LAPORAN
MINGGUAN
SEPT 2021
“Laporan Mingguan ini memastikan pemantauan dan
pelaporan ke atas perkhidmatan dilaksana dengan cekap
dan berkesan.”
1
September 2021
RINGKASAN LAPORAN BAHAGIAN
Bulan : September
Minggu: 1/9/2021 - 3/9/2021
Bahagian/Unit Keterangan
BSM Laporan Status Vaksinasi Anggota Kerja GIATMARA sehingga 30 Ogos 2021 menunjukkan
sebanyak 92.7% anggota kerja telah divaksin melibatkan dos 1 dan 2. Manakala 7.3% bagi
anggota kerja yang telah berdaftar tetapi belum divaksin dan meilih untuk tidak
divaksinkan.
Perbincangan bersama Tn Haji Hasbullah, Perunding BSC GIATMARA pada 2 September
2021 bagi membincangkan isu dan permasalahan di dalam penggunaan sistem Laporan
Penilaian Prestasi 2020. Cadangan mengadakan Bengkel Latihan secara bersemuka di
peringkat negeri akan diadakan selewatnya pada Oktober 2021.
BPP Perjumpaan bersama Pengarah KPLB Perak pada 2 September 2021 bagi
membincangkan projek-projek KPLB di bawah kelolaan GIATMARA Negeri Perak.
Perbincangan bersama Terminal Mersing, GIATMARA Negeri Pahang, wakil Bahagian
Sumber Manusia (BSM) dan Bahagian Pembangunan Perniagaan (BPP) telah dijalankan
pada 3 September 2021 bagi membincangkan berkaitan halatuju terminal Pekan dan juga
isu lantikan dua (2) orang pekerja Terminal Pekan yang kini tidak dapat menjalankan
operasi disebabkan oleh pendemik.
BDS Penerangan & Taklimat Kepada Jawatankuasa Induk & Domain bagi Mengkaji
Perancangan Strategik & Inovasi Pengurusan GIATMARA
Perbincangan Ketidakselarasan Baki Peruntukan RMK11 Bersama BPS, BKT, KEW MARA
Perbincangan pembangunan Profile Bahagian & Negeri
BKK BKK sedang melaksanakan Program Pensijilan SDLN Plus bersama pihak Industri. Setakat ini
program ini melibatkan 8 Program, 8 GIATMARA dan 7 Industri. Senarai Industri dan
GIATMARA terlibat adalah seperti berikut:
1. ZS Pro (Selenggara Aircond) - GM Batu Rakit, Terengganu
2. K- Techno (Mekatronik) - GM Prima Tasek Gelugor, PPinang
3. Kawasaki (Motosikal) - GM Batu, WP KL
4. MH Globe (Elektrik)- GM Jelebu, NSembilan
5. Samurai Paint (Cat Automotif) - GM Pontian, Johor
6. German Garage (Automotif) - GM Seputeh, WP KL
7. German Garage (Automotif)-GM Puchong, Selangor
8. Gigih Evenue (Kimpalan)- GM Kuala Langat, Selangor
Sekiranya semua industri berjaya memenuhi syarat pendaftaran JPK, 45 pelatih
GIATMARA akan didaftarkan dan mengikuti Program SDLN Plus bermula September
2021 selama 3 bulan.
2
BPK WSC Shanghai 2022
Ujian Kelayakan akan diadakan bagi calon-calon sedia ada untuk mewakili Negara ke
WSC Shanghai. Ujian teori kelayakan dijangkakan akan berlangsung pada awal oktober
2021. Sharing cost oleh agensi melibatkan bahan guna habis, perjalanan dan penginapan
(Ujian Kelayakan WSC). Satu pasukan pakar negara akan ditubuhkan (Team Of Expert)
bagi setiap bidang yang disertai oleh agensi dan industri luar. Makluman dari JPK
menyatakan tidak semua bidang akan di bawa ke WSC Shanghai. Kata putus bidang
yang terlibat akan dimaklum dari masa ke semasa. GIATMARA terlibat dalam Enam (6)
bidang keseluruhannya iaitu:
1. Refrigeration And Airconditioning
2. Wall & Floor Tilling
3. Fashion Technology
4. Hairdressing
5. Automobile Technology
6. Painting & Decorating
BIK 1. Sesi pembentangan akhir Inovasi Pengurusan 2020/2021 GIATMARA dan kerja-kerja
Pembangunan GICC Petaling Jaya giat dilaksanakan.
