52
53 LAPORAN PENYERTAAN MURID DALAM KEJOHANAN MAJLIS SUKAN SEKOLAH RENDAH (MSSR) DAN PERTANDINGAN FUTSAL PIALA MILO Sepanjang bulan Jun hingga September yang lepas, pihak sekolah telah menghantar beberapa pasukan untuk menyertai pelbagai pertandingan dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah Rendah (MSSR) anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Unit Pembangunan Bakat JPNS. Selain itu, pihak sekolah juga telah menghantar pasukan futsal untuk menyertai Pertandingan Futsal Piala Milo. Antara sukan yang disertai ialah bola sepak, bola jaring, bola baling, catur, badminton, merentas desa, ragbi sentuh, futsal dan memanah. Bil Pertandingan Bilangan Peserta Peringkat 1 Bola sepak 15 Zon 2 Bola jaring 15 Zon 3 Bola baling 15 Zon 4 Catur 16 Bahagian 5 Badminton 2 Zon 6 Merentas Desa 16 Zon 7 Rugbi sentuh 15 Bahagian 8 Futsal 18 Bahagian 9 Memanah 10 Bahagian Negeri Sehubungan itu, pihak sekolah telah menghantar semua peserta dengan hasil sokongan kewangan daripada pihak Majlis Islam Sarawak dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru MATTARY. Sumbangan daripada PIBG MATTARY adalah sebanyak RM 4,000.00 berdasarkan permohonan yang diperlukan bagi membantu membeli keperluan peralatan latihan, penginapan hotel, jamuan, yuran dan bayaran kejurulatihan. Tahun ini menunjukkan peningkatan pencapaian dan bilangan murid yang ramai sekali gus dapat meningkatkan keyakinan dalam diri murid. Selain itu, penyertaan ini sememangnya menjadi wadah dalam mencungkil bakat yang ada pada murid. Diharapkan agar sokongan dan sumbangan daripada semua pihak dapat diteruskan bagi membangunkan kokurikulum di MATTARY.
54 LAMPIRAN GAMBAR Pasukan Bola Jaring
55 Peserta Badminton
56 Pasukan Memanah Pasukan Bola Baling
57 Pasukan Catur Pasukan Rugbi Sentuh
58 Pasukan Bola Sepak Pasukan Merentas Desa
59 Pasukan Futsal
60 LAPORAN PROGRAM IBADAH KORBAN PIBG MATTARY (KORBANTARY) 2023/1444H Pada 1 Julai 2023 iaitu hari Sabtu bersamaan 13 Zulhijjah 1444H telah diadakan program ibadah korban yang anjurkan oleh PIBG MATTARY. Program ini diadakan di kawasan parkir bas MATTARY yang melibatkan ahli jawatankuasa PIBG MATTARY bersama dengan guru dan anggota kumpulan pelaksana MATTARY. Program ini telah dijalankan seawal jam 7.30 pagi hingga 1.00 petang. Program ibadah korban ini telah menumbangkan tiga ekor lembu. Dua ekor lembu adalah lembu yang telah disertai oleh ibu bapa dan guru MATTARY yang bersamaan 14 bahagian. Kutipan untuk sebahagian korban pada tahun ini adalah RM1350. Manakala seekor lagi hasil sumbangan daripada Yang Berhormat Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan RM 8000 dan persatuan telah menambah sebanyak RM700 untuk mencukupkan pembelian seekor lembu. Penyembelihan telah dilakukan di tempat penyembelihan di kawasan rumput sekolah. Penyembelihan telah dilakukan sendiri oleh YDP PIBG, Ustaz Mohamad Zamri bin Ariffin dan Naib YDP, Dr Aswandi bin Laman. Aktiviti melapah terus dijalankan sejurus selesai penyembelihan. Setiap bungkus agihan daging korban ditimbang sebanyak 1kg untuk diberikan kepada setiap orang. Agihan daging korban diserahkan kepada peserta korban, 32 orang murid MATTARY yang berpendapatan B40 serta kepada 74 keluarga ASNAF Kampung Sungai Periuk dan Kampung Gita. Selebihnya diberikan kepada AJK dan warga MATTARY yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Program ibadah korban ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya yang berakhir pada jam 1.00 petang. Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada ibu bapa serta guru MATTARY. Diharapkan akan diadakan lagi dengan lebih meriah dan diharapkan mendapat lebih banyak sumbangan daripada pihak luar.
