua kali setahun (Mei dan September / Oktober / November)

b. Ujian Selaras sekali setahun (Mac)

9.3 Ujian Topikal

Guru digalakkan untuk mengadakan ujian topikal dari masa ke masa mengikut
keperluan masing-masing.

9.4 Format Peperiksaan

a. Ujian Selaras – Masa 1 Jam dan pengujian hanya berdasarkan rancangan
pelajaran semasa / topik / kemahiran.

b. Peperiksaan Penggal:
i mengikut waktu sebenar peperiksaan awam.
ii mengikut format soalan kertas peperiksaan awam.
iii menggunakan JSI

c. Kertas soalan peperiksaan hendaklah cetakan komputer dengan menggunakan
font Times New Roman bersaiz 12. Copy paste tidak dibenarkan.

d. Kertas soalan yang telah lengkap hendaklah ditandatangani seperti berikut:
berikut seperti di bawah:

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,
........................... ....................... ...............…….
(Guru Mata Pelajaran) (Ketua Panitia) (Pengetua/PKP)

e. Kertas peperiksaan yang telah siap ditandatangani hendaklah dihantar

10

ke pejabat untuk diperbanyak dua minggu sebelum peperiksaan.

9.5 Jadual Pengawasan

a. Ujian Selaras - diadakan selama seminggu dan pengawasan mengikut sama
ada jadual peribadi atau ditetapkan oleh Setiausaha Peperiksaan.

b. Peperiksaan Penggal – diadakan mengikut keperluan masa peperiksaan awam
dan pengawasan adalah mengikut jadual pengawasan berpusat.

9.6 Rekod Markah

a. markah Ujian Bulanan disimpan dalam Fail Dokumen PdPc guru.
b. markah Peperiksaan dimasukkan dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

(SAPS) dan slip akan ditandatangani oleh ibu bapa.
c. cetakan slip peperiksaan akan dibuat oleh SU Peperiksaan Dalaman / guru

kelas.

9.7 Syarat Lulus

Syarat untuk lulus dalam ujian / peperiksaan adalah mengikut garis panduan
KPM / JPN / PPD /JKKS.

9.8 Post-mortem/ Dialog Prestasi

a. Post-mortem dilakukan oleh panitia setiap kali Keputusan PT3, SPM, Ujian
Selaras dan Peperiksaan Penggal dikeluarkan seperti berikut :

- disediakan oleh Guru Mata Pelajaran
- disemak oleh Ketua Panitia
- disahkan oleh Guru Kanan

Semakan juga boleh dilakukan oleh Setiausaha Panitia bagi kes
Ketua Panitia / Guru Kanan sebagai penyedia post mortem

b. Post-mortem mengikut format yang ditetapkan iaitu kelemahan, kekuatan,
langkah intervensi dengan huraian jelas.

c. Kelemahan dan kekuatan individu hendaklah dikenal pasti selaras dengan
kehendak pengurusan head count.

d. Maklumat terperinci senarai murid cemerlang dan kritikal hendaklah kepada PK
HEM dan Guru Bimbingan & Kaunseling.

9.9 Jadual Spesifikasi Item (JSI)

a. Semua penyedia soalan peperiksaan penggal diminta menyediakan JSI
mengikut tahap kesukaran yang ditetapkan untuk semua murid.

b. JSI yang disediakan akan dijadikan asas dalam penilaian ujian berikutnya.

Sebarang perubahan dan arahan peperiksaan akan dimaklumkan oleh Setiausaha
Peperiksaan dari masa ke semasa.

10.0 PENGURUSAN JADUAL WAKTU

11

10.1 Jumlah waktu setiap mata pelajaran adalah mengikut ketetapan Akta Pendidikan.

10.2 Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah
dengan persetujuan mesyuarat JKKS.

10.3 Dasar pengagihan mata pelajaran – keutamaan kepada guru opsyen dan
kepakaran guru terutama pemeriksa kertas peperiksaan awam.

11.0 PENGURUSAN BUKU TEKS

11.1 Buku teks yang dibekalkan oleh kerajaan haruslah dioptimuman
penggunaannya.

11.2 Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu hendaklah dikuasai sepenuhnya.