2. Sesi taklimat program Webinar Pembangunan Usahawan Bike Maintenance.
3. Taklimat Pengumpulan maklumat Profil bahagian.
BPU Perbincangan Webinar Usahawan Bike Maintenance telah diadakan bersama GIATMARA-
MARA-Industri pada Jumaat 3 September 2021. Keputusan Webinar akan diadakan pada 8
atau 9 September 2021 yang akan dirasmikan oleh YBhg Dato' KP MARA.
PENJANA E-Commerce GM Wilayah dan Perak telah selesai pada Jumaat 3 September
2021. Baki 5 negeri akan bermula pada 6 sehingga 9 September 2021. YBhg CEO
GIATMARA adalah dijemput untuk merasmikan majlis penutup kursus serentak 5 negeri
tersebut.
Task Force dokumen perolehan TRIG RMK12 dan RMK11 telah diadakan pada Rabu 1 Sept
2021 bersama PPU semua negeri. Baki peruntukan RMK12 adalah sebanyak 18% (RM
368,000.00) dan RMK11 adalah sebanyak 4.6% (RM 301,131.00)
BPA BPA telah melaksanakan kerja-kerja senggaraan dan pembangunan projek /
pemantauan serta mesyuarat projek/perolehan yang melibatkan perkara-perkara
seperti berikut:
i. Memantau aktiviti kontraktor bagi kerja-kerja pengukuran kerja waterproofing di
rooftop Wisma GIATMARA.
ii. Urusan dokumen pinjaman SPIKE bagi kontraktor Transit GM Besut & pinjaman TEKUN oleh
kontraktor transit GM Jelebu.
iii. Penyediaan surat makluman EOT kepada Kontraktor projek GM Jerai dan GM Sungai
Bakap.
iv. Penyediaan surat berkaitan bayaran TNB bagi projek KEMAS Tersang.
v. Gotong-royong menyimpan dokumen sebut harga dan bayaran di Unit Projek.
i. Mesyarat Teknikal JTKBPA. (9 Kertas kerja JSPIG)
ii.Lawatan Pengesahan kerja GM Puchong
3
BKW Laporan Jangkaan Perbelanjaan Ogos - Dis 2021 sedang dikemaskini berdasarkan
laporan yang telah dibentangkan dalam Mesyuarat Sektor Kewangan & Pembangunan
pada 27 Ogos 2021.
Kemasukan data Buku Tunai untuk penyediaan Laporan Prestasi Bulanan Setakat 31 Ogos
untuk dihantar ke BPPS pada atau sebelum 10hb Sept 2021 dan kemasukan data laporan
perubahan gaji untuk penyediaan bayaran gaji Sept 2021 yang sepatutnya ditutup pada
atau sebelum 10hb Sept 2021. Imbuhan kewangan ke Pejabat-Pejabat Negeri untuk
pembayaran Program-Program Khas juga sedang dilaksanakan.
BPS Perbincangan pembekalan Microsoft Surface Pro dan iPad Pro untuk Pengurus Kanan
bersama BPPS MARA. Keputusan mesyuarat tidak meluluskan permohonan tersebut dan
disyorkan tukar ke laptop. Surat telah diemel ke KPE pada 1 September 2021.
