The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mohd Jamil, 2024-05-10 00:30:13

buku program mesyuarat pibg ke 46, 2024

buku program mesyuarat pibg ke 46

1


2 Perkara m/s 1. Kata-kata aluan daripada 3 Yang Dipertua PIBG 2. Kata-kata aluan daripada 4 Guru Besar SK Bukit Selambau 3. Aturcara Majlis 5 4. AJK Uruskendali Mesyuarat 6 Agung PIBG 2023/2024 5. Agenda Mesyuarat 7 6. Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45 7 7. Laporan aktiviti Tahunan PIBG 13 Sesi 2023 /2024 8. Laporan Kewangan PIBG 2023/2024 15 9. Lampiran Jawatankuasa PIBG 2022/2024 16 Cadangan /Usul Ahli 17 ISI KANDUNGAN


3 KATA-KATA ALUAN Yang Dipertua PIBG Sesi 2023/2024 Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Segala pujian tertentu bagi Allah, tuhan sekalian alam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., keluarganya serta para sahabatnya. Dalam kesempatan ini, ingin saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya jua dapat saya mencoretkan sepatah dua kata dalam ruangan ini. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan wadah yang bertanggungjawab memikul amanah membantu menggilap kecemerlangan anak-anak amnya dan memperkasakan SK Bukit Selambau khususnya. Komitmen yang padu dalam kalangan anggota PIBG akan menjanjikan kejayaan dan kepuasan bagi melahirkan insan cemerlang iaitu bangsa Malaysia yang bertanggungjawab dan berbakti untuk agama, nusa, dan bangsa. Sebuah sekolah yang mencapai kejayaan yang melebihi sasaran dalam bidang akademik dan kokurikulum sesungguhnya disokong oleh kemantapan PIBG. Melalui PIBG, diharap semua pihak dapat mencambahkan idea-idea bernas serta buah fikiran yang berupaya meningkatkan lagi prestasi akademik dan kokurikulum SK Bukit Selambau bagi melahirkan insal kamil yang bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Saya yakin bahawa segala program yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semua pihak khususnya PIBG haruslah memainkan peranan yang lebih efektif untuk kecemerlangan murid-murid dan SK Bukit Selambau ini. Marilah kita sama-sama mendokong dan membuat perancangan rapi bagi memajukan SK Bukit Selambau selari dengan perubahan arus perdana hari ini. Usaha-usaha dan penambahbaikan berterusan perlu dilakukan segera agar kita tidak akan ketinggalan. Akhir kata, saya amat berharap barisan peneraju PIBG yang dilantik sesi 2024/2026 bersikap proaktif dalam merangka dan melaksana program PIBG yang mampu menjana kecemerlangan. Sekian, terima kasih. ………………………………………………………. (TUAN HAJI ROMLAN BIN AHMAD,B.K.M) Yang Dipertua PIBG SK Bukit Selambau Sesi 2022/2024


4 KATA-KATA ALUAN Guru Besar SK Bukit Selambau Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Malaysia Madani. Syukur ke hadrat Allah S.W.T. dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita bersama-sama mengadakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bukit Selambau kali ke-46. Syabas dan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG 2023/2024 yang telah berusaha secara bersungguh-sungguh untuk menjayakan program pada hari ini. Pendidikan merupakan satu pelaburan yang menjadi penanda aras kepada kecemerlangan sesebuah negara. Misi sekolah adalah untuk membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti dalam memenuhi aspirasi negara kita, Malaysia. SK Bukit Selambau telah merangka satu perancangan strategik yang diharap dapat digapai sama ada dalam bidang akademik, kokurikum mahupun sahsiah pelajar. Justeru, PIBG perlu menunjukkan inisiatif serta komitmen yang tinggi dan memikul tanggungjawab dengan penuh iltizam dan azam yang kental dalam usaha menjana kecemerlangan sekolah . Menyedari perubahan ini, maka peranan PIBG cukup hebat dalam membantu pihak sekolah menjana personaliti cemerlang dan masa depan yang cerah untuk anak-anak pada abad 21 yang serba mencabar ini. Sokongan padu ibu bapa dan komuniti setempat melalui PIBG untuk menyumbang idea, material, sokongan moral dan tenaga demi kemajuan anak-anak kita menjadi pemangkin positif dan diharapkan akan menjadi suatu kesinambungan kecemerlangan untuk warga SK Bukit Selambau. Akhir kata, semoga usaha murni kita mendapat keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T hendaknya. PIBG dan sekolah perlu bersikap bagai aur dengan tebing demi menjamin kejayaan agenda pendidikan. Lantaran itu diharap PIBG SK Bukit Selambau terus mara dan pro aktif dalam usaha merealisasikan visi dan misi sekolah seterusnya mencipta kegemilangan SK Bukit Selambau di mata dunia. Sekian, terima kasih. (PN SITI FATIMAH BINTI BAHARUM) Guru Besar SK Bukit Selambau


