The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU LOG KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aisyahsyahirah, 2024-03-11 23:02:33

BUKU LOG KADET REMAJA SEKOLAH

BUKU LOG KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

SEJARAH PENUBUHAN KRS Kadet Remaja Sekolah (KRS) telah diasaskan oleh En Thani bin Syaaban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Awalnya, pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajarpelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya seramai 20 orang sahaja, iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan 2. Matlamat utama penubuhannya adalah untuk melahirkan murid cemerlang yang berilmu, beriman dan beramal, berakhlak mulia, bersemangat patriotik, berketerampilan selaras dengan hasrat tuntutan Falsafah Pendidikan Negara ke arah Wawasan 2020. Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan berteraskan ‘Islam Sebagai Cara Kehidupan (Ad Deen)’. Bermula tahun 1989, beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah menubuhkan KPIM, dan sebanyak 53 buah sekolah menengah di seluruh negara telah menubuhkannya pada tahun 1993. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia bermula pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan ini, tesis KPIM telah dibentangkan. Hasilnya, sebuah jawatankuasa kecil dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet. Jawatankuasa ini telah mencadangkan nama KPIM ditukarkan kepada Kadet Putera-Puteri Islam. Walau bagaimanapun, nama pasukan ini ditukarkan kepada Kadet Remaja Sekolah. Sementara itu taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-Pengarah Bahagian Pendidikan yang diadakan pada bulan Oktober 1993 dan dipengerusikan oleh Tan Sri Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada Kadet Remaja Sekolah (KRS) yang bertujuan agar keahliannya terbuka kepada semua kaum sama ada pelajar lelaki atau perempuan. Upacara Pelancaran Kadet Remaja Sekolah Peringkat Kebangsaan telah dilaksanakan pada 20 Jun 1995 oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Najib Tun Haji Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur.


SEJARAH PENUBUHAN TKRS Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) mula diasaskan pada 15 Mac 1999. Sekolah pertama (perintis) yang menubuhkan TKRS ialah Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kuala Lumpur yang kini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Setapak Indah. Tunas Kadet Remaja Sekolah ditubuhkan oleh En. Wan Mohd. Ariffin bin Wan Hussin, khas untuk muridmurid sekolah rendah seperti mana Kadet Remaja Sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah menengah sahaja. Antara tujuan TKRS ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai KRS. Ini kerana, TKRS merupakan KRS di peringkat awal (sekolah rendah). Kurikulum, matlamat dan objektif serta perjuangan TKRS adalah berdasarkan Kadet Remaja Sekolah (KRS). Pada awal penubuhan, pasukan ini dinamakan Tunas Kadet Remaja Islam Sekolah (TKRIS). Kini, TKRIS dikenali sebagai Tunas Kadet Remaja Sekolah. Penubuhan Tunas Kadet Remaja Sekolah secara rasminya telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran YB Dato’ Noh b. Omar di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah Darul Aman pada 26 Mac 2006.


PENGASAS KRS Allahyarham Muhammad Thani Bin Shaaban, yang merupakan pengasas KRS lahir di Teluk Kumbar, Pulau Pinang pada 9 Disember 1963. Beliau merupakan anak bongsu daripada dua orang adik beradik. Bapanya, iaitu Shaaban bin Daud merupakan bekas Guru Besar di SK Teluk Kumbar Pulau Pinang. Manakala bondanya, iaitu Norma Binti Abdul Rahman merupakan suri rumah sepenuh masa. Beliau mendapat pendidikan awal di SK Teluk Kumbar dan menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Raja Tun Uda, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Beliau merupakan seorang pelajar yang aktif dalam bidang kokurikulum. Minatnya dalam bidang pendidikan terserlah apabila beliau telah berjaya menamatkan Kursus Perguruan Asas di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim Johor Bharu pada 28 Februari 1985. Kemudian, beliau melanjutkan pengajiannya di peringkat ijazah di Universiti Malaya dalam bidang Pendidikan Islam dan Sejarah. Beliau memulakan perkhidmatan awalnya sebagai guru di SMK Raja Abdullah dan meneruskan sebagai guru siswazah di SM Sains Selangor dan SM Sains Hulu Selangor, Ulu Yam. Beliau merupakan tokoh yang berjasa dalam bidang pendidikan apabila mencetuskan idea penubuhan Kadet Remaja Sekolah Malaysia. Kadet Remaja Sekolah telah ditubuhkan di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987. Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam (KPIM). Matlamat utama penubuhannya bertujuan untuk melahirkan murid cemerlang yang beriman, berilmu, berakhlak mulia dan bersemangat patriotik serta berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020. Penubuhan Kadet Remaja Sekolah secara rasmi bernaung di bawah Kementerian Pelajaran setelah diusahakan oleh beliau pada 10 Ogos 1993. Pada 13 September 1993, satu pertemuan telah berlangsung dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Nordin untuk membentangkan tesis KPIM untuk menubuhkan jawatankuasa kecil.


