The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aimanradzzi34, 2021-10-14 12:13:00

Kerja Lapangan Geografi

wii

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI

KAJIAN GUNA TANAH
TINGKATAN 3
2021

NAMA : MUHAMMAD AIMAN WALDAN BIN RADZI
KELAS : 3 ITQAN
NO KAD PENGENALAN : 060205-02-0131
NAMA GURU : CIKGU ARHAMNI BINTI ROBIAN

i

2.0 SENARAI KANDUNGAN Muka
Bil Perkara Surat

1. Tajuk Kajian i
2. Senarai kandungan ii
3. Penghargaan iii
4. Pendahuluan iv
5. Objektif kajian v
6. Kawasan kajian vi-viii
7. Kaedah kajian viii
8. Dapatan kajian 1
2-12
8.1 Latar belakang kawasan kajian 13

8.2 Melukis peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah di 14
kawasan kajian
14-15
8.3 Mentafsir peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah di
kawasan kajian 15-16

8.4 Mengenalpasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian dan 16-17
menghuraikan faktor yang mempengaruhi guna tanah
18
8.5 Mengenal pasti dan menghuraikan tiga kesan guna tanah tersebut 19-28
terhadap alam sekitar yang telah dikaji
29
8.6 Tiga cadangan usaha-usaha untuk mengatasi kesan guna tanah
tersebut

9. Rumusan

10. Lampiran

11. Rujukan

ii

3.0 PENGHARGAAN
Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin, limpah dan kurnia-

NYA dapat saya menyiapkan kerja lapangan Geografi ini sehingga selesai. Saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Zaiton Binti Ismail selaku pengetua
Maktab Mahmud Alor Setar kerana telah memberi keizinan kepada saya untuk
menggunakan segala peralatan dan kemudahan yang diperlukan bagi melaksanakan
tugasan ini.

Tidak ketinggalan guru mata pelajaran Geografi saya, Puan Armahani Binti
Robian atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang amat
berguna serta telah banyak menolong saya dan rakan-rakan sekelas saya bagi
menyempurnakan tugasan ini.

Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada ibu bapa
saya iaitu Tuan Haji Radzi Bin Kasim dan Puan Hajjah Nor Aida Binti Abu yang
telah banyak memberi sokongan moral dan dorongan kepada saya serta sudi
mengorbankan masa mereka untuk menolong saya mengumpulkan maklumat
maklumat tentang kajian guna tanah yang saya kaji.

Saya juga ingin menyampaikan penghargaan saya kepada rakan-rakan
sekelas saya terutamanya Muhammad Aliff Najmi bin Mohd Fadzil dan
Muhammad Syakirrudin Bin Mohd Azizi kerana telah memberi saya banyak
pendapat dan idea.

iii

4.0 PENDAHULUAN
Saya, Muhammad Aiman Waldan Bin Radzi, Tingkatan 3 Itqan dari Maktab

Mahmud Alor Setar Kedah telah menjalankan Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 3
yang bertajuk kajian guna tanah ( perniagaan @ ekonomi ) di Jitra,Kedah.

Saya memilih Bandar Jitra sebagai lokasi kajian kerana kawasan tersebut
merupakan kawasan tempat tinggal saya dan ahli keluarga. Hal ini telah memudahkan
usaha saya mengumpul dan menyusun maklumat yang diperlukan untuk
menyempurnakan kerja lapangan ini.

Tempoh kajian yang diberikan kepada saya serta rakan seperjuangan saya
yang lain telah dimanfaat dengan sebaiknya untuk mengumpulkan maklumat bagi
menyiapkan kajian tentang guna tanah ini.

Saya telah menemu ramah dan soal selidik sekurang-kurangnya seramai 3
orang responden iaitu Ayah,Ibu dan nenek saya yang terpilih untuk mendapatkan
maklumat terkini tentang latar belakang kawasan kajian dengan tepat disamping
mengenalpasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian dan menghuraikan
faktor yang mempengaruhi guna tanah tersebut serta mengenal pasti dan
menghuraikan kesan guna tanah tersebut terhadap alam sekitar yang telah dikaji.
Selain itu, saya turut mendapatkan cadangan usaha-usaha untuk mengatasi
kesan guna tanah tersebut daripada responden.

Kesemua mereka telah memberi kerjasama yang baik kepada saya.
Kerjasama yang diberi telah dapat menjimatkan masa dan memudahkan kerja
bagi melengkapkan kajian tentang guna tanah di kawasan saya ini. Semua data
dan maklumat yang dipilih telah direkod.

iv

5.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif utama kajian ini dibuat adalah untuk memenuhi kehendak tugasan
kajian peta melalui aspek dan perkara-perkara seperti berikut:
5.1 Latar belakang kawasan kajian
5.2 Melukis dan mentafsir peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah di
kawasan kajian.
5.3 Mengenalpasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian dan
menghuraikan faktor yang mempengaruhi guna tanah berkenaan.
5.4 Mengenal pasti dan menghuraikan kesan guna tanah tersebut terhadap
alam sekitar di kawasan kajian.
5.5 Memberi cadangan dan pendapat terhadap usaha-usaha untuk mengatasi
kesan guna tanah tersebut.

v

6.0 Kawasan Kajian

Kawasan Kajian saya ialah di Jitra,Kedah.
Jitra merupakan sebuah mukim yang terletak di dalam daerah Kubang Pasu,

manakala Kubang Pasu adalah satu daripada sebelas buah daerah yang terletak di
negeri utara tanah air iaitu negeri Kedah Darul Aman.

