SINOPSIS
This is about us . About what friendship means .
About who always with you . The true meaning of life
of friends that do not want their friendship to end .
SO LEARN ! We love each other and it will never
change until the last breath of ours. Even if the
distance do us apart …. The love never fades .
WE WILL ALWAYS BE THERE…WE ARE
EVERYWHERE…WE ARE…
#GRATEFUL
“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu
dustakan?”
(QS AR-RAHMAN : 13)
PENGHARGAAN
Terima kasih kepada semua yang sama sama menjayakan nukilan pendek ini.
Ini merupakan nukilan kami sekeluarga(Fairuz United 15/17).Dari yang menaip,
membaca, menghargai, mendengar, memberi pendapat dan juga tidak dilupakan
kepada yang banyak mencurah idea dan ilham. Terima kasih. Terima kasih untuk
segalanya Fairuz 15/17. Esah, AinSofea, Ireen, Adilah, Ellya, Nurin,
Iffah,Mimi,Puteri,Mahirah dan Umi.
Nukilan ini diilhamkan dari salah seorang daripada rakan kami, Nurin Jesnita
Yasmin yang dahulunya, kerap menceritakan imaginasinya berkenaan masa
hadapan setiap daripada kami. Nukilan ini bukanlah bersandarkan angan angan
semata, namun nukilan ini kami tinggalkan untuk dijadikan kenangan yang takkan
pudar dalam memori kami.
Disaat kalian membaca nukilan ini, imbaulah semula kenangan kita. Mungkin
tidak semua manis, tetapi yang pahit itula yang mengeratkan kita.Dan, walau jarak
memisahkan, memori yang terpahat, tidak mungkin hilang dikoyak waktu,walau
hari bersilih hari, walau musim berganti musim, walau zaman berganti zaman,
memori ini kan kekal abadi dan mekar buat selama lamanya.
In Loving Memories,
Aisyah Ramli (PKP TGB)
Ain Sofea Md Salleh (PKP TGB)
Ireen Adrina Eddie Ros (PKP MUAR)
Nur Adilah Mhd Tahir (PKP MUAR)
Nur Ellya Shazreena Salahuddin (PKP MUAR)
Nur Iffah Natasha Abdul Khair (PKP MUAR)
Nurin Jesnita Yasmin Zalman Iswandi (PKP TAIPING)
Nur Syamimi Mohd Satar (PKP MUAR)
Puteri Fatin Syazwani Abdul Karim (PKP MUAR)
Rabiatul Mahirah Roslan (PKP MUAR)
Umi Umairah Muzafalilaton (PKP MUAR)
Prolog
Pagi itu,sama seperti pagi semalam,aku bangun lambat. Sekali lagi. Aku dah
agak. Ini bahananya kalau bergosip tak ingat dunia semalaman. Aku pasti tiga lagi
katil di bilik tersebut sudah kosong. Aku pasti 100% mereka bertiga selaku
roomatesku dah kejut aku macam bumi nak bergegar,tapi aku yang masih tidur
mati. Aku gagahkan diriku yang masih termamai mamai seperti mendengar
laungan katil memanggil,
"Ehh,marila tidur lagi,awal lagi ni," ahh,kejam punya non-living things.
Aku mencapai toileteris ku lalu menuju ke toilet yng terletak bersebelahan
dengan bilikku. Aku sempat menjengah ke bilik Ireen yang terletak bersebelahn
toilet itu jugak. Ahh,minah ni tak bngun lagi rupanya.Aku masuk dengan niat ingin
mengejut Ireen. Baru aku perasan rupa rupanya Mimi juga tidur sekali di situ. Aku
mengejut mereka perlahan. Mimi terjaga,malas menunggu reaction Ireen ,aku
menyuruh Mimi mengejut Ireen. Lantasaku menuju ke bilik air untuk
membersihkan diri.
Seperti biasa,kalau dah lambat sorang tu,85% sure akan lambat stu kelas.
Macam kebiasaanya juga.dah tau lambat nak ke morning call,masih tergedik gedik
kami ni berlenggang nak ke DS bersarapan. Hari itu DS sediakan sarapan bubur
lambuk. Aku pasti beberapa orang daripada kami akan tambah satu pinggan lagi
sekaligus menjadikan satu kelas mkin lambat ke morning call.
Setelah semua menghabiskn juadah sarapan masing-masinh,kami mula
bergerak turun ke BA melalui jalan susur gajah,entahlah tapi bagiku kami macam
sengaja menempah bala 50% terjumpa LDP. Entahlah. Syukur aku apabila terlihat
beberapa kumpulan pelajar perempuan juga baru hendak mula tinggalkan DS
menuju ke BA. Tapi seperti pelajar perempuan yang lain,mereka lalu di jalan TAR
di hadapan surau.Kami terus berjalan menuju ke BA. Sampai di cafe,aku lihat
tapak morning call sudah mula dipenuhi dengan pelajar pelajar yang lain.
Kami mempercepatkan langkah menuju ke kelas melalui jalan belakang
DDO,sampai di blok kawasan kelas form 3,kelihatan budak kelas Berlian masih
sibuk di tempat masing masing. Bagai tidak mengendahkan morning call yang
akan dimulakan tak lama lagi.
Ketika melewati kelas Delima,perkara yang sama terjadi,malahan ada yang
sibuk membuat kumpulan seperti sedang bergosipkan sesuatu. Aku tersenyum
mempamerkan riak senang. Aku menyambung perjalanan menuju ke kelas
bersebelahan Delima.
Here i come Fairuz.
Seperti jangkaanku,semua budak lelaki yang tiba awal sebelum kmi masih
melepak mengoyangkan kaki sambil ditemani suara serak serak basah Daus.
Seperti kebiasaan pagi,pandanganku disapa Zul yang sedang menyikat
rambut,Amjad yng sedang lena terlentok,Suhaimi yang sibuk menelaah
buku,Aiman yang tekun mem'pomade'kan rambut,Wan yang sedng terleka
termenung mungkin memikirkan masa depan,Adam yang sedang membelek kamus
entah la apa, Izzat yang sibuk melepak di meja guru, Hafiz yang asyik mengiwikan
kasut, Daniel yang rajin menconteng buku dan mejanya dan Kamal yang sedang
termenung dengan muka selenganya.
Aku melempar beg di atas meja lantas menarik kerusi ke meja belakang yang
tak berpenghuni.
"Weyh,hari ni form 3 tak de morning call eh,?" Aku mengajukan soalan.
Diam. Aku tak sangka aku dilayan. Mimi memandang aku simpati sambil
membuat gerak mulut berbunyi ' aaakk,aaakk'. Ok itu kurang diajar. Aku membuat
muka toya membalas ejekan Mimi.
"Weyhhhhhhhh,layanlaaa makhluk disini,hari ni kita baca yaasin ke sampai x
de morning call bagai?" Kuat aku bertanya. Satu kelas memandangku. Dan seperti
dlam jangkaan,Hafiz a.k.a Manap a.k.a suteru pling dibenci dan dimusuhi serta
paling ingin diberi kaki mengetuai satu kelas membuat bunyi gagak yang
menyakitkan deria pendengaranku. Aku menjeling. Sudah lali dengan bunyi
tersebut.
Lalu aku membuat keputusan untuk melihat dua buah kelas berhadapan kelas
ku,Nilam dan Zamrud. Ternyata penghuni kedua-dua kelas itu juga masih sibuk
dengan urusan dunia masing masing tanpa mengendahkan morning call yang
sedang berjalan. Ok aku buat kesimpulan sendiri,form 3 takde morning call.
Tiba tiba,kelasku disergah guru bertugas," haa kelas ni kenapa x baca yassin
lagi," baru semua reti nak duduk meja masing2 pegang yaasin. Ok kelas ini
memang dasar munafik.Bacaan yaasin dimulakan diketuai oleh budak lelaki entah
siapa. Aku malas mengambil kisah. Aku sempat mencapai yaasin di rak belakang
kelas. Bacaan yaasin tersebut dibaca kami beramai 2 dengan seerentk.
Sebulan kemudian
Aku melangkah perlahan menuju keluar DDO dengan perasaan sebak di dada.
Alhandulilah. Terima kasih Ya Allah,kau telah permudahkan urusan kami
mengharungi detik-detik peperiksaan PT3 sebenar dengan mudah dan tenang.
Terima kasih Ya Allah kau telah bantu hambaMu ini.
Aku terasa ingin sujud syukur buat kedua kalinya menunjukkan betapa
merdekanya diri ini setelah Pentaksiran Tingkatan 3 tamat. Aku meneruskan
langkah dengan senyuman mekar di bibir. Makin bertambah lebar senyumanku
apabila melihat rakan rakan seperjuanganku yang lain sibuk bergembira
melaungkan kata kata azimat yang pastinya dinanti kami selama ini.Merdeka!
Aku berpling mencari rakan rakan kelasku. Aku lihat mereka sedang sibuk
berpelukan melahirkan rasa syukur diri masing masing. Aku pantas melangkah ke
arah mereka lalu ikut memeluk mereka yang tadinya berpelukan.Aku gembira.
Aku pasti mereka juga gembira. Kami berpelukan dihadapan DDO sambil
memerhatikan batchmates yang lain sibuk berpelukan juga menandakan rasa
hilangnya satu keresahan yang mengulit kami selama 9 bulan ini.
Yang perempuan sibuk berkongsi cerita mengenai plan mereka selepas
ini,manakala yang lelaki ada yang terlompat lompat sambil melaung kata Merdeka!
Tidak kurang juga ada yang sibuk bertumbuk bahu gaya bergurau meraikan
kebebasan mereka.
Aku melilaukan mata di balik keramaian itu,mencari seseorang. Aku tersenyum
apabila berjaya menjumpai kelibatnya yang sedang tersenyum gembira bercerita
dengan rakan kelasnya. Ingin ku memberanikan langkah menuju ke arahnya
mengatakan ucapan tahniah serta menghapuskan semua kejanggalan antara kami
selama ini,namun apakan daya, aku lebih rela membiarkan tanggapannya tetap
begitu kepada aku daripada memalukan diri sendiri di hadapannya.
Aku melihat semula ke arah rakan rakanku yang asyik sibuk bersembang
kegembiraan. Terpancar jelas di riak masing masing rasa kelegaan yang dinanti
selama ini. Apabila melihat batch aku yang begitu gembira,aku juga berasa
gembira. Inilah yang aku nantikan selama ini. Semangat batchmates yng aku
gemari.
Aku berharap semangat ini kekal hingga ke akhirnya jua,walau aku tahu pada
tahun akan datangnya,ada yang akan ke PKP mengejar cita cita mereka dengan
persaingan yang lebih dasyat. Ada juga yang akan pindah ke Gogo,mungkin
mengharapkan lebih kebebasan berbanding kehidupan di asrama. Dan mungkin
ada juga yang akan terus menyambung tingkatan empat di MRSM Muar
ini,mencuba menaikkan nama Muar ini setanding dengan MRSM lain yang gah.
