Nama : NUR HANIESA WAFIY BINTI HASMIZAI No. K/P : 040306-14-0046 Angka Giliran : 2022232310041 Program : PPISMP Ambilan : JUN 2022 Unit : BAHASA MELAYU B Nama Pensyarah : PUAN HAJAH ROZIAH BINTI RAMLI Tarikh Hantar : 17 FEBRUARI 2023 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 01000 KANGAR PERLIS BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
SELOKA PAK PANDIR
Isi Kandungan Penghargaan Pengenalan Konsep Kesusateraan Melayu Apa itu seloka : Seloka Pak Pandir Fungsi sastera Melayu : Fungsi seloka Pak Pandir Manifestasi akal budi masyarakat Melayu dalam karya puisi tradisional
1.0 Penghargaan Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat saya menyempurnakan tugasan bagi kod subjek Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (BMMB1104) ini dengan jayanya. Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Roziah Binti Ramli, selaku Pensyarah Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada saya untuk melaksanakan tugasan yang diberikan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Sekian, terima kasih
Kesusateraan Melayu dalam konteks pendidikan dapat difahami sebagai karya berbentuk puisi tradisional dan prosa tradisional yang ada padanya unsur keindahan serta kehalusan. Menurut Buku Sukatan Pelajara Kesusasteraan Melayu, (2003), karya sastera ini dipengaruhi oleh perkembangan intelek, emosi, rohani dan jasmani serta memaparkan nilai dan citra kemanusiaan. Jadi, saya memilih Seloka Pak Pandir iaitu puisi tradisional kerana kelebihan puisi ini menarik hati saya untuk mengupaskannya dengan lebih dalam lagi. Sebelum itu, saya akan menerangkan tentang konsep kesusasteraan Melayu. 2.0 Pengenalan
KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU
Takrif Kesusasteraan Melayu • Satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. • Menurut kamus, kesusateraan ialah hasil seni atau karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri keistimewaan yang tertentu . • Perkataan kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit iaitu susastera yang bermaksud huruf atau buku indah . • Dalam konteks pendidikan, kesusasteraan ialah karya asal yang ditulis dalam bahasa Melayu berunsurkan keindahan dan kehalusan sama ada puisi tradisional dan prosa tradisional .
Jenis, Bentuk dan Ciri Kesusasteraan Melayu Puisi Tradisional • Pantun, Gurindam, Syair dan Seloka Prosa Tradisional • Sastera rakyat (lisan) iaitu mitos, legenda dan cerita rakyat • Sastera Istana (tulisan) iaitu hikayat Prosa Moden • Sajak Puisi Moden • Cerpen, Novel dan Drama 1. 2. 3. 4.
PUISI TRADISIONAL • Pantun : Kaedah rangkapan yang tertua dan memang asal kepunyaan masyarakat Melayu. • Gurindam : Sejenis syair yang melarat yang tetap sukatan atau rangkapannya. • Syair : Sejenis puisi berlagu yang dikatakan berasal dari Parsi dan telah dibawa masuk ke Nusantara bersama-sama kedatangan Islam serta diubahsuaikan mengikut kesesuaian bahasa Melayu klasik. • Seloka : Merupakan pepatah, bidaan atau perumpamaan yang mengandungi unsur jenaka, gurau senda, olokan, ejekan dan sindiran.
PROSA TRADISIONAL • Mitos : Cerita yang dianggap benar-benar terjadi dan dianggap suci oleh empunya cerita dan masyarakat. • Legenda : Cerita yang dipercayai benar benar berlaku tetapi tidak dianggap suci • Cerita Rakyat : Sumber hiburan, menegakkan kebenaran dan mengandungi moral.
PROSA MODEN • Cerpen : Gabungan dua perkataan iaitu cerita dan pendek • Novel : Prosa rekaan yang panjang di dalamnya termuat sebahagian daripada sebuah kehidupan
PUISI MODEN • Sajak : Bebas dan terikat pada sesuatu pola khusus walaupun ada ketikanya memerikan ciri matra, rima dan rentak.
APA ITU SELOKA : SELOKA PAK PANDIR
SELOKA • Menurut Harun Mat Piah (1989), istilah seloka berasal daripada perkataan Sanskrit ‘shloka’ yang bermaksud berseloroh, berjenaka atau menyindir. • Merupakan pepatah, bidaan atau perumpamaan yang mengandungi unsur jenaka, gurau senda, olokan, ejekan dan sindiran. • Isi dan mesejnya sarat dengan sindiran yang berguna untuk menjadi pengajaran dan teladan oleh pendengar atau pembaca • Ditulis dalam bentuk terikat iaitu empat baris serangkap seperti pantun. • Contoh seloka ialah Seloka Pak Kaduk, Seloka Pak Pandir dan Seloka Emak Si Radang.
