SK SAUJANA IMPIAN
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI, KPM
PERSIARAN IMPIAN PERDANA, SAUJANA IMPIAN
43000 KAJANG, SELANGOR DARUL EHSAN.
Bilangan Mesyuarat MINIT MESYUARAT PANITIA MUZIK
Tarikh BIL 1 / 2020
Masa
Tempat : Kali Pertama
: 31hb Disember 2020
: 12.15 tengah hari hingga 1.20 tengah hari
: Kamar Saujana
Hadir
1. En Hamin bin Ahmad Ketua Panitia/ Guru Muzik Thn 4, 5 dan 6
2. Pn Warisah Bt Mohd Daud @ Mohd Hanafi Setiausaha Muzik
3. Puan Mawar bt Shariff Guru Muzik Thn 1
4. Cik Rosmiza Binti Ismail Guru Muzik Thn 3
5. Pn Norashikin bt Mohd Norizan Guru Muzik Thn 3
6. Pn Tuan Haroha bt Tuan Mat Guru Muzik Thn 2
7. Pn Siti Asiah Bt Idris Guru Muzik Thn 1
8. Pn Rosni Bt Ali
Guru Muzik Thn 3
Tidak Hadir Tanpa Sebab
- Tiada
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI : ENCIK HAMIN BIN AHMAD
1.1 Pengerusi merakamkan ribuan terima kasih dan salam saujana kepada
semua guru muzik yang hadir ke mesyuarat bilangan pertama Panitia Muzik
bagi tahun 2020.
1.2 Pengerusi juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru muzik
yang telah menjalankan tanggungjawab yang cemerlang sepanjang tahun 2019.
1.3 Menurut pengerusi, pada tahun ini, mata pelajaran Kesenian dan Muzik telah
diasingkan bermula tahun 2020.
Makluman.
No. Tarikh Keluaran No. Tarikh Tarikh Kuatkuasa
Keluaran Pindaan Pindaan 01 JANUARI 2015
04 22 DISEMBER 2014 00 00
Hak Cipta [email protected]
1
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
-Tiada-
3.0 PERKARA - PERKARA BERBANGKIT
-Tiada-
4.0 PERKARA - PERKARA BAHARU
4.1 KETETAPAN PELAKSANAAN DASAR KURIKULUM
4.1.1 Pengerusi membentangkan ketetapan pelaksanaan Kurikulum SK Saujana
Impian, SBT berkenaan Pengurusan Fail Panitia dan juga Pengurusan Mata
Pelajaran (Rujuk Buku: Ketetapan Pelaksanaan Sekolah).
Makluman
4.2 PELANTIKAN JAWATANKUASA PANITIA PEND MUZIK
4.2.1 Pengerusi memaklumkan jawatan Ketua Panitia Muzik masih lagi diterajui olah
Encik Hamin manakala setiausaha bagi tahun 2020 ialah Pn. Warisah Bt Mohd
Daud @ Mohd Hanafi.
Makluman
4.3 AGIHAN TUGASAN SETIAP AHLI PANITIA MUZIK.
4.3.1 Pengerusi membentangkan perancangan program sepanjang tahun 2020.
4.3.2 Pengerusi berharap agar segala tugasan yang telah diamanahkan
kepada guru-guru muzik dapat dilaksanakan dengan baik.
4.3.3 Ketua Panitia menyatakan agihan tugas untuk menyiapkan DSKP dan RPT.
Agihan tugas adalah seperti berikut :
i ) Tahun 4,5,dan 6 = En. Hamin
ii) Tahun 1 = Pn Siti Asiah
iii) Tahun 2 = Pn. Haroha
iv) Tahun 3 = Pn. Rosmiza
4.3.4 Guru-guru yang terlibat untuk menyediakan DSKP dan RPT diminta untuk
membuat dua salinan, satu salinan untuk guru dan satu salinan untuk
dimasukkan ke dalam fail panitia.
