The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hasnilaila6722, 2021-08-21 15:39:10

1.5 MODUL IBU BAPA

1.5 MODUL IBU BAPA

MODUL IBU BAPA

MODUL IBU BAPA

PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

2018
1

MODUL IBU BAPA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Terima kasih dan syabas saya ucapkan kepada semua Jawatankuasa Penggubal Modul Ibu
Bapa, Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Modul ini diharap dapat dijadikan panduan oleh semua ibu bapa khususnya yang mempunyai
anak berkeperluan khas yang terlibat dengan Program Pendidikan Inklusif (PPI). Persatuan
Ibu Bapa dan Guru (PIBG) boleh memainkan peranan penting dalam bersama-sama
merealisasikan hasrat murni ini. Selain itu, juga modul ini juga diharapkan dapat difahami dan
dihayati sama ada pada peringkat KPM, JPN, PPD dan pada peringkat sekolah.
Pelaksanaan PPI memenuhi hasrat KPM untuk melahirkan murid yang cemerlang menerusi
pendidikan yang tidak mendiskriminasikan mana-mana murid atas kekurangan mereka.
Pendidikan pada peringkat antarabangsa meletakkan konsep pendidikan Inklusif sebagai asas
dalam melaksanakan “Pendidikan Untuk Semua”.
Akhirnya pada kesempatan ini, saya mengharapkan modul ini dapat memberi nilai tambah
bagi memantapkan pengoperasian PPI dan meningkatkan mutu pendidikan Khas di negara ini.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. YASMIN BINTI HUSSAIN
Pengarah
Bahagian Pendidikan Khas
Kementerian Pendidikan Malaysia

2

MODUL IBU BAPA

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN 3
SENARAI SINGKATAN 4
SINOPSIS 5

BAB 1 ANALISIS 6
A. PENGENALAN 7
B. MATLAMAT 7

BAB 2 REKA BENTUK 8
A. OBJEKTIF MODUL 9
B. KUMPULAN SASARAN 9
C. ISI KANDUNGAN MODUL 10

BAB 3 PEMBANGUNAN MODUL 11
TOPIK 1 : JALINAN KERJASAMA 12 – 17
TOPIK 2 : PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM PROGRAM PENDIDIKAN 18 – 20

INKLUSIF 21 – 22
TOPIK 3 : KEPENTINGAN PELIBATAN IBU BAPA DALAM MEMBANTU
23 – 27
PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF (PPI)
TOPIK 4 : PELUANG DAN CABARAN PELIBATAN IBU BAPA DALAM 28 – 29

PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF (PPI)
TOPIK 5 : SUMBANGAN PROFESIONAL IBU BAPA

BAB 4 PELAKSANAAN 30 – 33

BAB 5 PENILAIAN 34 – 44

LAMPIRAN 45
RUJUKAN 46

3

MODUL IBU BAPA

SENARAI SINGKATAN

Singkatan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
Jabatan Pendidikan Negeri
JNJK Kumpulan Sokongan Ibu Bapa
JPN Latihan Dalam Kumpulan
KSIB Murid Berkeperluan Khas
LDK Murid Arus Perdana
MBK Organisasi Bukan Kerajaan
MAP Perbincangan dalam Kumpulan
NGO Persatuan Ibu Bapa dan Guru
PDK Pejabat Pendidikan Daerah
PIBG Program Pendidikan Inklusif
PPD Pogram Pendidikan Khas Integrasi
PPI Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
PPKI Rancangan Pendidikan Individu
PPPM Sukarelawan di dalam kelas
RPI
SdK

4

MODUL IBU BAPA
SINOPSIS

Modul ibu bapa ini memberikan pendedahan tentang Program Pendidikan Inklusif
(PPI) kepada ibu bapa murid arus perdana dan ibu bapa murid berkeperluan khas
(MBK). Modul ini direka bentuk untuk meningkatkan kefahaman, mendedahkan
tentang jalinan kerjasama, menjelaskan peranan, kepentingan pelibatan ibu bapa,
peluang dan cabaran serta sumbangan profesional ibu bapa dalam PPI.
Jalinan kerjasama merangkumi kerjasama dalaman dan luaran. Jalinan kerjasama
dalaman terdiri daripada pelibatan ibu bapa dengan komuniti sekolah. Jalinan
kerjasama luaran terdiri daripada pelibatan ibu bapa dengan komuniti luar sekolah.
Pelibatan ibu bapa dalam PPI dilihat dari aspek peranan ibu bapa kepada MBK,
peranan ibu bapa kepada murid arus perdana, peranan ibu bapa MBK kepada pihak
sekolah, peranan ibu bapa murid arus perdana kepada pihak sekolah dan peranan
ibu bapa kepada komuniti. Pelibatan ibu bapa penting dalam membantu kelancaran
PPI melalui usaha kolektif, bersikap positif dan saling melengkapi.
Faktor kejayaan dan faktor penghalang kepada pelibatan ibu bapa MBK dan ibu
bapa murid arus perdana boleh dilihat melalui faktor akademik, persepsi ekonomi
dan sosial. Ibu bapa boleh menyumbang secara profesional melalui pembangunan
prasarana, perkongsian kepakaran dan sukarelawan.

5

MODUL IBU BAPA

BAB 1
ANALISIS

6

MODUL IBU BAPA

BAB 1 ANALISIS

A. PENGENALAN

Modul Ibu bapa ini berkuat kuasa pada tarikh modul Ibu bapa dikeluarkan dan
modul ini perlu dibaca bersama-sama Garis Panduan Program Pendidikan
Inklusif Murid Berkeperluan Khas (Edisi 2018).

Pelibatan ibu bapa merupakan suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan
peranan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar
sekolah demi menjayakan Program Pendidikan Inklusif (PPI). PPI
menggunakan pendekatan “whole school community approach” di mana
pelibatan ibu bapa memainkan peranan masing-masing dalam pelaksanaan
program ini sama ada di sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas
Integrasi (PPKI) mahupun tidak.

PPI boleh dijalankan di sekolah harian biasa walaupun sekolah tersebut tidak
mempunyai PPKI. Di sinilah pelibatan ibu bapa dalam membantu kefahaman
komuniti sekolah dari aspek dalaman dan luaran untuk menerima dan
mengaplikasikan PPI dengan jayanya mengikut budaya sekolah masing-
masing.

B. MATLAMAT

Matlamat modul ibu bapa ini adalah untuk meningkatkan kefahaman hak
pendidikan untuk semua murid dalam kalangan ibu bapa dan komuniti melalui
interaksi, perkongsian kepakaran dan ilmu. Modul ini diharap dapat
mewujudkan jalinan kerjasama antara ibu bapa dan komuniti dalam
melancarkan pelaksanaan PPI.

7

MODUL IBU BAPA

BAB 2
REKA
BENTUK

8

MODUL IBU BAPA

BAB 2 REKA BENTUK

A. OBJEKTIF MODUL

i. Meningkatkan kefahaman tentang PPI dalam kalangan ibu bapa MBK
dan MAP.

ii. Mendedahkan ibu bapa tentang jalinan kerjasama dalaman dan luaran.
iii. Memperjelas peranan ibu bapa dalam PPI.
iv. Memperjelas kepentingan pelibatan ibu bapa dalam PPI.
v. Menerangkan peluang dan cabaran pelibatan ibu bapa dalam PPI.
vi. Menerangkan sumbangan profesional ibu bapa dalam PPI.

