The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Rumusan Kebersihan Udara Di dalam Rumah Jawapan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Rak Buku Cikgu Dayang, 2021-07-05 13:23:43

Jawapan Tugasan Rumusan

Rumusan Kebersihan Udara Di dalam Rumah Jawapan

A

1 Atimr/PBM/SMKL/20
21

BAHAGIAN C: RUMUSAN

 Soalan Rumusan ini merupakan soalan yang paling penting dalam Bahasa Melayu kertas 2
yang menawarkan 30 markah.

 Jadi semua pelajar PERLU MENGUASAI TEKNIK MENJAWAB SOALAN RUMUSAN INI.
 Sebelum ini awak dah diberi tugasan mudah iaitu menyalin maklumat penting untuk

rumusan. Sekarang, awak perlu selesaikan tugasan rususan yang diberi.
 Sebelum membincangkan tentang tugasan, saya akan ulang semula makumat penting

tentang rumusan, iaitu:

 Bahan rumusan terdiri daripada sekurang-kurangnya dua bahan daripada sumber
yang berbeza (contoh: petikan prosa, puisi, dan grafik) tetapi mempunyai tema
yang sama.

*Lihat bahan yang diberi untuk tugasan tu, ada dua bahan kan? Bahan 1-petikan, bahan 2-Iklan.

 Petikan berdasarkan bahan sumber yang mempunyai tidak kurang daripada dua
fokus.

*Lihat lagi bahan tugasan yang diberi. Dalam tugasan tersebut ada 2 bahan.
2 bahan tidak bermakna fokusnya 2 juga. Dalam tugasan tersebut, ada 2 bahan TETAPI mempunyai 3 fokus.
Jadi apa maksud fokus tu? Fokus merupakan perkara utama/isi penting yang dibincangkan dalam bahan 1 dan
bahan 2.

 Kehendak tugasan tidak dinyatakan dalam arahan soalan.

*maksud penyataan ini ialah, arahan soalan diberi dalam bentuk umum dan tidak dinyatakan dengan jelas
atau spesifik.

 Bagaimana cara menulis jawapan untuk Rumusan?

 Jawapan Rumusan MESTI ditulis dalam bentuk esei (ada perenggan)
 Rumusan perlu mengandungi PENDAHULUAN, ISI TERSURAT dan KESIMPULAN.
 Rumusan tidak melebihi 120 patah perkataan.

* Semua pelajar perlu mematuhi syarat “120 patah perkataan” ini. JANGAN
SESEKALI LEBIH 120 PATAH PERKATAAN. Kalau berlebih, ayat selepas 120
perkataan tidak akan dibaca.
Jadi, Awak perlu kira setiap patah perkataan. Kalau berlebih 120 patah perkataan,
buang perkataan yang tidak penting atau tidak perlu. Contohnya perkataan „juga‟
„maka‟.
Berikut merupakan latihan untuk meningkatkan kemahiran menulis rumusan. Jadi ikut langkah-
langkah yang telah disediakan. Perkara pertama yang perlu awak buat ialah baca arahan soalan
dengan teliti, kemudian baca bahan 1 dan bahan 2 dengan teliti. Fikir, apa 3 fokus dalam
bahan-bahan tersebut.

A

2 Atimr/PBM/SMKL/20
21

Soalan Rumusan.

Baca petikan dan teliti iklan yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang
panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Bahan 1- Petikan

Berkurung di dalam rumah untuk berlindung daripada udara luar yang kotor, bukan lagi alasan
relevan. Walaupun ramai yang masih beranggapan demikian, namun kajian menunjukkan bahawa
udara di dalam rumah sebenarnya lebih kotor berbanding dengan di luar. Realitinya, banyak
faktor pencemaran udara di dalam rumah yang jarang-jarang kita sedari. Hal ini disebabkan oleh
asap pembakaran di sekeliling di samping pendingin hawa yang tidak diselenggarakan dengan baik
dan perabot yang disaluti bahan kimia atau cat, masing-masing melepaskan pelbagai zarah kecil
serta toksik ke udara. Keadaan mungkin bertambah teruk sekiranya tiada pengudaraan yang baik
di dalam rumah. Berikutan kurangnya kesedaran dan pemahaman dalam kalangan ibu bapa, ramai
yang membuat kesimpulan mudah dengan mengatakan bahawa kediaman mereka selamat dan
bersih daripada pencemaran.

