The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DISEDIA OLEH : NURULHUDA BINTI MUHAMAD

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mariani bt Mat Dris, 2022-12-14 23:39:12

TAZKIRAH KETENANGAN

DISEDIA OLEH : NURULHUDA BINTI MUHAMAD

MENCARI KETENANGAN HATI
Disediakan oleh: Ustazah Nurulhuda Binti Muhamad
Unit Pendidikan Islam, Jabatan Pengajian Am,
Politeknik Kota Bharu

.‫أعوذ بالله من الشيطان الرجيم بِ ْســــــــــــــــــــــ ِم ا ِﷲا َّر ْح ٰم ِن الر ِحيم‬

MUQADDIMAH

Ketenangan (Sakinah) adalah kelapangan dalam hidup seseorang. Ketenangan adalah
ketetapan hati kepada Allah SWT kerana meyerahkan segala urusan kepada-NYA. Dalam
hidup ini, kita memerlukan ketenangan. Tenang dalam percakapan, tenang dalam perlakuan
dan tenang dalam mengharungi kehidupan ini.

Namun dalam hidup ini, semua manusia termasuk diri kita sendiri pasti ada dibebankan dengan
masalah. Pelbagai bentuk masalah yang muncul samaada besar atau kecil atau biasa-biasa saja.
Pastinya kita tidak tenang dan berada dalam resah gelisah. Setiap dari kita pasti pernah
merasakan saat-saat dimana masalah yang kita hadapi tak kunjung menemukan jalan keluar.
Saat masalah itu muncul, hati kita dilanda kegelisahan, kecemasan, stress hingga menyebabkan
kesedihan dan kemurungan.

Terkadang kita merasakan masalah tersebut tidak ada solusinya. Perlu kita faham, Islam adalah
agama yang tenteram, agama yang memberikan ketenangan, agama yang memberikan
kedamaian. Dengan memeluk Islam, mempelajari ilmunya kemudian mengamalkannya,
nescaya kita akan mendapatkan ketenangan dalam hidup. Yakinlah, Setiap dugaan yang
dihadapi mungkin sukar, tetapi Allah SWT turut menyediakan jalan keluar untuk setiap
kesusahan. Setiap permasalahan pasti ada penyelesaiannya.
Sebagaimana firman Allah SWT :

‫ إِ َّن َم َع ا ْلعُ ْس ِر يُ ْس ًرا‬, ‫َفإِ َّن َم َع ا ْلعُ ْس ِر يُ ْس ًرا‬

Maksud :

“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan
ada kemudahan” (Surah al-Insyirah: 5-6)

Firman Allah SWT :

‫﴾ َويَ ْر ُزقْهُ ِم ْن َحيْ ُث َل‬٢﴿ ‫َو َمن يَتَّ ِق اللَّـهَ يَ ْجعَل لَّهُ َم ْخ َر ًجا‬
‫يَ ْحتَ ِس ُب َو َمن يَتَ َوكَّ ْل عَلَى اللَّـ ِه فَهُ َو َح ْسبُهُ إِ َّن اللَّـهَ بَالِ ُغ‬

‫أَ ْم ِرهِ قَ ْد َجعَ َل اللَّـهُ لِكُ ِل شَ ْيء قَ ْد ًرا‬

Maksud :

“Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan baginya
jalan keluar (dalam semua masalah yang dihadapinya) dan memberinya rezeki dari
arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan sesiapa yang berserah diri kepada Allah
SWT, maka Allah mencukupkan (keperluan) baginya. Sesungguhnya Allah
melaksanakan urusanNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi
setiap sesuatu”
(Surah at-Thalaq, ayat 2-3)

Terdapat beberapa cara dalam mencari ketenangan yang dianjurkan dalam Islam. Antara
amalan yang boleh diamalkan supaya mendapat ketenangan ialah:

1. LAKSANAKAN SOLAT DENGAN SEMPURNA

Solat adalah salah satu penawar untuk memberikan ketenangan kepada jiwa manusia.
Allah SWT adalah sumber ketenangan dan Dia lah penyelesai masalah kepada segala
masalah yang dihadapi hamba-hamba-Nya.

Walau besar menggunung masalah yang sedang dihadapi sekalipun, tetapi apabila kita
mengadu kepada Allah, pasti AllahSWT akan memberi ilham untuk menyelesaikannya.