B. KUMPULAN SASARAN

 Ibu bapa murid berkeperluan khas
 Ibu bapa murid arus perdana
 Murid berkeperluan khas
 Murid arus perdana
 Komuniti

9

MODUL IBU BAPA
C. ISI KANDUNGAN MODUL

TOPIK ISI KANDUNGAN MASA

TOPIK 1 1. Jalinan Kerjasama Dalaman 10 minit
Jalinan Kerjasama 2. Jalinan Kerjasama Luaran

TOPIK 2 1. Peranan ibu bapa Murid Berkeperluan Khas 20 minit
Pelibatan Ibu Bapa (MBK)
dalam membantu
Program Pendidikan 2. Peranan ibu bapa murid arus perdana.
Inklusif (PPI)
3. Peranan ibu bapa MBK kepada Guru.
Pendidikan Khas Integrasi (GPKI) dan guru
arus perdana.

4.Peranan ibu bapa murid arus perdana
kepada guru pendidikan khas dan guru arus
perdana.

5. Peranan ibu bapa MBK dan murid arus
perdana kepada komuniti.

TOPIK 3 1. Usaha Kolektif 10 minit
Kepentingan 2. Bersikap Positif
Pelibatan Ibu Bapa 3. Saling Melengkapi

TOPIK 4 1. Faktor Kejayaan 20 minit
Peluang dan Cabaran 2. Faktor Penghalang Kejayaan
Pelibatan Ibu Bapa

dalam PPI

TOPIK 5 1. Pembangunan Prasarana 10 minit
Sumbangan 2. Perkongsian Kepakaran
Profesional Ibu Bapa 3. Sukarelawan

10

MODUL IBU BAPA

BAB 3

PEMBANGUNAN
MODUL

11

MODUL IBU BAPA

BAB 3 PEMBANGUNAN MODUL

TOPIK 1: JALINAN KERJASAMA

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, jalinan didefinisikan sebagai sesuatu yang
dijalin. Kerjasama pula didefinisikan sebagai usaha (kerja) bersama-sama atau
saling membantu (antara dua atau beberapa pihak). Jalinan kerjasama juga turut
membawa maksud kolaboratif, permuafakatan dan perkongsian.

Jalinan kerjasama antara pihak berkepentingan yang terlibat dalam PPI penting
dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran berkesan bagi MBK. Pihak
berkepentingan yang terlibat ialah Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan
Pendidikan Negeri, Pegawai Pendidikan Daerah, pentadbir sekolah, guru-guru, ibu
bapa MBK, ibu bapa murid arus perdana, staf sokongan dan komuniti sekolah.

Terdapat dua jenis jalinan kerjasama, iaitu jalinan kerjasama dalaman dan jalinan
kerjasama luaran.

A. Jalinan kerjasama dalaman

Jalinan kerjasama dalaman terdiri daripada pentadbir sekolah dengan guru
pendidikan khas, dalam kalangan guru pendidikan khas, guru arus perdana
dengan guru pendidikan khas, guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa
(GBKSM) dengan guru pendidikan khas dan staf sokongan dengan guru
pendidikan khas.
i. Pentadbir Sekolah dengan Guru Pendidikan Khas

Jalinan kerjasama antara pihak pentadbir sekolah dengan guru
pendidikan khas penting dalam membantu MBK untuk menjayakan PPI.
Pihak pentadbir sekolah terdiri daripada pengetua/guru besar dan guru-

12

MODUL IBU BAPA

guru penolong kanan. Mereka perlu sentiasa peka terhadap isu-isu yang
timbul berkaitan pendidikan inklusif dan sentiasa melibatkan diri dalam
melaksanakan dasar pendidikan inklusif yang menekankan pendidikan
yang berkualiti dan berpusatkan murid.
Pihak pentadbir sekolah perlu mewujudkan persekitaran yang sesuai
untuk PPI dengan menyediakan kelas yang kondusif dan mesra orang
kurang upaya (OKU).

ii. Dalam Kalangan Guru Pendidikan Khas

Jalinan kerjasama antara guru-guru pendidikan khas yang mempunyai
kepakaran yang pelbagai dapat dikongsikan bersama-sama untuk
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran MBK. Jalinan kerjasama
berfungsi sebagai mekanisme bagi guru-guru pendidikan khas untuk
merancang dan melaksanakan PPI kepada MBK.

iii. Guru Arus Perdana dengan Guru Pendidikan Khas

Jalinan kerjasama antara guru arus perdana dan guru pendidikan khas
di dalam bilik darjah biasa berlaku kerana terdapat MBK ditempatkan di
dalam kelas arus perdana. Jalinan kerjasama ini dapat membantu MBK
mendapatkan pendidikan yang bersesuaian mengikut tahap
keupayaannya. Kefahaman guru arus perdana tentang PPI dapat
dipertingkatkan melalui jalinan kerjasama ini. Jalinan kerjasama ini
merangkumi pengurusan tingkah laku dan emosi serta kaedah
pengajaran bersama (Co-Teaching).

iv. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM)

Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa membantu untuk
mendapatkan maklumat daripada guru, ibu bapa, rekod sekolah dan

13

MODUL IBU BAPA
agensi luar yang terlibat dengan murid-murid dan program
yang
dilaksanakan. Jalinan kerjasama antara GBKSM dan guru pendidikan
khas menggunakan maklumat yang diperoleh untuk berkonsultasi
dengan ibu bapa. GBKSM juga boleh merancang sesi bimbingan dalam
proses modifikasi tingkah laku dan membantu guru pendidikan khas
merancang aktiviti terapi dan bimbingan untuk MBK dalam PPI.

v. Pembantu Pengurusan Murid dengan Guru Pendidikan Khas
Pembantu Pengurusan Murid (PPM) menguruskan MBK semasa proses
pembelajaran di sekolah. Jalinan kerjasama antara PPM dengan guru
pendidikan khas dalam PPI merangkumi penyediaan bahan pengajaran
dan pembelajaran (PdP) dan memastikan keberadaan MBK ke kelas
inklusif dengan menghantar dan mengambil MBK ke kelas inklusif.
Jalinan kerjasama di antara PPM dan guru pendidikan khas meliputi
pelaksanaan tugas-tugas lain yang berkaitan dengan PPI.

14

MODUL IBU BAPA

B. Jalinan Kerjasama Luaran

Jalinan kerjasama luaran terdiri daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG) dengan sekolah, sekolah dengan sekolah, agensi kerajaan dan
syarikat swasta serta komuniti dengan sekolah, organisasi bukan kerajaan
(NGO) dengan sekolah, pakar-pakar profesional dengan sekolah dan pihak
pengurusan tertinggi (KPM) dengan sekolah.

i. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan Sekolah

PIBG berperanan sebagai satu saluran perhubungan antara ibu bapa
dan pihak sekolah dalam penerimaan dan pelaksanaan PPI. PIBG boleh
menyumbang kepakaran, tenaga dan wang dalam pelaksanaan PPI.
Selain itu, perbincangan profesional antara ibu bapa/penjaga dan pihak
sekolah mengenai perkembangan dan pencapaian MBK serta masalah
yang dihadapi dapat membantu para guru membuat persediaan yang
sewajarnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di
sekolah.

ii. Kolaboratif Antara Sekolah

Sekolah yang telah melaksanakan PPI boleh membuat perkongsian
pintar dengan sekolah yang sedang atau masih belum melaksanakan
PPI. Jalinan kerjasama antara sekolah boleh mewujudkan hubungan
dua hala dalam aktiviti antara sekolah, perkongsian idea BBB dan
peralatan dalam proses PdP murid inklusif.
Jalinan kerjasama ini juga melibatkan pihak Sekolah Pendidikan Khas
(SPK) dengan berkongsi kepakaran untuk meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran MBK. Jalinan kerjasama ini berfungsi sebagai
mekanisme untuk guru merancang dan melaksanakan PPI kepada MBK.

