The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-21 2022 SK PAKA II

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by oneminor, 2022-06-23 22:30:41

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG 2022

BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-21 2022 SK PAKA II

1

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

Kata Alu-aluan Guru Besar 3
Kata Alu-aluan YDP PIBG 4
Notis Peringatan Mesyuarat 5
Aturcara Mesyuarat 6
Kehadiran AJK 7
Agenda Mesyuarat 8
Senarai Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022 9
Jawatankuasa Kerja 10
Kehadiran Mesyuarat Agung kali ke-20, 2021 13
Minit Mesyuarat Agung kali ke-20, 2021 17
Laporan Aktiviti Tahunan 2021/2022 28
Cadangan Usul 29
Senarai Jawatankuasa PIBG 2022/2023 31
Penyata Kewangan 32

2

KATA ALU-ALUAN
GURU BESAR SK PAKA II

Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan izin dan limpah kurnia rahmat-
Nya, kita dapat bersama-sama berkumpul dan berbincang untuk kejayaan anak-
anak dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-21 2022. Kehadiran para ibu bapa amat
dihargai dan disanjung tinggi serta besar ertinya kepada pihak sekolah sebagai
tanda sokongan dan komitmen terhadap sekolah ini.

Di kesempatan ini, diharap kita semua dapat menjana idea-idea yang bernas
dalam merealisasikan visi dan misi sekolah ini dari masa ke semasa. AJK yang telah
dilantik diharap dapat menyumbang idea, tenaga dan memberi kerjasama yang
mantap dalam meningkatkan kualiti murid dan sekolah dalam era pendidikan masa
kini.

Saya bagi pihak warga sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua
pihak yang telah memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai
program sekolah. Sesungguhnya gabungan usaha, kerjasama dan komitmen
daripada semua pihak amat penting untuk memastikan anak-anak dapat menempuh
gelombang perubahan yang sentiasa diduga dengan pelbagai ujian dan cabaran.

Akhir kata, semoga Allah memberkati kerjasama kita dalam menjalankan
tanggungjawab bagi mendidik anak-anak kita menjadi insan yang berilmu dan
cemerlang seterusnya menjadi rakyat yang berjasa kepada agama, bangsa dan
negara. Semoga usaha kita akan direstui dan mendapat keredhaan Allah S.W.T.
Sekian, terima kasih.

(AHMAD RAZMAN BIN ABD RAHMAN)
GURU BESAR
SK PAKA II
23100 PAKA TERENGGANU.

3

KATA ALU-ALUAN
YDP PIBG SK PAKA II

Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana limpah dan izin-Nya dapat kita bersama-
sama berkumpul pada hari ini, untuk meneruskan Mesyuarat Agung Tahunan
PIBG kali ke-21, SK Paka II. Saya amat berbesar hati dan berterima kasih atas
kesudian para ibu bapa yang hadir ke mesyuarat kita pada tahun ini.

Alhamdulillah, pada kali ini kita dapat berkumpul secara bersemuka. Ini
membolehkan setiap isu dapat dibincangkan secara langsung dan lebih harmoni.
Setiap maklumbalas dan cadangan yang diberikan akan dibincangkan dan
semoga ia memberi impak positif terhadap sekolah.

Walaupun PIBG beroperasi secara sukarela, namun konsep permuafakatan
dan keikhlasan akan membolehkan kita melaksanakan apa sahaja yang baik
untuk kecemerlangan anak-anak kita. Oleh itu, saya menyeru setiap ahli sama-
sama memberi komitmen dan bersatu hati menjadi penggerak dalam memacu
persatuan ini menjadi lebih dinamik.

Akhir kata, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada perasmi mesyuarat, sahabat-sahabat dermawan dan semua AJK PIBG
sesi 2022/2023 di atas usaha dan komitmen yang diberikan. Tahniah diucapkan
kepada semua yang terlibat bagi menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG
kali ke-21 SK Paka II.

Sekian, terima kasih.

(AHMAD BURHAN BIN BUANG)
YDP PIBG
SK PAKA II
23100 PAKA TERENGGANU

4

_____________ PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH KEBANGSAAN PAKA II

Telefax: 0-98286961(Pejabat) 019-7206562Y(DP) 012-7639401 (S/U PIBG)

“Guru Merencana, IbuBapa Cakna, Murid Melaksana”

Tarikh : 21 JUN 2022

Ruj. Kami : PIBG SKPII.08/04/Jilid v (123)

Semua Guru, Ibu Bapa / Penjaga Murid-murid

Sekolah Kebangsaan Paka II

Tuan / Puan

NOTIS PERINGATAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-21, 2022

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan Mesyuarat Agung PIBG tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 25 Jun 2022 (Sabtu)
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Dewan Seri Perdana, SK Paka II

3. Agenda mesyuarat seperti berikut:
3.1 Ucapan YDP
3.2 Pengesahan minit Mesyuarat Agung yang ke-20
3.3 Membentangkan dan menerima laporan tahunan.
3.4 Membentangkan dan menerima Penyata Tahunan yang berakhir 31 Disember 2021
3.5 Memilih jawatankuasa
3.6 Memilih 2 orang juruaudit
3.7 Membahaskan usul-usul
3.8 Ucapan penangguhan

4. Sehubungan dengan itu, tuan / puan dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Pihak
kami juga memohon sumbangan daripada pihak tuan / puan bagi menampung kos perbelanjaan majlis
tersebut. Sumbangan boleh diserahkan kepada Guru Kelas selewat-lewatnya 23 Jun 2022 (Khamis).

5. Segala kerjasama pihak tuan / puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“PIBG AKTIF SEKOLAH PRODUKTIF”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………………………………
(MUHAMMAD WAFIYUDIN BIN AB HALIM FAUZI)
Setiausaha PIBG,
Sekolah Kebangsaan Paka II.

5

ATURCARA MESYUARAT PIBG
KALI KE-21 2022

8.30 pagi : Pendaftaran Ibu bapa/ Penjaga
: Ketibaan Tetamu Kehormat
: Nyanyian Negaraku dan Selamat Sultan

9.00 pagi : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
: Bacaan Doa
Ustaz Muhammad Wafiyudin Bin Ab Halim Fauzi

: Ucapan Guru Besar SK Paka II
En. Ahmad Razman bin Abd Rahman

: Ucapan Yang Dipertua PIBG
En. Ahmad Burhan bin Buang

: Ucapan Perasmian
YM. Hj Tengku Amran Bin YM. Tengku Awang
(CEO TMM Engineering Services Sdn. Bhd)

: Persembahan Murid
: Persembahan Montaj
: Penyampaian sijil dan cenderahati kepada AJK PIBG 2021/2022
: Mesyuarat Agung PIBG Bermula
: Ucapan YDP
: Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG ke-20
: Perkara-perkara Berbangkit
: Pembentangan dan Penerimaan Aktiviti Tahunan PIBG 2021/2022
: Membentangkan dan menerima Penyata Kewangan yang berakhir

pada 1/1/2021 - 31/12/2021
: Membahaskan Usul atau Cadangan
: Cabutan Bertuah
: Ucapan Penangguhan
: Jamuan

6

: Bersurai

KEHADIRAN MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PIBG
SK PAKA II SESI 2021/2022

