The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pameran Bertema Maya -pakaian tradisi masyarakat malaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-26201602, 2022-12-30 11:19:11

Pameran Bertema Maya -pakaian tradisi masyarakat malaysia

Pameran Bertema Maya -pakaian tradisi masyarakat malaysia

PAKAIAN TRADISI
MASYARAKAT
MALAYSIA

Disediakan Oleh Pusat Sumber
Dengan Kerjasama Panitia Bahasa Melayu

Sekolah Menengah Agama Syubbaniah

SEJARAH PAKAIAN DI MALAYSIA

Malaysia mempunyai jenis-jenis kain
dan pakaian tradisional yang berbagai bentuk dan
warna,dari tengkolok bulu burung dan baju kulit
kayu hinggalah kain songket Diraja yang antik.

Pada zaman dahulu,penduduk peribumi
memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit
kayu dan hiasan manik.Dengan ketibaan tamadun
lama,kain tenunan dan batik melayu dipakai oleh
orang kenamaan dan kerabat diraja.Dengan
kedatangan pedagang asing ,pakaian serta kain
seperti sutera cina,kain pelikat dan jubah arab
diperkenalkan di Tanah Melayu.

SEJARAH PAKAIAN DI MALAYSIA

Kini, pakaian tradisional seperti baju
kebaya Melayu, sari India dan cheongsam Cina
masih digunakan dengan meluas malahan etnik-
etnik yang terdapat di Malaysia turut mempunyai
pakaian mereka sendiri.Ikuti kupasan selanjutnya
mengenai jenis pakaian yang terdapat di Malaysia.

Bermula dengan masyarakat Melayu di
Malaysia.Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai
pakaian yang menjadi tradisi mereka sehingga ke
hari ini.Antara pakaian yang masih di gunakan
hingga ke hari ini oleh masyarakat melayu di
Malaysia ini ialah baju melayu bagi kaum lelaki,baju
kebaya dan baju kurung,pula bagi kaum
perempuan.

Pakaian Tradisional Mengikut Kaum
Utama Di Malaysia

Inilah keunikan Malaysia apabila setiap kaum di setiap negeri mempunyai adat dan
budaya yang unik masing-masing. Antaranya adalah pakai tradisional dimana setiap
negeri memiliki busana tersendiri.

Walaupun dengan pelbagai perbezaan budaya tetapi rakyat Malaysia hidup harmoni dan
pastinya kita dapat pelajari banyak budaya daripada yang lain sekali gus akan merasakan
kecintaan kepada tanah air sendiri.

Setiap negeri di Malaysia bermula dari Perlis ke Sabah dan sehinggalah Sabah dan
Sarawak, pelbagai suku kaum yang terdapat di dalamnya. Daripada suku kaum itulah,
mereka memiliki pakaian tradional tersendiri yang indah baik untuk busana lelaki dan
wanita.

Senarai Pakaian Tradional Di Malaysia

Mari kita lihat sendiri pakaian tradisional
yang mewakili suku kaum di Malaysia
mengikut negeri untuk busana lelaki
dan wanita.

Pakaian Tradisional Masyarakat Melayu

Baju kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan
perempuan. Perbezaannya terletak pada bahagian kocek iaitu lelaki
mempunyai tiga kocek manakala perempuan mempunyai satu kocek
serta perbezaan daripada segi pemakaian. Pengertian kurung
secara tidak langsung telah membawa erti ‘mengurung atau
menutup’ anggota tubuh. Cara ini menepati konsep pakaian cara
Melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalah istilah ‘kurung’
diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang.
Sehingga disebut dengan berbagai-bagai nama misalnya ‘baju
kurung bernyawa’ walaupun mempunyai pelbagai nama namun baju
kurung telah menampilkan ciri-ciri tersendiri.

Baju Melayu merupakan satu panggilan bagi baju tradisional Melayu
yang biasa di pakai oleh golongan lelaki di Malaysia dan negara
serantau. Ia biasanya terbahagi kepada dua jenis utama, iaitu baju
Melayu potongan Teluk Belanga dan potongan Cekak Musang.

Pakaian Tradisional Masyarakat Melayu

Baju Melayu Teluk belanga biasanya lebih terkenal di selatan Malaysia sementara potongan
Cekak Musang di kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan tersebut merujuk kepada cara
jahitan pada leher baju tersebut, potongan Cekak Musang berbentuk seperti leher baju India
hanya bahagian penutup atau rumah butangnya bertindan.