15

MODUL IBU BAPA

iii. Agensi Kerajaan dan Syarikat Swasta serta Komuniti dengan
Sekolah

Pihak sekolah boleh bekerjasama dengan agensi kerajaan dan syarikat
swasta serta komuniti untuk menganjurkan kursus, mendapatkan
khidmat nasihat dan latihan kemahiran kepada MBK dalam PPI. Selain
itu, menyumbang khidmat tenaga dan kemahiran, agensi terlibat juga
boleh menyumbang tenaga kerja dan sumber kewangan.

iv. Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) dengan Sekolah

NGO boleh memberi bantuan kepada pihak sekolah dari segi kewangan
dan peralatan yang berkaitan dalam pelaksanaan PPI. NGO boleh
menawarkan diri sebagai sukarelawan kepada pihak sekolah yang
terlibat dengan PPI melalui penyediaan ahli terapis, pengamal perubatan
dan ahli psikologi. NGO boleh berkolaboratif dengan pihak sekolah
dalam menganjurkan forum, seminar, bengkel dan latihan pravokasional.
Jalinan kerjasama antara pihak sekolah dengan NGO dapat
menyumbang kepada kemenjadian MBK dalam PPI.

v. Pakar Profesional dengan Sekolah

Pihak sekolah boleh menjalin kerjasama dengan pakar profesional
berkaitan dengan MBK sekiranya perlu. Sebagai contoh, ahli terapi
pertuturan boleh mengadakan latihan kemahiran seperti latihan
pertuturan kepada MBK. Latih tubi pertuturan yang seterusnya boleh
dijalankan dalam bilik darjah dan dipantau oleh guru pendidikan khas
yang akan memberi laporan kemajuan murid berkenaan kepada ahli
terapi pertuturan.

16

MODUL IBU BAPA
Ahli psikologi pula boleh memberi tunjuk ajar kepada guru pendidikan
khas dan guru arus perdana dalam pengendalian tingkah laku MBK
yang terlibat dengan PPI.

Ahli terapi cara kerja pula dapat membantu guru mengenal pasti
kelemahan MBK dan menyediakan terapi yang sesuai untuk mereka.
Ahli profesional lain boleh memberi bantuan kemahiran/ kepakaran/
perkhidmatan masing-masing kepada guru dan MBK.

vi. Pengurusan Tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia (Bahagian
Pendidikan Khas, Lembaga Peperiksaan Malaysia, Jemaah Nazir)
Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah) dengan
Sekolah
Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas), KPM dapat memberi peruntukan
maklumat terkini berkaitan pelaksanaan PPI di Malaysia.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) berperanan menyalurkan
maklumat berkaitan pentaksiran dan penilaian yang melibatkan MBK
kepada pihak sekolah.

Jemaah Nazir pula membuat penyeliaan dan pemantauan terhadap
keberkesanan pelaksanaan PPI.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
menjalin kerjasama dalam melaksanakan dasar dan pekeliling berkaitan
dengan PPI.

17

MODUL IBU BAPA

TOPIK 2 : PELIBATAN IBU BAPA DALAM PROGRAM PENDIDIKAN
INKLUSIF (PPI)

Pelibatan ibu bapa dalam PPI akan menimbulkan kesedaran umum di sekolah. Ibu
bapa melalui PIBG sekolah dapat merancang beberapa program yang sesuai
mengikut iklim sekolah untuk meningkatkan pelibatan ibu bapa dalam proses
pembelajaran MBK bersama-sama murid arus perdana. Pelibatan ibu bapa
menggalakkan perkongsian idea mengenai pembelajaran, kebolehtadbiran murid
tentang diri sendiri, perkongsian ilmu dan pengurusan tingkah laku. Pelibatan ibu
bapa boleh dilihat dari pelbagai aspek seperti peranan ibu bapa kepada MBK,
peranan ibu bapa kepada murid arus perdana, peranan ibu bapa MBK kepada pihak
sekolah, peranan ibu bapa murid arus perdana kepada pihak sekolah dan peranan
ibu bapa kepada komuniti.

A. Peranan ibu bapa kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK)

Ibu bapa MBK berperanan untuk memastikan kehadiran MBK ke sekolah bagi
mengurangkan kadar keciciran. Di samping itu, ibu bapa boleh menggalakkan
MBK mencontohi amalan terbaik Rakan Inklusif. Hubungan dua hala antara ibu
bapa dan MBK dapat mengenal pasti potensi dan kekuatan MBK. Ini akan
membentuk hala tuju kerjaya MBK selepas tamat sesi persekolahan.
Ibu bapa memberi ruang kepada untuk MBK melibatkan diri dalam aktiviti
kokurikulum di sekolah dan membolehkan MBK meningkatkan tahap
komunikasi, kemahiran motor dan kemahiran berfikir secara kritis.

B. Peranan ibu bapa kepada murid arus perdana

Ibu bapa murid arus perdana memainkan peranan dalam menyebarluaskan
PPI supaya pergaulan dan komunikasi anak-anak mereka dengan MBK di
sekolah lebih terbuka. Ibu bapa murid arus perdana juga bertanggungjawab
untuk membangunkan kesedaran sivik dalam diri anak-anak mereka seperti

18

MODUL IBU BAPA

hormat-menghormati, bertolak ansur dan menghargai perbezaan individu rakan
sebaya.
C. Peranan Ibu bapa Murid Berkeperluan Khas (MBK) kepada pihak sekolah,
guru pendidikan khas dan guru arus perdana

Ibu bapa MBK boleh berkongsi pengajaran kemahiran, tingkah laku,
pemakanan, kaedah mengawal emosi dan perkongsian pengetahuan
mengenai pendidikan awal kanak-kanak serta intervensi awal MBK kepada
pihak sekolah, guru pendidikan khas dan guru arus perdana.
Sesi konsultasi ibu bapa bersama-sama golongan profesional dan pakar rujuk
juga boleh dikongsikan melalui pelibatan ibu bapa dalam bentuk bengkel dan
sesi dialog dengan pihak sekolah. Melalui bengkel ini, maklumat tentang
penggunaan ubat-ubatan atau teknik-teknik tertentu yang diperoleh boleh
diketahui semua yang terlibat.
Ibu bapa MBK juga bertanggungjawab untuk memberikan kesedaran dalam diri
MBK mengenai kawalan diri, emosi atau sosial serta mendidik MBK ke arah
mengamalkan gaya hidup sihat. Sokongan moral ini akan memudahkan pihak
sekolah, guru pendidikan khas dan guru arus perdana dalam melaksanakan
PPI serta memberikan gambaran positif terhadap MBK kepada komuniti.

D. Peranan Ibu bapa murid arus perdana kepada pihak sekolah, guru
pendidikan khas dan guru arus perdana
Ibu bapa murid arus perdana berperanan memberikan sokongan moral dan
semangat kepada ibu bapa MBK. Ibu bapa murid arus perdana juga boleh
mewujudkan jaringan sosial untuk merapatkan jurang di antara MBK dengan
pihak sekolah, guru pendidikan khas dan guru arus perdana. Jaringan ini juga
boleh mengubah persepsi negatif pihak sekolah, guru pendidikan khas dan
guru arus perdana terhadap MBK melalui pelaksanaan PPI.

