The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by trisharavi1221, 2022-05-11 07:19:34

Konsep Perpaduan,Kesepaduan dan Penyatupaduan

Etika-efolio

Trisha A/P Ravi Loga Dharshini
(17DSK21F2035) A/P Anbarasan
(17DSK21F2005)

Muhammad
Hafizzuddin Bin Mohd
Yusof (17DSK21F2037)

Muhammad al-hafiz HariHaran
bin rozai Arumugam
(17DSK21F2001) (17DSK21F2049)

ISI
KANDUNGAN

1) PENGENALAN
2) OBJEKTIF TUGASAN
3) KONSEP KERAMAT
4) DASAR PERPADUAN NEGARA MALAYSIA MENYUSUR JEJAK
PERPADUAN
5) DEFISIT SOSIAL
6) KESIMPULAN
7) GAMBAR
8)SUMBER RUJUKAN

PENGENALAN

Perpaduan masyarakat berbilang bangsa, agama dan budaya ialah kunci kedamaian,
kemakmuran, kestabilan dan kelangsungan pembangunan negara.Tanpa perpadauan,

negara tidak akan mencapai kestabilan yang mutlak,kemajuan dan keamanan yang
berterusan.

Perpaduan rakyat Malaysia semakin terserlah di saat kita bersama-sama bersatu untuk
memerangi penularan dan memutuskan rangkaian wabak COVID-19.Kesepakatan yang
ditujukkan oleh rakyat sebagai jentera perpaduan pada saat krisis ini berlaku mencerminkan
kematangan rakyat memahami makna perpaduan dan kesepaduan social antara kaum.

Semangat perpaduan yang ditunjukkan oleh seluruh jentera rakyat ini juga telah
membuatkan Kementerian Perpaduan Negara terus komited untuk menghasilkan Dasar
Perpaduan Negara, walaupun dalam keadaan negara memberikan tumpuan sepenuhnya
dalam usaha mengawal penyebaran wabak COVID-19. Inilah usaha pertama membangunkan

dasar khusus bagi perpaduan oleh kerajaan.

O
B Tugasan efolio ini dijalankan sebab:
J
E 1.Memahami maksud patriotik dalam mewujudkan masyarakat yang Bersatu Padu dan
K Cinta Akan Negara dalam kalangan pelajar disekolah.
T
I
F 2.Memahami dan menganalisis perkaitan Falsafah Pendidikan Negara dan

pemupukan semangat patriotik dalam kalangan pelajar.“

T
U 3.Membentuk keperibadian dan memahami konsep kerjasama serta tolong-menolong
G

antara satu sama lain.

A
S
A 4.Menganalisis kepentingan pemupukan semangat patriotik dalam kalangan pelajar
N dalam pembentukan generasi masa depan yang dapat memenuhi matlamat Falsafah

Pendidikan Negara selaras dengan aspirasi Negara.

1.PERPADUAN Kesamaan atau kesatuan – bangsa, agama, bahasa dan
NegaraPerpaduan dalam kesatuan atau unity in uniformity.
2.KESEPADUAN
3. PENYATUPADUAN Adalah satu keadaan aman dan makmur yang wujud dalam
masyarakat yang berbilang kaum kerana wujudnya kesepakatan sosial
antara satu sama lain. Ia menunjukkan kesatuan masyarakat dalam
kepelbagaian bangsa dan etnik.Perpaduan dalam kepelbagaian atau
unity in diversityKesepaduan sosial adalah pra-syarat kepada
perpaduan

Adalah langkah yang diambil untuk mencapai kesepaduan. Ianya
bersifat berterusan dari semasa ke semasa kerana konflik akan
sentiasa wujud dalam kepelbagaian.