TUJUAN/OBJEKTIF PENUBUHAN KRS & TKRS Membentuk generasi murid untuk menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan. Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah guna dadah, budaya lepak dan kes-kes juvana. Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah agar murid memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin. Membina generasi murid patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan negara Malaysia. Melahirkan generasi murid yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan negara. Membina dan mengembangkan pemahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan murid serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya. Mengembangkan aspek potensi murid yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah melalui amalan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara demi menjayakan Wawasan 2020.


STRUKTUR ORGANISASI


Penaung Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah: Menteri Pelajaran Malaysia. Penasihat Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah: Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah adalah seperti berikut: Penaung Pengerusi Timbalan Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Penolong Setiausaha Bendahari AJK yang dilantik Jawatankuasa terdiri daripada empat peringkat: Peringkat Kebangsaan Peringkat Negeri Peringkat Daerah Peringkat Sekolah 1.Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan: Penaung: Menteri Pelajaran Malaysia Penasihat : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Pengerusi: Pengarah Bahagian Sekolah Timbalan Pengerusi: Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah Setiausaha : Ketua Penolong Pengarah (HEM) Bahagian Sekolah Penolong Setiausaha : Dilantik (Dua orang) Bendahari: Dilantik SENARAI STRUKTUR ORGANISASI & JAWATANKUASA KRS 4 PERINGKAT JAWATANKUASA


a. Ahli-ahli : - Pengarah-Pengarah JPN - Pengarah Bahagian Pendidikan Guru - Pengarah Bhg. Dakwah & Kepimpinan - Pengarah Bahagian Teknik &Vokasional - Pengarah Institut Aminuddin Baki - Tiga ahli dilantik - Dua Wakil Jurulatih KRS - Dua Wakil Jurulatih TKRS b. Juruaudit:Dilantik 2.Jawatankuasa Peringkat Negeri: Penaung: Menteri Pelajaran Malaysia Penasihat : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Pengerusi : Pengarah Pelajaran Negeri Timbalan Pengerusi: Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Setiausaha : Ketua Unit Kokurikulum Pen. Setiausaha 1: Penyelia Pasukan Pakaian Seragam Pen Setiausaha 2: Pegawai Tadbir KRS Bendahari: Dilantik Ahli-ahli: Dilantik termasuk, - Pegawai Pelajaran Daerah - 2 Wakil Jurulatih KRS dan 2 Wakil Jurulatih TKRS - Wakil PKPSM dan MGB SENARAI STRUKTUR ORGANISASI & JAWATANKUASA KRS 4 PERINGKAT


3. Jawatankuasa Peringkat Gabungan/Daerah: a. Jawatankuasa Peringkat Pejabat Pelajaran Gabungan (Sabah dan Sarawak) Penaung Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Penasihat Pengarah Pelajaran Negeri Pengerusi: Pegawai Pelajaran Gabungan Tim. Pengerusi: Ketua Unit Setiausaha : Penyelia Kokurikulum Pen. Setiausaha : Pegawai Tadbir Gabungan KRS Bendahari: Dilantik Ahli: Dilantik Termasuk 2 Wakil Jurulatih KRS dan 2 Wakil TKRS, Wakil PKPSM dan MGB (Gabungan) Ex-Officio: Pegawai Tadbir KRS Negeri Juruaudit: Dilantik (2 orang) b. Jawatankuasa Peringkat Daerah Penaung: Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Penasihat : Pengarah Pelajaran Negeri Pengerusi: Pegawai Pelajaran Daerah Tim. Pengerusi: Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (SPPK) Setiausaha : Penyelia Pen. Setiausaha : Dilantik Bendahari Dilantik Ahli: Dilantik Termasuk 2 Wakil Jurulatih KRS dan 2 Wakil TKRS, Wakil PKPSM dan MGB Ex-Officio: Pegawai Tadbir KRS Negeri Juruaudit: Dilantik (2 orang) *Perlantikan bagi jawatan-jawatan di atas hendaklah dilakukan oleh Pengerusi setiap Jawatankuasa. SENARAI STRUKTUR ORGANISASI & JAWATANKUASA KRS 4 PERINGKAT