19

MODUL IBU BAPA
E. Peranan Ibu bapa kepada Komuniti

Ibu bapa berperanan memberikan kesedaran terhadap kewujudan MBK dan
PPI kepada komuniti. Komuniti mesti menerima bahawa MBK mempunyai hak
yang sama rata untuk belajar dan bersosialisasi dalam persekitaran
pembelajaran tanpa halangan (barrier-free learning environment) sejajar
dengan anjakan satu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025, iaitu menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan
berkualiti bertaraf antarabangsa. Ini juga bertepatan dengan Akta Pendidikan
1996 “Pendidikan Untuk Semua”. PPI dilaksanakan untuk memberi peluang
pendidikan sama rata kepada MBK.

20

MODUL IBU BAPA

TOPIK 3 : KEPENTINGAN PELIBATAN IBU BAPA DALAM MEMBANTU
PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF (PPI)

Kepentingan pelibatan ibu bapa dalam membantu kelancaran PPI melalui usaha
kolektif, bersikap positif dan saling melengkapi dapat membentuk kemenjadian
murid.

A. Usaha kolektif

Usaha kolektif merangkumi pelibatan ibu bapa di dalam Persatuan Ibu Bapa
dan Guru (PIBG), Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB), komuniti dan NGO
yang berkaitan. Ibu bapa dapat melibatkan diri sebagai ahli dalam
jawatankuasa-jawatankuasa seperti Jawatankuasa Permuafakatan Sekolah
untuk berkongsi kepakaran, khidmat nasihat dan latihan kemahiran.
Pelibatan ibu bapa dalam jawatankuasa seperti ini dapat melancarkan lagi
pelaksanaan PPI.

Usaha kolektif juga melibatkan penggunaan media sosial seperti facebook,
whatsapp, telegram dan aplikasi lain dalam menyebar luas maklumat dan
maklum balas mengenai PPI. Melalui usaha ini ibu bapa dapat menyumbang
kepakaran, kemahiran, sumber tenaga dan kewangan kepada pihak sekolah.
Usaha kolektif turut memberikan impak positif kepada mutu pendidikan dari
segi akademik, sahsiah dan disiplin, infrastruktur serta iklim sekolah. Impak
positif ini dapat meningkatkan kehadiran murid ke sekolah, prestasi akademik
dan menambah baik fasiliti sekolah. Usaha kolektif ini dapat meningkatkan
kemenjadian murid melalui PPI.

B. Bersikap positif

Sikap positif ibu bapa dalam penerimaan PPI dapat mewujudkan waktu
pembelajaran dan ruang yang kondusif untuk sesi pembelajaran murid. Sikap
positif ibu bapa boleh dijadikan sebagai suri teladan kepada komuniti untuk
mewujudkan persekitaran yang seimbang dalam kelas inklusif. Sikap ibu bapa
yang tidak mendiskriminasikan murid dalam PPI dapat memberikan hak yang

21

MODUL IBU BAPA
sama rata bagi murid mendapatkan akses pendidikan yang berkualiti di
semua sekolah.
Kefahaman ibu bapa dalam memahami tuntutan akademik terkini dan
keperluan pembelajaran murid membolehkan ibu bapa mengenali potensi dan
keperluan kemahiran murid di samping membentuk kemenjadian murid
melalui PPI. Ibu bapa yang bersyukur dan empati terhadap MBK dan ibu bapa
yang lain dapat memupuk sikap kerendahan hati, kesantunan dan rasa
hormat bagi melancarkan PPI.

C. Saling Melengkapi
Ibu bapa boleh memainkan peranan masing-masing dan menyumbang
mengikut bidang kepakaran mereka. Sumbangan ini dapat memberi manfaat
kepada pihak sekolah meningkatkan keberkesanan PPI. Prestasi akademik
murid dalam PPI dapat dipertingkatkan melalui usaha sama ibu bapa dan
pihak sekolah.

22

MODUL IBU BAPA
TOPIK 4 : PELUANG DAN CABARAN PELIBATAN IBU BAPA DALAM

PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF (PPI)

A. FAKTOR KEJAYAAN

Faktor kejayaan kepada pelibatan ibu bapa ini bergantung kepada pelibatan ibu
bapa MBK dan ibu bapa murid arus perdana. Kejayaan PPI ini boleh dilihat melalui
faktor akademik, persepsi, ekonomi dan sosial.

i. Ibu bapa Murid Berkeperluan Khas (MBK)

a. Faktor Akademik

Latar belakang akademik ibu bapa MBK mempengaruhi faktor kejayaan PPI.
Ibu bapa MBK yang berpendidikan memberikan penekanan terhadap
pendidikan MBK. Ibu bapa MBK akan menetapkan matlamat dan hala tuju
akademik MBK dan menyokong PPI. Ibu bapa MBK juga akan terlibat dalam
perbincangan mengenai kemajuan murid dan penentuan Rancangan
Pendidikan Individu (RPI) MBK.

b. Faktor Persepsi

Persepsi ibu bapa MBK bahawa MBK boleh dididik, mempunyai potensi,
mampu bersaing dan berjaya seperti murid lain yang mengikuti PPI. Ibu bapa
MBK yakin terhadap kemampuan MBK untuk mengamalkan disiplin dan
sahsiah diri yang terpuji. Sikap yang terpuji ini memudahkan MBK berinteraksi
dengan lebih baik dan dapat menghindari pelibatan gejala yang negatif.

23

MODUL IBU BAPA

c. Faktor Ekonomi

Ibu bapa MBK yang berkemampuan dari segi kewangan boleh membantu
MBK seperti membeli peralatan pembelajaran, mendapatkan rawatan,
menjalani intervensi dan terapi. Kelengkapan yang disediakan oleh ibu bapa
MBK dapat membantu proses pembelajaran dalam PPI.

d. Faktor Sosial

Ibu bapa MBK mesti membentuk komunikasi yang berkesan sebagai seorang
rakan sebaya, pembimbing dan pendengar kepada MBK. Ibu bapa MBK perlu
kerap berbual dengan anak, bersikap responsif, menghargai pendapat MBK,
mempunyai kesantunan komunikasi dan menjadi suri teladan. Komunikasi
berkesan ini boleh menjadi faktor pendorong kepada kejayaan PPI.

ii. Ibu bapa Murid Arus Perdana

a. Faktor Akademik

Latar belakang akademik ibu bapa murid arus perdana mempengaruhi faktor
kejayaan PPI. Ibu bapa murid arus perdana yang berpendidikan mempunyai
kesedaran yang tinggi terhadap pelaksanaan “Pendidikan Untuk Semua”.
Maka, ibu bapa murid arus perdana dapat memberikan sokongan kepada
pihak sekolah dalam pelaksanaan PPI.

b. Faktor Persepsi

Ibu bapa murid arus perdana yang peka terhadap keperluan pendidikan MBK
akan menunjukkan sikap bertoleransi dan lebih prihatin kepada kepentingan
PPI. Ibu bapa murid arus perdana dapat mempengaruhi komuniti untuk
bekerjasama dalam memastikan MBK berpeluang mendapat pendidikan yang
sama rata melalui program kesedaran kepentingan PPI. Rentetan daripada

24

MODUL IBU BAPA

keprihatinan ini, ibu bapa murid arus perdana akan lebih rasional dalam
membuat pertimbangan dalam hal-hal yang berkaitan PPI. Antaranya, ibu
bapa murid arus perdana dapat mendidik anak-anak mereka dengan memberi
kesedaran, sokongan dan memupuk nilai hormat-menghormati dan
menyayangi rakan di dalam kelas PPI.

c. Faktor Ekonomi
Ibu bapa murid arus perdana dapat menyokong pelaksanaan PPI melalui
bantuan kewangan, kemudahan fizikal dan fasiliti yang mesra OKU.

d. Faktor Sosial
Ibu bapa murid arus perdana mesti menjadi seorang suri teladan,
pembimbing dan pendengar kepada murid arus perdana. Ibu bapa murid arus
perdana boleh menggalakkan amalan nilai kesyukuran, bekerjasama, hormat-
menghormati dan hemah tinggi dalam kalangan murid arus perdana. Didikan
ini boleh menjadi faktor pendorong kepada kejayaan PPI.