DASAR PERPADUAN NEGARA MALAYSIA MENYUSUR JEJAK PERPADUAN

•1969
PERISTIWA 13 MEI konflik perkauman menjadi pencetus kepada usaha kerajaan
untuk menangani isu perpaduan.
•1970
RUKUN NEGARA disytiharkan pada 31 Ogos 1970 sebagai falsafah negara dalam
mencapai perpaduan.
•1971
DASAR EKONOMI BARU menjadi kerangka untuk memperkukuhkan perpaduan
menurusi penyusunan semula masyarakat.
•2003
DASAR SOSIAL NEGARA bermatlamat untuk mewujudkan masyarakat yang maju
dari aspek sosial, ekonomi dan teknologi.
•2017
DASAR KESELAMATAN NEGARA mempertahankan nilai-nilai teras negara bagi
memastikan Malaysia kekal selamat dan berdaulat.
•2019
DASAR KOMUNITI NEGARA mewujudkan komuniti dan generasi mampan melalui
pembangunan komuniti secara inklusif.
•2019
DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN mewujudkan kebudayaan kebangsaan.
•2021
DASAR PERPADUAN NEGARA dasar payung yang menetapkan hala tuju
kerajaan dalam mengukuhkan perpaduan negara dan integrasi nasional.

DEFISIT SOSIAL

1) ETNISITI
Kepelbagaian dan kerencaman etnisiti
Kepelbagaian etnisiti sering kali dianggap sebagai batasan utama yang menggugat perpaduan.
Realitinya, perpaduan ialah perkara yang perlu diurus dan dipertingkatkan melalui pelbagai

mekanisme.

2) AGAMA
Kurang kefahaman dan sensitiviti antara penganut pelbagai agama
Perbezaan pegangan agama ternyata disalah faham sebagai sempadan yangmenghalang
perpaduan dalam masyarakat kerana dilihat dalam konteks yang kurang tepat dan kurangnya

sensetiviti serta kefahaman berkenaan dengan agama yang berbeza.

3) KELAS SOSIAL
Jurang kelas sosial berdasarkan etnik, keturunan, pekerjaan dan ekonomi
Tidak dinafikan bahawa system sosial masyarakat mempunyai hierarki kelas sosial yang
disebabkan oleh struktur etnik, keturunan, pekerjaan,jawatan mahupun ekonomi. Perkara ini
seharusnya tidak menjadi penghalang kepada perpaduan kerana setiap kelas sosial masyarakat

saling melengkapi dari segi peranan dan tanggungjawab.

4) PENDIDIKAN

Ketidak seragaman aliran, kandungan dan penyampaian sistem Pendidikan.
Kewujudan institusi sekolah pelbagai aliran di negara ini (seperti sekolah vernekular, sekolah

agama dan sekolah antarabagsa) sering kali difahami sebagai kekangan kepada usaha
pemupukan perpaduan kepada rakyat kerana dilihat konteks perisahan berasakan etnik.

5) BAHASA

Kurang penguasaan bahasa kebangsaan.
Bahasa melayu telah termaktub sebagai Bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan
Persekutuan dengan tujuan menjadi alat interaksi dankomunikasi kepada rakyat berbilang kaum

dalam negara ini,

6) JURANG GENERASI

Jurang nilai, ideologi, semangat jati diri dan budaya antara generasi yang kian melebar.
Masyarakat Malaysia kin mempunyai pelbagai lapisan generasi yang berstruktur dalam konteks

usia, pendidikan, pekerjaan, ideologi, dan budaya yang menyebabkan berlakunya
pertembungan dari segi nilai,budaya, semangat jati diri dan tahap tolenrasi.

