The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENULISAN PENTAKSIRAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1078-3-amirah, 2024-03-24 03:59:54

EDUP3153

PENULISAN PENTAKSIRAN

EDUP3153PENTAKSIRANDALAMPENDIDIKAN


1.0 PENGENALAN Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu pendekatanpentaksiran yang diperkenalkan dalam sistem pendidikan Malaysia untukmenggantikan peperiksaan awam Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun2011. PBS bertujuan untuk memberi tumpuan kepada pembangunan kompetensi pelajar dari pelbagai aspek sekaligus dapat mencapai objektif Falsafah PedidikanKebangsaan (IPGM,2023). Tujuan PBS bersifat holistik iaitu menilai aspekkognitif(intelek), afektif(emosi dan rohani) dan psikomotor(jasmani). Terdapat beberapa komponen penting yang lain di bawah PBS antaranya ialah PentaksiranBilik Darjah (PBD). PBD merupakan salah satu aspek penting dalam sistem pendidikan Malaysiayang dilaksanakan secara berterusan sepanjang proses Pengajaran danPembelajaran (PdP). Ia melibatkan penggunaan pelbagai kaedah dan instrumenuntuk menilai pencapaian murid dalam pembelajaran di bilik darjah. Ia melibatkanpengamatan, pemerhatian dan penilaian terhadap prestasi murid dalampelbagai aspek pembelajaran seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap. Dalamkontekspendidikan di Malaysia, PBD memainkan peranan penting sejak tahun 2016lagi dalam menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta membantu gurudalam merancang dan melaksanakan strategi pengajaran yang lebih berkesan(KPM,2020). Selain itu, PBD memainkan peranan penting dalam melengkapkan pihakpentadbir dengan maklumat yang diperlukan untuk membuat keputusan berkaitandengan pembangunan kurikulum dan penambahbaikan sistem pendidikan. Instrumenpentaksiran yang digunakan dalam PBD haruslah dapat mentaksir keupayaan, pencapaian dan kebolehan individu murid dalam memahami konteks pembelajaran. Ini termasuklah penggunaan pelbagai jenis soal selidik, ujian standard, rubrikpenilaian dan kaedah pemerhatian untuk memberikan maklumat yang holistiktentang prestasi murid (KPM,2020)


2.0 KAEDAH PENTAKSIRAN DAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN Kaedah pentaksiran dalam PBD termasuklah secara kaedah pemerhatianseperti instrumen pentaksiran senarai semak dan rekod berterusan, kaedah lisanseperti instrumen catatan dan kaedah penulisan seperti instrumen lembaran kerja, refleksi murid dan borang maklum balas. 2.1 PEMERHATIAN Dalam konteks Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), kaedah pemerhatianamat penting kerana ia memberi peluang kepada guru untuk mengumpul maklumat secara langsung terhadap prestasi murid dalam pelbagai konteks pembelajaran. Apabila menggunakan kaedah ini, guru dapat membuat penilaian yang holistiktentang kemahiran dan pencapaian murid dalam pelbagai aspek pembelajarantermasuklah interaksi murid dengan rakan sebaya, penyertaan dalamaktiviti pembelajaran, penyelesaian tugasan dan penggunaan strategi pembelajaran. Selain itu, kaedah pentaksiran secara pemerhatian adalah pendekatandi mana guru boleh mengamati dan merekodkan aktiviti dan tingkah laku murid secaralangsung semasa proses pembelajaran berlaku di kelas. Guru akan menggunakankaedah ini untuk menilai kemahiran berkomunikasi, kefahaman terhadap konsep, kemampuan bekerjasama, nilai yang ditunjukkan dan sebagainya. Kaedahpentaksiran secara pemerhatian memberikan gambaran yang komprehensif tentangpembelajaran murid kerana ia memperbolehkan guru untuk menyaksikanpembelajaran yang berlaku dalam situasi sebenar. Ia juga membolehkan guru untukmengenal pasti keperluan pembelajaran individu murid dan membuat intervensi yangsesuai untuk menyokong perkembangan mereka. Contoh instrumen pentaksiranyang melibatkan kaedah pemerhatian adalah senarai semak, catatan anekdot dangambar aktiviti.