Keperluan untuk mempunyai udara di dalam rumah yang bersih lebih memuncak jika ada ahli
keluarga yang menghidapi asma atau terlantar sakit. Mereka memerlukan pengudaraan yang
bersih dan baik supaya sentiasa boleh berasa selesa. Kajian menunjukkan bahawa pencemaran di
dalam rumah dan habuk boleh menjejaskan kualiti hidup keluarga. Penggunaan alat berteknologi
bolehlah diaplikasikan di dalam rumah untuk membersihkan udara berupaya menyerap
pencemaran dan alergen daripada persekitaran. Bagi bayi yang aktif merangkak dan bermain di
lantai, kebersihan udara dapat mengelakkan golongan ini daripada penyakit dan masalah
kesihatan

Untuk menjamin udara yang bersih di dalam rumah, antara cara yang boleh diaplikasikan ialah
elakkan penggunaan karpet berbulu tebal kerana cenderung menjadi perangkap habuk. Selain itu,
sekalipun dapur sudah dilengkapi penyedut asap, tingkap perlulah terbuka luas setiap kali anda
memasak untuk melancarkan peredaran udara. Di samping itu, masyarakat hendaklah membuat
larangan merokok di dalam dan di sekitar kawasan kediaman. Tambahan pula, pendingin hawa
perlulah diselenggara mengikut jadual selain botol dan bekas yang mengandungi bahan kimia
beracun haruslah sentiasa dalam keadaan tertutup kemas. Sesungguhnya, penjagaan kebersihan
di rumah amat penting dan perlu dilakukan bersama-sama oleh ahli keluarga.
Dipetik dan diubah suai daripada „Jaminan udara bersih dalam rumah‟ oleh Intan Mas Ayu
Shahimi, Harian Metro, 5 Januari 2018

A

3 Atimr/PBM/SMKL/20
21

Bahan 2- Iklan

Penggunaan penyembur aerosol, pewangi bilik dan racun perosak dikatakan menjadi
penyebab pencemaran udara di dalam rumah. Belilah produk pembersih udara yang
mengintegrasikan inovasi terkini keluaran kami untuk membersihkan udara agar dapat

menjaga kesihatan mental dan memanjangkan jangka hayat

Selain menggunakan produk kami, kami mencadangkan agar masyarakat menanam pokok
yang boleh membersihkan udara di dalam rumah sebagai usaha menyokong kelestarian
alam. Udara yang bersih berupaya mengekalkan fokus dan tumpuan.

Untuk pembelian, hubungi : Ikan keli mati di laut,
Puan Nina 019-367 XXXX Banyak lemak berlinang-linang;
Puan Najwa 017-755 XXXX
Tangan kiri menyapu habuk,
Tangan kanan mengunjuk pinang.

Sumber Pantun : Kurik Kundi Merah Saga

A

4 Atimr/PBM/SMKL/20

LANGKAH-LANGKAH PENULISAN RUMUSAN

Langkah 1 : Baca soalan
*Dah baca soalan dengan teliti? Jangan abaikan langkah ini kerana amat penting. Dalam arahan
soalan terdapat beberapa kehendak seperti menulis sebuahrumusan dan panjangnya tidak melebihi
120 patah perkataan.

Langkah 2 : Baca petikan dalam Bahan 1 dan maklumat ilkan dalam Bahan 2. Kenal pasti

perkara berikut
*Setelah awak membaca bahan 1 dan Bahan 2, tulis maklumat yang awak dapat dalam ruangan
yang telah disediakan.

