Unit
6 KELESTARIAN
Lestari bermaksud kekal dan tidak berubah. Manakala, kelestarian
alam sekitar dikaitkan dengan tanggungjawab untuk melindungi dan
mengekalkan keindahan flora dan fauna. Melindungi alam sekitar
dapat mengurangkan pencemaran. Hal ini menjamin dunia pada masa
akan datang masih baik dan selamat untuk generasi seterusnya.
96
Celik Ilmu
Pelbagai peralatan yang digunakan seharian diperbuat
daripada aluminium. Antaranya ialah peralatan memasak,
barangan elektronik dan bahagian dalam kenderaan.
Aluminium digunakan dengan meluas kerana ciri-cirinya
yang tahan lama, ringan dan tidak mudah berkarat.
97
6.1 KITAR SEMULA BAHAN BUANGAN ALUMINIUM
Bahan buangan daripada aluminium mempunyai nilai yang tinggi dalam
pasaran. Mengumpul bahan buangan yang diperbuat daripada aluminium
mampu menjadi sumber pendapatan. Selain itu, kebersihan kawasan sekitar
juga terjamin.
6.1.1 Bahan Buangan daripada Aluminium
Bahan buangan daripada aluminium yang mudah ditemui di sekeliling kita
adalah seperti berikut:
Tin makanan
Tin makanan Tin minuman Tin susu
haiwan
Bekas makanan Kerajang Penutup botol Botol aerosol
aluminium aluminium minuman
Sudu
dan garpu Kuali Periuk
• Ringan
• Tidak mudah berkarat
Ciri-ciri • Tahan lasak
Barang • Konduktor haba yang baik
Aluminium • Tidak mempunyai bau
• Berwarna putih keperakan
• Tidak bermagnet
98 • Murid membincangkan tentang bahan buangan daripada
aluminium dengan bimbingan guru. 6.1.1
Aktiviti
Lakukan aktiviti ini secara berkumpulan. Namakan bahan buangan
daripada aluminium dalam gambar berikut.
Jawapan
1. ______________________________________________________________
2. ______________________________________________________________
3. ______________________________________________________________
4. ______________________________________________________________
5. ______________________________________________________________
99
6.1.2 Produk Kitar Semula Bahan Buangan daripada Aluminium
Tahukah anda bagaimana produk kitar semula bahan buangan daripada
aluminium dihasilkan? Lihat rajah di bawah untuk mengetahui lebih lanjut
tentang proses penghasilan produk ini.
Bahan buangan daripada
1. aluminium dikumpulkan
di dalam tong kitar semula.
Gulungan aluminium
diproses menjadi produk
6. baharu seperti tin minuman,
kerajang aluminium dan
pembalut coklat.
Jongkong diproses
5.
menjadi gulungan.
100 • Murid menerangkan proses produk kitar semula bahan buangan
daripada aluminium dengan bimbingan guru. 6.1.2
Imbas saya
Layari laman web http://
arasmega.com/qr-link/
proses-kitar-semula-tin-
aluminium/ untuk menonton
video proses kitar semula tin
aluminium. (Dicapai pada
1 Ogos 2019).
Aluminium yang terkumpul
dibawa ke kilang untuk diproses.
2.
Aluminium akan dicuci terlebih
dahulu.
3. Aluminium dicairkan.
Celik Ilmu
Proses penghasilan aluminium baharu
Aluminium yang dicairkan menggunakan bahan buangan
4. dibentuk menjadi ketulan blok aluminium hanya memerlukan
dipanggil jongkong. lima peratus tenaga berbanding
menggunakan bahan mentah.
101
Latihan
1. Nomborkan gambar di bawah mengikut urutan proses kitar semula
yang betul.
2. Jawab soalan berikut berdasarkan proses kitar semula bahan buangan
daripada aluminium.
a. Apakah nama blok yang terhasil daripada cecair aluminium?