Dalam kajian ini saya memfokuskan kepada sektor ekon yang berkaitan
dengan Mukim Jitra sahaja iaitu bersempadan dengan Mukim Naga iaitu bermula
daripada Sungai Tanjong Pauh sehingga ke Sungai Kemunting Jalan Changlon
manakala di sebelah timurnya bersempadan dengan Kampung Bata, Kampung Kelubi
Luar dan Sebelah baratnya bersempadan pula dengan pulau Ketam yang
berhampiran dengan Mukim Gelong.

Hari ini Jitra berperanan sebagai Pusat Daerah bagi Kubang Pasu. Di samping
itu ia juga merupakan pusat pentadbiran, perniagaan dan perkhidmatan
menyebabkan ia menjadi tumpuan penduduk. Sektor pembuatan juga menawarkan
peluang pekerjaan kepada penduduk Jitra dan kawasan persekitaran. Ini Berlaku
dengan wujudnya zon perindustrian Darul Aman dan Pembukaan pekan Baru iaitu
Pekan Jitra 2.

‘6.1 Lokasi dan Keluasan

Jitra mempunyai keluasan 7.88 Kilometer Persegi, iaitu 1,271.68 Hektar atau
4.909 Batu Persegi.Dahulu Jitra merupakan sebuah kawasan hutan belukar dan
kebanyakannya terdapat kawasan-kawasan estet (Tapak Hospital Jitra, Tapak

vi

Sekolah Seri Mahawangsa, Balai Polis Jitra,Tapak Pejabat Tenaga Nasional
Sdn Bhd ) tetapi kini pokok getah sudah tidak kelihatan kerana pembangunan pesat
membangun di Jitra (Hasil Temu bual dengan Encik Mustaffa Kasim 79 Tahun)
manakala kawasan Sawah Padi pulak terletak di kawasan Kampung Padang (yang
terletak berhampiran Sungai Korok Jitra)

6.2 Taburan Penempatan Penduduk Mukim Jitra

Penduduk Jitra seramai adalah seramai 26,599 orang iaitu terdiri daripada
13,717 orang lelaki dan 12,882 orang perempuan.

Dari segi taburan mengikut bangsa, kaum Melayu adalah paling ramai iaitu
sebanyak (83.6%), diikuti kaum Cina (11.7%), Kaum India sebanyak (6.02%) dan lain
lain bangsa (1.36%). Lain-lain bangsa kebanyakan adalah berketurunan Siam,ini
adalah kerana Jitra berhampiran dengan sempadan Kedah Thailand, kira-kira 35 km
dari sempadan dan ramai daripada penduduknya boleh bertutur bahasa Siam.

Sekarang penduduk Jitra yang bermastautin di sini bukanlah anak jati daripada
anak negeri kebanyakan adalah daripada "orang luar" yang berkhidmat di daerah Jitra
sama ada yang berkhidmat dengan kerajaan atau pun pekerja swasta atau berniaga.

Secara keselurahannya, guna tanah di Jitra adalah lebih kepada kegiatan
ekonomi seperti perindustrian, perniagaan, pertanian dan lain-lain. Kebanyakan

vii

kawasan telah dibangunkan untuk tujuan ekonomi. Kegiatan
ekonomi ini adalah sangat penting kerana ia menyediakan peluang pekerjaan
kepada penduduk setempat.

7.0 KAEDAH KAJIAN
Saya mengunakan beberapa kaedah kajian untuk menyiapkan kajian ini.

Kaedah pertama yang saya gunakan ialah kaedah lawatan dan pemerhatian di
kawsan kajian iaitu di Bandar Jitra. Melalui kaedah ini, saya dapat memerhati dan
mengambil gambar kawasan perumahan dan gambar bangunan-bangunan iaitu
tempat kegiatan ekonomi dijalankan di kawasan Bandar Jitra. Saya juga mengambil
gambar premis perniagaan di kawasan sekitar Jitra.

Seterusnya, Saya telah menemu ramah dan soal selidik sekurang-kurangnya
seramai 3 orang responden iaitu Ayah,Ibu dan nenek saya yang terpilih untuk
mendapatkan maklumat terkini tentang latar belakang kawasan kajian dengan tepat
disamping mengenalpasti satu jenis guna tanah utama di kawasan kajian dan
menghuraikan faktor yang mempengaruhi guna tanah tersebut serta mengenal pasti
dan menghuraikan kesan guna tanah tersebut terhadap alam sekitar yang telah dikaji.

