The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Panduan Pengguna E-Modul Kursus Projek Tahun Akhir (e-PTA) bagi Program Seni Kulinari di Kolej Vokasional Malaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nilidawati, 2023-03-09 02:00:04

Panduan Pengguna

Panduan Pengguna E-Modul Kursus Projek Tahun Akhir (e-PTA) bagi Program Seni Kulinari di Kolej Vokasional Malaysia

Keywords: e-modul,e-PTA,Projek Tahun Akhir,Kolej Vokasional,Seni Kulinari

E-MODUL PROJEK TAHUN AKHIR (E-PTA) PANDUAN 1.0 PENGENALAN E-modul Projek Tahun Akhir (e-PTA) ini dibangunkan untuk Kursus Projek Tahun Akhir bagi Program Seni Kulinari di Kolej Vokasional Malaysia. Ia dibangunkan bagi membolehkan tenaga pengajar dan pelajarpelajar Diploma Seni Kulinari Kolej Vokasional di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, menggunakan modul e-PTA ini dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) sama ada secara bersemuka (face to face), secara atas talian (online) ataupun secara teradun (blended learning). Alamat laman sesawang Modul e-PTA adalah seperti berikut; 1.1 Halaman ‘Menu Utama’ Menu Utama ialah halaman utama laman sesawang Modul e-PTA. Anda tidak perlu log masuk untuk mengaksesnya. Halaman ini mengandungi ‘butang’; i. Tenaga Pengajar – yang dikhususkan untuk tenaga pengajar Kursus Projek Tahun Akhir ii. Pelajar - yang dikhususkan untuk pelajar-pelajar Kursus Projek Tahun Akhir iii. Panduan Pengguna – yang memaparkan manual atau cara penggunaan Modul e-PTA Paparan Menu Utama pada komputer Paparan Menu Utama pada telefon pintar https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/e-pta


E-MODUL PROJEK TAHUN AKHIR (E-PTA) PANDUAN Pada halaman utama ini juga terdapat ‘laluan masuk’ ke kandungan menu-menu utama dalam Modul ePTA seperti berikut; i. Pengenalan ii. Nota Pembelajaran iii. Lembaran Kerja iv. Forum v. Persidangan video vi. Maklum balas vii. Pautan sumber Paparan menu-menu utama dalam modul e-PTA 1.2 Butang ‘Tenaga Pengajar’ Kandungan yang terdapat pada bahagian ini dikhususkan untuk kegunaan tenaga pengajar Kursus Projek Tahun Akhir (PTA) sama ada pensyarah penyelaras atau pensyarah penyelia (penyelia projek). Bahagian ini mengandungi; 1. Buku Garis Panduan dan Buku Log PTA: Buku Garis Panduan dan Buku Log yang disertakan adalah merupakan naskah Edisi 2021 yang disediakan oleh Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV). 2. Pemetaan Hasil Pembelajaran PTA & e-PTA: Pemetaan ini disediakan bagi membolehkan tenaga pengajar merujuk kesepadanan hasil pembelajaran Modul e-PTA dengan hasil pembelajaran Kursus Projek Tahun Akhir. 3. Pemetaan Lembaran Kerja & Tugasan Pelajar: Pemetaan ini disediakan bagi membolehkan tenaga pengajar merujuk kesepadanan lembaran kerja dan tugasan penilaian yang disediakan di dalam Modul e-PTA dengan hasil pembelajaran yang telah ditetapkan.


E-MODUL PROJEK TAHUN AKHIR (E-PTA) PANDUAN 4. Borang Penilaian Tugasan: Borang penilaian tugasan disediakan mengikut komponen-komponen dalam DHA 3052: Projek Tahun Akhir 1 (PTA1) dan DHA 4054: Projek Tahun Akhir 2 (PTA2) yang dinilai seperti berikut; PTA1: 1. Penilaian Tugasan 1: Kertas Cadangan 2. Penilaian Tugasan 2: Buku Log PTA1 3. Penilaian Tugasan 3: Progres Projek 4. Penilaian Tugasan 4: Pembentangan PTA2: 1. Penilaian Tugasan 5: Penulisan Laporan Projek 2. Penilaian Tugasan 6: Buku Log PTA2 3. Penilaian Tugasan 7: Hasil Projek 4. Penilaian Tugasan 8: Pembentangan Projek Borang Penilaian Tugasan telah disediakan dengan mengadaptasi format Kertas Penilaian dalam Bahan Pengajaran Bertulis (Written Instructional Materials – WIM) bagi membolehkan tenaga pengajar mengkhususkan penilaian kepada setiap komponen yang dinilai. Ia juga dibangunkan dengan berpandukan kepada Silibus, Course Outline, Borang Penilaian dan Rubrik Penilaian bagi Kursus Projek Tahun Akhir, untuk memastikan ianya selari dengan standard kurikulum kolej vokasional. Borang Penilaian Tugasan disediakan dalam format Google Document bagi memudahkan tenaga pengajar menggunakan borang tersebut untuk tujuan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Prosedur untuk menggunakan Borang Penilaian Tugasan; Langkah 1: Pada butang ‘Tenaga Pengajar’, pilih Borang Penilaian Tugasan dan klik ‘Terus ke borang’. Langkah 2: Pilih butang ‘PTA 1’ atau ‘PTA 2’ berdasarkan komponen yang hendak dinilai, dan klik ‘Terus ke PTA1’ atau ‘Terus ke PTA2’. Klik ‘Terus ke PTA1’ Klik ‘Terus ke PTA2’ Klik ‘Terus ke borang’