Sementara potongan Teluk Belanga pula bahagian lehernya hanya di jahit secara sulaman.
Terdapat berbagai bentuk sulaman yang dipadankan seperti Mata Lalat, Tulang Belut dan
sebagainya.
Baju Melayu dijahit dalam dua cara iaitu berpesak atau potongan moden atau dipanggil
potongan Cina. Di mana lengan baju tersebut disambungkan kepada badan baju.Iaitu secara di
sambung terus atau di jahitkan kebahagian lain yang dinamakan pesak dan kekek.

Cara memakai baju juga terdapat perbezaan dimana bagi baju Melayu Teluk Belanga biasanya
sampin dipakai diluar baju, manakala baju Melayu Cekak Musang baju di dalam sampin.

Negeri Johor

[Busana Lelaki] [Busana Wanita]

Pakaian - Songkok, Baju Melayu Teluk Pakaian - Cucuk Sanggul, Baju Kurung Teluk
Belanga dan Samping. Belanga, Sibai dan Kain Dagang Luar

Baju Melayu Teluk Belanga yang biasanya Baju Kurung Teluk Belanga disifatkan sebagai
dipakai sedondon ini berkocek tiga dan baju yang selesa dan longgar, labuh atau
labuhnya hingga ke paras punggung. Samping panjang. Baju ini dipadankan dengan kain
pula dipakai di sebalah dalam baju sarung ikatan Ombak Mengalun atau disebut
Baju ini dipadankan dengan songkok tinggi juga ikatan berombak.
dari material keras dan fabrik baldu berwarna
hitam Cucuk Sanggul dipakai sebagai aksesori utama
Pemakaian samping pada zaman dahulu bagi wanita Melayu. Pada zaman dahulu,
adalah bertujuan untuk menjaga aurat dan cucuk sanggul yang dipakai ini adalah juga
maruah seseorang lelaki sebagai senjata untuk mempertahankan diri.
Kain Dagang Luar dipegang di paras pinggang
dan apabila muncul di khalayak ramai, kain ini
dijadikan kain kelubung yang menutup kepala

Negeri Kedah

[Busana Lelaki]

Pakaian - Setanjak, Baju Melayu Cekak Musang, Bengkong, Pending dan
Samping

Baju Melayu Cekak Musang dari material songket, berbutang lima,
bersamping songkek dan kadangkala dipadankan juga dengan Baju Sikap di
bahagian luar
Busana turut dipadankan dengan pemakaian setanjak dari fabrik songket

[Busana Wanita]

Pakaian - Cucuk Sanggul, Baju Kedah & Kain Songket dan Selendang

Baju Kurung Kedah dari fabrik songket bunga tabur. Kainnya pula dari
songket dengan corak jalur berdiri berwarna hijau dan kuning.
Ia diserikan lagi dengan selendang songket juga dari motif bunga tabor
Turut dilengkapi dengan rantai leher dan gelang tangan sementara sanggul
pula dihiasi dengan cucuk sanggul dan bunga kecil bagi menampakkan
manis si pemakai

Negeri Kelantan

[Busana Lelaki] [Busana Wanita]

Pakaian - Setanjak, Baju Melayu Cekak Musang, Pakaian - Demeleh (Mahkota)/Demanis
Baju Sikap dan Samping Dahi, Sunting Mala & Cucuk Sanggul
Berjurai, Dokoh, Kain Kembang (Kain tutup
Pakaian yang dikenali sebagai Baju Putera Raja dada - Punca Potong), Tali Pinggang &
yang terdiri dari Baju Sikap dari fabrik songket Pending, Gelang Tangan, Kain
Baju ini dilengkapkan dengan samping limar atau Kelubung/Selendang, Kain Sarung (Songket
songket ikatan pancung Ikan Seribu Pancung) dan Gelang Kaki.

Tanjak yang dipakai adalah dari Ikatan Garam Cik Siti Wan Kembang berpakaian kain
Sebuki atau Getam Budu songket panjang yang dibelit sebagai kain
sarung
Kain limar punca potong dililit kemban jantan
dan dikemaskan dengan tali pinggang serta
pending
Turut dilengkapkan dengan selendang
panjang songket Jong Sarat sebagai
penutup bahu

Negeri Melaka

[Busana Lelaki] [Busana Wanita]

Pakaian - Dester, Baju Sikap, Baju Melayu Pakaian - Sanggul Lintang, Lapik Dada/ LA,
Cekak Musang dan Samping Baju Kurung Teluk Belanga