2.2 LISAN Kaedah yang seterusnya adalah merupakan kaedah pentaksiran secaralisaniaitu pendekatan di mana murid dinilai melalui interaksi lisan dengan guru atau rakansebaya. Kaedah ini melibatkan berbagai jenis aktiviti lisan seperti perbualan, persembahan, perbincangan dan sebagainya. Guru menggunakan kaedah ini untukmenilai kemahiran berkomunikasi, kefahaman terhadap topik, kejelasan pengucapandan kebolehan murid untuk menyampaikan pendapat secara lisan. Proses pentaksiran secara lisan biasanya bermula dengan guru memberikanpeluang kepada murid untuk berinteraksi secara lisan dalam konteks pembelajaran. Murid mungkin diminta untuk memberikan jawapan kepada soalan, mengemukakanpandangan atau membuat persembahan mengenai topik tertentu. Kemudian guruakan menilai interaksi lisan murid berdasarkan kriteria tertentu seperti kefahaman, kemahiran berkomunikasi dan kebolehan merangsang perbincangan. Kaedah pentaksiran secara lisan ini memberikan gambaran yangkomprehensif tentang kemahiran berkomunikasi murid serta kemampuan merekauntuk menyampaikan pendapat dan idea secara lisan. Ia juga memberi peluangkepada murid untuk berlatih dan meningkatkan kemahiran berkomunikasi merekamelalui interaksi langsung dengan guru dan rakan sebaya. Terdapat beberapajeniskaedah pentaksiran secara lisan ini iaitu antara murid dengan guru, murid denganmurid dan murid dengan bahan pembelajaran.


2.3 KAEDAH PENTAKSIRAN SECARA PENULISAN Kaedah pentaksiran secara penulisan adalah pendekatan di mana muriddinilai melalui hasil penulisan mereka. Kaedah ini melibatkan pelbagai jenis tugasanpenulisan seperti esei, laporan, kertas kerja, refleksi dan sebagainya. Gurumenggunakan kaedah ini untuk menilai pemahaman, analisis dan penilaian muridterhadap topik yang dipelajari dari segi penulisan yang dilakukan oleh murid. Proses pentaksiran secara penulisan biasanya bermula dengan pemberianarahan atau topik kepada murid. Seterusnya, murid kemudian diminta untuk menulismengenai topik tersebut, menggunakan pengetahuan sedia ada merekadankemahiran yang telah mereka pelajari dalam kelas. Guru akan menilai penulisanmurid berdasarkan kriteria tertentu seperti struktur esei, penggunaan bahasa yangbetul, kesahan idea, kebolehan merumuskan dan sebagainya. Kaedah pentaksiran secara penulisan memberikan gambaran yangkomprehensif tentang kemahiran berfikir kritis dan analitikal murid serta keupayaanmereka untuk menyampaikan pemikiran secara bertulis (McMillan,2018). Ia jugamemberi peluang kepada murid untuk mengembangkan kemahiran menulis merekamelalui latihan dan maklum balas yang diberikan oleh guru. 3.0 CUTI INTER SEMESTER DAN TUGASAN Saya telah menjalani cuti inter semester pada semester yang lepas pada9- 17 Feb 2024. Terdapat beberapa tugasan yang telah kami terima untuk dilaksanakansepanjang tempoh inter semester tersebut berlangsung antaranya ialah untukmengumpul instrumen-instrumen pentaksiran, melihat cara guru mengajar danmenjalankan pemerhatian terhadap suasana pembelajaran di sekolah. Terdapat pelbagai pengalaman baharu yang telah saya timba dan kumpul dalamtempoh yangsingkat tersebut. Dengan adanya kesempatan untuk bertemu dengan guru secaralangsung, saya telah mengambil peluang ini untuk menemu bual beberapa orangguru berkenaan kaedah pentaksiran yang dijalankan. Saya dapati setiap gurumempunyai cara yang berbeza dalam menilai dan mentaksir murid-murid mengikut tahap pembelajaran mereka. Saya juga telah berjaya mengumpul beberapainstrumen pentaksiran dari guru mata pelajaran Sains di sekolah tersebut antaranyasenarai semak guru, beberapa helai lembaran kerja dan penulisan refleksi murid- murid.