B. FAKTOR PENGHALANG KEJAYAAN

Faktor penghalang kejayaan kepada pelibatan ibu bapa ini bergantung kepada faktor
akademik, persepsi, ekonomi dan sosial. Faktor penghalang ini berlaku semasa
proses PPI dilaksanakan dan mempengaruhi MBK serta murid arus perdana di
dalam PPI.

i. Ibu bapa Murid Berkeperluan Khas
a. Faktor Akademik
Ibu bapa MBK kurang berkeyakinan dengan kemampuan akademik MBK
untuk mengikuti pembelajaran melalui PPI. Oleh yang demikian, ibu bapa

25

MODUL IBU BAPA

MBK tidak akan memfokuskan akademik untuk MBK. Justeru, PPI tidak
dapat dilaksanakan dengan lancar.

b. Faktor Persepsi
Kebimbangan terhadap tahap keselamatan dan kebajikan MBK di kelas
inklusif menyebabkan kekurangan pelibatan ibu bapa dengan PPI. Ibu bapa
MBK juga mudah tersinggung terhadap pandangan negatif komuniti kepada
MBK. Selain itu, ibu bapa MBK kurang pendedahan terhadap kesaksamaan
dalam pendidikan yang menyebabkan ibu bapa MBK kurang pertimbangan
dalam merancang masa depan MBK.

c. Faktor Ekonomi

Pelaksanaan PPI kurang berkesan kerana ibu bapa MBK yang kurang
berkemampuan dari segi kewangan tidak dapat menyediakan kemudahan
fizikal, kemudahan peralatan pembelajaran, kurang mengikuti intervensi dan
mendapatkan rawatan serta terapi kepada MBK.

d. Faktor Sosial

Ibu bapa MBK membataskan pergaulan MBK dengan MAP di dalam kelas
inklusif kerana tidak mahu timbul sebarang isu salah faham berkaitan anak di
antara ibu bapa MBK dan ibu bapa MAP. Kerisauan dan keprihatinan ibu
bapa MBK ini terjadi kerana murid MAP kurang memahami tingkah laku MBK
yang sensitif dan impulsif lantas memberi kesan dalam kelancaran PPI.

ii. Ibu bapa Murid Arus Perdana (MAP)

a. Faktor Akademik

26

MODUL IBU BAPA
Ibu bapa MAP kurang mendapat pendedahan tentang PPI. Ibu bapa MAP
kurang berkeyakinan terhadap kemampuan akademik MBK di dalam kelas
inklusif. Tahap keupayaan akademik MBK yang berbeza akan melambatkan
kelancaran proses pembelajaran murid di kelas inklusif. Justeru, PPI tidak
dapat dilaksanakan dengan lancar.

b. Faktor Persepsi

Ibu bapa MAP memandang serong terhadap MBK. Ibu bapa MAP
beranggapan bahawa MBK akan menganggu proses pembelajaran MAP.
Ibu bapa MAP khuatir MBK akan menyebabkan guru arus perdana memberi
lebih perhatian kepada MBK dalam pembelajaran dan pengajaran di kelas
inklusif.
Pandangan taboo ibu bapa MAP yang beranggapan bahawa kecacatan
atau kekurangan MBK ini boleh berjangkit merupakan halangan di dalam
pelaksanaan PPI. Hal ini menyebabkan Ibu bapa MAP mendiskriminasi hak
MBK untuk mendapat pendidikan melalui PPI.

c. Faktor Sosial
Ibu bapa MAP kurang menerima pergaulan di antara MAP dan MBK di
dalam kelas inklusif kerana dikhuatiri akan mengganggu proses
pembelajaran dan pencapaian akademik MAP. Ibu bapa MAP kurang
melibatkan diri dalam aktiviti yang berkaitan dengan PPI walaupun kempen
kesedaran mengenai PPI telah disebarluaskan oleh pihak sekolah.

27

MODUL IBU BAPA

TOPIK 5 : SUMBANGAN PROFESIONAL IBU BAPA

Sumbangan profesional ibu bapa menjadi sokongan kepada MBK yang mengikuti
PPI yang dilaksanakan melalui pembangunan prasarana, perkongsian kepakaran
dan sukarelawan. Sumbangan profesional ini boleh menyumbang kepada
kelengkapan dan fasiliti sekolah yang lebih kondusif bagi meningkatkan lagi prestasi
dan kompetensi sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan.

A. Pembangunan Prasarana
Pembangunan prasarana boleh dilaksanakan melalui usaha sama di antara ibu
bapa dengan pihak sekolah. Ibu bapa boleh menyalurkan pelbagai bentuk
sumbangan dan bantuan untuk menambah baik dan membaiki prasarana serta
mewujudkan fasiliti yang mesra OKU di dalam kawasan sekolah. Contohnya,
dengan memberi sumbangan berbentuk kemudahan fizikal seperti kerusi dan
meja di bilik darjah untuk murid kerdil atau menyediakan susur landai (ramp)
dan susur tangan (railing) untuk murid berkerusi roda dan masalah kurang
upaya fizikal dapat memudahkan akses MBK ke bilik darjah.
Alat bantu belajar yang disumbangkan seperti papan interaktif boleh
dimanfaatkan di dalam PdP kelas inklusif supaya proses pembelajaran MBK
dan MAP lebih menyeronokkan, aktif dan bermakna.

B. Perkongsian Kepakaran
Ibu bapa yang mempunyai kepakaran pelbagai bidang boleh menjadi perantara
dengan pihak pentadbir sekolah dalam menangani isu atau permasalahan
murid. Ibu bapa boleh berkongsi amalan terbaik dengan pihak sekolah bagi
membantu proses pembelajaran MBK yang mengikuti PPI. Ibu bapa dalam
kalangan profesional boleh membantu pihak sekolah melalui perkongsian
maklumat, pandangan, sumber dari segi pembangunan, keselamatan,
kebajikan, kewangan dan tanggungjawab sosial.

28

MODUL IBU BAPA

C. Sukarelawan
Berdasarkan Peraturan 5 (3) Peraturan-peraturan PIBG 1998 yang
menggariskan ‘Persatuan boleh, dengan kebenaran Guru Besar atau Pengetua
menganjurkan kegiatan kurikulum dan kokurikulum di dalam atau di luar
sekolah dengan menggunakan tenaga mahir atau pakar daripada kalangan
anggota atau bukan anggota persatuan bagi tujuan meningkatkan pencapaian
akademik atau perkembangan murid secara menyeluruh.’ Pelibatan
sukarelawan dapat membantu PPI dilaksanakan secara berkesan.
Pelibatan ibu bapa sebagai Sukarelawan Dalam Kelas (SdK) melalui Kumpulan
Sokongan Ibu Bapa (KSIB) membantu mewujudkan jaringan dan jalinan sosial
di antara ahli PIBG, komuniti, agensi kerajaan dan syarikat swasta bagi
mendapatkan sokongan dalam pelaksanaan PPI. Selain itu, SdK yang
berpotensi dapat dikenal pasti supaya PPI dilaksanakan dengan efektif.
SdK membantu guru dalam proses pembelajaran sebagai fasilitator semasa
murid melaksanakan aktiviti, meningkatkan pemahaman murid terhadap
kandungan pembelajaran, menyediakan bahan bantu belajar, berkongsi
kemahiran atau maklumat untuk memperkaya pembelajaran dalam kelas dan
membantu guru dalam pengurusan kelas seperti menceriakan bilik darjah.
SdK boleh menyumbang idea dan tenaga untuk membina kecemerlangan MBK
melalui PPI. Ibu bapa yang berasa selesa dengan persekitaran sekolah akan
bersedia menjadi SdK kerana mereka lebih terbuka untuk menyokong dan
membantu sekolah untuk kemenjadian MBK cemerlang dalam akademik dan
bukan akademik.