5 8.00 PAGI : PENDAFTARAN KEHADIRAN 8.30 PAGI : KETIBAAN JEMPUTAN 9.30 PAGI : MAJLIS PERASMIAN DIMULAKAN UCAPAN ALUAN PENGACARA MAJLIS BACAAN DOA UCAPAN YANG DI-PERTUA (ydp) PIBG, TN. HJ. ROMLAN BIN AHMAD UCAPAN PERASMIAN GURU BESAR/PENASIHAT PIBG 9.30 PAGI JAMUAN 10.15 PAGI MESYUARAT AGUNG PIBG DIMULAKAN PENYAMPAIAN CENDERAHATI CABUTAN BERTUAH 1.00 TGH MAJLIS BERSURAI ATURCARA MAJLIS


6 JAWATANKUASA URUSKENDALI MESYUARAT AGUNG PIBG SK BUKIT SELAMBAU KALI KE-46 A. JEMPUTAN & BUKU PROGRAM 1.EN. MOHD JAMIL BIN ABDUL GHANI (K) 2.EN. EN. AHMAD TARMIZI BIN MAT IDRIS 3. PN. AFIDA BT SOGA B. BANNER,PUBLISITI & DOKUMENTASI 1. EN.MOHD SAHUREN BIN SHAHABUDIN(K) 2. PN. CHIN CHAI BEE 3. EN. SYED SHOFIAN BIN SYED SHAFIE C. PEMILIHAN USUL 1. EN. MOHAMAD AZLEE B MOHAMAD SAIN (K) 2. EN.MOHD NOOR BIN HASSAN D. HAMPER / CENDERAHATI / CABUTAN BERTUAH 1. PN. MARINA BINTI ABDUL HAMID (K) 2. PN. SUMIJAH BT JIRAN 3. PN. NAZREEN BT ABDUL RAHIM 4. PN. RUSMINA BT DAHLIM 5. EN ZULHEZRI B MOHD NOR 6. EN. DAVINDRAN A/L ANDIAPPEN 7. PN. HAYATI BINTI USEN HARUN 8. PN. NOOR AKMAL BINTI MOHD NOR E. SIARAYA 1. EN. TAUFIK BIN MAHMUD (K) 2. EN. RIDUAN B MD DAUD F. PERSIAPAN DEWAN 1. EN. SIVA PRAKASH A/L PATHMANATHAN(K). 2 EN. NASIR BIN MOHD NOOR 3. EN MOHAMAD SOLAHUDDIN BIN ISMAIL 4. EN. MOHAMAD KHUSHAIRI B ABD RAHMAN 5. EN. MOHD AMNI B ABDUL RAZAK G. HIASAN PENTAS 1. EN. HAMSHAH BIN ALI (K) 2. PN. SUZIEWATY BT MOHD NASERUN 3. PN. MASHITHOH BINTI SAID 4 PN. NOOR ANIZA IZZATI BT. ANUAR NIZAN H. JAMUAN VIP 1. PN. ZURAINI BT. ABDUL LATIB (K) 2. PN. ROZAINI BT MOHD RAHIM 3. PN. MAIZIATUN FARIZA BT AHMAD MUSTAFA 4. CIK MUNA BT MANSOR 5. PEKERJA SEKOLAH I. JAMUAN WARIS 1. PN. SAKINAH BT AYOB (K) 2. PN. NAZREEN BT ABDUL RAHIM 3. PN. ZAHATUNBANI BT OTHMAN 4. PN. SUHAIZURA BT SALIH 5. PN. HASLINDA BINTI ABD HALIM J. PENDAFTARAN WARIS 1. PN. YUSNIDA BT MD YUSOFF (K) 2. PN. NOR RAFNIE ELAINE BT YAHYA 3. PN. SYAFIYATI BINTI OSMAN@MANSOR K. PENCATAT MINIT 1. EN. MOHD AIZAM BIN ABD AZIZ (K) 2. PN. MARDHIAH BT MUSTAFA 3. CIK NORBAIZURA BT ABD RAHIM 4. PN NUR NABIHAH BT JAUHARI L. JURUACARA 1. EN. MOKHTAR BIN MOHAMAD(K) 2. PN. SURIANI BT AHMAD SUKAIMI M. BACAAN DOA 1. EN. MOHD FAUZI BIN ZAKARIA N. JURUFOTO EN. AHMAD RIFAAI BIN HUSAIN O.SAMBUTAN 1. PENTADBIR SKBS 2. YDP DAN NYDP PIBG