4.0 PENILAIAN TERHADAP INSTRUMEN-INSTRUMEN Semasa memulakan proses menilai instrumen, saya menghadapi masalahiaitu tidak yakin dengan diri sendiri untuk melakukan tugasan ini. Hal ini demikiankerana, saya hanyalah seorang siswa pendidik dan belum menjadi seorang guru. Jadi, wajarlah saya berasa ragu-ragu akan kebolehan saya kerana sayaberanggapan bahawa guru sekolah mestilah seorang guru yang mahir danberpengalaman dalam melaksanakan kaedah pentaksiran dan membina instrumenpentaksiran. Saya bernasib baik kerana guru Sains di sekolah tersebut memberikankerjasama dengan memberikan instrumen pentaksiran murid-murid bagi membantusaya melaksanakan tugasan ini. Tidak dinafikan lagi bahawa sepanjang sayamenjalankan aktiviti mengumpul instrumen di sekolah tersebut, saya dapat lihat bahawa guru-guru sangat komited dalam menjalankan tugas mereka. Setelah mendapat tanggungjawab untuk melaksanakan TugasanPenghasilan Produk bagi subjek Pentaksiran Dalam Pendidikan ini saya bersediauntuk melaksanakan tugasan ini dengan cara yang terbaik. Pada semester ini, sayajuga telah belajar dengan lebih mendalam berkenaan cara-cara membinadanmenilai instrumen dengan baik. Jika dibandingkan dengan sebelum ini semasa PBSI saya hanya melihat instrumen yang disediakan oleh guru-guru tanpa mengetahui cara membina instrumen yang betul dan memenuhi DSKP. Maka pengetahuanbaharu yang telah saya peroleh ini akan saya guna semasa PBS II, praktikumdanseterusnya sehinggalah saya berjaya menjadi seorang guru agar saya dapat memberikan yang terbaik kepada murid-murid di sekolah.


4.1 INSTRUMEN 1 : Senarai semak PENTAKSIRAN BENTUK PEMERHATIAN SENARAI SEMAK GURU MENTAKSIR KERJA KUMPULAN Tajuk Haiwan NAMA AHLI KUMPULAN E1 KUMPULAN 1 : / KUMPULAN 2 : / KUMPULAN 3 : - KUMPULAN 4 : - KUMPULAN 5 : - E1 : Murid-murid dapat menyatakan tabiat pemakanan haiwan dan mengelaskanhaiwan mengikut tabiat pemakanannya


PENTAKSIRAN BENTUK PEMERHATIAN SENARAI SEMAK GURU MENTAKSIR KERJA KUMPULAN Tajuk Haiwan Standard Kandungan (SK) 4.1 Tabiat Pemakanan Standard Pembelajaran (SP) 4.1.1 Mengelas haiwan mengikut tabiat pemakanan Standard Prestasi TP 1 Menyatakan tabiat pemakananhaiwan TP 2 Mengelas haiwan berdasarkantabiat pemakanan. Objektif Pembelajaran (OP) Murid-murid dapat : 1. Mengelaskan haiwan mengikut aktiviti tabiat pemakanan dalamaktiviti “Grab, Think and Place It” secara berkumpulan. Kriteria Kejayaan (KK) Saya dapat : 1. Melakukan aktiviti “Grab, Think andPlace It” bagi mengelaskan haiwanmengikut tabiat pemakanan.