BIL NAMA 23.04.2021 3.10.2021
1. EN. AHMAD BURHAN BIN BUANG √ √
2. EN. ZAKIYUDIN BIN YAACOB √ √
3. EN. SUHADI BIN MUSA √ √
4. PN. RUZIEANA BINTI HASHIM √ √
5. PN. AZLIDAWATI BINTI ALIAS √
6. PN. NOR FATIHAH BINTI AHMAD √ BERSEBAB
7. PN. ROSMALA BINTI MAMAT √
8. PN. NOR AZIMAH BINTI ALIAS
9. PN. SURIA BINTI AWANG MAT √ BERSEBAB
10. EN. MOHAMMAD EZAM BIN HASSAN
12. EN. NOORLI BIN MOHAMAD BERSEBAB BERSEBAB
13. EN. RAJA RAZMAN BIN RAJA NGAH √√
14. EN. MOHD NASRUDDIN BIN MAHMUD
15. PN. NOR HASINA BINTI MOHD LAZIM BERSEBAB BERSEBAB

TURUT HADIR BERSEBAB √

BIL NAMA BERSEBAB BERSEBAB
1. EN. AHMAD RAZMAN BIN ABD RAHMAN
2. EN. KAMAL BAHARIN BIN ABU BAKAR BERSEBAB BERSEBAB
3. PN. KATINA BINTI SEMAN √√
4. PN. WAN HASYIMAH BINTI WAN OSMAN
5. EN. ARIFFIN BIN MAT ZIN 23.04.2021 3.10.2021
6. PN. NORLELAWATI BINTI NOR AZAM √ √
7. PN. NORAIDAWATI BINTI ABDUL RAHMAN √
8. PN. HAMZAH BIN ISMAIL BERSEBAB √
BERSEBAB √
7 BERSEBAB √

√ √

BERSEBAB BERSEBAB


AGENDA MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SK PAKA II
KALI KE-21, 2022/2023

Tarikh : 25 Jun 2022 (Sabtu)
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Dewan Seri Perdana, SK Paka II

Agenda 1 : Ucapan YDP
Agenda 2 : Pengesahan Minit Mesyuarat Agung yang ke-20
Agenda 3 : Membentangkan dan menerima Laporan Tahunan
Agenda 4 : Membentangkan dan menerima Penyata Tahunan

Agenda 5 yang berakhir 31 Disember 2021
Agenda 6 : Memilih Jawatankuasa
Agenda 7 : Memilih 2 orang Juruaudit
Agenda 8 : Membahaskan Usul-usul
: Ucapan Penangguhan

8

SENARAI JAWATANKUASA
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SK PAKA II KALI KE-20, 2021/2022

PENASIHAT : EN. AHMAD RAZMAN BIN ABD RAHMAN

YANG DIPERTUA : EN. AHMAD BURHAN BIN BUANG

NAIB YANG DIPERTUA : EN. MOHD ZAKIYUDIN BIN YAACOB

SETIAUSAHA KEHORMAT : EN. SUHADI BIN MUSA

BENDAHARI : PN. RUZIEANA BINTI HASHIM

SETIAUSAHA E-SARANA : EN. MOHD AL AMIN SALIHI BIN MUHAMMAD

AJK IBU BAPA

PN. FATIHAH BINTI AHMAD
PN. AZLIDAWATI BINTI ALIAS
PN. ROSMALA BINTI MAMAT
EN. MOHD EZAM BIN HASSAN
PN. SURIA BINTI AWANG MAT
PN. AZIMAH BINTI ALIAS

AJK GURU

YM. RAJA RAZMAN BIN RAJA NGAH
EN. NOORLI BIN MOHAMAD
EN. MOHD NASARUDDIN BIN MAHMUD
PN. HASINA BINTIN MOHD LAZIM

9

JAWATANKUASA KERJA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-21 2022

BIL JAWATANKUASA NAMA GURU

1. PENYAMBUT TETAMU 1. AHMAD RAZMAN BIN ABD RAHMAN (GB)
2. NOOR AZANLINA BINTI ABDULLAH (PKP)
2. KOMPANG/PERBARISAN/ 3. KATINA BINTI SEMAN (PK HEM)
(BUNGA MANGGAR) 4. WAN HASYIMAH BINTI WAN OSMAN (PKKO)
5. ARIFFIN BIN MAT ZIN (PKPK)
3. SURAT MENYURAT 6. BURHAN BIN BUANG (YDP PIBG)
7. MOHD ZAKIYUDIN BIN YAACOB (NYDP PIBG)
4. PA SISTEM 8. 2 ORANG MURID
5. PENGACARA
6. PERSEMBAHAN 1. RAJA RAZMAN BIN RAJA NGAH
2. MOHD ZAIDI BIN ZAKARIA
7. PERSIAPAN TEMPAT 3. ZURALAILI BINTI MAT SAMAN

8. CABUTAN BERTUAH 1. MUHAMMAD WAFIYUDIN BIN AB HALIM FAUZI
2. RUZIEANA BINTI HASHIM
3. FADZILAH BINTI JUSOH @ HASHIM
4. AJK PIBG

1. MOHD AL AMIN SALIHI BIN MUHAMAD
2. RAJA RAZMAN BIN RAJA NGAH

1. NOR HAYATI BINTI ABAS
2. NOORLI BIN MOHAMAD

1. NOOR AZIERA BINTI ALIAS
2. SURIATI BINTI JUSOH
3. NORLIZA BINTI OTHMAN

1. ZAINUDDIN BIN ABD RAHMAN
2. MOHD AMIRUL BIN JUSOH
3. AZIZOL BIN AB RAHMAN
4. TUAN ZAIDI BIN TUAN SOH
5. WAKIL PIBG
6. WAKIL PIBG

1. JULIA HAZRINA BINTI MOHAMMAD SHUKRI
2. NORAINI BINTI AHMAD
3. NORUL IZANIE BINTI IDRIS
4. KHAIRUS BINTI HUSIN
5. NOORMAHANI BINTI NA-AIN @NOORDIN
6. IRMA RIZUANA BINTI YAAKUB

10

9. HADIAH CENDERAHATI 1. NORLIDA BINTI MAHMUT
2. HASINA BINTI MOHD LAZIM
10. HIASAN PENTAS 3. SOHANA BINTI OMAR
11. BANNER 4. RUZIEANA BINTI HASHIM
5. ANIZA BINTI NGAH
12. PENCATAT MINIT
1. AHMAD SUKRI BIN MAT SAMAN
13. DOKUMENTASI 2. MOHD NASRUDIN BIN MAHMUD
BERGAMBAR 3. FATIN NAZIRAH BINTI MAT NOH
4. NURUL SALAWIAH BINTI ZULKAFLI
14. PENDAFTARAN 5. MARINA BINTI MOHD NONG
6. ROHAYU BINTI YAAKOB
15. JAMUAN IBU BAPA
16. BUKU PROGRAM 1. HASINA BINTI MOHD LAZIM
2. BADARIAH BINTI ABDULLAH

1. MAZIYAH BINTI MUSA
2. ROSMAHIZA BINTI RAMLI
3. NOR HASHIMA BINTI MOHD RAZALI
4. FAEZAH BINTI CHE PAUZEI
5. SUHAINA BINTI ZAINAL
6. NUR DIANA BINTI MOHD AZMI
7. ROSLIDA BINTI AWANG
8. FATIN NAZIRAH BINTI MAT NOH

1. MUSNIRAH IDAYU BINTI MUSTAFA
2. WAN ISMAZAITUL AZURA BINTI WAN ISMAIL

1. SITI AMINAH BINTI MUHAMAD
2. ROZMANIRA BINTI CHE MUSTAPA
3. RUZULAINI BINTI NGAH@YAH
4. RAMLAH BINTI RAZALI
5. AZLINDA BINTI MOHD

1. ZAINUN BINTI MUSTAFA
2. KU SALWANI BINTI CHE KU SETIA
3. AMINAH BINTI YUSOF
4. ROHAIDA BINTI MUSTAFFA
5. HAZRIDA BINTI HARUN
6. SUHAILI BINTI SULONG
7. KAMISAH BINTI MOHD SHARIF
8. KAMISAH BINTI HAMZAH

