RONG SI ARNAB
Disediakan oleh : NOR AINI AKMA BINTI WAN AHMAD
(278608)
WATAK DAN PERWATAKAN
Rong- seekor arnab yang ceria dan suka meneroka.
Ibu Rong- ibu yang prihatin terhadap anaknya.
Belang- seekor harimau yang baik hati yang menjaga kawasan hutan.
Joo- seekor burung baik hati yang telah menolong Rong mencari
ibunya.
Bam- seekor ular jahat yang telah menyerang Rong dan ingin
memakannya.
Pada suatu hari, terdapat seekor arnab yang
bernama Rong yang hanya tinggal bersama ibunya di
pinggir hutan. Rong merupakan seekor arnab yang
suka meneroka benda baharu. Pada suatu pagi,
Rong meminta izin dengan ibunya untuk mengikuti
ibunya mencari makanan di dalam hutan. Ibunya
mengizikannya tetapi dengan syarat Rong harus
mengikuti apa yang dikatakan ibunya.
Ibu, bolehkah saya Boleh! tapi kamu jangan
menemani ibu ke hutan nakal dan perlu ada
hari ini untuk mencari berdekatan dengan ibu
sepanjang masa ketika
makanan? berada di dalam hutan.
Keesokan paginya, Rong dan ibunya bersama-sama pergi
ke dalam hutan untuk mencari makanan. Rong berasa sangat
seronok kerana dapat menemani ibunya ke dalam hutan dan
dia juga berasa sangat teruja melihat banyak spesies haiwan
dan tumbuhan ketika berada di dalam hutan.
kamu harus ingat baiklah ibu!
pesan ibu jangan
pergi jauh dari
ibu?!
ketika berada di dalam hutan, Rong melihat
sekumpulan rama-rama. Dia berasa tertarik dan terus
mengejar rama-rama tersebut tanpa pengetahuan
ibunya yang sedang sibuk mencari makanan.
Wah! cantiknya
rama-rama itu.
Ketika sibuk mengejar rama-rama, Rong tidak
perasaan bahawa dia telah terpisah dengan ibunya dan
sesat di dalam hutan tersebut. Rong mula cuak dan
berasa takut kerana dia tidak tahu arah untuk pulang
bertemu ibunya kerana ini pertama kali dia masuk ke
dalam hutan.
Di manakah
saya?!
Semasa dalam perjalanan mencari jalan pulang, Rong
terdengar ada suara meminta tolong yang tidak jauh
dari kawasan dia lalui. Rong bergegas mencari siapa
yang meminta pertolongan itu. Rong melihat seekor
harimau yang meminta pertolongan tersebut dan
berada dalam keadaan kesakitan.
Tolong!
tolong!
Dari manakah
datangnya suara
meminta tolong itu?!
Harimau tersebut meminta bantuan Rong untuk
melepaskan diri daripada kayu tersebut. Lalu, Rong
segera memberikan pertolongan dengan membantu
harimau tersebut mengangkat kayu tersebut. Harimau itu
memperkenalkan dirinya sebagai Belang dan
mengucapkan terima kasih kepada Rong kerana telah
membantunya.
Bolehkah kamu menolong saya Baiklah saya akan
untuk mengangkat kayu ini? membantu kamu
kaki saya tersangkut di bawah
kayu ini.
Rong telah menceritakan apa yang berlaku terhadap
dirinya kepada Belang. Belang berjanji akan membantu
Rong mencari jalan pulang sebagai membalas budi Rong
yang telah menyelamatkannya.
Jangan risau, saya saya tersesat dan
akan membantu kamu tidak dapat menemui
untuk mencari jalan jalan pulang!
pulang.
Semasa mereka meneruskan perjalanan, Rong
mengadu kepada Belang bahawa dia kepenatan dan
kehausan. Lalu, Belang menawarkan diri untuk mencari
air dan menyuruh Rong berehat sebentar. Belang pun
pergi meninggalkan Rong bersendirian untuk mencari
sumber air.
Kamu berehatlah
sebentar, saya akan
mencari air untuk
kamu!
saya penat dan
hauslah Belang!
Ketika Belang pergi mencari air, Rong tertidur di
bawah pokok. Namun, tiba-tiba datang seekor ular
yang bernama Bam datang untuk menyerangnya yang
sedang tidur untuk dijadikan santapan.
Wah! ada makanan
untuk sayalah!
Zzzzzz!!!
Bam telah menangkap Rong dan Rong berusaha untuk
melepaskan diri tetapi tidak berjaya. Rong menjerit
sekuat hati untuk meminta pertolongan namun tidak
ada yang mendengarinya. Ketika ini Rong berasa sangat
takut.
Tolong!tolong! Jangan harap saya
tolong jangan akan lepaskan kamu!
makan saya!
kamu itu makanan
saya!
Belang mendengar suara Rong yang sedang meminta
tolong. Lalu, Belang segera pergi ke tempat Rong
untuk menyelamatkannya. Belang mengugut Bam
supaya melepaskan Rong dan akhirnya Bam
melepaskan Rong kerana takut dia akan dibunuh oleh
Belang.
Lepaskan arnab itu
sebelum saya
membunuh kamu!
Baiklah! kali ini
saya lepaskan
kamu!
Belang! tolong
saya!
Ketika mereka meneruskan perjalanan, Adakah kamu
datang seekor burung yang bernama sedang mencari
Joo yang telah membantu mereka
dengan mengatakan bahawa dia telah ibumu?! saya
melihat ibu Rong berjalan ke arah hutan melihat dia pergi
sana.
ke arah sana!
Terima Jom kita pergi
kasih Joo! ke tempat ibu
kamu!
Akhirnya, Rong dapat bertemu kembali dengan
ibunya. Rong telah meminta maaf kepada ibunya
kerana tidak mendengar arahan ibunya semasa
berada di dalam hutan. Rong dan ibunya juga
mengucapkan terima kasih kepada Belang dan Joo
kerana telah membantu mereka untuk bertemu
kembali.
Syukurlah
kamu tidak
apa-apa!
Maafkan saya
ibu!
-Tamat-
PENGAJARAN
Kita mestilah mendengar arahan ibu bapa
supaya tidak berlaku perkara yang tidak
diingini.
Kita haruslah sentiasa berbuat baik kepada
orang lain supaya kita juga diperlakukan
dengan baik oleh orang lain.
Kita hendaklah membalas jasa orang yang
telah membantu kita.
SINOPSIS :
Buku cerita kanak-kanak ini mengisahkan tentang seekor arnab yang mengikuti ibunya
ke hutan untuk menolong ibunya mencari makanan. Namun begitu, ketika berada di dalam
hutan Rong telah terpisah dengan ibunya kerana asyik mengejar rama-rama dan gagal
mencari jalan pulang. Ketika berada di dalam hutan tersebut, Rong telah terserempak
dengan Belang iaitu seekor harimau yang memerlukan pertolongan lalu bertindak untuk
menolongnya. Belang cuba membantu Rong untuk mencari jalan pulang sebagai membalas
budi Rong yang telah menyelamatkannya. Ketika dalam perjalanan, datang seekor ular
menyerang Rong dan ingin memakannya namun diselamatkan oleh Belang. Rong juga
berjumpa dengan seekor burung yang bernama Joo yang turut membantunya mencari
ibunya dan jalan pulang. Adakah Rong akan bertemu kembali ibunya dan menemui jalan
pulang?.