NAMA AHLI KUMPULAN E1 E2 CATATAN/INTERVENSI TPKUMPULAN 1 : Anis Anas Aneesa Anaqi / / Dapat menguasai dengan baik TP1 &TP2KUMPULAN 2 : Susanti Jarjit Mail Meimei / - Beri latihan tambahan TP1 KUMPULAN 3 : Fang Gopal Ali Alisa - / Beri latihan tambahan TP2 KUMPULAN 4 : Din Muthu Mawar Lily / / Dapat menguasai dengan baik TP1 &TP2KUMPULAN 5 : Zara Hani Tuah Jebat - - Lakukan intervensi pada tarikh 18/4/2024 -- E1 : Murid dapat menyatakan 3 jenis tabiat pemakanan haiwan E2: Murid dapat mengelaskankan 6 haiwan berdasarkan tabiat pemakanannyadengan betul


Guru sains tersebut telah menyediakan instrumen senarai semak bagi mentaksir kerja kumpulan murid-murid ketika melakukan aktiviti di dalamkelas. Aktiviti tersebut adalah aktiviti mengelaskan haiwan mengikut tabiat pemakanannya. Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat, terdapat beberapa kekurangan yangterdapat pada instrumen senarai semak guru tersebut antaranya ialah beliaumembina instrumen senarai semak bagi memenuhi Tajuk Haiwan. Namun demikianbeliau hanya menyatakan tajuk yang dipelajari oleh murid dan tidak memasukkanStandard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi ke dalamsenarai semak. Selain itu, instrumen senarai semak yang dibuat tidak memenuhi kehendak standard prestasi iaitu TP 1, menyatakan tabiat pemakanan haiwandanTP 2, mengelas haiwan berdasarkan tabiat pemakanan dengan tidak menyatakanelemen kuantitatif dan hanya menyatakan “mengelaskan jenis tabiat pemakananhaiwan”. Bukan itu sahaja, guru hanya menilai satu elemen sahaja untuk kedua-duajenis standard prestasi dengan meletakkan kedua-dua standard prestasi tersebut di bawah satu elemen sahaja. Perkara ini perlu dielakkan kerana muridberkemungkinan hanya berjaya memenuhi satu standard prestasi. Selain itu, gurutidak meletakkan nama murid dan hanya mengelaskan murid dengan namakumpulan. Perkara ini boleh menyebabkan guru keliru dan berpotensi untukmelakukan kesilapan seperti tidak dapat membezakan murid ketika ingin mentaksir mereka. Akhir sekali, pada instrumen ini juga guru tidak memasukkan kolumcatatanbagi mengikuti perkembangan murid-murid selepas aktiviti dijalankan di dalamkelaskerana murid yang tidak memenuhi standard prestasi digalakkan untuk mengikuti kelas intervensi agar tidak ketinggalan di dalam kelas.


Setiap kekurangan yang terdapat pada instrumen in boleh ditambahbaikdengan cara-cara yang tertentu antaranya ialah dengan melengkapkan kesemuarujukan yang terdapat di dalam DSKP seperti tajuk, standard kandungan, standardpembelajaran dan standard prestasi dengan lengkap. Instrumen ini juga telahditambah baik dengan memastikan bahawa instrumen ini memenuhi kriteria standardpembelajaran, standard prestasi dan boleh menilai prestasi murid-murid. Hal ini demikian kerana, instrumen pentaksiran ini telah ditambah baik dengan menyatakanelemen kuantitatif seperti ‘menyatakan 3 jenis tabiat pemakanan haiwan’. Elemenkuantitatif sangat penting untuk mentaksir murid-murid agar guru dapat tahu adakahmurid-murid dapat mencapai tahap kognitif yang telah ditentukan. Selain itu, gurudapat menilai kedua-dua tahap prestasi secara berasingan agar guru dapat menilai murid-murid dengan lebih tepat dan berfokus. Selain itu, dalam instrumen baharuini juga telah diletakkan nama murid bagi setiap kumpulan supaya guru dapat mengenal pasti setiap murid yang ditaksir agar tidak berlaku kekeliruan. Akhir sekali, instrumenbaharu ini mempunyai kolum catatan bagi mengikuti perkembangan murid-muridselepas aktiviti ini dilaksanakan di dalam kelas. Bukan itu sahaja, jika murid hanyaberjaya menguasai satu standard prestasi maka murid tersebut perlu diberikanlatihan tambahan dan jika murid tersebut tidak menguasai sebarang standardprestasi maka murid tersebut perlu mengikuti kelas intervensi pada tarikh yang telahditetapkan oleh guru. Dengan menggunakan instrumen baharu yang telah dilakukanpenambahbaikan ini, guru dapat mentaksir murid-murid dengan lebih jelas sepanjangaktiviti “Grab, Think and Place It” dilaksanakan di dalam sesi PdP.