1. ROHANI BINTI TAIB
2. NOR AIMALIANA BINTI KAMARUDIN
3. RAHIMAH BINTI JUSOH
4. NAJIHAH BINTI ABDUL RAZAK

11

17. JAMUAN VVIP 1. JUNAINAH BINTI MOHIDEN ABD KADIR
2. HASIAH BINTI ABDUL AZIZ
18. MAKAN MINUM MURID 3. SITI LATIPAH BINTI PARLAN
19. BACAAN DOA 4. TAN SHIAU HSIA
5. SURIATI BINTI MAZLAN
6. LATIFAH ZILA BINTI MOHD HASSAN
7. NORHAZIMAH BINTI ALIAS

1. DIANAMAZRIRA BINTI W. DERAMAN
2. RAHIMATON RAISYAH BINTI MUHAMMAD
3. YU JACQUELINE
4. WAN NORAINI BINTI WAN NGAH
5. NURUL FARAH AIN BINTI ISMAIL

1. MUHAMMAD WAFIYUDIN BIN AB HALIM FAUZI

ALLAH TIDAK MEMBEBANI
SESEORANG HAMBA MELAINKAN

SESUAI DENGAN
KEMAMPUANNYA

12

KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-20 2021

1 Noraini Binti Ahmad 34 Norazma Binti Mohamad
2 Ruzieana Binti Hashim 35 Norhasikin Binti Md Nor
3 Junainah Binti Mohiden Abd Kadir 36 Badariah Binti Abdullah
4 Musnirah Idayu Binti Mustafa 37 Mazlina Binti Muhamad
5 Maziyah Binti Musa 38 Mohd Al Amin Salihi Bin Muhamad
6 Mohd Zaidi Bin Zakaria 39 Khairil Shafik Bin Abu Bakar
7 Azizol Bin Ab.Rahman 40 Adibah Binti Mohd Salleh
8 Sohana Binti Omar 41 Izuardi Bin Ismail
9 Dianamazrira Binti W.Deraman 42 Hairi Bin Alias
10 Mohd Khalil Bin Mohammad Noor 43 Siti Noorameera Binti Norruddin
11 Nor Hashima Binti Mohd Razali 44 Hasiah Binti Abdul Aziz
12 Norul Izanie Binti Idris 45 Rosina Binti Jusoh
13 Rohani Binti Taib 46 Rosmahiza Binti Ramli
14 Kamal Baharin Bin Abu Bakar 47 Norazma Binti Mohamad
15 Faezah Binti Che Pauzei 48 Sharifah Husna Ajlia Binti Sayid Abdullah
16 Zainun Binti Mustafa 49 Noriyana Binti Muda
17 Marina Binti Mohd Nong 50 Humaira Wardina Binti Mohd Huzaimei
18 Rozmanira Binti Che Mustapa 51 Yu Jacqueline
19 Siti Aishah Binti Mokti 52 Noor Hisyaidi Bin Cheteh
20 Irma Rizuana Binti Yaakub 53 Rohaida Binti Mustaffa
21 Tan Shiau Hsia 54 Marina Binti Mohd Nong
22 Nor Aimaliana Binti Kamarudin
23 Wan Noraini Binti Wan Ngah Tengku Norhardiyana Binti Tengku
24 Zaharifah Binti Senik 55 Abdullah
25 Munira Binti Mohamad 56 Norhasikin Binti Md Nor
26 Julia Hazrina Binti Mohd.Shukri 57 Raba'atul Adaweiah Binti Saidin
27 Norlida Binti Mahmut 58 Zanariah Binti Hitam
28 Norhasikin Binti Md Nor 59 Erna Susanti
29 Siti Khadijah Binti Daud 60 Rosmanira Binti Zakaria
30 Hazrida Binti Harun 61 Mohd Zapuri Bin Nordin
31 Ahmad Sukri Bin Mat Saman 62 Noormahani Binti Noordin
32 Zunaidah Binti Yusoff @ Awang 63 Siti Latipah Binti Parlan
33 Aniza Binti Ngah 64 Norlelawati Binti Norazam
65 Wan Ismazaitul Azura Binti Wan Ismail
66 Ariffin Bin Mat Zin