29

MODUL IBU BAPA

BAB 4

PELAKSANAAN

30

MODUL IBU BAPA

Program BAB 4 PELAKSANAAN
Kursus
Program Pendidikan Inklusif
Masa Program Kesedaran Program Pendidikan
Personel Inklusif (Modul Ibu Bapa)
A. Objektif 2 jam
Fasilitator

Pada akhir sesi, peserta/ibu bapa/penjaga dapat:
1. meningkatkan kefahaman tentang PPI.
2. mempraktikkan jalinan kerjasama dalaman dan luaran.
3. mengetahui peranan ibu bapa dalam PPI.
4. mengetahui kepentingan pelibatan ibu bapa dalam PPI.
5. menjelaskan peluang dan cabaran pelibatan ibu bapa dalam PPI
6. mengetahui sumbangan profesional ibu bapa dalam PPI.

B. Kandungan Modul
 Modul Ibu Bapa

 Modul Pelaksanaan
- Aktititi 1
- Aktiviti 2
- Aktiviti 3
- Aktiviti 4

 Rumusan Peserta/ibu bapa/penjaga
 Rumusan Fasilitator

C. Kaedah Pelaksanaan Modul

 Taklimat/ ceramah kesedaran
 Sesi dialog

D. Bahan Pengajaran

 Tayangan video
 Modul Ibu Bapa

E. Alatan
LCD projector, komputer riba, laptop, layar putih, sistem siar raya.

F. Rumusan/Refleksi
Kepentingan pelibatan ibu bapa dalam kejayaan PPI

31

MODUL IBU BAPA

MASA HURAIAN TERPERINCI MODUL

10 SUBJEK
Minit
Aktiviti 1 – Ujian PRA

Objektif
Di akhir sesi aktiviti 1, ibu bapa dapat menjawab soal selidik.

Langkah-langkah:
a. Fasilitator mengedarkan borang soal selidik.
b. Ibu bapa diminta mengisi borang soal selidik.
c. Fasilitator mengumpul borang soal selidik.

Bahan/peralatan:
Borang soal selidik.

Rumusan
1. Fasilitator memastikan ibu bapa menjawab semua soalan

dalam borang soal selidik.

20 Aktiviti 2 – Tayangan video PPI
Minit
Objektif:
Di akhir sesi aktiviti 1, ibu bapa dapat gambaran awal
mengenai PPI

Langkah-langkah:
a. Fasilitator menayangkan video kepada ibu bapa.
b. Ibu bapa diminta mengenalpasti kandungan video.
c. Fasilitator dan ibu bapa berbincang tentang hasil dapatan.

Bahan/peralatan:
LCD projector, komputer riba, layar putih, sistem siar raya.

Rumusan:
Fasilitator memberi penghargaan kepada ibu bapa yang
berkongsi pengalaman yang didapati daripada aktiviti.

32

MODUL IBU BAPA

MASA SUBJEK

80 Aktiviti 3 – Program Kesedaran Ibu Bapa
minit
Objektif
10 Di akhir sesi aktiviti 3, ibu bapa dapat meningkatkan
minit kefahaman mengenai PPI.

Langkah-langkah:
a. Fasilitator memberikan ceramah berkaitan program.
b. Fasilitator membuka sesi soal jawab.
c. Ibu bapa memberikan maklum balas.

Bahan/peralatan
Slide show Modul, LCD projector, komputer riba, layar putih,
sistem siar raya.

Rumusan
Fasilitator mengingatkan ibu bapa tentang objektif PPI.

Aktiviti 4 – Ujian PASCA

Objektif
Di akhir sesi aktiviti 4, ibu bapa dapat menjawab soal selidik.

Langkah-langkah:
a. Fasilitator mengedarkan borang soal selidik.
b. Ibu bapa diminta mengisi borang soal selidik.
c. Fasilitator mengumpul borang soal selidik.

Bahan/peralatan:
Borang soal selidik.

Rumusan
Fasilitator memastikan ibu bapa menjawab semua soalan di
dalam borang.

33

MODUL IBU BAPA

BAB 5
PENILAIAN

34

MODUL IBU BAPA

BAB 5 PENILAIAN

5.1 UJIAN PRA DAN PASCA

SOAL SELIDIK UJIAN PRA

PROGRAM KESEDARAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF
(MODUL IBU BAPA)

BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Nama Sekolah: ________________________________________________

BORANG SOAL SELIDIK UJIAN PRA 1. BAHAGIAN A:
Arahan: Sila tandakan √ respons anda di ruang yang berkenaan.

1.1 Jantina : Lelaki Perempuan
Cina
1.2 Bangsa : Melayu 3-4 orang India Lain-lain
Ya 5-6 orang Lebih 6 orang
1.3 Bilangan anak : 1-2 orang Tidak

1.4 Mempunyai anak berkeperluan khas

2. BAHAGIAN B :

Arahan: Sila berikan respons anda terhadap perkara berikut dan bulatkan
jawapan anda pada ruang yang disediakan.

Pengetahuan Anda Berkaitan Perkara Berikut:

BIL PERKARA Bulatkan jawapan

anda

1. Adakah anda mengetahui Program Pendidikan Inklusif Ya Tidak
dilaksanakan di sekolah anak anda?

2. Adakah anda setuju murid berkeperluan khas belajar bersama Ya Tidak
murid arus perdana?

3. Adakah anda setuju ibu bapa yang melibatkan diri dalam PPI Ya Tidak
boleh memberikan persekitaran pembelajaran yang lebih baik
kepada pembelajaran anak anda?

35

MODUL IBU BAPA

BIL. PERKARA Bulatkan
jawapan anda
4. Adakah anda mengetahui terdapatnya jalinan kerjasama Ya Tidak
dalaman dan jalinan kerjasama luaran dalam pelaksanaan
PPI? Ya Tidak

5. Adakah anda bersetuju ibu bapa murid berkeperluan khas Ya Tidak
dan ibu bapa murid arus perdana bersama-sama membantu Ya Tidak
kelancaran PPI? Ya Tidak
Ya Tidak
6. Adakah anda mengetahui salah satu kepentingan pelibatan
ibu bapa dalam PPI adalah bersikap positif? Ya Tidak

7. Adakah anda mengetahui faktor akademik ibu bapa juga
menyumbang kepada kelancaran kejayaan kepada PPI?

8. Adakah anda mengetahui ibu bapa boleh menjadi
sukarelawan dalam menjayakan PPI?

9. Adakah anda bersetuju pembangunan prasarana seperti
menyediakan kemudahan mesra OKU merupakan salah satu
bentuk sumbangan yang boleh diberikan oleh ibu bapa bagi
memastikan kejayaan pelaksanaan PPI?