4.2 INSTRUMEN 2: Lembaran kerja KAEDAH PENTAKSIRAN SECARA BERTULIS LEMBARAN KERJA TUGASAN INDIVIDU Bahagian A


BAHAGIAN B Kelaskan haiwan-haiwan berikut kepada haiwan herbivor atau haiwan karnivor. Harimau Zirafah Singa Kuda Buaya LembuHaiwan Karnivor Haiwan Herbivor


KAEDAH PENTAKSIRAN SECARA BERTULIS LEMBARAN KERJA Tajuk Haiwan Standard Kandungan (SK) 4.1 Tabiat Pemakanan Standard Pembelajaran (SP) 4.1.1 Mengelas haiwan mengikut tabiat pemakanan Standard Prestasi TP 2 Mengelas haiwan berdasarkantabiat pemakanan. Objektif Pembelajaran (OP) Murid-murid dapat : 1. Mengelaskan haiwan mengikut tabiat pemakanan haiwan dalamlembarankerja yang telah diberikan Kriteria Kejayaan (KK) Saya dapat : 1. Melakukan lembaran kerja yang telahdiberikan bagi mengelaskan haiwanmengikut tabiat pemakanan. Lembaran Kerja 1 : Lembaran Kerja 2 :


Instrumen pentaksiran yang kedua menggunakan instrumen lembaran kerjadan ditaksir menerusi kaedah pentaksiran secara bertulis. Setelah melakukan aktiviti “Grab, Think and Place It”, guru akan memberikan lembaran kerja ini kepada murid- murid bagi mengukuhkan kefahaman murid-murid berkenaan tajuk yang dipelajari. Namun demikian, instrumen ini tidak mencapai standard kandungan iaitu 4.1.1mengelas haiwan mengikut tabiat pemakanan. Hal ini demikian kerana, padabahagian A lembaran kerja ini, lembaran tersebut menggambarkan beberapa jenishaiwan liar dan tidak menunjukkan tabiat pemakanan haiwan sekaligus menunjukkanbahawa bahagian A ini tidak memenuhi mana-mana standard pembelajaran yangtelah dipelajari. Bagi bahagian B pula, soalan hanya meminta murid untukmengelaskan haiwan-haiwan berikut kepada haiwan herbivor dan haiwan karnivor sahaja dan ini menggambarkan isi kandungan di dalam lembaran kerja tidakmencukupi kerana tiada kelas haiwan bagi kelas omnivor. Ini menunjukkan lembarankerja ini tidak tepat dan tidak lengkap dalam memenuhi standard kandungan, standard pembelajaran dan standard prestasi kerana tidak ditaksir secaramenyeluruh. Bukan itu sahaja, lembaran kerja ini juga kelihatan tidak menarik danboleh menjadikan murid tidak bersemangat untuk melakukan tugasan yang diberi oleh guru-guru. Instrumen baharu ini telah ditambah baik dengan meletakkan standardkandungan, standard pembelajaran dan standard prestasi dengan lengkap. Bukanitusahaja, lembaran kerja ini memenuhi kriteria standard pembelajaran iaitu 4.1.1mengelas haiwan mengikut tabiat pemakanan dan standard prestasi iaitu TP2, mengelas haiwan berdasarkan tabiat pemakanan. Instrumen ini telah ditambahbaikdengan memastikan bahawa setiap isi kandungan yang dipelajari oleh muriddiletakkan di dalam lembaran kerja sebagai contoh ketiga-tiga tabiat pemakananhaiwan perlu ada di dalam lembaran kerja tersebut. Lembaran kerja ini perlulahmemenuhi setiap kriteria agar boleh mencapai objektif pembelajaran (Boonet al.,2017). Instrumen ini juga menggunakan warna yang kontra dan meletakkangambar yang sesuai dengan topik yang dipelajari bagi menarik minat untukmelakukan lembaran kerja dengan bersemangat. Guru juga perlu menyediakandualembaran kerja untuk murid yang sederhana (lembaran kerja 1) dancemerlang(lembaran kerja 2) supaya murid yang sederhana tetap dapat mengikuti pembelajaran dan latihan yang dilaksanakan manakala murid cemerlang tidak akanbosan di dalam kelas kerana mendapat latihan yang lebih mencabar minda.