13

67 Nurul Salawiah Binti Zulkafli 100 Siti Julia Binti Hj Mohd

68 Norasiah Binti Muhamad Noor 101 Mohd Fikri Firdaus Bin Sulaiman

68 Norasiah Binti Muhamad Noor 102 Sakinah Binti Mat Zin

69 Siti Aminah Binti Muhamad 103 Nisah Binti Muda

70 Che Huzaini Bin Che Taib 104 Siti Nurulfazila Binti Ali Yatin

71 Af Zainizam Binti Abdul Halim 105 Khairus Binti Husin

72 Mohamad Ahzami Bin Jusoh 106 Mohd Sarul Rizal Bin Mohd Yaziz

73 Norliza Binti Ismail 107 Rosfaidah Binti Fiee

74 Wan Axura Binti Wan Abdul Rahman 108 Najihah Abdul Razak

75 Zainuddin Bin Abd Rahman 109 Siti Julia Binti Hj Mohd

76 Noraini Binti Mohd Nawi 110 Iskandar Zukarnain Bin Abdul Radid

77 Rabiah Binti Abdullah 111 Noorli B Mohamad

78 Mahyuni Binti Apandi 112 Tengku Faridah Binti Tengku A Rahim

79 Wan Badrillah Bin Wan Hamzah 113 Assheha Binti Jilani

80 Zuralaili Binti Mat Saman 114 Siti Nurulfazila Binti Ali Yatin

81 Noor Aziera Binti Alias 115 Shamfazline Binti Mohd Ariff

82 Ahmad Bin Zainal 116 Nik Hafiza Izyanie Binti Nasir

83 Katina Binti Seman 117 Mohd Amirul Bin Jusoh

84 Noorhazlinda Binti Nordin 118 Suzielawati Binti Sulong

85 Noorazli Bin Ramli 119 Azlizan Ahmad

86 Siti Zulhana Binti Sheikh Abdollah 120 Muhammad Zulhusni Bin Muhamad Zakri

87 Nurul Aisyah Binti Mohamad Jaafar 121 Muhaini Binti Kamarul Xaman

88 Noraidawati Binti Abdul Rahman 122 Haslinawaty Hussin

89 Juliani Binti Abdul Aziz 123 Mahaisuriati Binti Abdullah

90 Syed Kamarul Hashimi Bin Sayed Hassan 124 Suria Binti Awang Mat

91 Rosmawati Binti Zakaria 125 Suliana Binti Ismail

92 Aminah Binti Yusof 126 Nor Afzan Binti Mat Ghani

93 Nur Alya Izzatie By Mohd Suhaila 127 Mohd Shukri Bin Abdul Rahman

94 Siti Albaina Binti Abdul Manan 128 Noor Sharidzuan Bin Nazeri

95 Najihah Abdul Razak 129 Kamisah Binti Hamzah

96 Ruzulaini Binti Ngah 130 Norsuriati Khani

97 Faridah Safie 131 Ruziana Binti Abdul Aziz

98 Muhamad Muharam Bin Che Anawa 132 Juliyanna Jusoh

14

133 Mohd Yusoff Bin Zainal 166 Rosmawati Binti Salleh
134 Herawati Binti Ujang 167 Wan Anisah Binti Wan Abdullah
135 Sitinor Mohamad Sabri 168 Sanisah Mokhtar
136 Damia Husna Binti Daud 169 Hasina Binti Mohd Lazim
137 Zalina Binti Awang 170 Nuramirah Ayuni Binti Zolkepli
138 Sharifah Hasmuna Binti Syed Abdullah 171 Roslan Bin Abdul Rahman
139 Yusairi Bin Mohamed 172 Hanida Binti Mohamad
140 Wan Nazriah Binti Wan Nawawi 173 Nur Aisyah Binti Alias
141 Rohani Binti Draman 174 Wan Rohafidah Wan Muda
142 Suhadi Bin Musa 175 Fatihanun Abd Rahman
143 Mohd Wami Bin Abdul Wahab 176 Mohd Sukri Bin Mohd Yusof
144 Raja Razman Raja Ngah 177 Suraya Binti Mohamad
145 Ramiza Binti Syafie 178 Suzinoni Binti Deraman
146 Mohd Syukri Bin Mohd Hussein 179 Hazami Binti Said
147 Normalyza Yunus 180 Nur Humaira Binti Zul Affanddi
148 Marzuki Bin Mamat 181 Erna Susanti
149 Azlinda Binti Mohd 182 Suhaimi Bin Abdul Rahman
150 Hasma Wazi Binti Mohamed Zaid 183 Rosnah Binti Abd Rahman

151 Roslen Hazami Bin Embong Nur Athirah Damia Danisha Binti
152 Roswani Binti Hamdan 184 Suhaimi
153 Suriati Binti Jusoh 185 Halimatun Saadiah Binti Ishak
154 Zailatulhaya Binti Md Yusof 186 Ahmad Khairil Aznan Bin Mohamad
155 Surayati Binti. Ambak 187 Nur Farhana Binti Ramli
156 Zubaidah Binti Mohamed Di 188 Norizan Ismail
157 Nik Khedijah Binti Nik Soh. 189 Rohaya Binti Idris
158 Nor Hidayatul Asma Bunti Abdullah 190 Azam Bakri Bin Che Ali
159 Siti Zaleha Binti Ahmad 191 Rahana Mustapha
160 Hidayah Binti Mat Hassan 192 Rohana Binti Yasin
161 Faridah Binti Mohd Zuki 193 Nurul Naemah Binti Ibrahim
162 Abu Bakar Bin Mahamad77063 194 Mohd Nazrullah Bin Che Aziz
163 Roswati Binti Abdul Hamid 195 Nur Farhana Binti Ramli
164 Roslinda Binti Mohd 196 Zukman Bin Ahmad Zaki
165 Normah Binti Awang 197 Azlinda Binti Abdul Aziz
198 Mohd Kamarul Bin Ariffin

15

199 Noor Haszeelaai Binti Bakar 232 Nor Mariah Binti Ramli
200 Afifah Binti Mamat @Ahmad Shazili 233 Aspalela Binti Mat Noor
201 Rosnizan Ab Rasid 234 Mohd Marzuki Bin Mohamad
202 Mahani Binti The 235 Nor Hayati Binti Abas
203 Hazilah Binti Noordin 236 Norhasikin Binti Md Nor
204 Normizan Awang 237 Muhammad Danial Naufal B Khaizul
205 Nur Hidayah Mohd Taib 238 Mohd Zawani Bin Ismail
206 Azrina Abd Rahman 239 Khaizul B Muhammad
207 Sharmela Mat Roseh 240 Suzinoni Binti Deraman
208 Noorsalbi Binti Shari 241 Wan Noor Suria Binti Wan Ibrahim
209 Noor Hazlinza Binti Ahmad Najib 242 Nur Farhana Binti Omar
210 Juriah Binti Ibrahim 243 Suriya Binti Muhamad
211 Wan Hazizah Binti Wan Sudin 244 Zalilah Mohamad Sarman
212 Marzita Binti Zakaria 245 Norlisa Arnida Binti Ramli
213 Rohayu Binti Yaakob 246 Mazlida Binti Abdul Ghani
214 Nazli Azimi Bin Ramli 247 Khazura Binti Ab Rahman
215 Nor Fatihah Ahmad 248 Nor Suhaila Ismail
216 Enazura Binti Mat Riffin 249 Nursheila Binti Md Zubir
217 Zulkifli Bin Roslan 250 Mohd Habaruddin Bin Mukhtar
218 Mohd Khairil Azhar Bin Ab Rajak 251 Yahya Bin Annam
219 Muhammad Farhan Hakimi 252 Siti Aminah Binti Muhamad
220 Khairul Afkar Bin Thani 253 Kartini Mohamad
221 Fauziah Ngah 254 Ku Salwani Binti Che Ku Setia
222 Amimah Binti Ab Manaf 255 Alisha Maisara Binti Ahmad Ridzuan
223 Amizah Binti Ab Manaf 256 Mohd Izhan Mahmud
224 Noridayu Binti Ahmad 257 Wan Nazrini Binti Wan Nawawi
225 Zainordin Bin Othman@Zakaria 258 Suhaili Binti Mohd Nor
226 Latifah Zila Binti Mohd Hassan 259 Mohd Nasrudin B Mahmud
227 Zuriana Binti Zaini 260 Arlea Binti Mohd Ali
228 Enazura Binti Mat Riffin 261 Sabri Bin Mohamad
229 Fazilah Binti Ali 262 Nur Hidayah Binti Mohd Zain
230 Mohd Najit Bin Mahadi 263 Irwan Rizuar Yaakub
231 Suriati Binti Mazlan

16

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-20, 2021
SEKOLAH KEBANGSAAN PAKA II

TARIKH : 23 OKTOBER 2021
MASA : 10.00 PAGI
TEMPAT : DI KEDIAMAN MASING- MASING
PERASMI : TUAN HAJI KASMAN BIN EMBONG

(PEGAWAI PPD DUNGUN)

AGENDA 1 : UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS
(PUAN NOR HAYATI BINTI ABAS)

1.1 Mengalu-alukan ketibaan Tn. Hj. Kasman bin Embong, Pegawai Pendidikan Daerah
Dungun, dif-dif jemputan dan semua hadirin dan seterusnya merakamkan ucapan
terima kasih atas kehadiran mereka.

1.2 Menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dapat bersama-sama secara
maya menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-20 tahun 2021.

1.3 Merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Kasman bin Embong
yang sudi meluangkan masa bersama warga SEPADU menjayakan majlis PIBG ini.

1.4 Makluman mesyuarat PIBG terpaksa dilakukan secara maya kerana larangan
bersemuka ekoran pandemik Covid 19 masih berleluasa. PIBG tetap berpegang
teguh pada prinsip PIBG aktif, sekolah proaktif dan konsep guru merencana,
ibubapa cakna dan murid melaksana dapat diterjemah dan direalisasikan dengan
penuh berkesan melalui kesepakatan dan kebersamaan.

1.5 Menjemput Ustaz Haji Azam Bakri bin Che Ali untuk memimpin bacaan doa bagi
memberkati majlis.

AGENDA 2 : UCAPAN TUAN GURU BESAR
(EN. AHMAD RAZMAN BIN ABD RAHMAN)

2.1 Mengucapkan terima kasih dan bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan
limpah izin-Nya dapat berkumpul secara maya sempena Mesyuarat Agung PIBG
SK Paka II, kali yang ke-20 bagi tahun 2021 ini.

2.2 Memaklumkan sesungguhnya jauh di sudut hati mengimpikan mesyuarat ini
dilakukan secara bersemuka kerana sejak mengemudi SK Paka II ini, beliau belum
berkesempatan bersua muka, beramah mesra dengan para warga sekolah ini.
Namun apakan daya pandemik Covid 19 menjadi kekangan bukan sahaja kepada
kita bahkan kepada masyarakat seluruh dunia.

