ALIH BAHASA KLASIK KEPADA BAHASA STANDARD
PANDUAN MENJAWAB SOALAN BAHASA MELAYU STANDARD (SOALAN 4)
Satu bahan toks klasik atau lama akan dikomukakan dalam soalan ini. Bahan diambil daripada toks
KOMSAS Tingkatan 4 iaitu Kopimpinan Melalui Teladan dan teks KOMSAS Tingkatan 5 laitu Burung
Terbang Dipipiskan Lada.
Berikut ialah tip untuk menukarkan bahasa Molayu Klasik kepada bahasa Melayu Standard.
1. Baca keseluruhan petikan sehingga anda memahaminya.
2. Murid perlu menukar ayat yang diberikan dalam bentuk bahasa Melayu Standard tanpa mengubah
bentuk dan maksudnya.
3. Struktur atau susunan ayat dalam petikan perlulah dikekalkan
4. Semua bahasa istana seperti patik, beta, baginda, hamba, dayang, beradu dan santap perlu
dikekalkan dan tidak boleh diubah kepada bahasa Melayu standard
5. Sila gugurkan kata klasik seperti MAKA, SYAHDAN, AL KISAH, SEBERMULA, ADAPUN,
ARAKIAN, HATTA, KEDATIPUN, KALAKIAN, AKAN, DAN dan PUN (bergantung kepada
petikan)
6. Tukarkan perkataan TATKALA=SEMASA/APABILA, SERAYA=SAMBIL
7. Seandainya ayat dalam bentuk dialog, tanda baca dan ayat dalam bentuk dialog perlu dikekalkan
8. Bilangan ayat mestilah sama dengan petikan soalan
9. Nama watak, tempat dan peralatan tidak boleh diubah
10. Jangan menambah dengan butir-butir atau fakta yang tidak terdapat dalam petikan
11. Murid tidak boleh menambah frasa menarik untuk menjadikan ayat lebih menarik
12. Murid tidak boleh menukar cakap ajuk kepada cakap pindah atau sebaliknya
13. Jawapan mestilah ditulis dalam ayat yang lengkap dan sama seperti dalam petikan asal
Cara menjawab
Gunakan 5 langkah berikut untuk menjawab soalan tersebut:
Langkah 1=Baca keseluruhan petikan.
Langkah 2=Pisahkan ayat mengikut jumlah ayat dalam petikan
Langkah 3=Gugurkan perkataan Klasik,
Langkah 4= kekalkan bahasa istana
Langkah 5=tulis semula ayat tersebut dengan betul
Pesanan.
1. Tulis jawapan tersebut menggunakan ayat lengkap. Jangan tulis jawapan guna ‘point’
2. Ikut cara yang telah diterangkan untuk menjawab soalan tersebut
3. Tulis jawapan dalam buku Latihan BM.
4. Anda tidak perlu menyalin petikan soalan
Latihan 1
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan telitinya, kemudian, tulis petikan tersebut semula
dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Maka kedengaranlah ke Melaka, Cau Pandan, anak Bubunnya, akan dititahkan
menyerang Melaka. Maka ada seorang hamba Allah diam di Melaka, bangsanya Arab,
Sidi Arab namanya disebut orang. Maka tuan itu senantiasa bermain panah lasykar, seperti
dewal orang berzikir. Barang ke mana tuan itu pergi. panah itu dibawanya. Maka tatkala
itu Tuan Sidi Arab itu pun ada menghadap Sultan Muzaffar Syah.
Dipetik daripada prosa
'Burung Terbang Dipiskan Lada'
dalam antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa Dan Pustaka
Latihan 2
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan telitinya, kemudian, tulis petikan tersebut semula
dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Tatkala itu Kertala Sari sudah datang dari Daha, terlalu banyak beroleh harta daripada
emas dan perak dan pakaian dan pitis berpuluh-puluh juta dan orang banyak dicurinya.
Setelah sudah Kertala Sari datang ke rumahnya, maka ia pun bertanya kepada ibunya,
"Hai ibuku, ke mana pergi bapaku maka tiada aku lihat ini?"
Dipetik daripada prosa 'Kepimpinan Melalui Teladan'
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,,
Dewan Bahasa Dan Pustaka
Latihan 3
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan telitinya, kemudian, tulis petikan tersebut semula
dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Telah rakyat Siam sudah pulang, maka segala orang teluk rantau pun kembalilah masing-
masing ke tempatnya. Maka Tun Perak tiada diberi baginda pulang lagi ke Kelang, diam
di Melaka, dijadikan baginda bentara. Maka ada seorang orang Kelang mengatakan
dirinya teraniaya oleh Tun Perak sedikit. Maka ia berdatang sembah ke bawah duli
baginda. Maka baginda memberi titah kepada bentara Seri Amerta, menyuruh berkata
kepada Tun Perak. Maka Tun Perak pun datang menghadap.
Dipetik daripada prosa
'Burung Terbang Dipiskan Lada'
dalam antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa Dan Pustaka