Lelaki memakai Baju Melayu Cekak Musang Baju Kurung Teluk Belanga berpotongan labuh
yang berkocek tiga dan labuhnya hingga ke dan longgar. Ia dipadankan dengan kain sama
paras punggung. Manakala samping pula ada jenis batik, songket atau sutera.
dipakai di sebelah luar baju. Kain ini pula diikat dengan ikatan yang dipanggil
Samping yang dipakai labuh dibawah paras Ombak Mengalun
lutut bermaksud lelaki itu sudah berkahwin
manakala di atas paras lutut pula bermaksud Hiasan kepala bagi wanita di panggil Sanggul
lelaki itu masih bujang Lintang. Ia dinamakan sedemikian kerana
Destar dipakai sebagai hiasan di kepala perletakan dan bentuk sanggul itu melintang di
atas kepala
Dada dihiasi Sibar Layak atau lapik dada dari
fabrik baldu bertekat manik dan labuci

Negeri Sembilan

[Busana Lelaki]

Pakaian - Setanjak, Baju Melayu Cekak Musang dan Samping

Lelaki memakai pakaian adat pembesar Minangkabau atau Aceh. Baju dihiasi
dengan sulaman benang emas di leher dan lengan baju
Seluar berkaki lebar, memakai samping dari fabrik tenun. Dilengkapkan dengan
setanjak ikatan Dendam Tak Sudah

[Busana Wanita]

Pakaian - Sunting Negeri Sembilan, Lapik Dada dan Baju Kurung

Wanita memakai baju Kurung Teluk Belanga yang dipadankan dengan kain
sarung dari fabrik songket tenun bunga penuh. Kain ini berasal sama ada dari
Pantai Sikek atau dari Batu Bara di Sumatera
Bagi wanita bangsawan berketurunan Minangkabau, pakaiannya dari kain
baldu bersulam benang emas bertakhtakan labuci
Hiasan kepala dipanggil Sunting dan dilengkapkan dengan lapik dada dari
fabrik baldu berlekat manik dan labuci

Negeri Pahang

[Busana Lelaki]

Pakaian - Setanjak, Baju Melayu Cekak Musang dan Samping

Lelaki memakai Baju Melayu Cekak Musang berbutang lima dari fabrik songket bunga
tabur
Memakai samping yang diperbuat dari fabrik songket tenun Pahang dan dipakai
dengan cara ikatan negeri Pahang
Digayakan dengan tanjak jenis Ikatan Lang Menyongsong Angin atau Sekelongsong
Bunga

[Busana Wanita]

Pakaian - Cucuk Sanggul, Baju Kurung Riau Pahang dan Selendang

Baju Kurung Riau Pahang dikenali juga sebagai Baju Belah atau Baju Kebaya Turki
Potongan di kedua-dua bahagian tepi baju ini berpesak kembang yang disambungkan
dengan kekek gantung
Baju ini turut dipadankan dengan selendang panjang dari fabrik songket tenun

Negeri Perak

[Busana Lelaki]

Pakaian - Setanjak, Baju Cekak Musang, Bengkong, Pending dan Samping

Baju Melayu Cekak Musang dari material songket, berbutang lima, berbengkong &
memakai samping ikatan gaya Perak (Ikat Pancung)
Busana dipadankan dengan pemakaian tengkolok solek Ayam Patah Kepak

[Busana Wanita]

Pakaian - Cucuk Sanggul Goyang & Jurai, Pemanis Dahi, Baju Puteri Perak Berseluar
Aceh, Dokoh, Pending dan Selendang

Pakaian ini dikenali sebagai Pakai Puteri Perak yang asalnya merupakan pakaian rasmi
puteri-puteri kesultanan Perak
Ia dipakai bersama samping ikatan cara Perak dan disesuaikan dengan selendang panjang
dari fabrik songket bunga penuh Perlis

Negeri Perlis

[Busana Lelaki]

Pakaian - Setanjak, Baju Melayu Cekak Musang, Bengkong, Pending dan Samping

Baju Melayu Cekak Musang berbutang lima dipadankan dengan samping serta tanjak dari
fabrik songket
Ia biasa juga dilengkapkan dengan Baju Sikap di bahagian luar.