SELOKA PAK PANDIR Seloka Pak Pandir merupakan seloka yang diambil daripada cerita jenaka rakyat. Seloka ini merujuk kepada seorang lelaki yang bernama Pak Pandir yang terkenal dengan sifat lurus bendul. Dia mempunyai seorang isteri yang terpaksa menahan segala perbuatannya yang bendul. Tujuan seloka ini ditulis adalah untuk berhibur dan berjenaka tetapi terselit unsur sindiran. Pak Pandir mewakili sikap sebahagian masyarakat Melayu yang dikatakan mempunyai sifat-sifat negatif.
BENTUK SELOKA Merupakan puisi bebas dan tidak terikat Digubah sama ada mengikut bentuk pantun, syair atau perumpamaan Tidak mempunyai pembayang Rangkap : Bilangan baris dalam serangkap tidak tetap Rima : Rima akhir dalam rangkap tidak tetap Perkataan : Jumlah perkataan dalam sebaris juga tidak tetap Suku kata : Jumlah suku kata dalam sebaris juga tidak tetap
CIRI-CIRI SELOKA PAK PANDIR • Berbentuk sindiran dan kritikan • Seloka ini bernada sinis • Mempunyai 17 baris • Mempunyai tujuh hingga sepuluh suku kata sebaris • Mempunyai tiga hingga lima perkataan sebaris
JENIS-JENIS SELOKA Seloka yang mengandungi sindiran tajam untuk menyindir masyarakat yang bertindak sia-sia dan tidak menggunakan kewarasan fikiran dalam tindakan. Seloka Sindiran Seloka yang mengandungi unsur nasihat yang dapat diambil oleh pembaca atau pendengar Seloka Nasihat
JENIS-JENIS SELOKA Seloka yang mengandungi moral, nilai murni dan pengajaran untuk memberi kesedaran serta iktibar kepada pembaca atau pendengar. Seloka Pengajaran Seloka yang mengandungi unsur jenaka yang boleh membuat pembaca atau pendengar geli hati Seloka Gurau Senda
SELOKA SINDIRAN: SELOKA PAK PANDIR Pandai-pandai wahai Pak Pandir, Anak dipijak dagang dijinjing, Kucing dibunuh tikus dibela, Harta habis bawaan tergadai Mendengar gelagak dagang, Tak sedar bertelanjang, Mendengar guruh di langit Air di tempayan dicurahkan Mulut kena suap pisang, Buntut kena cangkuk onak, Gunting makan di hujung, Pak Pandir juga yang menanggung Apa didengar gelagak dagang, Gelagak rambutan jantan, Orang berbunga, dia berbunga, Orang berbuah, dia haram Kilat memancar hujan tak jadi, Awak juga berkecundangan, Pandai-pandai wahai Pak Pandir, Awak juga yang menanggung
CARA MELAGUKAN SELOKA PAK PANDIR • Menggunakan nada atau irama yang sesuai • Seloka tidak sesuai dilagukan dengan irama perlahan mendayu • Bebas melagukan seloka mengikut keseuaian irama dan mesej yang hendaak disampaikan • Contoh pemnyampaian Seloka Pak Pandir https://youtu.be/e-31495KiGY
FUNGSI SASTERA MELAYU : FUNGSI SELOKA PAK PANDIR
FUNGSI SASTERA MELAYU Alat Pendidikan • Dapat membawa kesedaran kepada masyarakat, mengubah pemikiran serta memberi ruang untuk masyarakat menyerap nilai moral dalam karya sastera • Contohnya, cerita Sang Kancil dan dengan Buaya yang menghiburkan tetapi terdapat juga unsur moral dan nilai murni. Dakwah • Proses penyampaian pesan suci Tuhan kepada manusia • Bahasa sebagai saranan dakwah tentulah melalui bahasa Hiburan • Menghiburkan pembaca atau pendengar dengan karya yang seronok • Terhasil daripada keindahan katakata yang diungkap, irama atau rentak. • Menjadikan karya sastera seperti cerita penglipur lara diterima oleh masyarakat sebagai karya yang diminati dan digilai masyarakat dahuku
FUNGSI SASTERA MELAYU Medium Proses dan Kritik Sosial • Rakaman kehidupan yang mengali dan menyelongkar kehidupan manusia daripada pelbagai dimensi dan sudut pandang yang berbeza-beza • Sesuatu yang dipaparkan dalam sastera adalah sesuatu yang berlaku dan terjadi dalam realiti kehidupan manusia Instrumen Perpaduan • Menitikberatkan perpaduan negara • Mengeratkan perpaduan etnik, kaum dan bangsa Alat Kawalan Sosial dalam Kehidupan Harian • Melalui cerita rakyat, anggota masyarakat diberitahu tentang perkara yang boleh dan tidak boleh • Dpat memberikan pengajaran kepada pembaca dan pendengar