Pemberian resit dan dokumen sebutharga kepada pembida dan Taklimat sebutharga
melibatkan sembilan (9) sebutharga RMKe-12 dan RMke-11 seperti berikut:
RMke-12
i. Family Services Jelutong
ii. ii. Agriculture Kuala Kedah
iii. iii. Agriculture Tenom
iv. iv. BEM Kota Bharu
v. v. BEM Labuan
vi. vi. BEM Santubong vii. BEM Masjid Tanah
RMke-11
i.PW4
ii.FNDKL"
GIATMARA.Net - Persiapan dokumen, pengisian sistem PROFIT, pengesahan daripada
MARA dan KPLB untuk dibawa ke JTISA.
BEK Pada 30 Ogos 2021, BEK telah menganjurkan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-64
AUD Peringkat GIATMARA Malaysia yang melibatkan lebih 1,800 anggota kerja GIATMARA
seluruh negara.
Pada 1 September 2021, sesi taklimat berkaitan pelaksanaan MQS di peringkat Pejabat
GIATMARA Negeri-Negeri.
3 September 2021 BEK telah mula mengenalpasti talent untuk DIY Recirding
Mengadakan sesi perbincangan dengan bahagian yang berkaitan bagi menyediakan
maklumbalas laporan Pengauditan GIATMARA Sdn. Bhd oleh UAD KPLB.
Bahagianbahagian yang terlibat adalah seperti berikut:
i. Bahagian Kewangan (BKW)
ii. Bahagian Pengurusan Projek dan Aset (BPA)
iii. Bahagian Pembangunan Perniagaan (BPP)
iv.Bahagian Audit Dalam (AUD)
4
Menganalisa maklumat Audit Pematuhan bagi sistem Panjar Perkhidmatan, sistem Panjar
ESR dan sistem Kawalan Stok yang dimuat naik oleh Audit ke dalam goole drive yang di
sediakan melibatkan Pusat-pusat GIATMARA di Negeri Sabah adalah seperti berikut:
i. PGM Tenom
ii. PGM Sandakan
iii. PGM Kota Belud
PUU Memberi Nasihat Perundangan kepada Perujuk seperti berikut :
i. Pemakaian Akta Kerja ke atas anggota kerja yang dilantik secara Contract for Service
(HRM); ii. Deraf Kertas Kerja EEP(pindaan) untuk diangkat ke JKPT (BPA); iii. Pelaksanaan
Program PLKK 2021-(SAP-2)(BPK); dan iv. Keperluan perakuan JPICT bagi perolehan
peralatan ICT menggunakan dana hasil (HRM).
Menyediakan, Menyemak dan mengemukakan Perjanjian Penyewaan Premis bagi pusat
GIATMARA kepada Pemilik untuk ditandatangani seperti berikut:
i. GM Pengkalan Chepa, Kelantan;
ii. GM Temerloh, Pahang;
iii. GM Igan, Sarawak;
iv. GM Sekijang, Johor;
v. GM Muar, Johor;
vi. vi. GM Bandar Kuching, Sarawak;
vii. vii. GM Gaya, Sabah dan
viii. viii. HQ (Lot 37, Koputri
Mendapatkan rujukan dan pandangan dan mengadakan perbincangan seperti berikut:
i. Pengesahan pengecualian CCC/CF bagi bangunan Majlis Daerah Sik, Kedah; dan
ii. Konsep Penurunan kuasa dan perwakilan kuasa (AGC)"
Bulan : September Keterangan
Minggu: 6/9/2021 - 10/9/2021
Bahagian/Unit
BSM Buku Peraturan Perkhidmatan GIATMARA mengandungi Enam (6) Bab yang mana Lima
(5) daripadanya telah diserah kepada pihak konsultan untuk semakan dan
pengemaskinian. Baki Satu (1) bab berkaitan (BAB B Elaun) akan diserahkan dalam waktu
terdekat.
BSM juga telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib yang bersidang pada
10/9/2021 dan telah berjaya menyelesaikan isu tatatertib yang tertangguh (kes 2019)
Temuduga Tenaga Pengajar akan diadakan pada 15/9/2021 melibatkan enam (6) kursus
dan dipengerusikan oleh TKE Kemahiran Keusahawanan dan Kerjaya
Sehingga 10/9/2021 BSM telah membuat semakan ke atas 780 tuntutan semula
pembelian gajet ICT dan telah diserah ke Bahagian Kewangan untuk bayaran.