Tapi, aku harap nanti jikalau mereka semua dah jumpa batch yang baru,mereka
tidak akan pernah lupa saat mereka melangkah keluar dari DDO ini
bersama,meraikan kemerdekaan diri berakhirnya PT3,walau tidak basar mana.
Tapi aku juga harap mereka takkan mudah lupa kenangan pahit
manis tawar masin 3 tahun hidup bersama menghadapi masalah batch bersama.
Wahai batchmates,aku doakan kau orang semua berjaya di sekolah baru.
12 tahun kemudian
"Darwish,jangan main lari lari,nanti jatuh," kedengaran suara risauku sibuk
melaung nama seorang kanak-kanak yang sedang berlari memberi peringatan agar
sentiasa berhati hati.
"Okeh mama,Darwish tak lai lai agi," pelat kanak-kanak lelaki dalam
lingkungan 3 tahun itu bersuara. Aku hanya tersenyum memandang kanak kanak
tersebut.
Mataku melilau melihat sekeliling mencari insan insan yang aku rindui. Dari
jauh kelihatan mereka sedang galak bercerita. Aku memegang kejap beg tanganku.
Sungguh aku rindukan mereka. Melihat mereka berjaya mencipta nama di dunia
dewasa melalui kejayaan mereka di dalam kerjaya masing masing juga membuatku
bangga. Aku menghampiri mereka.
"Assalamualaikum,"kataku sopan kepada kumpulan itu.
"Waalaikumsalam,........ehh weyhhhhhhh!!!!,aku rindu kau," jerit mereka teruja
ketika berpaling kepadaku,tak kurang juga ada yang memberikan reaksi muka yang
terkejut. Lantas kami berpelukan meleraikan rindu yang menggunung selama ini.
Rindu yang ditahan selama 12 tahun ini. Sungguh aku hampir menitiskan air mata
menahan sebak di kalbu.Betapa bersyukurnya aku dengan pertemuan ini. Kami
merungkai pelukan masing masing sambil tersenyum.
"Maaaamaa,"jerit seorang kanak kanak lelaki sambil meluru ke arahku secara
tiba tiba. Aku tersenyum. Dan seperti aku jangka reaksi mereka semua,
"Weyhh anak kau ke ni,comelnya," kata Ireen.
"Weyhh,aku jelouss weyhh,"Nurin pula bersuara excited.
"Weyh serious ahh,beranak tak habaq duu kau," Sofea dah bising.
"Seriously ke anak kauu?" Mahirah ni pun.
"Sumpa geram gila pipi dia,"Esah dah mencubit pipi Darwish laju.
Masing-masing dah mula start nak mengecam aku. Aku tergelak perlahan didalam
hati melihatkan reaksi mereka semua. Apatah lagi bila melihat Puteri
dan Dilah dah mula melalut cerita pasal Darwish.
"Weyh,kau sekarang ni kerja apa weyh?"tanya Iffah tiba tiba.
"Aahla,sekarang kau jadi apa?" Mimi pula bertanya. Aku hanya menunakkan
pandangan ke arah Darwish yang sibuk membetulkan kasutnya sebelum
mengangkat wajah memandang mereka lalu memulakan bicara.
"Aku tak adela kerja sehebat kau orang.......usahawan terkenal,tokey kedai
buku,peguam,pegawai,akauntan,saintis,polis bagai..." Aku menghentikan bicara
seketika sebelum menyambung semula,
" Tapi sekarang ni aku dah jadi apa yang nenek aku pernah nak sangat aku jadi
dulu,"balasku sengaja berjeda seketika. Aku memandang satu persatu wajah yang
pernah mengisi ruang kesepian hatiku tika dahulu. Kenangan 12 tahun yang lalu
sewaktu bersama mereka mula menerjah ke dalam kotak memoriku,memainkan
detik detik indah dahulu.
"Kerja apa tu?" El dah tak menyabar. Aku menghadiahkan senyuman buat mereka
semua yang masih ternanti nantikan jawapanku.
"Aku dah berjaya..."aku mengangkat Darwish ke dalam pelukanku.
"Jadi seorang…...." Aku cium pipi Darwish perlahan melahirkan rasa kasih
yang tak terhingga kepada si cilik yang pernah menumpang di rahimku selama 9
bulan 10 hari itu. Lalu aku memandang mereka semula,sungguh aku sayangkan
mereka semua.
"Pendidik," balasku sambil tersenyum manis kepada mereka. Sungguh Ya
Allah,terima kasih atas pertemuan ini.
Bab 1
"Weyh korang,apa kata kita buat camping nak tak? Untuk kita kita la,tapi kena
bawak pasangan sekali la, yang belum kahwin tu bawak la tunang hampa ka,
boyfriend hampa ka,tapi pandai pandai behave eh,kalau tak aku sepak sorang
sorang kang nanti," Umi mengeluarkan cadangan tiba tiba.
Iffah dan El yang sedang melantak nasi ayam terus tersedak secara tiba tiba.
"Kuaja do kau,mentang mentang kitorang belum kahwin,kuaja do," El
membalas setelah dadanya yang terasa perit akibat tersedak tadi kembali reda.
Sape je tak terasa woii. Dah yang belum kahwin tinggal dia ngan Iffah
je,terpaksalah dia teman si Iffah ni tersedak sama.
"Tah kau kuaja do,aku salai karang,menangis suami kau," Iffah pula bersuara.
Umi hanya tersengih. "Sayangg..." Suami disisi sudah mula bersuara memberi
amaran. Dia mencapai tangan suaminya di bawah meja lalu mengusap perlahan.
Sengaja tak nak bagi si suami marah.
"Hihi aku gurau je la ,rileksla,ad punya jodoh korang yang menanti tu, El kau
bawa la tunang kau nanti, haa Iffah bawala boyfriend kau,tapi ingat pandai pandai
behave!" Umi menerangkan semula.
"Yela,yela," Iffah sudah membalas selamba. Yang lain sudah tergelak lucu
melihatkan wajah iffah yang cemberut.
"Korang ni tak baikla usik dia macam tu,babyy," suami Mahirah dah mula
bersuara. Yang lain terus tergelak apabila mendengarkan panggilan yang
digunakan suami Mahirah. Muka Mahirah juga sudah bertukar merah. Maklumlah
pengantin yang paling baru antara mereka semua ni, baru berkahwin tahun lepas.
"Youu,malula," sempat Mahirah mencubit perut suaminya itu. Ala cubit cubit
manja mana sakit.
"Aduhh baby ni," sengaja Qayyum menguatkan lagi suaranya itu.
"Haha kelakala korang ni,dah lama tak dengar lawak lawak macam ni," Esah
pula bersuara,namun tangannya masih laju menruskan suapan chicken chop yang
terhidang.
Setelah perjumpaan ansara di maktab tadi selesai,Nurin yang baik hati telah
berbesar hati menjemput satu kelas makan di restoran berhampiran. Al maklumlah
suami bussinessman,duit berkepok kepok bolela cerita.
"Dahh berbalik kepada plan Umi tadi, nak camping dekat mananya? Takkanla
dekat belakang maktab pula?" Nurin pula bertanya tak sabar. Inila masanya nak
luangkan masa balik dengan member kan.
"Kau fikir kelaka ke nak camping belakang maktab," Ireen membalas dengan
suara sinisnya plus muka minta tahi.Nurin sudah menjeling dengan muka
pasrahnya. Dah biasa.
"Darling..." Suara si suami Ireen sudah meleret memberi amaran. Tangannya
yang memegang garfu digoyangkan kekiri dan kanan.
"No,no,"sekali lagi suara Ariff,suami tersayang Ireen berkata. Yang lain sudah
menahan gelak melihat Ireen yang sudah tersengih macam kerang busuk.
" Apa yang no no,nah makan ni,abang ni" Ireen menyuakan sepotong daging ke
mulut suaminya. Ariff hanya tergelak melihat tingkah isterinya itu lalu menyambut
makanan yang disuap isteri tercintanya itu.
"Ehh2 korang nak bersweet2 dekat rumahla,fikir kami takde laki ka nak
bersweet sweet,kan abg," balasku sebelum tergelak lucu. Mereka yang lain seperti
menghadiahkan pandangan simpati sebelum turut tergelak sama apabila melihat
Ali yang dah menggeleng dengan tingkah isterinya itu.
"Ehh abis tu nanti tidur macam mana?" Mimi yang dari tadi diam tetiba
bersuara.
"Haa,part ni mohon beri kerjasama yaa,kita tido dalam khemah mengikut jantina
ye,bukan pasangan," sekali lagi Umi memberi penerangan.
"What? Jantina? Baby i tak sanggup nak pisah dengan you," Qayyum mula
berdrama. Dan sekali lagi muka Mahirah diserbu warna merah.
"U..,amende ni,waktu camping je pun,buat malu la u ni," dan sekali
lagi,Mahirah pulas perut suaminya itu.
"Auchh,sakit sakit,ye ye tak buat lagi," Qayyum mula merayu. Aduhh susah arr
dapat bini tangan ketam ni.
"Korang kena faham pengantin yang boleh kira baru juga la ye kan?" Sofea pula
bersuara bersahaja. Mereka yang lain sudah tergelak melihatkan muka menahan
sakit Aiman.
"Tu la kau,mulut tak reti jaga,buat malu isteri kau je kerja,tengok macam aku
ni,suami yang baik,kann kan awak?" Mikael sudah mula masuk bakul angkat
sendiri. Susah ada member masuk air terlampau ni. Depan orang dishow off kepala
bengongnya. Lantas dia memandang isteri kesayangannya disisi.
Namun seperti biasa,Mimi buat tak peduli, Mikael sudah membuat muka
cemberut.
"Awakkk....," bertambah cemberut wajah Mikael apabila isterinya tak malayan.
Mereka yang lain tergelak. Faham dengan perangai Mimi yang suka tak ambil
peduli hal remah temeh tu.
"Yelaaa,intan payung,awak suami yang paling baik dalam dunia ni,puas hati,"
Mimi bersuara setelah menghabiskan kunyahannya. Lengan suaminya dipeluk
manja. Mikael mula tersengih sambil mengangkat angkat keningnya ke arah bekas
teman seuniversitinya dulu,Qayyum.
Kecil betul dunia,x sangka isteri mereka masing masing merupakan bekas
classmates sewaktu tingkatan tiga dahulu.
"Uyooo,Mimi dah pandai pujuk orang," Iffah bersuara terkejut. Bukan dia
seorang terkejut. Yang lain juga terkejut apabila melihat Mimi dengan selamba
memujuk Mikael dengan muka rileksnya itu.
"Boek sia Mimi," Sofea pula berkata.
"Hmm dulu aku selalu merajuk,haram kau nak pujuk," Umi sudah bersura tak
puas hati.
"Baik Mimi,maju maju," Nurin menepuk tangannya sedikit kuat.
"Ehh korang fikir Mimi ni kuno sangat ke tak reti nak pujuk suami sendiri," haa tu
dia Ireen dah bagi ayat dia.
Mimi pula hanya menjeling sebelum menayangkan sengihan.