_____________________________________________________________
b. Apakah proses pertama mengitar semula bahan buangan daripada
aluminium?
_____________________________________________________________
c. Senaraikan tiga jenis barangan aluminium yang dihasilkan daripada
proses kitar semula.
i. __________________________________________________________
ii. __________________________________________________________
iii. __________________________________________________________
102
6.1.3 Pameran Projek Kitar Semula
Pameran projek kitar semula bahan buangan dapat memupuk semangat
cinta akan alam sekitar.
Rancang satu pameran di sekolah bersama rakan kelas anda dengan
menekankan aspek berikut:
1. Kepentingan kitar semula
Aktiviti 1:
Hasilkan galeri gambar yang menunjukkan kesan buruk pembuangan
sampah aluminium tanpa pengurusan yang baik.
Menjadi tempat pembiakan Mencemarkan pemandangan
jentik-jentik. alam sekitar.
Celik Ilmu
Pencemaran yang terhasil daripada
perlombongan bauksit sebagai
bahan mentah untuk menghasilkan
aluminium dapat dikurangkan dengan
mengitar semula bahan buangan
daripada aluminium. Longgokan sisa buangan.
• Murid melaksanakan pameran projek kitar semula bahan buangan 103
daripada aluminium dengan bimbingan guru. 6.1.3
2. Cara mengumpul bahan terbuang daripada aluminium
Aktiviti 2:
Hasilkan satu poster yang menunjukkan cara mengumpul bahan
terbuang daripada aluminium.
Cara Mengumpul
Bahan Terbuang
Tin aluminium
Dikemikkan sebelum dibuang.
Kerajang aluminium atau
bekas makanan aluminium
Kesan makanan dicuci
sebelum dibuang.
Botol aerosol
Pastikan kosong sebelum
dibuang dan jangan
dikemikkan.
104
3. Memupuk amalan menjaga alam sekitar
Aktiviti 3:
• Menyertai gotong-royong di kawasan sekolah bersama rakan sekelas.
• Membersihkan kawasan persekitaran sekolah.
• Mengumpul bahan buangan yang boleh dikitar semula.
• Mengasingkan barangan mengikut kumpulan bahan buangan kitar
semula.
4. Memupuk kreativiti murid dalam mengitar semula bahan buangan
Aktiviti 4:
Menjalankan pertandingan atau pameran reka cipta barangan kitar
semula bahan buangan daripada aluminium. Contoh hasil reka cipta
bahan buangan daripada aluminium:
Karya seni kerajang aluminium. Tabung tin susu.
Bekas serba guna daripada
Pasu bunga daripada tin minuman.
tin makanan.
105
Jom buat
Bekas Serba Guna Aluminium
Tujuan: Menghasilkan barangan serba guna daripada bahan buangan
kitar semula.
Peralatan dan bahan:
• Tin aluminium (yang sudah • Kain perca
dibersihkan dan ditanggalkan label) • Reben
• Gunting
• Gam kuat pelbagai guna
Langkah-langkah:
1. Guntingkan kain perca mengikut 2. Gunting reben dan buatkan
saiz tin. Balut tin dengan kain hiasan seperti yang ditunjukkan
perca dan tampal pada bahagian dalam gambar.
hujungnya.
3. Ambil reben lain dan lilitkan pada 4. Tampal reben hiasan pada
tin. Tampal hujung reben dengan reben yang dililit.
gam.
• Bekas yang siap boleh digunakan untuk meletakkan alat tulis, peralatan
106 lukisan dan sebagainya.
6.1.4 Hasil Produk Kitar Semula Bahan Buangan daripada
Aluminium
Selain menjual hasil barang buangan aluminium yang terkumpul, kita
juga boleh menghasilkan produk baharu. Nilai barangan yang dijual akan
meningkat kerana fungsi, kualiti dan kreativiti bahan tersebut. Contoh reka
cipta bahan buangan daripada aluminium yang mempunyai nilai komersial
di pasaran:
Rantai kunci Tempat lilin
Contoh Hasil
Produk Kitar
Semula
Jambangan bunga Bingkai gambar
Komersial
Glosari Berkaitan dengan atau bersifat perdagangan.