61 Lampiran I Gotong-royong penyembelihan, pemotongan serta agihan daging kepada ASNAF dan warga sekolah.
62
63 PROGRAM FOODBANK YaPEIM 5.0 BERSAMA PIBG MATTARY 2023 Pada 28 Julai 2023 iaitu hari Jumaat yang lalu telah berlansungnya Program Foodbank Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) 5.0 bersama PIBG MATTARY dengan jayanya. Program tersebut telah berlansung pada pukul 3:00 petang di Dewan Serbaguna MATTARY. Seramai 3 orang wakil pegawai daripada YaPEIM Cawangan Sarawak telah hadir untuk penyerahan Foodbank yang berupa daging lembu kepada warga MATTARY yang berkelayakan. YaPEIM telah menyumbangkan sebanyak 100 pek (100kg) daging kepada warga MATTARY. Seramai 100 orang warga MATTARY yang terdiri daripada 63 orang murid dan 37 orang kakitangan yang berpendapatan rendah mendapat sumbangan ini. Program ini telah berjalan dengan lancar dan selesai diagihkan pada jam 4.30 petang kepada warga MATTARY yang terpilih. Sumbangan Foodbank 5.0 daripada pihak YaPEIM ini dapat membantu sedikit sebanyak kebajikan murid dan kakitangan yang bekeperluan serta dapat meringankan beban mereka. Diharapkan kerjasama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang di samping dapat membantu kebajikan warga MATTARY terutamanya murid-murid.
64 LAMPIRAN I Antara warga MATTARY yang mendapat Foodbank.
65 Penyerahan Foodbank kepada wakil-wakil warga MATTARY oleh pegawai YaPEIM dan YDP PIBG. Gambar bersama barisan pentadbir sekolah dan pegawai YaPEIM.
66 LAPORAN SESI TAKLIMAT IBU BAPA MURID TAHUN 6 MATTARY 2023 Pada 18 Ogos 2023 yang lalu, satu Sesi Taklimat Ibu Bapa Murid Tahun 6 Ma’had Tahfiz Tun Abdul Rahman Ya’kub (MATTARY) telah diadakan di Bilik Kuliah, Pengajian al-Quran Tun Abdul Rahman Ya’kub (PATARY). Sesi bermula pada jam 2:30 petang dengan bacaan doa disusuli ucapan alu-aluan oleh Yang Berusaha Puan Misiah binti Wajhi selaku Pemangku Guru Besar MATTARY yang turut menyatakan bahawa sesi ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada ibu bapa berkenaan komponen-komponen dalam Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) di samping mempersiapkan murid-murid dengan pengetahuan penting sebelum menghadapi ujian PKSK dan juga memberi pendedahan mengenai tawaran ke sekolah-sekolah khusus oleh wakil sekolah yang dijemput. Selain itu, bertujuan bagi mengeratkan silaturahim antara ibu bapa, pihak sekolah, PIBG serta sekolah-sekolah menengah yang berkaitan. Sesi taklimat ini telah disampaikan dengan jayanya oleh seorang wakil daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) dan enam orang penyampai yang mewakili setiap sekolah menengah yang dijemput. Antaranya, penyampaian berkenaan tatacara permohonan ke sekolah khusus yang telah disampaikan oleh Ustazah Ramona binti Hamden dari Sektor Pendidikan Islam JPNS. Beliau juga turut menyenaraikan beberapa sekolah berasarama penuh, sekolah menengah kebangsaan agama dan sekolah yang menawarkan kelas aliran agama di Sarawak yang boleh dijadikan sebagai pilihan sewaktu mengisi permohonan secara dalam talian kelak. Selain itu, beliau turut menerangkan bahawa permohonan ke sekolah khusus yang disenaraikan sudah dibuka seawal 1 Ogos yang lalu dan tarikh tutup permohonan adalah pada 17 September 2023. Beliau juga memberi penekanan bahawa hanya calon yang membuat permohonan dalam talian sahaja yang akan menduduki ujian PKSK. Selain itu, bagi memudahkan penempatan calon ke sekolah-sekolah khusus adalah digalakkan untuk semua ibu bapa membuat permohonan agar anak-anak menduduki ujian ini. Hal ini bagi memastikan agar tidak timbul sebarang isu keciciran penempatan anak-anak ke sekolah khusus yang dinyatakan. Dalam pada itu, beliau juga menjelaskan bahawa terdapat sepuluh domain soalan aneka pilihan yang akan diuji ketika ujian PKSK yang meliputi kecerdasan insaniah dan kecerdasan intelek serta soalan berbentuk subjektif bagi menguji artikulasi penulisan. Taklimat kemudiannya diteruskan dengan penerangan tawaran daripada wakilwakil sekolah antaranya, Ustazah Asma Hanisah binti Mohd Shawal (Kaunselor SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab), Encik Fakhrul Anuar bin Madhi, (Kaunselor SMKA Tun Ahmad Zaidi), Encik Iskandar Shah bin Mohd. Ismail (Kaunselor Maktab Rendah Sains Mara), Encik Hairul Nizam bin Mohd Saet (Kaunselor SM Sains Kuching Utara), Puan Haslinda binti Haji Jedi (Pengetua SM Sains Kuching) dan Puan Hasmah binti Abang Omar (Penolong Kanan Pentadbiran Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah).