Tindakan : Semua Guru Muzik
No. Tarikh Keluaran No. Tarikh Tarikh Kuatkuasa
Keluaran Pindaan Pindaan 01 JANUARI 2015
04 22 DISEMBER 2014 00 00
Hak Cipta [email protected]
2
4.4 AGIHAN BELANJA MENGURUS / KEWANGAN PANITIA PENDIDIKAN MUZIK
2019
4.4.1 Pengerusi membentangkan Peruntukan Kewangan Kerajaan bagi Tahun 2020.
(Rujuk Lampiran 1)
4.4.2 Pengerusi memaklumkan PCG 2019 telah habis digunakan.
4.4.3 Beliau mengingatkan semua guru muzik supaya membuat perancangan dan
pembelian yang bermanfaat dan berfaedah kepada murid-murid dan juga guru-
guru.
Tindakan : Semua guru Panitia Muzik
4.5 PASCANILAI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2019
4.5.1 Pengerusi meminta semua ahli panitia merujuk keputusan PPPBS 2 bagi
4.5.2 tahun 2019.
Pengerusi berharap agar guru-guru muzik perlu berusaha lebih untuk
meningkatkan pengetahuan murid terhadap matapelajaran Muzik.
Tindakan : Semua guru Panitia Muzik
4.6 PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA MUZIK
4.6.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru panitia muzik
kerana dapat melaksanakan setiap program yang telah dirancang bagi tahun
4.6.2 2019.
4.6.3 Pengerusi berharap agar segala aktiviti atau program yang telah ditetapkan
dalam pelan operasi 2020 dapat dilaksanakan dengan baik.
Perancangan Strategik telah dimasukkan ke dalam fail.
Tindakan : SU Muzik
4.7 PENGGUBALAN RPT PEND MUZIK 2020.
4.7.1 Pengerusi berharap agar guru yang telah ditetapkan untuk menyediakan RPT
bagi tahun 2019 dapat menyiapkan dalam masa yang terdekat. Beliau
meminta agar RPT Pend Muzik dan Pend Kesenian haruslah disediakan
dalam dua salinan. Satu untuk dimasukkan ke dalam fail dan satu untuk
kegunaan guru.
4.7.2 Ketua Panitia menyatakan agihan tugas untuk menyiapkan DSKP dan RPT.
Agihan tugas adalah seperti berikut :
i ) Tahun 4,5,dan 6 = En. Hamin
ii) Tahun 1 = Pn Siti Asiah
iii) Tahun 2 = Pn. Haroha
iv) Tahun 3 = Pn. Rosmiza Tindakan : Guru-guru berkenaan
No. Tarikh Keluaran No. Tarikh Tarikh Kuatkuasa
Keluaran 22 DISEMBER 2014 Pindaan Pindaan 01 JANUARI 2015
04 00 00
Hak Cipta [email protected]
3
4.8 BUKU REKOD MENGAJAR
4.8.1 Pengerusi mengingatkan semua guru haruslah membuat penghantaran Buku
Rekod Mengajar ke pejabat pada hari Jumaat untuk disemak dan
ditandatangani oleh guru besar.
4.8.2 Penggunaan pen ball point sahaja dibenarkan untuk menulis dalam buku rekod
mengajar.
4.8.3 Buku rekod yang dihantar perlu dilengkapkan mengikut minggu. Maklumat diri,
senarai tugas, rekod cuti, rekod kursus dalam perkhidmatan, rekod kelas
bantu, sesi persekolahan dan cuti penggal, jadual waktu dan buku rujukan guru
perlu dilengkapkan dan buku hanya boleh dibalut dengan plastik jernih sahaja.
Nama guru perlu ditulis di bawah Buku Rekod Mengajar.
4.8.4 Semua guru mata pelajaran perlu mencatat TOV dan ETR di dalam senarai
nama murid yang ditampal di belakang buku rekod mengajar.
Tindakan : Semua guru Panitia Muzik
4.9 PENULISAN RPH
4.9.1 Pengerusi memaklumkan penulisan Rancangan rekod Mengajar Harian
hendaklah diselaraskan oleh semua guru muzik. Oleh yang demikan, atas
persetujuan semua penulisan RPH adalah mengikut ketetapan yang telah
dipersetujui.