Akhir sekali, kaedah kajian yang saya gunakan ialah merujuk bahan sumber
yaitu sumber internet daripada tiga laman sesawang dan tiga buah buku yang
berkaitan dengan kerja lapangan Geografi ini.

viii



8.0 Dapatan Kajian

Latar Belakang Kawasan Kajian Kawasan Kajian saya ialah di Jitra,Kedah

Jitra merupakan sebuah mukim yang terletak di dalam daerah Kubang Pasu,
manakala Kubang Pasu adalah satu daripada sebelas buah daerah yang terletak di
negeri utara tanah air iaitu negeri Kedah Darul Aman.

Dalam kajian ini saya memfokuskan kepada sektor ekonomi atau perniagaan
yang berkaitan di Mukim Jitra sahaja iaitu bersempadan dengan Mukim Naga iaitu
bermula daripada Sungai Tanjong Pauh sehingga ke Sungai Kemunting Jalan
Changlon manakala di sebelah timurnya bersempadan dengan Kampung Bata,
Kampung Kelubi Luar dan Sebelah baratnya bersempadan pula dengan pulau Ketam
yang berhampiran dengan Mukim Gelong.

Hari ini Jitra berperanan sebagai Pusat Daerah bagi Kubang Pasu. Di samping
itu ia juga merupakan pusat pentadbiran, perniagaan dan perkhidmatan
menyebabkan ia menjadi tumpuan penduduk. Sektor pembuatan juga menawarkan
peluang pekerjaan kepada penduduk Jitra dan kawasan persekitaran. Ini Berlaku
dengan wujudnya zon perindustrian Darul Aman dan Pembukaan pekan Baru iaitu
Pekan Jitra 2.

1

8.1 LATARBELAKANG KAWASAN KAJIAN

Jitra mempunyai keluasan 7.88 Kilometer Persegi, iaitu 1,271.68 Hektar atau
4.909 Batu Persegi.Dahulu Jitra merupakan sebuah kawasan hutan belukar dan
kebanyakannya terdapat kawasan-kawasan estet (Tapak Hospital Jitra, Tapak
Sekolah Seri Mahawangsa, Balai Polis Jitra,Tapak Pejabat Tenaga Nasional Sdn Bhd
) tetapi kini pokok getah sudah tidak kelihatan kerana pembangunan pesat
membangun di Jitra (Hasil Temu bual dengan Encik Mustaffa Kasim 79 Tahun)
manakala kawasan Sawah Padi pulak terletak di kawasan Kampung Padang (yang
terletak berhampiraSungai Korok Jitra)

8.1.1 Taburan Penempatan Penduduk Mukim Jitra

Penduduk Jitra seramai adalah seramai 26,599 orang iaitu terdiri daripada
13,717 orang lelaki dan 12,882 orang perempuan.

Dari segi taburan mengikut bangsa, kaum Melayu adalah paling ramai iaitu
sebanyak (83.6%), diikuti kaum Cina (11.7%), Kaum India sebanyak (6.02%) dan lain
lain bangsa (1.36%). Lain-lain bangsa kebanyakan adalah berketurunan Siam,ini
adalah kerana Jitra berhampiran dengan sempadan Kedah Thailand, kira-kira 35 km
dari sempadan dan ramai daripada penduduknya boleh bertutur bahasa Siam.

Sekarang penduduk Jitra yang bermastautin di sini bukanlah anak jati daripada
anak negeri kebanyakan adalah daripada "orang luar" yang berkhidmat di daerah Jitra
sama ada yang berkhidmat dengan kerajaan atau pun pekerja swasta atau berniaga.

2

Secara keselurahannya, guna tanah di Jitra adalah lebih kepada kegiatan
ekonomi seperti perindustrian, perniagaan, pertanian dan lain-lain. Kebanyakan
kawasan telah dibangunkan untuk tujuan ekonomi. Kegiatan ekonomi ini adalah
sangat penting kerana ia menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk
setempat.

Aktiviti perniagaan ini membawa pelbagai kesan terhadap penduduk dan alam
sekitar.
Kesan-kesan daripada kegiatan ekonomi ini akan saya nyatakan dalam halaman
seterusnya.

8.1.2 Taraf Ekonomi

Kebanyakan penduduk Jitra masa dahulu bertani untuk sara hidup, hanya
sebilangan kecil sahaja yang menoreh getah dan menanam padi manakala penduduk
India kebanyakan menoreh getah dan penduduk cina bertani dan berniaga. Pada
zaman dahulu taraf ekonomi dikatakan 'ibarat kais pagi makan pagi, kais petang
makan petang"

Berbeza dengan keadaan sekarang kebanyakan penduduk jitra berkhidmat
dengan kerajaan kerana Jitra merupakan Pusat Pentadbiran di Kubang Pasu dan
terdapat banyak Jabatan kerajaan di sini.Ada juga penduduk yang terlibat dengan
perkhidmat swasta contohnya seperti Pejabat Pos Malaysia Berhad Tenaga Nasional
Berhad juga terdapat penduduk yang bekerja sendiri seperti berniaga.