4.3 INSTRUMEN 3:Penulisan Refleksi KAEDAH PENTAKSIRAN SECARA BERTULIS PENULISAN REFLEKSI TUGASAN INDIVIDU Tuliskan penulisan refleksi anda berdasarkan aktiviti main peranan yang andalakukan sebentar tadi. Melalui aktiviti ini apa yang saya dapat ialah :


KAEDAH PENTAKSIRAN SECARA BERTULIS PENULISAN REFLEKSI Tajuk Haiwan Standard Kandungan (SK) 4.1 Tabiat Pemakanan Standard Pembelajaran (SP) 4.1.3 Membuat inferens tentangkumpulan haiwan berdasarkan tabiat pemakanan Standard Prestasi TP 3 Mengitlak tentang tabiat pemakanan haiwan herbivor, omnivor dan karnivor Objektif Pembelajaran (OP) Murid-murid dapat : 1. Memberi contoh tentang tabiat pemakanan haiwan herbivor, omnivor dan karnivor dalam aktiviti main perananKriteria Kejayaan (KK) Saya dapat : 1. Melakukan aktiviti main perananbagi mengitlak tentang tabiat pemakananhaiwan herbivor, omnivor dan karnivor


TUGASAN INDIVIDU NAMA : ____________________________________ TARIKH : ______________KELAS :__________________________ Lengkapkan jadual berikut dengan apa yang berlaku dalam aktiviti main peranansebentar tadi. Ceritakan secara terperinci apa yang telah berlaku semasa anda melaksanakan ativiti main peranan pemakanan haiwan herbivor, omnivor dan karnivor. Kelebihan melakukan aktiviti main peranan pemakanan haiwan herbivor, omnivor dan karnivor. Ceritakan bilakah anda akan amalkan semula kelebihan tersebut Kekurangan yang anda dapati semasa anda lakukan aktiviti main peranan pemakanan haiwan herbivor, omnivor dan karnivor. Berikan cadangan anda mengatasi kekurangan yang anda dapati semasa melakukan aktiviti main peranan pemakanan haiwan herbivor, omnivor dan karnivor