BPP
5
BDS Perbincangan perlarasan pembangunan latihan, keusahawanan dan fizikal PGM
Padang Terap, Kedah.
Mesyuarat JSPIG
Lawatan kerja ke PGM Padang Terap bagi perancangan pembangunan latihan, usahawan
dan fizikal.
BKK BKK telah merancang untuk mengadakanBengkel dan Kursus dan telah menyediakan
kertas cadangan kelulusan Peruntukan melibatkan Kursus Training Of Trainers (TOT) Tenaga
Pengajar Bagi Pemantapan Kemahiran Bike Maintenance (Siri 2 & Siri 3) Dan Persediaan
Perolehan Alatan Dan Bahan Asas Bike Maintenance berjumlah RM142,760.00 bagi
membolehkan kursus asas Selenggara Basikal dilaksanakan di 11 GIATMARA. Peserta yang
mengikuti kursus basikal akan ditawarkan untuk memohon Pakej Usahawan Basikal yang
dikeluarkan oleh pihak MARA; dan Kertas Cadangan Perlaksanaan Bengkel Pembangunan
Dokumen Kurikulum Dan Written Instructional Materials Bersama Training Provider Bagi
Kursus Wagyu Butchering Operation berjumlah RM65,520.00.
BPK Laporan Bulanan Pelatih GIATMARA kepada MARA, Pengurusan GIATMARA & PGN setakat
31 Ogos 2021 adalah seperti berikut:-
Sediada 2020 : 922
Ambilan : 7,685
Tamat : 229
Berhenti : 822
Dalam Latihan : 7,557
Ambilan Terkumpul : 329,821
Tamat Terkumpul : 276,406
Berhenti Terkumpul : 45,743
Mesyuarat bersama Tenaga Pengajar yang terlibat dalam Gerak Kerja WSC Shanghai
melibatkan persiapan dan persediaan calon peserta Negara, persiapan peserta-peserta
bagi menghadapi ujian Teori dan persediaan GIATMARA sebagai Tuan Rumah Pemilihan
Peserta Negara ke WSC.
BPK juga telah mengadakan Mesyuarat bersama JAKOA berkenaan peluang latihan
kemahiran GIATMARA untuk pelatih orang asli pada 8 September 2021
BIK Perbincangan Pelaksanaan Majlis Graduasi secara maya dan kerja-kerja Pembangunan
GICC Petaling Jaya dilaksanakan. BIK juga telah mengadakan taklimat kepada penyelaras
GM3C danterlibat dalam Mesyuarat Penyelarasan Program TVET@KPLB Peringkat
GIATMARA.
BPU BPU menyertai perbincangan kerjasama bersama MODENAS bagi membincangkan
status pelaksanaan dan perancangan program Modenas Service Plus pada 8 September
2021.
BPU telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin Sektor pada 9 September 2021. Khamis yang
disertai seramai hampir 300 peserta terdiri daripada usahawan dan anggota kerja
GIATMARA dan telah menganjurkn majlis penutup program PENJANA E-Commerce kepada
5 negeri serentak pada 10 September 2021 yang dirasmikan penutup oleh YBhg
Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA
6
BPA BPA telah melaksanakan kerja-kerja senggaraan dan pembangunan projek / pemantauan
serta mesyuarat projek/perolehan yang melibatkan perkara-perkara seperti berikut:
i. Mesyuarat Pelarasan Bajet Pembangunan RMK bersama BDS dan semua Bhg yang
terlibat
ii. Mesyuarat tapak projek transit GIATMARA di GM Pontian
iii. Perbincangan berkaitan ubahsuai lobi wisma GIATMARA bersama BEK.
