The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

CLO 1 Melaksanakan dengan yakin amalan Islam dalam kehidupan seharian

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mariani bt Mat Dris, 2023-02-27 03:36:08

TOPIK 1.0 KONSEP ASAS ISLAM

CLO 1 Melaksanakan dengan yakin amalan Islam dalam kehidupan seharian

SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM 1 TOPIK 1 KONSEP ASAS ISLAM Topik ini membincangkan Islam sebagai al-Din, meliputi aspek pengertian Islam, konsep asas akidah, syariah, akhlak dalam Islam sebagai agama ang syumul serta salah faham terhadap Islam. 1.0 PENDAHULUAN Islam adalah agama wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk memimpin umat manusia kepada kebenaran bagi mencapai kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Islam adalah agama penutup bagi agama-agama Samawi (agama yang turun dari langit). Oleh sebab itu segala ajaran Islam adalah lengkap, merangkumi hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan di dunia dan di akhirat. 1.1 PENGERTIAN ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP 1.1.1 Definisi Islam. a. Erti Islam dari segi bahasa ialah sejahtera, suci, aman, taat, dan berserah diri. Manakala dari segi istilah ialah patuh, tunduk, dan menyerah diri kepada Allah SWT dengan ikhlas bagi memperoleh kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. b. Kepatuhan kepada syariat Allah SWT merangkumi ketiga-tiga aspek, iaitu akidah, syariat dan akhlak. Ketiga-tiga aspek ini tidak boleh dipisahkan dalam menjalani kehidupan harian kerana memisahkan satu daripadanya akan merosakkan kesucian ajaran Islam. c. Islam adalah agama yang membawa kesejahteraan kepada penganutnya yang mematuhi segala ajarannya. Oleh hal yang demikian, seseorang muslim yang sejati mempunyai ciri-ciri seperti berikut: • Berpegang teguh pada segala ajaran yang terdapat dalam al Qur’an dan menjadikannya sebagai panduan hidup. • Tidak mensyirikkan Allah SWT dengan sesuatu. • Patuh pada segala ketentuan Allah SWT dengan ikhlas. • Reda dengan segala ketentuan daripada Allah SWT dan sentiasa bertawakal dalam segala urusan. • Sentiasa berusaha untuk menjadi muslim yang berjaya dan cemerlang dalam semua bidang.


SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM 2 • Sentiasa mengharapkan keredaan Allah SWT untuk keselamatan hidup di dunia dan di akhirat. 1.1.2 Pengertian Islam Sebagai Al Din. Menurut al Qur’an Islam adalah agama (al Din) dan al Quran sebagai sumber yang mutlak telah menggunakan kalimah ‘ad-din’ dalam dua bentuk: • Agama (cara hidup) yang sesat, seperti firman Allah: Maksudnya: Untukmulah agamamu… • Agama (cara hidup) yang diakui benar dan hak seperti firman Allah: Maksudnya: “Dan untukkulah agamaku.” Maksudnya: “Sesungguhnya agama (cara hidup) yang diredhai di sisi Allah hanyalah Islam.” STRUKTUR ISLAM SEBAGAI AL DIN. Islam mempunyai konsep yang amat luas yang merupakan cara hidup yang lengkap. Ianya merangkumi perkara-perkara penting dalam pengertian Din itu sendiri. Di dalamnya terkandung TIGA perkara besar iaitu aqidah, syariah dan akhlak.


SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM 3 1.1.3 KONSEP AKIDAH HURAIAN RUKUN IMAN. 1. Percaya Kepada Allah. Percaya kepada Allah adalah perkara asas dalam akidah Islam dan syariatnya. Erti beriman dengan Allah Ta’ala itu ialah mengetahui, percaya dan beriktikad dengan perkara-perkara yang wajib, perkara-perkara mustahil dan perkara yang harus bagi Allah Ta’ala. Beriman dengan Allah juga bermaksud: a) Membenarkan dengan yakin akan adanya Allah. b) Membenarkan dengan yakin akan keesaan Allah, baik dalam perbuatanNya menjadikan alam dan makhluk seluruhnya mahupun dalam menerima ibadat setiap makhluk. c) Membenarkan dengan yakin bahawa Allah bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, suci dari segala kekurangan dan suci juga dari menyerupai segala yang baharu.


SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM 4 Apabila manusia itu mengenali Tuhan yang Maha Besar yang menjadikannya dan berhubung dengannya maka dia tahu bahawa dia adalah milik Tuhannya sahaja dan dengan itu bebaslah ia dari segala kuasa selain dari kuasa Allah SWT. TAUHID RUBUBIYYAH , TAUHID ULUHIYYAH DAN TAUHID AL-ASMA’ WAS SIFAT a. Tauhid Al Rububiyyah Tauhid al Rububiyyah bermakna mempercayai bahawa Allah S.W.T sebagai Rabb atau Pencipta, bersifat Esa, Penguasa dan Tuan bagi sekelian alam dan menafikan sekutu Allah SWT dalam sifat-sifat RububiyyahNya yakni penciptaan, pemberian rezeki, penguasaan dan sebagainya. Oleh itu, Tauhid al Rububiyyah ialah ‘itikad atau keyakinan bahawa Allah SWT mempunyai sifat yang sempurna. Segala sesuatu yang ada di dalam alam ini adalah milik Allah SWT. Dialah Rabbul ‘Alamin. Dialah yang berkuasa, menghidup dan mematikan. Dialah juga yang berkuasa memberikan manfaat dan mudharat. Jika Allah mahu memberikan manfaat kepada seseorang, maka tiada siapa yang mampu menghalangnya dan begitu juga sebaliknya. Oleh yang demikian, hanya Allah sahaja berkuasa untuk memberikan manfaat atau mudharat. Firman Allah SWT : Maksudnya : “Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tiada yang dapat menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka dialah yang maha berkuasa atas segala sesuatu.” ( al-An’am : 17) b. Tauhid Uluhiyyah Dan Pengertiannya. Tauhid Uluhiyyah bermaksud mengesakan Allah SWT dalam peribadatan dan penyembahan kepada Allah menurut cara-cara atau kaedah-kaedah yang telah disyariatkan yang berupa amalan-amalan hati dan anggota lahiriah. Dengan tujuan inilah Allah SWT mengutuskan rasul untuk menyeru manusia menerima Tauhid Uluhiyyah. Firman Allah SWT: Maksudnya : “Dan Kami tidak mengutuskan rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawa tiada tuhan melainkan Aku, maka kamu sekelian hendaklah menyembah Aku”. ( al-Anbiya’ : 25) Cara Melaksanakan Tauhid Uluhiyyah


SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM 5 ➢ Mematuhi dan mentaati perintah Allah SWT ➢ Mengabdikan diri kepada Allah SWT. ➢ Mencintai dan memuja ➢ Merendah dan menghina diri ➢ Takut dan bimbang ➢ Menggantungkan harapan ➢ Menyerah diri kepadanya c. Tauhid al-Asma’ Was Sifat Iaitu percaya dan mengakui segala nama dan sifat Allah SWT menurut apa yang telah diberitahu di dalam Al-Quran dan oleh Rasulullah SAW. Di mana Allah mempunyai AlAsma’ul Husna (nama-nama yang paling baik) dan segala sifat kesempurnaan Maha Suci dari segala kekurangan. Perlu diketahui bahawa tauhid Al-Asma’ was Sifat ini tidak memadai untuk membuktikan keIslamannya, tetapi mestilah melaksanakan apa yang terkandung di dalam Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah. Ini adalah kerana orang-orang kafir juga mengakui beberapa sifat dan nama Tuhan tetapi tidak dengan cara yang sebenar, seperti mengakui beberapa nama Allah dan menafikan nama ar-Rahman. Kata mereka, “Kami tidak mengenal Ar-Rahman (Maha Pemurah) melainkan Rahman di Al-Yamamah sahaja.”. Lalu Allah menurunkan firmanNya: “Padahal mereka kafir kepada Tuhan Yang Ar-Rahman (Maha Pemurah)” (Ar-Ra’d : ) 2.Percaya Kepada Malaikat. Ertinya ialah bahawa Allah telah menjadikan sejenis makhluk halus yang keadaan asalnya tidak boleh dilihat, bukan lelaki dan bukan perempuan. Bilangannya tidak diketahui. Hidup mereka sentiasa taat kepada perintah Allah tanpa sekali-kali menderhakainya. Malaikat dijadikan oleh Allah daripada cahaya, sabda Rasulullah S.A.W ( Terjemahannya ) : “Malaikat itu dijadikan daripada cahaya, jin dijadikan daripada api yang tidak berasap dan dijadikan nabi Allah Adam sebagaimana yang diterangkan iaitu daripada tanah.” ( Hadith riwayat muslim ) Di antara nama-nama malaikat dan tugas-tugasnya ialah : 1. Jibril: Menyampaikan wahyu dan perintah Allah kepada nabi-nabi dan rasulrasulNya untuk disampaikan kepada manusia. 2. Mikail: Mengawal cakerawala termasuk matahari , bulan , bintang-bintang, keadaan hujan dan panas dan lain mengikut yang dikehendaki oleh Allah. 3. Izrail: Mengambil nyawa seluruh makhluk yang bernyawa apabila sudah sampai waktu yang dikehendaki oleh Allah . 4. Israfil: Meniup serunai sangkakala apabila tiba masanya. 5. Raqib: Mencatit amalan baik yang dilakukan oleh manusia. 6. Atid: Mencatit amalan jahat yang dilakukan oleh manusia . 7. Mungkar: Menyoal manusia di dalam kubur.


SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM 6 8. 8. Nakir: Menyoal manusia di dalam kubur. 9. Ridhwan: Mengawal syurga . 10. Malik: Mengawal neraka . Hikmat Beriman Kepada Malaikat. Antara lain dapatlah dikatakan : a) Apabila seseorang itu menyedari bahawa dia sentiasa diawasi oleh malaikat maka dia akan sentiasa menjaga tingkah lakunya, sentiasa berkelakuan baik, menjaga tutur katanya walau di mana dia berada. b) Jika dia terlanjur melakukan sesuatu kesalahan dan kesilapan, dia akan segera insaf dan bertaubat kembali, tidak akan mengulangi lagi kesalahan tersebut, kerana menyedari setiap tutur katanya, gerak lakunya sama ada buruk atau baik akan tetap tidak terlepas daripada catitan Malaikat Raqib dan Atid. c) Apabila seseorang muslim itu mengetahui apabila dia mati, dia akan ditanya dan diseksa oleh malaikat dalam kuburnya maka semasa hidup di dunia ini dia akan mengerjakan apa yang disuruh dan menghindar apa yang dilarang Allah. 3. Percaya Kepada Kitab. Orang-orang Islam wajib percaya bahawa Allah SWT telah menurunkan beberapa buah kitab kepada rasul-rasulNya. Isi pengajaran kitab-kitab itu adalah mengandungi ajaran-ajaran mengenai amal ibadat untuk akhirat dan juga petunjuk-petunjuk untuk memperbaiki kehidupan manusia di dunia. Kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah yang wajib diketahui oleh setiap orang Islam itu ialah: 1. Zabur : Nabi Daud (dalam bahasa Qibti). 2. Taurat : Nabi Musa (dalam bahasa Ibrani). 3. Injil : Nabi Isa (dalam bahasa Suryani). 4. Al-Quran : Nabi Muhammad S.A.W. (dalam bahasa Arab). Setiap rasul yang diutus oleh Allah kepada manusia dilengkapi dengan kitab yang menjadi pedoman, pembimbing dan undang-undang kepada manusia yang dipimpinnya. Firman Allah SWT: Maksudnya: Maksudnya : “Pada mulanya manusia itu adalah umat yang satu (menurut agama Allah yang satu tetapi akhirnya mereka telah berselisih faham), maka Allah telah mengutuskan nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orangorang yang beriman dengan balasan syurga), dan pemberi amaran (kepada


SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM 7 yang engkar dengan balasan azab neraka azab neraka), dan Allah menurunkan bersama nabi-nabi itu kitab-kitab suci yang mempunyai keterangan-keterangan benar untuk menjalankan hukuman di antara manusia mengenai apa yang mereka pertikaikan.” ( Al-Baqarah : 213) 4. Percaya Kepada Rasul. Seseorang Islam diwajibkan beriman bahawa Allah telah mengutuskan beberapa orang rasul yang dipilihNya daripada jenis manusia yang cukup sempurna. Mereka menerima wahyu yang mengandungi hukum-hukum syarak untuk mengajar dan membimbing manusia kepada kehidupan yang membawa kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Rasul ialah lelaki utusan Allah yang menerima wahyu Allah untuk dirinya dan wajib disampaikan kepada umat manusia agar mereka dapat melalui jalan yang lurus dan diredhai Allah. Terdapat 25 orang rasul yang wajib diketahui, iaitu Adam, Idris, Nuh, Hud, Salleh, Ibrahim, Lut, Ismail, Ishak, Yaakub, Yusuf, Ayub, Syuib, Musa, Harun, Zulkifli, Daud, Sulaiman, Ilyas, Iliasa’, Yunus, Zakaria, Yahya, Isa dan Muhammad s.a.w. Semua rasul-rasul diutuskan oleh Allah kepada kaum masing-masing, kecuali Nabi Muhammad (SAW) diutuskan kepada seluruh umat manusia. Firman Allah SWT : Maksudnya: “Tidaklah Kami (Allah) utuskan engkau (Muhammad) kecuali untuk umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan juga berita menakutkan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui hakikatnya.” (As-Saba’:28) Sifat-Sifat Yang Wajib Dan Mustahil Bagi Rasul Sifat-sifat yang wajib dan mustahil bagi Rasul ada empat iaitu: Bil Sifat-Sifat Yang Wajib Sifat-Sifat Yang Mustahil ( ِصْد ق) Siddiq 1 (Benar pada segala percakapan, perkhabaran dan perbuatan) ( كذبُ) Kizbun (Pendusta) 2 Amanah (أمانة( (Jujur dan tidak membuat kesalahan) (خيانةُ) Khianah (Khianat)


SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM 8 3 Tabligh (تبليغ( Menyampaikan semua perintah Allah kepada manusia) ( كتمان) Kitman (Tidak menyampaikan/ Menyembunyikan) 4 Fathonah )فطانة( (Bijaksana) (بلدة) Baladah (Bodoh) 5. Percaya Kepada Hari Akhirat. Beriman kepada hari Akhirat merupakan masalah yang paling berat dari segala macam akidah dan kepercayaan manusia. Sejak zaman sebelum Islam sampailah sekarang manusia telah memperkatakan masalah ini. Para ahli fikir selalu menempatkan persoalan ini sebagai inti penyelidikannya, sebab beriman kepada hari akhirat akan membawa manusia kepada keyakinan adanya satu kehidupan duniawi dan penciptaan manusia. Demikianlah pentingnya masalah ini hingga turunnya ayat-ayat Allah menerangkan kedudukan hari Akhirat ini. Sehubungan terjadinya hari akhirat, terdapat beberapa hal wajib pula diimani dan diyakini kebenarannya iaitu: a. Azab kubur dan nikmatnya Setelah manusia mengakhiri kehidupannya di alam dunia ini, ia akan menuju ke alam kubur, menanti sampai tibanya hari kebangkitan. Azab dan nikmat kubur adalah benar dan wajib diyakini oleh setiap muslim sebagaimana yang dijelaskan menerusi hadis Abu Said al-Khudri yang bermaksud: “ Sesungguhnya kubur itu merupakan salah satu taman dari taman-taman syurga atau satu lubang dari lubang-lubang neraka”. Riwayat al-Tirmizi b. Kiamat dan tanda-tandanya Peristiwa hari kiamat diawali dengan beberapa tanda sebagaimana yang disebutkan dalam ayat al-Quran. Antara tanda-tanda kiamat ialah: i. Tanda-tanda awal 1. Wanita lebih ramai daripada lelaki 2. Urusan agama dipegang oleh orang yang bukan ahli agama 3. Maksiat berlaku secara terang-terangan 4. Orang-orang miskin menjadi kaya raya dan dapat membina bangunan tinggi dan sebagainya ii. Tanda-tanda akhir 1. Datang dajal untuk merosakkan akidah umat Islam 2. Keluar binatang raksasa dari perut bumi 3. Turun Nabi Isa AS untuk menyelamatkan kesucian agama Islam 4. Keluar asap memenuhi ruang angkasa 5. Matahari terbit di sebelah Barat c. Kebangkitan Setelah ditiupkan sangkakala untuk kali kedua manusia dibangkitkan dari kubur dengan roh dan jasadnya seperti keadaan mereka di dunia dahulu. d. Berkumpul


SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM 9 Setelah manusia dibangkitkan, mereka dihimpun di Padang Mahsyar untuk menunggu perbicaraan terhadap segala tanggungjawab dan perbuatan mereka di dunia. Keadaan mereka samalah dengan keadaan mereka semasa keluar dari perut ibu iaitu berkaki ayam, bertelanjang dan tidak berkhitan. e. Perhitungan Pada masa ini semua manusia menantikan keputusan hakim semesta alam, yang akan mengadili dan memutuskan segala yang telah diperbuatnya semasa di dunia. f. Shirat (jambatan) Setelah selesai dari perhitungan manusia perlu merentangi shirat menuju ke syurga. Manusia yang tidak beriman akan jatuh ke neraka semasa melaluinya. Beruntunglah bagi manusia yang selamat sampai ke syurga. g. Syurga dan Neraka Syurga adalah tempat kekal abadi bagi orang yang beriman manakala neraka adalah tempat azab manusia yang kufur. 6. Beriman Kepada Qada’ Dan Qadar Qada’ ialah pelaksanaan ketetapan Allah pada azali lagi. Qadar ialah ketetapan yang ditentukan oleh Allah terhadap makhluknya sejak azali lagi. Apabila digabung keduanya jadi qada’ dan qadar yang bermaksud sesuatu ketetapan yang dilaksanakan oleh Allah terhadap makhluknya pada azali lagi. Azali bermaksud suatu ketika yang belum ada sesuatu apa pun kecuali Allah (ianya tidak terikat dengan masa) Pembahagian Qada’ Dan Qadar Qada’ dan qadar terbahagi kepada dua bahagian iaitu : 1. Qada’ Qadar Mubram Iaitu qada’ qadar yang telah ditentukan oleh Allah mengikut perancanganNya pada azali dan tidak berubah lagi, seperti jenis bangsa :Melayu, Arab, India, China dan lain-lainnya. Begitu juga malapetaka, bencana alam dan sebagainya, semua sudah ditetapkan dan tidak boleh berubah lagi. 2. Qada’ Qadar Mu’alaq Iaitu perkara-perkara yang berkaitan dengan usaha ikhtiar manusia, seperti sebab yang boleh membawa kepada kecelakaan dan kebahagiaan kepada seseorang, sebab yang membawa kederhakaan dan ketaatan dan lain-lain lagi. Hikmat Beriman Dengan Qada’ dan Qadar Seseorang yang beriman dengan Qada’ dan Qadar akan mendapat beberapa faedah yang besar, di antaranya: ➢ Untuk mengagungkan kebesaran Allah dan kekuasaanNya ke atas sekalian makhluk. ➢ Dapat menghindarkan diri dari perasaan sombong dan takbur dengan kejayaan


SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM 10 yang diperolehi. ➢ Dapat memberikan ketenangan jiwa semasa menghadapi sesuatu ujian dan lahir perasaan kerelaan hati dengan peristiwa yang berlaku. ➢ Terhindar dari perasaan putus asa jika gagal dalam sesuatu usaha. 1.1.4 KONSEP SYARIAH A. IBADAH PENGERTIAN IBADAH Perkataan ibadah berasal daripada bahasa Arab iaitu ‘abdun’ bermaksud hamba. Dari segi bahasa ibadah bererti: patuh, taat, tunduk, menyembah dan memperhambakan diri kepada sesuatu. Dari segi istilah agama: Ibadat bererti tindakan menurut dan mengikat diri dengan sepenuhnya kepada segala perkara-perkara yang disyariatkan oleh Allah dan diseru oleh para Rasul, sama ada ia berbentuk suruhan atau larangan. Terdapat ayat-ayat al Qur’an yang menjelaskan perintah supaya beribadat. Di antaranya: Maksudnya : “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” (Az-Zaariyat : 56) BAHAGIAN IBADAH Pada umumnya Ibadah terbahagi kepada dua iaitu ibadah Khusus(‘Ibadatul Khassah) dan ibadah Umum (‘ibadatul ‘Ammah): Ibadah khusus Merupakan perintah-perintah yang wajib dilakukan sebagaimana yang terkandung di dalam Rukun Islam seperti solat, puasa, zakat, haji dan beberapa amalan khusus seperti tilawah Al-Quran, zikir dan seumpamanya. Ianya bersifat taufiqiyyah, iaitu dilaksanakan menurut garis-garis yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW tanpa boleh ditambah atau dikurangkan atau membuat sebarang perubahan terhadapnya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang.” (Sahih Bukhari) Ibadah umum Segala perkara atau amalan selain daripada kumpulan ibadah khusus di atas yang dilakukan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Ini termasuklah seluruh perbuatan manusia dalam kehidupan sehariannya, jika dilaksana dengan ikhlas dan jujur. SYARAT-SYARAT AMALAN MENJADI IBADAH.


SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM 11 Semua pekerjaan kita boleh menjadi ibadah jika dilakukan mengikut cara-cara yang telah ditetapkan oleh Islam. Ia mesti mengandungi perhubungan dua hala, iaitu perhubungan kita dengan Allah dan perhubungan kita sesama manusia. Kalau kita hanya menegakkan salah satu dari dua hubungan ini sahaja, umpamanya perhubungan sesama manusia sahaja tanpa memberikan perhatian kepada perhubungan dengan Allah SWT dan tidak menurut perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW, ia tidak dikira ibadah dan Allah mungkin menimpakan azab dan kehinaan ke atas kita. Oleh itu, amalan-amalan biasa hanya akan diakui sebagai ibadah jika ia memenuhi syaratsyarat berikut: 1. Amalan yang dikerjakan itu hendaklah diakui syarak dan sesuai dengan Islam, iaitu sesuai dengan hukum-hukum syariat dan tidak bercanggah dengan hukum-hukum tersebut. 2. Amalan-amalan itu dikerjakan dengan niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah. 3. Amalan-amalan itu hendaklah dibuat dengan sebaik-baiknya 4. Ketika amalan tersebut dilakukan, hendaklah sentiasa menurut hukum-hukum syariat dan batasnya, tidak menzalimi orang, tidak khianat, tidak menipu dan tidak menindas atau merampas hak orang. 5. Ketika mengerjakan amalan tersebut tidak lalai atau mengabaikan kewajipan ibadah khusus seperti solat, puasa dan sebagainya Jadi bila sahaja seorang mukmin dapat menyempurnakan kelima-lima syarat di atas dalam mengendalikan segala amalan dan urusan hidupnya setiap hari, dia dikira sentiasa beribadah kepada Allah meskipun dia tidak duduk di masjid-masjid atau di surau-surau ketika membuat kerja-kerja tersebut. B. MUAMALAT Menurut Sa’diy Abu Jaib, muamalat bermakna hukum-hukum syariat yang berkaitan dengan urusan dunia seperti jual beli dan sewa. Istilah muamalat lebih luas dan menyeluruh (syumul) berbanding ekonomi. Asas-asas Muamalat 1. Konsep Rububiyyah Dalam konteks muamalat, konsep Rububiyyah menjelaskan peraturan Allah swt bagi menyusun rezeki dan aktiviti ekonomi manusia. Allah swt yang memberi kekayaan kepada manusia dan Dia adalah pemilik sebenar segala sesuatu. 2. Konsep Uluhiyyah Konsep ini merangkumi hubungan manusia dengan Pencipta (Allah swt) dan hubungan manusia dengan sesama manusia. 3. Konsep Tazkiah (Penyucian) Konsep ini menjelaskan pembentukan kesucian jiwa dan ketinggian akhlak. Harta disucikan melalui zakat dan sedekah. Manusia mestilah berlaku baik terhadap sesama manusia. Mereka hendaklah melaksanakan tanggungjawab terhadap


SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM 12 masyarakat dan membantu mereka yang menghadapi kesusahan dan kesempitan hidup. 4. Konsep manusia sebagai khalifah Manusia adalah pemegang amanah dan mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Peranan khalifah adalah untuk memakmurkan bumi. 5. Konsep al-Falah sebagai matlamat aktiviti muamalat Matlamat aktiviti muamalat ialah al-falah, iaitu kejayaan di dunia dan akhirat. Kebendaan bukan matlamat, tetapi adalah sebagai wasilah (jalan/alat) bagi mencapai al-falah. 1.1.5 KONSEP AKHLAK PENGERTIAN DAN KEPENTINGAN Tengku Iskandar di dalam kamus dewan mendefinisikan akhlak sebagai : “budi pekerti, kelakuan, watak, pengetahuan berkaitan dengan kelakuan, tingkah laku manusia dan sebagainya samaada baik atau jahat”. Perkataan akhlak berasal dari bahasa arab “al-Akhlak” dari kata jama’ (plural) Al-Khuluq yang memberi erti “tabiat, sikap, tingkah laku dan sifat semula jadi” Maksud ini terkandung di dalam kata-kata aisyah berkaitan akhlak Rasulullah SAW. Maksud ini terkandung di dalam kata-kata aisyah berkaitan akhlak Rasulullah SAW. ُن َ ْرأ قُ ْ قُهُ ال ُ ُخل َ م َّ ْي ِه َو َسل َّى هللاُ َعلَ َصل َكا َن َرسُ ْو ُل هللاِ Maksudnya “Akhlaknya (iaitu Rasulullah S.A.W.) adalah al-Quran”. Akhlak Rasulullah SAW yang dimaksudkan di dalam kata-kata di atas ialah sikap dan tingkah laku Rasulullah SAW yang semuanya merupakan pelaksanaan al-Quran. Firman Allah ٍق َع ِظْيٍم ُ َك لَعَلَى ُخل ِنَّ َوإ Maksudnya: “Akhlaknya (iaitu Rasulullah S.A.W.) adalah al-Quran”. Akhlak Rasulullah SAW yang dimaksudkan di dalam kata-kata di atas ialah sikap dan tingkah laku Rasulullah SAW yang semuanya merupakan pelaksanaan al-Quran. Akhlak dari segi istilah membawa maksud segala laku perbuatan (suatu keadaan atau bentuk) yang telah menjadi adat kebiasaan yang lahir dari sesuatu jiwa manusia (yang benarbenar telah meresap) dan dari situlah timbul berbagai-bagai perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu.Inilah takrif yang diberikan oleh Imam AlGhazali. Contohnya, sikap menghormati tetamu yang diamalkan oleh masyarakat arab jahiliah, sudah menjadi satu adat yang tidak dapat diubah , itu dinamakan akhlak. Akhlak merupakan salah satu pokok ajaran Islam. Nabi Muhammad SAW adalah sebagai modelnya. Baginda diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Sejak awal dakwah lagi Rasulullah berseru kepada pembentukan akhlak yang mulia. Rasulullah sendiri sebelum dilantik sebagai rasul adalah seorang yang terkenal dengan akhlak yang baik sehinggakan beliau digelar al Amin. PEMBAHAGIAN AKHLAK Akhlak terdiri daripada dua, iaitu akhlak yang baik dan akhlak yang buruk.


SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM 13 i. Akhlak yang baik Ia disebut juga sebagai akhlak mahmudah. Apabila timbul kelakuan yang baik lagi terpuji menurut pandangan syariat dan akal fikiran.Sifat-sifat inilah yang menjadi asas perhubungan manusia dan menjamin keselamatan, keamanan dan kebahagiaan hidup berkeluarga dan bermasyarakat. Dewasa ini, krisis akhlak terjadi di mana-mana, kerana masyarakat sekarang telah memilih pertimbangan dan neraca hidup yang salah untuk menilai baik dan buruk. Malah nilai baik yang diambil lebih berdasarkan nafsu. Lantaran itu, apa sahaja yang diingini dan disukai, dinilai baik oleh individu dan berdasarkan nafsu semata-mata tanpa ukuran nilai akhlak yang sepatutnya. ii. Akhlak yang buruk Ia disebut juga sebagai akhlak keji atau mazmumah. Antara akhlak mazmumah ialah menyekutukan Allah, bohong, atau dusta, takbur, dengki, bakhil, marah dan lain-lain lagi. 1.2 IBADAH SOLAT PENGERTIAN Solat menurut bahasa Arab ialah doa. Dalam istilah syarak pula solat ialah ibadat yang tersusun dari beberapa perkataan dan perbuatan dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam, mengikut syarat-syarat tertentu. 1.2.1 KEPENTINGAN SOLAT Solat merupakan ibadat yang asasi dalam perhubungan di antara manusia dengan Allah SWT. Dengan melakukan ibadat solat, manusia dapat mengingati Allah, dapat menghidupkan pengakuan iman di dalam hati, menambah keyakinan kepada rasul, kepada kitab Allah dan seterusnya dapat membawa manusia ke jalan yang lurus, jalan yang diberi petunjuk oleh Allah SWT. Solat merupakan perbuatan secara amali yang dapat memperagakan keimanan seseorang kepada Allah SWT. Bersolat menjadi sifat-sifat orang yang bertaqwa yang menurut arahan kitab suci al Qur’an dan merekalah yang memperlengkapkan diri dengan sifat-sifat yang terpuji lalu mendapat petunjuk daripada Allah Ta’ala. Merekalah yang beroleh kejayaan. Solat memberi kesan terhadap pembersihan diri dan mengawalnya daripada terjerumus ke dalam lembah kehinaan atau keburukan serta membersihkan manusia daripada naluri-naluri yang tidak sihat. Firman Allah SWT : Maksudnya : “Dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.” (Al-Ankabut : 45) 1.2.2 KEFARDHUAN SOLAT


SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM 14 Islam menjadikan solat salah satu daripada rukun Islam yang lima. Diwajibkan ke atas tiap-tiap penganutnya muslim dan muslimat supaya mendirikan solat lima waktu sehari semalam. Setiap penjaga kanak-kanak diwajibkan menyuruh solat sejak usianya meningkat tujuh tahun dan mewajibkan penjaga-penjaganya itu memukul, jika kanak-kanak itu berdegil atau malas setelah berusia sepuluh tahun. Perintah solat diturunkan pada malam Isra’ setahun sebelum Hijrah. Ia adalah ibadat yang pertama diwajibkan oleh Allah Ta’ala di mana perintah itu disampaikan secara langsung tanpa perantaraan, dengan cara berdialog terus dengan RasulNya pada malam Mi’raj. SYARAT-SYARAT WAJIB SOLAT SYARAT-SYARAT SAH SOLAT RUKUN-RUKUN SOLAT 1) Islam 2) Baligh 3) Berakal 4) Suci daripada haid dan nifas 5) Sejahtera pancaindera Tidak wajib sembahyang ke atas orang yang buta dan tuli, sekali pun tidak bisu jika berlaku keduaduanya sebelum tamyiz. 6) Sampai seruan dakwah Islam Tidak wajib sembahyang ke atas mereka yang tidak sampai seruan Islam seperti ia dilahirkan dan menetap di puncak bukit yang jauh yang tiada perhubungan langsung. 7) Jaga (tidak tidur) 1) Suci dari hadas 2) Suci badan, pakaian dan tempat solat daripada najis 3) Menutup aurat 4) Mengetahui telah masuknya waktu solat 5) Menghadap kiblat dengan dada dan wajahnya semasa mendirikan solat 1) Berdiri tegak bagi yang berkemampuan 2) Niat di dalam hati 3) Takbiratul Ihram 4) Membaca surah alFatihah 5) Rukuk serta tamakninah 6) Iktidal serta tamakninah 7) Sujud serta tamakninah 8) Duduk antara dua sujud serta tamakninah 9) Duduk tasyahud akhir dengan tamakninah 10) Membaca tasyahhud akhir 11) Membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dalam tasyahhud akhir 12) Memberi salam yang pertama 13) Tertib ❖ Syarat-syarat yang mendahului solat wajib dipenuhi oleh orang-orang yang hendak mengerjakannya, sekiranya ketinggalan salah satu di antaranya maka batal solatnya ❖ Rukun-rukun yang tersebut di atas wajib dilakukan dengan sempurna, sekiranya tertinggal salah satu daripadanya atau tidak dilakukan dengan sempurna maka tidak sah solat. 1.2.3 CARA PELAKSANAAN IBADAT SOLAT BERDIRI TEGAK (Bagi yang berkemampuan) Para ulamak telah sepakat dalam mewajibkan berdiri tegak mengadap kiblat ketika solat fardu bagi individu yang berkemampuan. Walau bagaimanapun, tidak diwajibkan berdiri ketika solat


SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM 15 sunat. Namun pahalanya adalah separuh daripada pahala mereka yang solat sunat secara berdiri. Sunat menjarakkan kedua-dua belah kaki semasa berdiri dalam solat. Terdapat hadis yang tidak mengalakkan untuk merapatkan kedua-dua belah kaki semasa solat tetapi tiada dalil khusus yang menetapkan jarak tertentu secara spesifik. NIAT Suatu keazaman dalam hati untuk melaksanakan solat dengan ikhlas. Perkara terpenting yang wajib dibuat semasa niat solat fardu ialah al-qasad dan al-ta’yin. Iaitu menghadkan jenis solat seperti fardu atau sunat atau qada dan nama solat contohnya Asar atau Maghrib. Kedua-dua unsur ini adalah wajib semasa berniat bagi Mazhab Syafi’i. Niat ialah amalan dalam hati bukan secara berlafaz. Mazhab Syafi’i berpendapat berlafaz niat tidak mengapa, bahkan ia disunatkan bertujuan untuk membantu hadir hati, dan sekiranya ditinggalkan lafaz maka solat adalah sah. Lafaz-lafaz niat sembahyang fardhu adalah seperti berikut : i) Niat solat subuh َى ًء ِهللِ تَعَال َدا َ ِن أ َر ْكعَتَْي ِ ُصْبح ْ ْر َض ال ِى فَ َصل ُ أ “Sahaja aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat sebagai (makmum/imam ) kerana Allah Taala.” ii) Niat Solat Zuhur “Sahaja aku sembahyang fardhu zuhur empat rakaat sebagai kerana Allah Taala.” iii) Niat solat Asar “Sahaja aku sembahyang fardhu asar empat rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah Taala.” iv) Niat solat Maghrib “Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat sebagai (makmum/imam) kerana Allah taala”, v) Niat Solat Isya` “Sahaja aku sembahyang fardhu isya` empat rakaat sebagai (makmum/imam)kerana Allah taala , TAKBIRATUL IHRAM Apabila kita berdiri tegak sambil menghadap ke arah kiblat, maka mulailah melakukan takbir, yakni dengan mengangkat kedua-dua belah tangan separas bahu dengan jari-jari terbuka agak rapat antara satu sama lain kecuali ibu jari berdampingan dengan telinga dihadapkan ke


SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM 16 arah kiblat sambil mengucapkan “Allahu Akbar” (Allah Maha Besar) yang disertakan dengan niat. Niat ini adalah perbuatan hati. Takbir permulaan ini dinamakan Takbiratulihram sedangkan takbir-takbir yang lain ialah Takbir Intiqal iaitu takbir untuk perpindahan daripada satu gerakan ke satu gerakan solat yang lain dan takbir ini ialah sebagai pemberitahuan. Mengangkat tangan semasa takbir adalah sunat. Namun begitu, Takbir tanpa lafaz menyebabkan solat tidak sah. Jika terlupa, sengaja atau tidak untuk mengucapkan lafaz takbir, wajib untuk mengulangi solat. Disyaratkan orang yang bersolat itu dapat mendengar lafaz takbirnya dan semua rukun-rukun qawliyahnya. Setelah memulakan solat, orang yang bersolat disunat menundukkan wajah melihat ke tempat sujud semasa berdiri. MELETAKKAN TANGAN ANTARA DADA DAN PUSAT KETIKA BERDIRI Selepas takbiratulihram, kedua-dua belah tangan hendaklah didakapkan. Mazhab Syafi’i memilih pandangan supaya meletakkan tangan dengan berdakap di antara dada dan pusat dimana tangan kanan diletakkan di atas pergelangan tangan kiri. Dalam keadaan yang demikian kita membaca doa iftitah (doa pembukaan). MEMBACA DOA IFTITAH Membaca doa iftitah adalah sunat dan perlu dibaca secara perlahan


SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM 17 ِذ ْي فَ َط َر َّ َي ِلل َو َّج ْه ُت َو ْج ِه ِصْيالً . َ َوأ ْكَرةً َوسُْب َحا َن هللا بُ َح ْمُدَِّّلِلِ َكثِ ْي ًرا َوال َهلل أكبر َكبِ ْي ًرا ْر َض َح أ نِ ْيفًا ال َّس َمَوا ِت َواألَ نَا ِم َن َ َو َما أ ُم ْسِل ًما َي َو َمَماتِي َِّّلِلِ َّن َصالَتِي َونُسُ ِك ْي َو َم ْحيَا ِ ال ُم ِمْر ُت ْشِر ِكْين . إ ُ ِل َك أ َوبِذَ ِمْين الَ َشِرْي َك لَهُ َر ِب العَالَ نَا ِم َن َ َو ن أ ال ُم ْسِل ِميً .” Maksud “'Allah maha besar lagi sempurna kebesarannya segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak . Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang , sesungguhnya aku menghadapkan mukaku kepada zat yang menciptakan langit dan bumi dengan keadaan lurus dan berserah diri dan bukannya aku termasuk dalam golongan musyrik , sesungguhnya sembahyangku, ibadatku , hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam . Tiada sekutu bagi-Nya kerana itu aku rela diperintah dan aku ini adalah golongan orang Islam.” MEMBACA SURAH AL-FATIHAH Selepas membaca doa iftitah, diteruskan dengan membaca surah al-Fatihah yang merupakan rukun solat. Sunat membaca isti’azah sebelum membaca al-Fatihah dan diharuskan untuk membaca basmalah secara jahar semasa solat jahar terutamanya apabila diyakini ijtihad yang menganggap basmalah ialah salah satu ayat daripada surah al-Fatihah. بِ 1ْ ) سِم ّللاِ ال َّر ْح َم ِن ال َّر ِحيِم ) عَالَ ْ َر ِب ال َح ْمُد ّلِلِ ( ال َّر ْحم ِن 3 )ال ِمي َن )2 ال َّر ِحيِم ) ْ ِن ) ِيَّا َك نَ ْستَ ِعي ُن َم 4ِ ( ل ِك يَ ْوِم الِ دي ِيَّا َك نَ ْعبُ ُد وإ ( إ 5 ) ( َ َم اهِدنَا ال ِ ص َر 6 )غ ُضو ِب ا َط ال ُمستَِقيم ِر ال ِهْم َغي نعَم َت َعلَي َ ِذي َن أ َّ ِص َرا َط ال ِي َن ) َوالَ ال َّضال ِهْم َعل 7َ )ي MEMBACA SURAH-SURAH YANG PENDEK Selepas membaca surah al-Fatihah, teruskan dengan membaca surah-surah alQuran yang pendek bagi solat berjemaah dan disunatkan membaca surah-surah yang panjang bagi yang solat sendirian. Membacanya adalah lebih elok mengikut tertib susunan surah al-Quran. Tidak disunatkan membaca surah pada rakaat ketiga dan keempat. RUKUK Rukuk ialah dengan mengangkat tangan setinggi telinga atau bahu sambil membaca “Allahu akbar”. Kemudian diteruskan dengan badan membongkok, tangan memegang lutut dan ditekankan supaya antara punggung dan kepala rata. Sedangkan mata tetap memandang ke arah tempat sujud. Wajib bagi seseorang yang rukuk supaya berhenti sekejap dalam keadaan rukuk, paling minima ialah dengan kadar satu tasbih. Kedudukan jari ketika rukuk hendaklah diletakkan di atas lutut dan direnggangkan.


SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM 18 Sunat membaca di dalam rukuk ini sebanyak tiga kali tasbih yang berikut : َوبِ َح ْمِدِه عَ ِظْيِم ْ َي ال ِ سُ ْب َحا َن َرب IKTIDAL Sesudah itu di teruskan dengan iktidal iaitu bangkit berdiri tegak dengan mengangkat kedua tangan sampai ke telinga dengan jari-jari terbuka seperti ketika takbiratulihram seraya membaca tasmi’ iaitu َم ْن َس ِم َحِمَده َع هللاُ ِل


SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM 19 Ketika berdiri tegak seperti ini, maka tetap ditujukan ke arah sujud .(tempat sujud) dan membaca : َح ْمُد ْ َك ال َولَ َربَّنَا SUJUD Kemudian kita melakukan sujud, iaitu dengan mengucapkan takbir intiqal : Allahh Akbar sambil meletakkan dahi dan hidung ke lantai . Mula-mula kedua lutut dijatuhkan ke lantai disusuli kedua tapak tangan terbuka kemudian diikuti dahi dan hidung juga di lantai sementara letak kedua tangan direnggangkan bagi lelaki dan dirapatkan bagi perempuan. Ulamak bersepakat bahawa sujud yang sempurna mestilah dilakukan di atas tujuh anggota iaitu dahi, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua belah lutut dan hujung jari kaki. Kedudukan tangan nabi SAW ketika sujud ialah merenggangkan lengan daripada badan, mengangkat siku daripada tanah dan merapatkan jari-jari. Manakala wajah diletakkan di antara kedua-dua tangan. Sunat membaca di dalam sujud ini sebanyak tiga kali tasbih yang berikut : ْعلَى َوبِ َح ْم ِدِه س ْب َحا َن َرب ِ َي اْألَ


SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM 20 DUDUK ANTARA DUA SUJUD Setelah sujud , kita mengangkat kepala sambil mengucapkan takbir intiqal Allahu Akbar, kemudian terus duduk dengan tenang . Duduk antara dua sujud ini di namakan duduk iftirasy kerana tapak kaki yang kiri diduduki dan menjadi seperti alas (firasy), dan tapak kaki yang kanan, ditegakkan di atas lantai. Sementara hujung jari kaki menghadap ke arah kiblat (duduk bersimpuh). Tiada perbezaan antara duduk wanita dan lelaki. Sunat membaca ketika duduk antara dua sujud ini : ْي ْي َوا ْجبُ ْرنِ َر ِب اِ ْغ ْي ِف ْرِليِ َوا ْر َح ْمنِ ْعنِ َوا ْرفَ ْي ْي َوا ْع ُف َعنِ ْي َو َعِافِن ْي َوا ْهِدنِ نِ َوا ْر ُزقْ maksudnya


SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM 21 “Ya Allah ! Ampunilah dosaku , belas kasihanilah aku , dan angkatlah darjatku dan cukuplah segala kekuranganku dan berilah rezeki kepadaku , dan berilah aku petunjuk dan sejahterakanlah aku dan berilah keampunan padaku.. SUJUD KEDUA Setelah kita duduk antara dua sujud , kita sujud untuk kali kedua seperti sujud yang pertama dengan mengucapkan takbir intiqal “Allahu Akbar” dan membaca tasbih seperti pada sujud yang pertama. DUDUK TASYAHUD AWAL Dalam solat fardhu yang mempunyai jumlah rakaat tiga atau empat , maka dalam rakaat kedua kita duduk untuk membaca tasyahhud / tahiyyat awal. Ketika duduk tasyahhud awal ini, Nabi SAW meletakkan tangan kiri di atas paha kiri dan tangan kanan di atas paha kanan, telapak kaki kiri diduduki, sedangkan kaki kanan ditegakkan. Disebut tasyahhud kerana pada bacaan tahiyyat ada dua kalimah syahadah. Manakala disebut tahiyyat kerana dimulai dengan kata-kata “attahiyyatu”, yang bererti penghormatan. Duduk tahiyyat awal dan membaca bacaannya hanyalah sunat sahaja. Semasa membaca tasyahhud, Jumhur Ulamak berpendapat menaikkan jari telunjuk tanpa menggerakkannya dan Mazhab syafi’I berpendapat jari diangkat ketika menyebut lafaz هللا اال َو ا بَ َها النَّبِ ُّي َو َر ْح َمةُ هللاِ يُّ َ ْي َك أ ُم َعلَ ِبَا ُتِهللِ ، ال َّسالَ َّطي َوا ُت ال َر َكا ُت ال َّصلَ ُمبَا ْ لتَّ ى ِعبَاِد ِحيَّا ُت ال َو َعلَ ْينَا ُم َعلَ َركاَتُهُ ال َّسالَ ِ لَهَ إ ِ ْن الَ إ َ ْش َهُد أ َ َرسُ ْو ُل هللا. َّن ُم َح َّمًدا َ ْش َهُد أ َ هللاِ ال َّصاِل ِحْي َن . أ الَّ هللا َوأ Maksud “Segala keberkatan dan penghormatan yang diberkati dan pujian bagi Allah SWT Salam sejahtera kepadamu wahai Nabi dengan rahmat Allah SWT dan berkat-Nya. Salam sejahtera ke atas kami dan seluruh hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya kecuali Allah SWT dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad SAW adalah hamba Allah dan pesuruh-Nya”. TASYAHHUD AKHIR Tasyahhud akhir dilakukan ketika duduk tasyahhud akhir (penghabisan) . Duduk


SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM 22 tasyahhud akhir ini berlaku pada rakaat yang ketiga ( untuk solat Maghrib) atau rakaat keempat pada solat Zuhur , Asar dan Isyak dan rakaat kedua untuk sembahyang Subuh. Ketika duduk tasyahhud akhir ini punggung didudukkan di atas lantai , kaki kiri dimasukkan ke bawah kaki kanan dan kaki kanan ditegakkan . Bacaan tasyahhud / tahiyyat akhir ialah seperti berikut : َها النَّبِ ُّي َو َر ْح َمةُ هللاِ يُّ َ ْي َك أ ُم َعلَ ِبَا ُتِهللِ ، ال َّسالَ َّطي َوا ُت ال َر َكا ُت ال َّصلَ ُمبَا ْ التَّ ى ِحيَّا ُت ال َو َعلَ ْينَا ُم َعلَ َوبَ َركاَتُهُ ال َّسالَ ُهَّم َص لِ َّ َرسُ ْو ُل هللا. الل َّن ُم َح َّمًدا َ ْش َهُد أ َ ِالَّ هللا َوأ لَهَ إ ِ ْن الَ إ َ ْش َهُد أ ِ ِدنَا ُم َح َّمد وعلى َ ِعبَاِد هللاِ ال َّصاِل ِحْي َن . أ ى َسي َعلَ ِ َصلْي َت َعلَى َسي ِ ِدنَا ُم َح َّمد َكَما ِل َسي ِل آ َو َعلَى آ ِ ِدنَا ُم َح َّمٍد ِر ْك َعلَى َسي َ َوبَا َرا ِهْيم ْب ِ ِ ِدنَا إ ِل َسي َ َو َعلَى آ َرا ِهْيم ْب ِ ِدنَا إ ِمْي َن عَالَ ْ ْي ال فِ َ َرا ِهْيم ْب ِ ِ ِدنَا إ ِل َسي َ َو َعلَى آ َرا ِهْيم ْب ِ ِ ِدنَا إ َر ْك َت َعلَى َسي َك َح ِمْيٌد َم ِجْي َسي د ِ َدنَا ُم َح َّمٍد َكَما بَا ِنَّ إ Maksud : “Segala keberkatan dan penghormatan yang diberkati dan pujian bagi Allah SWT Salam sejahtera kepadamu wahai Nabi dengan rahmat Allah SWT dan berkatNya. Salam sejahtera ke atas kami dan seluruh hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya kecuali Allah SWT dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad SAW adalah hamba Allah dan pesuruh-Nya. Ya Allah berikanlah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberikan selawat kepada Ibrahin dan keluarga Ibrahim. Ya allah berkatialah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Agung.” SALAM Setelah selesai membaca tahiyyat akhir, Kita memberi salam, iaitu dengan memalingkan kepala ke kanan sehingga ke pipi kanan nampak seluruhnya dari arah belakang sambil mengucapkan kata salam, iaitu : َو َر ْح َمةُ هللا ْم ْيكُ ُم َعلَ اَل َّسالَ KEDUDUKAN KAKI SEMASA TASYAHHUD AKHIR


SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM 23 Selanjutnya di susuli dengan salam kedua iaitu menoleh ke kiri, sehingga pipi yang kiri juga kelihatan jelas dari arah belakang sampai mengucapkan salam: َو َر ْح َمةُ هللا ْم ْيكُ ُم َعلَ اَل َّسالَ 1.3 ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP Islam adalah al-Din yang telah diwahyukan Allah swt kepada Rasulullah saw sebagai rahmat bagi seluruh alam. Jelasnya, Islam tidak hanya sekadar agama, tetapu juga suatu cara hidup, suatu sistem, pedoman hidup dan juga peraturan-peraturan yang menyeluruh kepada individu, keluarga, masyarakat dan negara. Islam adalah cara hidup yang sempurna yang dicipta oleh Allah swt. 1.3.1 IMPLIKASI TERHADAP INDIVIDU Manusia dicipta sebagai makhluk yang mempunyai kecerdasan pemikiran, usaha dan segala-galanya untuk kebaikan diri dan alam. Hakikat manusia sebagai khalifah atau hamba Allah merupakan gelaran tertinggi sebagai mandate pentadbir alam ini. Walau bagaimanapun bukan semua manusia layak menjadi khalifah, tetapi hanya manusia yang melaksanakan konsep perhambaan diri dan takwa kepada Allah sahaja yang layak. Khalifah adalah pentdbir, pemerintah, penyambung tugas Rasulullah saw menyampaikan kebenaran dan membasmikan kebatilan. Khalifah mestilah jujur dan adil, tidak melakukan penyelewengan dan bertindak penuh saksama. Khalifah patut menyebarkan maklumat Islam kepada semua pihak. Memiliki sifat-sifat mahmudah dan menjauhi sifat mazmumah. Khalifah menyusun kehidupan ini supaya teratur dalam sistem yang dikehendaki oleh Allah swt. Sekiranya manusia menjauhi perintah ini dan mengikut hawa nafsu, mereka akan hidup dengan kesesatan, keraguan dan kezaliman. Setiap indiidu tidak dapat lari dari mengadakan tiga jalinan perhubungan berikut: a. Menjaga perhubungan dengan Allah sebagai pencipta alam Perhubungan dengan Allah merupakan setinggi-tinggi martabat perhubungan yang melahirkan suatu kenikmatan tidak terhingga kepada jiwa yang bersih dan suci. Hubunga dengan Allah merupakan suatu hubunga yang unik, tidak menyamai sebarang perhubungan lain. Ia merupakan hubungan secara ‘ubudiyah (kehambaan). Perhubungan manusia dengan Alla swt menjadi matlamat yang terakhir untuk dituju. Ini adalah hbungan yang tertinggi di antara perhubungan- perhubungan lain seperti hubungan dengan keluarga, kaum dan bangsa, harta dan sebagainya.


SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM 24 b. Menjaga perhubungan dengan sesama manusia Masyarakat Islam sewajarnya menjadi masyarakat yang universal, iaitu tidak bersifat nasional dan tidak terbatas dalam lingkungan batas-batas geografi. Ia terbuka untuk seluruh umat manusia tanpa memandang jenis, warna kulit, bahasa dan bangsa. Hanya satu ukuran yang mendapat tempat di sisi Allah iaitu taqwa dan taat kepadaNya, di samping berbuat baik kepada hamba-hambaNya. Firman Alla swt yang bermaksud: “ Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang wanita, lalu kami jadikan kamu berbangsa-bangsa, supaya kamu saling berkenalkenalan. Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling taqwa antara kamu”. (Surah al-Hujurat:13) Hubungan manusia sesama manusia mestilah berlandaskan syariah yang telah ditetapkan oleh Pencipta. Islam menghendaki umatnya agar saling menghormati sesama manusia dan hak-hak yang telah ditentukan. c. Menjaga perhubungan dengan alam Manusia merupakan khalifah yang diamanahkan oleh Alla swt. Maka, perhubungan manusia dengan alam sebagaimana telah dibentangkan dalam al-Quran melalui firman Allah dalam surah al-Jathiyah:13, yang bermaksud:”... Dan ia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripada Allah swt. 1.3.2 IMPLIKASI TERHADAP KELUARGA Institusi keluarga memiliki peranan yang amat penting dalam membentuk individu yang baik, kerana melalui peribadi yang baik akan terbina keluarga yang baik. Dari keluarga yang baik akan lahir pula masyarakat yang baik. Masyarakat yang baik adalah masyarakat yang berdisiplin dan bermoral. Antara implikasi pelaksanaan cara hidup Islam terhadap keluarga adalah: a. Pendidikan anak-anak Untuk membentuk keluarga yang harmoni dan sakinah adalah bermula dengan pendidikan kepada anak-anak dengan menerapkan nilai-nilai Islam, iaitu ketaatan kepada Allah serta pengamalan kepada Sunnah Rasulullh saw dalam kehidupan seharian. b. Nilai kekeluargaan Islam mementingkan hubungan yang erat antara ibu bapa dengan anak-anak.Anakanak perlu bersama-sama melakukan aktiviti keluarga seperti solat berjemaah, makan bersama beriadah, membersihkan kawasan rumah dan sebagainya. Secara tidak langsung, nilai kasih saying akan sentiasa wujud dalam ahli keluarga. c. Sifat toleransi dan kasih sayang Salah satu ciri keluarga bahagia adalah apabila wujudnya sifat kasih saying antara ahli keluarga dan saling menghormati antara satu sama lain. Sifat ini akan lahir apabila setiap ahli keluarga berperanan dalam menunaikan hak dan tanggungjawab masing-masing sebagaimana yang digariskan dalam Islam. 1.3.3 IMPLIKASI TERHADAP MASYARAKAT Masyarakat Islam adalah kelompok manusia yang beragama Islam dan mengamalkan ajaran Islam. Mendirikan sebuah masyarakat yang melaksanakan nilai-nilai keislaman merupakan


SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM 25 suatu kewjipan yang perlu dipikul oleh semua umat Islam. Masyarakat Islam yang p ertama terbentuk adalah masyarakat yang didirikan oleh Rasulullah saw dan para sahabatnya di Madinah. Umat Islam yang berada di bawah pimpinan Nabi Muhammad saw pada ketika itu telah melaksanakan tugas mendirikan masyarakat yang berlandaskan nilai-nilai Islam dan menjadi model bagi masyarakat selepasnya. Pembentukan masyarakat Islam telah digariskan mengikut asas-asas Islam berikut: a. Menjalin Ukhuwah dan persaudaraan Di dalam lingkungan masyarakat, kita harus menjalin ukhuwah dan persaudaraan dengan baik kerana orang mukmin dengan mukmin yang lain adalah bersaudara. Sikap saling menghargai dan menghormati serta saling bantu membantu merupakan hal yang penting dalam kehidupan bermasyarakat. Jika ada masalah rumit dalam masyarakat, maka musyawarah adalah cara yang tepat untuk mendapatkan keputusan yang adil. b. Menerapkan konsep ‘amar makruf nahi munkar’ Menerapkan konsep ini dalam kalangan masyarakat dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa prihatin dan saling membantu di antara satu sama lain. Scara tidak langsung, masalah social yang berlaku dapat dikurangkan. 1.3.4 IMPLIKASI TERHADAP NEGARA Pelasanaan cara hidup Islam akan memberi kesan kepada Negara. Antaranya ialah: a. Pemimpin yang adil Pentadbiran Negara akan menjadi lebih baik jika pemimpin yang dilantik melaksanakan pemerintahan berlandaskan ajaran Islam. Hal ini kerana, pemimpin yang adil tidak akan menyalahgunakan kuasa srta menyeleweng dalam urusan pentadbiran. b. Memantapkan ekonomi Negara Islam telah menganjurkan konsep muamalat, iaitu jual beli yang dituntut dalam syariat. Antara tuntutan syariat dalam muamalat adalah melaksanakan urusan dengan jujur dan amanah serta menjauhi riba. Secara tidak langsung, ia akan menjadikan ekonomi Negara semakin mantap. c. Mewujudkan keamanan dalam Negara Keamanan dapat dizahirkan sekiranya jenayah dapat dikurangkan. Pelaksanaan hukuman Islam terhadap penjenayah seperti yang dianjurkan dalam al-Quran akan dapat mengurangkan masalah jenayah yang berlaku. Oleh itu rakyat dapat hidup dengan aman tanpa sebarang gangguan. 1.4 SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM 1.4.1 FAHAMAN SEKULARISME. Fahaman sekular adalah merujuk kepada perkataan Latin iaitu secular yang bererti generasi atau zaman. Untuk pengertian yang lebih jauh sekular merujuk kepada sesuatu yang dimiliki atau yang bersangkutan dengan dunia lahir sahaja dan tidak ada kena mengena dengan keabadian. Dari sudut istilah, sekularisme ialah satu kefahaman yang memisahkan dan mengasingkan urusan kehidupan dunia dan akhirat dalam semua aspek, iaitu hal agama, pendidikan, politik, sosial dan sebagainya.


SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM 26 Ismail R. al-Faruqi (1978) telah mengklasifikasikan konsep secular seperti berikut: a. Suatu fahaman yang merujuk penafian terhadap hal-hal kerohanian. b. Penolakan terhadap kewibawaan unsur-unsur kerohanian. c. Penafian tentang adanya hidup yang tetap (akhirat) d. Pemisahan antara agama dan nilai kerohanian dengan pemerintahan dan kehidupan keduniaan. e. Kekuasaan sebagai kebebasan mutlak untuk merencana dan menyusun dasar hidup manusia seterusnya melaksanakan sendiri tanpa apa-apa pergantungan dan hubung kait dengan Tuhan. f. Gereja dan institusi agama hanya terbatas kepada perkara-perkara yang berhubung dengan masalah ketuhanan sahaja. Dari aspek pemikiran manusia, khususnya di dalam negara yang mengamalkan ajaran agama Islam, ideology sekularisme sedikit sebanyak telah meracuni pemikiran manusia. Contohnya, sekularisme dapat melemahkan keimanan, menggoyangkan akidah umat Islam, menimbulkan keraguan terhadap nabi dan rasul, mengurangkan keyakinan terhadap kekuasaan Allah, malaikat, hari kiamat dan hari pembalasan serta al-Quran itu sendiri. Para ahli sekular telah mengubah corak perundangan negara Islam demi untuk mencapai matlamat sekular mereka iaitu dengan penggantian undang-undang Islam kepada sistem perundangan Barat. Pengaruh Barat ini diterima dengan mudah dengan alasan untuk menjalankan pemodenan, pembangunan serta kemajuan. Melalui fahaman Sekular ini Deen Islam bukan lagi menjadi satu sistem untuk mengatur kehidupan manusia tetapi hanya menjadi amalan peribadi sahaja. Dari aspek ekonomi pula, dengan wujudnya sekularisme, maka wujudlah dua sistem ekonomi baru iaitu ekonomi kapitalis dan juga ekonomi sosialis yang bermatlamatkan untuk mendapat kekayaan semata-mata atau materialistik. 1.4.2 FAHAMAN PLURALISME DAN LIBRALISME Pluralisme bermaksud satu fahaman yang menganggap semua agama adalah sama bagi seorang individu sama ada muslim, kristian, budha dan sebagainya. Fahaman ini juga mengatakan semua penganut agama yang berlainan akan hidup di syurga bersamasama.Islam menghargai toleransi agama lain, tetapi tidak menganggap semua agama adalah sama. Dengan erti kata lain, Islam tidak menganggap Tuhan yang disembah oleh orang Islam adalah tuhan yang disembah oleh agama lain. Secara literalnya apabila kita merujuk kepada kamus dewan Libral bermaksud sifat atau berpandangan bebas, berpandangan terbuka. Dari segi agama, fahaman libralisme ini dianggap merbahaya, terutamanya bagi Islam. Konsep libral adalah berhubung kait dengan kebebasan untuk memilih agama dan mengamalkan apa yang dipercayai selaras dengan prinsip rasional seseorang. Agama dilihat sebagai hak peribadi dan orang lain tidak boleh menentukannya. Konsep baik dan buruk dinilai berdasarkan perspektif individu, manakala perspektif kemasyarakatan tidak menjadi teras pegangan. Prinsip untung rugi menjadi sandaran dan kerana itulah, sesuatu tindakan akan dibuat berdasarkan prinsip tersebut.


SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM 27 Konsep libral muncul semasa tercetusnya Revolusi Perancis pada tahun 1789. Perjuangan kaum pekerja menerusi slogan kebebasab (liberte), kesamaan (egalite) dan persaudaraan (fratenite). Pada penghujung abad ke-18, iaitu sejak permulaan Revolusi Perancis, istilah ini mempunyai kaitan dengan konsep manusia merdeka. Konsep merdeka ini dilihat dalam konteks kebebasan, sama ada kebebasan yang diperolehi sejak lahir ataupun setelah dibebaskan daripada belenggu kekuasaan atau perhambaan. Libralisme itu sendiri mempunyai beberapa cabang. Antaranya Marxisme, Materialisme, Sekularisme, Humanisme dan juga Nasionalisme. Kesemua fahaman ini besifat keduniaan semata-mata. Di Malaysia konsep fahaman libralisme ini ditolak seratus peratus. Fahaman Islam libralisme dan pluralisme tidak boleh dipraktikkan kerana ia bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah dan bermazhab al-Syafie. Fahamam Islam pluralisme mengatakan bahawa semua agama yang ada di atas muka bumi ini adalah sama dan tujuannya adalah untuk mengajak kepada kebaikan. Di sebalik ajaran semua agama adalah sama, terselit satu pengiktirafan dan permintaan kepada dunia Islam bahawa semua agama seharusnya dilayan dengan sama rata dan adil. Agamaagama lain juga berhak untuk mendapat keistimewaan di dalam semua perkara yang disediakan oleh kerajaan. Golongan ini juga berpendapat, di dalam Islam perlu muncul pelbagai fahaman yang tidak perlu tertakluk kepada pengiktirafan daripada institusi agama ataupun ulama. Aminah Wadud menjadi imam wanita disebabkan dia begitu berpegang kepada fahaman pluralisme. Dia menganggap wanita juga setaraf dengan lelaki sehingga menolak syariat. Sehubungan dengan itu, Muzakarah Jawatankuas Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali ke – 74 yang bersidang pada 25-27 Julai 2006 telah memutuskan bahawa ‘ Gerakan Pemikiran Libral dianggap mengandungi fahaman-fahaman yang didapati menyeleweng dari aspek akidah dan syariat. 1.4.3 FAHAMAN –FAHAMAN AJARAN SESAT DI MALAYSIA a. Ajaran Ayah Pin ‘Ayah Pin’ merupakan pengasas kepada “Kerajaan Langit” dan telah disenaraikan dalam kumpulan ajaran sesat. Ajaran sesat ini berkampung di Kampung Batu 13, Hulu Besut Terengganu. Ayah Pin menyifatkan dirinya sebagai wakil "Tuhan" segala agama. Manakala pengikut-pengikutnya pula menganggap Ayah Pin sebagai Tuhan yang menerima wahyu dari langit dan segala yang dibuatnya adalah berasaskan wahyu tersebut. Dengan kehebatan Ayah Pin memimpin ajaran sesat Kerajaan Langit itu, ramai orang-orang tempatan malah luar negara dari pelbagai ugama mempercayai dan mengagungkan Ayah Pin bak setinggi langit. Ayah Pin berjaya memperalatkan dan mempengaruhi pelbagai lapisan masyarakat, agama dan status penduduk di negara ini untuk menyertai ajaran yang disebarkannya. Ini termasuklah beberapa orang artis tempatan. Hakikatnya, Ayah Pin bukannya orang cerdik pandai, malah dia buta huruf dan tidak tahu membaca. Dengan pengikut-pengikutnya itu juga, Ayah Pin membangunkan kawasan Kerajaan Langit dengan teko, pasu dan beberapa lagi replika besar untuk melambangkan kuasa Tuhan yang diamanahkan kepada dirinya untuk melindungi dan memayungi umat manusia. Selepas hampir 10 tahun giat dengan ajarannya di Malaysia, akhirnya ajaran yang memesongkan orang ramai itu telah dihidu oleh pihak berkuasa dan agama tempatan. Dan akhirnya pengikut-pengikut Ayah Pin pula ditahan dan disoal siasat serta didakwa di mahkamah. Kawasan Kerajaan Langit juga telah dimusnahkan. Ayah Pin pula menyatakan


SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM 28 dia tidak boleh dianggap sesat kerana dia sudah mengistihar keluar dari memeluk Islam semenjak 1998 lagi. b. Ajaran Tuhan Harun Menubuhkan sistem pengajian sendiri mirip sukatan pelajaran di universiti serta mewujudkan beberapa pertubuhan dengan tujuan mengutip dana, adalah antara 'modus operandi' ajaran sesat "Tuhan Harun" dalam usaha menyebarkan ajaran tersebut kepada orang ramai. Ketua ajaran tersebut, Harun Mat Saat, 47, dikesan menyebarkan sistem pengajian itu dikenali sebagai 'Universiti Universal Overhead God' kepada lebih 300 pengikutnya. Harun membahagikan pengikutnya kepada tiga peringkat pengajian iaitu 'Intake baru' diperkenalkan kepada pengikut baru, peringkat 'Doktorat', dan tahap paling tinggi dinamakan 'Doctor World of God' yang dikatakan setaraf PhD. Harun juga disyaki menubuhkan beberapa pertubuhan digunakan bertujuan mengutip derma bagi mengumpul dana kewangan. Antara pertubuhan yang berjaya dikesan itu adalah Pertubuhan Kebajikan Addiin Malaysia dan Pertubuhan Pembangunan Muallaf Malaysia masing-masing berpangkalan di Kluang dan Skudai, Johor. Antara ritual mereka setiap hari ialah bermain muzik atau ‘jamming’ lagu berentak rock menjelang masuk waktu Maghrib dan menyanyi lagu yang liriknya memuja ketua kumpulan dikenali sebagai ‘Tuhan Harun’. Apabila azan berkumandang, pengikut ajaran sesat Tuhan Harun itu semakin rancak mengalunkan muzik keras sambil terlompat-lompat menyanyi serta menari. Pada 24 April 2013, Harun didakwa di Mahkamah Syariah Kuantan atas 11 pertuduhan termasuk menyebarkan ajaran sesat dan menghina agama Islam dengan mengaku sebagai Tuhan. c. Gerakan Anti Hadis Gerakan anti hadis di Malaysia telah dipelopori oleh Kassim Ahmad, seorang pengasas Parti Sosialis Rakyat Malaysia. Beliau bersama-sama rakan-rakannya seperti Othman Ali dan Abdul Manan Harun mula mengembangkan fahaman ini pada tahun 1985. Mereka cuba menarik perhatian umat Islam dengan mengemukakan teori bahawa ajaran Islam memadai dengan hanya berpandukan al-Quran serta kajian saintifik menerusi akal. Beliau terpengaruh dengan Dr. Rashad Khalifa lalu menulis buku kontroversi ‘ Hadis: Satu Penilaian Semula.” Buku ini diharamkan oleh Pusat Islam mengikut keputusan Muzakarah Mufti-Mufti Negeri pada 6 September 1995. Selepas itu beliau menubuhkan pertubuhan Jemaah Quran Malaysia tetapi pendaftarannya ditolak oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia. Selain itu banyak berdebat dengan pelbagai pihak berwibawa, akhirnya beliau menulis buku bertajuk ‘ Hadis:Jawapan Kepada Pengkritik’. Beliau sebenarnya mengkritik penggunaan Hadis sebagai sumber perundangan Islam. Pemikiran Kassim Ahmad boleh dikatakan sebagai pemikiran yang salah dan bertentangan dengan Ahlu Sunnah Wal Jamaah. JAKIM memandang serius dalam isu yang dibangkitkan dalam ‘Seminar Pemikiran Kassim Ahmad:Satu Penilaian’ pada 15 dan 16 Februari 2014 di Putra Jaya. Kenyataan-kenyataan daripada para pembentang kertas kerja seminar khususnya yang berkaitan dengan isu-isu agama ialah: i. Mempertikaikan dua kalimah syahadah dengan menganggap syahadah yang kedua sebagai mendewa-dewakan Nabi Muhammad saw. ii. Mempertikaikan rambut sebagai aurat wanita dan memperlekehkan wanita yang berhijab. iii. mempertikaikan hadis sebagai sumber hokum dan menuduh Imam Syafi’e yang memulakan doktrin baru dengan menyatakan hadis sebagai satu sumber hukum sama seperti al-Quran.


SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM 29 iv. mentafsir al-Quran berdasarkan logic semata-mata. v. Mengiktiraf ‘Kod 19’ oleh Rasyad Khalifa, sebagai pentafsir al-Quran bagi menggantikan hadis. d.Ajaran Haji Kahar Nabi Palsu Haji Kahar Bin Haji Abdul Jalal telah mengaku dirinya sebagai Rasul atau "Utusan Allah". Dia mendakwa Rasul sentiasa ada di bumi untuk menyampaikan ilmu Allah. Beliau mengaku menerima wahyu daripada Allah yang diturunkan di Bukit Kemensah dan diturunkan dalam keadaan sepertimana dialami oleh Rasulullah S.A.W. Sembahyang lima waktu adalah tidak wajib. Pada dia "sembahyang" itu memadai dengan membuat kebaikan dan menjauhkan diri dari perkataan mungkar. Dia tidak percayakan Al-Ouran yang ada sekarang ini sebagai Al-Ouran yang sebenarnya. Pada dia, Al-Ouran yang ada sekarang adalah sebagai catatan sahaja. Al-Quran yang sebenarnya berada di atas langit iaitu di Loh Mahfuz. Dia tidak percayakan Hadis. Baginya Hadis yang ada sekarang hanyalah rekaan manusia yang dibuat selepas wafat Rasulullah S.A.W. Katanya Orang Islam tidak perlu mengerjakan ibadah haji ke Mekah. Ibadah haji boleh di mana-mana sahaja di bumi Allah. Pada dia pergi ke Mekah dan ke Arab Saudi hanya untuk melihat kesan-kesan sejarah Rasulullah S.A.W. Dia mendakwa ada mempunyai mukjizat. Mukjizat ini berlaku semasa beliau berada di Bukit Kemensah. Di peristiwa yang pertama hari itu hari hujan, tetapi dia tidak kena hujan. Di peristiwa yang kedua, pada hari panas tetapi dia tidak merasai panas. Beliau telah mengarang buku "Al-Ouran Pembeda" yang bercanggah dengan Islam.


SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM 30


Click to View FlipBook Version