10. Sebelum program ini diadakan, anda mengetahui anda boleh
melibatkan diri dalam PPI?

36

MODUL IBU BAPA

SOAL SELIDIK UJIAN PASCA
PROGRAM KESEDARAN PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

(MODUL IBU BAPA)
BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Nama Sekolah: ________________________________________________

1. BAHAGIAN A:
Arahan: Sila tandakan √ respons anda di ruang yang berkenaan.

1.1 Jantina : Lelaki Perempuan
Cina
BORANG SOAL SELIDIK UJIAN PASCA 1.2 Bangsa : Melayu 3-4 orang India Lain-lain
Ya 5-6 orang Lebih 6 orang
1.3 Bilangan anak : 1-2 orang Tidak

1.4 Mempunyai anak berkeperluan khas

2. BAHAGIAN B :

Arahan: Sila berikan respons anda terhadap perkara berikut dan bulatkan
jawapan anda pada ruang yang disediakan.

Pengetahuan Anda Berkaitan Perkara Berikut:

BIL PERKARA Bulatkan jawapan

anda

1. Adakah anda mengetahui Program Pendidikan Inklusif Ya Tidak
dilaksanakan di sekolah anak anda? Ya Tidak
Ya Tidak
2. Adakah anda setuju murid berkeperluan khas belajar bersama
murid arus perdana?

3. Adakah anda setuju ibu bapa yang melibatkan diri dalam PPI
boleh memberikan persekitaran pembelajaran yang lebih baik
kepada pembelajaran anak anda?

37

MODUL IBU BAPA

BIL. PERKARA Bulatkan
jawapan anda
4. Adakah anda mengetahui terdapatnya jalinan kerjasama Ya Tidak
dalaman dan jalinan kerjasama luaran dalam pelaksanaan
PPI? Ya Tidak

5. Adakah anda bersetuju ibu bapa murid berkeperluan khas Ya Tidak
dan ibu bapa murid arus perdana bersama-sama membantu Ya Tidak
kelancaran PPI? Ya Tidak
Ya Tidak
6. Adakah anda mengetahui salah satu kepentingan pelibatan
ibu bapa dalam PPI adalah bersikap positif? Ya Tidak

7. Adakah anda mengetahui faktor akademik ibu bapa juga
menyumbang kepada kelancaran kejayaan kepada PPI?

8. Adakah anda mengetahui ibu bapa boleh menjadi
sukarelawan dalam menjayakan PPI?

9. Adakah anda bersetuju pembangunan prasarana seperti
menyediakan kemudahan mesra OKU merupakan salah satu
bentuk sumbangan yang boleh diberikan oleh ibu bapa bagi
memastikan kejayaan pelaksanaan PPI?

10. Selepas program ini diadakan, anda mengetahui anda boleh
melibatkan diri dalam PPI?

38

MODUL IBU BAPA

Nama Sekolah Skor Deskripsi
Kod Sekolah 7-10
Taraf  Pengetahuan anda tentang penglibatan ibu bapa dalam
Cemerlang 4-6
PPI sangat mendalam.
Baik 0-2
 Anda memahami peranan dan kepentingan pelibatan
Lemah 1.1
1.2 ibu bapa dalam PPI.
BAHAGIAN 1.3
1 2.1  Anda sanggup menawarkan diri secara sukarela dalam
3.1
Pengenalan 4.1 pelibatan PPI.

2 5.1  Menunjukkan sikap aktif dan positif dalam hampir
Jalinan Kerjasama
6.1 semua keadaan.
3 6.2
Pelibatan Ibu Bapa 7.1  Pengetahuan anda tentang penglibatan ibu bapa dalam

Dalam PPI PPI pada peringkat sederhana.
4
 Anda perlu lebih memahami peranan dan kepentingan
Kepentingan
Pelibatan Ibu Bapa pelibatan ibu bapa dalam PPI.
Dalam Membantu
 Bersetuju menawarkan diri apabila diminta.
PPI
5  Pengetahuan anda tentang pelibatan ibu bapa dalam

Peluang dan PPI pada peringkat asas/minimum.
Cabaran Pelibatan
 Kunjungilah sekolah atau hubungi PIBG, mereka boleh
Ibu Bapa Dalam
PPI membantu anda.
6
Aspek Yang Dinilai Skor Catatan
Sumbangan
Profesional Ibu Pengenalan PPI

Bapa Pengenalan PPI
7
Pengenalan PPI
Program
Kesedaran PPI Jalinan kerjasama dalaman dan

kerjasama luaran

Peranan Ibu bapa MBK dan MAP

Bersikap positif

Faktor Kejayaan

Sukarelawan
Pembangunan Prasarana

Tahap kesedaran pelibatan ibu
bapa dalam PPI

JUMLAH KESELURUHAN /10

39

MODUL IBU BAPA Markah yang Markah Penuh
diperoleh
Bil Aspek Penilaian 3
1
1 Pengenalan 1
2 Jalinan Kerjasama 1
3 Pelibatan Ibu Bapa dalam PPI
4 Kepentingan Pelibatan Ibu Bapa 1

dalam Membantu PPI 2
5 Peluang dan Cabaran Pelibatan 1
10
Ibu Bapa dalam PPI
6 Sumbangan Profesional Ibu Bapa
7 Program Kesedaran PPI

JUMLAH SKOR

40

MODUL IBU BAPA
5.2 UJIAN KENDIRI

BAHAGIAN I
Arahan : Sila bulatkan satu sahaja jawapan yang anda pilih sama ada A,B,C atau D

bagi setiap soalan.

1. Jalinan kerjasama dalaman melibatkan pihak berikut dengan Guru Pendidikan
Khas kecuali ________________________.

A. Pentadbir sekolah C. Pembantu Pengurusan Murid
B. Guru Arus Perdana D. Ibu bapa Murid Berkeperluan Khas

2. Antara pihak yang terlibat dalam jalinan kerjasama luaran ialah

A. Murid Arus Perdana C. Pembantu Tadbir sekolah

B. Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) D. Pembantu Pengurusan Murid

3. Pelibatan ibu bapa dalam PPI akan menimbulkan kesedaran umum tentang PPI

di sekolah dengan menggalakkan perkongsian idea mengenai

A. disiplin murid Arus Perdana C. pembelajaran murid MBK

B. aktiviti murid arus Perdana D. kepentingan makanan seimbang

4. Pernyataan berikut adalah lebih tepat mengenai peranan Ibu bapa dalam
memberikan kesedaran kepada komuniti bahawa MBK mempunyai hak yang
sama rata untuk belajar dan bersosialisasi dalam ________________________ .

A. rumah sahaja C. sekolah sahaja
B. kelas Pendidikan Khas D. persekitaran pembelajaran tanpa halangan

5. Salah satu kepentingan pelibatan ibu bapa dalam kelancaran PPI melalui
____________ iaitu merangkumi pelibatan ibu bapa di dalam PIBG, KSIB,
komuniti dan NGO.

A. saling melengkapi C. usaha kolektif
B. tindakan serta merta D. bersikap positif

41

MODUL IBU BAPA

6. Keyakinan ibu bapa MBK bahawa anak mereka boleh dididik, mempunyai potensi,
mampu bersaing dan berjaya seperti murid lain yang mengikuti PPI merupakan
faktor ________________ dalam kejayaan PPI.

A. Akademik C. Ekonomi
B. Persepsi D. Sosial

7. Pelaksanaan PPI berkesan sekiranya ibu bapa MBK yang kurang
berkemampuan dari segi kewangan kecuali __________________ .

