Tajuk : Raja Bindusara dan Panglima Chanakya
Tema: Kesetiaan
“Mempersilakan Raja Bindusara ke dalam istana” Laungan itu membuatkan seluruh istana
bangun untuk menjemput kedatangan Raja. Dengan langkah-langkah yang penuh keyakinan Raja
Bindusara memasuki pintu istana. Keris Panjang diraja yang disarungkan ke pingganya. Panglima
yang berada di sisinya menunjukkan haluan kepada raja ke singghasananya. Kerabat diraja
menunduk apabila Raja Bindusara melangkaui mereka tanda penghormatan kepada pembangun
empayar Maurya itu.
Apabila Raja Bindusara bersemayam di singghasananya kerabat raja mula duduk di hadapan
raja. Raja Bindusara mengangkat tangan kanannya tanda meneruskan acara tersebut. Selepas
beberapa ketika Panglima Chanakya berkata dengan Raja Bindusara. “Tuanku, sebentar lagi
majlis santapan bersama Menteri-Menteri di kamar santapan.” “Baiklah sediakan untuk majlis
santapan, beta akan beristirehat di kamar sebentar” kata Raja Bindusara lalu bangun dari
singghasananya.
Di kamar istirehat Raja Bindusara, adik Bindusara menunggu abangnya untuk bertanya
khabarnya. “Kekanda sudah sampai?” Bindusara hanya menunduk tanda menjawab pertanyaan
adik itu tadi. “ Tuanku perlu beristirehat sebelum ke majlis santapan Kartikeya” kata Panglima
Chanakya. “ Adinda akan mengikuti kekanda ke majlis santapan tersebut.” Meminta Kartikeya
kepada abangnya yang masih berdiri di hadapan pintu kamarnya. “Tidak Kartikeya kamu tidak
akan mengikuti beta,beta akan membawa Panglima Chanakya bersama beta.” Panglima
Chanakya dan Kartikeya tidak berkata apa-apa lalu Raja Bindusara masuk ke dalam bilik. “
Mengapa sentiasa kamu Chanakya? Mengapa kamu yang dipanggil oleh kekanda Bindusara?
Mengapa dia tidak ingin membawa beta kemana-mana?” Kartikeya berkata dengan hatinya bagai
terbakar dengan api. “Maafkan patik jika patik membuat sesuatu yang salah, Raja Kartikeya”
Panglima Chanakya berkata seolah kata-kata itu boleh memadam api di hati Raja Kartikeya.
Panglima Chanakya hanya menunduk kepalanya hingga Raja Kartikeya beredar dari tempat itu.
Panglima Chanakya masuk ke dalam kamar Raja Bindusara untuk memastikan semuanya dalam
keadaan baik sebelum Rajanya beradu.
Pada waktu senja selepas majlis santapan itu tamat, Raja Bindusara ingin menjumpa ahli
keluarganya sebelum beradu. Panglima Chanakya berdiri di luar kamar tersebut untuk memberi
tempat Raja sekeluarga untuk berjumpa. Tetapi tidak lama seketika, Raja Bindusara memanggil
Panglima Chanakya untuk memasuki kamar tersebut. Dengan kekeliruan Panglima Chanakya
memasuki kamar tersebut dan melihat segala ahli keluarga Raja Bindusara sedang bergembira.
“Chanakya sini, kamu juga perlu berada di sini bersama beta dan keluarga beta” kata Raja
Bindusara. “Tetapi kekanda kita bermeriah bersama keluarga kita, mengapa pula kamu
menjemputi Panglima Chanakya ke sini?” Tertanya Kartikeya. “Mengapa dengannya? Chanakya
juga seperti adinda beta, dia satu daripada keluarga kita. Chanakya mari sini dan santap santapan
yang disediakan, kamu pasti akan penat harini.” Berkata lagi Raja Bindusara. Tanpa berkata apa-
apa Panglima Chanakya melakukan seperti apa yang disuruh oleh Raja Bindusara.
Raja Bindusara dan Panglima Chanakya adalah sahabat kerab sejak kecil dimana mereka
membesar bersama-sama. Walaupun kedua-dua keturunan mereka berlainan tetapi masih
mereka berjanji antara satu sama lain bahawa mereka tetap akan bersama walau apa terjadi.
Seluruh keluarga Raja Bindusara amat menyukai akan peersahabatan mereka malah Panglima
Chanakya. Akan tetapi seorang daripada mereka tetap tidak menyukainya, iaitu Kartikeya. Ini
kerana, dia amat cemburu akan persahabatan mereka yang membuatkan dia berjauhan dengan
kekandanya. ‘ Suatu hari kamu akan tahu siapa yang perlu menjadi panglima Bindusara,
Chanakya’ berfikir Katikeya.