17

2.3 Walau bagaimanapun, sebagai pentadbir beliau tetap akan melaksanakan tugas
dengan dibantu oleh 62 orang guru serta 11 orang AKP, 3 orang pekerja kebersihan
dan 4 orang pengawal keselamatan dengan sebaik mungkin demi memastikan
seramai 796 orang murid termasuk PRA dapat terus menuntut ilmu dalam keadaan
yang selamat dan selesa.

2.4 SK Paka II juga telah diisytihar sebagai Sekolah TS25 untuk kohort 6, yang belum
mengikuti cadangan dan saranan modul-modul yang akan didedahkan oleh semua
warga SK Paka II.

2.5 Justeru atas sokongan ibubapa dan guru-guru, beliau akan memastikan prasarana
sekolah ini adalah yang terbaik untuk memudahkan pembelajaran murid-murid.
Setiap kelas dipastikan mempunyai kipas dan lampu yang berfungsi, pintu dan
tingkap yang sempurna, tandas murid yang perlu dibaik pulih, bilik guru yang selesa
dan persekitaran sekolah yang sentiasa diceriakan.

2.6 Beliau pasti ibubapa tertanya-tanya tentang keselamatan anak-anak di sekolah.
Keselamatan guru dan murid-murid sentiasa menjadi keutamaan pihak sekolah
dengan memastikan semua SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia dipatuhi. Kami yakin dengan kerjasama ibu bapa, guru dan murid-murid
mematuhi SOP yang telah dikeluarkan, murid-murid akan hadir ke sekolah dalam
keadaan selamat. Dalam hal ini, kami berharap ibu bapa dapat memastikan bahawa
murid-murid yang sihat sahaja dihantar ke sekolah.

2.7 Alhamdulillah, masa terus berlalu, tanpa kita sedar banyak kecemerlangan dan
kejayaan telah pihak sekolah cipta samada dalam bidang Akademik mahupun
dalam bidang Ko-kurikulum. Kejayaan dan kecemerlangan ini menggambarkan
usaha serta jalinan antara guru dan ibubapa yang tidak pernah putus asa dalam
mendidik anak-anak. Kejayaan ini juga menggambarkan usaha dan kerjasama yang
terjalin kuat antara guru dengan ibubapa selama ini.

2.8 Semoga segala kerja buat kita diberkati oleh Allah S.W.T. Antara kejayaan yang
dicapai dalam Ko-kurikulum sehingga ke peringkat Antarabangsa ialah Program
Squad Camp Korea. Di peringkat kebangsaan pula anak-anak kita terpilih dalam
acara pertandingan kemahiran Bola Sepak dan Taekwando. Di peringkat negeri dan
daerah banyak kejayaan lain turut dikecapi bukan sahaja aliran perdana tetapi murid
PPKI SK Paka II juga berbakat dengan mendapat Johan dalam pertandingan Bola
Sepak (P) dan Naib Johan Catur. Segala kejayaan ini akan dipaparkan dalam
montaj nanti.

2.9 Dalam usaha kita untuk menjana kecemerlangan ini, pihak PIBG sentiasa
menyokong pihak sekolah mengadakan pelbagai aktiviti. Pihak PIBG juga banyak
memberi sumbangan kewangan, kepakaran serta menyediakan hadiah-hadiah
kepada murid-murid. Sumbangan yang PIBG berikan adalah hasil sumbangan ibu
18

bapa kepada tabung PIBG. Oleh itu saya menyeru kepada ibubapa agar terus
menyumbang kepada tabung PIBG untuk kita sama-sama terus menjana dan
merancang, tempat menunggu murid dan laluan murid PPKI sedang dalam
pembinaan. Begitu juga, penukaran whiteboard dalam bilik darjah sedang
diusahakan. Harapan kami semoga dapat keselesaan dan mampu menyumbang
kepada kecemerlangan anak-anak kita.

2.10 Kecemerlangan sesebuah sekolah bukan sahaja bergantung kepada hebatnya guru
mengajar, pakarnya pihak pentadbir mengurus sekolah malah perlu seiring dengan
kerjasama ibu bapa. Kita tidak boleh melepas tangan menyerahkan bulat-bulat
mendidik anak-anak kepada pihak sekolah.

2.11 Sempena mesyuarat PIBG kali ini, marilah kita menggunakan pendekatan
musyawwarah jika timbul sebarang masalah dan salah faham antara kita. Sebarang
permasalahan tingkah laku anak-anak kita perlu ditangani bersama. Akhir kata,
beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Kasman bin Embong
yang sentiasa bertanya situasi sekolah, SK Paka II. Terima kasih juga kepada AJK
PIBG dan semua ibubapa yang hadir sepanjang majlis pada hari ini. Kehadiran para
ibu bapa menggambarkan kesungguhan dan komitmen dalam meningkatkan
kecemerlangan anak-anak pada masa hadapan.

AGENDA 3 : UCAPAN YDP PIBG SK PAKA II
(EN AHMAD BURHAN BIN BUANG)

3.1 Melahirkan syukur ke hadrat Ilahi dapat sama-sama berkumpul di majlis ini
walaupun dalam keadaan norma baharu dan tidak dapat bersemuka. Namun beliau
amat berharap penglibatan semua pihak dapat memberi kesan yang besar terhadap
pembangunan dan Pendidikan di peringkat sekolah.

3.2 Mengalu-alukan kedatangan Tuan Haji Kasman bin Embong selaku Pegawai
Pendidikan Daerah Dungun dapat bersama-sama dalam mesyuarat Agung PIBG
kali ke 20. Kehadiran Tn Hj Kasman tentunya dapat menyemarakkan lagi semangat
ibu bapa PIBG untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pendidikan.

3.3 Beliau menegaskan kita sedar bahawa dunia pendidikan mengalami banyak
perubahan dari masa ke semasa. Semua maklum, akibat pendemik Covid 19
memberi kesan yang amat besar dari segi cara mengajar anak-anak dan secara
tidak langsung memberi sedikit kesan emosi kepada ibu bapa, guru-guru dan para
pelajar.

3.4 Namun berharap ibu bapa dan guru-guru sentiasa bersabar dan bersemangat
dalam membantu dan berusaha memberi kecemerlangan kepada anak-anak.

19

3.5 Pihak PIBG sentiasa memantau dan berhubung dengan pihak sekolah untuk
membantu anak-anak dan ibu bapa bagi memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran di rumah berjalan lancar.

3.6 Mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sentiasa terbuka
menerima pandangan dan cadangan secara terbuka daripada ibu bapa.

3.7 Pendidikan adalah bidang dinamik dan penuh cabaran, di mana menuntut
perancangan strategik yang teliti dan pragmatik, kos yang besar serta jentera
pelaksanaan yang lengkap.

3.8 Pihak PIBG sentiasa menekankan 3K iaitu keselamatan, keceriaan dan
kecemerlangan. Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan beliau sentiasa
berbincang dengan Guru Besar, bagi memastikan sekolah dalam keadaan selamat.
Apatah lagi dalam musim pandemik ini banyak Prosedur Operasi Standard (SOP)
yang perlu dipatuhi. Oleh itu, peranan ibu bapa amat diperlukan bagi membantu
pihak sekolah.

3.9 Beberapa projek yang perlu disiapkan secara drastik iaitu membina dan
membesarkan tempat menunggu pelajar bagi menyelesaikan masalah penyuraian
pelajar ketika waktu balik sekolah.

3.10 Projek seterusnya yang akan dilaksanakan secara drastik ialah laluan Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) bagi menjaga keselamatan pelajar pada waktu
pagi ketika masuk ke sekolah.