67 Melalui sesi taklimat ini, para ibu bapa dapat mengetahui tarikh tawaran kemasukan bagi setiap sekolah yang turut serta di samping memantapkan lagi pengetahuan berkenaan pelaksanaan PKSK yang akan dijalankan tidak lama lagi sekali gus dapat mempersiapkan anak-anak yang akan menduduki ujian tersebut kelak. Para ibu bapa juga berasa amat teruja dengan penganjuran sesi taklimat tersebut walaupun dijalankan dalam masa yang singkat. Justeru, besarlah harapan agar sesi sebegini diadakan lagi pada masa akan datang agar dapat meningkatkan pengetahuan dan kefahaman para ibu bapa berkenaan kemasukan murid ke tingkatan 1.
68 LAMPIRAN A: Ucapan alu-aluan oleh Puan Misiah binti Wajhi, Pemangku Guru Besar MATTARY. Suasana sekitar Sesi Taklimat Ibu Bapa Tahun 6 MATTARY, 2023 sedang berlangsung.
69 Antara suasana penyampaian cenderahati kepada para penyampai. Gambar kenangan bersama para penyampai bagi Sesi Taklimat Ibu Bapa Tahun 6 MATTARY, 2023
70 LAPORAN PROGRAM MOTIVASI TAHUN 5 DAN 6 MA’HAD TAHFIZ TUN ABDUL RAHMAN YA’KUB DI KEM SUMIRAN Pada 26-27 Ogos 2023 yang lalu telah berlangsung dengan jayanya Program motivasi tahun 6 MATTARY di kem Sumiran. Program ini telah berlansung selama 2 hari 1 malam. Kem motivasi ini padat dengan acara yang disediakan oleh pihak guru serta pelatih kem di kem Sumiran. Semua murid tahun 5 dan 6 mendaftar dan mendengar taklimat daripada ketua komander iaitu saudara Mizi. Ahli jawatankuasa pendaftaran dan urusetia turut membantu Ketika sesi pendaftaran peserta kem. Tepat ada jam 9.00 pagi, slot yang pertama dimulakan dengan mendengar perkongsian daripada motivator sumiran iaitu encik Mizi. Slot motivasi dimulakan dengan sesi Ice-breaking secara berkumpuan dan dikendalikan oleh komander kem,saudara Mizi serta dibantu oleh pelatih kem sumiran yang lain Setelah tamat sesi motivasi slot yang pertama, para peserta dibawa ke tapak perkhemahan masing bagi meletakkan barangan kelengkapan penginapan masing-masing. Setelah menyimpan segala kelengkapan barang, peserta kemudiannya diberi taklimat ringkas beserta demonstrasi mengenai aturcara program. Hari pertama penuh diisi dengan slot motivasi serta aktiviti riadah pada petang harinya. Pada malamnya pula, pihak kem menyediakan aktiviti senam aerobic berbentuk tarian gerakan badan serta dipersembahkan dengan persembahan pertunjukkan bunga api. Para peserta kelihatan sangat menikmati serta seronok apabila mengikuti program pada hari tersebut. Aktiviti Kumpulan disambung dengan aktiviti persembahan yang disertai oleh semua Kumpulan serta ahlinya.Sesi pada hari pertama tamat pada jam 11.00 malam. Pada keesokan harinya, aktiviti dimulakan pada jam seawall 6.30 pagi dimulakan dengan aktiviti senam aerobic selama 1 jam diikuti dengan aktiviti kumpulan sehingga jam 9.30 pagi. Seterusnya slot kem diteruskna dengan aktiviti explorace dan flying fox yang dikendalikan oleh kem komander. Para peserta Berjaya menempuhi 10 halangan serta menelusuri perjalanan sejauh 1 kilometer dengan jayanya dan selamat. Tepat pada jam 2.00 petang, peserta motivasi diteruskan dengan aktiviti refleksi kendiri dan juga penyampaian hadiah serta sesi bergambar