7 AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-46 1) Melantik pengerusi mesyuarat. 2) Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-45. 3) Perkara-perkara berbangkit 4) Membentang dan menerima laporan aktiviti bagi tahun 2023/2024 5) Membentang dan menerima Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2023 6) Membahas dan menerima usul 7) Pembubaran JK 2022/2024 dan pelantikan Jawatankuasa Sesi 2024/2025 8) Hal-hal lain 9) Ucapan Penangguhan ______________________________________________________________________________________ MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT SELAMBAU, KALI KE-45 Tarikh : 10 Jun 2023 Masa : 10.30 pagi Tempat : Dewan SK Bukit Selambau Kehadiran : 169 orang AGENDA MESYUARAT AGUNG i) Melantik Pengerusi Mesyuarat 1) En. Che Din bin Darus mencadangkan En. Romlan bin Ahmad mempengerusikan mesyuarat, disokong dan dipersetujui sebulat suara. ii) Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung kali ke-44 2) En. Mohd Jamil bin Abdul Ghani selaku setiausaha membentang Minit Mesyuarat Agung kali ke44 dengan merujuk kepada lampiran di muka surat 6,7 dan 8 dalam Buku Mesyuarat Agung diteliti dan disahkan. 3) En. Abdul Ghani b Ismail mencadangkan agar minit mesyuarat kali ke-44 disahkan dan disokong oleh En Ramli bin Mohamad.