3.11 Pihak PIBG sedang merancang untuk menukar papan hitam kepada papan putih
bagi menyokong tranformasi sekolah selain memberi keselesaan kepada para
pelajar dan guru-guru untuk proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

3.12 Bagi memastikan semua projek berjalan lancar, beliau dengan rendah hati
memohon sokongan daripada ibu bapa dengan memberi sumbangan dana, bagi
memastikan setiap projek yang dijalankan dapat disiapkan dengan kadar segera.

3.13 Beliau turut merakamkan jutaan tahniah kepada semua pelajar dan guru yang telah
mencapai kecemerlangan. Semoga kejayaan yang dicapai pada hari ini akan
menjadi pencetus budaya cemerlang demi mencapai kejayaan yang lebih gemilang
pada masa akan datang.

3.14 Ribuan terima kasih juga kepada semua penderma dan penyumbang sama ada
daripada ibu bapa, penjaga atau daripada sektor swasta yang membantu secara
langsung atau tidak lansung dalam memastikan sekolah berada dalam keadaan
selamat dan selesa. Segala budi dan jasa yang telah dicurahkan, didoakan semoga
dipermudah urusan di dunia dan akhirat serta diberi kesihatan dan rezeki berlipat

20

kali ganda.

3.15 Belaiu percaya dibawah kepimpinan Tn. Haji Kasman, selaku PPD dan Tn Ahmad
Razman selaku Guru Besar SK Paka ll, boleh mencapai prestasi yang lebih
cemerlang demi sekolah dari segala aspek.

3.16 Akhir kata, beliau mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada Tn PPD, Guru
Besar SK Paka ll, serta barisan ahli jawatankuasa PIBG, dan juga ahli jawatankuasa
teknikal, guru-guru serta ibu bapa dalam memastikan kelestarian anak-anak di SK
Paka ll.

3.17 Beliau memohon ampun dan maaf sekiranya ada yang terkasar bahasa dan berkecil
hati. Segala ucapan ihklas dari hati. Semoga sama-sama dapat membantu memberi
sokongan kepada guru-guru dan pihak sekolah bagi meneruskan kecemerlangan
pada masa akan datang.

AGENDA 4 : UCAPAN PERASMI :
TUAN HAJI KASMAN BIN EMBONG (PEGAWAI PPD DUNGUN)

4.1 Mengucapkan terima kasih kepada pengerusi majlis dan memberi kata-kata aluan
kepada pentadbir, ahli PIBG, guru dan juga ibu bapa. Beliau menjangkakan ramai
yang akan terlibat pada hari ini.

4.2 Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada urusetia mesyuarat kali ini kerana
berjaya menganjurkan mesyuarat sebelum 30 Oktober 2021 bertepatan dengan
yang disarankan oleh KPM.

4.3 Beliau tidak dapat mendengar ucapan daripada Guru Besar dan YDP kerana
masalah teknikal dari pihaknya. Jadi beliau tidak dapat mengulas isi-isi penting yang
disampaikan oleh Guru Besar dan juga YDP.

4.4 Mengucapkan tahniah di atas perubahan dan perkembangan SK Paka 2 yang
memberangsangkan yang telah dibuat oleh pihak pengurusan sekolah dan
disokong oleh guru-guru dan juga ibubapa.

4.5 Beliau mengharapkan SK Paka II, dapat memberi saingan yang sengit dan hebat
kepada sekolah-sekolah yang berdekatkan memandangkan sekolah ini di bawah
program TS25.

4.6 Beliau juga mengharapkan usaha sekolah bersesuaian dengan tagline ‘Dungun
Leads‘. Diharapkan pentadbir dan guru-guru dapat bersama-sama
menyumbangkan kemahiran masing-masing dan memberi komitmen yang tinggi
dalam menggerakkan sekolah ke tahap yang lebih tinggi.

21

4.7 Mengucapkan tahniah sekali lagi kepada usaha pihak sekolah dalam
mentransformasikan penggunaan papan hitam kepada papan putih.

4.8 Mengharapkan ibubapa dapat memberi keutamaan pendidikan dan perhatian
kepada anak-anak dalam memastikan kecemerlangan mereka dengan disokong
oleh guru-guru. Walaupun tiada UPSR, pendidikan agama perlu ditekankan kerana
ia merupakan asas kehidupan.

4.9 Berharap dapat melahirkan guru yang bukan sahaja berpandukan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan tetapi juga falsafah yang diperkenalkan oleh Imam al-
Ghazali iaitu Guru 5M (Murabbi, Mudarris, Mualim, Muaddib dan Mursyid).

4.10 Beliau berharap guru dapat mencapai ke tahap Mursyid. Iaitu guru yang memberi
kecaknaan dan kasih sayang yang tinggi kepada anak-anak murid tidak kira secara
bersemuka atau atas talian.

4.11 Mengharapkan ibu bapa banyakkan bersabar sepanjang tempoh pdpr dan dapat
menghadapi tekanan dalam memastikan pendidikan anak-anak diberi keutamaan
memandangkan murid lebih lama berada di rumah semasa pandemik ini.

4.12 PPD Dungun telah membuat inisiatif melakukan kajian tindakan dengan memilih 3
buah sekolah (SK Seberang, SK Padang Pulut, SMK Kuala Jengal) dalam daerah
Dungun untuk mengadakan program bimbingan kepada ibu bapa dalam
menguruskan pdpr dan juga masalah-masalah atau kekangan yang dihadapi.

4.13 Ibu bapa dan guru perlu melihat contoh teladan Rasulullah SAW dalam mendidik
anak-anak dan sentiasa berdoa kepada Allah. Beliau juga berkongsi beberapa
amalan dan doa yang boleh dijadikan ikutan.

4.14 Beliau memberi perhatian di atas keperluan pihak sekolah dan PIBG dan
mengalukan pihak sekolah untuk berjumpa dengannya bagi membincangkan
keperluan atau masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah kelak.

4.15 Beliau menyatakan akan pergi melawat SK Paka II pada masa akan datang untuk
melihat perkembangan dan perubahan yang telah dibuat oleh pihak sekolah kerana
sebelum ini beliau belum lagi berkesempatan untuk singgah ke SK Paka II kerana
terdapat mesyuarat penting yang perlu dihadiri.

4.16 Mengucapkan terima kasih dan tahniah sekali lagi kepada semua yang terlibat
dalam mesyuarat kali ini.

4.17 Beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 20 ini dengan lafaz
Bismillah.

22

AGENDA 5 : MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT
Pembentang : YDP Encik Ahmad Burhan bin Buang
Pencadang : Pn. Nuramirah Ayuni binti Zolkepli
Penyokong : Pn. Maizatul Akmal binti

AGENDA 6 : PEMBENTANGAN DAN MENERIMA LAPORAN AKTIVITI PIBG
Pembentang : En.Suhadi bin Musa
Pencadang : Pn. Nuramirah Ayuni binti Zolkepli
Penyokong : Pn. Maizatul Akmal binti Latif

AGENDA 7 : PEMBENTANGAN DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN
Pembentang : Pn. Ruzieana Binti Hashim
Pencadang : Pn. Maizatul Akmal binti Latif
Penyokong : Pn. Siti Julia binti Hj. Mohd

AGENDA 8 : MEMBAHAS DAN MENERIMA USUL

8.1 Puan Siti Julia Hj Mohd mencadangkan :

8.1.1 wujudkan 1 tabung dana di kalangan ibubapa setiap kelas utk kegunaan apa-
apa aktiviti bersama di dalam kelas.