"Weyh Ariff hang sumbat chicken chop tu dalam mulut dia,tak hang yang
sumbat,aku pula yang sumbat nanti kang," Nurin sudah berura ura mahu bangun
sebelum ditahan suaminya disisi.
"Sweetheart,jangan,tak mo macam ni,ok sayang?" Nik memujuk isterinya
lembut.
"Tapi dia tu hah dari tadi tak puas hati dengan i," Nurin mengadu. Dia
memandang Ireen dengan muka geram-nak-mati-kau-tahu.
"Darling,no no,abg x penah ajar awak macam tu kan," sekali lagi Ariff buat aksi
sotong dengan menggerakkan garfunya kekiri dan kekanan.
Ireen menayang sengih. "Alaa Nurin,sorila aq gurau je,kita kan da lama tak
jumpa,da lma tak sakitkan hati kau," Ireen memujuk pula.
"Nik,you tengok tu.." Nurin dah mula mengada dengan suaminya. Nik hanya
menggeleng sambil tersengih lalu memeluk bahu isteri tercintanya itu. Nak pujuk
la kan.
"Darling,awak nak abng campak awak pergi Zbimbawe ke?" Ariff bersuara lagi
sambil acah membuat gaya sotong.
Umi sudah menepuk dahi lalu tergelak.
"Weyh sumpa ni kelaka," Umi dah terbahak bahak.
"Abah,enapa mama etawa acam tu," Darwish di pangkuan Umi menarik hujung
baju Ali. Ketawa mamanya telah menarik perhatiannya yang sedang enak menjamu
kentang goreng itu.
"Entahla,Awish. Abah pon tak tahu," selamba Ali berkata sambil menjeling
isterinya. Tangan dihulurkan kepada Darwish mahu anaknya itu berada di
ribanya pula.
Umi tersengih. Darwish di pangkuan di serahkan kepada Ali.
"Woi woi,dah dah skang ni berbalik kepada camping tadi,tido tetap ikut
jantina,no excuse. Ni kita nak bagi feel zaman zaman muda remaja dulu,zaman
zaman bujang dulu," Dan sekali lagi ada orang tersedak bila Umi selesai berkata.
Tapi nasib baik kali ni sorang je. Umi menghembus nafas perlahan.
"Aduhh Iffah,aku bukan perli kau la kali ni,aduhh," Umi mula tersengih dalam
kekerutan mukanya.
"Ehh El,pahal kau x tersedak?" Iffah bertanya El sengaja mahu menutup malu.
"Ehhh boleh pulak kau suruh aku tersedak,kau fkir kelaka ke," El dah menayang
garfunya kepada Iffah.
Iffah hanya tergelak kecil.
Tiba tiba deringan telefon memaksa semua memandang ke arah si pemilik
telefon. Harris,si suami Adilah.
"Ehh ehh sorry,sorry,jap eh nak jawab call," Harris tersengih sebelum berlalu ke
luar restoran utk menjawab panggilan. Aduhhh sopannya,sesuaila dengan Adilah.
"Hah ok la tu,semua join ke?" Ireen bertanya perlahan.
"Kita tak pasti lagi tau,dapat join ke tak," Puteri yang setelah sekian lama
berdiam diri mula bersuara.
"Hah? Pasaipa?" Umi bertanya kalut.
"Rileks la yang," Ali menegur sambil mengusap tangan Umi disebelahnya.
Sebelah lagi tangannya elok memeluk Darwish di pangkuannya itu.
"Sebab takut nanti aku oustation pula tetiba,tengok jadual la hari apa," jawab
Irfan bagi pihak isterinya.
"Aduhh hang Irfan,janganla tetiba oustation pula,join arr sekali," Umi cuba
memujuk. Irfan bekas rakan seuniversitinya dulu. Member baik kepada
roomatenya ketika di universiti dulu.
"Haa yela,tengokla macam mana nanti,aku try la," Irfan memberi jawapan
selamat. Cukup untuk melegakan hati Umi yang sangat berharap camping itu
berjaya dengan lancar.
"Ah korang,kitorang kena balik dulu la,anak kat rumah dah menangis nak mak
dia," Harris berkata sejurus saja dia menamatkan panggilan yang diterimanya
sebentar tadi. Adilah disisi digamitnya lembut.
"Hah Dilah name card bagi Umi," sempat Esah mengingatkan.
"Haa,sini sini," Umi pantas mengiakan sambil menghulurkan tangan.
"Hah jap,jap," Dilah mencari namecard nya dia dalam handbag miliknya.
"Aduhh,mana ehh,"Dilah bermonolog sendiri. Harris disisinya hanya melihat
sambil sempat menghabiskan orange juicenya.
"Huwaaaaaaaaaaaaaaa!"tiba tiba si puteri hati Mimi dan Mikael, Shira menangis
memaksa semua mata memandang ke arah kanak kanak yang berumur dalam
lingkungan 4 tahun itu kecuali Adilah yang masih tekun menyelongkar beg
tangannya.
"Napa ni Shira?" Risau Mikael bertanya.
"Ibu tak nak bagi cokelatt tu," pantas si Shira memeluk ayahnya yang berada di
sisi. Merajuk dengan si ibu barangkali. Namun Mimi masih membuat muka
selamba ayamnya.
"Napa ibu tak bagi Shira makan cokelat?" Tanya Mikael kepada anak sulungnya
itu sambil melayan kepelatan 'cokelat' anaknya itu.
"Ibu kata nanti gi-gi Shira kena makan ulat," jawab si Shira sebelum makin kuat
menangis.
Namun masih sama,Mimi masih membuat muka selamba sambil meneruskn
suapan makanannya itu.
"Hah,tuu ibu sayang Shira,nanti kalau ulat makan gigi Shira,Shira da tak leh
makan benda lain,sebb tu ibu x bagi makan," relax Mikael memujuk puteri
sulungnya itu.
Dengan perlahan lahan tangisan Shira terhenti. Dia memandang Mimi yang
masih selera menyuap makanan ke mulutnya dengan muka kesian.
"Nak tak?" Tiba tiba Mimi bersuara sambil memandng puteri sulungnya itu.
Masih dengan muka selamba. Garfu yang dicucuk dengan daging ayam yang telah
dipotong disuakan ke arah anak gadisnya itu.
Perlahan Shira menganguk sambil membuka mulutnya besar. Terus berselera
semula si cilik itu mengunyah makanan yang disuap ibunya. Tangan didepangkan
ke arah ibunya tanda mahu duduk di riba Mimi.
Mimi mengambil Shira selamba dan didudukkan di atas ribanya. Makanan
disuap perlahan ke mulut gadis cilik itu. Semua yang lain dah melopong dengan
kereleksaan Mimi yang terlampau maksimum.
"Oi,Mimi jahat sia kau," Ireen tetiba berkata dengan mulutnya penuh dengan
makanan.
"Tak sejahat kau,waktu tadika dah...," belum sempat Mimi menghabiskan kata
kata,Iffah memotong.
"Cubit budak lain sampai menangis," selesai Iffah berkata, Umi,
Sofea, Mahirah, Esah,Puteri,El, Iffah, Nurin dan Adilah terus menghammburkan
gelak. Ireen yang sedang menguyah nasi ayamnya tersedak. Tak guna punya
member ungkit cerita lama.
"Hoii," Ireen sudah membuntangkan matanya ke arah Iffah. Iffah hanya tersengih
sambil membuat muka selamba.
Yang lelaki semua memandang pelik. Mesti dorang fikir, ' apa yang lawak
sangat?' Ahh biarla. Ini throwback punya cerita.
"Ehh takk takk,memandai jer kau, aku nak cakap waktu tadika lagi dah
reti...," kali ni Nurin pula menyampuk,
"Ugut budak lain mintak duit," dan sekali lagi lagi meja itu dipenuhi gelak ketawa
mereka. Dan sekali lagi Ireen yang sedang minum air jus epalnya tersedak,nasib je
tak tersembur.
Ariff menjegilkan matanya ke arah Ireen apabila sudah dapat menangkap apa
yang sedang diperkatakan oleh kami.
"Darling,.....," Ariff bersuara terkejut. Ireen buat muka menahan sengihnya.
"Weyhh pahal ungkit citer lama duh," Ireen menahan malu. Aduhh.
"Aduhh,boleh tak jangan menyampuk apa aku cakap,aku nak cakap,waktu tadika
lagi dah reti, ugut budak pakai seterika sampai menangis budak tu," dan sekali lagi
ketawa kami kedengaran. Kali ni lebih senak.
Yang lelaki sudah membuat muka terkejut. Serius ah sapa tak terkejut kecik
kecik dah jadi pembuli.
Dan Ireen sudah membuat muka toya tak makan nasi sebulan sambil
menunjukkan penumbuknya ke arah Mimi.
"Darling,gangsternya awak kecik kecik dulu,abg tak pernah ajar tau," Ariff
memang betul betul buat muka terkejutnya. Tak sangka isterinya ini dulu bekas
gangster tadika.
"Memang la awak tak ajar,sebab saya tak jumpa awak lagi waktu tu," Ireen
membalas sambil membuat peace ke arah suaminya.
"Weyhh sumpa do,lawak,kelaka,tak menahan sia Ireen," El masih dengan sisa
ketawanya berkata. Boleh senak sia.
"Weyh korang,rasanya namecard tertinggal dekat kereta la," Dilah menyiku
suaminya disisi.
"Haa takpelah,nah korang amikla nombor aku ni,nanti pape call aku,"pantas
Harris mengeluarkan name cardnya dari dompet sebelum menyerahkan kepada
Umi.
"Hah,okay okay,nanti aq masukkan dalam gp,"Umi membalas.
"Terima kasih Nik belanja hari ni," sempat Harris berkata kepada Nik semasa
bersalaman dengan semua kaum adam disitu. Adilah juga bersalaman dengan yang
perempuan sebelum meminta diri.
"Babyy,nak tuu," tiba tiba suara Sofea menyapa pendengaran kami.
Umi yang sedang menelan chicken chopnya terus tersedak begitu juga dengan
Mahirah dan Esah yang sedang menghirup minuman masing masing.
Sofea menjeling. Adrian menghulurkan minumannya kepada Sofea. Entah apa
ribut tetiba nak minum air Adrian. Sofea menyanmbt sebelum menghirup air
tersebut perlahan.
"Hah korang pahal ni yang tersedak sedak ni?" Mata Sofea ditunakkan ke arah
Umi ,Mahirah dan Esah yang masih tak habis lagi tersedaknya sambil diurut
perlahan belakang badannya oleh suami Esah.
"Tak cuma terkejut,dengar kau cakap," Umi menerangkan.
"Apa yang terkejutnya,tak pernah dengar orang panggil baby eh," selamba Sofea
bertanya sambil menjengilkan matanya.
"Tak memang la pernah dengar,yang terkejutnya bila kau yang panggil," ketawa
Nurin,Iffah dan El pecah apabila mendengar kata kata yang diungkap Mahirah.