71 KEKUATAN DAN KELEMAHAN PROGRAM • KEKUATAN : 1. Program yang dijalankan merupakan aktiviti tahunan sekolah. 2. Mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelajar. 3. Program ini dapat memberikan maklumat tentang cara belajar berkesan . 4. Dapat memberi bimbingan kepada murid-murid yang akan menghadapi peperiksaan. • KELEMAHAN : 1. Murid kurang fokus terutama ketika kem motivasi. Gambar-gambar program Pelajar begerak daripada sekolah menuju ke Sumiran seawal jam 6.30 pagi dan sampai pada jam sebulum 8 pagi. Setibanya mereka di kem tersebut, pelajar diberikan taklimat keselematan yang diberikan oleh para pelatih Sumiran.
72 1. Aktiviti hari pertama
73 Aktiviti hari ke 2 diakhiri dengan majlis penutupan.
LAPORAN BENDAHARI
76 PENYATAAN USUL MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE 3/2023 Bil Usul Nama Anak Kelas 1. Mohon untuk sediakan tandas duduk instead of hanya ada tandas cangkung sahaja. Jawapan: Pihak sekolah Sekolah memang telah sediakan 2 jenis tandas iaitu tandas duduk dan cangkung. Murid boleh memilih mana-mana tandas mengikut keselesaa. ALANNA SOFIA BINTI RAYNOZAINYZA 1 AL BIRUNI 2. Mohon juga kongsikan kaedah pendekatan teknik hafazan untuk kami ibu bapa praktikkan sebagai persediaan buat anak berlatih hafazan di rumah. Jawapan: Pihak sekolah Buku panduan dalam proses dan akan diedarkan apabila siap kelak. 3. Mohon juga untuk disediakan bangku buat anak2 menunggu ibu bapa balik daripada sekolah. Jawapan: Pihak sekolah Telah disediakan tetapi dlm bilangan yang minima memandangkan kwsan menunggu agak sempit. Perancangan masa panjang kita telah mengajukan kepada MIS untuk tempat khas menunggu. 4. Disediakan menu tambahan contoh telur goreng sekiranya terdapat menu utama yang pedas. Ini membolehkan anak-anak yang tidak boleh makan pedas mempunyai lauk lain untuk dimakan selain sayur. Jawapan: Pihak sekolah Menu makanan berdasarkan diet kanak2. Tiada rasa pedas atau apa2 perisa dan perasa yang berlebihan. MUHAMMAD YUSHAQ NAZRAN BIN MOHAMMED YAAKOB 1 AL FARABI 5. Keperluan padang/ kawasan permainan yg selamat utk pelajar bersukan/ bermain bagi menjaga keselamatan pelajar & memupuk minat pelajar di dalam bidang² sukan. Jawapan: Pihak sekolah Telah diajukan kepada MIS AHMAD RIZQI BIN WAZI 2 AL FARABI 6. Saya mengusul supaya murid tahun 5 menduduki ujian UPKK agar dapat memohon sekolah berasrama penuh di Semenanjung Malaysia kerana ketika permohonan ujian PKSK, keputusan UPKK wajib diisi. Terima kasih atas perhatian. Jawapan: Pihak sekolah Telah dibuat cadangan kepada MIS dan menunggu maklum balas. NURSHAFIYAH NUSAYBAH BINTI MUHAMMAD ADIB 3 AL KHAWARIZMI