3

Kebanyakan perniagaan tertumpu di Kawasan Bandar Jitra juga di kenali sebagai
Pekan Jitra 2 atau PJ 2. Kawasan ini adalah kawasan perniagaan baru yang
menyaksikan banyak syarikat jenama terkemuka membuka cawangan mereka di sini.

8.1.3 Kemudahan Pendidikan

Sekolah rendah dan menengah yang terdapat di dalam Kawasan Jitra iaitu
Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, Sekolah Kebangsaan Jitra, Sekolah
Kebangsaan Jitra II dan Sekolah Kebangsaan Jitra III dan Sekolah Rendah Jenis
Kebangsaan China, manakala sekolah menengah pula ialah Sekolah Menengah Jitra
dan Sekolah Menengah Seri Mahawangsa

Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin atau ringkasnya SKSAT
merupakan sekolah rebutan para penduduk sekitar Bandar Jitra. Sekolah ini
merupakan sekolah aliran Inggeris pada mula penubuhannya pada masa dahulu.
Pada masa kini, sekolah ini telah mengharumkan nama negeri Kedah dengan
pelbagai kejayaan yang dicapai diperingkat negeri dan juga kebangsaan. Kejayaan ini
terdiri daripada pelbagai bidang daripada sukan, akademik hinggalah kepada robotik.

Sekolah Kebangsaan Jitra telah dibina pada tahun 1905. la terletak di tengah
tengah bandar Jitra yang pesat membangun, la juga bertentangan dengan pusat
kesihatan Jitra dan bersebelahan dengan pasaraya besar besar iaitu "Jitra Mall".

4

Akibat penambahan penduduk, 2 lagi sekolah dibina (Sekolah Kebangsaan Jitra 1 dan
Sekolah Kebangsaan Jitra 2).

Padang sekolah SKJ bukan sebarang padang. Di sinilah peristiwa bersejarah
berlaku. Tunku Abdul Rahaman Putra Al-Haj. Bapa Malaysia sering memberi ceramah
sebelum kemerdekaan .Di sini para belia Jitra mengadakan pertandingan bola sepak
pada tahun 1950an. Dan disini juga penduduk-penduduk Jitra menonton wayang
gambar percuma daripada Jabatan Penerangan dan Swasta. Di sinilah penduduk
berkumpul jika ada keramaian, fun-fair dan pesta.

Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hwa Jitra
Sekolah Rendah Kebangsaan (cina) Chua Hwa Jitra diasaskan pada 5.mei 1916
untuk memberi pendidikan kepada anak-anak masyarakat cina di Pekan Jitra dan
persekitarannya. Ia merupakan sekolah cina yang tertua di Kubang Pasu,

Asal sekolah Cina ini, berkayu papan. Seorang Guru daripada Cina diupah
untuk mengajar 10 orang murid sahaja. Pada z man penjajahan Japun (1942-1945)
sekolah ini terpaksa ditutup kerana kerana kemusnahan segala kemudahan segala
kemudahan. Sekolah ini dibuka semula pada tahun 1946 setelah tamat perang dunia
ke dua.

Sekolah Menengah Jitra di tubuhkan tahun 1961 dan pada masa itu dikenali
sebagai Sekolah Lanjutan Kampung Jitra. Tujuan mewujudkan sekolah ini adalah
untuk memberi - latihan kemahiran kepada pelajar-pelajar dalam pertukangan
disamping melanjutkan pelajaran mereka ke Tingkatan Lima. Pembukaan rasmi

5

dilakukan oleh YTM Tunku Bendahara Kedah Tunku Abdul Malik Sultan Badlishah
padupa 29.11.1964.

Pada tahun 1968, pelajar-pelajar mengambil peperiksaan SPM buat kali pertama
diadakan di sekolah ini. SMKJ merupakan sekolah yang terkebuka di Jitra dalam
lapangan pelajaran, sukan dan kegiatan kokurikulum.

Pegawai Daerah Jitra diketuai oleh Pegawai Daerah yang dilantik oleh kerajaan
Negeri Kedah. Beliau dibantu oleh seorang Ketua Penolong Pegawai Daerah, 2 orang
Penolong egawai Daerah iaitu Penolong Pegawai Daerah 1 (Pentadbiran), Penolong
Pegawai Daerah 2 (Pembangunan). Selain mengetuai pentadbiran jabatannya
Pegawai Daerah juga bertanggungjawab untuk merancang projek-projek
pembangunan diperingkat daerah dengan bantuan jabatan-jabatan kerajaan yang
terdapat diperingkat daerah. Daerah Jitra terdapat 56 jabatan kerajaan dan agensi-
agensi kerajaan.