- Cadangan ini dipersetujui oleh YDP dan merancang untuk membuat lantikan ahli
jawatankuasa atau wakil dalam kalangan guru dan ibubapa di setiap kelas. Tabung
ini diwujudkan bertujuan untuk keceriaan kelas, dana kepada murid dan segala
masalah sampai kepada PIBG. Tabung dana dan lantikan ahli jawatankuasa ini
akan dilaksanakan pada tahun 2022.

8.1.2 Sebulan sekali ibubapa bersama murid adakan gotong royong di dalam kelas
masing-masing.

- Gotong royong secara perdana tidak boleh dilakukan buat masa sekarang. Ahli
jawatankuasa PIBG yang telah dilantik setiap kelas boleh merancang gotong royong
scara kecil-kecilan. PIBG akan memperuntukkan sedikit sumbangan untuk bantu
ceriakan kelas demi keselesaan murid-murid.

23

8.2 Puan Sohana Omar mencadangkan :

- Kebersihan dan keceriaan di pintu masuk utama perlu dipertingkatkan
memandangkan ianya merupakan laluan utama pelawat. Berharap pihak sekolah
dapat memastikan dan mengekalkan tahap kebersihan kawasan persekitaran
terutamanya kawasan pondok jaga.

- Usaha untuk mencantikkan kawasan pintu masuk sekolah sedang dijalankan.
Sebelum ini beberapa guru dan ibubapa telah membantu memperkemaskan
landskap yang sedia ada di kawasan pondok pengawal. Perkara ini juga sudah
dalam makluman guru besar.

8.3 Puan Maziah Binti Azib mencadangkan :

8.3.1.Perbanyakkan kelas online daripada offline semasa PdPR.

- Pihak pengurusan menggalakkan guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa
Melayu, Sains dan Matematik untuk membuat kelas secara online. Tetapi untuk
mata pelajaran lain, pihak sekolah perlu mengikut saranan KPM iaitu menggunakan
cara yang terbaik untuk semua.

8.3.2.Sekiranya tidak boleh Google Meet dicadangkan menggunakan kaedah Voice
Chat dalam telegram atau whatsapp.

- Pihak sekolah juga telah menerima rungutan daripada ibu bapa yang bekerja dan
hanya mempunyai 1 telefon sahaja dan terpaksa meminta anak-anak untuk belajar
pada waktu malam. Dan penyelesaian terbaik adalah menyediakan modul kepada
murid-murid.

- Guru-guru telah menyediakan modul dan meletakkan modul tersebut di pondok
pengawal untuk memudahkan ibu bapa atau penjaga mengambilnya. Ucapan
terima kasih kepada PIBG kerana telah memberi sumbangan kertas untuk membuat
modul kepada murid-murid.

8.4 Mohamad Rashidi Bin Mohd Hassan mencadangkan :

Memastikan tandas sentiasa bersih dan air tidak bocor.

- Pihak sekolah telah berusaha sedaya upaya untuk memastikan kebersihan tandas.

- Masalah kebocoran air di dalam tandas telah di laporkan kepada PPD dan JKR,

namun masih belum ada tindakan lagi. Pihak sekolah telah cuba membaiki untuk

mengatasi masalah-masalah ini.

24

8.5 En.Mohd Marzuki Bin Mohamad mencadangkan :

Mohon pihak sekolah memperkemaskan lagi SOP dan normal baharu kepada
pelajar pelajar supaya mereka lebih faham tentang Covid-19

- Pihak sekolah telah menampalkan poster tentang covid di setiap laluan, di kantin
termasuk lah di dalam kelas serta persekitaran sekolah untuk memperingatkan
tentang menjaga SOP kepada murid dan guru.

- Pihak sekolah telah menyediakan “Hand Sanitiser” di setiap kelas termasuk
penjarakkan di dalam kelas.

- Ibu bapa juga telah diperingatkan supaya menghantar anak yang sihat sahaja ke
sekolah untuk memastikan keselamatan murid serta mengharapkan ibu bapa
datang awal bagi mengelakkan anak-anak berkumpul dan bermain di sekolah agar
tidak melanggar SOP.

8.6 En. Wan Mohd Fazamiza mencadangkan :

Mohon perbanyakkan kelas google meet untuk Tahun 1 supaya mereka lebih
mudah untuk memahami pelajaran.

- Penggunaan Google Meet tidak sesuai untuk Tahap 1 kerana ibu bapa bekerja dan
terpaksa berkongsi telefon bimbit.

- Masalah penggunaan data di kalangan ibu bapa juga terbatas untuk memberikan
kerjasama. Penggunaan Google Meet kurang berkesan untuk Tahap 1 tapi kita
menggunakan kaedah penggunaan modul whatsapp, telegram dan buku aktiviti.

8.7 Puan Mahani Binti Teh mencadangkan :

Kelas PdPR tidak melebihi masa @waktu yang akan membebankan murid.

- Jadual telah di berikan kepada setiap guru termasuk murid tetapi di sebabkan
kekangan penyediaan alatan dan persediaan untuk Google Meet menyebabkan
kelas bermula tidak mengikut jadual yang di tetapkan.

- Di sebabkan tindakan daripada anak murid yang tidak menepati masa
menyebabkan jadual berlaku terlebih masa.

-

AGENDA 9 : ANUGERAH PDPR

Penerima anugerah murid paling cakna PDPR 3.0. Rujuk lampiran.

25

AGENDA 10 : HAL-HAL LAIN

10.1 YDP En. Ahmad Burhan bin Buang memaklumkan yang kutipan sumbangan
sebanyak RM30 bagi satu keluarga dikekalkan dan majlis sebulat suara bersetuju
dengan cadangan tersebut.

10.2 Guru Besar Ahmad Razman menyatakan respon bagi seorang bapa yang
bertanyakan Tarikh kemasukan murid ke sekolah, iaitu murid tahun 1-3 dijangka
memasuki sekolah pada tarikh 9.11.2021.

10.3 YDP menasihatkan ibubapa berhati-hati setelah pengumuman rentas negeri, dan
memastikan murid berada di dalam kedaan sihat sebelum dihantar ke sekolah,
disamping menjaga SOP kendiri. Ini kerana anak-anak sekolah rendah belum
divaksin dan hanya bergantung pada antibodi sedia ada sahaja.

10.4 YDP juga mencadangkan pelantikan wakil PIBG bagi setiap kelas, melalui peringkat
sekolah. Mereka akan terlibat secara langsung untuk apa-apa aktiviti keceriaan
kelas, gotong royong skala kecil dan sebagainya. Pihak PIBG juga bersetuju akan
mengeluarkan dana untuk keceriaan kelas.

10.5 Dari segi pemakaian ke sekolah, Guru Besar menyatakan akan mengikuti arahan
KPM iaitu membenarkan murid hadir ke sekolah dengan berpakaian munasabah,
walaupun tidak memakai seragam dan tidak membebankan ibu bapa.

10.6 Jadual untuk persekolahan dan penggiliran telah disediakan oleh pihak sekolah dan
akan diberikan kepada murid-murid nanti. Guru Besar amat berharap ibu bapa
mematuhi jadual penggiliran yang telah ditetapkan bagi melancarkan urusan.

AGENDA 11 : UCAPAN PENUTUP

11.1 YDP mengucapkan selamat meneruskan tugas kepada semua AJK. Beliau
berharap agar hubungan PIBG dan komuniti SK Paka II terus terjalin demi
kepentingan anak-anak di masa depan. Sekiranya, ibu bapa mempunyai sebarang
persoalan dan permasalahan semasa, boleh sentiasa berhubung dengan beliau
selaku YDP yang menjadi jambatan penghubung antara sekolah, ibu bapa dan
masyarakat bagi mencari sebarang penyelesaian yang efektif.