iv. Menerbitkan Pekeliling Piawaian Transit & diemelkan ke alluser
v. Pembentangan Maklumbalas Audit KPLB kepada Pengurusan Tertinggi GIATMARA.
vi. Pemeriksaan kerja struktur projek transit GM Tanjung Malim iv.Lawatan ke cadangan
bangunan baru GM Labis
vii. Lawatan pemeriksaan kerja ubahsuai GM Ampang
viii. Semakan Dokumen Penting bagi tujuan pelupusan dokumen di GIATMARA Tanjung
Karang
ix. Semakan jualan 2 sebut harga RMK11
x. Analisa sebut harga projek transit GM Jempol
xi. iv.Urusan dokumen pinjaman SPIKE bagi kontraktor Transit GM Santubong v.Lawatan
penentuan skop kerja projek transit GM Gombak
xii. Lawatan pemilihan bahan/lekapan bagi projek GM Ampang vii.Lawatan ke cadangan
untuk pembelian bangunan GM Seputeh
viii.Lawatan penentuan skop kerja bagi projek Transit GM Simpang Ampat xi.Mesyuarat
tapak projek BEM Masjid Tanah
BKW Laporan perbelanjaan Ogos - Dis 2021 telah siap dikemaskini dan dianggarkan baki
peruntukan adalah sebanyak RM 18 juta sebelum mengambil kira sekatan bajet oleh
MOF dan Laporan Prestasi Bulanan Setakat 31 Ogos 2021 akan dihantar pada 10 Sept
2021.
Bayaran ke-2 kepada Syarikat Glocal Link Travel & Tours (M) Sdn Bhd sebanyak RM 32,265.68
telah dilaksanakan pada 26 Ogos 2021 iaitu perbezaan sebanyak RM 3,497.00. Ini adalah
kerana penama Darwis b Razak bukan anggota kerja GIATMARA. Bayaran Program Khas
dan lain-lain bayaran seperti biasa dan mengikut jadual.
BEK
Pada 7 September 2021, BEK telah melaksanakan pembentangan semakan kendiri
pematuhan keperluan MQS di 14 PGN secara atas talian dan pada 8 September 2021,
Mesyuarat Penyelarasan Program TVET@KPLB telah diadakan bersama bahagian-
bahagian yang berkaitan. Pada 9 & 10 September 2021, BEK telah membuat semakan
semula dokumen-dokumen Pensijilan ISO Ibu Pejabat dengan bahagian-bahagian
9 September 2021, sesi penggambaran pertama slot DIY TVET@KPLB di GM Rasah telah
berjalan.
BPS
AUD Mengadakan perbincangan bersama TKPE En Salehuddin bin Abu Bakar bagi
PUU mengemaskini maklum balas Laporan Pengauditan GIATMARA Sdn. bhd oleh UAD KPLB
yang diterima daripada bahagian yang berkaitan dan menganalisa maklumat Audit
Pematuhan bagi sistem Panjar Perkhidmatan, sistem Panjar ESR dan sistem Kawalan Stok
yang dimuat naik oleh Audit ke dalam goole drive yang di sediakan melibatkan Pusat-pusat
di Negeri Sabah seperti GM Kimanis, GM Beaufort dan GM Silam.
Memberi Nasihat Perundangan kepada Perujuk seperti berikut :
i. Pelantikan Perunding / Pemudahcara oleh JSPIG;
ii. Kuasa melantik Ahli bagi Jawatankuasa peringkat Lembaga Pengarah;
7
Menyediakan, Menyemak dan mengemukakan Perjanjian Penyewaan Premis bagi pusat
GIATMARA kepada Pemilik untuk ditandatangani seperti berikut:
i. GM Beruas, Perak;
ii. GM Labis, Johor : dan
iii. GM Cameron Highlands, Pahang
Mendapatkan rujukan dan pandangan dan menghadiri mesyuarat / perbincangan seperti
berikut :
i. Status pembelian bangunan GM Prima Melor dengan BUU MARA; dan
ii. Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib GIATMARA.
8