4. Jawatankuasa Peringkat Sekolah: Penaung: Pengarah Pelajaran Negeri Penasihat : PPD Pengerusi: Pengetua/Guru Besar Timbalan Pengerusi : Pen. Kanan Kokurikulum Setiausaha : Dilantik Penolong Setiausaha : Dilantik Bendahari: Dilantik Ahli-ahli : (7 orang Dilantik + Ketua Platun KRS/TKRS) Juruaudit (2 orang): Dilantik di kalangan guru *Perlantikan jawatan-jawatan di atas dilakukan oleh penolong pendaftar sekolah. *Pemegang-pemegang jawatan ini dan tiap-tiap pegawai yang hendak menjalankan tugas pengurusan KRS hendaklah warganegara Malaysia. *Guru KRS/TKRS sekolah adalah pemimpin dan pemudah cara kepada Jawatankuasa Peringkat Sekolah. *Tugas Jawatankuasa ialah merancang, mengelola dan mengatur program KRS/TKRS. *Jawatankuasa ini boleh menubuhkan jawatankuasa kecil bagi memantapkan lagi aktiviti KRS/TKRS. SENARAI STRUKTUR ORGANISASI & JAWATANKUASA KRS 4 PERINGKAT


CARTA ORGANISASI KRS IPGM


MAJLIS TADBIR UNIT BERUNIFORM KRS IPGM KPM 1.Matlamat Majlis Tadbir Memperkasa dan memartabatkan profesionalisme ahli dalam KRS Menjadi contoh atau rujukan kepada semua pihak Menjadi institusi yang menggerak, mengeratkan dan mengukuhkan hubungan muhibah, kebajikan, kerjasama, persefahaman dan kesejahteraan bekerja Menjadi saluran rasmi kepada semua ahli Menjalin hubungan dan kerjasama dengan badan dan pertubuhan lain 2. Fungsi-Fungsi Pentadbir Mengurus dan mentadbir pertubuhan Melaksanakan keputusan mesyuarat Agung Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Merancang, melaksana dan menyelia aktiviti Meneliti catatan minit mesyuarat Berhak mempunyai undi pemutus Menandatangani cek-cek 3. Tugas Naib Pengerusi Menjadi pengerusi mesyuarat dan menjalankan tugas apabila pengerusi tiada Membantu pengerusi dalam pengurusan dan pentadbiran Menjalankan tugas yang diamanahkan oleh pengerusi


MAJLIS TADBIR UNIT BERUNIFORM KRS IPGM KPM 4. Tugas Setiausaha Menjalankan kerja pentadbiran mengikut undang-undang Menjalankan perintah Mesyuarat Agung dan Majlis Tertinggi Mengendalikan urusan surat-menyurat Menyimpan buku daftar ahli Menghasilkan dan menyimpan minit mesyuarat Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat / laporan Tugas Penolong Setiausaha Membantu setiausaha mentadbir dan mengurus pertubuhan Menjalankan tugas semasa ketiadaan setiausaha 5. Tugas Bendahari Menyimpan rekod dan stok harta pertubuhan Memungut dan menyimpan penyata pembayaran ahli Memungut dan menyimpan penyata keluar masuk wang Mengurus dan mentadbir pembelian dan urusan kewangan Menyimpan dan menyiapkan penyata kira-kira Menandatangani cek-cek yang diterima Mengeluarkan resit Melaporkan penyata kewangan dalam mesyuarat 6.Tugas Penolong Bendahari Menjalankan tugas semasa ketiadaan bendahari Membantu bendahari menyiapkan urusan kewangan Tugas Ketua Patrol Mengetuai satu kumpulan kecil Membantu pengerusi dan setiausaha melaksanakan tugas yang ditetapkan