Daerah Jitra mempunyai 21 mukim yang dijaga oleh 19 orang penghulu. Mukim
mukim ini ialah Jitra, Naga, Tunjang, Padang Perahu, Ah, Pering, Keplu, Jerlun,
Jeram, Sanglang, Temin, Pelubang, Bukit Tinggi. Wang Tepus, Sungai Laka, Gelong,
Malau, Binjal, Hosba dan Kubang Pasu.

Sebelum perang hingga akhir 70an Pejabat Daerah Jitra menggunakan
bangunan berkayu dan berkongsi dengan Mahkamah Majistret Jitra. Bangunan baru
siap dibina pada tahun 1980 dan perasmiannya telah disempurnakan oleh KDYMM
Tuanku Sultan Kedah pada 22.1.1980. Pejabat Tanah dan Galian, Pejabat Kebajikan

6

Kubang Pasu dan Pejabat Majlis Daerah Jitra juga ditempatkan di komplek Pejabat
Daerah ini. Sehingga hari ini Daerah Jitra sudah ada 34 Pegawai Daerah. Pegawai
Daerah pertama adalah Che Shuib b. Hj. Md. Zin (1912) dan Pegawai Daerah
sekarang adalah Dato' Abdul Mukhti b. Abdullah (2003). Pejabat Daerah Jitra akan
dipindahkan ke Komplek Pentadbiran baru di Paya Kemunting yang bernilai RM 3.9.8
juta. Komplek 3 blok ini akan menempatkan Pejabat Daerah. Pejabat Tanah dan
Galian, MDKP. Halaman Komplek ini dijangka siap pada bulan April 2003. Dewan
Wawasan yang terletak bersebelahan bernilai RM 30 juta sudah siap digunakan.

Komplek Pentadbiran Daerah Jitra telah disempurnakan dengan rasminya oleh
KDYMM Tuanku Sultan Kedah pada 19.5.2003.

Di dalam majlis perletakan batu asas pembinaan Komplek Pejabat Daerah Jitra
Y.A.B Dato' Seri Dr. Mahathir b. Mohamad, Perdana Menteri Malaysia menegaskan
bahawa kerajaan mengadakan projek-projek besar bukan pembaziran, tetapi untuk
masa yang panjang. Sebagai contoh bangunan kerajaan di Negara maju sungguh pun
sudah beratus tahun masih digunakan.

PUSAT KESIHATAN DAERAH JITRA
Matlamat perkhidmatan kesihatan adalah untuk meningkatkan taraf kehidupan

dan meluaskan lagi mata pencarian rakyat supaya mendapat perolehan yang lebih.
Kerajaan telah menumpukan usahanya bagi memperbaiki perkhidmatan kesihatan
dikawasan luar bandar kerana memikirkan "tiada ada gunanya kekayaan atau
kemewahan sekiranya tiada kesihatan tubuh badan".

7

Di setiap daerah ada sebuah pusat kesihatan yang diketuai oleh seorang pegawai
kesihatan. Pegawai kesihatan ini bertanggungjawab mengendalikan unit kesihatan
luar bandar yang mengandungi sebuah pusat kesihatan, beberapa buah pusat
kesihatan kecil, khidmat ibu mengandung dan kanak-lanak, klinik desa dan klinik bidan
dan pasukan bergerak. Di Jitra perkhidmatan bagi kemudahan kesihatan adalah
sebuah hospital daerah, 2 pusat kesihatan besar (PKB), 15 buah pusat kesihatan
(PKK), 15 buah desa, 10 buah klinik bidan, pasukan bergerak dan pusat pemeriksaan
kesihatan. Di pusat kesihatan kecil tidak ada doktor tetap, hanya doktor pelawat yang
bertugas mengikut jadual.

HOSPITAL DAERAH JITRA
Jitra telah mempunyai sebuah hospital untuk kemudahan rakyat di Jitra. Kos projek
hampir RM 1.2 juta. Ia terletak di Batu 13 Jalan Changloon atas tapak Ladang Getah
Jitra. Ia mula beroperasi pada 1.10.1992 dan dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Dr.
Mahathir b. Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 3.5.1993. Di antara
kemudahan yang disediakan ialah rawatan pesakit luar, rawatan pesakit dalam, unit
farmasi, tabung darah, wad bersalin dan kemudahan X-Ray.

Terdapat seramai 170 kakitangan berkhidmat di hospital ini. Hospital juga
menggunakan ambulan-ambulan untuk pesakit-pesakit yang memerlukan rawatan
khas di Hospital Besar di Alor Star. Satu bangunan kecemasan la siap digunakan pada
tahun 2002. Renungan khas telah dibina untuk rawatan

Sungguh pun Jitra mempunyai sebuah hospital, tetapi penduduk-penduduk masih
kurang faham jenis perkhidmatan atau rawatan perubahan yang ada. Di Klinik

8

Kesihatan Pekan Jitra memberi rawatan kesihatan. Adalah wajar kedua-dua pihak
memberi keterangan tentang rawatan-rawatan perubahan yang sedia ada dan ke
mana harus mereka pergi mendapat rawatan perubatan jika rawatan tersebut tidak
ada.