E-MODUL PROJEK TAHUN AKHIR (E-PTA) PANDUAN Langkah 3: Contohnya pada PTA 1, anda ingin mendapatkan borang penilaian ‘Kertas cadangan’. Lakukan perkara-perkara seperti di bawah; Langkah 4: Klik ‘File’ – ‘Download’ – ‘pilih format’ untuk memuat turun Borang Penilaian sekiranya anda ingin menggunakan borang tersebut secara ‘offline’ 2. Klik ‘Make a copy’ untuk mendapatkan salinan borang dalam format Google Docs 1. Pilih borang dan klik pada butang yang disediakan. 3. Ubah tajuk pada Google Docs dan borang sedia untuk digunakan. Sebarang perubahan yang dibuat akan tersimpan di dalam Google Drive anda 1. 2. 3.


E-MODUL PROJEK TAHUN AKHIR (E-PTA) PANDUAN 1.3 Butang ‘Pelajar’ Kandungan yang terdapat pada bahagian ini dikhususkan untuk kegunaan pelajar Diploma Tahun Akhir Program Seni Kulinari yang mengambil Kursus Projek Tahun Akhir (PTA). Bahagian ini mengandungi; 1. Buku Garis Panduan dan Buku Log PTA: Buku Garis Panduan dan Buku Log yang disertakan adalah merupakan naskah Edisi 2021 yang disediakan oleh Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV). 2. Tugasan Penilaian Tugasan ini disediakan mengikut komponen-komponen dalam DHA 3052: Projek Tahun Akhir 1 (PTA1) dan DHA 4054: Projek Tahun Akhir 2 (PTA2) yang akan dinilai seperti berikut; PTA1: 1. Tugasan 1: Kertas Cadangan 2. Tugasan 2: Buku Log PTA1 3. Tugasan 3: Progres Projek 4. Tugasan 4: Pembentangan PTA2: 1. Tugasan 5: Penulisan Laporan Projek 2. Tugasan 6: Buku Log PTA2 3. Tugasan 7: Hasil Projek 4. Tugasan 8: Pembentangan Projek Tugasan Penilaian telah disediakan dengan mengadaptasi format Kertas Tugasan dalam Bahan Pengajaran Bertulis (Written Instructional Materials – WIM) yang membolehkan pelajar meneliti objektif dan arahan tugasan, kompetensi yang perlu dicapai dan kriteria-kriteria hasil tugasan yang perlu dipenuhi bagi setiap komponen PTA yang dinilai. Ia juga dibangunkan dengan berpandukan kepada Silibus, Course Outline, Borang Penilaian dan Rubrik Penilaian bagi Kursus Projek Tahun Akhir, untuk memastikan ianya selari dengan standard kurikulum kolej vokasional. Tugasan disediakan dalam format Google Docs bagi memudahkan pelajar membuat suntingan (edit) pada bahan tersebut secara terus tanpa perlu memuat turun bahan terlebih dahulu. Risiko fail tugasan untuk rosak atau hilang juga dapat diminimumkan kerana fail tugasan tersebut akan tersimpan secara automatik di dalam Google Drive pelajar. Prosedur untuk menggunakan fail Tugasan; Langkah 1: Pada butang ‘Pelajar’, pilih butang ‘PTA 1’ atau ‘PTA 2’ berdasarkan komponen yang hendak dilaksanakan, dan klik ‘Terus ke PTA1’ atau ‘Terus ke PTA2’.