"Eiii cb nye korang ni," perlahan Sofea mencarut. Kalau tak mengenangkan ada
budak dekat sini,dah lama dia mrncarut kat sorang sorang sambil tendang pergi
Somalia.
"Baby,cannot said like that," Adrian pantas menegur isterinya. Nasib tak kuat
sangat,so tak ramai yang dengar.
"U tengok dorang ni,masalah betullah," adu Sofea pada Adrian.
"Takpe,asalkan you tak masalah, sudah la," selamba Adrian membalas.
"Youu,..." Sofea sudah meleretkan suaranya geram. Ada gak kena pelangkung ni
kang.
"Alaa bucuk bucuk,intan payung permata beta ni," Adrian memeluk bahu
isterinya manja. Sengaja mahu memujuk isterinya yang sedang merajuk itu.
"Hahah,kitorang gurau je la,adudududu ketam," Esah menenangkan suasana.
Idris yang berada di pangkuannya disuap dengan kentang goreng.
Dia sempat menjeling ke arah Adam,putera sulungnya yang berada di pangkuan
bapanya itu. Sedap kanak kanak yang berusia 4 tahun itu melantak ayam goreng.
"Buttercup,comotlah," suara lunak Irfan memaksa semua mata memandang ke
arahnya.
Irfan yang sedang tekun membersihkan sos di mulut isterinya terhenti. Dia
memandang ke arah semua yang memandang ke arahnya.
"Amende?" Pelik Irfan bertanya.
"Soo sweeeet," sengaja Umi mengusik. Puteri sudah merah mukanya.
"Umii,malula kita,"Puteri sudah menundukkan wajahnya. Malu barangkali
semua mata memandangnya dengan sengihan mengusik.
"Aduhhh," Umi sekali lagi tergelak melihat reaksi Puteri.
"Umi,kau ni asyik nak menyakat orang je kan kerja,aku tendang sampai Russia
kang," Iffah dah mula menunjukkan buku limanya yang takde la besar mana.
"Eleh tendangla,takpe nanti ada hero jemput,kan abg syg?" Umi mula
menggeletis. Lengan suaminya dipeluk manja. Lidah dijulurkan kepada Iffah. Iffah
juga membalas juluran lidah tersebut.
"Taknak abang,fikir murah ke nak beli tiket fly gi Russia semata mata nak
jemput sayang," selamba Ali membalas membuatkan muka Umi mulai
cemberut. Pautannya pada lengan Ali dilepaskan.
"Tak nak kawan abg,malam ni tido luar," selamba Umi membalas.
"Eleleleleleh, abg gurau je la,bukan setakat tiket,dengan kapal kapal terbang tu
abg sanggup beli utk syang tau," pujuk Ali lembut. Bahu Umi dirangkul erat
sengaja mahu meredakan kemarahan isterinya itu.
"Eleh," Umi sudah mencebik.
"Iye,kan Darwish kan?" Ali bertanya Darwish pula.
"Betul betul betul," jawab Darwish seperti dalam kartun upin dan ipin. Umi
sudah tersengih mendengar kepetahan anaknya itu.
"Hah kalau Ali sanggup belikan kapal terbang utk isteri dia,i sanggup bawa
Rusia datang Malaysia untuk you," bisik Nik perlahan ke telinga isterinya sempat
dia mencium telinga isterinya itu sebelum menayang sengihan.
"You..," Nurin membulatkan matanya. Peha suaminya dicubit manja. Dia suka
mendengar kata kata yang baru diungkapkan suaminya itu. Terasa terbang rama
rama dalam perut dia ni. Dalam pada masa yang sama ,dia malu,apabila sempat
menangkap beberapa mata yang melihat aksi mereka.
"Hoi,hoi kalau nak buat aksi bawah 18 tahun bukan di tempat awam ni ok,ingatla
kami yang masih bujang ini," El bersuara selamba mengenakan Nik dan Nurin.
Nik sudah merah mukanya namun masih selamba menyangkan sengihan.
Manakala Nurin sudah menunjukkan penumbuknya kepada El.
"Aduhh kau ni El," balas Nurin.
"Kau Nik,bisik pon agak2 ah buat la cara bisik,baby..,kalau Nik sanggup bawa
Rusia datang mai Malaysia utk bini dia, i pula sanggup bawa satu Asia datang
Muar ni la ni juga," kata Qayyum sambil mengamit isterinya mesra. Mahirah sudah
merah mukanya. Susah dapat suami mulut manis sangat ni. Satu Asia konon.
"Uyooooo," Mikael dah mula menganjing. Qayyum hanya menjeling sahabatnya
itu.
"Awakk,saya tak mampu nak beli kapal terbang untuk awak, bawa Rusia datang
Malaysia, ambik satu Asia bawa gi Muar,tapi cukupla,saya serahkan hati saya ni
sepenuh raga kepada awak bersaksikan tuhan yang Maha Esa," Mikael juga mahu
join pakatan. Muka Mimi memerah. Malu barangkali mendapat ucapan sebegitu di
hadapan khalayak ramai.
"Uyooo,boekk ah Mimi," El dan Iffah sudah menepuk tangan masing masing.
Tak tau la tepuk menganjing ke tepuk bersorak. Sebab cara tepukan dorang tu yang
tepuk bunyi satu satu tu. Hmm menganjing mungkin.
"Acah doo," Qayyum sudah acah mahu membaling gelas air milonya. Yang lain
sudah tergelak kelaka.
"Aduhh duhh,semua nak buat pickupline korang fikir sweet ke," Sofea sudah
mula bersuara rimas.
"Ehh Adrian kau senyapkan bini kau tu jap," Ireen menjeling Sofea dengan
pandangan biarla-dorang-nak-sweet.
"Baby..,i tak mampu semua tu,tapi yang i mampu, insya-Allah bimbing u pergi
jannah sama sama," Adrian sudah mula mengeluarkan ayat ayat melelehnya.
Sofea terdiam. "You....," Sofea menjeling sebelum menundukkan wajahnya.
Malu le tu. Garfu yang dipegangnya juga tiba tiba terjatuh ke lantai.
"Haihh,u ni hati hati la,terus kalut ehh dengar ayat i," Adrian sudah ketawa
senang hati. Sempat Sofea mencubit lengan suaminya itu.
" Haaa kan da diam tu," Esah dah tergelak habis bila tengok muka Sofea dah
merah. Yang lain juga ikut join pakatan gelak satu Malaysia. Bila kau tengok Sofea
malu,sumpa kelaka. Kalut semua benda!
"Amende la korang ni,dah lewat petang ni, jomla balik," Nurin mengajak. Dia
sempat menjeling suaminya yang sedang membayar bil makanan di kaunter.
"Hah name card semua pass kat aku, yg pompuan je,kang kalau yg laki pon
pass,tak sempurna fizikal aku ni kang balik rumah nanti," sempat Umi bergurau.
Nasib ada yang gelak.
Setelah Nik selesai membuat pembayaran di kaunter dan yang lain sudah
memberikan namecard kepada Umi semua meminta diri untuk pulang ke rumah
masing masing.
Petang itu,mereka semua pulang ke rumah masing masing dengan seribu
kepuasan. Rindu yang terlerai cukup untuk mengubatkan hati yang merindui
memori dahulu,menyimpan sejuta kenangan yang tak mampu diungkap dengan
kata kata. Terima kasih sahabat!
Bab 2
"Baby.. U okay tak?" Qayyum memegang lembut tangan isterinya disisi.
Pemanduannya masih kekal difokuskan di atas jalan raya. Isterinya yang
membisukan diri sejak pulang dari restoran tadi memaksa dia bertanya keadaan
isterinya itu pada ketika itu juga.
"Hmm okay je," Mahirah menjawab perlahan. Mahirah mengeluarkan
smartphone dari beg tangannya. Tangan kanannya dibiar berada didalam
gengaman Qayyum.
Qayyum menjeling Mahirah melalui ekor matanya dengan kerutan didahi. Pelik
melihat isterinya yang seperti murung saja dari tadi.
"U ada masalah ke? Cerita la dekat i,mana tau i boleh tolong," Qayyum
memujuk lagi. Tidak betah rasanya melihat wajah monyok insan yang dicintainya
itu. Meskipun mereka baru sahaja mendirikan rumah tangga yang belum sampai
setahun pun usianya. Namun perkenalan dengan isterinya hampir tiga tahun
membuatkan dia masak benar dengan perangai Mahirah.
"I ok jela,cuma tiba tiba sakit hati bila teringatkan makngah u tu,haihh,"
Mahirah sudah mula mengeluh. Nafas dihembuskan kasar.
Qayyum menarik nafas dalam. Kesian melihat isterinya itu.
"Makngah tak habis lagi ke tanya pasal tu?" Qayyum mula bertanya. Gengaman
di tangan isterinya makin dieratkan sebelum dibawa ke bibirnya. Sebuah kucupan
sayang dihadiahkan pada gengaman tangan isterinya itu. Makin tumpah sayangnya
pada wanita itu.
"Hmm,x tau la apa masalah dia,tak kenapa dia nak sibuk sangat pasal hidup kita,
biarla ada tu nanti ada la rezeki,fikir kita nak sangat ke takde anak,kita yang
kahwin,dia yang kecoh,hishhhhh x suka betullah," panjang Mahirah membebel
meluahkan ketidakpuasan hatinya itu.
"Alaa rileksla,dia prihatin je kat kita tu, u jangan risau,u buat derk je,kadang
kadang dia tanya i, i buat muka minta penampo je x layan,ok baby,chill," Qayyum
menghadiahkan senyuman kepada isterinya itu. Bukan niatnya ingin mengajar
isterinya berkurang ajr,tetapi dah kalau asyik diasak soalan yang sama
berulang kali,sape je tak rimas!
"You tak kisah kan kalau kita lambat sikit dapat anak?" Mahirah mula bertanya
perkara yang sejak tadi menjadi kerisauannya. Perasaan suaminya itu.
"Ehh nak kisah apa? Kita kahwin x sampai setahun pon lagi usia dia,mana ada
lambat,makcik i tu je yg lebih lebih sangat,jangan risau laa baby, u kena ingat i
tetap sayang u walau apa pon terjadi, i takkan pernah tinggalkan u," janji Qayyum
ikhlas. Sungguh hatinya telah dimiliki insan bernama Rabiatul Mahirah. Walau apa
pun yang terjadi,dia akan tetap mempertahankan cinta terhadap wanita
kesayangannya itu.
"U janji eh,jangan mulut je manis,tapi haprak,habuk pon xde," Mahirah
mencebikkan bibirnya.
"Yela baby,i janji dengan sepenuh raga,hmmmm baby.. U, jangan goda i boleh
tak,i tengah drive ni," Qayyum menelan liurnya sambil sesekali pandangan
ditunakkan ke arah isteri di sebelah.
"Amende,bila pulak i goda u?" Mahirah bertanya pelik. Pandangan dihalakn ke
arah Qayyum disebelah.