Kerjakan yang wajib sesempurnanya dan perbanyakkan solat sunat. Khusyuklah dalam
solat walaupun perbuatan khuyuk dalam solat bukan salah satu daripada syarat sah
wajib solat, tapi ia adalah sesuatu perkara yang penting untuk mendapatkan
kesempurnaan dalam setiap ibadah solat yang dilakukan.

Dalam solat kita berhubung dengan Allah SWT. Kita berkomunikasi dengan Allah
SWT. Percayalah Allah Maha Mendengar setiap luahan isi hati hambanya. Apabila
dilanda ujian, diri menjadi takut dan panik. Maka, kembalilah dengan cara berzikir,
berdoa serta mendirikan solat. Allah SWT sentiasa menjaga dan merawat sehingga
kehidupan kita semakin baik hari demi hari.

2. MEMBACA AL-QURAN
Al-Quran bukan hanya dibaca semata-mata bahkan mengamalkannya sebagai panduan
dan pedoman hidup. Perbanyakkan membaca al-Quran sekiranya ada masalah daripada
kita banyak bercakap yang tidak berfaedah. Ketika kita lihat al-Quran, memegangnya,
membacanya dan beramal denganya, maka kita akan mendapat ketenangan yang
sebenar-benarnya.

3. SENTIASA BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH SWT
Hidup kita tidak pernah lepas daripada ujian atau masalah. Jadi jangan sekali
menyalahkan takdir atas apa yang terjadi dalam hidup kita. Baiki prasangka kita
terhadap Allah SWT dan minta pertolongan hanya kepada-NYA. Istiqamah dalam
berdoa dan merintih kepada Allah SWT agar diberikan jalan keluar. Sikap berbaik
sangka kepada Allah SWT akan menyebabkan kita berasa tenang ketika ditimpa dengan
berbagai masalah.

4. BERSYUKUR ATAS APA YANG ADA
Sentiasa bersyukur dengan apayang dimiliki oleh kita. Dengan itu jangan terlalu
mengikut nafsu yang seringkali memikirkan apa yang kita tidak ada dan mahu
memilikinya. Jangan sesekali kita menyangka dengan memilikinya kita akan dapat
kebahagiaan dan ketenangan.

Tetapi percayalah, setelah mendapatkannya kita akan menginginkan lebih dan lebih
lagi. Segalanya tidak akan mencukupi. Kebahagiaan dan ketenangan tidak akan
diperolehi sehingga kita bersyukur denga napa yang telah kita miliki. Kemewahan dam
kekayaan tidak menjamin kebahagiaan kerana harta tidak boleh beli segalanya. Contoh
kita boleh beli makanan lazat tapi tidak boleh beli lazatnya makanan.

5. YAKIN TERHADAP PERTOLONGAN ALLAH SWT
Kita adalah makhluk yang lemah, sementara Allah SWT dengan segala kuasanya
mampu mengendali apapun. Sebagai manusia, kita harus menyedari bahawa tiada apa
yang lebih berkuasa dibandingkan dengan Allah SWT. Kita menjadi tidak tenang
Ketika memikirkan akan kemampuan untuk menghadapi sesuatu. Sedangkan kita lupa
bahawa semua kekuatan dan kemampuan yang dimiliki datang dari Allah SWT.
Sesulit manapun hidup, seberat mana pun masalah yang kita hadapi, kita mesti yakin
bahawa Allah tidak akan memberi dugaan atau ujian terhadap hambaNya yang tidak
mampu untuk menghadapinya. Kita yakin bahawa Allah SWT pasti akan memberikan
pertolongan dan membantu kita untuk menyelesaikan permasalahan tersebut. Yang
pastinya kita perlu menghadapinya dengan ikhlas, sabar serta bertawakkal kepada Allah
SWT. Mintalah pertolongan kepada Allah, kerana Allah selalu mendengar permohonan
hamba-Nya.

