BAHASA MELAYU STANDARD
Baca ayat Bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula ayat tersebut dalam Bahasa
Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
1. Dan akan Tun Perak membawa orang Kelang ke Melaka.
Tun Perak membawa orang Kelang ke Melaka.
2. Dan akan Tun Perak membawa orang Kelang ke Melaka dengan anak isterinya sekali.
Tun Perak membawa orang Kelang ke Melaka bersama anak dan isterinya.
3. Maka orang Kelang berdatang sembah kepada Sultan,
Orang Kelang mengangkat sembah kepada Sultan,
4. "Ya tuanku, segala teluk rantau yang lain semuanya menghadap dengan laki-laki juga; akan patik
sekalian dibawa oleh Tun Perak dengan perempuan sekali."
"Ya tuanku, seluruh teluk rantau lain membawa lelaki sahaja, manakalaTun Perak turut membawa
kaum perempuan sekali."
5. Maka Laksamana pun membahagi tiga, diambil oleh Laksamana harta itu sebahagi.
Laksamana membahagikan harta itu kepada tiga bahagian, dan Laksamana mengambil satu
bahagian.
6. Maka yang Laksamana ambil itu dibahagi tiga pula;
Bahagian yang diambil oleh laksamana itu dibahagi tiga bahagian pula
7. yang sebahagi itu didermakan pada segala fakir miskin dan yang sebahagi lagi diberikan kepada
pegawai yang tiada penguasaan dan sebahagi diberikan kepada segala orangnya.
satu bahagian diberikan kepada fakir miskin, satu bahagian diberikan kepada pegawai yang tidak
mempunyai kuasa dan satu bahagian lagi diberikan kepada orang bawahannya.
8. Maka segala harta itu pun habislah, suatu pun tiada diambil oleh Laksamana.
Segala harta itu telah habis diberikan kepada semua orang dan tiada yang diambil oleh
Laksamana.
9. Maka baginda memberi titah kepada bentara Seri Amerta, menyuruh berkata kepada Tun Perak.
Baginda menitahkan bentara Seri Amerta, menyuruh Tun Perak datang menghadapnya.
10. Maka Tun Perak pun datang menghadap.
Tun Perak datang menghadap baginda.
11. Maka Seri Amerta pun berkata kepada Tun Perak, "Orang ini, ya Tun Perak, mengadu halnya ke
bawah Duli Yang Dipertuan, mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak.
Seri Amerta telah berkata kepada Tun Perak, "Orang ini telah mengadu kepada Duli Yang
Dipertuan bahawa dia telah dianiaya oleh Tun Perak."
12. Setelah baginda mendengar sembah orang itu, maka baginda pun terkejut seraya menampar-
nampar pahanya.
Setelah Baginda mendengar sembah daripada orang itu, lalu baginda berasa terkejut sambil
menampar-nampar pahanya.