26

11.2 Guru Besar mengharapkan kehadiran murid-murid ke sekolah dengan perasaan
yang gembira, walaupun kekangan pelbagai cara. Pihak sekolah akan sedaya
upaya membantu murid dari segi penyediaan mental dan fizikal serta prasarana
yang mencukupi bagi proses pengajaran dan pembelajaran.

11.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari.

Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

………………………… ………………………….
(SUHADI BIN MUSA) (AHMAD BURHAN BIN BUANG )
Setiausaha Kehormat PIBG Yang Dipertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Paka II Sekolah Kebangsaan Paka II
23100 Paka, Terengganu. 23100 Paka, Terengganu.

27

LAPORAN AKTIVITI PIBG 2020/2021

BIL TARIKH AKTIVITI

1 01.03.2021 Gotong royong (persediaan pembukaan sekolah)
2 02.03.2021 Pemasangan penutup longkang di tempat parkir ibu bapa.

3 06.05.2021 Pengagihan barangan untuk anak yatim dan juga keluarga yang
kurang berkemampuan semasa covid

4 31.07.2021 Membaikpulih atap Prasekolah yang rosak

5 15.09.2021 Sumbangan hadiah untuk pertukaran Cikgu Hamzah (PK HEM)

6 18.10.2021 Pembinaan pondok menunggu/penyuraian murid

7 23.10.2021 Mesyuarat Agung PIBG kali ke-20

8 24.10.2021 Pengagihan cabutan bertuah sempena Mesyuarat Agung PIBG

9 08.11.2021 Pengagihan alat tulis untuk semua murid
sesi Persekolahan Fasa 4

10 November Pemasangan ‘whiteboard magnetic’ untuk Tahun 1 hingga 6

11 16.11.2021 Pembinaan laluan berbumbung Prasekolah

12 21.11.2021 Penyampaian hadiah PDPR murid terbaik dan Ibubapa Cakna
PDPR

13 02.12.2021 Sumbangan kepada Tokoh Murid Tahun 6

14 29.12.2021 Sumbangan kepada Ustazah Rohani Binti Draman yang
ditimpa banjir

15 04.01.2022 Pemasangan paip air di paras 1 dan 2

16 08.02.2022 Sumbangan hadiah pertukaran guru (7 orang)

17 Februari Pembinaan pagar kedua dan laluan PPKI

28

CADANGAN USUL MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-21 2022/2023

BIL PEMBAWA USUL PENYELESAIAN
USUL

1. MOHD Mengaktifkan semula group telegram dan

FARHAN BIN Facebook rasmi sekolah untuk memaklumkan

MAT HASSAN aktiviti/program di sekolah lebih awal kepada

ibu bapa. Ia juga boleh digunakan untuk

memperkenalkan youtube rasmi sekolah.

Ibubapa akan mendapat banyak info mengenai

aktiviti sekolah supaya lebih yakin dengan visi

dan misi sekolah.

Menyediakan Google Form atau 'template'
untuk ibu bapa mengisi dan menyediakan surat
cuti kepada pihak sekolah.

Penyediaan telefon awam untuk murid-murid
menghubungi ibu bapa sekiranya perlu.

2. FAUZIAH Perlu adakan baju mengikut warna rumah
NGAH sukan pada hari Rabu (1M1S).

3. AZLIDAWATI Sediakan air penapis (sejuk sahaja) untuk
BINTI ALIAS kegunaan pelajar.

4. MAZIATUL Masalah parking kereta ketika balik sekolah.

AKMAL BINTI Masalah ini sudah lama. Saya mohon pihak

LATEF PIBG & sekolah sentiasa mengingatkan ibu

bapa kerana daripada pengamatan saya setiap

kali waktu pulang, ibu bapa akan buat double

parking. Keadaan ini menyebabkan lalu lintas

jadi tidak teratur. Pelajar yang hendak melintas

jalan agak kelam-kabut kerana penglihatan

mereka terganggu dengan situasi kereta yang

tidak parking secara sistematik. Saya tahu ini

adalah sikap segelintir ibu bapa sahaja yang

tidak ambil cakna dengan keadaan ini.

29

5. MALINA Pihak sekolah perlu wujudkan Zebra Crossing

SUHAIZA BT di antara tempat menunggu ke parking kereta

SULAIMAN ibu bapa di luar. Ia bertujuan untuk keselamatan

anak-anak semasa melintas.

Pihak sekolah patut mengadakan permanent
information board di area tempat menunggu
anak-anak. Sekolah boleh letak segala
informasi untuk rujukan dan info kepada ibu
bapa dengan lebih kemas & teratur.

6. MOHD Kebersihan tandas murid tidak memuaskan.

SYAZRIL BIN Anak saya sentiasa mengelak dari membuang

SHAABAN air di sekolah. Keadaan tandas yang berbau

busuk dan ada kehadiran kelawar di dalam

tandas.

Cadangan saya agar kebersihan tandas lebih
terjaga dengan menyediakan getah paip untuk
memudahkan murid membersihkan diri. Selain
itu, menyediakan penyangkut baju yang
digantung tidak terlalu tinggi di pintu tandas.
Manakala, tandas perlu dicuci setiap kali sesi
sekolah berakhir dan dipantau kebersihannya
dari semasa ke semasa. Harap pihak sekolah
lebih prihatin dengan masalah yang diutarakan
demi kesejahteraan murid.

7. MAZIAH BINTI Guru bekerjasama dengan ibu bapa untuk

AZIB membaik pulih sebarang kerosakan yang

berlaku di bilik darjah kerana anak beritahu ada

lantai yang berlubang.

Ibu bapa disarankan turut memberi sumbangan
dari segi wang atau tenaga untuk membaik
pulih kerosakan seperti lantai berlubang, kipas
tidak berfungsi dengan baik dan sebagainya
kerana peruntukan dari kementerian sangat
lambat.

8. NORAZILLA Elakkan menjual permainan di koperasi
BINTI BIDIN sekolah.

30

SENARAI JAWATANKUASA PIBG
SK PAKA II, 2022/2023

YANG DIPERTUA PIBG : …………………………………………………
NAIB YANG DIPERTUA : …………………………………………………
SETIAUSAHA KEHORMAT : …………………………………………………
BENDAHARI KEHORMAT : …………………………………………………

AJK IBU BAPA:
1 .………………………………………………………
2. ………………………………………………………
3. ………………………………………………………
4 ………………………………………………………
5 ………………………………………………………
6. ……………………………………………………...

AJK GURU (DI LANTIK OLEH PIHAK SEKOLAH)
.…………………………………………………………
.…………………………………………………………
.…………………………………………………………
.………………………………………………………….
.………………………………………………………….

PEMERIKSA KIRA-KIRA
1 …………………………………………………………..
2. …………………………………………………………

31

PENYATA KEWANGAN PIBG 2021/2022

32

Sekalung Penghargaan &
Terima Kasih

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Paka II
merakamkan jutaan penghargaan dan ucapan terima kasih

kepada :

YM. Hj Tengku Amran bin YM. Tengku Awang
CEO TMM Engineering Servises Sdn. Bhd.

En. Ahmad Burhan bin Buang
(YDP PIBG)

En. Ahmad Razman Bin Abd Rahman
(GB SK Paka II)

Dif-dif Jemputan
AJK PIBG

Penyumbang Individu
Guru-guru SK Paka II

Ibu bapa
Kedai Sekolah
Kantin SK Paka II

Dan semua yang telah terlibat secara langsung dan
tidak langsung dalam menjayakan

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-21, 2022.

33


Click to View FlipBook Version