6. MENJAGA SILATURRAHIM SESAMA MANUSIA
Ikatan persaudaraan sesama Manusia umpama sebuah bangunan yang saling
menyokong antara satu sama lain bagi memastikan kekuatan sesebuah bangunan itu
terus terpelihara. Begitu juga diibaratkan silaturahim sesama Muslim yang harus
dipelihara supaya dapat menguatkan perpaduan umat Islam.
Tanam sifat-sifat terpuji dalam diri kita agar terbina ukhwah dan persaudaraan sesama
kita. Dengan itu, kita perlu menghindari sifat ego, sombong dan angkuh dan tanamkan
dalam diri sifat menghormati orang.
Nasihat Imam Al-Ghazali dalam menjaga silaturrahim
a. Jika berjumpa dengan kanak-kanak anggaplah kanak-kanak itu lebih mula daripada
kita kerana kanak-kanak belum banyak melakukan dosa
b. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana
dia sudah lama beribadah kepada Allah SWT berbanding dengan kita

c. Jika bertemu dengan orang yang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita
kerana mereka melakukan dosa dalam kejahilan. Sedangkan kita melakukan dosa
dalam keadaan mengetahui

d. Jika bertemu dengan orang yang aliam Anggaplah dia lebih mulia daripada kita
kerana dia lebih banyak ilmu yang dipelajari dan lebih banyak menegtahui
berbanding dengan kita

e. Apabila bertemu dengan orang kafir, Katakanlah di dalam hati bahawa mungkin
suatu hari nanti, mereka akan diberi hidayah oleh Allah SWT dan akan memeluk
Islam, Maka segala dosa mereka akan diampuni AllahSWT.

Antara hikmah mengeratkan hubungan silaturahim ialah memudahkan urusan
manusia kerana secara fitrahnya manusia tidak boleh hidup bersendirian, sebaliknya
hidup saling bergantung antara satu sama lain dan melengkapi keperluan sesama
mereka yang akan mewujudkan ketenangan pada seseorang.

7. HIDUP SEDERHANA

Semasa hidupnya, Nabi Muhammad SAW senantiasa menerapkan pola hidup yang
sederhana. Mulai dari cara memenuhi keperluan harian, cara berpakaian, hingga tempat
tidur nabi SAW.

Manfaat hidup sederhana akan meningkatkan rasa syukur. hidup sederhana
lebih dan mengajar untuk merasa cukup atas apa yang dimiliki, maka rasa
syukur terhadap hidup akan meningkat.Dengan ini hidup sederhana amat
menguntungkan dan menenangkan.

8. SELALU TERSENYUM
Manfaat senyum dalam islam tentu amatlah banyak. Menurut bahasa, senyum adalah
ekspresi wajah yang muncul tatkala kita mengembangkan bibir. Senyum adalah bentuk
dari kebahagiaan. Tentunya setiap orang pasti dapat mengukir senyuman. Dan tahukah,
bahawa seulas senyum yang kau berikan kepada saudaramu termasuk ibadah.

Kita sebagai umat rasul, tentunya ingin meneladani sikap Rasulullah SAW. Termasuk
salah satunya dengan menjadi seorang yang murah dengan senyuman. Tersenyum
memiliki banyak sekali manfaat.

Dari Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu, Rasululllah SAW bersabda:

‫بَ ُّس ُم َك ِفى َو ْج ِه أَ ِخي َك َل َك َص َد َقة‬

maksud:

"Senyummu di hadapan saudaramu adalah (bernilai) sedekah bagimu" (HR. Tirmidzi)

Tersenyum juga merupakan perbuatan menebar kebaikan. Ini tentu sangat penting.
Sebab kita adalah khalifah di muka bumi. Sebagai khalifah (pemimpin) sudah
selayaknya kita memberikan contoh yang baik. Salah satunya menebar senyum kepada
sesama.

Dengan tersenyum, kita berarti telah menunjukkan sikap menghargai. Tersenyum pun
tidak boleh pilah-pilih. Misalnya kepada orang kaya kita tersenyum, sedangkan orang
miskin kita tidak peduli. Jangan ya! Ingat setiap muslim bersaudara, jadi tersenyumlah
dengan tujuan menebar kebaikan.

Demikianlah beberapa kunci amalan yang mampu memberikan ketenangan dalam
Islam. Semua bergantung pada diri kita. Apakah kita mampu melaksanakan amalan-
amalan di atas atau justeru tetap terfokus pada masalah yang kita hadapi. Intinya, jika
kita merasa kesulitan dalam menghadapi suatu masalah, ingatlah kepada Allah. Karena
hanya dengan mengingat Allah kita akan mendapat ketenangan, dan hanya padaNya
lah kita meminta pertolongan.

Ketenangan itu berpusat di dalam hati Nurani. Ia perlu dijaga, kerana bila hilang
ketenangan, hilanglah kebahagiaan, tidak ada lagi keindahan dalam kehidupan
sekalipun mempunyai kekayaan.


Click to View FlipBook Version