INSTITUSI-INSTITUSI KEWANGAN DI JITRA

Dengan penubuhan Bank Pusat Malaya (Bank Negara Tanah Melayu),
kemudian ditukarkan nama kepada Bank Negara Malaysia dengan Pembentukan
Malaysia 1963 pada 26hb Januari 1959 menandakan era dalam sejarah kewangan
pengurusan bank di Malaysia.

Bank-bank perdagangan merupakan kumpulan institusi kewangan yang
terpenting di Malaysia. Kepentingan peranan bank-bank ini adalah disebabkan
penyediaan kemudahan akaun semasa. Bersama-sama dengan Bank Pusat, bank-
bank ini bertanggungjawab mengendalikan perjalanan urusan bank dengan sempurna
di dalam negeri.

Pada tahun-tahun lepas bank-bank perdagangan telah mempertingkatkan
kepada orang ramai melalui komputerisasi, selaras dengan perkembangan
antarabangsa. Beberapa buah institusi-institusi kewangan telah memohon
pemasangan "automated teller machines (ATMs) untuk persaingan dalam
pengurusan bank.

9

Bank-bank perdagangan terus memberikan pinjaman untuk pembinaan, "real
estates devolepment (termasuk; property devolepment') dan perumahan. Syarikat
syarikat Finance kerap memberi kadar faedah agak tinggi sedikit ke atas wang
simpanan tetap dan wang simpanan biasa kepada pelanggan.

Bank Islam yang pertama Malaysia Bank Islam Malaysia Bhd. (BIMB) telah
dilancarkan oleh YAB Dato' Seri Dr. Mahathir 1 pada 1.7.1983. Mohamad, Perdana
Menteri Malaysia Bank Negara Malaysia mengawasi operasi institusi-institusi
kewangan utama ini untuk memastikan mereka diuruskan dengan baik seperti mana
yang dikehendaki mengikut prosedur bank, memaju serta menyediakan pelbagai
perkhidmatan untuk orang ramai, dan menguatkan tahap pengurusan bank dan
tingkah laku profesionalisme.

Di Jitra terdapat beberapa bank perdagangan dan syarikat-syarikat Finance.
Semuanya ditubuhkan untuk memberi kemudahan bagi penduduk-penduduk Jitra
yang kian meningkat.

Maybank (asal Malayan Banking Bhd.) adalah bank pertama membuka
cawangannya di Jitra pada tahun 1966 berdepan dengan Balai Polis Jitra. Bank
Bumiputra adalah cawangannya di Komplek Jitra pada tahun 1976. Bank Rakyat
membuka sebuah cawangan di Taman Jitra Jaya pada tahun 1984. Pada awal tahun
90an Bank Islam membuka cawangannya di Komplek Jitra. Apabila Pekan Jitra 2 siap
dibina pada tahun 1999. Maybank dan Bank Rakyat berpindah ke situ dan Bank
Pertanian membuka cawangannya di situ juga. Terdapat 2 syarikat ialah Public
Finance dan Am Finance (Asal MBF). Dua lagi syarikat Finance iaitu Perdana Finance

10

dan KUB Finance telah tutup cawangan mereka di Jitra. Bank Simpanan Nasional
(BSN) masih beroperasi di Taman Jitra Jaya.

LEBUHRAYA UTARA SELATAN

"Pembinaan Lebuhraya Utara Selatan yang baru merupakan satu lagi projek
pembangunan yang dirancangkan oleh kerajaan Persekutuan yang akan memberi
manfaat kepada rakyat jelata amnya." Begitulah bunyi kata-kata alauan YAB Dato'
Seri Dr. Mahathir b. Mohamad dalam upacara perasmian memula pembinaan
lebuhraya utara selatan di Bukit Kayu Hitam pada 19.4.1981 di sempadan Negeri Thai.
Lembaga Lebuhraya Malaysia telah diberi tugas untuk membina lebuhraya dari Bukit
Kayu Hitam dalam daerah Jitra, di sempadan Negeri Thai hingga ke Johor Bahru di
selatan sejauh 8487 km. Lebuhraya 4 lorong dan 2 hala sepanjang 24 km melintasi
kawasan Jitra ini mempunyai persimpangan bertingkat iaitu di Kepala Batas, Bandar
Darul Aman dan Jitra. Dari Jitra ia mengikut laluan jalan yang telah sedia ada
menghala ke utara memasuki Pekan Changloon hingga ke sempadan Negeri Thai. Di
antara kemudahan kemudahan yang di peruntukkan untuk keselesaan pengguna di
lebuhraya utara selatan ialah kawasan rehat, hentian sebelah, gerai-gerai makan,
tandas, wakaf (pondok rehat), surau, bilik mandi, stesen minyak dan telefon.
Perkhidmatan percuma (PLUS ronda), 24 jam sehari diperkenalkan untuk memberi
bantuan kepada para pengguna lebuhraya yangmengalami kerosakkan kenderaan.
Sudah diramalkan lebuhraya utara selatan telah menolong mempercepatkan
kemajuan dan pembangunan di sepanjang lebuhraya tersebut. Jikalau kita
menggunakan lebuhraya utara selatan, masalah seperti kecederaan dan kemalangan