7) GENDER
Jurang gender dalam pelaksanaan mobilisasi agenda perpaduan.
Walaupun isu gender seringkali diungkapkan sebagai perbezaan kesaksanaan hak antra
lelaki dengan Wanita, dalam konteks perpaduan persoalan gender sepatutnya dilihat
dalam skop peranan dan kapasiti lelaki dan wanita untuk menjayakan agenda perpaduan

pada peringkat individu,keluarga dan komuniti

8) POLITIK FEDERALISME
Politik federalisme yang perlu ditadbir dalam konteks hak, peranan dan

tanggungjawab masing-masing.
Pentadbiran dan sistem tadbir urus pada peringkat Persekutuan dan negeri perlu dilihat

dari aspek sempadan politik, ekonomi dan sosial kerana terdapat perkara yang telah
dipersetujui sebagai urusan peringkat negeri(sepert agama dan tanah).

9) RUNG BANDAR-DESA
Jurang pembangunan infrastruktur dan kesedaran berhubung dengan peranan

rang bandar-desa.
Rung bandar dan desa sering dibezakan melalui kekangan fizikal dan infrastruktur yang

telah mencorakkan ciri sosial masyarakat dan aktiviti ekonomi.

10) MEDIA
Penyalahguanaan dan pengawalan informasi
Hebahan maklumat yang amat pantas merupakan cabaran utama yang dihadapi oleh
semua negara. Penyalahgunaan media massa dan digital oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab pula boleh menggugat kestabilan perpaduan.

KESIMPULAN

Dasar Perpaduan Negara teras perpaduan yang perlu difahami dan
diamalkan.Menerusi dasar ini,semua pihak perlu memberi kerjasama bagi
memastikan strategi yang disusun dapat dilaksanakan dengan jayanya untuk
mencapai matlamat iaitu untuk memupuk mengukuh dan memelihara
perpaduan negara.

Sebagai sebuah negara yang memiliki keunikan perpaduan ialah agenda
utama agar kelangsungan pembangunan negara terjamin. Kesepaduan dalam
usaha kita untuk menjadi sebuah negara bangsa, pelbagai strategi, pendekatan
dan dasar telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk menjadikan negara ini bukan
sahaja makmur dan maju dalam semua bidang tetapi juga mempunyai
hubungan etnik yang harmoni dan bersatu padu serta mencapai intergrasi
nasional di bawah sistem persekutuan.

Malaysia yang kita impikan ialah sebuah negara yang menyaksikan rakyat
berbilang kaum, budaya dan agama hidup dengan aman.Kesepaduan kaum
nasional merupakan kestabilan sosiopolitik di negara ini dapat menjamin
kemajuan dan keuntuhan bangsa.

Penyatupaduan ialah sifat rangkaian keramat tiga konsep
yang di ketengahkan ini,iaitu perpaduan, kesepaduan dan
penyatupaduan yang tetap merupakan heuristic device
yang boleh diaplikasikan kearah memahami sebarang
masyarakat plural/majmuk atau yang sekelompok
dengannya.

Sebagai kesimpulan, ingin ditekankan bahawa dalam usaha
mengupas dan merungkai pelbagai masalah global dan
lokal, apa yang kita perlukan adalah beberapa (heuristic
device) yang boleh membantu dalam menyelesaikan
masalah dalam penyatupaduan kaum.

Contohnya dalam mengkaji sistem hierarki politik
Malaysia,heuristic device yang dikenali sebagai "model dwi-
realiti sosial" telah kerap kali diaplikasikan. Terkini ialah
heuristic device untuk memahami dan menghayati sejarah
Malaysia yang diberi nama "Sejarah Untuk Semua".

GAMBAR

* SUMBER RUJUKAN

https://ms.Wikipedia.org/wiki/perpaduan
https://www.slideshare.net/alfaupsi/hubungan-etnik-konsep-perpaduan-integrasi-
hub-etnik
https://www.bharian.com.my/rencana/surat-pembaca/2018/09/469640/memupuk-
semangat-perpaduan-dan-patriotisme
https://www.joumals.mindamas.com/index.php/sosiohumanika/article/viewFile/442/4
40
https://www.slideshare.net//mages79/kepelbagaian-budayamalaysia
https://sarawakvoice.com/2019/08/21/perpaduan-kaum-penting-di-Malaysia

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version