Tindakan : Semua guru Panitia Muzik
4.10PENETAPAN JUMLAH BUKU LATIHAN
4.10.1 .Menurut pengerusi, buku baluk yang akan digunakan dalam pdpc hanya
yang akan digunakan oleh murid Tahap 2 untuk mengenali simbol.
Makluman
4.11AGIHAN LATIHAN
4.11.1 Pengerusi meminta agar semua guru muzik haruslah memberi latihan kepada
murid setiap kali berlangsungnya pengajaran.Bagi Pend Kesenian ,
pentaksiran perlu dilakukan secara berterusan melalui Projek Kesenian dan
aktiviti didalam Pdpc.
Tindakan : Semua guru muzik
4.12SEMAKAN LATIHAN DAN BUKU LATIHAN
4.12.1 Pengerusi mengingatkan semua guru muzik bahawa buku teks mestilah
sentiasa digunakan oleh guru dan murid-murid bagi mendedahkan konsep-
konsep dalam mata pelajaran Muzik. Maklumat dan pengetahuan asas di
dalam topik-topik hendaklah ditegaskan kepada murid.
No. Tarikh Keluaran No. Tarikh Tarikh Kuatkuasa
Keluaran 22 DISEMBER 2014 Pindaan Pindaan 01 JANUARI 2015
04 00 00
Hak Cipta [email protected]
4
4.12.2 Pengerusi mengingatkan kepada semua guru agar membuat semakan latihan
setiap kali latihan diberikan kepada murid.
4.12.3 Pengerusi mengingatkan guru supaya menyemak buku latihan dan hasil kerja
murid secara konsisten dan guru perlu berusaha memastikan murid membuat
pembetulan bagi kesalahan latihan bertulis yang dilakukan.
4.12.4 Pengerusi berharap agar latihan murid yang telah siap haruslah terus ditanda
bagi mengelakkan berlakunya penambahan latihan yang tidak disemak.
4.12.5 Pengerusi mengingatkan semua guru mengisi maklumat bilangan dan bentuk
latihan/tugasan kepada murid bagi memastikan pengukuhan konsep dan
pengayaan dalam topik yang diajar dalam Rekod Penyemakan Buku
Latihan/Kerja Murid (SPSK PK 06/1). Borang ini perlu dihantar kepada
pentadbir untuk semakan setiap kali guru merekod 25 latihan/ tugasan.
4.12.6 Pengerusi memaklumkan sekurang-kurangnya setiap kali PdPc guru
hendaklah memberikan latihan kepada murid bagi mengukur tahap pencapaian
mereka.
Tindakan : Semua guru muzik
4.13PENGGUBALAN SOALAN PEPERIKSAAN
4.13.1 Pengerusi menyatakan bahawa soalan PPPBS 1 dan PPPBS 2 akan
disediakan oleh beliau memandangkan semua kelas tahap dua diajar oleh
beliau.
4.13.2 Pengerusi juga mengingat guru-guru agar dapat memasukan soalan KBAT
(Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) dan KBAR (Kemahiran Berfikir Aras Rendah)
dalam soalan muzik bagi setiap tahun.
Tindakan : Semua guru muzik
Tahun 4,5 dan 6
4.14 PENCERAPAN
4.14.1 Pengerusi memaklumkan bahawa pencerapan akan dilaksanakan 2 kali
setahun oleh pentadbir. Beliau mengingatkan agar guru-guru haruslah bersedia
dari segi penyediaan rekod pengajaran dan juga haruslah menggunakan bahan
bantu mengajar yang bersesuaian dengan tajuk yang akan diajar.
Tindakan : Semua guru muzik
No. Tarikh Keluaran No. Tarikh Tarikh Kuatkuasa
Keluaran 22 DISEMBER 2014 Pindaan Pindaan 01 JANUARI 2015
04 00 00
5
Hak Cipta [email protected]
4.15 PDB
4.15.1 Pengerusi memaklumkan pelaksanaan PBS di SK Saujana Impian,SBT
adalah terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga
Peperiksaan.