11

akan diberi bantuan percuma oleh PLUS. Disepanjang lebuhraya papan tanda
disediakan bagi keselesaan dan panduan jalan raya. Renungan

Lebuhraya utara selatan telah mengubah cara hidup penduduk-penduduk
Daerah Jitra. Ramai sudah memiliki kereta, sekurang-kurangnya kereta nasional
Proton atau Kancil. Masa inilah peluang untuk mereka melancong menuju ke utara
atau ke selatan dengan keselesaan sambil menikmati keindahan tanah air kita.

12

8.2 LAKARAN PETA KAWASAN KAJIAN

PETA KAWASAN JITRA
13

8.3 TAFSIRAN PETA LAKAR TABURAN GUNA TANAH DI KAWASAN KAJIAN

Peta menunjukkan Kawasan Pekan Jitra dan Kawasan sekitarnya , struktur
tanah di kawasan Jitra adalah kawasan tanah pamah .

Jitra mempunyai sebatang anak sungai yang dikenali sebagai Sungai Besar
yang berpunca daripada arah Changloon dan terus mengalir sehingga Simpang
Empat di perlis dan terus ke laut Kuala Jerlun .

Di kawasan Jitra juga mempunyai sebuah jambatan yang besar
menghubungkan kawasan penempatan penduduk ke pusat pentadbiran . Jambatan
ini boleh menampung segala kenderaan ringan dan berat untuk sesuatu masa.

Di Jitra merupakan kawasan penempatan yang pesat membangun dan banyak
kawasan kediaman samaada tradisional atau moden dan banyak tanah-tanah
pertanian telah ditukarkan kepada kawasan perumahan.

8.4 FAKTOR MEMPENGARUHI GUNA TANAH UNTUK PEMBANGUNAN
EKONOMI

Faktor utama kegunaan tanah untuk sektor ekonomi adalah kerana keperluan
dan permintaan penduduk . Disebabkan Jitra mempunyai kepadatan penduduk dan
pusat pentadbiran di Kubang Pasu sudah tentu ekonomi adalah sektor yang paling
terpenting untuk penduduk mendapatkan keperluan .

14

Faktor seterusnya adalah di sebabkan oleh Dasar Kerajaan untuk
mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara semua kaum dan jurang
perbezaan antara kawasan ( bandar dan luar bandar )

Faktor yang terakhir, keperluan sektor ekonomi dapat menjana pendapatan
penduduk serta mewujudkan peluang pekerjaan kepada semua golongan .Para
peniaga juga boleh mempelbagaikan medium perniagaan mereka seperti
menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan di kawasan perumahan dan
perniagaan secara atas talian yang mampu meningkatkan hasil pendapatan mereka.

8.5 KESAN GUNA TANAH UNTUK SEKTOR EKONOMI ATAU PERTANIAN

Akibat terlalu banyak kegiatan ekonomi dijalankan banyak penempatan dan
bangunan dibangunkan untuk memberikan kemudahan untuk penduduk. Hal ini
menyebabkan banyak kawasan pertanian di ubah menjadi perniagaan. Kawasan flora
dan fauna musnah disebabkan pembangunan perniagaan dan penempatan. Banyak
petani kehilangan kerja dan terpaksa berpindah dan bertukar karier untuk meneruskan
kehidupan.

Selain itu,akibat pembinaan bangunan tinggi juga menyebabkan air tidak dapat
dialirkan dengan bagus yang akan menyebabkan banjir kilat dengan cepat kerana
bangunan kerap dibina dan sistem peparitan tidak di perbesar atau di ubah mengikut
kesesuaian kapasiti terkini.

15

Akhir sekali, pusat bandar akan menjadi terlalu sesak. Akibat terlalu banyak
kegiatan perekonomian yang dijalankan . Lambakan tenaga kerja daripada warga luar
juga menimbulkan peningkatan gejala sosial juga mengancam keharmonian negara.

Sumber tenaga manusia terus bertambah, tiada pertambahan infrastruktur
akan menjadi sesak sekaligus mencemarkan alam sekitar. Hal ini disebabkan asap
ekzos kenderaan yang dikeluarkan mengandungi karbon diaoksida yang
menyebabkan pemanasan global serta punca terjadinya hujan berasid.

8.6 USAHA-USAHA UNTUK MENGATASI KESAN GUNA TANAH TERSEBUT

Kesedaran Rakyat tempatan juga perlu didedahkan dari usia kecil bagi
memupuk nilai cinta akan alam sekitar. Kerajaan juga perlu mengkaji semula tentang
kenderaan yang mengeluarkan asap karbon yang berlebihan perlu dilarang masuk ke
pusat bandar akibat asap karbon yang membahayakan kesihatan.