• Guru menerangkan kepada murid persediaan-persediaan sebelum
membuat pameran dan cara menjual hasil produk kitar semula 107
bahan buangan daripada aluminium. 6.1.4
Jom buat
Pameran dan Jualan Bahan Buangan Aluminium
Tujuan: Membuat pameran dan menjual bahan buangan daripada
aluminium.
Langkah-langkah:
• Sediakan poster atau gegantung untuk
1. Pengiklanan memperkenalkan fungsi dan kelebihan
produk produk kepada pembeli.
• Mengiklankan produk melalui media sosial.
• Membuat pembentangan secara terbuka
2. Memperkenalkan di kios pameran.
produk kepada • Menerangkan nama, fungsi dan kelebihan
pembeli
produk.
3. Membuat • Menerangkan cara menggunakan produk
demonstrasi kepada pembeli
penggunaan • Melakonkan situasi sebenar ketika
barangan penggunaan barangan.
• Merekodkan jualan di kios mengikut hari.
4. Jualan produk • Menerima tempahan produk jika stok
habis dijual.
Contoh produk jualan
• Murid menyediakan ruang pameran dan menjual hasil produk kitar semula
108 bahan buangan daripada aluminium semasa Hari Usahawan di sekolah
dengan bimbingan guru.
Imbas Maklumat
Jenis Bahan Buangan daripada Aluminium
• Tin makanan haiwan
• Tin minuman
• Tin susu
• Tin biskut
• Kerajang aluminium
• Penutup botol
• Botol aerosol
• Kuali
• Sudu
• Garpu
• Periuk
• Bekas makanan aluminium
Proses Kitar Semula
1. Pengumpulan 2. Bahan dihantar 3. Bahan dicairkan
bahan. ke kilang dan dan dibentuk
dicuci. menjadi jongkong.
4. Produk baharu 5. Jongkong diproses menjadi
aluminium dihasilkan. gulungan aluminium.
Pameran Kitar Semula Bahan Buangan
• Galeri kesan buruk pencemaran alam sekitar.
• Poster penerangan cara mengumpul bahan buangan daripada
aluminium.
• Gotong-royong.
• Pertandingan reka cipta.
Pameran dan Jualan Produk Kitar Semula Bahan Buangan
daripada Aluminium
• Pengiklanan
• Penerangan produk secara langsung
• Demonstrasi
• Kiraan keuntungan dan tempahan
109
Penilaian
1. Dengan menggunakan barangan buangan daripada
aluminium seperti gambar di sebelah, reka satu produk
anda sendiri yang mempunyai nilai komersial
di pasaran. Kemudian, lukis satu poster yang
lengkap dengan gambar produk, nama produk,
fungsi dan kelebihannya. Bentangkan
di hadapan kelas hasil kerja anda.
2. Berdasarkan gambar di bawah, senaraikan kesan buruk pencemaran
alam sekitar hasil pembuangan sampah seperti aluminium tanpa
kawalan. Bincangkan bersama ahli kumpulan anda.
Tulis jawapan anda di bawah ini.
a.
b.
c.
d.
e.
110
Refleksi Diri
Tandakan (✓) mengikut tahap penguasaan anda.
Saya faham Saya tidak faham
Pada akhir pembelajaran ini:
• Saya boleh mengenal pasti bahan
buangan daripada aluminium.
• Saya boleh menerangkan produk
kitar semula bahan buangan
daripada aluminium.
• Saya boleh melaksanakan pameran
projek kitar semula bahan buangan
daripada aluminium.
• Saya boleh mempamer dan menjual
hasil produk kitar semula bahan
buangan daripada aluminium.
111