E-MODUL PROJEK TAHUN AKHIR (E-PTA) PANDUAN Langkah 2: Contohnya pada PTA 1, anda ingin mendapatkan kertas ‘Tugasan 1. Kertas Cadangan’, Lakukan perkara-perkara seperti di bawah; Langkah 3: Klik ‘File’ – ‘Download’ – ‘pilih format’ untuk memuat turun Tugasan sekiranya anda ingin menggunakannya secara ‘offline’. 1. Pilih ‘Tugasan 1. Kertas Cadangan’ dan klik pada butang yang disediakan. 2. Klik ‘Make a copy’ untuk mendapatkan salinan tugasan dalam format Google Docs 3. Ubah tajuk pada Google Docs dan borang sedia untuk digunakan. Sebarang perubahan yang dibuat akan tersimpan di dalam Google Drive anda 1. 2. 3.


E-MODUL PROJEK TAHUN AKHIR (E-PTA) PANDUAN 1.4 Butang ‘Panduan Pengguna’ Bahagian ini mengandungi manual atau panduan penggunaan e-modul Projek Tahun Akhir (e-PTA). Pengguna boleh membaca ‘flip book’ digital untuk mendapatkan maklumat cara penggunaan modul e-PTA dengan lebih berkesan. 2.0 Menu utama dalam Modul e-PTA Menu-menu utama dalam Modul e-PTA yang terdapat pada halaman utama adalah seperti berikut; i. Pengenalan ii. Nota Pembelajaran iii. Lembaran Kerja iv. Forum v. Persidangan video vi. Maklum balas vii. Pautan sumber 2.1 Menu Pengenalan Menu Pengenalan memperkenalkan Kursus Projek Tahun Akhir di Kolej Vokasional secara sepintas lalu dan mengandungi; 1. Jenis dan model instruksional bagi modul e-PTA – penerangan tentang jenis projek PTA (projek jenis nyata) dan model instruksional (Model ADDIE) yang dipilih sebagai limitasi dalam kandungan modul e-PTA. 2. Hasil pembelajaran – menyenaraikan hasil pembelajaran modul e-PTA yang telah diselaraskan dengan silibus kursus Projek Tahun Akhir, Kolej Vokasional. 3. Isi Kandungan – memaparkan isi kandungan modul e-PTA. 2.2 Menu Nota Pembelajaran Mengandungi nota pembelajaran yang terdiri dari 5 bab yang diadaptasi dari fasa-fasa dalam Model ADDIE seperti berikut; Bab 1: Analisis – fasa analisis keperluan projek Bab 2: Reka Bentuk – fasa reka bentuk resipi dan pembungkusan produk Bab 3: Pembangunan – fasa pembangunan produk, pembungkusan dan pengiraan kos projek Bab 4: Pelaksanaan – fasa pelaksanaan reka bentuk kajian (pengumpulan dan analisis data kajian) Bab 5: Penilaian – fasa penilaian projek tahun akhir (pelaporan dan pembentangan) bagi PTA1 dan PTA2 Tenaga pengajar dan pelajar boleh menggunakan bahagian ‘Nota Pembelajaran’ ini untuk proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) dan menggunakan lembaran kerja yang disediakan sebagai bahan sokongan sepanjang pelaksanaan kursus yang mencakupi PTA 1 dan PTA 2.


E-MODUL PROJEK TAHUN AKHIR (E-PTA) PANDUAN 2.3 Menu Lembaran Kerja Bahagian ini mengandungi lembaran kerja atau ‘handout’ yang boleh dijadikan sebagai aktiviti dalam PdPc semasa penerapan teori dan amali bagi kursus PTA1 dan PTA2. Kandungannya juga disusun berdasarkan model ADDIE supaya dapat diselarikan dengan nota pembelajaran seperti berikut; Topik/ SubTopik Lembaran Kerja (Aktiviti) BAB 1 – Analisis Keperluan Projek 1.1 Pengenalpastian Masalah 1.2 Pemilihan Projek 1.3 Perancangan Pelaksanaan Projek ● L1-Konsep 5W1H ● L2-Objektif SMART ● L3-Tajuk Projek ● L4-Jadual Matrik Analisis Kajian Literatur ● L5-Kajian Literatur ● L6-Pengenalan ● L7-Jadual Perancangan Mingguan ● L8-Carta Alir Pelaksanaan PTA ● L9-Carta Gantt BAB 2 – Rekabentuk Resipi & Pembungkusan Produk 2.1 Reka bentuk Resipi Produk 2.2 Penyediaan Resipi Standard Produk 2.3 Reka bentuk Pembungkusan Produk ● L10-Carta Alir Penciptaan Resipi Projek ● L11-Oh My Product! ● L12-Idea Resipi ● L13-Resipi Standard ● L14-Jadual Matrik Formulasi Asas ● L15-Jadual Pengujian Formulasi ● L16-Reka bentuk Pembungkusan Produk BAB 3 – Pembangunan Produk 3.1 Penyediaan Bahan & Peralatan 3.2 Penyediaan Produk 3.3 Pembungkusan & Pengiraan Kos ● L17-Pengiraan Kos Projek BAB 4 – Pelaksanaan Projek 4.1 Penyediaan Instrumen Kajian 4.2 Proses Kesahan dan Kebolehpercayaan 4.3 Proses Pengumpulan dan Analisis Data ● L18-Borang Maklum Balas Pakar ● L19-Borang Soal Selidik ● L20-Dapatan Kajian ● L21-Analisis SWOT BAB 5 - Penilaian Produk 5.1 Pelaporan 5.1.1 Penulisan Kertas Cadangan 5.1.2 Penulisan Laporan Projek 5.2 Pembentangan 5.2.1 Pembentangan Kertas Cadangan 5.2.2 Pembentangan Projek ● L22-Cadangan ● L23-Implikasi Kajian ● L24-Penulisan Abstrak ● L25-Kerangka Konseptual ● L26-Rujukan ● L27-Lampiran