"Tu yang duk muncung muncung bibir, nak bagi i kiss ke?" Qayyum membalas
selamba. Mahirah sudah membuntangkan matanya. Gengaman tangannya dengan
suaminya dilerai laju.
"Eiiii,otak kotor la u ni,daa drive la sana elok elok,menggatal je kerje," Mahirah
memeluk tubuhnya sebelum bersandar pada kerusi kereta. Niatnya ingin
melelapkan mata seketika kerana badannya terlalu penat dengan aktiviti pertemuan
mereka pada hari itu.
"Alaa,i gatal dengan u je, janganla marah,kang kalau i gatal dengan orang lain
baru u boleh marah tau,baby.. U ingat tak dulu ada sorang perempuan ni kan dia
try tackle i,pasti i tak layan,pompuan tu lawa apa,cantik tau,tapi i setia dengan u je
tau,kann baby.. Kan,u ingat tak?..." Lampu isyarat merah seakan akan memberi
peluang kepada Qayyum untuk menatap isterinya disebelah.
"Laa tidur ke.." Qayyum menggeleng kepalanya sendiri. Dari tadi dia dok
throwback seseorang rupanya. Hailah,isteriku. Letak duduk kepala Mahirah
sempat dibetulkan agar isterinya selesa bersandar.
Sebuah kucupan hangat juga sempat dihadiahkan ke ubun ubun isterinya yang
berlapik tudung itu melahirkan seribu lagi rasa kasih yang makin mengikat hatinya
kepada wanita disisinya itu. Sungguh dia amat bersyukur dengan anugerah ini,akan
dia jaga permata hatinya ini bagaikan nyawanya sendiri.
Bab 3
Lama Mahirah memandang tanah itu. Tangannya dibawa ke atas tanah tersebut.
Mengusap perlahan tanah itu. Mukanya ditayang tiada perasaan. Matanya yang
bengkak dibiarkan memerah. Tanah di hadapannya itu ditatap lagi. Tanah atau
lebih tepat digelar,
Kubur.
"Amirul Hairi, tadi waktu dekat butik time I tengah layan custonmer tiba tiba ada
satu customer ni buat hal tau," perlahan dia mengatur bicara sendiri. Bicara yang
pastinya tidak akan didengari insan yang dikasihinya itu.
"Dia cerewet sangat," Mahirah menyambung kata kata. Kata kata yang pastinya
hanya dia seorang yang boleh dengar ketika itu. Suaranya cuba ditahan menahan
sebak yang mula menerjah kalbunya. Tangan kirinya diangkat ke dada lalu
ditumbuk perlahan disitu. Mohon agar air mata tidak berjuraian tumpah disitu.
"Tapi kan, bakal suami dia tu, sabar je layan karenah dia,sabar sangat," sebak
makin bermukim di hati. Namun tetap cuba dikuatkan hatinya.
"Dia sabar sangat layan bakal isteri dia tu,apa yang tak kena semua dia handle
baik baik, siap pesan dekat I lagi suruh sabar dengan karenah bakal isterinya itu,"
Mahirah mengukir senyuman kecil. Ditegah hatinya untuk menangis di disitu.
"Dia sabar sangat.....," Mahirah berjeda seketika.
"Sabar sangat macam U," serentak itu air mata mula menuruni pipinya yang
gebu. Dia tumpas dengan kata katanya sendiri. Sungguh dia tak mampu.
"Bila I tengok dorang, lagi lagi lelaki tu, I terus teringatkan U," air mata
dibiarkan jatuh. Tidak mampu menahan sebak yang ditahan lagi.
"Sama macam mana U selalu layan I dulu,penuh sabar dengan perangai I,"
senyuman pahit terukir di bibirnya. Sunghuh sukar mengungkap kata kata itu
memaksa dia mengimbau semula kenangan dahulu, sewaktu mereka bersama dan
itu pastinya menjadi memori yang takkan dilupakannya.
"Amirul Hairi,ingat tak dulu U selalu janji dengan I takkan tinggalkan I?" Sambil
mengusap perlahan permukaan kubur itu, dia bertanya. Baju yang kotor dengan
tanah kubur itu sudah tidak dipedulikannya lagi.
Setitis lagi air matanya turun sambil memandang kubur yang menempatkan
insan tersayangnya itu.
"Sayang,nanti kalau I mati dulu U jangan nangis tau,u buruk sangat bila
nangis"
"Amirul,kenapa cakap macam tu? Janganlah,"
"Hahaha saje je la, kita ni mana la tau kan bila mati,esok lusa tah tah jap lagi
pon boleh,"
Mahirah mengesat air air mata yang makin galak menuruni pipinya. Esakannya
makin jelas kedengaran.
"Mirul, U ada sorok apa apa dari I ke? Kenapa U cakap macam tu?"
"Mana ada apa apa,"
"Ye ke?"
"Ye,betol,"
"Yela yela,"
"Haha,sayang..."
"Ye nape?"
"I nak bagitau U something ni,"
"Nak bagitau apa?"
"I nak U tau satu benda ni,walau apa pon terjadi I tetap sayangkan U sampai bila
bila tau,"
Mahirah menunduk memandang kubur itu. Badannya terhinjut hinjut menahan
tangis yang semakin tidak terkawal. Air mata setia menemani dirinya yang
kesepian di situ. Langit juga sudah mulai mendung. Seolah olah turut sama
menangisi hatinya yang sayu dengan pemergian insan berjiwa suci itu. Insan yang
banyak mengajarnya tentang kesabaran dalam kehidupan ini. Sayang, tuhan lebih
menyayangi diri itu.
Esakkan makin kuat. Tangan dibawa menekup mulut cuba menahan agar tangis
itu tidak pecah disitu.
"Eleh,jiwang lebih tetiba je U ni,"
"Hihihi tak salah kan?"
"Yela tak salah pon, I pon sama, u janjitau jangan tinggalkan I?"
"Iye sayang,"
"Promise?"
"Promise!"
Dan kedengaran guruh memetir sebelum setitis dua air hujan turun menyembah
bumi dan diikuti dengan deraian air hujan yang semakin lebat sama lebat dengan
air mata wanita itu yang semakin laju membasahi pipi gebu itu.
"Amirul, I balik dulu tau,nanti kalau I ada masa I jenguk U lagi,semoga tenang
disana,sayang," selesai mengungkapkan kata kata itu, dia membyuka langksh besar
ke arah keretanya yang diparkir berhampiran sebelum tubuh diloloskan ke dalam
kereta itu.
Streng kereta dipegang kejap,seakan akan cuba mengalirkan rasa perit yang
ditanggungnya ini.Betapa dalmnya rindu dia. Rindu dengan kenangan itu.
Rindu dengan senyuman jejaka yang boleh melegakan harinya itu. Rindu dengan
ungkapan cinta lelaki itu. Rindu semuanya. Semua yang pernah terjadi antara
mereka. Dan kini semua itu hanyalah tinggal memori. Memori yang akan
selamanya terpahat di ingatannya.
"Amirul,kenapa U tak pernah bagitau I perkara ni?" Mahirah mula teresak
perlahan di tepi katil itu. Tangannya kejap memegang penghadang tepi katil itu.
Dia menatap sekujur tubuh yang seakan akan mayat bernyawa itu. Sungguh sayu
hatinya melihat insan yang dikasihnya terlantar sebegitu.
"Maa-hiraaa-," bersusah payah lelaki itu cuba mengungkap nama wanita
kesayangannya itu. Hatinya dakit melihat air mata wanita itu. Dia tidak suka
nelihat wanita itu menangis. Lagi lagi menanghis kerana dirinya.
Mahirah mula meredakan sedikit esak tangisnya. Matanya ditunakkan ke arah
jejaka itu.
"Kenapa tak pernah bagitau I yang U ada penyakit leukimia ni?"
Amirul tersenyum pahit. Sukar mahu mengungkapkan kenyataan itu. Dia
penghidap leukimia.
"I ta- nn-ak U ss-sedd-dih,"
"U janji U takkan tinggalkan I Amirul,U kena kuat, I akan selalu ada untuk U,"
bersama esakan Mahirah menuturkan bicara walaupun hatinya perit
mengungkapkan kata kata itu.
"Jan-ga-n nan-gis," sukar dia berbicara. Terasa tubuhnya sungguh lemah kala
itu. Dadanya terasa sakit tiba tiba. Seakan akan ada batu besar yang
menghempap dada itu.
"I nn-nak U ba-ha-hag-gia,"
"I sayy-y-yang U" dada Amirul mula berombak kencang. Sakit bukan kepalang
yang dirasakannya kini. Hatinya cuba berzikir. Berharap agar sakit itu hilang.
Namun,sakit itu makin kuat menghentam tubuhnya yang lemah.
"A A Amirul! Doc! Doc! U cuba bertahan kejap,ingat Allah,ingat Allah," Mahirah
cuba membisikkan kalimah suci itu di tepi telinga itu. Sebak cuba ditahan. Hatinya
cuba dikuatkan apabila mengenang jejaka itu akan pergi selamanya dari
sampingnya. Pergi selamanya ke tempat yang jauh. Sangat jauh.
"All-lah," sukar Amirul mengungkap.
"Nurse!"
"Doc!"
"Cik,cik boleh tunggu kat luar dulu,"
Perlahan Mahirah menapak keluar dari ruang itu smabil matanya tidak lepas
dari memandang doctor dan nurse nurse yang sibuk memeriksa jejaka
kesayangannya itu.
Tak lama sebelum dia melihat doktor lelaki itu menggeleng kepala sambil
menghantar isyarat ke arah nurse nursenya itu.
Air mata mula membasahi pipinya apabila melihat salah satu dari nurse itu
menutup perlahan muka insan yang terbaring kaku di atas katil itu menandakan
insan itu telah selamat.
Selamat dijemput ilahi. Selamat bertemu pencipta-Nya. Esakan mula menemani
diri Mahirah apabila tiba tiba dia merasakan dirinya dipeluk oleh seseorang.
Makcik Ila.
Ibu kesayangan Amirul.
Tak lama sebelum tangisan memenuhi ruangan menunggu itu meratapi
pemergian insan berhati mulia itu.
Dahinya diletakkan di atss streng sebelum diangkat perlahan. Kenangan lalu
dengan hujan yang semakin lebat di luar ternyata berjaya menjemput emosinya.
Terbawa bawa dengan memori silam.
Sudah hampir dua tahun perkara itu berlalu. Dan kenangan itu masih segar di
dalam ingatanya sehingga kini.
"Ingat tau,jangan pernah menangis sebab I,"
"Yela, I menangis sebab laki lain je, haha,"
"Ish U ni, I cubit kang, I cuma nak U bahagia je,ingat apa pon terjadi dengan
hubungan kita, I nak U sentiasa hidup bahagia, jangan hidup dengan kenangan
lalu,sakit tau,sakit sangat," perlahan senyuman terukir di bibir lelaki itu.
"Yela yela, U ni,apa apa pon terjadi, I akan cuba hidup bahagia lagi lagi bila
ada U! Kan kan?"