MAJLIS TADBIR UNIT BERUNIFORM KRS IPGM KPM 7. Tugas AJK Biasa Menghadiri mesyuarat atau perjumpaan KRS Membantu, memberi idea dalam aktiviti pertubuhan KRS Mempengerusikan biro-biro kecil sekiranya dilantik Tugas Ketua Pentadbir Merancang, menyediakan anggaran, melaksana dan memantau program KRS di peringkat negeri Dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan berpangkat MEJAR KRS Mencalonkan pegawai-pegawai dan ahli kadet untuk berkursus di peringkat kebangsaan Bertanggungjawab terhadap program KRS di peringkat negeri Penasihat berkaitan dengan logistik KRS negeri Pengesahan tatacara pemakaian uniform KRS Membantu Ketua Unit dan Penyelia KOKO Tanggunjawab terhadap Pengarah Pelajaran Negeri dalam semua perancangan program di peringkat kebangsaan 8. Tugas Ketua Jurulatih Merancang, menyediakan anggaran, melaksana dan memantau program berkaitan kejurulatihan KRS Dilantik oleh KPM dan berpangkat MEJAR KRS Bertanggungjawab kepada Pegawai Tadbir KRS Mengeluarkan dan mengaturkan jadual tugas – jurulatih dalam sesuatu program Merancang dan melaksanakan program di peringkat negeri Membantu Pegawai Tadbir mencalonkan pegawai Menyediakan modul kursus kejurulatihan di peringkat negeri Mengenal pasti prestasi, peningkatan dan kebajikan jurulatih/pegawai Tatacara perkhemahan


MAJLIS TADBIR UNIT BERUNIFORM KRS IPGM KPM 9. Tugas Pegawai Teknikal Membantu Pegawai Tadbir dan Ketua Jurulatih Membantu Pegawai Tadbir dari aspek Teknikal Melaksana prosedur-prosedur teknikal terhadap semua aktiviti Menyelia ahli jawatankuasa teknikal Bertanggungjawab dari aspek teknikal Menjalankan tugas yang dimaklumkan oleh JPN / Kementerian Tanggungjawab terhadap perjalanan pertandingan kawad kaki di peringkat negeri 10. Tugas Pegawai Istiadat Pegawai kanan KRS Negeri Tanggungjawab khas atas penglibatan pegawai & ahli kadet wanita Dilantik oleh KPM & MEJAR KRS Membantu Pegawai Tadbir, Ketua Jurulatih, Pegawai Teknikal & Pegawai Istiadat Negeri Membantu mengenal pasti prestasi, peningkatan & kebajikan jurulatih wanita & ahli kadet Wanita


MAJLIS TADBIR UNIT BERUNIFORM KRS IPGM KPM 11. Tugas Pegawai Data / Maklumat Mengumpul data atau maklumat tentang : - Pegawai - Jurulatih -Ahli kadet Dilantik oleh JPN dan MEJAR KRS Mengumpul maklumat statistik dan status semua pegawai, jurulatih dan ahli kadet – semua peringkat Mengemaskini data Buat pendaftaran sekolah, pegawai, jurulatih dan ahli kadet Bertanggungjawab terhadap : -Pengarah Pelajaran Negeri -Ketua Unit Kokurikulum -Penyelia Kokurikulum JPN Negeri Membantu Pegawai Tadbir: -Ketua Jurulatih -Pegawai Teknikal -Pegawai Istiadat -Pegawai HELWA -Tugas Penolong-Penolong Pegawai KRS dan TKRS Membantu dan menjadi penolong kepada pegawai-pegawai kanan: -Dalam merancang -Menyediakan anggaran -Melaksana -Memantau aktiviti Dilantik oleh JPN dan KAPTEN KRS Penolong dan pembantu berkaitan logistik KRS Negeri Bertanggungjawab: -Pengarah Pelajaran Negeri -Ketua Unit Kokurikulum -Penyelia Kokurikulum


PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN


KOMPENI Satu kompeni gabungan platun diketuai oleh Ketua Kompeni berpangkat Mejar/Kapten, dan dibantu oleh Penolong Ketua Kompeni, Ejutan, Pegawai Waran, Staf Sarjan, dan 4 orang Ketua Platun. CARTA ORGANISASI


PLATUN & SEKSYEN Setiap platun dianggotai seramai 38 orang anggota, yang mana ia diketuai oleh 1 pegawai, 1 sarjan, 3 koperal, dan 3 lans koperal serta 30 anggota kadet. Setiap seksyen dianggotai seramai 12 anggota yang diketuai oleh 1 koperal, 1 lans koperal, dan 10 anggota kadet. CARTA ORGANISASI PLATUN CARTA ORGANISASI SEKSYEN


