The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by asfalila1421, 2021-10-03 23:40:43

PPT PENGENALAN FLOORBALL

PPT PENGENALAN FLOORBALL

❑ Floorball bermula di Swedan pada 1970-an sebagai alternatif
kepada sukan hoki. Ianya mendapat sambutan beberapa
negara maju seperti Finland dan Switzerland hingga
terbentuknya Persekutuan Floorball Antarabangsa (IFF) bagi
mengiktiraf sukan itu pada 1986.

❑ Sukan ini mirip hoki ais dengan membariskan 20 pemain dalam
sesuatu perlawanan, namun hanya lima pemain saja
dibenarkan berada di dalam gelanggang berserta seorang
penjaga gol pada
satu-satu masa.

❑ Setiap pemain biasanya mempunyai pemukul karbon grafit yang terang
warnanya iaitu kira-kira 0.91 meter panjang dengan hujungnya
berbentuk seakan-akan pemukul hoki ais untuk memukul bola
berukuran 7.62 sentimeter, berwarna putih dan diperbuat daripada
plastik.

❑ Pada tahun 2002 dan 2004, skuad negara telah menghantar pasukan ke
"Kejohanan Dunia Floorball" bagi skuad lelaki. Manakala bagi skuad
wanita, mereka menghantar pasukan pada tahun 2003 dan 2005. Di
samping itu, skuad negara juga menyertai beberapa pertandingan lain
antaranya adalah di peringkat Kejohanan Floorball Asia Pasifik (2004,
2006, 2007, 2008, 2009, 2010), Kejohanan Piala Dunia Universiti
(2014), Piala SEA (2014) dan Sukan Sea (2015).

❑Dalam usaha mempromosi serta mengangkat sukan
floorball ini di Malaysia, Red Phoenix Floorball Academy
telah ditubuhkan sebagai platform khas untuk sesiapa
yang mempunyai minat untuk mendalami sukan ini.
Akademi yang berpusat di Kompleks Sukan MSN,
Setiawangsa ini telah ditubuhkan oleh seorang pelopor
sukan floorball iaitu Mohd Hafidz Zainalabidin.

Sejak selepas itu, sukan ini mula berkembang ke negeri
Pulau Pinang. Encik Edward Lim adalah orang yang
bertanggungjawab dalam memperkenalkan sukan ini di
Pulau Pinang. Liga Floorball Negeri Pulau Pinang mula di
perkenalkan pada tahun 2006. Sementara di Selangor, Liga
Peringkat Negeri mula diperkenalkan. Ia kemudian dituruti
Liga Negeri di Sabah dan Kuala Lumpur. Sukan Floorball ini
kini turut mula berkembang ke beberapa negeri lain
antaranya Johor, Perak, Sarwak dan juga Negeri Sembilan.

❑Floorball juga dinegara kita kini telah mula diiktiraf
oleh Kementerian Belia Dan Sukan, Majlis Olimpik
Malaysia dan Media Elektronik serta media cetak. Malah,
beberapa buah sekolah, universiti dan kolej disekitar negara
juga sudah mempunyai sukan floorball antaranya
adalah SMK Hamid Khan, SMK SS17 , Infrastructure
University Kuala Lumpur, Germany Malaysia
Institute, UNITEN, Universiti Sains Malaysia, Universiti
Teknologi Malaysia, Universiti Malaya dan pelbagai lagi.


Click to View FlipBook Version