11.3 Keselamatan, keadaan buku teks serta stok hendaklah diselia dua kali setahun.

12.0 PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN BACAAN

12.1 Penggunaan PSS hanya dibenarkan pada waktu PdPc mata pelajaran Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris sebanyak satu waktu seminggu.

12.2 Kemasukan ke PSS bagi tujuan pengajaran berfokus adalah dibenarkan.

12.3 Guru ganti digalakkan membawa pelajar ke PSS untuk mencari maklumat dengan
penyeliaan sepenuhnya.

12.4 Program NILAM akan diselia sepenuhnya oleh guru kelas / guru bahasa.
Penyemakan buku NILAM murid dilakukan sekali dalam tempoh 3 bulan oleh guru
bahasa dan jadual penyemakan akan dikeluarkan oleh Guru Penyelaras PSS.

12.5 Buku rujukan yang dibeli oleh panitia haruslah diuruskan dengan baik dan direkod
dengan teratur manakala buku rujukan percuma (naskhah guru) hendaklah
dijadikan aset panitia.

13.0 Headcount Mata Pelajaran

13.1 Jawatankuasa
(rujuk Buku Pengurusan Pentadbiran sekolah)

13.2 Nilai Mula (Take Of Value – TOV)

Nilai Mula atau Take Off Value (TOV) ialah prestasi pelajar dalam bidang kurikulum,
kokurikulum, sahsiah dan prestasi aspek lain sebelum sesuatu peningkatan
dirancang untuk dilaksanakan.

TOV sebagai data asas untuk menentukan:
i. target
ii. strategi dan aktiviti yang sesuai dan relevan untuk peningkatan
iii. peningkatan berlaku atau tidak setelah projek yang dirancang dilaksanakan.

TOV kurikulum dibuat dengan menggunakan data pencapaian penilaian peringkat
sekolah dan peperiksaan awam. Penetapan Nilai Mula untuk setiap tahun /
tingkatan mestilah berdasarkan ujian / peperiksaan berikut :

12

TINGKATAN TOV
Tingkatan 1 Pencapaian UPSR / Ujian Selaras 1
Tingkatan 2 & 3 Peperiksaan Akhir Tahun (tahun sebelum)
Tingkatan 4 Peperiksaan Pertengahan Tahun
Tingkatan 5 Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4

13.3 Target

TARGET ialah hala tuju yang hendak dicapai seperti yang ditetapkan dalam
sesuatu projek atau aktiviti. Penetapan target hendaklah berasaskan TOV dan

mengambil kira beberapa perkara berdasarkan Kaedah SWOT (Strength,

Weakness, Opportunity dan Threat) serta menjurus Kaedah SMART
(Specific, Measurable, Attainable/Achievable, Relevan dan Time Frame)

13.4 Target Peperiksaan Awam dan Dalaman

a. SPM 2021
7 orang calon mencapai ETR semua A dan 94% calon Layak Sijil

b. PT3 2021
5 orang calon mencapai semua A dan
70% calon mencapai tahap minimum semua subjek.

c. STPM - 100% lulus

14.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK

14.1 Jawatankuasa

Penasihat Pengetua
Pengurus Projek PK Pentadbiran
Penyelaras Projek dilantik oleh Pengetua / PK Pentadbiran

rujuk Buku Pengurusan Pentabdbiran sekolah)

14.2. Program

Program Utama Program Sokongan Program Sampingan

Intervensi 2M Teknik Menjawab Program Motivasi
Bijak Sifir Perbengkelan Hari Anugerah Cemerlang
Minimum Adequate Syllabus Self Access Learning Aktiviti Persatuan Akademik
Pembelajaran Mastery Makmal Matematik dan sebagainya
Pembelajaran Koperatif Gerak Gempur
Pembelajaran Bestari Kelas Tambahan
Pembelajaran Kontekstual Projek NILAM
Latih Tubi Terancang dan sebagainya
dan sebagainya

14.3 Perancangan Program

Semua program yang dirancang perlu diisi dalam borang program peningkatan
akademik oleh Setiausaha Panitia, disemak oleh Ketua Panitia dan diluluskan oleh
Guru Kanan yang berkaitan. Program mestilah selaras dengan ketetapan JKKS
atau mesyuarat panitia.