Suatu hari, pagi yang cerah ibarat bintang timur, Kartikeya menunggu di laluan ke Dewan
Maurya. Seketika kemudian, Raja Bindusara dalam perjalanan ke majlis pagi di Dewan Maurya.
Tiba-tiba dia terdengar bunyi seserorang bercakap. “Saya terdengar Panglima Chanakya berkata
yang dia sedang menyasarkan mata duitan Raja Bindusara, oleh itu dia hendak merompak
segalanya pada masa yang tertentu.” Kata seorang pemuda. “Bagaimanakah kamu berkata
dengan penuh yakin?” Bertanya pemuda lagi satu. “Saya terdengar yang dia nampak banyak
jongkong emas di sebuah peti berwarna merah di kamar Raja Bindusara” Menjawab pemuda itu
lagi. Raja Bindusara berasa ingin tahu siapa yang bercakap tetapi tiada sesiapa di sana. Raja
Bindusara hanya meneruskan perjalanannya dengan mengabaikan kata-kata tersebut. Tetapi
hatinya berkata, ‘Bagaimana pemuda itu berkata dengan betul, malah tentang kotak merah itu
hanyalah saya dan Chanakya yang tahu’. Pada masa yang sama Kartikeya di kamarnya, “Ambil ini,
kamu telah lakukan apa yang beta inginkan, dan malam ini jumpa beta di kamar.”
Selepas kesemua majlis telah tamat Raja Bindusara balik ke kamarnya dengan hati yang tidak
sedap. Dalam fikirannya hanyalah kata-kata pemuda itu berlarutan. Selepas masuk ke dalam
kamar itu dia terus ke peti merah di mana terletaknya jongkong-jongkong emas yang diberi oleh
arwah ayahnya sebelum meninggal dunia. Raja Bindusara berasa terkejut apabila ternampak
kunci petinya itu terbuka, lalu membukanya, seperti yang dijangkakan emas-emasnya itu telah
hilang. Raja bergegas ke katilnya untuk mencari kunci peti merah tersebut yang sentiasa disimpan
di bawah tilam semasa beradu. Seperti yang dijangkakan kuncinya hilang daripada tempat
asalnya.
Pada masa yang sama, Panglima Chanakya masuk ke dalam kamar Raja Bindusara untuk
menjemput ke santapan malam. Apabila masuk dia melihat muka Raja Bindusara yang sangat
serius. Seketika kemudian Kartikeya memasuki kamar Raja Bindusara. “Kekanda, semua ahli
keluarga kita sedang menunggu untuk ketibaan kekanda”. Kata Kartikeya. Sementara menunngu
abangnya, Kartikeya mengambil sebuah kunci dari sarung pinngangnya dan cuba memasukkan
ke dalam kain pinngang Panglima Chanakya, tetapi tidak Berjaya, oleh itu dia membiarkan kunci
itu berada di atas kain itu sahaja. “Mari kita pergi”. Kata Raja Bindusara. Apabila Panglima
mengundurkan dirinya untuk memberi laluan kepada Raja Bindusara, kuncinya itu terjatuh di atas
lantai dimana membuatkan Raja Bindusara perasan. Raja Bindusara terkejut melihat kunci peti
merah itu terjatuh dari kain Panglima Kartikeya membuatkan Raja Bindusara berasa curiga
terhadap Panglima Chanakya. Tanpa berfikir apa-apa Raja Bindusara terus memanggil pengawal
istana untuk menagkap Panglima Chanakya. “Beta telah menjaga kamu seperti adik saya sendiri,
beranikah kamu berbuat sebegitu? Pukul dia sekarang di hadapan mata beta juga” Jeritan Raja
Bindusara bagai rebut petir melanda di dalam istana. Panglima Chanakya hanya berdiam diri dan
menahan kesakitan semas pengawal itu memukulnya dengan kayu rotan.
Seketika kemudian, Dhurdara isteri Raja Bindusara masuk ke kamar Raja Bindusara bersama
dua pekerja istana. “Tolong berhentikan, Panglima Chanakya tidak mengambil jongkong-
jongkong ema situ. Emas itu berada pada Kartikeya adinda kamu. Kartikeya menyuruh dua
pekerja istana ini untuk mengambil emas itu dan membuat seperti Panglima Chanakya yang
membuatnya Raja” Terangkan Dhurdara kepada suaminya itu.
Raja Bindusara yang marah itu menyuruh pengawal membawa adiknya Kartikeya ke dalam
penjara istana. Apabila mengetahui segala perkara yang sebenar Raja Bindusara jatuh melutut di
hadapan sahabatnya Panglima Chanakya. “Minta maaf Chanakya beta telah membuat kesalahan
yang amat berat” merayu Raja. Kesetiaan Panglima Chanakya tidak mati walaupun Raja
memberikan denda atau salah faham terhadapnya.