SISTEM PANGKAT TKRS Bagi melayakkan ahli TKRS memperoleh kenaikan pangkat sebagai Lans Koperal TKRS, syarat khas yang perlu diikuti ialah, ahli tersebut pernah menyertai TKRS tidak kurang dari enam bulan serta lulus ujian berikut: Kerohanian atau pendidikan moral Ketatanegaraan Ketahanan diri Bantu mula Khidmas Alam sekitar Keusahawanan Kebudayaan 1.Lans Koperal TKRS 2. Koperal TKRS Bagi melayakkan ahli TKRS memperoleh kenaikan pangkat sebagai Lans Koperal TKRS, syarat khas yang perlu diikuti ialah, ahli tersebut pernah memiliki pangkat Lans Koperal TKRS tidak kurang dari enam bulan serta lulus ujian berikut: Kerohanian atau pendidikan moral Ketatanegaraan Ketahanan diri Khidmas Keusahawanan Bantu mula Alam sekitar Kebudayaan


SISTEM PANGKAT TKRS Bagi melayakkan ahli TKRS memperoleh kenaikan pangkat sebagai Lans Koperal TKRS, syarat khas yang perlu diikuti ialah, ahli tersebut pernah memiliki pangkat Koperal TKRS tidak kurang dari enam bulan serta lulus ujian berikut: Kerohanian atau pendidikan moral Ketahanan diri Ketatanegaraan Khidmas Keusahawanan Bantu mula Alam sekitar Kebudayaan 3. Sarjan TKRS


PENYANDANG PANGKAT CATATAN Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Rektor KRS IPGM a. Timbalan Rektor IPGM b. Pengarah IPG Kampus a. Timbalan Rektor KRS IPGM b. Pengarah KRS IPG Kampus a. Ketua Penolong Pengarah IPGM b. Timbalan Pengarah IPG Kampus a. Ketua Penolong Pengarah KRS IPGM b. Timbalan Pengarah KRS IPG Kampus a. Penolong Pengarah IPGM b. Ketua Penolong Pengarah IPG Kampus a. Penolong Pengarah KRS IPGM b. Ketua Penolong Pengarah KRS IPG Kampus a. Penolong Pengarah IPG Kampus b. Sekretariat KRS IPG (ditauliahkan oleh KPM setelah memenuhi syarat kelayakan atau setelah hadir serta lulus kursus/temuduga) a. Penolong Pengarah KRS IPG Kampus b. Leftenan Kolonel KRS SISTEM PANGKAT KRS IPGM


PENYANDANG PANGKAT CATATAN a. Pensyarah di IPG Kampus b. Pegawai Latihan KRS di IPG (ditauliahkan oleh KPM setelah memenuhi syarat dan hadir serta lulus kursus dan temuduga) a. Pensyarah KRS IPG Kampus b. Mejar KRS Pegawai Latihan KRS di IPG Kampus (ditauliahkan oleh JPN/IPG setelah memenuhi syarat dan hadir serta lulus kursus) Kapten KRS Pegawai Latihan KRS di IPG Kampus (ditauliahkan oleh JPN/IPG setelah memenuhi syarat dan hadir serta lulus kursus) Leftenan KRS Guru Pelatih di IPG (ditauliahkan oleh JPN/IPG setelah memenuhi syarat dan hadir serta lulus kursus asas) Leftenan Muda KRS Guru Pelatih di IPG yang belum mengikuti kursus/belum ditauliah Pegawai Kadet SISTEM PANGKAT KRS IPGM