"Haha,insya-allah kalau umur kita panjang,"
Mahirah menghidupkan enjin keretanya. Betul kata jejaka itu dulu, sakit rasanya
hidup dengan kenangan silam, dan dia harus mengotakan kata katanya dahulu, dia
akan cuba hidup bahagia,
Walaupun insan yang dicintainya itu sudah tiada disisi untuk menemani hari
mendatang, Mahirah mengesat perlahan pipinya cuba mengjapus segala air mata
yang ada. Dia harus mendengar kata kata jejaka itu.
Amirul, terima kasih untuk segala memori. Semoga tenang dikau disana!
Bab 4
"Shira! Ibu kata jangan lari kan,kalau jatuh,luka macam mana," Mimi sempat
membebel kepada anak gadisnya itu. Riak risau dipamerkan.
Pintu kereta ditutup sebelum langkahnya dibawa ke depan pintu rumah,kunci
dikeluarkan lalu pintu tersebut dibuka. Shira yang sedari tadi menunggu dihadapan
pintu terus meluru masuk ke dalam rumah.
"Shira,jangan lari ibu kata," Mimi menjerit sedikit kuat. Tegas suaranya kala itu.
"Shira ibu kan kata jangan lari," Mikael menegur lembut puteri sulungnya itu.
Shira yang tadinya berlari ke dalam rumah terus terhenti apabila mendengar
suara ayahnya itu. Dia terus berlari mendapatkan ayah dan ibunya yang sedang
melepaskan lelah di sofa.
"Abang malam nanti kita ambik Muaz kat rumah ibu eh? Takut meragam pula
nanti," Mimi sempat berpesan kepada Mikael. Mimi tersenyum apabila teringatkan
anak keduanya yang hampir berusia dua tahun itu.
"Hmm,ok la,lepas magrib kita gerak eh," Mikael memberi persetujuan.
"Ayah,ibu bila kita nak jumpa Awish lagi?" Shira bertanya polos.
Mikael menayangkan senyuman ke arah Mimi sambil membuat gaya menunjuk
ke arah Shira disertakan gaya orang sedang bersolat. Tak perlu meneka dia tahu
melalui gerak bibir suaminya itu mengatakan 'awak layan anak awak ni,saya belum
solat asar lagi,'
Mimi hanya menjeling Mikael menuju ke bilik tidur mereka sambil tersengih.
Nasib baik dia sedang bendera jepun. Tak perlu tergesa gesa mengejar waktu solat.
Shira yang sedang duduk memerhatikan dirinya digamit sambil pehanya ditepuk
sendiri.
Shira yang faham akan isyarat itu,terus bangun sebelum berpindah ke atas riba
Mimi.
"Nanti kita jumpa Awish lagi ok sayang,sekarang ni sayang ibu ni kena
mandi,busukkkkkk,kalau tak Awish tak nak main dengan Shira nanti,sapa nak
main dengan budak busuk," sakat Mimi sambil mengeletek anak daranya itu.
Shira yang ketawa terkekeh kekeh terus berlari ke arah biliknya sambil menjerit
kuat,
"Shira nak mandi,jomm ibu jomm," Mimi hanya tersengih melihatkan keletah
anak sulungnya itu.
Mikael yang baru keluar dari dapur terus menunakkan pandangan ke arah Mimi
sambil tersengih.
"Haihh tadi kata nak solat?" Mimi pelik melihat suaminya yg berada di dapur.
"Tadi haus,minum jap,anak dara awak tu kenapa duk terjerit jerit?" Mikael pula
bertanya.
"Entah dia,ikut perangai abang la hyperactive," selamba Mimi menyindir
suaminya itu.
"Eleh tapi kadang kadang dia punya selamba badak tu ikut awak kan?" Mikael
juga selamba mengenakan balik isterinya itu.
"Hishh,abang...," belun sempat tangan Mimi hingap di lengan Mikael untuk
mencubit, pantas Mikael mengelak.
" Haa,no x bole x bole,abg ada wuduk," jari Mikael sengaja digerakkan ke kiri
kanan gaya mak sotong.
"Kalau awak nak bermanja manja dengan abang tunggu malam ni,ok sayang,"
sekali lagi Mikael mengenakan isterinya selamba sebelum laju melarikan dirinya
ke dalam bilik.
Mimi hanya sempat menjeling suaminya.
"Tapi malam ni pon tak boleh la sayang, kalau peluk peluk tu boleh la,tapi kalau
yang tuuuu,terpaksa la abang tangguh ke minggu depan," kedengaran suara
suaminya melaung dari dalam bilik.
Muka Mimi dah memerah. "Abang!!" Mimi menjerit sedikit kuat membuatkan
tawa Mikael semakin kuat kedengaran.
Tak lama selepas itu,tawa itu hilang. Solat mungkin.Mimi tersenyum sendiri.
Bahagia dengan rumah tangganya yang sentiasa bewarna warni dengan keriangan
yang sentiasa dicipta Mikael.
"Ibuu!" Tiba tiba kedengaran suara Shira melaung.
"Ya Allah,anak aku," terus Mimi berlari ke bilik anak daranya itu.
Bab 5
"Omelll!"
Mimi berpaling. Melihat gerangan yang memanggil nama panggilannya itu. Ami.
Apebende la mamat ni nak. Terpekik pekik macam gorilla. Nasib la kembarnya
sendiri. Dari kecik dok sama sama je. Sampai ke universiti pon sampai amik
jurusan yang sama pulak tu.
"Amende?"
"Weyhhh Omel tahu tak si Zani tu datang kampung kita la weyh!" Syahmi
bersuara excited. Over. Dia gay ke apa? Kunyit detected.
"Zani mana pulak? Yang penyanyi tu ke?"
"Penyanyi? Zani? Tu Ismail Izzani la Omel! Ni Zani la Huzaini Akmal, pakwe
Omel tu!"
"Hah??" Mimi membuntangkan matanya.Zani? Huzaini Akmal? Datang kampung
dia? Buat apa?
"Mana kau tahu?"
"Aku tahu la, tadi aku nampak kereta dia,aku cam kereta dia la weyh,dalam empat
bijik juga la Ami rasa kereta kereta yang ikut kereta dia tu,"
"Hah? Mana Ami tahu ni? Jangan cakap bukan bukan lah Ami!"
"Betullah tak tipu pun lah,Ehh Omel lupa ke,Ami ni jugak lah yang selalu teman
korang dua dating setiap weekend tau, mana la Ami tak cam!" Syahmi bersuara
berlagak sambil menepuk dadanya perlahan. Acehhh. Over je mamat nih.
"Kenapa dia datang kampung kita?"
"Entah Ami pun tak tahu,tapi kawan kawan Ami kata diorang gi rumah ketua
kampung,"
"Rumah ketua kampung??"
"Aah la,"
"Bukan ke rumah ketua kampung ada kenduri anak perempun yang ketiga dia tu
tunang?"
"Haaa betullah tu,mungkin dia pergi majlis tu je kot, sedare jauh dia la kott,"
Mimi tersentak seketika. Hatinya berasa tidak sedap hati. Asal eh? Kenapa Zani
tak pernah bagitau dia ada sedare dekat kampung dia ni? Padahal dah dua tiga kali
juga lah si Zani tu pernah hantar dia dengan adik kembarnya itu pulang ke
kampung halaman mereka ketika cuti sem menjelang tiba.
Dia pantas masuk ke dalam rumah. Penyapu yang digunakan untuk menyapu
sampah sarap di halaman rumah tadi diletakkan di tepi. Pahal doo tak sedap hati ni.
Janganlah jadi apa apa.
Handphone di hadapan tv dicapai lalu apps whatsap ditekan. Pantas dia mencari
kenalan itu lalu ditekan. Mesej ditulis seberapa segera lalu dihantar.
Omel
Alongg,kau dekat rumah ketua kampung kan? Kenduri anak perempun dia tunang?
Masa yang digunakan untuk menunggu alongnya membalas whatsapnya tidak
lama mana membuatkan Mimi membuka chat itu dengan pantas. Rileks ah Mimi.
Along
Aah asal kau?
Omel
Kau tahu tak nama tunang laki dia sapa?
Along
Kau dah kenapa Omel? Jap aku try tanya mak.
Omel
Cepat sikit longg!!
Mimi gelisah. Byukan selalu dia tak rileks ni. Bukan dia tak nak rileks, tapi ni
melibatkan lelaki yang dia sayang, mana boleh dia rilekss macam tu je!!
Tiba tiba kedengaran bunyi derap kaki masuk ke dalam rumah memaksa dia
berpaling ke arah tersebut. Syahmi.
Syahmi melamparkan pandangan apa-macam? Membuatkan Mimi hanya
membalas dengan gelengan muka acah acah cool. Riak risau cuba dicovernya.
Kang kalau tershow off muka risau dia jatuh standardnya sebagai anak paling cool
dalam rumah ni. Ehh Mimi,sempat kau fikir pasal hal tu lagi??
Along
Adoo sabarlah kejap. Kau ni kan..
Along
Haa nama dia....
Along
Huzaini Akmal bin Muhd Ilyas.
Mimi terkedu. Matanya membulat tidak percaya. Allah. Huzaini Akmal bin
Muhd Ilyas? Tuu tuu nama Zani. Sumpah tu nama Zani! Hatinya mula terasa
sebak. Za-z-ani tunang? Tunang? Dengan anak ketua kampung? What the parking
beach happen right now?
Mimi memandang Syahmi yang sudah melabuhkan duduknya di kerusi kayu di
situ itu dengan pandangan sayu, gelengan diberi sambil air matanya cuba ditahan
untuk tidak tumpah di situ. Kebabian apakan yang sedang berlkaku disini?
Mimi menaip sesuatu di atas keypadnya lemah. Sungguh. Hatinya yang terasa
tidak enak emang ternyata membawa petanda buruk. Sakit hatinya kala itu.
Omel
Thanks longg..
Along
Haa ok ok. Sama sama. Kau dah kenapa mel?
Omel
Longg,huzaini, zani.....
Along
Haa yela kenapa dengan Huzaini? Kau jangan macam macam Mel,tunang orang
tu!
Seen. Mimi tiada hati untuk membalas chat alongya itu. Sungguh dia sakit hati
sekarang ini. Dia Omel punya long, dia laki yang selama ni Omel citer dekat along
sebab along selalu tak de peluang jumpa dengan dia, dia laki yang Omel selalu kata
dia baik tu long, dia long, dia laki yang Omel sayang separuh mati tu long. Zani
bagi harapan palsu dekat Mel,long....
Perlahan air matanya tumpah. Dia menunduk. Telefonnya juga perlahan lahan
jatuh dari pegangannya dan...
Pppak.
Mencium lantai kayu itu.
Zani dah jadi tunang orang long! Apebende semua ni? Jadi apa yang selalu Zani
bagitau dia selama ni cuma dusta semata mata? Ya Allah.
Mimi terduduk. Dia tidak sanggup menanyakan persoalan itu sendiri kepada
Zani. Dia takut. Dia takut sekiranya berita itu benar,dia akan jadi makin terluka.