8 iii) Perkara Berbangkit 4) En Abdul Ghani b Ismail merujuk kepada Usul 1 berkenaan pemasangan bumbung dan minta dipercepatkan. Respon Guru Besar : Sekolah telah memohon sumbangan kepada pihak TNB dan akan membuat permohonan susulan dari masa ke semasa. Respon YDP : Mencadangkan diadakan gotong-royong di kalangan ahli-ahli PIBG. Juga mencadangkan sekolah melalui PIBG membuat permohonan kepada MPSP untuk membuat bumbung pejalan kaki berhampiran pagar sekolah iaitu di kawasan waris menunggu murid. 5) En Che Din Darus mencadangkan diwujudkan ‘Drive Thru’ berbumbung yang boleh menurunkan murid dalam satu arah laluan. Respon YDP : Kawasan tersebut bukan termasuk kawasan sekolah sebaliknya adalah di bawah kuasa MPSP. iv) Membentang dan menerima Laporan Aktiviti 2022/2023 6) En. Mohd Jamil bin Abdul Ghani selaku setiausaha membentang laporan aktiviti dengan merujuk kepada lampiran muka surat 9 dan 10 di dalam Buku Mesyuarat Agung diterima dan disokong. 7) En Rosidi bin Yunus mencadangkan laporan aktiviti diterima. Disokong sebulat suara. v) Membentang dan Menerima Penyata Kewangan Berakhir pada 31 Mei 2023. 8) En. Ahmad Tarmizi bin Mat Idris selaku Bendahari membentangkan Penyata Kewangan dengan merujuk buku mesyuarat pada halaman 11 untuk diterima dan disahkan. 9) Pn. Ansuhaila bt Badri mencadangkan penyata kewangan diterima dan disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat. vi) Membahas dan Menerima Usul 10) Usul 1 : Amir Shah Izwan Mencadangkan pihak sekolah membina bonggol di tempat murid melintas jalan di hadapan sekolah. Respon YDP : PIBG boleh mencadangkan. Ianya adalah di bawah bidang kuasa JKR. Juga boleh diletakkan tanda amaran kanak-kanak melintas di tempat tersebut. Usul 2 : Mohd Hafis b Mohd Nazri Hentikan jualan makanan tidak berkhasiat di kantin sekolah. Respon GB : PK HEM telah memaklumkan dan membuat teguran kepada kantin dengan merujuk kepada pekeliling yang berkaitan.


9 Usul 3 : Juraini bt Dahari Tempat berteduh waris. Respon YDP : Telah dibincangkan dalam perkara berbangkit. Usul 4 : Norfazilah bt Razak Guru memaklumkan informasi dalam aplikasi whatsapp waris. Respon GB : Pihak pengurusan sekolah menggunakan whatsapp sebagai satu cara menyampaikan maklumat dengan tepat kepada ibu bapa. Ibu bapa dinasihatkan untuk tidak meninggalkan group tersebut dan mengemaskini nombor telefon sekiranya bertukar. Usul 5 : Mohd Rijal Fikri dan Mohd Rusydi b Abd Aziz -Bantuan RMT diperbanyakkan -Buku teks yang diberikan kepada murid-murid yang rosak atau koyak perlu dibaik pulih. -Kurangkan yuran PIBG bagi anak-anak yang ramai -Pantau jualan di koperasi Respon GB :RMT - Pemilihan penerima RMT dilakukan KPM berdasarkan pendapatan perkapita (RM311.00) ke bawah dan pendapatan isi rumah (RM1190.00) ke bawah. Seramai 231 murid layak mendapat bantuan RMT. Buku Teks – Meminta waris memulangkan buku teks yang diterima dalam keadaan rosak. Boleh berbengkel untuk baik pulih. Koperasi – Guru Besar sentiasa memantau penjualan alat tulis dan seni. Koperasi juga banyak memberi sumbangan contohnya pemberian buku kepada 50 murid miskin dan sumbangan ais krim kepada murid dalam majlis-majlis tertentu. Yuran PIBG – YDP memaklumkan hanya dikenakan satu bayaran bagi setiap keluarga.


10 Usul 6 : Abdul Ghani bin Ismail RMT disediakan pada waktu rehat. Respon GB:Ramai penerima RMT tidak makan pada waktu pagi. Tidak dapat disediakan pada waktu rehat kerana kerusi meja tidak mencukupi. Oleh itu, murid boleh membawa bekas makanan untuk disimpan dan dimakan pada waktu rehat. Usul 7 : Norman b Che Mansor Baju sukan ditukarkan kepada kain jersi. Baju sukan sekarang mudah rosak. Mengetatkan lagi kawalan keselamatan sewaktu murid datang dan balik. Respon GB – Pertukaran akan melibatkan semua murid. Jika semua bersetuju, baju sukan baru akan dimulakan pada tahun hadapan iaitu bagi sesi 2024/2025. -Semua bersetuju. Usul 8 : Hasfanizam b Abu Hassan Adakan kelas tambahan bagi pelajar tahun 5 Respon GB : Akan dipertimbangkan. Usul 9 : Jaafar bin Che Ali Memperluaskan laluan keluar masuk kereta Respon YDP : Telah dijawab. Usul 10: Azura bt Kassim Bayaran PIBG dipertimbangkan terutama kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai. Sebelum ini bayaran hanya dikenakan kepada seorang sahaja bagi mewakili adik beradik yang lain yang bersekolah di situ. Respon YDP : Telah dijawab Usul 11: Abdullah b Talib Guru memberi informasi terkini kepada para ibu bapa seperti sekiranya murid-murid akan pulang awal dari sekolah. Respon YDP : Telah dijawab.