PERANCANGAN ORIENTASI UNIT BERUNIFORM KRS DI SEKOLAH


ORGANISASI CARTA ORGANISASI TKRS DI SEKOLAH


RANCANGAN TAHUNAN BULAN MINGGU AKTIVITI Januari 1 Orientasi/Suai Kenal/Pendaftaran 2 Mesyuarat Agung dan Pelantikan AJK Februari 3 KETATANEGARAAN Mengenali dan memahami Sejarah TKRS, Logo KRS, dan Bendera KRS. 1. 2.Menghafal dan menyanyikan lagu KRS KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN 1.Kawad asas 4 KETAHANAN DIRI 1.Menyanyikan lagu Negaraku dan lagu negeri 2.Melakukan kawad asas dengan baik Mac 5 SIMPULAN DAN IKATAN 1.Simpulan buku sila 2.Simpulan bunga keti 3.Simpulan manuk 4.Simpulan pengail BANTU MULA 1.Mengenali komponen dalam peti bantu mula KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN 1.Kawad asas 6 KEUSAHAWANAN Mengenali peralatan dapur, kegunaan, penjagaan, dan keselamatan 1. Mengetahui dan menghasilkan jenis masakan ringkas seperti telur mata kerbau, sandwich, dan scramble eggs. 2. KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN 1.Kawad asas April 7 KEBUDAYAAN Menyertai atau mempersembahkan satu persembahan kebudayaan seperti nasyid, koir, pantun, dikir barat, dan lain-lain 1. KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN 1.Kawad asas


RANCANGAN TAHUNAN BULAN MINGGU AKTIVITI April 8 KHIDMAS DAN ALAM SEKITAR 1.Menyertai satu aktiviti gotong-royong di sekolah Menamakan jenis-jenis pokok hiasan yang terdapat di sekolah 2. KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN 1.Kawad asas Mei 9 KETAHANAN DIRI 1.Kawad asas 2.Menyertai perkhemahan selama 1 hari KEBUDAYAAN 1.Mengenali budaya pelbagai kaum di Malaysia Memahami agama dan kepercayaan pelbagai kaum di Malaysia 2. KEUSAHAWANAN 1.Pengenalan alat jahitan 2.Pengenalan asas jahitan IKHTIAR HIDUP 1.Mengenali tanda-tanda isyarat 2.Menyalakan apiMenyediakan menu makanan 10 ALAM SEKITAR Menamakan jenis-jenis pokok hiasan dan tumbuhan yang terdapat di sekolah 1. KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN 1.Kawad asas Jun 11 DISIPLIN DAN KEROHANIAN 1.Membaca dan menghafal surah 3 Qul KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN 1.Kawad asas 12 DISIPLIN DAN KEROHANIAN/PENDIDIKAN MORAL Menyenaraikan dan memahami Rukun Islam dan Rukun Iman 1. 2.Membaca dan menghafal mana-mana 3 doa harian 3.Memahami dan menghafal Prinsip-Prinsip Rukun Negara 4.Menyenaraikan perayaan kaum di Malaysia KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN 1.Kawad asas


RANCANGAN TAHUNAN BULAN MINGGU AKTIVITI Julai 13 Ujian Kenaikan Pangkat Lans Koperal TKRS 14 KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN 1.Kawad asas DISIPLIN DAN KEROHANIAN/PENDIDIKAN MORAL Pengukuhan amalan nilai-nilai pendidikan agama/moral 1. 15 PENGURUSAN DAN GAYA DIRI 1.Tanggungjawab terhadap diri 2.Memelihara kesihatan tubuh badan Pengurusan diri KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN 1.Kawad asas Ogos 16 KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN KOMUNIKASI 1.Kaedah lisan 2.Kaedah bertulis KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN 1.Kawad asas 17 KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN IKLIM 1.Cuaca 2.Suhu 3.Hujan 4.Tanda-tanda hujan September 18 KETAHANAN DIRI 1.Menyertai perkhemahan selama 1 hari KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN 1.Kawad asas 19 KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN KEBOMBAAN 1.Pengenalan asas Pengenalan alat pemadam api di persekitaran sekolah 2. KETAHANAN DIRI DAN KEBUDAYAAN 1.Kawad asas Oktober 20 PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM SEKOLAH REKREASI 1. Keyakinan di air


Langkah/ Masa Isi Pelajaran Aktiviti Langkah 1 (15 minit) - Kawad statik - Nyanyian lagu Negaraku Negeri Kedah TKRS 1. Murid akan membentuk satu pasukan kawad yang terdiri daripada 3 barisan lurus. 2. Murid menerima arahan kawad daripada ketua platun. Arahan : ‘sedia, rehatkan diri, senang diri’ 3. Murid bersedia untuk menyanyikan lagu. 4. Murid melakukan pergerakan kawad statik sebelum bergerak ke kelas untuk PdP RANCANGAN MINGGUAN Rancangan mingguan ditulis seperti Rancangan Pengajaran Harian (RPH). RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KADET REMAJA SEKOLAH Mata Pelajaran: Kokurikulum Kelas: Tahun 4, 5 Dan 6 Bilangan Murid: 58 Orang Tarikh: 26 Julai 2017 Masa: 1.00 Petang – 3.00 Petang Tajuk: Ikatan Tali Objektif Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1. Menyenaraikan sekurang-kurangnya lima nama-nama ikatan atau simpulan serta fungsinya. 2. Menghasilkan sekurang-kurangnya lima ikatan/simpulan Pengetahuan sedia ada: Murid telah mempelajari jenis-jenis ikatan/simpulan secara teori. Nilai: Kerjasama, rajin Bahan Bantu Mengajar: LCD, komputer riba, video ikatan/simpulan, tali