A. mendapatkan kemudahan fizikal yang mesra OKU
B. jarang mengikuti intervensi
C. mendapatkan rawatan serta terapi
D. menyediakan kemudahan peralatan pembelajaran

8. Faktor penghalang kejayaan PPI, apabila Ibu bapa MBK membataskan pergaulan
MBK dan MAP di dalam kelas inklusif kerana _____________________ .

A. MBK perlu sentiasa dilindungi dan dilayan istimewa
B. MAP kurang memahami tingkah laku MBK yang sensitif dan impulsif
C. Kecacatan dan kekurangan MBK boleh berjangkit
D. murid arus perdana sering membantu MBK

9. Sumbangan profesional ibu bapa dapat dilaksanakan tanpa _______________ .

A. menjadi sukarelawan dalam kelas C. perkongsian kepintaran
B. sumbangan pembangunan prasarana D. memandang serong terhadap MBK

10. Fasiliti mesra OKU yang boleh disediakan di sekolah adalah seperti berikut
kecuali ______________ .

A. susur landai C. susur tangan
B. parkir OKU D. kerusi roda

42

MODUL IBU BAPA

BAHAGIAN II /10
Arahan : Sila tandakan ( √ ) bagi pernyataan yang betul.

1. Jalinan kerjasama dalaman terdiri daripada :
Pentadbir Sekolah dengan Guru Pendidikan Khas
Dalam Kalangan Guru Pendidikan Khas
Guru Arus Perdana dengan Guru Pendidikan Khas
Agensi Kerajaan dan syarikat swasta serta komuniti dengan sekolah
Pakar-pakar profesional dengan sekolah
Guru Bimbingan Kaunseling dan Sepenuh Masa (GBKSM)
Pembantu Pengurusan Murid dengan Guru Pendidikan Khas
Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) dengan sekolah

2. MBK yang melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum melalui PPI dapat
meningkatkan
tahap komunikasi
kemahiran motor
keyakinan diri
kemahiran berfikir secara kritis
layanan yang berbeza
amalan gaya hidup sihat
halangan potensi
jurang antara MBK dan MAP

3. Sikap positif ibu bapa dalam penerimaan PPI dapat mewujudkan _____________
dan _______________ untuk sesi pembelajaran murid.

gangguan emosi
waktu pembelajaran
ruang yang kondusif
salah laku

43

MODUL IBU BAPA

4. Faktor kejayaan kepada pelibatan ibu bapa MBK dalam PPI dengan cara :
Ibu bapa MBK menetapkan matlamat dan hala tuju akademik MBK
Ibu bapa MBK terlibat dalam perbincangan mengenai kemajuan
murid
Ibu bapa MBK membawa MBK menjalani intervensi dan terapi
Ibu bapa MBK menjadi suri teladan
Ibu bapa MBK membina jurang komunikasi dengan MBK
Ibu bapa MBK menjadi pembimbing dan pendengar kepada MBK

5. Faktor kejayaan kepada pelibatan ibu bapa MAP dalam PPI dengan cara :
Ibu bapa MAP memahami pelaksanaan ‘Pendidikan Untuk Semua’
Ibu bapa MAP peka terhadap keperluan pendidikan MBK
Ibu bapa MAP menggalakkan amalan nilai kesyukuran kepada MAP
Ibu bapa MAP beranggapan guru akan memberi lebih layanan
kepada MBK berbanding MAP
Ibu bapa MAP mendidik anak-anak mereka memahami MBK dengan
memupuk nilai hormat-menghormati dan menyayangi rakan kelas PPI
Ibu bapa MAP menyokong dan membantu menyediakan kemudahan
fizikal dan fasiliti yang mesra OKU
Ibu bapa MAP menghalang MBK dan MAP melaksanakan aktiviti
kokurikulum

6. Pelibatan ibu bapa sebagai SdK boleh dilaksanakan dengan :
membantu guru dalam pengurusan kelas seperti menceriakan bilik darjah
menjadi fasilitator semasa murid melaksanakan aktiviti
menyediakan bahan bantu mengajar
menggantikan guru apabila guru bercuti

/25

44

MODUL IBU BAPA

LAMPIRAN

Carta Alir Pelaksanaan Sukarelawan Dalam Kelas

Mula Tindakan

Memaklumkan atau menjelaskan Guru Besar/Pengetua
peranan SdK kepada warga sekolah Jawatankuasa PIBG
dan ibu bapa
Biro KSIB
Memilih SdK berdasarkan tawaran Guru Mata Pelajaran
kepakaran dalam bidang masing- Guru Mata Pelajaran
masing dan/atau kemahiran ibu
bapa/penjaga dan komuniti SdK
Mengurus setia bagi proses Guru Besar/Pengetua
pelaksanaan SdK berdasarkan
permohonan guru mata pelajaran
mengikut perancangan PdP
Memaklumkan pentadbir berkenaan
keperluan SdK berdasarkan
perancangan pengajaran mereka

Mengadakan perbincangan dengan
SdK berkenaan aktiviti yang akan
dilaksanakan

Menghadiri sesi PdP seperti yang telah
dirancang dan dipersetujui bersama-
sama guru mata pelajaran

Mengesahkan kehadiran SdK

Memastikan semakan semula Guru Besar/Pengetua
pelaksanaan SdK

Memastikan pelaksanaan SdK Guru Besar/Pengetua
mematuhi semua Surat Pekeliling
Ikhtisas dan peraturan berkaitan yang
sedang berkuatkuasa

Tamat

45

MODUL IBU BAPA

RUJUKAN

Bahagian Pendidikan Khas, KPM (2015). Kod Amalan Pendidikan Murid
Berkeperluan Khas. Putrajaya: Al-Hikmah Sdn. Bhd.

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM. Sarana Ibu Bapa:
Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM. Surat Pekeliling Ikhtisas
Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 1 Tahun 2018: Garis Panduan
Pelibatan Ibu Bapa/Penjaga dan Komuniti sebagai Sukarelawan di dalam
Kelas.

Erhard, R., & Umansky, T. (2005). School counselors’ involevement in the
process of inclusion in Israel. International Journal of Disability, Development,
& Education, 52(3), 175-194

Guralnick, M. J. (Ed.) (2001). Early childhood inclusion: Focus on change.
Baltimore: Brookes.

Kail, R.V. (2001). Children and Their Development (2nd ed.).New Jersey:
Prantice-Hall.

Salend, S. J. (2006). Explaining your inclusion program to families. Teaching
Exceptional Children, 38(4), 6-11.

See Ching Mey (2012). Kepimpinan Guru dalam Program Integrasi Pendidikan
Khas:

Universiti Sains Malaysia.

Universiti Sains Malaysia, Modul Seminar Kesedaran (Fasa/Kohort 2) Program
Pendidikan Inklusif Holistik.

Williams, D. L., & Stallworth, J. T. (1984). Parent involvement in education:
What a survey reveals. Austin, TX:

Southwest Regional Educational Development Laboatory.

Yaoying Xu, dan Filler, J. (2008). Family Involvement & Inclusion: Facilitating
Family Involvement and Support for Inclusive Education, Vol. (18), No. 2. :

The School Community Journal

46

MODUL IBU BAPA

BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 2, Blok E2,

Kompleks Kerajaan Parcel E

Pusat PPeUnTtaRdAbJirAaYn AKeraj4aa7n Persekutuan
62604

Tel : 603 8884 9190

Faks : 603 8888 6670


Click to View FlipBook Version