Tema kebersihan udara di dalam rumah
Fokus 1 cara-cara menjamin udara yang bersih di dalam rumah
Fokus 2 kepentingan-kepentingan udara yang bersih
Fokus 3 faktor-faktor pencemaran udara di dalam rumah

Langkah 3 :

Gariskan isi penting atau maklumat penting yang terdapat Bahan 1 dan Bahan 2. Mesti
gariskan dan buat catatan sama ada maklumat tersebut punca, usaha, kebaikan,keburukan,
kesan, halangan atau peranan. Untuk bahagian ini, isikan tempat kosong dengan maklumat
yang awak peroleh dari Bahan 1 dan Bahan 2.

Faktor
1 asap pembakaran di sekeliling
2 pendingin hawa yang tidak diselenggarakan dengan baik
3 perabot yang disaluti bahan kimia atau cat
4 tiada pengudaraan yang baik di dalam rumah
5 kurangnya kesedaran dan pemahaman dalam kalangan ibu bapa
kepentingan
1 ahli keluarga yang menghidapi asma atau terlantar sakit
2 sentiasa boleh berasa selesa
3 kebersihan udara dapat mengelakkan golongan ini daripada penyakit dan masalah kesihatan.
Cara
1 Penggunaan alat berteknologi bolehlah diaplikasikan di dalam rumah
2 elakkan penggunaan karpet berbulu tebal
3 tingkap perlulah terbuka luas setiap kali anda memasak
4 masyarakat hendaklah membuat larangan merokok di dalam dan di sekitar kawasan kediaman
5 pendingin hawa perlulah diselenggara mengikut jadua
6 botol dan bekas yang mengandungi bahan kimia beracun haruslah sentiasa dalam keadaan

tertutup kemas

A

5 Atimr/PBM/SMKL/20

Bahan 2- Iklan
Faktor
1 Panggunaan Penyembur udara
2 Pewangi bilik dan racun perosak
Cara
1 Pembersih udara yang mengintergrasikan inovasi terkini
2 Membersihkan udara segar
Kepentingan
1 Dapat menjaga kesihatan mental dan Memanjangkan jangka hayat
2 Udara yang bersih berupaya mengekalkan fokus dan tumpuan

Langkah 4: Menulis Rumusan

Ingat, rumusan mestilah mengandungi tiga komponen penting, iaitu:

(a) Pendahuluan

(b) Isi

(c) Kesimpulan

Isikan tempat kosong dengan maklumat yang betul yang awak peroleh dari bahan 1 dan bahan 2.

Isikan tempat kosong yang terdapat dalam perengaan pengenalan dengan kata kunci Fokus dan

tema

Isi tersirat Bahan 1- Pilih 6 isi yang awak senaraikan dan tulis dalam ruangan yang disediakan

Isi tersurat bahan 2 – pilih 2 isi dari jawapan yang awak sudah tulis dalam jadual Bahan 2 di atas

Pendahuluan Rumusan membincangkan Fokus 1 , Fokus 2 dan fokus 3 Tema

Isi tersirat 1

Bahan 1 2

3

4

5

6

Isi tersurat 1.

bahan 2 2

Kesimpulan (Tema)

Kesimpulannya kita haruslah menjaga kebersihan udara di dalam rumah demi kehidupan yang lebih

sihat

Langkah 5 : Kira dan tulis patah perkataan
Sila kira patah perkataan untuk memastikan anda tidak menulis lebih daripada 120 patah
perkataan. Jika lebih, potong mana-mana perkataan yang tidak mengganggu idea.

A

6 Atimr/PBM/SMKL/20

KEBERSIHAN UDARA DI DALAM RUMAH

Baca petikan dan teliti iklan yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah
perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Bahan 1 – Petikan

Faktor Berkurung di dalam rumah untuk berlindung daripada udara luar yang Faktor
Faktor kotor, bukan lagi alasan relevan. Walaupun ramai yang masih beranggapan Faktor
demikian, namun kajian menunjukkan bahawa udara di dalam rumah sebenarnya Faktor
lebih kotor berbanding dengan di luar. Realitinya, banyak faktor pencemaran
udara di dalam rumah yang jarang-jarang kita sedari. Hal ini disebabkan oleh
asap pembakaran di sekeliling di samping pendingin hawa yang tidak
diselenggarakan dengan baik dan perabot yang disaluti bahan kimia atau cat,
masing-masing melepaskan pelbagai zarah kecil serta toksik ke udara. Keadaan
mungkin bertambah teruk sekiranya tiada pengudaraan yang baik di dalam
rumah. Berikutan kurangnya kesedaran dan pemahaman dalam kalangan ibu
bapa, ramai yang membuat kesimpulan mudah dengan mengatakan bahawa
kediaman mereka selamat dan bersih daripada pencemaran.