11 Usul 12: Mohd Syazfenaz b Nordin Membina bumbung di tapak perhimpunan untuk keselesaan guru dan murid. Respon YDP : Telah dijawab. vii) Hal-hal lain. 11) En. Md Farouk meminta pihak seklah menyediakan penapis air untuk murid sesi petang minum ketika menghadiri kokurikulum. Respon GB : Telah disediakan water cooler di hadapan pusat sumber. Cadangan ini akan dipertimbangkan dengan mencari dana untuk menyediakan water cooler tambahan. Respon YDP: Tidak mahu yang ada ansuran bulanan kerana boleh menimbulkan masalah pembayaran apabila guru yang menguruskannya bertukar sekolah. 12) En. Amir Syah Izuan meminta pihak sekolah mengeluarkan surat permohonan untuk pembinaan bonggol jalan. Respon YDP : Akan diuruskan oleh YDP sendiri melalui pihak sekolah. 13) Guru Besar mencadangkan Sumbangan khas dan bayaran tambahan sekolah ditambah dari RM20.00 ke RM25.00 bagi setiap murid bagi tujuan keceriaan bilik darjah, bahan-bahan banner, keceriaan sekolah, kertas pentaksiran UASA/ujian, PAJSK/PBS, modul-modul pembelajaran, program peningkatan kurikulum dan sahsiah, penyelenggaraan komputer, bayaran kepada PKG (RM2.00) bagi setiap murid, cenderahati Tahun 6 sebagai kenangan dan program kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum. Respon YDP : Akan dimaklumkan dan dimohon serta disahkan oleh JPN. Setelah disahkan barulah kutipan boleh dijalankan. Respon En. Abd Jalil bin Ismail : Meminta dikekalkan RM20.00 dan sekolah mengadakan kutipan apabila perlu dengan menyediakan kertas kerja berkaitan. Respon YDP : Perlu ditentukan jumlah dan diputuskan dalam mesyuarat untuk permohonan kelulusan kutipan kepada JPN. Boleh bayar secara ansuran untuk meringankan beban waris tetapi perlu dijelaskan tanpa tunggakan. Respon bendahari : Memaklumkan bayaran adalah RM30.00 untuk sumbangan PIBG bagi setiap keluarga tanpa mengira jumlah anak bersekolah dan RM20.00 bagi setiap murid


12 untuk digunakan dalam program sekolah seperti yang telah diperjelaskan oleh Guru Besar. Respon : En. Ramli b. Mohamad mencadangkan bayaran tambahan berjumlah RM25.00 untuk setiap murid SK Bukit Selambau diterima dan dipersetujui. Disokong oleh En. Amir Shah Izuan. 14) En. Che Din Darus mencadangkan kedudukan kantin diubah ke hadapan sekiranya mendapat kelulusan pembinaan dewan terbuka. Dewan tersebut lebih sesuai dibina di bahagian belakang atas faktor keselamatan dan tumpuan murid. Respon YDP : Masih ada masa untuk perbincangan antara pihak sekolah dengan PIBG. Pihak PIBG menyokong cadangan ini. Perlu melihat rasional dan peraturan yang perlu dipatuhi. 15) Pn. Sapinah bt Che Hussein memaklumkan sesiapa yang memerlukan cop pengesahan borang daripada ketua kampung boleh berhubung dengan beliau. Bawa kad pengenalan dan dokumen yang lengkap. viii) Ucapan penangguhan. 16)YDP mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua ibu-bapa yang hadir. Menegaskan bahawa mesyuarat PIBG ini adalah merupakan wadah perjumpaan antara ibu bapa dan sekolah. Juga terima kasih kepada pihak sekolah, pentadbir, AJK dan semua waris yang terlibat. Penglibatan PIBG juga ada batasannya seperti tidak boleh mengadakan banner membantah pentadbir dan sebagainya. Tugas PIBG adalah menyalurkan bantuan dan berusaha mencari dana membantu pihak sekolah. Memohon doa semua supaya hasrat pembinaan dewan sekolah, bangunan baru dan menjadikan sekolah kepada satu sesi dapat disegerakan. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengahari. ......................................................... (MOHD JAMIL BIN ABDUL GHANI) (HAJI ROMLAN BIN AHMAD) Setiausaha PIBG SKBS Yang Dipertua PIBG SKBS