4.15.2 Beliau memaklumkan Pentaksiran Sekolah (PS) dirancang, dibina, ditadbir
dan diskor dan dilapor oleh sekolah, di dalam bentuk pentaksiran formatif
yang dijalankan semasa proses PdPc manakala pentaksiran sumatif (PPPBS
1 dan PPPBS 2) .
4.15.3 Semua guru mata pelajaran perlu merekodkan prestasi pencapaian murid
pada aras perkembangan pembelajaran murid sebolehnya tahap
penguasaan band 3 dan ke atas dengan mengunakan Tahap Penguasaan
pada borang transit dan kemudian direkodkan di tapak excel offline.
4.7.4 Perekodan perkembangan pembelajaran murid boleh dilakukan mengikut
keperluan, kreativiti dan kesesuian masa guru-guru.
4.7.5 Pengerusi mengingatkan semua guru perlu memainkan peranan penekanan
pencapaian prestasi PBS murid untuk setiap mata pelajaran. Guru mata
pelajaran perlu membuat analisa pencapaian PBD murid.
Tindakan : Semua guru muzik
4.16PLC / PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU DALAM PANITIA MUZIK
4.16.1 Pengerusi mengingatkan agar semua guru memantapkan program PLC pada
tahun 2020. Beliau berharap agar semua guru dapat mempopularkan dan
membudayakan PLC sebagai strategi untuk meningkatkan kualiti dan amalan
PdPc guru-guru.
4.16.2 Pengerusi memaklumkan bahawa PLC hendaklan dilaksanakan sekurang-
kurangnya 4 kali setahun dan pada tahun ini pengerusi akan mencerap guru-
guru muzik.
Tindakan : Semua guru muzik.
5 HAL-HAL LAIN
5.1 Pengerusi mengingatkan semua guru hasil kerja murid yang berkualiti dapat
mengukuhkan pembelajaran. Guru perlu memberi latihan dan tugasan
(projek@kerja rumah) kepada murid dengan mengikut keupayaan dan kebolehan
murid. Soalan yang diberikan perlu dipelbagaikan jenisnya dan tugasan yang diberi
mestilah berhubung kait dengan tajuk yang dipelajari.
No. Tarikh Keluaran No. Tarikh Tarikh Kuatkuasa
Keluaran 22 DISEMBER 2014 Pindaan Pindaan 01 JANUARI 2015
04 00 00
Hak Cipta [email protected]
6
5.2 Pengerusi menggalakkan semua guru menggunakan sepenuhnya Bahan Bantu
Belajar (BBB) dalam PdPc. Penggunaan teknologi dalam PdPc amat digalakkan.
5.3 Pengerusi mengharapkan supaya semua guru muzik menggunakan Bilik Muzik
kerana pelbagai alatan muzik boleh digunakan secara optimum semasa proses
Pdpc.
5.4 Pengerusi berharap agar program yang dirancang pada tahun ini dapat dijalankan
sebagaimana yang dirancang.
5.5 Pengerusi mencadangkan agar bagi Tahap 1, pada minggu pertama dan kedua
mohon fokus pada lagu-lagu semasa perhimpunan. Guru-guru boleh menggunakan
CD.
5.6 Pengerusi akan memperbanyakkan CD lagu.
Makluman
6.0 PENUTUP
6.1 Pengerusi mengharap semua guru komited dan bekerja secara kolaboratif serta
berterusan dan komited dalam bekerja bersama ke arah mencapai prestasi murid
yang lebih baik.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam1.20 tengah hari
Urus Setia,
Setiausaha Panitia Pend Muzik 2020
SK Saujana Impian, SBT
No. Tarikh Keluaran No. Tarikh Tarikh Kuatkuasa
Keluaran 22 DISEMBER 2014 Pindaan Pindaan 01 JANUARI 2015
04 00 00
Hak Cipta [email protected]
7