FUNGSI SELOKA PAK PANDIR • Seloka Pak Pandir berfungsi sebagai kritikan sosial dalam kehidupan • Kritikan sosial merupakan salah satu bentuk komunikasi dalam masyarakat yang bertujuan atau berfungsi sebagai pengawalan terhadap jalan cerita suatu sistem atau proses bermasyarakat. Kritikan sosial merupakan frasa yang terdiri dari dua kata iaitu kritik dan sosial. Maksud kritik adalah suatu tanggapan atau kecaman yang kadang-kadang disertai dengan huraian dan pertimbangan baik ataupun burukya suatu hasil karya, pendapat, dan sebagainya. Sementara itu, menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu , sosial membawa maksud segala perkara yang berkaitan dengan masyarakat atau kemasyarakatan.
FUNGSI SELOKA PAK PANDIR Keseluruhan isi seloka Pak Pandir menyindir dengan sinis tentang sikah sebahagian daripada masyarakat Melayu yang bersikap negatif. Banyak kelemahan yang wujud di dalam kehidupan seharian mereka. 1. Anak dipijak dagang dijinjing Kucing dibunuh tikus dibela Dalam rangkap tersebut, dapat diulaskan bahawa penulis menyindir dan mengkritik individu atau masyarakat yang lebih mengutamakan dan mementingkan orang luar atau dagang yang baru dikenali berbanding dengan anak atau keluarga sendiri. Mereka lebih mengutamakan orang lain atau dagang dan sanggup menabur budi dan berbuat baik kepada orang lain sehingga mengabaikan tanggungjawabnya terhadap orang yang berada di bawah tanggungannya, termasuk anak dan isterinya.
FUNGSI SELOKA PAK PANDIR 2. Harta habis badan tergadai Mendengar gelagat dagang Tak sedar bertelanjang Dalam rangkap tersebut, dapat diulaskan bahawa penulis menyindir dan mengkritik individu atau masyarakat yang mudah terpedaya dengan janji manis dagang yang baru dikenalinya. Mereka sanggup menghabiskan harta yang mereka miliki semata-mata untuk mengambil hati kerana terpedaya dengan gelagat dagang sehingga mereka tidak menyedari bahawa mereka telah diperbodohkan oleh dagang tersebut.
FUNGSI SELOKA PAK PANDIR 3. Mendengar guruh di langit Air di tempayan dicurahkan Dalam rangkap tersebut, dapat diulaskan bahawa penulis menyindir dan mengkritik individu atau masyarakat yang terlalu mengharapkan keuntungan yang belum pasti, sehingga sanggup menghabiskan harta yang sedia ada. Oleh kerana terlalu mengimpikan keuntungan yang belum tentu akan tercapai, mereka sanggup melakukan tindakan secara terburu-buru tanpa berfikir secara rasional, iaitu mereka sanggup membazir atau mensia-siakan rezeki atau harta yang sedia mereka miliki.
FUNGSI SELOKA PAK PANDIR 4. Mulut kena disuap pisang Buntut kena cangkuk onak Dalam rangkap tersebut, dapat diulaskan bahawa penulis menyindir dan mengkritik individu atau masyarakat yang sanggup memperdaya masyarakat tempatan untuk kepentingan diri sendiri. Golongan ini sentiasa mencari peluang dan pandai mengambil kesempatan dari pada kelemahan dan kebodohan masyarakat tempatan semata-mata untuk mengaut keuntungan tanpa memikirkan nasib orang lain.
FUNGSI SELOKA PAK PANDIR 5. Kilat memancar hujan tak jadi Awak juga berkecundangan. Dalam rangkap tersebut, dapat diulaskan bahawa penulis menyindir dan mengkritik individu atau masyarakat yang malas bekerja dan ingin bersenang-lenang Akhirnya setelah dagang berlalu pergi, mereka menanggung kerugian dan penyesalan yang tidak berkesudahan, kerana apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan.
MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU DALAM KARYA PUISI TRADISIONAL
MAKSUD AKAL BUDI • Mencerminkan perbuatan, pemikiran dan sikap seseorang manusia yang mendokong kebijaksanaan, kehalusan jiwa serta keindahan • Akal atau pemikiran merupakan proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea. • Budi mewakili tempat perasaan kesedaran, keyakinan dan dorongan. • Manifestasi akal budi ini boleh dilihat dalam empat aspek utama iaitu pemikiran, pertuturan, perlakuan dan gaya hidup.
SELOKA SINDIRAN: SELOKA PAK PANDIR Pandai-pandai wahai Pak Pandir, Anak dipijak dagang dijinjing, Kucing dibunuh tikus dibela, Harta habis badan tergadai Mendengar gelagak dagang, Tak sedar bertelanjang, Mendengar guruh di langit Air di tempayan dicurahkan Mulut kena suap pisang, Buntut kena cangkuk onak, Gunting makan di hujung, Pak Pandir juga yang menanggung Apa didengar gelagak dagang, Gelagak rambutan jantan, Orang berbunga, dia berbunga, Orang berbuah, dia haram Kilat memancar hujan tak jadi, Awak juga berkecundangan, Pandai-pandai wahai Pak Pandir, Awak juga yang menanggung
MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU DALAM SELOKA PAK PANDIR Maksud seloka Pak Pandir: Seloka Pak Pandir merupakan seloka yang diambil daripada cerita jenaka rakyat. Seloka ini merujuk kepada seorang lelaki yang bernama Pak Pandir yang terkenal dengan sifat lurus bendul. Dia mempunyai seorang isteri yang terpaksa menahan segala perbuatannya yang bendul. Tujuan seloka ini ditulis adalah untuk berhibur dan berjenaka tetapi terselit unsur sindiran. Pak Pandir mewakili sikap sebahagian masyarakat Melayu yang dikatakan mempunyai sifat-sifat negatif. Tema: Sindiran terhadap sikap sesetengah manusia yang mudah mempercayai orang lain.
MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU DALAM SELOKA PAK PANDIR Akal budi manifestasi masyarakat Melayu yang terdapat dalam rangkap tersebut ialah menyindir individu yang bersikap mengutamakan orang lain. Sikap negatif ini perlu ditinggalkan kerana merugikan diri dan keluarga terdekat. Sikap yang sepatutnya ialah mendahului keluarga terdekat bukannya orang luar yang hanya mementingkan diri sendiri disebabkan tiada talian darah. Buktinya Pak Pandir bukan sahaja sanggup mengabaikan anaknya sendiri malahan menyakitinya sebagaimana dalam frasa ‘anak dipijak’. Manakala pihak yang tiada kaitan dengan keluarganya pula diberi layanan baik sebagaimana dalam frasa ‘dagang dijinjing’ . Anak dipijak dagang dijinjing, Kucing dibunuh tikus dibela Pak Pandir mengetepikan anak sendiri, sebaliknya menyanjung orang luar. Pak Pandir membuat kerja yang sia-sia dan merugikannya.
MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU DALAM SELOKA PAK PANDIR Dalam baris ‘hartanya habis badan tergadai’ menunjukkan gambaran Pak Pandir tidak pandai mengurus hartanya. Ada kemungkinan watak tersebut seorang yang boros berbelanja, banyak hutang dan terpaksa menggadaikan hartanya. Mungkin dia juga suka berjudi dan bertaruh. Kemudian, jika dibincangkan maksud ‘tak sedar bertelanjang’ merupakan suatu kritikan halus tentang sikap yang tidak sedar kelemahan diri. Jika Pak Pandir sedar dirinya tidak berpakaian sudah tentu dia telah bertindak menutup sebahagian dirinya yang terdedah. Oleh kerana beliau tidak sedar maka dia telah membiarkan dirinya tidak berpakaian. Gambaran ini telah menunjukkan bahawa Pak Pandir seolah-olah tidak mengetahui kelemahan dirinya dan tidak mampu memperbaiki. Harta habis badan tergadai Mendengar gelagak dagang Tak sedar bertelanjang Pak Pandir mengikut perangai orang luar tanpa menyedari keadaan dirinya yang miskin. Akibatnya, Pak Pandir kehabisan harta dan yang tinggal hanya dirinya sendiri.
MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU DALAM SELOKA PAK PANDIR Pengarang juga mengkritik sikap individu yang terlalu mendengar kata pihak lain dan cepat terpengaruh seperti ‘mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan’. Mendengar guruh dilangit Air di tempayan dicurahkan Pak Pandir terlalu cepat mengharapkan sesuatu keuntungan yang belum pasti sehingga apa-apa yang ada disia-siakannya.
MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU DALAM SELOKA PAK PANDIR Seterusnya, hidup kita akan terseksa dan terikat sekiranya kita tidak tahu tipu helah musuh yang berpura-pura baik di hadapan kita sebaliknya akan mengawal kehidupan kita seperti ‘Mulut kena suap pisang, buntut kena cangkuk onak’. Akhirnya kita juga yang menanggung. Mulut kena suap pisang Buntut kena cangkuk onak, Gunting makan di hujung Pak pandir juga menanggung. Pak Pandir leka dengan katakata manis orang dagang yang sebenarnya berniat jahat. Kata-kata manis itu sungguh bersopan tetapi amat tajam maknanya yang akhirnya merugikan Pak Pandir.
MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU DALAM SELOKA PAK PANDIR Dengan ini kita akan menanggung derita tanpa ada kesudahan kerana masalah timbul disebabkan kelemahan diri sendiri iaitu ‘Awak juga berkecundangan’. Aspek akal budi juga dapat dilihat apabila pengarang mengkritik sikap kita yang tidak memberi faedah kepada orang lain sama seperti ‘Gelagak rambutan jantan’ yang tidak mengeluarkan buah walaupun berbungan apabila tiba musimnya. Kelemahan ini sama juga seperti sikap melakukan sesuatu perkara tidak bersungguh-sungguh akan menyebabkan kerja yang dilakukan tidak mendatangkan hasil seperti ‘Kilat memancar hujan tak jadi’. Apa didengar gelagak dagang Gelagak rambutan jantan: Orang berbunga, dia berbunga Orang berbuah, dia haram Kilat memancar hujan tak jadi Awak juga berkecundangan. Kata-kata manis orang luar tidak mendatangkan hasil apa-apa, sebaliknya Pak Pandir sendirilah yang rugi atau menerima akibatnya.
PENGAJARAN SELOKA PAK PANDIR • Kita mestilah sedar akan kelemahan diri kita supaya kita dapat memperbaikinya menjadi lebih baik • Kita perlulah mengutamkan diri dan keluarga supaya tidak mengguris hati mereka. • Kita tidak seharusnya mempercayai orang lain dengan mudah supaya hidup kita tidak rugi.
RUMUSAN ● Kesimpulannya, puisi tradisional perlulah diterapkan dalam diri individu sejak kecil lagi kerana perkara tersebut merupakan karya negara dari dulu lagi. Sebagai contoh seloka yang merupakan karya popular di negara kita dahulu semakin dilupakan oleh generasi pada masa kini. Perkara sebegini tidak boleh berlaku. Jadi, semua pihak mestilah memainkan peranan untuk memartabatkan semula karya sastera Melayu di negara kita. Konsep, fungsi dan manifestasi akal budi masyarakat Melayu dalam karya sastera mempunyai banyak kelebihan yang tersendiri di mana semua pihak tidak sepatutnya melupakan karya sastera begitu sahaja. Sebagai bangsa Melayu yang berwibawa, kita perlulah meningkatkan kesusasteraan Melayu semasa demi semasa supaya tidak ditelan dek zaman.
SUMBER RUJUKAN Asyraf Zulkipli (2010). Seloka pandai Pak Pandir. https://www.scribd.com/doc/35944382/SelokaPandai-Pak-Pandir Haji Abdul Rani, Dr. Azman, Dr Hasnah & Dr. Mohd Nazri (2022). Pengenalan kesusasteraan dan kebudayaan Melayu . Pustaka Al-Ehsan. Harun Mat Piah (1989). Puisi Melayu tradisional. Dewan Bahasa dan Pustaka. Mira (2010). Seloka pandai Pak Pandir. https://www.scribd.com/doc/25829797/SelokaPandai-Pak-Pandir# Kalsom (2013). STPM sastera Melayu seloka Pak Pandir. http://umikalshom95.blogspot.com/2013/10/stpmsastera-melayu-seloka-pak-pandir.html Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Buku sukatan pelajaran kesusasteraan Melayu.
SEKIAN TERIMA KASIH