Gejala Sosial : Vandalisme
LEMBAGA DISIPLIN
SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG BATU,BINTULU
Apa yang dimaksudkan
dengan vandalisme?
Definisi vandalsime : tabiat seseorang
membinasakan atau merosakkan harta benda
awam dan harta benda orang lain
Perkataan vandalisme ini berasal daripada
nama sebuah puak di Eropah, iaitu Vandal.
Mengapakah Berlakunya
Vandalisme?
Motif utama : emosi
Vandalisme biasanya dianggap sebagai satu
cara untuk melepaskan rasa geram, ataupun
satu cara untuk
menghilangkan kebosanan semata-mata.
Walaupun motif mereka dianggap ringan,
tetapi masyarakat awam terpaksa
menanggung kerugian yang besar untuk
memenuhi nafsu mereka yang hina ini.
Faktor-faktor Berlakunya
Vandalisme
Pengaruh rakan sebaya - Golongan remaja
biasanya lebih mudah terikut dan senang
terpengaruh dengan rakan mereka. Rakan
sebaya merupakan individu yang paling rapat
selepas ibu bapa. Pengaruh rakan sebaya akan
mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku
remaja, lebih-lebih lagi remaja yang tercicir
dan menghadapi masalah keluarga.
Ibu bapa dan keluarga – sesetengah remaja
yang terjebak dalam gejala vandalisme ini
berasal daripada keluarga yang bermasalah
atau keluarga yang mengamalkan budaya
hidup negatif. Kekurangan kawalan dan
bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa
juga mendorong remaja terjebak di dalam
gejala negatif ini.
Jenis-jenis Vandalisme
Langkah-langkah Mengatasi
Vandalisme
Peranan ibu bapa dan keluarga - memberi
tunjuk ajar kepada golongan remaja tentang
kepentingan menjaga harta benda awam.
Penguatkuasaan undang-undang - Di bawah
Akta Kerajaan Tempatan (Undang-Undang
Kecil Vandalisme 1991), sesiapa yang didapati
merosakkan harta benda awam boleh
didenda yang membabitkan RM 2,000 atau
dipenjara tidak melebihi setahun jika sabit
kesalahan.
Kesimpulan
Gejala vandalisme yang berlaku ini berpunca
daripada kewujudan mereka yang suka
melepak tanpa sebarang haluan sehingga
menjadikan kemudahan awam seperti
pondok menunggu bas, papan tanda dan
telefon awam dijadikan sasaran.
Pihak berkuasa seharusnya bekerjasama bagai
aur dengan tebing dalam usaha menangani
masalah ini.