"Omel!! Apasal ni?" Syahmi bertanya risau. Bimbang melihat kembarnya yang
jatuh terduduk atas lantai kayu rumah mereka itu. Drama apa ni?
"Ami...," Mimi memanggil perlahan. Esak yang sudah mula berbunyi cuba
ditahan agar kembarnya itu tidak terus terusan bertanya. Nasibnya baik hanya dia
dan kembarnya itu sahaja yang berada di rumah. Jadi dia tak berapa nak malu
untuk buat drama menangis dekat situ.
"Tolong call Zani,.... Tolong Mi, tanya dia, betul ke dia dah tunang?" Mimi
bersuara operlahan dan tergagap gagap. Wajahnya masih ditundukkan memandang
lantai. Tidak mahu Ami melihat air mata yang mula bergenang di
tubir matanya itu. Shit.
"Haa okok jap," Syahmi panyas mengeluarkan telefon bimbitnya. Nombor didail
lalu ditekan.
Tak lama sebelum panggilan itu dijawab.
"Hello Zani,haa ni aku Syahmi, ni aku nak tanya? Betul ke kau dah tunang? Haa?
Weyhh kau jangan macam macam? Cepat sikit! Apa apa pun bincang elok elok,"
panggilan tersebut dimatikan Ami. Ringkas tapi tak berapa padat. Pandangan
dihalakan ke arah kembarnya yang sudah pun duduk di atas sofa rumah itu sambil
memeluk erat bantal kecil sofa tersebut.
"Dia kata 5 minit lagi dia sampai," ringkas Syahmi menjawab. Mimi hanya diam.
5 minit? Jafi betul lah Zani ada dekat kampung ni? Betul lah yang dia tu dah
tunang dengan anak ketua kampung?
Mimi tersenyum sinis. Dasar lelaki penipu! Semua laki memang sama, tak guna,
tak boleh pakai! Macam mana la aku boleh jatuh cinta dengan dia??? Ya Rabbi.
Bantal di tangan digengam erat. Salah. Bukan digengam tapi dicengkam . Cuba
mngalirkan rasa rasa sakit hatinya saat itu. Tak guna punya jantan.
"Pinn pinn!" Tiba tiba kedengaran bunyi hon kereta dari luar memaksa Syahmi
menjegukkan kepala melalui tingkap rumah itu.
"Ehh Zani,haa masuklah!" Selamba Syqhmi menjemput. Mimi menjeling. Tak
guna punya kembar. Cuba lah faham sikit perasaan dia yang taknak trngok muka
jantan haprak tu sikit. Tak boleh pakai betullah.
"Jangan bagi dia masuk," Mimi menjerit sedikit kuat. Sakit hati. Pandangannya
masih tidak dilarikan darupada memandang tv yang tak dihidupkan pun siarannya
itu. Macam orang gila pun ada.
Syahmi tersentak sebelum berpaling memandang kembarnya.
"Omel tetamu kan ni," Syahmi menegur.
"Omel tak nak tengok muka dia," Mimi bersuara tegas. Hatinya sudah hancur
berkecai. Apa nak jadi, jadilah! Dia dah tak peduli.
Ternyata suara Mimi yang agak kuat tu berjaya sampai ke pendengaran Huzauni
membuatkan dia memberhentikan langkahnya menuju ke tangga rumah tersebut.
Dia mengeluh. Tak sangka begini jadinya.
"Omel benci dia,suruh dia pergi," Syahmi yang berada di tingkap itu memandang
wajah Huzaini yang berada du luar rumah dengan pandangan serba salah. Nak buat
apa ni? Yang di dalam,kembarnya sendiri, yang diluar pula, member sehidup
semati. Nak pilih mana ni?
"Mimi, sini lah keluar, kalau awak tak bagi saya masuk, awak keluar la,kita
bincang dulu, awak kena dengar penjelasan saya, bukan sengaja saya buat macam
ni,bukan saya nak semua ni jadi!" Kata Huzaini separuh merayu. Sayu hatinya
mendengar kata kata benci yang keluar dari mulut wanita kesayangannya itu.
Mimi buat tak peduli. Makin sakit hatinya mendengar suara lelaki durjana itu.
Huzaini mengeluh. Ini semua berada di luar sangkaannya. Tak sangka Mimi
tidak mahu mendengar penjelasannya itu.
"Mimi! Bukan saya nak bertunang dengan orang lain selain awak, saya dah janji
kan yang saya nak memperisterikan awak suatu hari nanti? Awak jangan risau,
saya akan tunaikan juga kata kata saya tu satu hari nanti, cepat atau lambat je.
Tolonglah bagi saya peluang! Bukan kehendak saya semua ni terjadi, saya terpaksa
ikut kata kata ibu saya,trust me, just you Mimi, yang ada dalam hati saya, hanya
awak je Mimi, dan untuk pengetahuan awak, saya tak pernah bersetuju dengan
pertunangan ni Mimi,"
Mimi menyebamkan wajahnya ke bantal di pelukannya itu. Sungguh hatinya
sebak mendengar kata kata cinta yang diungkapkan lelaki itu. Apa maknanya
semua kata kata keramat itu andainya jodoh mereka dipintas oleh orang ketiga.
Dan langsung dia tak sangka orang tersebut merupakan orang kampungnya sendiri.
Bukan dia tak tahu ibu kandung Huzaini langsung tidak menyukai dirinya.
Sumpah hatinya sakit apabila mengenangkan Huzaini sanggup mengikut telunjuk
ibunya begitu saja walhal ini melibatkan masa hadapannya sendiri!
"Mimi, saya akan putuskan pertunangan ni, harini juga saya kan putuskan, saya
akan pergi balik dekat majlis sana tu, biar saya sendiri yang cakap dekat mereka
semua, saya langsung tidak pernah bersetuju dengan pertunangan mengarut tu
semua, saya cuma nakkan awak je Mimi, please faham saya," lelaki itu merayu
lagi.
Tidak sanggup untuk kehilangan wanita itu disebabkan kebodohannya dalam
menilai niat ibunya menyuruh dia datang ke majlis yang langsung tidak disangka
majlis tunangnya sendiri.
Dia yang bermalam di rumah pak langnya di Seremban terus menuju ke Rengit
disebabkan ibunya menyuruh dia menghadiri majlis kahwin saudara jauh mereka.
Dan langsung dia tidak menyangka ibunya hanya mengunakan helah itu untuk
menyuruh dia datang ke majlisnya sendiri melihat tunang pilihan ibunya itu.
Mimi mengeluh. Tak mungkin. Tak mungkin dia biarkan Zani buat sebegitu.
Memalukan ibunya sendiri. Dan seluruh keluarga ketua kampungnya itu. Dan
sekiranya mereka tahu lelaki itu memutuskan tali pertunangn itu hanya kerana
dirinya,pasti ibu dan bapanya akan dipandang serong oleh orang kampung.
Dia termenung lama. Memikirkan keputusan yang harus dibuat. Memaafkan
Zani, menerima lelaki itu semula dan membiarkan majlis tunang itu terbatal? Atau
menghalang Zani dengan melepaskan Zani kepada perempuan yang baru
ditunangnya itu sekaligus membiarakan semua berjalan seperti sediakala?
Yang mana harus dia pilih? Cinta atau Maruah?
"Baliklah Zani, we're over," pantas Mimi berlari masuk ke biliknya lalu tangisan
dilepaskan. Allah. Ya dia tak sanggup bahagia dia atas penderitaan orang lain. Dan
Zani, maafkan saya, ini adalah keputusan yang terbaik untuk semua orang, baik
saya ataupun awak. Biarlah hati dia yang sakit, biarlah hati dia yang terluka,
biarlah dia yang mengalah.
Zani, thanks for everything.
Bab 6
Shahrul menyandarkan tubuhnya ke sofa lembut di ruang tamu rumahnya itu.
Terasa lenguh sendi sendi badannya ketika itu. Mungkin bahana memandu dalam
keadaan yang terlalu lama.
"U, sakit lagi ke badan tu," Esah tiba tiba bertanya sambil tangannya sibuk
meletakkan jus oren kegemaran suaminya di atas meja kopi di hadapan tv itu.
Tubuh pantas direbahkan disisi Shahrul.
Cake coklat yang dibeli semasa dalam perjalanan tadi sempat dicapai Esah.
Perlahan dia menyuap satu persatu kek coklat yang telah dipotong tersebut ke
dalam mulut. Nikmat dia tu,sedap weyh. Dah lama tak makan kek coklat.
"U nak?" Shahrul menggeleng sambil tangannya masih tak berhenti mengurut
tengkuk sendiri. Pandangannya cuba difokuskan ke siaran televisyen yang sedang
menayangkan berita itu,namun kelenguhan sendi sendi badan menghalang fokus
Shahrul.
Esah yang perasan akan keadaan suaminya itu lantas meletakkan semula kek
coklatnya itu di ats meja.Tangannya mula naik ke bahu dan tengkuk suaminya
sebelum perlahan lahan memicit di kawasan sekitar itu.
"Ahh yang leganya," Shahrul memejam mata menikmati keenakan urutan tangan
Esah. Sungguh dia beruntung ada isteri seperti Esah. Dah la power masak, urut pon
tip top. Plus memahami pula tu. Tau tau je dia nak urutan tangan daripada isteri
kesayangannya itu.
"Baguslah service syg ni, terus hilang sakit badan I," perlahan Shahrul mencapai
jari jemari isterinya yang berada di tengkuknya apabila terasa lenguh sendi
badannya beransur hilang lantas dibawa ke bibir dan dikucup perlahan.
Anak matanya syadu menatap mata isteri yang telah dikahwini selama hampir
empat tahun itu. Senyuman indah dihadiahkan buat isterinya. Lantas bahu Esah
dipeluknya.
Esah menundukkan wajahnya. Malu barangkali ditatap sebegitu oleh sang
suami. Wajahnya mula kemerahan. Badannya disandar ke dada bidang Shahrul.
"Apa U ni,tetiba jadi romantik sangat ni,U jangan macam macam," Esah sudah
bersuara tegas sambil jari telunjuknya digerakkan ke kiri kanan. Pelik melihat
suaminya yang tetiba romantik semacam tu.
"Ehh I tak buat pape pon, I cuma goda U je," perlahan Shahrul berbisik ke telinga
isterinya sebelum telinga itu digigit perlahan.
Pantas Shahrul menegakkan dirinya semula sambil tersengih sumbing
memandang insan yang dicintainya itu.
"Eiiii U ni, mengada pula," Esah mula mencebik. Kek coklat di atas meja
dicapainya. Pantas dia menyuap kek tersebut ke dalam mulutnya sambil mata cuba
difokuskan ke siaran tv.
"Sayang,tadi kita baru je dinner,lepastu U makan pula kek ni,tau tak nanti boleh
jadi belon?" Selamba Shahrul berkata. Sebagai perunding diet,dia juga mempunyai
sedikit ilmu berkaitan penjagaaan makanan yang selama ini langsung tak diambil
peduli oleh isterinya itu.