Seterusnya, instrumen yang terakhir adalah instrumen penulisan refleksi yangmenggunakan kaedah penulisan secara bertulis. Instrumen ini berfungsi untukmentaksir aktiviti main peranan yang dilaksanakan semasa PdP di kelas. Beberapaorang murid akan melakukan aktiviti main peranan pemakanan haiwan herbivor, omnivor dan karnivor seterusnya akan diteka oleh murid-murid yang lainberdasarkan klu yang diberikan. Oleh yang demikian terdapat beberapa aspek yangperlu diambil berat kerana penulisan refleksi dengan cara ini adalah terlalu umum. Antaranya adalah instrumen penulisan refleksi ini tidak mempunyai standardpembelajaran, standard kandungaan dan standard prestasi. Setiap instrumenpentaksiran perlu lengkap dengan setiap aspek tersebut agar objektif instrumenpentaksiran dapat dicapai. Selain itu, template penggunaan penulisan refleksi ini tidak berapa sesuai untuk murid tahun 4 serta tidak dapat memenuhi kehendakstandard prestasi. Hal ini demikian kerana, murid tahun 4 baru sahaja diperkenalkantentang penulisan refleksi, jadi mereka cenderung untuk melakukan kesilapancontohnya murid hanya menulis refleksi tentang kejadian yang berlaku semasamelakukan aktiviti main peran sahaja tanpa berfikir dengan lebih luas. Denganiturefleksi secara holistik tidak dapat dilaksanakan oleh murid-murid kerana muridberkemungkinan untuk terlepas pandang perkara penting yang berlaku seperti kelebihan melaksanakan aktiviti dan lain-lain. Perkara ini boleh berlaku terutamanyaapabila guru tidak memberikan tunjuk ajar tentang cara menulis penulisan refleksi yang betul kepada murid-murid. Instrumen baharu ini telah ditambah baik dari beberapa aspek pentingantaranya adalah dengan memastikan standard kandungan, standard pembelajarandan standard prestasi dinyatakan dengan lengkap di dalam instrumen ini. Seterusnya, instrumen ini telah dikhususkan lagi dengan mebahagikan penulisan refleksi ini kepada lima bahagian kecil agar penulisan refleksi menjadi lebih terarah. Denganini, murid juga akan mendapat tunjuk ajar daripada guru serta dapat menulis penulisanrefleksi dengan lebih tersusun dan secara holistik. Perkara ini sekaligus akan dapat memenuhi kriteria standard pembelajaran, standard prestasi dan dapat menilai prestasi murid-murid dengan lebih jelas. Dalam instrumen penulisan refleksi yangbaharu ini juga terdapat bahagian kelebihan dan kekurangan melaksanakan aktiviti ini sekaligus dapat merangsang minda murid untuk berfikir di luar kotak (Fisher et al.,2017). Bukan itu sahaja, guru juga dapat menambah baik cara pengajaranmereka kerana terdapat juga bahagian cadangan di dalam instrumen ini. Instrumenyang telah ditambah baik ini juga dapat mengajar murid untuk menjadi seorang yangmahir dalam mengorganisasikan sesuatu perkara kerana instrumen ini jelasmenunjukkan jalan penceritaan yang tersusun.


5.0 PENUTUP Dalam konteks PBD, instrumen pentaksiran dan kaedah pentaksiranmemainkan peranan penting dalam membentuk proses penilaian yang holistik danberkesan. Dengan menggunakan instrumen yang sesuai dan kaedah yangberpelbagai, guru dapat memperoleh gambaran yang komprehensif tentangpencapaian murid dalam pelbagai aspek pembelajaran (KPM,2020). Hasil daripadaPBD yang teliti dan berterusan ini telah dapat membantu dalammenyediakanmaklum balas yang bermakna kepada murid dan membolehkan guru untuk membuat intervensi dan penyesuaian yang sesuai dalam pengajaran mereka. Kesimpulannya, PBD, instrumen pentaksiran dan kaedah pentaksiran yang berkesan adalah asaskepada sistem pendidikan dalam membentuk pembangunan holistik murid. Denganmenjaga kekonsistenan dan keberkesanan dalam pelaksanaan PBD, kita dapat memastikan setiap murid mendapat pengalaman pembelajaran yang berkualiti danmenyeluruh untuk mencapai potensi mereka yang sebenar (Boon et al., 2017).


RUJUKAN Boon, P. Y., Lee, L.H. & Aeria, L.A. (2017). Pentaksiran dalam pendidikan. OxfordFajar Sdn. Bhd. Fisher, D., Frey, N., Quaglia, R.J.,, Smith, D., Lande, L., L. (2017). Engagement bydesign: Creating learning environments where students thrive. Corwin Press. Institut Pendidikan Guru Malaysia. (2023). Buku Panduan Pentaksiran Kemas Kini 2023. Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Pentaksiran Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. McMillan, J. H. (2018). Classroom Assessment: Principles and Practice for EffectiveStandards-Based Instruction. Boston, MA: Pearson.


Click to View FlipBook Version