13


14


15 Laporan Kewangan PIBG 2023/2024


16 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SESI 2022/2023 & 2023/2024 SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT SELAMBAU Bil Jawatan Nama 1 Pemegang Amanah Pn. Rosmizaroni bt Azizan (PK 1) 2 Pemegang Amanah En. Mohd Nazarudin bin Ishak (PK HEM) 3 Penasihat Pn. Siti Fatimah bt Baharum (Guru Besar SKBS) 4 Yang Di Pertua En. Romlan Bin Ahmad 5 Naib Yang Di Pertua En. Mohamad Shukur Bin Badri 6 Setiausaha En. Mohd Jamil Bin Abdul Ghani 7 Bendahari En. Ahmad Tarmizi bin Mat Idris 8 Ahli Jawatankuasa Guru En. Mohd Sahuren bin Shahabudin 9 Ahli Jawatankuasa Guru En. Mohamad Khushairi Bin Abd Rahman 10 Ahli Jawatankuasa Guru En. Riduan bin Md Daud 11 Ahli Jawatankuasa Guru Pn. Suriani bt Ahmad Sukaimi 12 Ahli Jawatankuasa Guru Pn. Sumijah bt Jiran 13 Ahli Jawatankuasa Guru Pn. Rozaini bt Abdul Rahim 14 Ahli Jawatankuasa Guru Pn. Zuraini bt Abdul Latib 14 Ahli Jawatankuasa Waris Pn. Anis Fahimah bt Md Yusof 15 Ahli Jawatankuasa Waris Pn. Sapinah bt Che Hussein 16 Ahli Jawatankuasa Waris Pn. Nur Azlida bt Mohd Radzi 17 Ahli Jawatankuasa Waris Pn. Rozita bt Bahrom 18 Ahli Jawatankuasa Waris Pn Norhisam bt Aznan 19 Pemeriksa Kira-kira 1 En. Mohd Noor bin Hassan 20 Pemeriksa Kira-kira 2 En. Mohd Fakrol Rozi bin Jaafar


17 CADANGAN / USUL AHLI BIL USUL CATATAN 1 Pengusul : Mohd Sobri bin Isahak Mencadangkan agar pihak sekolah memohon kepada JKR untuk meninggikan lintasan Zebra Cross di hadapan sekolah untuk keselamatan murid-murid. Anak; Nur Nabihah Husna (5B) 2 Pengusul : Nasli bin Borhan Saya ingin bagi pendapat supaya baju sukan sekolah dapat ditukar kepada kain yang serap peluh. Harap pihak sekolah dapat pertimbangkan cadangan saya. Anak ; Muhammad Adam (3P)


18 PENGHARGAAN GURU BESAR DAN KAKITANGAN SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT SELAMBAU BERSAMA YANG DI-PERTUA SERTA AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU(PIBG) SKBS MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TELAH MEMBERI KERJASAMA DAN SUMBANGAN TENAGA, BUAH FIKIRAN DAN WANG RINGGIT BAGI MENJAYAKAN PROGRAM-PROGRAM PIBG TAHUN 2023 dan 2024 SERTA MESYUARAT AGUNG KALI KE-46 INI.


Click to View FlipBook Version