Langkah/ Masa Isi Pelajaran Aktiviti Langkah 2 (60 minit) - Tayangan video cara membuat ikatan/simpulan Buku sila Simpul bunga geti Simpul tindih kasih Lilit dua simpul Simpul manuk Simpul himpit Lilit balak Ikat seraya Ikat serong Lilit kacang Lilit pemati selit 1. Guru memberikan setiap murid tali. 2. Guru menayangkan video cara membuat ikatan/simpulan. 3. Murid diminta untuk bersamasama membuat ikatan/simpulan berdasarkan video yang ditayangkan. 4. Guru menutup video dan meminta murid untuk membuat sendiri ikatan/simpulan. 5. Guru memeriksa setiap ikatan/simpulan yang dibuat oleh murid dan membetulkannya jika ada kesilapan. RANCANGAN MINGGUAN Langkah/ Masa Isi Pelajaran Aktiviti Langkah 3 (45 minit) - Amali ikatan/simpulan 1. Guru memberikan masa sebanyak 10 minit kepada murid untuk berlatih membuat ikatan/simpulan. 2. Guru membahagikan murid kepada 12 kumpulan. 3. Guru meminta setiap kumpulan murid untuk menunjukkan sekurang-kurangnya lima ikatan/simpulan yang telah dipelajari. 4. Guru akan memeriksa ikatan/simpulan yang telah dihasilkan oleh murid dan membetulkan kesilapan mereka sekiranya ada.


PELAKSANAAN PROGRAM CONTOH PELAKSANAAN PROGRAM TKRS YANG DIJALANKAN DI SEKOLAH Setiap program yang telah dirancang perlulah dilaksanakan berpandukan kurikulum TKRS/KRS agar kadet mampu mencapai matlamat yang diingini. Sebagai contoh, terdapat beberapa buah program TKRS yang telah dilaksanakan oleh Sekolah Kebangsaan Lubok Teras.


LAPORAN CONTOH LAPORAN AKTIVITI SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PASIR KECHIL KM6, JALAN KUALA KETIL, TAMAN SUTERA JAYA, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN UNIT BERUNIFORM: Tunas Kadet Remaja Sekolah TARIKH: 21 Februari 2024 MASA: 2.00 - 4.00 pm BIL. PERJUMPAAN: 3 GURU BERTUGAS: 1.En. Ishak Bin Jamil 2. Pn. Latifah Binti Mizan 3. Cik Suryani Binti Mahmood KEDATANGAN MURID: 40/42 Disediakan oleh: ...................................... (ABD. RAHMAN BIN AYUB) Setiausaha TKRS Disemak oleh: ...................................... (ISHAK BIN JAMIL) Guru Penasihat TKRS


CATATAN PERJUMPAAN MINGGUAN


CATATAN PERJUMPAAN MINGGUAN MINGGU 1: Sejarah Penubuhan KRS Lagu KRS Perbincangan mengenai buku log MINGGU 2: Pakaian pegawai KRS Pangkat dalam KRS Kawad statik 1.Sedia 2.Senang diri 3.Rehatkan diri 4.Masuk baris MINGGU 3: Kawad statik 1.Membetulkan barisan 2.Nombor 3.Paras 4.Keluar baris MINGGU 4: Kawad statik Berpusing ke kanan/kiri/belakang 1. MINGGU 5: Kawad dinamik Berjalan dan berhenti dalam masa cepat jalan 1. 2.Berhenti MINGGU 6: Kawad statik 1.Buka/tutup barisan Kawad dinamik 1.Hormat ke hadapan 2.Hormat selaku terima sijil MINGGU 7: Kawad dinamik 1.Tukar langkah 2.Hormat ke kanan 3.Perlahan jalan 4.Belok 5.Bersurai


Click to View FlipBook Version