Apa yang isterinya tahu,food is love!
Esah buat tak peduli. Malas nak melayan suaminya itu.
"Yang,berhenti la makan kek tu,ni layan suami U ni haa," panggil Shahrul lagi.
Dan sekali lagi Esah buat tak peduli.
"Sayang...," Shahrul mencuba lagi.
"Apa.?" Esah membalas sambil memandang Shahrul tak lama sebelum matanya
difokuskan semula ke arah kek di tangan.
"Hah,kalau U layan I dan berhenti makan kek coklat tu, I belikan 2 pavlova
esok," pancing Shahrul sambil tersengih.
Mata esah mula bercahaya. Pantas dia memandang ke arah Shahrul semula,
"Betul eh?" Esah meminta kepastian. Bukan boleh percaya sangat suami dia ni.
Hahahahha.
"Iyer," terus Esah meletakkan kek coklat tersebut di atas meja kopi semula
sebelum bersandar manja dada Shahrul.
Shahrul yang hanya tersengih melihat tingkah Esah terus mengeratkan lagi
pelukannya. Terasa kelakar dengan keletah isterinya itu. Pantang mendengar
pavlova.
"Hmm sayang.." Panggil Shahrul tiba tiba. Mulutnya dibawa ke ubun ubun
isterinya lantas beberapa kucupan sayang dihadiahkan. Esah yang sedang menukar
siaran mencari cerita yang menarik minat terus terhenti. Matanya dihalakan ke arah
wajah Shahrul.
"Napa?" Esah bertanya pelik apabila melihat suaminya tidak habis lagi mencium
ubun ubunnya itu. Pandangan dihala semula ke tv yang masih menayangkan siaran
berita.
"I rasa kan kita kena bagi Adam ngan Idris adik la," mata Esah terbuntang.
Pantas pelukan suaminya cuba dilerai namun tidak berjaya.
"U jangan macam macam ehhh," mata Shahrul dipanah tepat ke dalam anak mata
Esah. Untuk beberapa ketika Esah hanyut dalam satu perasaan indah yang mula
membelai jiwanya.
Satu kucupan hangat dilabuhkan di dahi Esah yang jendul itu. Lama kucupan itu
dilabuhkan mengalirkan rasa kasih yang semakin bertambah dari hari ke hari,dari
setiap minit ke setiap minit. Esah mula merasakan perasaan halus mengalir di
dalam hatinya saat kucupan suaminya beralih pada kedua dua belah matanya pula.
Terasa syadu dan bertuah dirinya menjadi isteri kepada seorang lelaki yang
sangat dicintainya itu. Perasaan halus tadi mula bertukar tidak keruan apabila
pipinya pula menjadi sasaran bibir Shahrul.
Shahrul mengangkat wajahnya. Perlahan dia menghadiahkan senyuman yang
membawa seribu satu makna sambil perlahan jarinya mengusap perlahan bibir
mungil Esah. Perlahan lahan dia dekatkan wajahnya ke wajah sang isteri.
"Ayahh!! Ma!!!" Jeritan kecil yang kedengaran secara tiba tiba itu ternyata telah
berjaya menghentikan wajah Shahrul yang semakin mendekati wajah
isterinya. Esah yang baru tersedar terus menolak perlahan muka suaminya sambil
menahan muka yang semakin membahang.
"Tengokk Idris kejar abang," jerit Adam sebelum meluru ke arah Esah meminta
untuk didukung.
Sharul sudah merengus seorang diri, " Abang ni kacau la ayah nak beromantik
dengan maa," terus Shahrul mencubit pipi anaknya geram. Geram apabila anaknya
menganggu masa sweetnya tadi bersama si isteri.
Esah hanya tersengih sebelum menghadiahkan cubitan manja di peha suaminya
itu. Adam pula sudah memonyokkan wajahnya. Kuat kot ayah dia cubit pipi dia!
"Ro-antik tu apa?" Idris yang baru saja tiba di ruang tamu tersebut dengan
pedang mainan di tangan terus bertanya ke arah ayahnya. Patutla Adam lari, Idris
gangster nak cincang!
"Romantik tuu..," Shahrul mengangkat Idris ke atas ribanya namun belum sempat
dia menghabiskan kata kata,pehanya sekali lagi terasa perit apabila dicubit oleh
isterinya itu.
"Hah U jangan ajar anak bukan bukan," tegas amaran diberi oleh Esah sambil
matanya sengaja dijegilkan ke arah Shahrul.
"Alaa sayang ,I gurau je kann kannn Idris," selamba dia bertanya kepada
anaknya.
"Betul betul betul," Idris menjawab gaya upin ipin. Ruang tamu itu terus gamat
dengan ketawa mereka sekeluarga apabila melihat kepetahan Idris berkata.
Bab 7
"Assalamualaikum Esah,haa kau mana? Petang ni jumpa dekat tempat biasa tau,
datang tau,penting ni aku nak bagitau kau sesuatu," jelas kedengaran suara lelaki
itu di corong telefon.
"Haa okay okay set," Esah menekan butang merah. Senyuman terukir di bibir
mungilnya. Sungguh gembira hatinya pada waktu itu.
Sewkeping kertas dicapai lalu dicoretkan sesuatu di atas kertas itu.
Kadang bila kau tersenyum,
Membuat aku terfikir apakah itu tandanya,
Ada cinta untuk aku di hatimu?
Esah terlopong sambil matanya terkebil kebil melihat kertas itu.
"Bapak lah sejak bila aku jadi minah bunga seyh!!" Esah menjerit sendiri.
Ya Allah. Sungguh kuat penangan cinta ini. Esah tersenyum sendiri lagi. Angau
betul dia dewngan lelaki itu. Sungguh Ya Allah,jika dia la orangnya,mka kau
permudahkanlah.
"Ehh nanti kau kahwin jangan lupa jemput aku tau,"
"Ehh meatilah aku jemput kau,kalau tak sapa nak jadi oengantin
perempuannya?"
"Bunguk arr Ijaz,"
"Ape? Betullah kau taknak kahwin dengan aku ke?" Ijaz tergelak kuat.
"Kau jangan sampai aku bagi kaki kang,"
"Eleh eleh,kaki pon pendek ada hati nak derma kat aku,kaki aku lagi panjang la
dari kau,pendekk,"
"Hijaz Aiman!!"
Esah tersenyum. Satu lagi helaian kertas dicapai.
Ijaz
Pantas satu lagi senyuman indah terukir di bibirnya.
Jam dindsing dikerling sebelum mejanya itu dikemas. Pantas dia mencapai tuala
lalu menuju ke bilik air.
"Weyh,kau nanti kalau nak cari isteri kan,kau nak cari orang yang macam mana
ek?"
"Hmmm awat kau tanya tiba tiba nih?"
"Alaa saje jerla, mana tau aku ada jumpa mana mana perempuan macam
tu,boleh ka aku rekomenkan kat kau,"
"Hmmm gitu eh? Aku kalau boleh nak cari perempuan yang memahami, good
listener, pandai jaga diri, hormat orang tua,menutup aurat,hmmm apa lagi ek?
Haa senang citer lebih kurang macam kau la,"
Esah tersenyum di dalam hati. Sungguh dia kembang saat itu.
"Tapi bukan kau lah,"
Crackkk. Tak guna Ijaz. Punah hatinya.AHAHAHHAHAHAHAHA.
"Hahaha rileks la,senang cerita la aku suka perempuan yang ciri ciri dia lebih
kurang macam kau lah, haa apa kata kau je la jadi bini aku,tak payah susah susah
aku nak cari orang lain kan,"
"Tak kelakar la Ijaz,"
"Ehh memang la tak kelakar,aku tak buat lawak pun, ehh rugi tau kau tak terima
aku,aku rupa ada,harta ada,pandai pun ye,haa awek je takde sebab melekat ngan
kau je la ni,aweek semua takut nak try aku,HAHAHAHAH,"
"Ijaz,its not funny,"
"Hahaha gurau la weyh,tapi serious ah kalau diberi pilihan antara aku dengan
apek jual ikan,kau pilih sapa?"
"Aku pilih apek jual ikan tu,"
"Tapi aku pilih kau,"
"Aku lagi rela kahwin dengan bapok!"
"Hahahhaha,sayang kau memang kelakar,"
"Diam ahh kau,"
"Hahahhahah alolololo marah ke sayang sweetheart intan payung permaisuri
gundik gahara hulubalang bendahara hati beta?"
"Sumpah tak kelakar duh," Esah ketawa geli hati.
"Hahah sukalah tu,"
"Mana ada!"
Beg tangan dicapai. Kunci kereta di belakang pintu diambil. Lantas pintu dan
grill rumah dikunci. Kereta Myvi merah keluaran terbaru itu dihampiri
lalutubuhnya menghilang di dalam kereta itu.
Sehelai kertas putih dikeluarkan dari beg tangannya,lantas coretan di atas kertas
itu dibaca perlahan.
Hijaz Aiman,
I just wanna say that I had fall in love with you. I dont know,when this feeling
started,but the truth is i had fallen for you.
Lantas kertas itu dibawa ke dada. Tidak mungkin. Dia tidak sanggup sekiranya
dia hanya bertepuk sebelah tangan, dan persahabatan mereka akan menjadi
awkaward selepas itu.
Ya Allah, apa patut aku buat ni? Aku tak sanggup nak tahan oerasaan ni.
Ternyata persahabatan yang terjalin hampir selama tiga tahun itu telah berjaya
membuahkan bibit bibit cinta di dalam hatinya. Perlakuan Hijaz yang melayannya
dengan sungguh baik dan prihatin itu sungguh telah menambat hati
perwmpuannya.
Lantas brek ditrik lalu keretanya diundurkan perlahan. Hijaz,mu ttnggu aku
datang!
******************
Duduknya dibetulkan. Rudungnya diperkemaskan. Jarinya disulamkan
keduanya. Sungguh dia resah sekarang ini. Mana la mamat biol ni pergi. Dekat 10
minit dia tunggu. Melayu betul!
"Esahh!" Jelas kedengaran laungan seseorang.
Esah berpaling ke arah belakang. Mencari gerangan yang memanggil namanya
itu. Okay,mangkuk tu da sampai akhirnya. Senyuman diukirkan semanis mungkin.
Ada geram sikit sebab terpaksa jadi patung cedana hampir sepuluh minit lamanya.
"Ehh melayu,sampai pon kau," Esah menyindir. Nasib baik tu sampai juga.
Kalau tak memang sah keling!
"Hahhaha kau janganlah sindir aku,sorilah lambat,tadi aku tunggu orang tadi,"
"Kau tunggu sapa?"
"Hah,kejap kejap, aku nak perkerkenalkan kau dengan seseorang ni,"
"Awakk,sinilah," Hijaz melambaikan tangannya ke suatu arah seolah olah sedang
memanggil seaseorang.
"Sapa weyh?"
"Jap jap, kau sabar jap la,"
Esah meliarkan matanya ke arah kawasan yang dilambaikan Hijaz sebepntar tadi.