13

14.4 Kertas Cadangan

i. Program yang hendak dijalankan mesti ada kertas cadangan.
ii. Kertas cadangan perlu mengandungi latar belakang, objektif, rasional, tentatif

program, senarai AJK, kumpulan sasaran, belanjawan dan penutup.
iii. Kertas cadangan perlu ditandatangani (disediakan oleh guru berkenaan,

disemak oleh Guru Kanan / Pengurus Projek dan diluluskan oleh Pengetua)
iv. Serahkan satu salinan kertas cadangan yang lengkap kepada PK Pentadbiran /

Setiausaha JKKS

14.5 Laporan Program

Panitia mesti menyediakan laporan / rumusan program (tajuk, tarikh dan tempat
pelaksanaan, kumpulan sasaran, aktiviti, keberkesanan, kekangan, cadangan,
penutup) selepas pelaksanaan program untuk dibentangkan dalam mesyuarat
JKKS

14.6 Reka Bentuk

Kerrtas cadangan dan laporan cetakan komputer dengan ketetapan berikut:

i. huruf Times New Roman
ii. saiz 12
iii. baris single
iv. kertas A4
v. margin keempat-empat sudut 1”

15.0 PENGURUSAN PERKEMBANGAN STAF

15.1 Jawatankuasa

Pengerusi Pengetua
Naib Pengerusi semua Penolong Kanan
Setiausaha dilantik oleh Pengetua / PK Pentadbiran

rujuk Buku Pengurusan Pentadbiran sekolah

15.2 Kursus Dalaman

a. Guru yang menghadiri kursus / mesyuarat / bengkel mesti memberikan
taklimat ringkas kepada Pengetua / PK Pentadbiran apabila pulang
berkursus.

b. Kursus Dalaman akan dianjurkan oleh guru berkenaan mengikut keperluan
dan budi bicara Pengetua.

c. Guru berkenaan haruslah menyediakan minit curai untuk diserahkan kepada
Pengetua / PK Pentadbiran.

15.3 Kursus Perkembangan Staf

a. Kursus perlu dirancang mengikut permintaan guru dan budi bicara Pengetua
/ PK Pentadbiran.

14

b. Lawatan ke sekolah cemerlang boleh diadakan dalam kumpulan kecil untuk
mendapatkan maklumat dan perkongsian yang diuruskan oleh Guru Kanan
atau panitia berkaitan.

c. Guru dan AKP hendaklah menghadiri sekurang-kurangnya lima hari latihan
dalam perkhidmatan (LADAP) setahun.

15.4 Bahan Kursus
a. Diperbanyak untuk keperluan guru lain (jika perlu).
b. Disimpan untuk rujukan panitia.

16.0 KAJIAN TINDAKAN
16.1 Panitia diwajibkan membuat satu kajian tindakan setiap tahun.
16.2 Kajian tindakan yang berkualiti boleh dihantar ke PPD dan / atau JPN untuk
penyertaan sekolah.

17.0 PERTANDINGAN KOAKADEMIK
17.1 Panitia digalakkan menyertai mana-mana pertandingan koakademik seperti bahas,
kuiz, puisi, pantun dan sebagainya bagi memberikan pendedahan kepada murid
dalam membantu pembangunan akademik mereka.
17.2 Guru digalakkan mengambil bahagian dalam pertandingan agensi luar ke arah
memartabatkan imej sekolah seperti kegiatan Kelab Guru dan Staf (KGS).

18.0 PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM
18.1 Penentuan dasar yang ditetapkan ini tidak akan berubah sehingga berlaku
keperluan pendidikan negara.
18.2 Perubahan hanya boleh dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keputusan
pentadbir dalam Mesyuarat Pengurusan dan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum
Sekolah.

Dasar kurikulum ini telah dibentangkan dalam mesyuarat JKKS Bil.1/2021 pada
15 Januari 2021 untuk diterima dan disahkan.

15


Click to View FlipBook Version