E-MODUL PROJEK TAHUN AKHIR (E-PTA) PANDUAN Kesemua lembaran kerja yang disediakan menggunakan format Google Docs atau Google Slide yang membolehkannya terus disunting (edit) untuk kegunaan secara atas talian (online). Pengguna hanya perlu muat turun sekiranya ingin menggunakan templat lembaran kerja secara off-line. Untuk membuka lembaran kerja; Langkah 1: Pada halaman utama, klik menu Lembaran Kerja (1) ATAU terus pilih lembaran kerja mengikut bab seperti berikut (2); Langkah 2: Sebagai contoh anda ingin membuka lembaran kerja Bab 1. Analisis, iaitu L1. Konsep 5W1H. Lakukan perkara-perkara seperti di bawah; 2. 1. 1. Klik pada Bab 1 2. Pilih L1 – Konsep 5W1H dan klik pada butang ‘Terus ke Konsep 5W1H’.


E-MODUL PROJEK TAHUN AKHIR (E-PTA) PANDUAN Langkah 3: Klik ‘File’ – ‘Download’ – ‘pilih format’ untuk memuat turun Lembaran Kerja sekiranya anda ingin menggunakannya secara ‘offline’. 2.4 Menu Forum Bahagian ini disediakan bagi membolehkan pengguna berforum, berkomunikasi, berdiskusi atau bertukar pendapat sepanjang proses pelaksanaan Projek Tahun Akhir. Pada menu forum, dengan menggunakan platform web chat ‘Tlk.io’, lakukan perkara-perkara seperti berikut; 3. Klik ‘Make a copy’ untuk mendapatkan salinan lembaran kerja dalam format Google Slides 4. Ubah tajuk pada Google Slides dan lembaran kerja sedia untuk digunakan. Sebarang perubahan yang dibuat akan tersimpan di dalam Google Drive anda 1. 2. 3. 1. Masukkan nama atau menggunakan akaun Facebook atauTwitter


E-MODUL PROJEK TAHUN AKHIR (E-PTA) PANDUAN 2.5 Menu Persidangan Video Bahagian ini menyediakan pautan-pautan yang sesuai digunakan untuk melaksanakan persidangan video seperti Webex, Google Meet, Google Teams dan Zoom. Pengguna hanya perlu klik pada salah satu aplikasi dan memulakan persidangan video seperti aktiviti pembentangan projek, perbincangan bersemuka secara atas talian dan lain-lain. 2.6 Menu Maklum Balas Bahagian ini menyediakan Borang Maklum Balas untuk para pengguna memberikan komen dan cadangan tentang modul e-PTA yang dibangunkan. Klik pada menu Maklum Balas dan isi Google Form yang diberi. Kemudian klik ‘submit’ untuk hantar; 2. Mulakan forum anda dengan memasukkan isi perbincangan pada ‘chatbox’ dan tekan ‘enter’ Klik butang ‘submit’ setelah selesai mengisi Google form ‘Borang Maklum Balas’


E-MODUL PROJEK TAHUN AKHIR (E-PTA) PANDUAN 2.7 Menu Pautan Sumber Bahagian ini menyediakan pautan-pautan yang sesuai digunakan untuk para pengguna mendapatkan artikel jurnal dan meneroka sumber-sumber ilmiah yang lain seperti Research Gate, Academia, Google Scholar, Wikipedia dan MyJurnal. Terdapat juga pautan-pautan lain untuk akses segera kepada Google search dan Youtube. Pengguna hanya perlu klik pada salah satu aplikasi dan memulakan pencarian sumber ilmiah yang diperlukan melalui pautan-pautan ini.


Click to View FlipBook Version