Kempen kesedaran tentang alam sekitar boleh dilakukan bagi memupuk
kesedaran mengenai alam sekitar. Antara contoh kampen yang boleh dijalankan
adalah kempen kesedaran terhadap kitar semula. Hal ini boleh mengurangkan
sampah dibuang di merata tempat yang boleh menyebabkan banjir kilat.

Dalam kawasan Perniagaan ini, terdapat juga tanah yang digunakan untuk
tujuan ekonomi Kawasan seperti Pekan Jitra di Jitra merupakan tanah yang
digunakan sebagai kawasan perniagaan.

16

Antara faktor guna tanah perniagaan di sini adalah jaringan pengangkutan yang
berkualiti dan lokasinya yang strategik Kemudahan E-Haling dan jaringan lebuh raya
seperti Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuh Raya Utara Bukit Kayu Hitam
memudahkan penghantaran produk-produk industri dengan lebih cepat dan mudah.

Di samping itu, kedudukannya yang berhampiran Negara Thailand yang
menjadi tumpuan penduduk menjadikannya sebagai alternatif yang lebih murah bagi
Pelancong yang ingin menjalankan operasi berbanding di tanah yang menjadi
tumpuan penduduk Bukan itu sahaja, kedudukan Jitra yang dikelilingi oleh kawasan-
kawasan yang Banyak Penduduk.

Pihak yang tidak bertanggungjawab hendaklah dikenakan
hukuman yang sewajarnya. Melalui cara tersebut kita dapat mengawal daripada
berlakunya kemusnahan alam sekitar, kesan rumah hijau dan pemanasan global di
kawasan persekitaran Jitra.

Kempen penanaman pokok juga boleh dibuat bagi mengatasi kesan rumah
hijau dan seterusnya mengimbangi ekosistem setempat. Dengan itu, masyarakat
akan lebih cakna untuk menjaga alam sekitar di samping menjalankan kegiatan
ekonomi.
Akhir sekali, langkah yang boleh diambil ialah menggubal akta untuk mengelakkan
kegiatan ekonomi yang boleh merosakkan alam sekitar berlaku secara berleluasa.

17

9.0 Rumusan

Kajian yang telah dijalankan di jitra ini telah memberi pengalaman yang sangat
berguna kepada saya. Kajian ini membolehkan saya mengenalpasti jenis guna tanah
di Jitra.

Selain daripada itu saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas apa
disebalik definisi dan maksud guna tanah. Begitu kajian mengenai Faktor yang
mempengaruhi guna tanah perniagaan Jitra Berdasarkan kepada kajian yang
dijalankan, saya juga dapat mengetahui dengan lebih jelas beberapa kesan guna
tanah di kawasan kajian iaitu di Jitra

Selepas mengumpulkan segala maklumat, saya dapat memberikan beberapa
usaha usaha dan cadangan yang boleh digunapakai untuk mengatasi kesan guna
tanah yang sedang dan telah berlaku di Jitra.

Akhir kata marilah sama-sama kita sebagai penduduk di Kedah menjalankan
aktiviti guna tanah dengan sebaik mungkin agar kita semua tidak menghadapi
masalah-masalah yang boleh menjejaskan flora dan fauna akibat daripada tindakan
kita sendiri.

Saya menyedari betapa bertuahnya penduduk serta responden di kawasan
kajian mempunyai kesedaran tentang pelbagai potensi khususnya bagi meningkatkan
kualiti kehidupan mereka. Saya berharap usaha penduduk dan responden di kawasan
kajian tersebut dapat dipertingkat dan diperbaiki dari masa ke semasa.

18

10. Lampiran
PERNIAGAAN DIKAWASAN JITRA

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

11.0 RUJUKAN

1. Buku:
• Ahmad Abd Rahman, Rajini Gauri dan Pau Anak Utek, 2018. Geografi Tingkatan 3.
Johor Bharu: IMS Books Trading SDN.BHD
• Ahmad Ridzuan Bin Abd Rahman, 2018. Geografi KSSM, IMS Trading SDN BHD
• Norasrena Ariffin dan Nur Raihan Idris, 2018. Revisi Geografi Mobil KSSM dan
PT3, PNI Neuron (M) SDN BHD

2. Responden:
• Encik Radzi Bin Kasim, 66 tahun, Pesara Pejabat Tanah Kubang Pasu
• Puan Nor Aida Binti Abu, 50 tahun, Guru
• Puan Aminah Binti Mohamed, 72 tahun,Suri Rumah

3. Gambar-gambar di sekitar tapak kerja lapangan: Jitra Kedah

Rujukan[sunting | sunting sumber]

1. ^ "Unsur DEB dihapus beransur", Utusan Online, 24 Oktober 2008.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

• (Melayu) Ensiklopedia Malaysia: Dasar Ekonomi Baru Diarkibkan 2010-03-18
di Wayback Machine

29


Click to View FlipBook Version