[Busana Wanita]

Pakaian - Cucuk Sanggul, Baju Kebaya dan Selendang

Baju Kebaya Labuh Perlis berpotongan moden yang berbelah di hadapan.
Baju Kebaya ini turut diserikan dengan pemakaian kerongsong di bahagian lipatan hadapan
baju
Pelbagai material selalu digunakan seperti fabrik songket yang biasa dipakai oleh golongan
bangsawan

Negeri Pulau Pinang

[Busana Lelaki]

Pakaian - Tarbus, Baju Bush Jaket dan Samping

Lelaki memakai pakaian cara barat seperti bush jaket yang dipadankan dengan samping
bercorak tapak catur dan tarbus. Pakaian yang biasa digemari oleh kaum Melayu
Peranakan

[Busana Wanita]

Pakaian - Cucuk Sanggul, Selendang, Baju Kebaya Pendek dan Kain Batik

Wanita memakai Baju Kebaya Sulam dengan kain batik dan selendang yang menjadi
kegemaran kaun Nyonya dan Chettiar
Baju ini lazimnya disulam dengan motif bunga-bungaan dan dihiasi dengan kerongsong

Negeri Selangor

[Busana Lelaki]

Pakaian - Setanjak, Baju Melayu Cekak Musang dan Samping

Lelaki memakai Baju Melayu Cekak Musang berbutang lima
Fabriknya dari songket bunga tabur berwarna kuning Diraja dan dipadankan
dengan samping dari fabrik songket
Setanjak sebagai pelengkap pakaian pula adalah dari jenis ikatan Balung Raja

[Busana Wanita]

Pakaian - Cucuk Sanggul, Baju Kebaya dan Selendang

Baju Kebaya Labuh Selangor atau di panggil The Malay Dress ini dipadankan
dengan kain sarung songket dan biasanya dipakai dalam majlis keraian.
Busana ini dilengkapkan dengan selendang dari fabrik songket ataupun sifon

Negeri Terengganu

[Busana Lelaki]

Pakaian - Setanjak, Baju Melayu Teluk Belanga dan Samping

Lelaki memakai baju Melayu Teluk Belanga dari fabrik songket bunga tabur
berbenang emas
Memakai samping dari fabrik songket bunga penuh dan dilengkapkan dengan
bengkong di pinggang
Tanjak yang dipakai adalah Ikatan Laksamana Terengganu

[Busana Wanita]

Pakaian - Cucuk Sanggul, Selendang dan Baju Kurung

Wanita memakai Baju Kurung berpesak dari fabrik songket tenun bunga tabur
Terengganu yang dihasilkan dari benang emas
Dipadankan dengan selendang panjang dari material songket bunga tabur
berbenang emas
Memakai rantai leher dan gelang tangan sebagai pelengkap pakaian ini. Manakala
cucuk sanggul dan bunga turut dipakai sebagai pemanis

Wilayah Persekutuan

[Busana Lelaki]

Pakaian - Tanjak, Baju Melayu Cekak Musang dan Samping

Lelaki memakai Baju Melayu Cekak Musang berbutang lima dari fabrik songket
bunga tabur
Dipadankan dengan samping juga dari fabrik songket dan tanjak ikatan kreatif

[Busana Wanita]

Pakaian - Cucuk Sanggul, Selendang dan Baju Kebaya

Wanita memakai Baju Kebaya Labuh potongan moden yang berbelah di
bahagian hadapan. Materialnya pula dari fabrik songket bunga tabur.
Turut dipadangkan dengan selendang sebagai pelangkap

Pakaian Tradisional Masyarakat Cina

Cheongsam adalah pakaian wanita dengan ciri-ciri
khas Cina dan menikmati populariti yang berkembang
di dunia antarabangsa.

Nama “cheongsam”, yang bermaksud sim-ply
“pakaian panjang”, memasuki kosa kata Bahasa
Inggeris dari dialek Negeri Guangdong (Kantonis). Di
bahagian lain negara termasuk Beijing,
bagaimanapun, ini dikenali sebagai “qipao”, yang
mengandungi sejarah di belakangnya.

Cheongsam adalah diperbuat dari bahan yang
berbeza dan panjang yang berbeza-beza, mereka
boleh memakainya di acara-acara santai atau formal.
Dalam kedua-dua kes, itu mencipta kesan sederhana
dan tenang, keanggunan pesona dan kerapian.Jadi
tidak hairanlah Cheongsam begitu banyak disukai
oleh perempuan tidak hanya Cina tetapi negara asing
juga.

Pakaian Tradisional Masyarakat Cina

Samfoo membawa maksud ‘baju dan seluar’ dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian
harian wanita keturunan Cina selain dari ‘cheong sam’.

Ia digemari oleh wanita-wanita separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di
rumah. Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus.

Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan
dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina.

Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta
dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu.

Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera. Pakaian tradisional ini
jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan Cina di Malaysia

Pakaian Masyarakat Cina

Pakaian Tradisional Masyarakat India

Sari merupakan pakaian untuk kaum
perempuan dan ia adalah pakaian seharian
dan turut dipakai pada musim perayaan.

Sari terdiri daripada lembaran kain yang
berukuran semeter hingga dua meter lebar
dan panjangnya pula antara lima hingga lima
belas meter mengikut saiz pemakai.

Kebanyakan kain sati adalah jarang dan
lembut. Sebelum memakai sari, Si pemakai
perlu memakai anak baju yang ketat dan
singkat. Kemudian sati dililit dari pinggan dan
diselempang pada bahu kiri. Lilitan pinggang
sebanyak tiga hingga lima kali untuk
menguatkan lilitan supaya tidak terurai.

Pakaian Tradisional Masyarakat India

Dhoti merupakan pakaian untuk kamum lelaki.
Pakaian ini diperbuat daripada kain yang bewarna putih.
Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari perkahwinan sahaja kerana generasi muda
hari ini tidak berminat dengan pakaian tersebut.
Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang.
Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian
disangkukan pada bahu.
Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik.
Ada juga dhoti yang berwarna kuning pudar atau kuning susu. Pakaian ini banyak
dipakai oleh golongan ceti.

Pakaian Tradisional Masyarakat India

Negeri Sabah

[Busana Lelaki]

Pakaian - Dastar/Sigal, Baju Kadazan Papar/Sia dan Ikat Pinggang

Pakaian lelaki Kadazan Papar yang berlengan panjang disebut sebagai Sia dan dipadankan dengan
seluar panjang dari kain baldu
Pakaian dihiasi dengan renda emas di beberapa bahagian baju dan seluar
Hiasan kepala dari kain tenun Sabah yang dipanggil Sigal dan memakai ikan pinggang dari kain
tenun atau batik

[Busana Wanita]

Pakaian - Topi Papar/Siung, Baju Kadazan Papar/Sia, Tali Pinggang dan Kain/Gonob

Wanita Kadazan Papar memakai baju dari kain baldu separas pinggang yang dikenali sebagai Sia
Baju ini dipadankan bersama kain paras lutut yang dipanggil Gonob
Di bahagian kepala dihiasi dengan topi Papar/Siung dan memakai aksesori tali pinggang syiling
Perak

Negeri Sarawak

[Busana Lelaki]

Pakaian - Bulu Burung Kenyalang, Ketapu Rotan, Ketapu Perak, Tenggak Manis dan Kukut Beruang,
Taring, Baju Gagung/Bulu, Tumpa/Gelang Lengan, Baju Burung, Lampit/Tali Pinggang Perak, Sirat dan
Tumpa Betis

Lelaki Iban memakai Baju Burung dari kain tenun Pua Kumbu sementara di bahagian luar memakai
Baju Gagung/Bulu
Turut memakai cawat yang menutupi bahagian hadapan dan belakang punggung (Sirat)

[Busana Wanita]

Pakaian - Sugu Tinggi, Sugu Rengkap, Lapik Dada Manis, Selampai, Lampit/Tali Pinggang Perak,
Rawai/Syiling Perak, Tumpa/Gelang Tangan, Kain Karap/Skirt dan Tating Kain.

Wanita Iban memakai selempang yang menutupi dada (Selampai) dan dilengkapkan dengan lapik dada
sulaman manis
Turut memakai skirt (Kain Karap) yang diperbuat dari kain tenun Pua Kumbu
Hiasan kepala dikenali sebagai Sugu Tinggi dan Sugu Rengkap yang biasanya diperbuat daripada
perak

Sumber Rujukan

1.https://www.slideshare.net/ltkaz67/pakaian-dan-
perayaan-etnik-di-Malaysia
2.https://ms.wikipedia.org/wiki/Baju_tradisional_Mel
ayu
3. https://www.ceriasihat.com/pakaian-tradisional-
mengikut-kaum-utama-di-malaysia/
4. https://www.hellokerja.com/2022/08/senarai-
pakaian-tradisional-di-malaysia.html
5. http://istanabudaya.gov.my/en/main/
6. https://portalcikgu.com/pakaian-tradisional-
malaysia.html

“Pakaian Bagaikan Kulit Kedua
sehingga gaya berbusana mampu

mencerminkan keperibadian
penggunanya “

-Anne Avante-

Sekian….
Terima Kasih

Daripada Pusat Sumber
&

Panitia Bahasa Melayu
SMA Syubbaniah


Click to View FlipBook Version