77 7. Laluan keluar masuk yg lebih lancar utk elak kesesakan terutamanya waktu balik. Jawapan: Pihak sekolah Pihak sekolah telah mengarahkan pihak keselamatan untuk memastikan keadaan trafik lancar setiap kali balik. MUHAMMAD HAZEEM BIN OTHMAN 1 AL BIRUNI 8. Mohon pihak sekolah maklumkan ibu bapa dan letak papan tanda kurangkan kelajuan semasa berada dalam kawasan sekolah ketika menghantar dan mengambil anak balik dari sekolah.Banyak kali dah ternampak kereta laju semasa menghantar dan mengambil balik anak dari sekolah.KESELAMATAN PELAJAR DIUTAMAKAN.Terima kasih. Jawapan: Pihak sekolah Papan tanda kelajuan di dalam kawasan sekolah telah disediakan. MUHAMMAD QAYYIM BIN AZMAT 2 AL FARABI 9. Kawalan murid semasa balik boleh dipertingkatkan lagi sebab ada murid yang bermain di kawasan buaian tanpa disedari semasa balik. Jawapan: Pihak sekolah Disediakan guru bertugas setiap hari untuk pemantauan. Murid tidak dibenarkan berada selain kawasan menunggu. DZHARIFF ADLY BIN KAMAL ARIFFIN 3 AL KHAWARIZMI 10 Mencadangkan agar ada Pegawai Keselamatan (Guard) di pagar belakang sekolah di masa pagi & petang untuk kemudahan & kelancaran trafik keluar masuk sekolah. Jawapan: Pihak sekolah Pengawal telah ditempatkan. Kawalan trafik di luar pagar bukan dalam kawalan sekolah. DANI KHASYI BIN MD DJOHANNIS 4 AL FARABI 11. Meletakkan tanda "sekolah di hadapan" dan "sila perlahankan kenderaan" di jalan depan dan belakang (kawasan masuk dan keluar pagar sekolah) untuk keselamatan semua. Ini kerana telah berlakunya kemalangan di atas kecuaian pengguna jalan raya yang memandu laju berhampiran dengan kawasan sekolah. Jawapan: Pihak sekolah Papan tanda telah disediakan. DAYANG DAMYA AMEERA BINTI ABANG HAMZAH ABDUL RAHMAN 4 AL KHAWARIZMI 12. 1) Membina bong di jalan utama keluar sekolah Ma’had. 2) Pemasangan cermin di pondok untuk penglihatan kenderaan ibu bapa susur keluar ke jalan utama. Jawapan: Pihak sekolah Garisan zebra telah disediakan pihak DBKU. MUHD AMIR FIRAS BIN FADZILLAH AHMADI 4 BIRUNI
78 13. Mohon penggunaan baju uniform biru diguna pada hari isnin hingga khamis . Baju jubah hanya diguna pada hari jumaat sahaja kerana baju putih diguna sepanjang hari sukar dijaga oleh pljr dr segi kebersihan dan peljr perempuan kalau sudah dtg haid nampak drh bila bocor. Jawapan: Pihak sekolah Telah termaktub di dalam Peraturan sekolah. Selain itu ia lebih memudahkan pakaian dicuci bergilir. ARIANA NURADNI SOFIA BINTI MOHD TAUFIQ 2 AL KHAWARIZMI 14. Penempatan guru agama/ bhs arab perlu diambil tindakan segera. Ketiadaan guru untuk tempoh yang lama memberi kesan prestasi pembelajaran anak2 kerana perlu berpindah setiap kali kelas (bergabung) dan bilangan murid yg terlalu ramai dengan masa pembelajaran yg singkat. Jawapan: Pihak sekolah Telah diiklankan. Masih dalam proses. Jangka pendek kt akan memohon untuk guru ganti sementara. HAIDAR MUSTAQIM BIN ZAWARDY 3 AL KHAWARIZMI 15. Apakah pelan sekolah untuk membaik pulih bangunan sekolah. Sekira bercadang untuk mengecat bangunan kekalkan tona yang sedia ada kerana ia sangat clean look dan menenangkan dan sesuai ala2 bangunan Islamic di timur tengah. elakkan warna warni yang berserabut mcm sekolah lain. Jawapan: Pihak sekolah Buat masa terdekat warna masih dikekalkan. MOHAMMAD MUZAFFAR HADIF BIN MOHAMMAD FAISAL 4 AL FARABI 16. Cadangan menubuhkan Kelab Falak. Jawapan: Pihak sekolah Dipertimbangkan NUR MUHAMMAD ABDUH BIN NURUL AZHAR 6 FARABI 17. 