The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Fazleen Kamarudin, 2020-03-23 14:35:52

MEMADAN PAKAIAN

MEMADAN PAKAIAN

MEMADAN
PAKAIAN

PN NURA’INUL FAZLEEN BINTI
KAMARUDIN

Mengacu pakaian pada badan adalah untuk
mendapatkan padanan yang tepat:
a) Memakai pakaian dasar yang mengikut
bentuk tubuh (untuk kepatan)
b) Menjalankan proses mengacu pakaian
kontemporari pada badan dengan teliti
c) Semasa proses mengacu, pastikan:

- Benang pakan berada pada sudut
tepat GTH dan GTB
-Kedudukan terletak dengan elok pada
badan

i. Bahan yang diperlukan untuk acu padan pakaian:
Kapur tukang jahit

ii. Jenis-jenis peralatan yang digunakan untuk mengacu
pakaian:
Pita ukur
Jarum peniti
Alat tulis
Gunting fabrik
Alatan dan mesin menjahit
Kacip benang
Penetas
Mesin pengemas tepi
Alat menekan (tekanan/wap)

iii. Menjahit bahagian badan yang telah diacu padan.
Jika pakaian yang dihasilkan memerlukan

pengubahsuaian, perubahan tersebut akan dijahit.
iv. Menekan pakaian yang telah diacu

Pakaian yang dilakukan pengubahsuaian perlu
ditekan semula dengan sempurna.
v. Menilai kualiti jahitan:

- Ketegangan mata jahitan elok
- Ketepatan ukuran
- Memenuhi kehendak pelanggan

Ciri-ciri acu yang padan dengan pemakai ialah:-
- Pakaian yang dipakai tergantung dengan baik dan garis bahu ke
garis lipatan
- Pakaian tidak terlalu panjang atau pendek daripada garis leher ke
garis pinggang dan dari garis pinggang ke garis kelepet
= Bahagian kiri dan kanan pakaian hendaklah seimbang dan
hujung pakaian selari dengan garis lantai
Ciri-ciri pakaian yang tidak teracu dengan baik ialah :-
-Pakaian tidak terletak dengan baik kerana bentuk pakaian tidak
sesuai dengan bentuk badan pemakai.
Sebab – sebab pakaian tidak teracu dengan baik :-
- Ukuran badan tidak diukur dengan betul
-Jahitan tidak tepat digaris pemadan
-Kesilapan semasa membuat pola
-Lisu pada pola tidak dibuang
-Tidak membuat penambahan untuk keselesaan
*Pakaian yang hampir siap hendaklah diacu pada badan pemakai
supaya pakaian akan kelihatan menarik serta tergantung elok
apabila dipakai,ia tidak terlalu ketat dan terlalu longgar apabila
dipakai

SENARAI SEMAK MEMADAN PAKAIAN


Click to View FlipBook Version