Keperluan untuk mempunyai udara di dalam rumah yang bersih lebih Kepentingan
memuncak jika ada ahli keluarga yang menghidapi asma atau terlantar sakit.
Cara Mereka memerlukan pengudaraan yang bersih dan baik supaya sentiasa boleh
Kepentingan berasa selesa. Kajian menunjukkan bahawa pencemaran di dalam rumah dan
habuk boleh menjejaskan kualiti hidup keluarga. Penggunaan alat berteknologi
bolehlah diaplikasikan di dalam rumah untuk membersihkan udara berupaya
menyerap pencemaran dan alergen daripada persekitaran. Bagi bayi yang aktif
merangkak dan bermain di lantai, kebersihan udara dapat mengelakkan
golongan ini daripada penyakit dan masalah kesihatan.

Cara Untuk menjamin udara yang bersih di dalam rumah, antara cara yang Cara
boleh diaplikasikan ialah elakkan penggunaan karpet berbulu tebal kerana
cenderung menjadi perangkap habuk. Selain itu, sekalipun dapur sudah Cara
dilengkapi penyedut asap, tingkap perlulah terbuka luas setiap kali anda Cara
memasak untuk melancarkan peredaran udara. Di samping itu, masyarakat
hendaklah membuat larangan merokok di dalam dan di sekitar kawasan
kediaman. Tambahan pula, pendingin hawa perlulah diselenggara mengikut
jadual selain botol dan bekas yang mengandungi bahan kimia beracun haruslah
sentiasa dalam keadaan tertutup kemas. Sesungguhnya, penjagaan kebersihan
di rumah amat penting dan perlu dilakukan bersama-sama oleh ahli keluarga.

Cara Dipetik dan diubah suai daripada
„Jaminan udara bersih dalam rumah‟

oleh Intan Mas Ayu Shahimi,
Harian Metro, 5 Januari 2018

3

Bahan 2 – Iklan
Faktor

Cara Cara Kepentingan Kepentingan

Selain menggunakan produk kami, kami mencadangkan agar masyarakat menanam pokok
yang boleh membersihkan udara di dalam rumah sebagai usaha menyokong kelestarian
alam. Udara yang bersih berupaya mengekalkan fokus dan tumpuan.

Kepentingan

Untuk pembelian, hubungi : Ikan keli mati di laut,
Puan Nina 019-367 XXXX Banyak lemak berlinang-linang;
Puan Najwa 017-755 XXXX
Tangan kiri menyapu habuk,
Tangan kanan mengunjuk pinang.

Cara
Sumber Pantun : Kurik Kundi Merah Saga

LANGKAH-LANGKAH PENULISAN RUMUSAN

Langkah 1 : Baca soalan
Jangan abaikan langkah ini kerana amat penting. Dalam arahan soalan terdapat beberapa kehendak seperti menulis sebuah
rumusan dan panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan.

Langkah 2 : Kenal pasti komponen berikut
Tema : kebersihan udara di dalam rumah
Fokus 1 : cara-cara menjamin udara yang bersih di dalam rumah
Fokus 2 : kepentingan-kepentingan udara yang bersih
Fokus 3 : faktor-faktor pencemaran udara di dalam rumah

Langkah 3 : Menulis rumusan
Ingat, rumusan mestilah mengandungi tiga komponen penting, iaitu:
(a) Pendahuluan
(b) Isi
(c) Kesimpulan
Gunakan penanda wacana yang sesuai untuk menyambung idea

Langkah 4 : Kira dan tulis patah perkataan
Sila kira patah perkataan untuk memastikan anda tidak menulis lebih daripada 120 patah perkataan. Jika lebih, potong mana-
mana perkataan yang tidak mengganggu idea.

4


Click to View FlipBook Version