1. Diadakan aktiviti/kuiz berkala (cth: sekali sebulan) untuk subjek-subjek tertentu utk tujuan pemerkasaan. Cikgu2 boleh memberi token yg blh ditukar dgn barang (cth: alatulis, snek sihat, dsb) sebagai insentif kepada yang 'perform'. 1.1 Matematik - kira2 congak (kiraan secara mental utk asah memori/ latih tubi terutama bab operasi darab, bahagi, campur, tolak) 1.2 BI - Dictation dan Spelling 1.3 BM - Rencana dan Ejaan 1.4 Sejarah - penceritaan semula, diorama 1.5 Pendidikan Islam - sketch book/bercerita/sketsa tentang tokoh2 Islam (kisah para nabi, para sahabat, tokoh saintis Muslim, tokoh matematik AHMAD IMTIYAZ BIN MUHAMMAD RANDIE 4 AL BIRUNI
79 Muslim). Boleh juga buat poster untuk dicetak dan dipamerkan di perkarangan sekolah. 2. Pemulangan kertas ujian semua subjek selepas proses semakan selesai sebagai salah satu cara bagi ibubapa cuba mengenalpasti kelemahan anak2 masing2. 3. Meletakkan 'signage' kata2 positif/perangsang dan pepatah Melayu, Inggeris dan Arab dan poster tokoh Islam (cth: siapa al- Biruni, al-Farabi, alKhawarizmi ) di sekitar sekolah dan sepaniang koridor. alah bisa tegal biasa utk anak2 menghubungkait antara tokoh ilmu dan peradaban tinggi dengan agama Islam. Jawapan: Pihak sekolah Cadangan diterima 18. Dicadangkan pelajar solat asar sebelum balik supaya tidak berkejaran dengan masa dalam kesesakan jalan raya memandangkan ada yang tinggal jauh. Terima kasih. Jawapan: Pihak sekolah Masa persekolah telah diperuntukan. Sekira murid lambat balik, mereka boleh bersolat di surau. NURUL ALIEYATUL EIZZANIE ARNI BINTI ABDUL AZIZ 6 AL BIRUNI 19. Kebersihan dlm penyediaan mknan terima aduan dari anak2 yg tahap kebersihan peralatan serta pekerja yang tidak menjaga etika penyediaan makanan. Anak ada buat aduan lebihan yang tidak di makan oleh student di berikan dberikan kpd pelajar lain sedangkan ia bekas dari makanan pelajar lain. Jawapan: Pihak sekolah Pihak sekolah akan memantau dari masa ke semasa. MUHAMMAD IFFAT HAQIMI BIN MOHAMMAD ZAKARIYA 4 AL FARABI 20. Mengekalkan Ustaz Zamri sebagai YDP pibg Mencadangkan calon-calon baru untuk AJK PIBG yang akan datang (i) Tuan Fadzilah Ahmadi (ii) Tuan Hafizul Hakim Jawapan: Pihak sekolah Sila cadangkan dalam pemilihan. MUHAMMAD HAMZA YUSUF BIN MOHAMAD HAFIEZ 4 AL BIRUNI 21. Semoga MATTARY terus melangkah ke mercu kecemerlangan. aminnn yra. Jawapan: Pihak sekolah Terima kasih AISYA RAUDHAH NASRON 3 AL FARABI 22. Kongsi minit mesyuarat pibg di group kelas. tq Jawapan: PIBG ABG ARIQ HILMAN BIN ABG ARMAND 6 AL FARABI
Penghargaan 80 JUTAAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA: PUAN MISIAH BINTIWAJHI PENASIHAT, PIBG MATTARY (PEMANGKU GURU BESAR) USTAZ MOHAMAD ZAMRI BIN ARIFFIN YANG DIPERTUA, PIBG MATTARY DR. ASWANDI BIN LAMAN NAIB YANG DIPERTUA, PIBG MATTARY BARISAN AJK PIBG SESI 2021-2023 BARISAN PENOLONG-PENOLONG KANAN PARA GURU DAN IBU BAPA/PENJAGA MATTARY DAN SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT SAMA ADA SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN MESYUARAT AGUNG PIBG MATTARY KALI KE-3 TAHUN 2023.